gci m2

8
Timur Tengah adalah sebuah wilayah yang secara politik dan budaya merupakan bahagian dari benua Asia, atau Afrika-Eurasia. Pusat dwilayah ini adalah daratan di antara [Laut Mediterania]] dan Teluk Parsi serta wilayah yang memanjang dari Anatolia, Semenanjung Arab dan Semenanjung Sinai. Kadangkala disebutkan juga kawasan tersebut meliputi wilayah dari Afrika Utaradi sebelah barat sampai dengan Pakistan di sebelah timur dan Caucasusdan/atau Asia Tengah di sebelah utara. Media dan beberapa organisasi antarabangsa (seperti PBB) umumnya menganggap wilayah Timur Tengah adalah wilayah Asia Barat Daya (termasuk Cyprus dan Iran) ditambah denganMesir. Wilayah tersebut mencakup beberapa kelompok suku dan budaya termasuk suku Iran, suku Arab, suku Yunani, sukuYahudi, suku Berber, suku Assyria, suku Kurdis dan suku Turki. Bahasa utama yaitu: bahasa Parsi, bahasa Arab, bahasa Ibrani,bahasa Assyria, bahasa Kurdis dan bahasa Turki. Kebanyakan sastera barat mendefinisikan "Timur Tengah" sebagai negara-negara di Asia Barat Daya, dari Iran (Parsi) keMesir. Mesir dengan semenanjung Sinainya yang berada di Asiaumumnya dianggap sebagai bahagian dari Timur Tengah, walaupun sebahagian besar wilayah negara itu secara geografi berada di Afrika Utara. Sejak pertengahan abad ke-20, Timur Tengah telah menjadi pusat terjadinya peristiwa-peristiwa dunia, dan menjadi wilayah yang sangat sensitif, baik dari segi kestrategisan lokasi, politik, ekonomi, kebudayaan dan keagamaan. Timur Tengah mempunyai cadangan minyak mentah dalam jumlah besar dan merupakan tempat kelahiran dan pusat kerohanian agama Yahudi, Kristian dan Islam Negera-Negera Dalam Timur Tengah 1. Amiriah Arab Bersatu 2. Arab Saudi 3. Bahrain 4. Syria 5. Lubnan 6. Palestin 7. Israel 8. Mesir 9. Yaman 10. Oman 11. Qatar 12. Iraq 13. Kuwait 14. Jordan 15. Maghribi 16. Algeria 17. Libya 18. Tunisia

Upload: yongfatt-tee

Post on 12-Jan-2016

11 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

M2

TRANSCRIPT

Page 1: GCI M2

Timur Tengah adalah sebuah wilayah yang secara politik dan budaya merupakan

bahagian dari benua Asia, atau Afrika-Eurasia. Pusat dwilayah ini adalah daratan di

antara [Laut Mediterania]] dan Teluk Parsi serta wilayah yang memanjang

dari Anatolia, Semenanjung Arab dan Semenanjung Sinai. Kadangkala disebutkan juga

kawasan tersebut meliputi wilayah dari Afrika Utaradi sebelah barat sampai

dengan Pakistan di sebelah timur dan Caucasusdan/atau Asia Tengah di sebelah utara.

Media dan beberapa organisasi antarabangsa (seperti PBB) umumnya menganggap

wilayah Timur Tengah adalah wilayah Asia Barat Daya (termasuk Cyprus dan Iran)

ditambah denganMesir.

Wilayah tersebut mencakup beberapa kelompok suku dan budaya termasuk suku Iran,

suku Arab, suku Yunani, sukuYahudi, suku Berber, suku Assyria, suku Kurdis dan suku

Turki. Bahasa utama yaitu: bahasa Parsi, bahasa Arab, bahasa Ibrani,bahasa

Assyria, bahasa Kurdis dan bahasa Turki.

Kebanyakan sastera barat mendefinisikan "Timur Tengah" sebagai negara-negara

di Asia Barat Daya, dari Iran (Parsi) keMesir. Mesir dengan semenanjung Sinainya yang

berada di Asiaumumnya dianggap sebagai bahagian dari Timur Tengah, walaupun

sebahagian besar wilayah negara itu secara geografi berada di Afrika Utara.

Sejak pertengahan abad ke-20, Timur Tengah telah menjadi pusat terjadinya peristiwa-

peristiwa dunia, dan menjadi wilayah yang sangat sensitif, baik dari segi kestrategisan

lokasi, politik, ekonomi, kebudayaan dan keagamaan. Timur Tengah mempunyai

cadangan minyak mentah dalam jumlah besar dan merupakan tempat kelahiran dan

pusat kerohanian agama Yahudi, Kristian dan Islam

Negera-Negera Dalam Timur Tengah

1. Amiriah Arab Bersatu

2. Arab Saudi

3. Bahrain

4. Syria

5. Lubnan

6. Palestin

7. Israel

8. Mesir

9. Yaman

10. Oman

11. Qatar

12. Iraq

13. Kuwait

14. Jordan

15. Maghribi

16. Algeria

17. Libya

18. Tunisia

19. Mauritania

20. Sahara Barat

21. Sudan

22. Habsyah

23. Eritrea

24. Djibouti

25. Iran

26. Pakistan

27. Turki

Page 2: GCI M2

PENYELESAIAN PERTELINGKAHANSecara umum, kaedah penyelesaian pertikaian antarabangsa terbahagi kepada dua bahagian iaitu:a) Secara Perdamaian – di mana pihak-pihak yang bertikai bersetuju untuk mencari jalan penyelesaian secara damai. Kaedah secara perdamaian pula boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu timbangtara, penyelesaian penghakiman, rundingan, jasa baik, pengantaraan atau semakan, penyelesaian di bawah naungan Pertubuhan Bangsa Bersatub) Secara Paksaan – di mana penyelesaian yang dilakukan secara paksaan atau kekerasan. Kaedah penyelesaian secara paksaan seperti berikut perang bersenjata dan tanpa bersenjata, tindakan kekerasan, pembalasan dan Sekatan Pasifik.

3.1 Kaedah Perdamaiana) TimbangtaraBiasanya timbangtara merupakan prosedur yang digunakan oleh pihak-pihak yang bertikai dalam menyelesaikan masalah mereka. Orang yang menyelesaikan sesuatu masalah di panggil sebagai penimbangtara yang dipilih sendiri oleh pihak yang bertikai tanpa terikat dengan ketat untuk pertimbangan undang-undang.

            Penimbangtara memainkan peranan yang penting dalam menyelesaikan pertikaian antarabangsa atas dasar undang-undang dalam perjanjian yang telah dipersetujui bahawa perselisihan harus diserahkan kepada timbangtara melalui keadilan yang telah diiktirafkan, begitu juga dengan Mahkamah Timbangtara secara khusus diminta untuk melaksanakan undang-undang antarabangsa (J.G Starke 1984 : 486).

            Jika berlaku sesuatu perselisihan, atas persetujuan kedua-dua negara yang bertikai untuk merujuk kepada timbangtara oleh Mahkamah Tetap Timbangtara, pihak-pihak tersebut perlu melalui prosedur. Setiap negara merujuk kepada dua penimbangtara di antaranya mungkin seorang dipilih daripada negara sendiri atau melalui calon yang dipilih dari kalangan ahli panel dari Mahkamah, penimbangtara serta pengadil pilihan hanyalah kalangan ketua sidang. Persetujuan diberikan melalui suara majoriti ( J.G Starke 1984 : 489).

b) Penyelesaian PenghakimanPenyelesaian penghakiman ialah penyelesaian yang dibawa oleh mahkamah melalui penghakiman antarabangsa dalam pelaksanaan undang-undang. Perbezaan penting antara Mahkamah dengan timbangtara dapat dilihat dengan merujuk perkara berikut (J.G Starke 1984 : 491)

Page 3: GCI M2

a)      Mahkamah ialah badan keadilan yang tetap, yang mana diatur oleh undang-undang dan mempunyai peraturan atau prosedur yang tersendiri dan mengikat semua pihak yang terlibat.

b)      Mahkamah mempunyai pendaftaran kekal iaitu melaksanakan semua fungsi yang diperlukan seperti menerima dokumen-dokumen untuk difailkan, direkodkan dan disahkan.Secara umum Mahkamah bertindak sebagai saluran komunikasi yang biasa dengan kerajaan dan badan-badan lain.

c)      Proses pengadilan adalah umum iaitu ketika pembelaan, pemeriksaan dan penilaian dikeluarkan.

d)     Pada prinsipnya, Mahkamah merupakan tempat yang dicapai oleh semua negara untuk menyelesaikan semua kes yang menyatakan bahawa mungkin boleh merujuk dan segala perkara khusus yang ditetapkan dalam perjanjian dan persidangan tersebut.

e)      Keahlian Mahkamah merupakan sebahagian besarnya ialah masyarakat antarabangsa dan prinsip sistem undang-undangnya adalah tidak seperti pengadilan yang lain. (Sekarang, enam daripada Hakim Mahkamah terdiri daripada Afrika dan Asia, sedangkan pada awalnya hanya dua sahaja Hakim daripada negara-negara tersebut).

c) Rundingan, Jasa Baik, Pengantaraan, Perdamaian Atau SemakanRundingan, jasa baik, pengantaraan, perdamaian dan penyelidikan adalah kaedah yang kurang formal dibandingkan dengan timbangtara dan penyelesaian penghakiman. Jasa baik dan pengantaraan merupakan kaedah penyelesaian yang mana sesebuah negara ketiga akan membantu untuk menwujudkan perdamaian dalam pertikaian. Tetapi pihak yang menawarkan jasa baik atau perdamaian, dalam kes-kes tertentu terdiri daripada orang perseorangan atau badan antarabangsa (J.G Starke 1984 : 515).

Perbezaan antara jasa baik dan pengantaraan ialah sejauh mana besarnya sesuatu masalah itu. Dalam kes jasa baik ialah pihak ketiga menawarkan perkhidmatan dengan membawa pihak yang bertelingkah bersama-bersama. Ini kerana tujuan membawa pihak-pihak bersama adalah untuk menyelesaikan pertikaian mereka secara baik.

Manakala istilah ‘perdamaian’ mempunyai makna yang luas dan juga sempit. Dalam makna yang lebih umum, ia merangkumi pelbagai cara di mana pertikaian dapat diselesaikan secara damai dengan bantuan negara-negara lain, badan penyelidikan atau jawatankuasa penasihat. Dalam makna yang sempit pula ialah ‘perdamaian’ merujuk pertikaian kepada suruhanjaya atau jawatankuasa untuk membuat laporan dengan cadangan pihak-pihak yang menyelesaikannya, seperti cadangan tersebut tidak menjadi sesuatu yang mengikat. Menurut Hakim Manly O. Hudson (Hudson International Tribunal 1944 : 223):“Perdamaian... ialah proses penyusunan cadangan penyelesaian selepas penyelidikan fakta-fakta dan usaha untuk mendamaikan pihak yang bertikai, pihak-pihak tersebut bebas untuk menerima atau menolak cadangan yang dikemukakan”.

Page 4: GCI M2

Mengikut fakta tersebut, pihak-pihak yang bertikai secara bebas untuk memutuskan samada mengambil atau tidak cadangan yang diusulkan. Objektif penyelidikan pula ialah menentukan fakta-fakta tanpa membuat cadangan yang khusus, yang mana dalam pertikaian tersebut mungkin dibuat penyelesaian secara rundingan. Contohnya dalam kes pertikaian sempadan, suruhanjaya boleh dilantik untuk menyiasat fakta-fakta sejarah dan kedudukan geografi yang merupakan subjek pertikaian dan menjelaskan isu-isu perjanjian sempadan tersebut. Kadang-kadang jawatankuasa penyelidakan diperlukan untuk menyiasat fakta yang tertentu yang bertujuan untuk penjelasan awal. Jelas menunjukkan bahawa satu atau lebih cara sepeti rundingan, jasa baik, pengantaraan, perdamaian atau penyelidikan atau gabungan boleh digunakan dalam menyelesaikan pertikaian antara pihak-pihak yang bertikai.

d) Penyelesaian Di Bawah Naungan Pertubuhan Bangsa BersatuSebagai penganti kepada Liga Bangsa-bangsa Bersatu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dibentuk pada tahun 1945 telah mengambil alih sebahagian besar tanggungjawab dalam menyesuaikan pertikaian antarabangsa. Salah satu matlamat asas pertubuhan ialah menyelesaikan secara damai perbezaan antara Negara-negara dan berkaitan dengan Artikel 2 Piagam PBB, yang dilakukan oleh ahli pertubuhan untuk menyelesaikan pertikaian mereka dengan cara damai dan menahan diri daripada melakukan ancaman perang atau menggunakan paksaan ( J.G Starke 1984 : 517).

            Dalam keadaan ini, tanggungjawab yang penting berpindah kepada Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan sesuai dengan kekuasaan mereka yang diamanahkan kepada kedua-dua pertubuhan itu. Perhimpunan Agung diberi kuasa, tertakluk kepada kekuasaan penguatkuasa keaman Majlis Keselamatan untuk menyarankan tindakan-tindakan yang sesuai untuk keamanan dalam setiap keadaan yang mungkin akan merosakkan kesejahtaraan awam atau hubungan persahabatan antara bangsa. Namun dengan kuasa yang besar yang telah diberikan pada Majlis Keselamatan haruslah dilaksanakan dengan cepat dan tegas mengikut dasar Pertubuhan Bangsa Bersatu. Secara umumnya, Majlis akan bertindak dalam dua jenis pertikaian iaitu:

        i.            Sekiranya pertikaian boleh memudharatkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.

      ii.            Berlakunya kes seperti ancaman terhadap keamanan, pelanggaran keamanan atau tindakan pencerobohan.Dalam kes yang pertama, Majlis bila perlu, boleh memanggil pihak-pihak untuk menyelesaikan pertikaian mereka dengan cara seperti timbangtara, penyelesaian penghakiman, rundingan, penyelidikan, pengantaraan dan perdamaian. Majlis juga, mungkin boleh menyarankan prosedur yang tepat atau cara yang sesuai untuk menyelesaikan pertikaian berikut.

Page 5: GCI M2

           Manakala dalam kes yang kedua, Majlis mempunyai kuasa untuk membuat cadangan atau memutuskan apa-apa tindakan yang harus diambil untuk memelihara atau memulihkan keamanan dan keselamatan antarabangsa dan mungkin memanggil pihak-pihak berkaitan untuk mematuhi tindakan tertentu. Tidak ada sekatan atau kelulusan pada cadangan yang dibuat oleh Majlis. Pada dasarnya mungkin ia dirujuk dengan suruhanjaya penyelidikan atau mungkin juga dirujuk dengan Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau sebagainya. Menurut Artikel 41 hingga 47 Piagam, Keselamatan Kehakiman juga mempunyai hak untuk memberi keputusan, tidak hanya dengan tindakan kekerasan seperti sekatan ekonomi tetapi boleh juga dengan menggunakan kekuatan bersenjata terhadap Negara-negara yang menolak untuk terikat dengan keputusan. 

Peperangan

Peperangan akan menyebabkan ekonomi negara terbantut kerana pelaburan dari negara asing berkurang akibat ketidakstabilan politik sesebuah negara itu. Peperangan juga akan menggunakan perbelanjaan yang besar untuk membekalkan bekalan makanan dan senjata api kepada angkatan tentera. Hal ini menyebabkan perbelanjaan negara menjadi terdadak besar dan kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi dan menambahkan cukai terhadap rakyatnya bagi menampung kerugian negara. Oleh kerana ini, kemiskinan tercetus. Selain itu, kemusnahan selepas peperangan mengakibatkan keselamatan negara tergugat. Penduduk tidak berani membuka perniagaan di bandar menyebabkan pemutusan sumber makanan dan pendapatan. Keadaan ini menyebabkan penduduk di negara yang sedang berperang menjadi lebih miskin.

Kesan peperanganPeperangan merupakan suatu peristiwa yang memberikan kesan negatif kepada sesebuah negara. Bincangkan kesan-kesan yang dialami oleh negara yang terlibat dalam peperangan tersebut.Setiap peperangan yang berlaku pasti mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada sesebuah negara. Hal ini membangkitkan kebimbangan yang berterusan dalam kalangan masyarakat dunia. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk memastikan agar peristiwa peperangan ini tidak berlanjutan sehingga meragut ribuan nyawa manusia yang tidak berdosa. Namun demikian, usaha yang dilakukan ini ibarat mencurah air ke daun keladi kerana perkara ini tidak mendatangkan apa-apa faedah sekalipun. Terdapat pelbagai kesan yang dialami oleh negara yang terlibat dalam peperangan tersebut.Apabila berlakunya sesuatu peperangan, antara kesan utama yang dapat diperhatikan ialah kemusnahan harta benda masyarakat setempat ekoran daripada kekejaman tentera penceroboh. Antara harta benda awam yang musnah ialah bangunan, sekolah, jalan raya, landasan kereta api, lapangan terbang, pelabuhan, dan sebagainya. Bagi mereka yang bekerja sebagai petani, hasil tanaman, alat pengangkutan dan ternakan juga lenyap akibat daripada tindakan tentera penceroboh yang tidak berperikemanusiaan ini. Matlamat mereka hanyalah untuk melihat masyarakat setempat menderita dan hidup dalam kedaifan tanpa sebarang kemudahan asas. Justeru itu, peperangan merupakan

Page 6: GCI M2

suatu perkara yang amat menyeksakan bagi mereka yang pernah mengalaminya sendiri.

Peperangan yang berlaku ini banyak mengorbankan nyawa manusia yang tidak berdosa di serata tempat. Orang awam yang tidak bersalah seperti kanak-kanak, wanita dan orang tua terkena tempiasnya apabila mereka juga dibunuh tanpa rasa belas kasihan dan berperikemanusiaan oleh tentera penceroboh. Akibat daripada keganasan dan kezaliman yang dilakukan, mangsa perang mengalami penderitaan akibat kehilangan orang yang tersayang. Bagi mereka yang tidak dibunuh, mereka telah diseksa dengan teruk sehingga mengalami kecacatan yang kekal. Kekejaman tentera penceroboh ini dapat dilihat apabila mereka melakukan serangan tanpa mengira tempat dan keadaan. Mereka sentiasa mencari peluang untuk menghancurkan komuniti masyarakat di sesuatu kawasan itu. Tegaslah di sini bahawa, peperangan yang berlaku akan membawa kepada kehancuran keharmonian sejagat manusia.Selain itu, penggunaan senjata kimia dan biologi dalam peperangan mengakibatkan kesan buruk berterusan kepada kesihatan penduduk. Proses pengayaan uranium bagi menjana reaktor nuklear terutama untuk menghasilkan senjata, akan menghasilkan kira-kira 70 peratus gas uranium oksida yang mampu dibawa angin sekali gus mengakibatkan seluruh negara tersebut diancam pelbagai penyakit. Bagi mereka yang terhidu gas uranium oksida ini atau mengambil makanan yang terdedah kepadanya akan menimbulkan kesan negatif kepada sistem perkembangan tubuh badan. Gas-gas yang terbebas melalui udara itu akan mengundang pelbagai penyakit seperti asma, barah, kerosakan otak, diabetis, parkinson dan seumpamanya. Mereka yang berpotensi untuk menghidap penyakit tersebut adalah kanak-kanak dan orang tua. Natijahnya, peperangan ini akan menyebabkan kesihatan penduduk dunia semakin merudum dan pembangunan negara tidak dapat berkembang dengan baik.Sehubungan itu juga, sistem ekonomi bagi negara yang terlibat dalam peperangan turut mengalami gangguan yang teruk sehingga menjejaskan pembangunan negara. Masyarakat setempat terpaksa melepaskan pekerjaan yang menjadi punca pendapatan mereka semata-mata untuk berperang demi keamanan dan keselamatan mereka semua. Kesannya, aktiviti-aktiviti ekonomi seperti pertanian, perdagangan, pelancongan dan lain-lain tidak dapat berjalan dengan lancar. Hal ini menyebabkan pelabur asing tidak berani untuk melabur di negara tersebut dan mereka akan menarik semula modal yang telah disuntik itu. Kebanyakan firma yang tidak dapat menanggung kos operasinya, akan memberhentikan operasi firma tersebut dan mereka akan kembali pulang ke negara asal mereka. Ini akan menyebabkan negara tersebut mengalami kerugian yang sangat besar. Jelaslah di sini bahawa, sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan segera, kadar penggangguran dalam kalangan penduduk semakin tinggi dan pembangunan negara tidak dapat berkembang dengan baik.Seperti yang kita maklum, peperangan yang berterusan akan mengundang kepada gangguan emosi yang teruk dalam kalangan orang awam terutamanya kepada kanak-kanak yang sedang meningkat remaja. Kanak-kanak yang dibesarkan dalam keadaan yang huru-hara akan mengalami gangguan emosi yang teruk sekiranya tidak mendapat rawatan yang sewajarnya. Hal ini kerana, sejak dari kecil lagi mereka telah melihat kekejaman yang dilakukan oleh tentera penceroboh terhadap ahli keluarga mereka seperti diperkosa, dibedil dengan peluru berpandu, ditembak dengan bom dan sebagainya. Kebanyakan kanak-kanak yang masih hidup ini bukanlah seperti kanak-kanak normal yang lain

Page 7: GCI M2

kerana ada di antara mereka yang mengalami kecacatan dari segi fizikal dan mental Peristiwa ini memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan mereka dan kekal dalam ingatan untuk selamanya.Kesimpulannya, peperangan yang berlaku ini memberi impak yang negatif terutamanya dari segi pembangunan negara dan keharmonian sosial masyarakat sejagat. Untuk mengelak daripada berlakunya peperangan secara berterusan, semua pihak perlulah bekerjasama dan berganding bahu tanpa mengira pangkat, darjat atau bangsa untuk menjaga keharmonian sesebuah negara itu. Setiap peperangan yang berlaku, bukan sahaja mengorbankan ribuan nyawa yang tidak berdosa, malah pembangunan negara dari segi ekonomi dan politik juga terganggu. Oleh itu, sebagai sebuah masyarakat yang prihatin kita seharusnya bersatu hati dan bermuafakat untuk menjaga keamanan negara daripada diganggu gugat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, bak kata pepatah, ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’.