geografi pt3-jerebu

Upload: sharifah-noorulhuda

Post on 12-Oct-2015

415 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

pencemaran udara

TRANSCRIPT

NAMA PELAJAR:ABI DZAR BIN NAIMN0 K/P:990413036403TINGKATAN:3 CEKAL (2014) SEKOLAH:SMK TAMAN SERI GOMBAK, 68100, BATU CAVES, SELANGORKOD SEKOLAH:BEA7607TAJUK KAJIANKES:PENCEMARAN JEREBUDI KAWASAN TAMAN SELASEH FASA 2 BATU CAVES, SELANGORNAMA GURU:ADIBAH BT ABDULLAH

TAJUK: Pencemaran Udara @ Jerebu Di Kawasan Perumahan Taman Selasih Fasa 2

OBJEKTIF/TUJUAN KAJIAN:Tujuan kajian ini adalah untuk: Menganalisa jerebu sebagai konsep pencemaran udara, menyiasat punca jerebu sebagai contoh pencemaran udara, mengkaji kesan Jerebu sebagai contoh pencemaran udara dan mengenalpasti langkah-langkah menangani Jerebu di kawasan perumahan di sekitar rumah saya iaitu Taman Selasih Fasa 2, Batu Caves

KAEDAH KAJIAN:Bagi mencapai objektif kajian, saya menggunakan kaedah kajian lapangan melalui pemerhatian kualitatif, kajian perpustakaan dan juga temubual

KERANGKA KERJA (KASAR)

PENGENALAN

TUJUAN DAN LATAR BELAKANG KAJIAN

KAEDAH KAJIAN

DAPATAN KAJIAN

PuncaKesanLangkah menangani

PENUTUP/ RUMUSAN

PROSES AWALTAJUK:

1.0PENGENALAN : Fakta tentang pencemaran udara: Apa itu jerebu? Huraian bagaimanakah kes Jerebu berlaku Contoh kes Jerebu

2.0TUJUAN DAN LATAR BELAKANG KAJIAN Sejarah Taman Selasih Fasa 2 dan Pembangunan di sekitar Taman Selasih Tujuan kajian di Taman Selasih

3.0KAEDAH KAJIAN kajian lapangan melalui pemerhatian kualitatif kajian perpustakaan temubual

4.0DAPATAN KAJIAN Dapatan Kajian 1Punca Jerebu bagi penduduk Taman Selasih Fasa 2 Fakta Huraian ContohDapatan Kajian 2Kesan jerebu bagi penduduk Taman Selasih Fasa 2 Fakta Huraian ContohDapatan Kajian 3Langkah menangani jerebu bagi penduduk Taman Selasih Fasa 2 Fakta Huraian Contoh

5.0PENUTUP/RUMUSAN Status pencemaran udara (Jerebu) Peranan masyarakat setempat Masa depan kualiti udara dan nasib penduduk Bandar

RUJUKAN

DRAF PENULISAN KAJIANTAJUK:

3.0PENGENALAN : Fakta tentang pencemaran udara: Apa itu jerebu? Huraian bagaimanakah kes Jerebu berlaku Contoh kes Jerebu

Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi pemandangan langit. Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan dan menyumbang kepada masalah pernafasan. Jerebu tebal dikenali sebagai asbut. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar. Dilihat dari jauh (seperti dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap. Jerebu berlaku akibat pembakaran hutan yang tidak terkawal, kebakaran hutan dan gambut, pembakaran terbuka, asap perindustrian dan asap kenderaan Jerebu yang melanda Asia Tenggara pada Jun-Oktober 1997 merupakan jerebu paling teruk pernah di alami di kawasan ini dalam sejarah. Ia meninggalkan kesan buruk terbesar dalam sejarah pencemaran alam sekitar. Jerebu 1997 ini berpunca daripada pembakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia. Pada Ogos 2005, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan menyebabkan keadaan jerebu yang agak teruk di pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Klang. Dua kawasan diisytiharkan darurat iaitu Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang setelah IPU di dua kawasan itu mencecah lebih 500 (sumber: Shaharudin Idrus, Ogos 2013; Muhammad Faraied Md. Isa, 2006)

TUJUAN DAN LATAR BELAKANG KAJIAN Sejarah Taman Selasih Fasa 2 dan Pembangunan di sekitar Taman Selasih Tujuan kajian di Taman Selasih

Taman Selaseh Fasa 2 dibangunkan pada sekitar tahun 90-an di atas tapak lombong (wawancara dengan Encik Hadidullah Hasani bin Megat Kasim pada 10Julai 2014). Terletak di Bandar Batu Caves dan dikelilingi pusat perindustrian dan perdagangan seperti Taman Perindustrian Batu Caves dan Taman Perindustrian Dolomite. Yang terbaru ialah Pusat Komersial Selaseh yang terletak di dalam kawasan taman. Kawasan ini dipilih memandangkan saya tinggal di sini dan ia terletak di tengah bandar dan kes pencemaran udara seperti jerebu adalah kerap dialami penduduk di siniTujuan/Objektif kajian ini adalah untuk: Menganalisa konsep jerebu sebagai satu bentuk pencemaran udara, menyiasat punca jerebu, mengkaji kesan jerebu dan mengenalpasti langkah-langkah menangani jerebu di kawasan perumahan Taman Selasih Fasa 2, Batu Caves, Selangor

KAEDAH KAJIAN kajian lapangan melalui pemerhatian kualitatif wawancara kajian perpustakaanBagi kajian ini, saya memilih penyelidikan perpustakaan bercetak dan atas talian, kajian lapangan melalui pemerhatian kualitatif, soal selidik dan juga temubual. Seramai 10 orang telah disoal selidik melibatkan 5 orang lelaki dan 5 orang wanita. Kesemuanya berketurunan Melayu memandangkan kawasan ini mempunyai majoriti penduduk Melayu. Semua responden berumur dalam lingkungan 40 ke 60 tahun. Tahap pendidikan merangkumi seorang lulusan Sijil Pelajran Malaysia, 2 orang Diploma, 4 orang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda, 2 orang mempunyai Ijazah Sarjana dan seorang pemegang Doktor Falsafah. Pendapat mereka tentang tahap kualiti udara Taman Selaseh adalah spertimana yang tertera pada Rajah 1. Seorang (10%) responden menganggap kualiti udara kurang tercemar berbanding 7 (70%) merasakan udara agak tercemar dan 2 (20%) menganggap udara adalah sangat tercemar. Walaupun ada yang menganggap udara kurang tercemar, namun responden mengakui bahawa punca pencemaran memang wujud seperti asap kereta dan kebakaran hutan.

Rajah 1: Tahap Kualiti Udara Taman Selaseh Fasa 2

DAPATAN KAJIANDapatan Kajian 1Punca Jerebu bagi penduduk Taman Selasih Fasa 2 Fakta Huraian Contoh

3.1 Rajah 2: Punca Jerebu di Taman Selaseh Fasa 2 daripada Kaji Selidik

3.1.1 Punca Jerebu di Taman Selaseh Fasa 2 daripada Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)

Indeks Pencemaran Udara (IPU) Lembah Kelang(Sumber: BERNAMA dipetik oleh http://trendingmalaysia.blogspot.com/2014/06/jerebu-melanda-lagi-tahun-2014.html)

Fenomena jerebu yang berlaku (contohnya: pada 24 Jun 2014) adalah melibatkan kawasan Batu Caves di mana terletaknya Taman Selaseh Fasa 2. Jerebu diandaikan berlaku di kawasan ini kerana wujudnya pergerakan asap jerebu sederhana dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, dan tiupan angin dari arah barat daya mengakibatkan keadaan jerebu di kawasan tengah pantai barat Semenanjung (sumber: BERNAMA). Ini termasuklah kawasan perumahan Taman Selaseh yang terletak di Batu Caves, Selangor. Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi Batu Caves ialah 92 iaitu sangat hampir pada paras tidak sihat (rujuk skala IPU berikut). IPU adalah sejenis ukuran yang digunakan untuk mengukur kualiti udara, semakin banyak zarah-zarah ini berkumpul maka semakin tinggi bacaan IPU. Berikut adalah jadual bacaan IPU:-IPUKeadaan

0-50Baik

51-100Sederhana

101-200Tidak Sihat

201-300Sangat Tidak Sihat

>300Berbahaya

RAJAH SKALA IPU

Dalam pada itu beberapa titik panas dikesan di dalam negara. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel berkata 23 titik panas telah dikesan melibatkan 6 titik panas dikesan di Pahang, Sarawak (5), Selangor (4), Kelantan dan Sabah (masing-masing 3), serta Johor dan Terengganu (masing-masing 1) berkemungkinan punca asap dan jerebu (sumber:BERNAMA). Rujuk gambar titik panas.

Gambar titik panas terbaru Jun 2014 (Sumber: BERNAMA dipetik oleh http://trendingmalaysia.blogspot.com/2014/06/jerebu-melanda-lagi-tahun-2014.html

Menurutnya lagi, kesemua titik panas berkemungkinan punca asap dan jerebu yang dikesan dalam negara akan disiasat dan diambil tindakan penguatkuasaan sewajarnya PEMERHATIAN KRITIS Jika dibandingkan dapatan soal selidik dan fakta BERNAMA menunjukkan tanggapan penduduk agak berbeza dengan fenomena sebenar yang berlaku. Ini menunjukkan analisis saintifik untuk memahami fenomena alam perlu untuk mendapat maklumat tentang pencemaran yang lebih tepat.

Dapatan Kajian 2Kesan jerebu bagi penduduk Taman Selasih Fasa 2 Fakta Huraian Contoh

3.2 Rajah 3: Kesan jerebu bagi penduduk Taman Selasih Fasa 2 daripada Kaji Selidik

Terdapat 4 kesan jerebu yang dikenalpastiiaitu gangguan kepada kesihatan, aktiviti harian dan tahap penglihatan..a) Mengganggu kesihatan Tiada seorang respondenpun yang menganggarkan kesan jerebu kurang mengganggu kesihatan (tahap minimum). 8 daripada mereka mengakui bahawa kesihatan mereka sangat terganggu (tahap maksimum) dan 2 bersetuju gangguan kesihatan hanya pada tahap sederhana. b) Mengganggu aktiviti harianKesemua responden mengakui bahawa jerebu mengganggu aktiviti harian dengan 3 daripada mereka meletaknya di tahap sederhana manakala 7 merasa sangat terganggu (tahap maksimum). c) Mengganggu tahap penglihatanBerkenaan gangguan tahap penglihatan, masing-masing 2 responden bersetuju bahawa tahap penglihatan mereka terganggu pada tahap minimum dan maksimum. Selebihnya 6 mengandaikan gangguan di tahap sederhana.d) Mengganggu kebebasan aktiviti rekreasi4 responden bersetuju yang jerebu sangat mengganggu kebebasan aktiviti rekreasi mereka (tahap maksimum) manakala 5 meletakkannya pada skala sederhana dan hanya 1 memberikan skala minimum.

3.2.1 Kesan jerebu daripada penerangan saintifik dan pemerhatianJerebu mengandungi partikel karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon, habuk dan logam mengancam kesihatan manusia terutamanya golongan kanak-kanak, warga tua dan juga kepada mereka yang menghidapi penyakit-penyakit tertentu seperti asthma, alahan, pneumonia dan penyakit paru-paru (sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia). Namun begitu, individu yang sihat turut berpotensi untuk mendapat penyakit berpunca daripada jerebu. Sebagai contoh ketika jerebu melanda ramai pelajar sekolah di sekitar Taman Selaseh seperti SK Taman Selasih, SK Taman Samudra dan SMK Taman Seri Gombak jatuh sakit dan tidak hadir ke sekolah. Ini menyebabkan aktiviti belajar murid yang tinggal di sini tersekat, begitu juga dengan aktiviti luar seperti sukan, olahraga dan kegiatan ko-kurikulum tergendala. Begitu juga tahap penglihatan yang kurang menyebabkan berlakunya kes-kes kemalangan. PEMERHATIAN KRITIS: Adalah didapati bahawa keputusan soal-selidik adalah selari dengan informasi Kementerian Kesihatan Malaysia dan pemerhatian saya.Dapatan Kajian 3Langkah menangani jerebu bagi penduduk Taman Selasih Fasa 2 Fakta Huraian Contoh

3.3Rajah 4: Langkah menangani jerebu bagi penduduk Taman Selasih Fasa 2 daripada Kaji Selidik

Terdapat 4 langkah penting yang dikenalpasti untuk menangani jerebu. Antaranya ialah mematuhi peraturan kerajaan, membanyakkan tumbuhan hijau, dan berkongsi kereta atau menunggang basikal.a) mematuhi peraturan kerajaanb) membanyakkan tumbuhan hijauc) berkongsi kereta atau menunggang basikal

3.3.1Langkah menangani jerebu: saranan kerajaanKerajaan melarang pembakaran terbuka, asap adalah penyumbang utama kepada jerebu. Selain daripada itu pembakaran terbuka juga boleh menyebabkan kebakaran yang tidak dapat dikawal. Orang ramai diminta melaporkan kes pembakaran terbuka atau kebakaran lain kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 danJabatan Alam Sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 (Sumber: BERNAMA). Kerajaan juga menjalankan kempen hijau dan menggalakan penanaman pokok di rumah, pejabat, sekolah mahupun di tempat membelih-belah. Pokok-pokok hijau mambantu menyerap karbon dioksida di udara. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka juga perlu minum lebih banyak air dan memakai topeng muka semasa berada di luar rumah. PEMERHATIAN KRITIS: Melalui keputusan soal-selidik Adalah didapati bahawa rata-rata penduduk di sini menyambut baik saranan kerajaan untuk mrngurangkan jerebu di kawasan perumahan mereka.

4.0Penutup/Rumusan Status pencemaran udara (Jerebu) Peranan masyarakat setempat Masa depan kualiti udara dan nasib penduduk BandarJerebu adalah satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu dan berlarutan hingga kini malah lebih parah saban tahun. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara.. Pencemaran jerebu merentas sempadan yang melanda negara ketika ini berikutan musim Monsun Barat Daya dijangka berterusan sehingga September 2014 .(Sumber:BERNAMA). Masyarakat setempat berperanan mengambil tahu kaedah menjaga kesihatan mereka ketika jerebu dan bekerjasama sesama penduduk lain untuk menambahkan kehijauan di hutan batu kawasan perumahan mereka. Di peringkat global, akibat jerebu yang teruk pada September 1997, 7 anggota ASEAN telah menandatangani Perjanjian ASEAN mengenai Jerebu Merentas Sempadan (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution) pada tahun 2002 (sumber: Haze Asian online daripada http://haze.asean.org/?page_id=185). Ini diharap dapat memberi harapan masa depan yang lebih cerah dalam usaha mengawal jerebu di bumi kita yang tercinta ini.

RujukanBuku Abd Rahim Md Noor, 2004. Geografi Tngkatan 3 KBSM. (Rozida Ismail & Jumaah Ilias, Ed.). Shah Alam: Cerdik Publication. Mat Zakaria & Rashidi Azizan, 1989. Sains Tingkatan 2 KBSM. Kota Bharu: Pustaka Aman Press (PAP). Mui Sen, Chong & Azizan Abu Seman, 2003. Geografi Tingkatan 2 KBSM. Kuala Lumpur: Percetakan Saufi.Temu bualTemu bual dengan Encik Hadidullah Hasani bin Megat Kasim pada 10 Julai 2014Internet BERNAMA daripada http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=7119 Mylovelyschool daripada http://smksgsemerbak.wordpress.com/2014/03/06/pertandingan-kawad-kaki/ Haze Asian online daripada http://haze.asean.org/?page_id=185 Kemeterian Kesihatan Malaysia daripada http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/Jerebu/pdf/01_Ris_Jerubu.pdfTesis Muhammad Faraied Md. Isa (2006). Kualiti Udara di Johor. Tesis Ijazah Sarjana Muda. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia daripada http://www.efka.utm.my/thesis/IMAGES/3PSM/2006/4JKAS/PARTS3/muhamadfaraiedaa010321d06ttp.pdfMajalahShaharudin Idrus, Ogos 2013, Jerebu Perlu Pengurusan Terbaik. Dewan Kosmik

Soal selidikSoal-selidik dengan 10 orang penduduk di kawasan Taman Selasih pada minggu kedua bulan Julai, 2014

Indeks Pencemaran Udara (IPU) Lembah Kelang(Sumber: BERNAMA dipetik oleh http://trendingmalaysia.blogspot.com/2014/06/jerebu-melanda-lagi-tahun-2014.html)

Pertandingan Kawad Kaki SMK Seri Gombak 2014 (DITUNDA 12 April2014)Sabtu 15 Mac 2014, 7.30 pagiDITUNDA 12 April 2014(Faktor Cuaca BERJEREBU)

Gambar titik panas terbaru Jun 2014 (Sumber: BERNAMA dipetik oleh http://trendingmalaysia.blogspot.com/2014/06/jerebu-melanda-lagi-tahun-2014.html

IPUKeadaan

0-50Baik

51-100Sederhana

101-200Tidak Sihat

201-300Sangat Tidak Sihat

>300Berbahaya

RAJAH SKALA IPU

Rajah 1 : Tahap Kualiti Udara Taman Selaseh Fasa 2

Rajah 2 : Punca Jerebu di Taman Selaseh Fasa 2 daripada Kaji Selidik

Rajah 3: Kesan Jerebu Bagi Penduduk Taman Selasih Fasa 2 daripada Kaji Selidik

Rajah 4: Langkah Menangani Jerebu Bagi Penduduk Taman Selasih Fasa 2 daripada Kaji Selidik

ABI DZAR BIN NAIM 3 CEKAL 2014 SEMERBAK-PT3 GEOGRAFIPage 14