graf.pie chart, histogram

Upload: ai-poh

Post on 13-Jul-2015

42 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

HASIL DAPATAN JADUAL PEMARKAHAN PEMAIN 1 2 1 2 1 2 1 2 1 2 NAMA PEMAIN KHAZILIFAH ZULFAN UZAIR NUR ADRIYANA LUQMAN UZAIR MUHD SIRHAN ANIS NATASYA NUR ADIBA FATHIHAH NUR IZZAH SKOR/ JUMLAH GULI 56 42 47 52 45 51 45 51 44 54 KEPUTUSAN MENANG KALAH MENANG KALAH MENANG KALAH MENANG KALAH MENANG KALAH

Merujuk histrogram di atas, terdapat skor lima pasangan pemain yang terlibat dalam permainan congkak. Jadi, melalui hasil kajian, kami mendapati skor yang diperoleh adalah melebihi 40 peratus. Pemain satu dari pasangan pertama berjaya memungut jumlah biji guli yang terbanyak iaitu sebanyak 56 biji manakala permain kedua hanya berjaya memungut 42 biji. Ini menunjukkan pemain pertama yang berjaya memungut jumlah biji guli yang banyak kerana mahir dalam kemahiran pengiraan. Pemain kedua pula berkemungkinan kurang faham akan konsep permainan dan tidak dapat mengaplikasikan kemahiran pengiraan dalam permainan tersebut. Tambahan, pemain tersebut mungkin tidak mempunyai pengalaman bermain congkak sebelum ini.

Melalui carta pai di atas, kami mendapati bahawa pemain yang berjaya memungut skor yang paling tinggi iaitu sebanyak 56. Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh penguasaan kemahiran murid tersebut dalam permainan congkak tersebut. Sementara itu, pemain yang memungut skor yang terendah dalam kalangan rakan adalah hanya sebanyak 44. Hasil kajian ini menunjukkan kemungkinan pemain tersebut tidak mempunyai sebarang pengalaman dan pengetahuan sedia ada tentang permainan tersebut.

Borang Soal Selidik Murid Tahap 2

Kelas: Jantina: Lelaki/ Perempuan Skala penilaian 1. Tidak bersetuju 2. Kurang bersetuju 3. Setuju 4. Sangat bersetuju Sila tandakan ( ) pada ruang skala yang berkenaan di bawah. ITEM PERKARA 1 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Anda pernah bermain permainan tersebut. Permainan tersebut dapat menarik minat anda. Anda berasa gembira ketika bermain permainan tersebut. Permainan tersebut mudah dipelajari. Panduan yang diberi mudah difahami. Bimbingan daripada fasilitator berkenaan. Tunjuk ajar daripada rakan untuk bermain permainan tersebut. Kewujudan kemesraan dalam kalangan rakan. Anda menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Keinginan untuk meneruskan permainan ini. SKALA 2 3 4 Tarikh:

Catatan:

Melalui histrogram di atas, kami mendapati bahawa kebanyakkan murid iaitu seramai 7 orang murid adalah mempunyai pengalaman bermain congkak. Tambahan, semua murid yang terlibat dalam permainan congkak ini berpendapat bahawa permainan congkak ini berjaya menarik minat mereka. Hal ini dibuktikan pula dengan hasil dapatan yang terdapat dalam item ke-3 iaitu mereka bersepakat meluahkan perasaan gembira ketika bermain permainan tersebut. Merujuk kepada item ke-4 pula, didapati hanya terdapat seorang pemain yang berpendapat permainan congkak ini susah dipelajari. Walau bagaimanapun, kebanyakkan pemain masih memahami panduan yang diberi oleh guru dan ini dibuktikan dengan hanya terdapat 3 orang murid yang cenderung membina konsep permainan congkak berdasarkan pemikiran mereka tersendiri. Dalam item ke-7 pula, sebanyak 4 orang murid berkemungkinan bersifat berdikari semasa bermain permainan tersebut. Namun, kemesraan dalam kalangan rakan masih berjaya diwujudkan. Hal ini disebabkan sekirannya mereka berjaya mendapat kemenangan dalam permainan tersebut, tentulah mereka akan berkongsi perasaan yang gembira dan puas hati kepada rakan-rakannya. Merujuk kepada item ke-9 pula, didapati bahawa sebanyak 5 orang murid berpendapat mereka boleh mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis semasa bermain congkak iaitu memikirkan pelbagai teknik untuk memenangi pihak lawan. Misalnya, teknik mengira. Item yang terakhir pula menunjukkan semua murid mempunyai keinginan untuk meneruskan permainan ini pada bila-bila masa lagi.