hari raya aidiladha;d
TRANSCRIPT
-
8/9/2019 hari raya aidiladha;D
1/30
Penghargaan
Saya ingin mengambil kesempatan ini bagi merakamkan setinggi-tingginya
penghargaan kepada pihak yang membantu saya menyiapkan kerja khusus sejarah
berkenaan Perayaan Tradisi Kaum di Malaysia.Sehubungan dengan itu,saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada guru sejarah saya iaitu Pn Rosmayati binti
Yusoff.Beliau telah banyak membantu dan membimbing saya dalam menyiapkan
kerja khusus sejarah ini.
Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada ibu bapa saya iaitu Mohd Shariff
bin Hj Omar dan Barinah binti Md Nor yang sentiasa memberikan dorongan dan
bimbingan kepada saya dalam menyiapkan kerja khusus sejarah ini dan dalam
semua mata pelajaran saya keseluruhannya.Ibu bapa saya sentiasa menghulurkan
bantuan seperti memberi maklumat tentang Perayaan Kaum Melayu dan juga
sokongan moral.Terima kasih banyak ibu dan ayah.Saya sentiasa sayang akan ibu
dan ayah.
Selain daripada pihak di atas, jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada
rakan-rakan saya yang banyak memberi sokongan apabila saya memerlukan
mereka iaitu Nur Aimi Yasmin binti Azman,Puteri Balqish binti Abu Bakar,
Farisya binti Ibrahim, Qistina Nisa binti Azman dan Hanis Sakinah binti
Tajudin.Terima kasih kepada semua.
-
8/9/2019 hari raya aidiladha;D
2/30
Rumusan
Syukur kepada Tuhan,kerana dengan izinnya saya dapat menyiapkan kerja
khusus ini dengan jayanya dan dapat dihantar pada masa yang ditetapkan.
Setinggi-tingginya penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada pihak
sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia kerana memberi peluang kepada
saya membuat kerja khusus ini.
Dengan terhasilnya kerja khusus ini,saya telah mengetahui tentang pentingnya
sejarah.Saya telah dapat mengenali diri saya,keluarga,masyarakat dan seterusnya
negara yang saya cintai.Secara tidak langsung,penghasilan kerja khusus ini telah
berjaya menyemai semangat cintai akan keluarga,masyarakat dan negara
kita,Malaysia.
Dengan menghasilkan kerja khusus ini juga telah lahir rasa syukur terhadap
apa yang saya miliki.Saya rasa amat bangga menetap di sebuah negara yang unik
dan mempunyai berbilang kaum yang hidup dalam aman dan damai.Oleh itu,saya
akan sentiasa menghargai dan mengingati asal usul keturunan saya dan akan
menjadikannya perangsang untuk saya terus berjaya.
OBJEKTIF KAJIAN
-
8/9/2019 hari raya aidiladha;D
3/30
Objektif kajian utama folio ini dihasilkan ialah untuk mengenali dan
memahami sejarah perkembangan Perayaan Tradisi Kaum di Malaysia dengan
lebih mendalam.Oleh itu,saya telah berusaha untuk mendapatkan maklumat
tentang latar belakang Perayaan Tradisi Kaum Melayu.
Saya juga dapat memupuk rasa bangga dan cinta terhadap Perayaan Tradisi
Kaum Melayu.Contohnya,saya telah melawati kawasan kajian untuk mendapat
pengalaman tentang Perayaan Tradisi Kaum Melayu .
Di samping itu,saya dapat mengamalkan nilai murni yang diwarisi bersama
Kaum Melayu di Malaysia.Secara tidak langsung,saya berharap dengan tugasan
kerja khusus yang diberikan ini, saya dapat mencapai objektif kajian.
KAEDAH KAJIAN
-
8/9/2019 hari raya aidiladha;D
4/30
Bagi menyiapkan kerja khusus sejarah tingkatan dua,saya telah menggunakan
kaedah temubual ,rujukan Internet dan melawat kawasan kajian untuk
mendapatkan maklumat tentang Perayaan Tradisi Kaum di Malaysia.Saya telah
menemubual orang sumber iaitu kedua ibu bapa saya yang bernama Mohd Shariff
bin Hj Omar dan Barinah bt Md Nor.Saya juga telah merujuk Internet seperti
laman web Google dan Wikipedia.Selain itu,saya juga telah melawat kawasan
kajian bagi memahami Perayaan Kaum Melayu dengan lebih jelas.
TEMURAMAH
-
8/9/2019 hari raya aidiladha;D
5/30
BERSAMA AYAH
-masa: 3:30p.m.
-tarikh: 20/7/2010
-nama: Mohd Shariff bin Haji Omar,
-umur: 63 tahun,
-alamat: No 1,jln SHB 1,Taman Subang Heights,47500 Subang Jaya
-hubungan: Bapa kandung
SAYA: Ayah,bolehkah ayah meluangkan masa bersama saya sebentar?
AYAH: Sudah tentu boleh.kenapa adik bertanya, boleh apa-apa ayah tolong?
SAYA: Ada sikit maklumat yang saya belum ketahui tentang Perayaan Kaum
Tradisi di Malaysia.Bolehkah ayah terangkan tentang Perayaan Kaum
Melayu iaitu Hari Raya Korban?
AYAH: Ohhhh..Hari Raya Korban disambut pada pagi 10 Zulhijjah hingga 13
Zulhijjah.Selain itu,Hari Raya Korban digelar juga sebagai Hari Raya
Aidiladha.
SAYA: Apakah yang dilakukan pada hari tersebut ayah?
AYAH: Pada hari tersebut,Umat Islam akan mengerjakan Sembahyang Sunat
Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama
diikuti 5 takbir pada rakaat yang kedua.Selepas itu,mereka akan
melakukan ibadat korban bagi memperingati kisah pengorbanan Nabi
-
8/9/2019 hari raya aidiladha;D
6/30
Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran Nabi Ismail
dalam memenuhi perintah Allah S.W.T.
SAYA: Urmmm..sekarang baru saya faham akan aktiviti pada Hari Raya
Korban.Terima kasih ayah kerana sudi membantu saya.
AYAH: Sama-sama.
Temuramah
-
8/9/2019 hari raya aidiladha;D
7/30
BERSAMA IBU.
-masa: 3:45p.m.
-tarikh: 20/7/2010
-nama: Barinah binti Md Nor
-umur: 57 tahun
-alamat: No 1,jln SHB 1,Taman Subang Heights,47500,Subang Jaya.
-hubungan: Ibu kandung
SAYA: Ibu,bolehkah ibu meluangkan masa bersama saya sebentar?
IBU : Sudah tentu boleh.kenapa adik,ada masalah ke yang boleh ibu tolong?
SAYA : Ada beberapa maklumat yang saya belum ketahui tentang Hari Raya
Korban?
IBU : Ohhh.Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah,
bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan
tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya
Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa
di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
SAYA: Umm.bolehkah saya tahu apakah maksud Korban?
IBU : Dari segi bahasa, Korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia
bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah
kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
-
8/9/2019 hari raya aidiladha;D
8/30
SAYA: Ohhh..baru saya faham.Terima kasih ibu atas bantuan yang ibu berikan.
IBU : Sama-sama,adik.
-
8/9/2019 hari raya aidiladha;D
9/30
RUJUKAN
ORANG SUMBER
-MOHD SHARIFF BIN HJ OMAR,63 TAHUN
NO 1,JLN SHB 1,TAMAN SUBANG HEIGHTS,
47500 SUBANG JAYA.
-BARINAH BT MD NOR,57 TAHUN
NO 1 ,JLN SHB1,TAMAN SUBANG HEIGHTS,
47500 SUBANG JAYA.
MELAWAT TEMPAT KAJIAN
-296, MUKIM 5,BUKIT INDERA MUDA ,
14400 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
INTERNET
-Hari Raya Korban, http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidiladha
-Aidiladha, http://en.wikipedia.org/wiki/Eid_al-Adha
tempat kajian
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidiladhahttp://en.wikipedia.org/wiki/Eid_al-Adhahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidiladhahttp://en.wikipedia.org/wiki/Eid_al-Adha -
8/9/2019 hari raya aidiladha;D
10/30
Saya telah melawat kawasan kajian iaitu rumah kepada mak cik saya :-
-masa: 10.35 a.m.
-tarikh: 27/11/2009
-alamat: 296,Mukim 5,Bukit Indera Muda,14400 Bukit Mertajam,Pulau Pinang
Kandungan
-Tajuk
-Penghargaan
-
8/9/2019 hari raya aidiladha;D
11/30
-Objektif Kajian
-Kaedah Kajian
-Hasil Kajian
1.0 Perayaan Tradisi
>1.1 Nama Perayaan/Nama Lain
>1.2 Pihak/Etnik/Kaum yang terlibat
>1.3 Tarikh/Tempoh masa yang dirayakan
>1.4 Tujuan Perayaan
2.0 Latar Belakang
>2.1 Sejarah/Asal usul perayaan
>2.2 Upacara Khusus dalam perayaan
>2.3 Individu yang mengetuai upacara khusus
>2.4 Tempat Khusus sambutan dijalankan
3.0 Persiapan Sambutan Perayaan
>3.1 Sebelum Perayaan
>3.2 Semasa Perayaan
>3.3 Selepas Perayaan
>3.4 Peraturan/Pantang-larang/Amalan sampingan
4.0 Kesan Perayaan
>4.1 Kekeluargaaan
>4.2 Perpaduan
>4.3 Pelancongan
-
8/9/2019 hari raya aidiladha;D
12/30
>4.4 Keagamaan/Kepercayaan
-Rumusan
-Lampiran
-Rujukan
1.0 PERAYAAN TRADISI
1.1 NAMA PERAYAAN / NAMA LAIN
-
8/9/2019 hari raya aidiladha;D
13/30
Nama Hari Raya Aidiladha berasal daripada Bahasa Arab iaitu Eid-Ul-
Adha.Nama lain bagi Hari Raya Aidiladha ialah Hari Raya Korban, atau
Hari Raya Haji.Ia juga dinamakan Festival of Sacrifice atau Greater
Eid.
1.2 PIHAK/ETNIK/KAUM YANG TERLIBAT
-
8/9/2019 hari raya aidiladha;D
14/30
Pihak atau kaum yang terlibat dengan perayaan ini ialah seluruh umat Islam di
seluruh dunia.Di Malaysia,kaum utama yang menyambut perayaan Aidiladha ialah
kaum Melayu yang beragama Islam.
1.3 TARIKH/TEMPOH MASA DIRAYAKAN
-
8/9/2019 hari raya aidiladha;D
15/30
Tarikh atau tempoh masa perayaan ini pada hari ke sepuluh,sebelas,dua
belas,dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun.Bermula dengan Takbir
Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah,diikuti dengan Solat Sunat Aidiladha
serta Khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah,sambutan diikuti dengan
ibadah korban yang dilakukan sama ada pada 10,11,12,atau siang 13
Zulhijjah.
1.4 TUJUAN PERAYAAN
Tujuan perayaan ini diadakan adalah untuk Umat Islam memperingati kisah
-
8/9/2019 hari raya aidiladha;D
16/30
pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran
anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah S.W.T.
2.0 latar belakang
2.1 SEJARAH/ASAL USUL PERAYAAN
-
8/9/2019 hari raya aidiladha;D
17/30
-
8/9/2019 hari raya aidiladha;D
18/30
2.2 UPACARA KHUSUS DALAM PERAYAAN
Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan,maka cara menyambut
hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja
diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini
seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai
-
8/9/2019 hari raya aidiladha;D
19/30
tanda kesyukuran.Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin
Soib menyatakan bahawa:
Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang
baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-
hati akan mati, iaitu Hari Kiamat.
Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke
masjid menunaikan solat sunat Aidiladha dan seterusnya menghidupkan ukhwah
dengan kunjung mengunjungi di kalangan saudara mara dan sahabat handai.Selain
itu,mereka juga melakukan Upacara Korban.Lembu,kambing,dan biri-biri yang
dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum
dibahagi-bahagikan kepada orang ramai khususnya golongan fakir miskin.Perlu
diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau
melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam
menlarang umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti
boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal.Pada zaman
Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru,
kata sahabat ini: "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat
menyambut hari raya.Lalu baginda segera bertanya: Kenapa wahai
saudaraku? Lelaki itu berkata: Kerana saya tidak ada baju baru.Rasulullah
kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain,agar sesiapa yang mempunyai
baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang
sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah
tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan
-
8/9/2019 hari raya aidiladha;D
20/30
mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan
dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.Konsep hari raya
selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana
masyarakat kita hidup dalam kemewahan.Sepatutnya rezeki yang lebih itu
disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin tidak dapat merayakan
hari raya seperti kita.Pada kebiasaanya Solat Sunat Aidiladha dicepatkan sedikit
bebanding Solat Sunat Aidilfitri.Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu Solat Sunat
Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan
korban.Hikmah dilewatkan sedikit Solat Sunat Aidilfitri pula adalah bagi
membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan
kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke
masjid.Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya
makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat.
2.3 INDIVIDU YANG MENGETAHUI UPACARA KHUSUS
Individu yang akan mngetuai upacara solat hari raya ialah
Imam.Di
rumah,individu yang akan mengetuai upacara ialah tuan rumahatau orang yang
-
8/9/2019 hari raya aidiladha;D
21/30
lebih tua.
2.4 TEMPAT KHUSUS SAMBUTAN DIJALANKAN
Tempat sambutan Hari Raya Korban dijalankan di masjid pada waktu pagi,bagi
upacara korban.Mereka juga menyambut hari raya ini di rumah saudara mara
-
8/9/2019 hari raya aidiladha;D
22/30
yang berdekatan.Selain itu,kubur adalah tempat khusus kerana pada waktu pagi
Umat Islam akan menziarahi keluarga mereka yang sudah meninggal dunia.
3.0 persiapan sambutan perayaan
3.1 SEBELUM PERAYAAN
-
8/9/2019 hari raya aidiladha;D
23/30
Pada malam 10 Zulhijjah ,Takbir Aidiladha akan berkumandang di masjid
menandakan Hari Raya Korban sudah tiba. Takbir Aidiladha di laungkan sebagai
tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T.
3.2 SEMASA PERAYAAN
Pada hari raya,orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling
cantik,paling bersih,dan juga mengenakan wangi-wangian.Pada pagi Hari
Raya Korban,Umat Islam akan mengerjakan Sembahyang Sunat Hari Raya
-
8/9/2019 hari raya aidiladha;D
24/30
Aidiladha sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti
dengan 5 takbir pada rakaat kedua.Selepas sembahyang,upacara korban
akan dimulakan.Lembu,kambing,dan biri-biri yang akan dikorbankan akan
disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi
bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
3.3 SELEPAS PERAYAAN
Selepas itu,Umat Islam akan melawati perkuburan orang yang
disayangi.Semua orang akan memakai pakaian yang baru dan selepas
itu,yang muda akan memohon kemaafan daripada orang yang lebih tua.
Kemudian,semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan
sebelum ziarah menziarahi sesama mereka.
-
8/9/2019 hari raya aidiladha;D
25/30
3.4 PERATUAN/PANTANG-LARANG/AMALAN SAMPINGAN
Antara pantang-larang yang haram dilakukan ialah berpuasa pada hari
tersebut.Seperti hari raya aidilfitri,kita sebagai umat islam juga dilarang
berpuasa pada Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban.Selain itu,daging
lembu,kambing,atau biri-biri yang dikorbankan haram diberikan kepada
orang yang bukan Islam.Umat Islam haruslah memberikan kepada golongan
-
8/9/2019 hari raya aidiladha;D
26/30
fakir miskin yang beragama Islam.Seterusnya,tulang daripada hasil korban
tersebut hendaklah ditanam di dalam tanah.Umat Islam dilarang membuang
tulang daging tersebut ke dalam tong sampah atau ke tempat lain.Isi daging
tersebut juga haruslah dihabiskan sehingga tinggal tulangnya sahaja.Di
samping itu,kenduri korban juga dapat dijalankan di rumah seseorang itu
atas kehendak dirinya sendiri. Golongan bukan Islam dilarang datang ke
kenduri korban yang diadakan.
4.0 kesan perayaan
4.1 KEKELUARGAAN
Kesan perayaan terhadap keluarga adalah kita dapat
mengeratkan silaturrahim sesame keluarga.Hubungan kasih
sayang antara keluarga akan bertambah erat. Anak-anak
bermaafan dengan ibu bapa, ahli keluarga dan adik
-
8/9/2019 hari raya aidiladha;D
27/30
-
8/9/2019 hari raya aidiladha;D
28/30
perayaan tidak kira kaum dan bangsa amalan kunjung
mengunjugi menjadi amalan rutin.Perayaan disambut
bersama,kemeriahan dikongsi bersama. Justeru itu perpaduan
dan keeratan hubungan antara kaum terjalin dalam suasana
aman dan tenteram.
4.3 PELANCONGAN
-
8/9/2019 hari raya aidiladha;D
29/30
Institusi Pelancongan juga menerima kesan hebat semasa
perayaan berlangsung kerana ramai pelancong asing yang
turut hadir atau turut serta dalam perayaan ini kerana mereka
datang sendiri untuk menyaksikan perayaan yang ada di
Malaysia ini.Secara tidak langsung menyumbang sumber
pelaburan yang hebat kepada Institusi Pelancongan Negara.
-
8/9/2019 hari raya aidiladha;D
30/30
4.4 KEAGAMAAN/KEPERCAYAAN
Kesan perayaan terhadap agama,sebagai umat Islam kita
berbangga kerana dapat menunaikan amanat dan perintah
Allah yang esa.Islam meminta kita meraikan hari istimewa
iaitu menyambut Hari Raya Aidiladha bagi memperingati
pengorbanan Nabi Ibrahim dan kesabaran anaknya Nabi Ismail
dalam melaksankan perintah Allah S.W.T.