hbis3202- rosidah

Upload: rosidah-ahmad

Post on 13-Oct-2015

36 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

HBIS 3203 FIQH II

HBIS FIQH II

SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH)

DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER JANUARI / 2014(SMP KHAS)

HBIS3203

FIQH II

NAMA

: ROSIDAH BINTI AHMAD

NO. MATRIKULASI

: 690102088228001

NO. KAD PENGNEALAN

:690102-08-8228

NO. TELEFON

: 0124922581 / 057585971

E-MEL

: [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN

: PERAK LEARNING CENTRE

TUTOR

: EN MOHAMAD MAZUKI BIN ARIFFINPENGHARGAANTerlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan syukur yang amat sangat kepada Allah kerana memberi saya kemampuan untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Sesungguhnya segalanya berlaku adalah dengan kehendak Nya.Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih buat tutor iaitu En Mohamad Mazuki bin Ariffin yang banyak memberi penerangan bagi membantu melaksanakan kerja kursus ini. Dengan segala ilmu yang ada di dadanya telah dicurahkan kepada kami. Semoga segala ilmu yang diberi mendapat keberkatan dan rahmat daripada yang Maha Esa. Saya berharap agar penulisan kerja kursus ini dapat menepati kehendak soalan.Disamping itu saya juga merakamkan ucapan terima kasih buat ahli keluarga khasnya suami yang banyak memberi dorongan dan semangat dalam menyiapkan tugasan ini. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pegawai perpustakaan awam Padang Rengas dan Perpustakaan Awam Kuala Kangsar yang banyak membantu saya untuk mendapatkan maklumat berkaitan tajuk kerja kursus ini.Penghasilan kerja kursus ini diharap dapat menambahkan pengetahuan saya terhadap rukun Islam yang kelima. Saya berharap agar ilmu ini nanti dapat dikongsikan dengan orang lain khasnya anak didik saya. Semoga segala ilmu yang diperolehi akan mendapat keredaan dan keberkataan daripadaNya.

Rosidah binti Ahmad

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGHARGAAN

1.0 PENGENALAN

42.0 HAJI

6 2.1 Rukun Haji

7

2.2 Wajib Haji

83.0 PERBANDINGAN JENIS-JENIS HAJI DAN KAEDAH PELAKSANAANYA 8 3.1 Haji Irfad

9 3.2 Haji Tamattuk

12 3.3 Haji Qiran 144.0 PERJALANAN JEMAAH HAJI MALAYSIA 165.0 KESIMPULAN

23RUJUKAN

241.0 PENGENALAN

Haji merupakan Rukun Islam yang kelima. Setiap umat Islam diwajibkan untuk mengerjakan Haji berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.Ibadah hajimerupakan salah satu jenis ibadah yang dilaksanakan oleh seluruh umat Muslim di seluruh dunia. Haji sendiri berasa dari katahajj,yang ertinyamengunjungi sesuatu. Menurut istilah haji ialah mengunjungi Bait Allah untuk menjalankan ibadah(iqamatan lin nusuk)pada waktu yang sudah ditentukan.

Menunaikan ibadahHajiadalahibadah tahunanyang dilaksanakan oleh kaum muslimin dan muslimat di seluruh dunia yang bermampuan (harta, fizikal dan keilmuan) dengan mengunjungi dan melaksanakan beberapa kegiatan di beberapa tempat diArab Saudipadamusim haji(bulanZulhijjah).

Sesetengah orang mengatakan ibadah haji sebagai rukun Islam yang terakhir. Diantara kelima-lima rukun tersebut, ibadah haji ini agak luar biasa sedikit. Ia dikatakan semikian kerana untuk melakukannya seseorang itu mesti berkunjung ke Mekah Al Mukarramah di Arab Saudi. Disamping itu ia dikerjakan cuma sekali setahun iaitu pada bulan haji (Zulhijjah) dan diwajibkan keatas umat Islam yang mampu sekali seumur hidup. Kewajipan ke atas umat Islam untuk mengerjakan haji ini adalah berdasarkan firman Allah : "Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah iaitu bagi orang-orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari kewajipan haji maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dari alam semesta." (Ali Imran 97)

Allah menjanjikan bahawa orang yang mengerjakan haji akan dapat menyaksikan keuntungan-keuntungan iaitu himah-hikmah yang boleh diperolehi disebalik ibadah haji itu. Di antara hikmah-hikmah haji ialah menjadi tetamu Allah kerana Kaabah atau Baitullah itu dikatakan juga sebagai 'Rumah Allah'. Rasulullah bersabda: "Orang yang mengerjakan haji dan orang yang mengerjakan umrah adalah tetamu Allah Azza wa jalla dan para pengunjung-Nya. Jika mereka meminta kepada-Nya nescaya diberi-Nya. Jika mereka meminta ampun nescaya diterima-Nya doa mereka. Dan jika mereka meminta syafaat nescaya mereka diberi syafaat." (Ibnu Majah).Orang yang mengerjakan haji juga mendapat tarbiah langsung daripada Allah .Orang-orang yang mengerjakan haji juga adalah sebagai penebus dan membersihkan dosa ini kerana semasa mengerjakan Ibadah Haji merupakan kesempatan untuk bertaubat dan meminta ampun kepada Allah. Selain itu orang haji juga dapat meneguhkan iman seseorang. Sepanjang mengerjakan ibadah haji para jemaah juga dapat mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa orang-orang yang soleh kerana di tanah suci terdapat banyak rentetan sejarah yang boleh dikutip seperti kisah-kisah para nabi seperti Nabi Ibrahim, Nabi Ismail , Kisah Adam dan Hawa dan sebagainyaJika hendak diteliti akan fadilat haji terlalu banyak yang boleh diperkatakan. Sebagai umat Islam setiap ibadah yang dilakukan mestilah kerana Allah dan buat dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat keberkatan dan keredhaannya. Orang yang mengerjakan haji dengan betul dan bersungguh akan memperolehi haji yang mabrur. Haji yang mabrur balasannya ialah syurga disisi Allah.Ibadat haji merupakan syariat yang dibawa oleh junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W. sebagai membaharui dan menyambung ajaran Nabi Allah Ibrahim A.S. Ibadat haji mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah, mengikut haul yang mashur iaitu dengan turunnya ayat 97 surah Al-Imran yang bermaksud :Dan Allah Taala mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekelian makhluk.Tujuan penulisan kerja kursus yang saya buat ini ialah untuk menjelaskan mengenai haji dan pelaksanaan ibadah haji bagi ketiga-tiga jenis haji iaitu Haji Ifrad, Haji Tamattuk dan Haji Qiran. Disamping itu juga perbincangan akan dibuat bagi melihat apakah kelebihan dan kekurangan bagi ketiga-tiga jenis ibadah haji tersebut. Penulisan tugasan ini juga menerangkan mengenai perjalanan jemaah haji Malaysia yang telah mendapat seruan daripada Ilahi untuk mengerjakan haji di Mekah.2.0 HAJI

Haji pada syarak mengunjungi Baitullahil Haram di Mekah dalam bulan-bulan haji ( dari 1 Syawal hingga sebelum fajar hari ke-10 Zulhijjah )kerana mengerjakan tawaf, saie dan wuquf di Arafah dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala rukun dan wajib-wajibnya. Haji dari segi bahasa pula ialah bermakna ziarah. Ibadah haji telah difardukan pada tahun lima hijrah, tetapi mula dilaksanakan oleh para sahabat dalam tahun ke 9 Hijrah dan Rasulullah menunaikannya pada tahun ke 10 Hijrah yang dinamakan "Hajjatul Wada".Ibadat haji ini diwajibkan keatas semua manusia yang beragama Islam , setelah baligh ,berakal dan merdeka serta diwajibkan ke atas mereka yang berkuasa ( berkemampuan dari segi kewangan dan sihat tubuh badan, masa yang mencukupi, selamat dalam perjalanan dan bagi perempuan mendapat keizinan suami atau mempunyai mahram)Kewajipan terhadap ibadat haji ini sangat jelas kerana terdapat banyak dalil-dalil yang jelas diturunkan Allah SWT di dalam Al-Quran serta hadis-hadis sahih daripada Nabi Muhammad SAW.Antara dalil yang terdapat di dalam Al-Quran antaranya ialah dalam surah Al-Imran ayat ke 97 yang bermaksud"Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu siapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadaNya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat sesuatupun dari sekian makhluk)" .

Firman Allah bermaksud: "Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah" Surah Al-Baqarah Ayat 96

Firman Allah bermaksud: "Dan serukanlah kepada umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang (ke rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (ceruk rantau) yang jauh supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan berbagai faedah kepada mereka serta mengingati dan menyebut nama Allah pada hari-hari yang tertentu".

Dalil wajib haji berdasarkan hadis antaranya ialah maksud hadis dari Ibnu Umar R.A, Rasulullah S.A.W bersabda "Islam itu dibina di atas 5 perkara mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke Baitullah"

Maksud hadis dari Saidina Ali R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda "Sesiapa yang memiliki harta benda dan kenderaan untuk menyampaikan ke Baitullah tetapi tidak mengerjakan haji maka bila ia mati akan menjadi sebagai Yahudi atau Nasrani".Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :" Sesiapa yang manunaikan fardhu Haji kerana Allah dengan tidak melakukan persetubuhan dan tidak membuat fasiq ( maksiat kejahatan ) maka bersihlah dirinya daripada dosa seumpama di hari ianya dilahirkan oleh ibunya". Diriwayat oleh Imam Bukhari, Ibnu majah dan lain-lain

Pelaksanaan ibadah haji mestilah mengikut segala rukun dan wajib haji yang telah ditetapkan iaitu

2.1 Rukun Haji

1. Niat mengerjakan Haji:

2. Berwukuf di Arafah bermakna berhenti di Arafah seketika mulai tergelincirnya matahari pada 9 Zulhijjah hinga terbit fajar pada 10 Zulhijjah3. Tawaf Ifadah ialah mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali4. Saie di antara Shafa dan Marwah sebanyak 7 kali5. Bercukur atau bergunting rambut (Tahalul) sekurang-kurang nya helai6. Tertib pada kebanyakan rukun.

Jika tertinggal salah satu rukun atau tidak mengikut syaratnya maka Haji / Umrahnya TIDAK SAH (BATAL) dan terpaksa mengqadakannya semula dengan segera kerana masih di dalam ihram (pantang larang).2.2 Wajib Haji Disamping rukun haji jemaah haji juga perlu melaksanakan perkara-perkara yang menjadi kewajipan . Sekiranya jemaah tertinggal perkara yang wajib hajinya tetap sah tetapi perlu membayar dam atau pun denda. Wajib haji ada 6 perkara iaitu

1. Niat ihram di Miqat tertentu

2.Bermalam di Muzdalifah

3.Melontar Jumrah 'Aqabah'

4.Bermalam di Mina selama dua atau tiga malam Tasyriq, iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah,

5.Melontar ketiga-tiga Jumrah pada hari tasyriq, iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah dan,

6.Meninggalkan perkara-perkara larangan semasa dalam ihram

3.0 PERBANDINGAN JENIS-JENIS HAJI SERTA PELAKSANAANNYA

Islam adalah agama yang selamat dan sejahtera, penganutnya berhak menunaikan segala suruhan ALLAH mengikut kemampuan masing-masing. Semua ibadat yang ALLAH syaratkan mempunyai rukhsah (Kelonggaran) termasuk ibadat haji. Ini adalah kerana untuk memudahkan umat Islam menjalani ibadat tersebut. Ibadat haji boleh dilakukan dalam tiga cara iaitu :Haji Ifrad, Haji Tamattuk dan Haji Qiran. Setiap jenis haji yang dilakukan ini mempunyai beberapa kelebihan dan kekurangannya yang akan dihuraikan nanti.3.1 Haji Ifrad

Haji Ifrad bermakna mengerjakan ibadat haji dan umrah secara berasingan sama ada mengerjakan haji dahulu dan kemudian mengerjakan umrah atau mengerjakan umrah dahulu sebelum tiba bulan-bulan haji. Haji Ifrad merupakan ibadah haji yang paling afdal kerana Nabi Muhammad SAW mengerjakan ibadah haji dengan cara ini sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Jabir:

Dan Rasulullah SAW berihram dengan menunaikan Haji.

(Hr Bukhari dan Muslim)

Menurut Mazhab Syafie, Haji Irfad merupakan pekerjaan haji yang paling afdal dengan syarat hendaklah melaksanakan umrah pada tahun yang sama. Kebanyakan jemaah haji Malaysia yang mendapat penerbangan pada dua minggu terakhir akan melakukan haji ifrad kerana tempoh masa ihram hanya ada dua minggu sahaja. Kelebihan haji ifrad ialah tidak dikenakan dam(denda) kecuali dia melakukan perkara yang dilarang ketika berihram contohnya seperti memakai wangi-wangian.Jemaah haji yang mengerjakan haji Irfad perlu mengerjakan dan menyelesaikan semua ibadah haji hingga bertahlul( melepaskan diri daripada sebarang pantang larang ketika berihram). Apabila selesai jemaah boleh membuka pakaian ihram dan bebas melakukan semua perkara yang dilarang semasa berihram. Selepas itu jemaah yang hendak mengerjakan umrah perlu memakai pakaian ihram , berniat di Miqat. menjaga pantang larang dan melakukan ibadah rukun dan wajib umrah sehingga bertahlul. Jemaah boleh mengulang ibadah umrah mengikut kemampuan.Selain daripada kebaikkan yang diberikan, haji ifrad juga mempunyai beberapa kekangan yang menguji para jemaah yang melakukan haji ifrad iaitu jemaah perlu mempunyai kesabaran dan kekuatan iman yang teguh. Ini kerana jemaah haji yang mengerjakan haji ini perlu memakai ihram dan berpantang larang dalam jangka masa yang lama , paling minima ialah dua minggu sebelum hari wukuf di Arafah.Ini kerana penerbangan yang terakhir sebelum wukuf ialah dua minggu sebelum wukuf. Bagi kaum adam yang mengerjakan ibadah haji ifrad agak sukar kerana mereka tidak boleh memekai sebarang pakaian yang berjahit yang selalu menjadi amalan seharian. Justeru itu jemaah terpaksa menjaga pantang larang ketika berihram agar tidak dikenaka sebarang dam.

Ada jemaah yang mengerjakan haji ifrad yang berulang-alik dari masjid dan hotel penginapan yang kadang kala singgah dikedai dan memegang bau-bauan yang ditawarkan oleh pekedai.Jemaah ini akan dikenakan dam kerana melanggar pantang larang ketika berihram. Walaupun terdapat kekangan tapi itu adalah untuk menguji tahap kesabaran dan keimanan pada jemaah haji mengerja haji ifrad .Untuk mendapat ganjaran disisi Allah , manusia perlu diuji.3.1.1 Langkah Pelaksanaan Haji IfradJemaah haji yang menaiki kapal terbang , diminta untuk terus memakai ihram dan hanyaberniat Ihram Hajisahaja di miqat yang ditetapkan dengan menyebut: Sahaja aku mengerjakan Haji dan berihram dengannya kerana Allah Taala.Rajah disebelah dapat menerangkan perjalan haji ifradPara jemaah perlu selalu bertalbiah. Apabila memasuki Kota Makkah Jamaah Haji mulamelakukanpekerjaanHaji di Masjidil Haram,di mana apabila melihat Baitullah Jamaah Haji bertakbir lantas mengucapkanLA ILAAHA ILLALLAHdan bertasbih seterusnya melakukan Tawaf Qudum( Tawaf selamat datang ) iaitu mengelilingi Baitullah sebanyak tujuh kali sambil menutup bahu kiri dan berlari-lari anak pada tiga pusingan pertama. Cara tersebut adalah sunat di sisi jumhur dan wajib bagi Mazhab Maliki. Penduduk Makkah tidak boleh melakukan Tawaf tersebut.Setelah selesai melakukan Tawaf Qudum, lakukan pulaSaiedi antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh pusingan. Kemudian terus berada di Mekah dalam keadaan berihram. Jemaah tidak boleh bertahlul dan terus memakai ihram sehingga berangkat ke Arafah.Dalam masa menunggu jemaah digalakkan sembahyang sunat ,tawaf sunat, beritikad di Masjidil Haram, membaca Al-Quran , beristilam dan mengucup Hajar Aswad serta melakukan kebajikan terhadap jemaah lain.Apabila tibahari Tarwiahberangkatlah ke Mina dan berada di sana sehingga selesai mendirikanSolat Subuh hari Arafah( Jemaah haji Malaysia jarang melakukannya kerana masalah kesesakan ) Setelah itu bertolak pula keArafahdan berada di sana serta mendirikan Solat Zuhur dan Asar pada waktu Zuhur (Jamak Taqdim). Setelah tenggelam matahari Jamaah Haji mulaIfadhah(beredar) sehingga tiba di Muzdalifah lalu mendirikan Solat Maghrib dan Isyak.

Setelah terbit matahari padaHari Nahar(Hari Raya Korban), Jamaah Haji ifadhah (beredar) lagi keMinalantas mula melontar maka bermulanyalontaranpertama. Selepas ini talbiahtidak lagi disebut. Kemudian menyembelihkorbanjika ingin berbuat demikian lantas bercukur atau bergunting sebagaibertahallul, dengan demikian Jamaah Haji dihalalkan semua perkara yang diharamkan semasa dalam keadaan berihramkecuali bersetubuh.

Setelah itu Jamaah Haji kembali ke Mekah lalu melakukan Tawaf di Baitullah sebagaiTawaf Ziarahsebanyak tujuh pusingan seterusnyabersaiedi antara Safa dan Marwah, jika tidak melakukan Saie selepas Tawaf Qudum. Setelah selesai bolehlah bersaie danbertahallul sertadihalalkanbaginyabersetubuh.

Jamaah Haji kembali semula keMinadan berada di sana sehingga selesaimelontar ketiga-tiga jamrahsama ada Jamaah Haji yang tergesa-gesa ingin cepat pulang atau yang masih mempunyai banyak masa. Setelah itu Jamaah Haji kembali lagi ke Makkah melakukanTawaf Wida sebelum berangkat meninggalkan Baitullah.Apabila telah selesai menunaikan haji maka dia berihram denganIhram Umrahdengan keluar ketempat paling dekatyang halal dan melakukan kerja-kerja Umrah. Sebelum meninggalkan Baitullah jemaah perlu melakukan Tawaf Wida( selamat tinggal)3.2 Haji TamattukHaji Tamattuk bermaksud mengerjakan umrah terlebih dahulu hingga selesai dengan sempurna hingga bertahlul, di dalam bulan-bulan haji. Kemudian ketika hendak berangkat ke Arafah barulah berniat mengerjakan haji dalam bulan haji pada tahun yang sama.Biasanya jemaah berniat di bilik hotel tempat penginapan. Haji tamattuk juga disebut juga haji bersenang-senang kerana jemaah tidak lama berada dalam keadaan berikhram dan menjaga pantang larang.

Para jemaah yang mengerjakan haji tamattuk mempunyai beberapa kebaikkan iaitu antaranya ialah jemaah haji boleh berehat-rehat sepanjang berada di tanah suci kerana mereka hanya berihram ketika mengerjakan umrah dan ketika hendak ke Arafah selain itu para jemaah haji boleh meninggalkan ihram . Mereka berihram hanya ketika mengerjakan umrah sementara menunggu untuk wukuf. Jemaah bebas melakukan ibadah sunat dan sebagainya. Disamping itu para jemaah haji juga tidak terikat dengan pantang larang yang lama ketika berihram.

Selain daripada kebaikkan yang disebut terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh jemaah yang mengerjakan ibadat haji tamattuk iaitu jemaah haji yang melakukan cara ini dikenakan bayaran dam( denda) mengikut syarat-syaratnya. Haji tamattuk juga kurang fadhilatnya daripada haji ifrad kerana Nabi Muhammad mengerjakan haji ifrad.3.2.1 Langkah Pelaksanaan Haji TamattukHaji Tamattuk adalah melakukanUmrah dahulu, kemudian melakukan haji pada tahun yang sama. Iaitu mengerjakan umrah dahulu dalam bulan-bulan haji (Syawal, Zulqaedah, 10 hari pertama Zulhijjah).Rajah disebelah dapat membantu memberi pemahaman mengenai perjalanan pelaksanaan jemaah haji tamattuk.Jemaah Haji perlu berniat dan berihram untuk mengerjakan Umrah sebelum mengerjakan haji. Niat mengerjakan umrah ialah;

Disertai lafazbertalbiah. Kemudian Jamaah Haji lakukan ibadahUmrah sehingga selesaiumrahnya (bertahallul). Iaitu ketika sampai di Makkah al-Mukarramah Jamaah Haji pergi ke Baitullah al-Haram lalu mengerjakanTawafmengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan, kemudianbersaiedi antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali, kemudian bertahalluldari ihram dengan bercukur atau bergunting.Sementara menunggu hari arafah jemaah digalakkan membanyakkan ibadah sunat seperti juga haji ifrad tetapi kelebihan haji tamattuk jemaah boleh mengulang ibadah umrah mengikut kemampuan.

Kebiasaannya pada 7 Zulhijjah imam masjid akan membacakan khutbah yang berkaitan dengan haji sebelum ke Arafah.Kemudian dalam tahun yang sama, iaitu padaHari Tarwiyah(tarikh 8 Zulhijjah) jemaah berniat Ihram Hajidari tempat kediaman di Makkah atau di dalam kenderaan sebelum bertolak ke Arafah sambil bertarbiah . Bermalam di Arafah dan berangkat ke Muzdalifah selepas terbenam matahari di Arafah. Sebaiknya berjalan kaki untuk mendapat lebih pahala. Ketika ini banyakkan membaca tarbiyar, zikir dan doa kerana disini merupakan antara tempat-tempat yang mujarab untuk berdoa.Selepas separuh malam bermabit di Muzdalifah maka jemaah bertolak ke Mina. Ketika di sini hendaklah melontar ketiga-tiga jamrah iaitu Jamrah Aqabah, Jamrah Ula, dan jamrah Wusta Jemaah boleh melakukan Nafar Awal atau Nafar Thani. (Sila rujuk rajah diatas.). Selepas jemaah dihantar pulang ke Mekah , jemaah perlu menyepurnakan ibadah tawaf dan saie haji. Ketika ini pantang larang berihram telah selesai sabaik saja melontar jamratul Aqabah.Orang yang telah mengerjakan Tawaf Umrah ketika mengerjakan Haji Tamatuk tidak perlu lagi mengerjakan Tawaf Qudum bagi Haji malah selepas Tahallul yang pertama dia hendaklah melakukan Tawaf Ifadhah dan bersaie di antara Safa dan Marwah bagi ibadat Haji mengikut pendapat jumhur ulama. Walau bagaimanapun bagi Mazhab Hanafi, bagi Jamaah Haji yang mengerjakan Haji Tamatuk yang tidak membawa (mendapatkan) binatang ternakan, tetapi jika telah membawa (mendapatkan) binatang tersebut, maka hukumnya sama seperti hukum Haji Qiran. Jemaah haji tamattuk juga perlu melakukan tawaf wida sebelum meninggalkan Baitullah.3.3 Haji Qiran

Hari qiran bermaksud niat mengerjakan haji dan umrah serentak setelah masuk bulan haji. Jemaah haji yang mengerjakan haji qiran biasanya untuk orang yang uzur atau orang yang tidak mempunyai banyak masa untuk berada di tanah suci. Haji jenis ini menggunakan masa yang pendek untuk beribadat dan dapat menyiapkan semua rukun dan wajib haji secara serentak.Namun begitu orang yang mengerjakan ibadah haji jenis ini kurang mendapat fadhilatnya kerana kurang afdal manakala jemaah haji juga dikenakan membayar dam.

3.3.1 Langkah Pelaksanan Haji Qiran

Haji Qiran ialah berniatmenggabungkanatau menghimpunkanUmrah dan Hajipada satu perjalanan musafir (sekali pergi) dalam bulan-bulan Haji dengan berihram dari Miqat Haji.

Cara Haji Qiran

a. Cara 1:Berniat mengerjakan Haji dengan Umrah serentak dalam bulan haji dengan mengerjakan amalan haji saja.

b. Cara 2:Berniat mengerjakan Umrah saja tetapi sebelum Tawaf berniat mengerjakan Haji.

Miqat Makani merupakan tempat Jamaah Haji dikehendaki berniat Ihram Haji dan Umrah dan memakai pakaian ihram. Dua tempat yang selalu dipilih ialah di Miqat Qarnul Manazil atau sebelum sampai Miqat, seperti di Kompleks atau dalam kapal terbang sebelum bertolak ke Makkah dan bagi jemaah yang bergerak dari Madinah bermiqat di Bir Ali atau sebelum sampai di Bir Ali seperti di tempat kediaman atau di dalam kenderaan sebelum bertolak ke Makkah.

.Jamaah haji hendaklah memulakan dengan niat .Jamaah Haji berniat Haji dan Umrah dengan satu niat dari miqat yang ditetapkan dengan berkata:Niat mengerjakan Haji dan Umrah serentak (Haji Qiran):

Daku mengerjakan Haji dan Umrah serta berihram dengan kedua-duanya, kerana Allah Taala.

Selepas berniat jamaah hendaklah melakukan kerja-kerja haji secara sempurna iaitu apabila Jamaah Haji yang mengerjakan Haji Qiran memasuki Kota Makkah, dia perlu melakukan Tawaf di Baitullah sebanyak tujuh pusingan secara berlari-lari anak pada tiga pusingan pertama kemudian diteruskan dengan bersaie di antara Safa dan Marwah. (Rujuk jadual disebelah untuk memudahkan pemahaman).

Imam Hanafi berpendapat agar Jamaah Haji melakukan pekerjaan-pekerjaan Haji sebagaimana Haji Ifrad, manakala di sisi jumhur memadai bagi Jamaah Haji yang mengerjakan Haji Qiran melakukan satu Tawaf (tujuh pusingan) dan satu Saie (tujuh pusingan) sahaja kerana Tawaf dan Saie Umrah yang dilakukan itu juga dikira sebagai Tawaf dan Saie Haji sehinggalah dia bertahallul dari Umrah dan Haji secara serentak.

Maka termasuklah amalan Umrah dalam amalan Haji iaitu dengan mengerjakan satu Tawaf dan satu Saie. Ibnu Umar r.a. telah meriwayatkan: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa yang berihram untuk menunaikan Haji dan Umrah sekali gus, cukuplah dengan satu Tawaf dan satu Saie. (Hr Tirmizi)

Jamaah Haji tidak boleh bertahallul dari Ihram sebelum melontar Jamrah Aqabah serta bercukur atau bergunting. Dia dikenakan menyembelih Dam. Qiran juga dikenakan dam kerana diqiaskan dengan Tamatuk disebabkan kerja Haji Tamatuk lebih banyak dari kerja-kerja Haji Qiran.4.0 PERJALANAN JAMAAH HAJI MALAYSIA

Perjalanan jemaah Haji Malaysia merupakan perjalanan yang panjang. Tempoh pergi dan balik biasanya antara 40 hari 45 hari mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Tabung Haji atau pun syarikat swasta yang dibernarkan untuk menguruskan jemaah secara pakej. Perjalanan jamaah haji yang akan dijelaskan adalah mengikut jenis haji tamattuk. Ini kerana kebanyakkan jamaah haji memilih untuk melakukan haji tamattuk berbanding haji irfad dan haji qiran.Perjalanan ini untuk jemaah yang membuat perjalanan terus ke Jeddah di Mekah.Perjalanan jamaah haji ini dapat di jelaskan dalam beberapa fasa akan memudahkan pemahaman dan penerangan.

Rajah Perjalanan Haji

Fasa 1- Sebelum Keberangkatan Ke Tanah Suci.

Semua jamaah yang layak untuk menjadi tetamu Allah perlu mengikuti kursus haji bersiri selama 10 minggu yang dijalankan di masjid yang berdekatan yang dianjurkan oleh Syarikat Tabung Haji.Sepanjang berkursus segala maklumat yang diperlukan disampaikan dan diajar untuk membantu bakal jamaah. Selepas itu mereka akan didedahkan suasana haji seperti sebenar semasa kursus haji perdana. Sebulan sebelum berangkat jamaah menerima jadual penerbangan.Jamaah membuat persediaan yang rapi dan membuat pemeriksaan kesihatan. Jamaah menyediakan segala keperluan barangan semasa di tanah suciFasa 2 Keberangkatan Jamaah Haji

Setelah tiba hari yang ditetapkan jamaah akan bertolak ke lapangan terbang yang telah ditetapkan biasanya mengikut kehendak bakal haji. Sebelum bertolak para jamaah diberi gelang untuk dipakai sebagai pengenalan dan juga diberi beri beg sandang untuk mengisi passport dan maklumat penting.Perjalann jamaah yang pergi melalui KLIA perlu berkumpul di Kelana Jaya dan kemudian dibawa ke KLIA dengan menaiki bas.

Sebaik tiba di KLIA jamaah dibuat pemeriksaan untuk berangkat ke Jeddah atau Madinah. Perjalanan kapal terbang memakan masa lebih kurang 8 jam. Sebaik penerbangan sampai di Qarnul Manazil ( 1 jam sebelum sampai) pramugari akan mengumumkannya untuk membolehkan jamaah berniat umrah bagi perjalanan yang terus ke Baitullah. Bagi jamaah yang akan terus ke Madinah tidak perlu untuk memakai pakaian ihram. Mereka akan pakai setelah 8 hari berada disana.Sebaik-baik nya jamaah berniat lebih awal untuk mengelakkan terlupa atau tertidur semasa pengumuman dibuat. Selepas itu hendaklah membasahi bibir dengan tarbiah dan zikir.Selepas sampai di Jeddah jamaah nenjalani pemeriksaan dokumen perjalanan oleh pihak Imigresen Arab Saudi. Selepas mengutip bagasi di kaunter pengutipan , jamaah nenjalani poses pemeriksaan Kastam dan Eksais Arab Saudi selepas itu bergerak keluar dari balai ketibaan dan berkumpul di dataran terminal haji, tunggu sebelum dibawa ke Makkah Al-Munawwarah. Jamaah boleh bersolat, berehat dan bersarapan di Terminal Haji sebelum berangkat ke Makkah kemudian jamaah menerima stiker nama dan bilik hotel penginapan di Makkah.Ketika ini jamaah haji perlu bersabar dan bertenang menghadapi segala masalah dan cabaran .

Fasa 3 -Pergerakan Ke Makkah Al-MukarramahJamaah dibawa menaiki bas yang telah ditetapkan apabila diarahkan.Buat pengurusan diri yang sepatutnya kerana bas tiada berhenti untuk berehat.Patuhi setiap arahan dan hindari daripada tindakan bersendirian dan melulu.Pastikan mahram atau ahli keluarga ada bersama dalam bas.Semasa bas memasuki kota suci Makkah disunatkan membaca doa disamping melihat keunikan kota suci Makkah dengan perasaan terharu dan rendah hati.

Fasa 4 -Ketibaan Di Makkah-Al-MukaramahJamaah dihantar ke hotel penginapan masing-masing. Disinilah bermula kehidupan di tanah suci kota Mekah.Mula bekenalan dan mewujudkan ukhwah dan silaturrahim sesama rakan sebilik. Inilah rakan yang akan bersama sepanjang berada di kota suci Mekah dan Madinah.Berehat ke dalam bilik penginapan masing-masing bagi memulihkan tenaga sebelum menyempurnakan ibadah umrah. Mutawif yang ditugaskan akan menetapkan tarikh untuk para jamaah melakukan tawaf umrah dan tawaf qudum serentak. Ada jamaah yang biasa di Mekah akan mengerjakan ibadah umrah secara sendiri.Sebelum mengerjakan umrah semua jamaah berkumpul di lobi hotel masing-masing dan mendengar taklimat oleh mutawif yang dilantik. Semasa pergerakan di Mekah bawa bersama lencana pengenalan diri, buku panduan dan doa,bawa juga kad nama hotel dan karung kasut bersama-sama.Banyakkan talbiah dan zikir secara individu.

Masa yang ditunggu telah tiba jamaah dibawa ke Baitullah , lihat dengan kekaguman, kerendahan hati dan kesenduan iktikad.Baca doa melihat Kaabah itu dengan khusyu dan tawaddu. Laksanakan tawaf sebanyak 7 pusingan, baca doa yang telah dipelajari. Buku yang diberi sebelum berangkat dapat dijadikan panduan. Selesai tawaf, jamaah dibawa bersaie dan kemudian bertahlul. Maka sempurnalah ibadah umrah . Selepas itu sembahyang sunat dan berdoa sebaiknya di depan multazamfasa 5- Aktiviti Di MekahMasa untuk hari wukuf masih panjang , jemaah lakukan umrah . Di awal pagi menaiki teksi atau van secara kumpulan kecil ke Tanaim untuk berniat. Selepas itu menunaikan umrah sehingga bertahlul. Sepanjang di Mekah jamaah perlu sentiasa memakai gelang dan membawa beg galas pengenalan diri dan bilik hotel. Jamaah juga boleh melakukan ziarah secara berkumpulan dengan menaiki bas atau van. Jamaah juga digalakkan untuk melakukan tawaf sunat dan beriiktikad di Masjidil Haram. Sembahyang secara berjamaah amat dituntut sebaiknya di Masjidil Haram. Makan dan minum disediakan oleh pihak tabung haji. 2 atau 3 hari sebelum wukuf para jamaah diingatkan untuk menjaga kesihatan agar ibadah di Arafah, Muzdalifah dan Mina berjalan lancar.

Sepanjang berada di Mekah banyak ceramah agama dan tazkirah yang dianjurkan di hotel masing oleh pegawai agama yang dilantik. Jamaah digalakkan untuk menghadirinya kerana banyak maklumat dan info penting berkaitan haji disampaikan untuk diamalkan. Amalan membaca Quran perlu dilakukan setiap hari kerana fadhilatnya amat tinggi. Jamaah juga digalakkan untuk saling tolong menolong dan mengeratkan silaturrahim sesama jamaah yang lain. Para jamaah disarankan untuk banyak minum air zam zam kerana cuaca di sana yang panas. Para jamaah perlu sentiasa merujuk kenyataan yang ditampal di papan kenyataan atau di dalam lif.Sediakan beg dan peralatan yang diperlukan untuk ke Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Fasa 6-Keberangkatan Ke Padang Arafah-( 8 ZULHIJJAH SELEPAS ASAR )

Jamaah akan berangkat ke Arafah dengan menaiki bas yang telah ditetapkan. Kumpulan yang akan bergerak ditetapkan mengikut kumpulan penerbangan. Hari yang ditunggu hampir tiba, jamaah mandi dan memakai pakaian ihram , kemudian berniat haji dan ihram serta menjaga pantang larang ketika berihram. Jamaah dikehendaki bersabar bertalbiah, berzikir, bertahmid dan beristighfar.Banyakkan doa agar dipermudahkan perjalanan. Ada sesetengah jamaah diuji oleh Allah dengan pelbagai dugaan sepanjang berada di tanah suci.Fasa 7 -Aktiviti Di Padang Arafah( Menunggu Waktu Wukuf 8 9 Zulhijjah )Padang Arafahyang luasnya10.4 kilometerpersegi, terletak kira-kira22 kilometerdari Masjidil Haram . Pada8 Zulhijah,bermulanya perjalananlima hariterpenting dalam mengerjakan ibadah haji yang menjadiRukun Islam kelima. Jemaah akan bergerak keMasyaeriaitu tempat mengerjakan haji di Arafah, Muzdalifah dan Mina. Pada pagi 8 Zulhijjah, semua umat Islam tanpa mengira lelaki atau wanita, memakai pakaianIhram(dua lembar kain putih tanpa jahitan sebagai pakaian haji), kemudian berniat haji, dan mereka tidak putus-putus mengucapkanTalbiyah:

Labbaika Allahumma labbaika, labbaika la syarikalaka labbaika, innal hamda wan nikmata laka wal mulka la syarika laka.

Sebaik sampai di Arafah jamaah akan ditetapkan mengikut stiker yang diberi semasa di Mekah. Wujudkan ukhwah dan persefahaman sesama jemaah. Ketika disini ada Sahabat Tabung Haji yang membantu untuk penempatan.Buat tinjauan singkat tentang prasarana yang terdapat di sekitar maktab.Ambil perhatian kedudukan bilik air, tandas dan bilik wudhu.Semasa disini jamaah disarankan untuk mengerjakan solat secara jamak dan berjamaah mengikut sunah Rasullullah SAW. Isi setiap detik dan saat menunggu waktu wukuf itu dengan amal-amal soleh.Dirikan solat sunat tahajjud, tasbih, taubat , hajat dan witir.Pohon keampunan atas segala dosa, noda, salah dan khilaf. Arafah merupakan tempat mustajab untuk berdoa. Makan dan minum disediakan oleh pihak tabung haji. Tunggu kehadiran waktu wukuf dengan bertalbiah secara beramai-ramai.

Sebaik Tergelincir Matahari 9 Zulhijjah jamaah diminta hayati azan zohor dan tanda bermulanya waktu wukuf yang dinanti itu.Dirikan solat sunat kabliah zohor setelah selesai khutbah wukuf.Tunaikan pula solat fardhu zohor secara berjemaah.Terus bertalbiah dan berwirid dengan penuh syahdu dan sendu.Tunaikan solat sunat badiah zohor, membaca yasin, bertahlil dan berdoa. Ini merupakan rukunyang terpenting atau kemuncakibadah haji dan ibadahwajibdilaksanakan setiap jemaah, termasuk bagi mereka yangsakit, walaupun hanya dengan singgah seketika.Fasa 8- Bermalam di MuzdalifahSelepas waktuMaghribpada 9 Zulhijjah, jemaah haji akan memulakan pergerakan untuk bermabit atau bermalam di Mudzalifahiaitu jarak sekitar 8 kilometer dari Arafah.Jamaah akan berada diMuzdalifahhingga tengah malam danmengutip batuuntukmelontar jamrahdi Mina pada keesokan harinya. Ketika disini juga disunatkan untuk bersoal sunat..

Fasa 10-Aktiviti di Mina (10 Zulhijjah)

Pada sebelah pagi 10 Zulhijah atau tengah malam 9 Zulhijjah jemaah segera beredar meninggalkan Muzdalifah menuju Minadan ditempatkan dikhemah yang disediakan. Ibadat melontar untuk melaksanakanibadah melontar, iaitu melontar 7 biji batu ke Al-Jamrah Aqabah(pertama) sebagai simbolik mengusir syaitan.Ketika ini ribuan manusia berlaku kesesakan kerana jutaan manusia berkumpul pada suatu masa.Ibadat ini dilakukan bersama dengan mutawif yang telah dilantik.Melontar hendaklah dilakukan sendiri kecuali keuzuran. Setelah melontar aktiviti bercukur kepala atau menggunting rambut (bertahlul) dilakukan, jemaah sudah bolehTawaf Haji(menyelesaikan Haji) di Makkah, atau bermalam di Mina dan melaksanakan sambunganmelontar Jamrah(UladanWustha). Sepanjang di Minaselama3 hariatau secepat-cepatnya2 hariuntuk melontarjamrahyang ditentukan. Jemaah hajiMalaysiaakan mulamelontar

HYPERLINK "http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/11/02/melontar-jamrah/" \t "_blank" Jamratul QubraselepassolatIsyakbermula jam 11 malam pada 10 Zulhijjah.Ketika ini jamaah boleh pergi sendiri atau bersama rombongan yang ditetapkan.Bagi yang tinggal diMina Muhassir, mereka akanmelontarselepas tengahmalamdan balik ke khemah di Mina Muhassir bagibermalam di Mudzalifah.Pada tarikh ini juga, umat Islam akan menyambutHari Raya Aidiladhaatau dikenali sebagai Hari Raya Korban. Mereka yang berkemampuan termasuk yang berada di luar kota suci Mekah akan melakukanibadat korbanuntuk diagihkan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

.

.

PadaHari Tasyrik,11 dan 12 Zulhijjah pula, jemaah akan menyambung lontaran ketiga-tigaJamratulSughra, JamratulWustadan JamratulQubraselepas solat Isyak bermula pada 9 malam..

Pada 13 Zulhijjah, jemaah haji yang melakukanNafar Thaniakan melontar selepas Solat Subuh antara 6 pagi hingga 8.30 pagi. Setelah selesaimelontarpara jemaah akan meninggalkan Mina menuju ke Makkah untuk menyempurnakan ibadat haji dengan mengerjakanTawafdanSaie.

Fasa 9 Kembali ke Mekah

Jamaah akan dibawa balik dengan menaiki bas seperti ketika datang. Jamaah haji yang mengerjakanHaji Tamattuk, akan kembali ke Makkah untuk melakukanTawaf Rukundengan mengelilingi Kaabah di Masjidil Haram sebanyak 7 kali.

Ini diikuti denganbersaieantara Bukit Safa dan Bukit Marwah sebelumbertahlul(bercukur atau menggunting rambut) bagi membolehkan merekabertahalulAwal. Selepas bertahlul maka selesaikan ibadah haji bagi rukun Islam yang kelima. Semog mereka mendapat haji yang mabrur. Jamaah telah bebas dari semua pantang larang ketika mengerjakan haji.Setelah itu jamaah boleh menyambung untuk mengerjakan umrah jika berkesempatan.Para jamaah mula kelihatan meninggalkan Mekah secara beransur-ansur. Kawasan Baitullah yang dulunya penuh sesak akan menjadi lapang. Jamaah haji Malaysia mula mengemas barang untuk bertolak ke Madinah.

Fasa 10 Pergerakan Ke Madinah Al-MunawarahSebelum pulang ke negara masing-masing, jamaah melaksanakanTawaf Wada(Tawaf perpisahan / Selamat Tinggal). Perasaan sedih pasti ada bagi setiap jamaah kerana akan meninggalkan Baitullah yang mulia.Sebaik selesai tawaf jamaah terus dibawa ke Madinah. Perjalanan mengambil masa selama 8 jam. Jamaah akan berhenti untuk mengerjakan solat jamak.Pastikan mahram atau ahli keluarga ada bersama.Proses pemeriksaan di pos kawalan kemasukan jemaah di Al-Hijrah.Baca doa ketika memasuki kota suci Madinah.Turun daripada bas dan pastikan tiada suatu barangan pun yang tertinggal.Fasa 11- Aktiviti Di Madinah Munawaratul

Di Madinah jamaah ditempat di dalam penginapan bersama rakan sebilik yang lain. Mungkin rakan yang atau berlainan semasa di Mekah.Sepanjang berada di sana jamaah disarankan untuk mencukupkan sembahang waktu sebanyak 40 kali. Aktiviti utama di Madinah ialah melawat makam Rasullullah SAW di dalam Masjid Nabawi. Disamping itu jamaah boleh melakukan ziarah ke tempat- tempat yang bersejah seperti Masjid Qiblatain, Masjid Qiblattain, makanm para syuhada dan banyak lagi. Banyakkan membaca Quran dan sembahyang sunat serta berdoa. Setelah berada selama 8 hari di Madinah jamaah pun dibawa untuk pulang menaiki bas ke lapangan terbang Madinah atau Jeddah. Sepanjang perjalan balik jamaah hendaklah menjaga solat mereka. Perjalanan jamaah haji Malaysia sangat baik dijaga oleh pihak Tabung Haji yang diamanahkan untuk mengelolakannya.Jamaah kembali ke tanah air dan menyambung rutin harian mereka. Amalan seperti sembahyang berjamaah hendaklah diamalkan ketika berada di tanah air sendiri.

5.0 KESIMPULAN

Haji merupakan rukun Islam yang kelima. Dalil ibadat haji jelas terdapat di dalam Quran dan al-hadis. Ibadat haji mempunyai 3 jenis. Setiap jenis haji yang dilakukan mempunyai kebaikan dan masalah yng tersendiri.Haji ifrad merupakan haji yang paling banyak fadhilatnya berbanding Haji Tamattuk dan Haji Qiran. Ibadat haji yang dilakukan merupakan perlambangan bagi manusia sebagai hamba Allah. Jamaah haji yang mengerjakan segala rukun, wajib dan menjauhi segala yang haram dan makruh serta memperbanyakkan amalan solat akan memperolehi ganjaran yang tinggi di sisi Allah. Haji yang paling mulia ialah haji mabrur.

Cara pelaksaan ibadat haji perlu mengikut niat masing-masing. Walaupun cara pelaksanaan ibadat haji berbeza namun begitu hari-hari Masa ir tetap sama bagi ketiga-tiga haji tersebut. Jamaah haji yang telah menjadi tetamu Allah perlu ikhlas dalam melakukan ibadat.RUJUKAN

Dato Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab Hamid.(2009). Indahnya Hidup Bersyariat. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Dato Setia Jasa Dato Hj Mohd Saleh bin Hj Awang . (1994).Bekalan Anda Ke Tanah Suci. Kuala Lumpur: Times Books International.Maulana Muhammad Zakariyya Kandhahlawi.(1998).Fadhilat Haji. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.

Lembaga Tabung Haji.(2009).Panduan Perjalanan Jemaah Haji. Selangor:Percetakan Warni Sdn. Bhd.

Sumber rajah di atas; http://www.e-mosque.com.my/ibadatfardhu/h23.htmlhttp://zulkiflialbakri.blogspot.com/2010/01/jenis-haji-dan-masalahnya.htmlhttp://permatahaji.blogspot.com/p/pekerjaan-haji.htmlhttp://shafiqolbu.wordpress.com/2011/10/26/jenis-jenis-haji/11 Aug 2012 http://www.bahrulmazi.com.my/bmt/?p=348http://www.al-azim.com/haji/sejarah.htmhttp://shafiqolbu.wordpress.com/haji-dan-umrah/

3