hbmt 4103 matematik form 3 final

23
HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES SEMESTER MEI 2012 HBMT 4203SMP TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR NAMA : IZEANTIE BINTI IBRAHIM NO. MATRIKULASI : NO. KAD PENGENALAN : NO. TELEFON : E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 1

Upload: azzean-syah

Post on 10-Jun-2015

3.287 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hbmt 4103 matematik form 3 final

HBMT 4203TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

SEMESTER MEI 2012

HBMT 4203SMP

TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

NAMA : IZEANTIE BINTI IBRAHIM

NO. MATRIKULASI :

NO. KAD PENGENALAN :

NO. TELEFON :

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

SHAH ALAM

1

Page 2: Hbmt 4103 matematik form 3 final

HBMT 4203TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

PENGENALAN

Kebimbangan Matematik merupakan fenomena yang sering dikaitkan dengan masalah

pembelajaran Matematik di sekolah. Kebimbangan Matematik ditakrifkan sebagai perasaan

bimbang dan tegang yang berlaku dalam diri seseorang individu dan mengganggu proses

kecekapan penggunaan nombor dan penyelesaikan masalah Matematik dalam kehidupan

seharian. Dalam bidang pembelajaran pula, kebimbangan Matematik boleh menyebabkan

seseorang murid lupa dan hilang keyakinan terhadap diri sendiri.

Kajian menunjukkan bahawa tekanan yang dihadapi oleh kebanyakan murid dalam

pembelajaran Matematik ialah biasanya disebabkan oleh masa menjawab dan sifat malu di

khalayak umum. Masalah ini telah menjadi perhatian para guru sekian lama dan banyak

kajian serta usaha yang dilakukan untuk membasmi masalah kebimbangan Matematik di

kalangan murid.

Murid yang berasa bimbang, bosan, takut atau menganggap Matematik tidak penting

biasanya cuba mengelakkan diri daripada mempelajari subjek ini dan melakukan perbuatan

yang boleh menyebabkan kegagalan memahami subjek ini. Murid-murid yang mengalami

kebimbangan Matematik sering kali menganggap Matematik sukar bagi mereka dan menjadi

pengalaman yang membebankan untuk mempelajarinya. Antara simptom-simptom

kebimbangan Matematik ialah :

Berpandangan negatif terhadap diri sendiri

Kurang motivasi semasa menjalankan tugasan Matematik

Kurang membuat ulangkaji

Lambat menyiapkan kerja rumah Matematik

Berasa panik semasa menghadapi ujian

Menghadapi kesukaran menghafal fakta Matematik

Bergantung kepada hafalan berbanding pemahaman

Penawar bagi masalah kebimbangan Matematik terletak pada diri murid sendiri dan

juga terletak di bahu guru yang menyampaikan ilmu Matematik kepada murid. Kebijaksanaan

guru memilih strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang pelbagai dan menarik amat penting

2

Page 3: Hbmt 4103 matematik form 3 final

HBMT 4203TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

dalam usaha mengurangkan seterusnya membasmi masalah kebimbangan Matematik di

kalangan murid.

Sebelum merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu topik

Matematik, guru perlu mengenal pasti dan mendalami penyebab berlakunya kebimbangan

Matematik di kalangan murid. Setelah punca masalah diketahui, maka barulah seseorang

guru dapat mencari dan cuba menggunakan pelbagai alternatif serta cara yang terbaik untuk

diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, bukan sahaja dapat

mengurangkan kewujudan masalah kebimbangan Matematik tetapi juga dapat meningkatkan

kefahaman dan kemahiran yang dipelajari oleh murid. Peranan guru sebagai perancang,

penyokong dan pembimbing yang berfungsi secara optimum, secara tidak langsung juga

dapat meminimumkan timbulnya kebimbangan Matematik di kalangan murid.

Murid masa kini memerlukan pembelajaran Matematik yang lebih praktikal. Oleh itu,

Matematik perlulah relevan dengan kehidupan seharian murid. Murid-murid juga cenderung

untuk berasa seronok jika melakukan aktiviti penyiasatan. Dengan perasaan bimbang dan

tekanan menghadapi Matematik, guru perlu memupuk unsur humor dalam pengajaran

Matematik. Individu pada usia muda menggemari kartun dan jenaka. Kebanyakan murid akan

dapat menguasai konsep dan kemahiran Matematik melaui pengajaran berperingkat bermula

dengan bahan maujud kemudan diikuti dengan bahan bergambar serta simbol-simbol. Oleh

itu, pengajaran Matematik perlu lebih menekankan kaedah yang lebih berpusatkan murid dan

melibatkan banyak perbincangan serta penglibatan aktif murid.

Berdasarkan kajian literatur daripada beberapa sumber, didapati bahawa terdapat

beberapa aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dikenal pasti dapat mengurangkan

kebimbangan Matematik di kalangan murid di samping menggalakkan berlakunya

pembelajaran aktif yang akan dibincangkan dalam tugasan ini.

3

Page 4: Hbmt 4103 matematik form 3 final

HBMT 4203TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

PEMBELAJARAN KOLABORATIF

Pembelajaran ini menumpukan kepada aktiviti-aktiviti yang dilakukan secara kolaboratif.

Kolaborasi yang akan berlaku ialah kolaborasi murid dengan guru dan juga kolaborasi murid

dengan murid. Aktiviti biasanya dijalankan secara berpasangan.

Dalam pembelajaran kolaboratif, murid berusaha mencapai matlamat yang sama.

Matlamat yang sama ini akan menggalakkan penglibatan murid secara lebih aktif dalam

aktiviti yang dijalankan. Murid juga dapat berkongsi maklumat serta idea bagi menyelesaikan

tugasan yang diberi.

Perasaan kebersamaan dalam menyelesaikan tugasan akan dapat meningkatkan

penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran dan meningkatkan kefahaman serta motivasi

murid dalam mempelajari subjek Matematik. Apabila keyakinan diri murid terhadap subjek

Matematik semakin meningkat, maka kebimbangan Matematik akan turut berkurangan.

CONTOH PEMBELAJARAN KOLABORATIF :

Tajuk : Bentuk Piawai

Objektif : Memahami dan menggunakan konsep bentuk piawai untuk

pembelajaran menyelesaikan masalah.

Hasil : Menggunakan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi melibatkan

pembelajaran dua nombor dan menyatakan jawapan dalam bentuk piawai.

Contoh aktiviti :

Murid duduk secara berpasangan secara berhadapan dan masing-masing

menghadap papan ‘My Maths Board’.

4

AKTIVITI PENGAJARAN YANG DAPAT MENGURANGKAN

KEBIMBANGAN MATEMATIK DI KALANGAN MURID DAN

MENGGALAKKAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN YANG DAPAT MENGURANGKAN

KEBIMBANGAN MATEMATIK DI KALANGAN MURID DAN

MENGGALAKKAN PEMBELAJARAN

Page 5: Hbmt 4103 matematik form 3 final

HBMT 4203TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

Murid menjawab soalan pertama pada papan ‘My Maths Board’ masing-masing.

Setelah kedua-dua murid selesai menjawab, ‘My Maths Board’ dipusingkan.

Setiap murid memeriksa jawapan pasangan masing-masing dan membincangkan

sebarang kesilapan atau memberikan cadangan cara yang lebih mudah untuk

menyelesaikan soalan.

Aktiviti diulang dengan menggunakan soalan-soalan lain.

PEMBELAJARAN e-PEMBELAJARAN

Seiring dengan era teknologi yang semakin berkembang pesat pada hari ini, banyak perisian

instruksional yang telah dihasilkan bagi membantu guru dan murid menjalankan aktiviti

pembelajaran secara interaktif. Pembelajaran secara interaktif boleh dilaksanakan dengan

menggunakan perisian-perisian yang boleh didapati daripada cakera padat, coswer dan juga

perisian pembelajaran atas talian (online).

e-Pembelajaran biasanya merujuk kepada sistem pembelajaran atas talian dan telah mula

digunakan oleh murid-murid bermula dari peringkat awal pembelajaran seawal umur 4 tahun.

Namun begitu, penggunaan e-pembelajaran masih belum meluas kerana perisian memerlukan

talian internet dan perkakasan komputer yang lengkap dan sesuai dengan sistem yang hendak

digunakan.

Bagi murid-murid yang berada dalam kawasan bandar dan kawasan yang mempunyai

liputan internet serta kemudahan yang lengkap, e-pembelajaran merupakan salah satu kaedah

yang boleh digunakan untuk mengurangkan kebimbangan Matematik di kalangan murid.

Modul pembelajaran yang interaktif, pelbagai dan menarik dengan aktiviti-aktiviti yang

bervariasi bukan sahaja dapat menambat minat murid untuk belajar tetapi juga dapat

meningkatkan keinginan belajar di kalangan murid serta meningkatkan keyakinan murid

terhadap pembelajaran Matematik.

CONTOH PEMBELAJARAN e-PEMBELAJARAN

Tajuk : Trigonometri II

Objektif : Memahami dan menggunakan konsep sin Ɵ, kos Ɵ dan tan Ɵ

5

Page 6: Hbmt 4103 matematik form 3 final

HBMT 4203TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

Pembelajaran ( 00 ≤ Ɵ ≤ 3600 ) untuk menyelesaikan masalah.

Hasil : Menentukan nilai sin Ɵ, kos Ɵ dan tan Ɵ bagi 900 ≤ Ɵ ≤ 3600.

Pembelajaran

Contoh aktiviti :

6

Page 7: Hbmt 4103 matematik form 3 final

HBMT 4203TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

PEMBELAJARAN PERMAINAN KOPERATIF

Pembelajaran koperatif wujud apabila murid bekerjasama untuk mencapai satu matlamat

yang sama. Matlamat kumpulan bukan semata-mata untuk mempelajari Matematik tetapi

juga memastikan semua ahli kumpulan sama-sama berjaya. Dalam pembelajaran koperatif

yang berkesan, murid berpeluang memberi penerangan antara satu sama lain, mendengar

pandangan rakan sekumpulan, memerhatikan dan mendapatkan pelbagai cara untuk

menyelesaikan masalah serta saling memberi sokongan kepada sesama rakan. Peluang seperti

ini sangat penting dalam membina kefahaman konsep Matematik yang lebih mendalam di

kalangan murid.

Kanak-kanak belajar tentang kehidupan dengan bermain, permainan pula merupakan salah

satu cara yang dapat membawa kanak-kanak menerima pembelajaran dengan lebih efektif.

Permainan Matematik memberi peluang kepada murid untuk meneroka konsep pembeajaran

melalui penggunaan pengetahuan sedia ada dan mengatur strategi bagi menyelesaikan

masalah. Aktiviti permainan memberi pengalaman yang baik kepada murid iaitu tidak gentar

mendapat jawapan yang salah kerana kesilapan akan membina pengetahuan yang betul dalam

memahami konsep sebenar topik Matematik yang dipelajari.

Aktiviti permainan secara koperatif dapat meningkatkan minat murid terhadap

pembelajaran Matematik. Permainan koperatif juga dapat membina semangat ‘saya boleh’ di

kalangan murid yang dapat mengurangkan kadar kebimbangan Matematik murid.

Kajian menunjukkan bahawa melalui aktiviti permainan Matematik, penglibatan murid

adalah lebih aktif dalam melakukan tugasan. Aktiviti permainan juga dapat menggalakkan

hubungan sosial yang positif di kalangan murid di samping membina keyakinan dan minat

terhadap Matematik.

CONTOH PEMBELAJARAN PERMAINAN MATEMATIK

Tajuk : Ungkapan Kuadratik dan Persamaan Kuadratik

7

Page 8: Hbmt 4103 matematik form 3 final

HBMT 4203TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

Objektif : Memfaktorkan ungkapan kuadratik

Pembelajaran

Hasil : Memfaktorkan ungkapan kuadratik dalam bentuk ax2 + bx + c,

Pembelajaran a, b dan c tidak sama dengan 0.

Contoh aktiviti :

Murid ditempatkan di setiap stesen mengikut kumpulan. Setiap kumpulan

diberikan lembaran ‘Jawapannya ialah..’ untuk menjawab soalan terkumpul.

Setiap kumpulan diberi masa yang sama untuk menjawab soalan di setiap stesen.

Setelah tempoh menjawab tamat, setiap kumpulan akan bergerak ke stesen

seterusnya untuk menjawab soalan baru.

Aktiviti dijalankan sehingga semua stesen selesai dilalui oleh semua kumpulan.

Kumpulan yang berjaya menjawab dengan betul dan mengumpul markah tertinggi

akan dapat membuka peti harta karun untuk menerima hadiah mereka.

SENARAI TAJUK MATEMATIK YANG SERING MENIMBULKAN

KEBIMBANGAN MATEMATIK DI KALANGAN MURID TINGKATAN EMPAT

TOPIK KEBIMBANGAN MATEMATIK

Ungkapan dan

Persamaan Kuadratik

Pemfaktoran ungkapan kuadratik

Penaakulan

Matematik

Memahami konsep implikasi.

Jika p, maka q

p jika dan hanya jika q

Memahami konsep hujah.

Kebarangkalian I Memahami dan menggunakan konsep kebarangkalian

peristiwa bagi menyelesaikan masalah.

8

S 1 S 2 S 3 S 4

S 5S 6S 7S 8

Page 9: Hbmt 4103 matematik form 3 final

HBMT 4203TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

Bulatan III Memahami dan menggunakan sifat-sifat tangen untuk

menyelesaikan masalah.

Trigonometri Mencari nilai sudut antara 00 hingga 3600 apabila nilai sin, kos

dan tan diberikan.

Sudut dongakan dan

sudut tunduk

Menyelesaikan masalah melibatkan sudut dongakan dan sudut

tunduk.

KEBIMBANGAN MATEMATIK DI KALANGAN MURID TINGKATAN EMPAT

DARI KACA MATA GURU

Nama guru : Mariani Sanan

Sekolah : SMK Sri Serdang

Pengalaman mengajar : 15 tahun

Nama guru : Mohamad b. Tuah

Sekolah : SMK Sri Indah

Pengalaman mengajar : 12 tahun

Hasil temubual bersama dua orang guru yang dinyatakan, beberapa kaedah

pengajaran Matematik yang biasanya menimbulkan kebimbangan Matematik di

kalangan murid tingkatan empat telah dikenal pasti.

PENGAJARAN SECARA PENERANGAN

Pengajaran secara penerangan yang lebih berpusat kepada guru merupakan salah satu kaedah

mengajar secara tradisional di mana guru memberi penerangan dan contoh kepada murid dan

kemudian murid akan membuat latihan samada dalam buku teks mahupun buku kerja secara

individu.

Pengajaran secara penerangan ini menyebabkan murid menjadi pendengar yang pasif.

Pengajaran berpusat guru ini juga biasanya membantutkan keinginan murid untuk bertanya

sekiranya tidak memahami konsep atau kemahiran yang dipelajari kerana murid hanya

bekerja secara perseorangan. Murid yang bersifat pemalu akan menjadi lebih pasif dan boleh

mengakibatkan terjadinya situasi tidak faham konsep yang akan terbawa-bawa ke masa akan

datang. Apabila murid ketinggalan konsep awal, maka sukar untuk murid meneruskan

9

Page 10: Hbmt 4103 matematik form 3 final

HBMT 4203TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

pembelajaran untuk kemahiran seterusnya dalam suatu topik yang sama.

Contohnya sekiranya murid tidak memahami konsep garis selari, maka murid akan sukar

menguasai kemahiran seterusnya iaitu menentukan sifat kecerunan dua garis yang diberi.

Kurangnya kefahaman konsep awal sesuatu topik akan menimbulkan kebimbangan

Matematik kepada murid untuk mempelajari kemahiran seterusnya yang lebih tinggi. Apabia

kebimbangan Matematik wujud, motivasi dan minat murid untuk mempelajari Matematik

juga akan semakin berkurangan dan boleh menyebabkan berlakunya tekanan dan perasaan

terbeban bagi murid.

Cadangan mengurangkan kebimbangan Matematik di kalangan murid adalah dengan

menjalankan aktiviti yang lebih berpusatkan murid dan bahan.

PENGAJARAN SECARA LATIH TUBI YANG BERTERUSAN

Latih tubi adalah aktiviti yang baik untuk mengukuhkan kefahaman dan kemahiran

Matematik murid. Biasanya aktiviti latih tubi yang banyak digunakan terutama bagi murid-

murid yang terlibat dengan Peperiksaan Berpusat seperti Sijil Pelajaran Malaysia dengan

tujuan memberikan pengalaman kepada murid menjawab pelbagai jenis soalan di samping

digunakan sebagai penilaian oleh guru. Namun begitu, longgokan latih tubi yang terlalu

banyak akan menimbulkan perasaan tegang di kalangan murid. Murid yang sudah mahir akan

berasa bosan dengan latih tubi yang sama manakala murid yang belum menguasai kemahiran

pula akan merasakan tekanan yang hebat kerana terpaksa dibebani dengan tugasan yang

banyak dan sukar bagi mereka. Hal ini akan mewujudkan dan boleh meningkatkan

kebimbangan Matematik di kalangan murid terutama murid yang masih belum menguasai

konsep dan kemahiran yang dipelajari.

Cadangan usaha mengelakkan kebimbangan Matematik murid semakin meningkat ialah

dengan menyediakan tugasan yang pelbagai jenis kepada murid agar minat murid terhadap

pembelajaran Matematik dapat ditngkatkan.

MEMBERIKAN TUGASAN YANG SAMA KEPADA SEMUA MURID

Setiap murid mempunyai kecerdasan tersendiri dan ini mempengaruhi cara pembelajaran

mereka. Murid yang dapat menguasai konsep dan kemahiran Matematik akan dapat

menyelesaikan tugasan mudah dengan cepat. Murid yang belum menguasai kemahiran

10

Page 11: Hbmt 4103 matematik form 3 final

HBMT 4203TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

Matematik sepenuhnya pula akan memakan masa yang lebih lama untuk menyiapkan tugasan

yang sama. Murid-murid ini akan diselubungi perasaan yang kurang senang apabila melihat

rakan-rakan lain yang telah dapat menyiapkan tugasan lebih awal. Tekanan akan dirasakan

oleh murid-murid ini dan menimbulkan rasa kurang berminat terhadap pelajaran Matematik.

Akibatnya, kebimbangan Matematik akan tersemai dalam diri murid-murid ini yang akan

membawa mereka ke arah sikap tidak menyukai mata pelajaran Matematik.

Cadangan usaha mengelakkan kebimbangan Matematik murid semakin meningkat ialah

dengan menyediakan tugasan yang pelbagai mengikut aras murid. Dengan ini, setiap murid

akan membuat tugasan yang sesuai dengan tahap mereka dan dapat menyelesaikan tugasan

dalam tempoh masa yang diberikan.

GURU MENETAPKAN HANYA SATU CARA UNTUK MENYELESAIKAN SESUATU

SOALAN ATAU MASALAH

Dalam mata pelajaran Matematik, terdapat situasi adanya beberapa konsep atau kemahiran

yang boleh digunakan untuk menyelesaikan satu soalan atau masalah yang sama. Guru yang

hanya menekankan satu jenis cara sahaja untuk menyelesaikan soalan / masalah akan

menyebabkan murid yang tidak menguasai sesuatu kemahiran berasa terbeban kerana tidak

dapat menyelesaikan soalan / masalah yang diberi. Hal ini menyumbang kepada tersemainya

kebimbangan Matematik di kalangan murid.

Contohnya, soalan darab melibatkan angka dua digit boleh diselesaikan melalui dua cara

iaitu melalui pengiraan bentuk lazim biasa dan juga melalui pengiraan menggunakan kotak

Matemagik :

1576 x 25 =

Cara 1 : 1 5 7 6

x 2 5_

7 8 8 0

+ 3 1 5 2__

__3 9 4 0 0_

Cara 2 : 1 5 7 6

11

10

02

12

14

25

05

30

35

0

3

9 4 0 0

11

Page 12: Hbmt 4103 matematik form 3 final

HBMT 4203TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

2

5

Penggunaan cara penyelesaian yang pelbagai untuk menjawab soalan yang sama akan

memberi lebih pilihan dan kemudahan kepada murid kerana setiap murid mempunyai tahap

pemahaman yang berbeza dan masing-masing boleh menggunakan cara yang lebih mudah

dan sesuai bagi mereka.

MEMBERIKAN TUGASAN MATEMATIK SEBAGAI HUKUMAN BAGI SALAH LAKU

MURID

Murid yang melakukan kesalahan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran kadang kala

digunakan oleh guru sebagai alasan untuk memberi tugasan kepada murid terlibat. Contohnya

murid yang berbuat bising semasa penerangan guru dipanggil untuk menjawab soalan di

papan tulis sebagai hukuman. Murid terlibat akan berasa bimbang dan malu sekiranya tidak

dapat menyelesaikan tugasan yang diberi dengan betul. Selain itu, murid juga berasa malu

kerana tugasan yang diberi adalah sebagai hukuman kepada kesalahan yang dilakukan.

Perasaan seperti ini akan menimbulkan kebimbangan Matematik dalam diri murid terlibat

dan menghasilkan tanggapan yang tidak baik terhadap subjek Matematik.

CADANGAN PENGAJARAN MATEMATIK BAGI MEMINIMUMKAN

KEBIMBANGAN MATEMATIK DI KALANGAN MURID TINGKATAN EMPAT

Tajuk : Ungkapan Kuadratik dan Persamaan Kuadratik

Objektif : Memfaktorkan ungkapan kuadratik

Pembelajaran

Hasil : Memfaktorkan ungkapan kuadratik dalam bentuk ax2 + bx + c,

Pembelajaran a, b dan c tidak sama dengan 0.

Contoh aktiviti :

Murid ditempatkan di setiap stesen mengikut kumpulan. Setiap kumpulan

12

Page 13: Hbmt 4103 matematik form 3 final

HBMT 4203TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

diberikan lembaran ‘Jawapannya ialah..’ untuk menjawab soalan

terkumpul.

Setiap kumpulan diberi masa yang sama untuk menjawab soalan di setiap

stesen.

Setelah tempoh menjawab tamat, setiap kumpulan akan bergerak ke stesen

seterusnya untuk menjawab soalan baru.

Aktiviti dijalankan sehingga semua stesen selesai dilalui oleh semua

kumpulan.

Kumpulan yang berjaya menjawab dengan betul dan mengumpul markah

tertinggi akan dapat membuka peti harta karun untuk menerima hadiah

mereka.

Mengapa saya memilih pengajaran dengan aktiviti permainan Matematik ?

Guru perlu mengetahui bahawa Matematik itu lebih daripada sekadar menghafal dan

aturan prosedur. Murid yang menghadapi kebimbangan Matematik tidak akan

menghargai kepentingan dan hubungkait Matematik dengan kehidupan seharian.

Terdapat beberapa kaedah pengajaran mengekalkan kebimbangan Matematik seperti

mengajar menggunakan buku teks semata-mata tanpa mengambil kira kecerdasan

pelbagai murid dan juga menetapkan hanya satu cara menyelesaikan masalah dalam

Matematik. Keadaan ini tidak menggalakkan murid menggunakan kreativiti dalam

menyiapkan tugasan. Sebagai seorang guru, kita seharusnya lebih peka terhadap

masalah kebimbangan Matematik dan sentiasa berusaha untuk membasmi masalah ini.

Permainan Matematik memberi peluang kepada murid untuk meneroka Matematik

dengan cara yang lebih menyeronokkan seterusnya membantu mengurangkan

13

S 1 S 2 S 3 S 4

S 5S 6S 7S 8

Page 14: Hbmt 4103 matematik form 3 final

HBMT 4203TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

perasaan bimbang dan takut di kalangan murid. Memandangkan kanak-kanak belajar

dengan lebih baik menerusi aktiviti yang praktikal, permainan Matematik merupakan

salah satu kaedah yang dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap mata

pelajaran ini. Permainan Matematik juga dapat meningkatkan keyakinan serta minat

murid terhadap Matematik.

Kajian menunjukkan murid-murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran

Matematik yang melibatkan aktiviti permainan dan kerja-kerja praktik secara

berkumpulan. Murid juga cenderung untuk lebih berusaha walaupun menyelesaikan

masalah yang sukar kerana murid terlibat secara mendalam dalam aktiviti yang dapat

menarik minat mereka.

Aktiviti permainan Matematik juga dapat memupuk budaya perkongsian idea dan

pendapat di kalangan murid dalam usaha memahami dan mendalami sesuatu konsep

dan kemahiran Matematik. Bukan sahaja murid akan semakin banyak berbincang

tentang Matematik tetapi juga murid berasa lebih tenang dan kurang risau jika

mendapat jawapan yang salah semasa membuat tugasan. Ini kerana murid tahu

mereka boleh berbincang dengan rakan sekumpulan untuk mendapatkan jawapan

yang betul. Aktiviti permainan juga membuat murid melihat Matematik sebagai

sesuatu yang menyeronokkan, dapat meningkatkan keyakinan diri mereka dan

membasmi kebimbangan Matematik yang tersemat dalam diri mereka.

14

Page 15: Hbmt 4103 matematik form 3 final

HBMT 4203TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

KESIMPULAN

Matematik merupakan landasan utama untuk menceburi bidang kejuruteraan, bidang

saintifik dan bidang teknologi yang semakin berkembang pesat pada masa kini. Namun

begitu, kebimbangan Matematik di kalangan murid menegah murid daripada mencapai

kejayaan dalam subjek ini. Kebimbangan Matematik menghalang peningkatan prestasi murid.

Oleh itu, guru perlu menangani masalah ini dan menggalakkan penglibatan murid dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Melalui tugasan ini, tiga kaedah yang dikenal pasti dapat membantu mengurangkan

kebimbangan Matematik dan meningkatkan penglibatan serta keyakinan murid dalam

pembelajaran Matematik. Kaedah-kaedah tersebut ialah aktiviti pembelajaran secara

kolaboratif, pembelajaran menggunakan e-pembelajaran dan pembelajaran secara permainan

Matematik. Ketiga-tiga kaedah ini menyeronokkan bagi murid dan mengurangkan tekanan

semasa menjalankan aktiviti. Penglibatan murid yang aktif menyumbang kefahaman konsep

dan kemahiran Matematik yang lebih baik seterusnya meningkatkan prestasi Matematik

murid.

Merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tingkatan Empat pula,

beberapa tajuk telah disenaraikan sebagai tajuk yang biasanya menimbulkan kebimbangan

Matematik di kalangan murid tingkatan empat dengan hasil pembelajaran yang spesifik yang

telah dinyatakan. Topik-topik yang terlibat ialah Ungkapan dan Persamaan Kuadratik,

Penaakulan Matematik, Kebarangkalian I, Bulatan III, Trigonometri dan Sudut Dongak dan

Sudut Tunduk.

15

Page 16: Hbmt 4103 matematik form 3 final

HBMT 4203TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

Hasil temubual dengan dua orang guru Matematik yang berpengalaman mengajar

murid tingkatan empat, lima kaedah pengajaran guru yang biasanya menimbulkan

kebimbangan Matematik di kalangan murid juga telah dikenal pasti iaitu pengajaran secara

penerangan, pengajaran secara latih tubi yang berterusan, memberikan tugasan yang sama

kepada semua murid, menetapkan hanya satu cara untuk menyelesaikan sesuatu soalan atau

masalah dan memberikan tugasan Matematik sebagai hukuman kepada salah laku murid.

Dalam tugasan ini, saya telah memilih topik Ungkapan Kuadratik dan Persamaan

Kuadratik untuk dibincangkan dalam cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Matematik tingkatan empat yang dapat mengurangkan kebimbangan Matematik murid. Saya

telah memilih pengajaran secara permainan Matematik kerana saya mendapati kaedah

pengajaran ini adalah kaedah yang paling menyeronokkan, dapat menarik minat murid, dapat

memupuk kerjasama dan perkongsian idea sesama murid serta sangat membantu dalam

mengurangkan kebimbangan Matematik di kalangan murid. Kaedah permainan Matematik

merupakan kaedah yang dapat memberi perasaan kejayaan kepada murid dengan suasana

yang lebih menenangkan dan sangat bermanfaat terhadap peningkatan prestasi murid dalam

subjek Matematik.

Sesungguhnya kebimbangan Matematik adalah masalah yang nyata dan

sememangnya berlaku di kalangan murid. Masalah ini timbul apabila guru kurang mengambil

perhatian terhadap penggunaan kaedah pengajaran yang sesuai bagi murid yang pelbagai

kecerdasan.Guru perlu membuat perubahan dan menggunakan kepelbagaian dalam kaedah

pengajaran agar dapat memenuhi kehendak dan kepuasan murid dalam mempelajari

Matematik. Kebimbangan Matematik di kalangan murid boleh dibasmi dan kuasa itu terletak

di tangan guru.

16

Page 17: Hbmt 4103 matematik form 3 final

HBMT 4203TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

RUJUKAN

1) Pusat Perkembangan Kurikulum. (2006). Curriculum Specification Mathematics

Form 4. PUTRAJAYA : Kementerian Pelajaran Malaysia.

2) Tobias, S. (1993). Overcoming Math Anxiety. NEW YORK : W.W Norton &

Company.

3) Zaslavsky, C. (1994). Fear of Math : How to Get Over It and Get On With Your Life.

NEW JERSEY : Rutgers University.

4) http://en.wikipedia.org/wiki/Mathematical_anxiety

5) http://findarticles.com/p/articles/mi_hb3325/is_3_9/ai_n29219709/

6) http://nowalkcc.libguides.com/content.php?pid=259827&sid=2150242

7) http://people.exeter.ac.uk/PErnest/pome18/furner_math_anxiety_2.htm

8) http://salsa.missioncollege.org/mss/stories/storyReader$9

9) http://www.daytonastate.edu/asc/files/m50.doc

10) http://www.dowling.edu/faculty/Rispoli/TwelveWays.pdf

11) http://www.ehow.com/math-learning-strategies/

12) http://www.foliolive.com/user/a/r/arizo/TeacherHelpAides.doc

13) http://www.math.com/students/advice/anxiety.html

17

Page 18: Hbmt 4103 matematik form 3 final

HBMT 4203TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

14) http://www.mathgoodies.com/articles/math_anxiety.html

15) http://www.mathpower.com/reduce.htm

16) http://www.sinclair.edu/support/sss/pub/Math%20Anxietyfinal.ppt

17) http://www.suzannesutton.com/math_anxiety.htm

18

Page 19: Hbmt 4103 matematik form 3 final

HBMT 4203TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

pemikiran spatial dalam geometri mendorong pemahaman serta kemahiran pelajar dengan

arahan-arahan yang menjurus kepada aras-aras pemikiran semulajadi geometri pelajar. Teori

beliau mempunyai hieraki aras pemikiran bermula pada usia awal kanak-kanak

sehinggalah dewasa yang terdiri dari 3 aras pertama yang merangkumi tempoh

normal pembelajaran.

19