huraikan teori aristotle, confucius dan karl marx.bincangkan persamaan dan perbezaan pendapat...
DESCRIPTION
HURAIKAN TEORI ARISTOTLE, CONFUCIUS DAN KARL MARX.BINCANGKAN PERSAMAAN DAN PERBEZAAN PENDAPAT MENGENAI REVOLUSITRANSCRIPT
HURAIKAN TEORI ARISTOTLE, CONFUCIUS DAN KARL
MARX.BINCANGKAN PERSAMAAN DAN PERBEZAAN PENDAPAT
MENGENAI REVOLUSI
Sebelum kata membuka bicara, ingin diterangkan disini maksud yang
terkandung dalam prasa revolusi agar penerangan dan huraian tentang
teori-teori tokoh-tokoh Aristotle, Confucius dan juga Karl Marx dapat
difahami serta dikaji dengan lebih mendalam. Membuka lipatan
perbincangan falsafah pendidikan dengan fahaman revolusi berkait rapat
dengan perubahan dan tamadun manusia. Takrif revolusi mengikut kamus
pelajar, adalah perubahan (terutamanya dalam sistem pemerintahan atau
dalam sistem sosial) yang dilakukan dgn kekerasan. merevolusikan
mengubah sistem pemerintahan negara atau sistem sosial dengan
kekerasan. Selain itu, revolusi juga didefinisikan sebagai perubahan
sesebuah kerajaan, sistem politik, atau sistem sosial yang dilakukan secara
radikal dan kekerasan, seperti rusuhan dan pemberontakan bersenjata.
Ianya juga merupakan perubahan yangg menyeluruh dan mendadak,
terutamanya dari segi cara berfikir, bertindak, dan juga cara hidup atau
pembangunan. (Kamus Dewan Edisi Empat, 2008). Biarkan kelas-kelas
pemerintah menggeletar pada revolusi komunis. Proletariat tidak
mempunyai apa-apa untuk hilang tetapi rantai mereka. Mereka mempunyai
dunia untuk menang. Orang-orang bekerja, semua negara, bersatu! (Karl
Marx). Contoh yang terdapat di Malaysia adalah revolusi gerakan reformasi
anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada akhir tahun 1960-an dan
awal tahun 1970-an yang bertujuan mengubah pemikiran dan budaya orang
Melayu yang dikatakan tidak selaras dengan arus pembangunan. Idea
tentang gerakan reformasi ini terkandung dalam sebuah buku dengan judul
yang sama iaitu Revolusi Mental, suntingan Senu Abdul Rahman. Buku ini
dicetak bagi pihak UMNO oleh Utusan Melayu (Malaysia) Berhad pada tahun
1971 dan diulang cetak pada tahun 1973. Buku ini diterbitkan selepas
Peristiwa 13 Mei 1969 dan pelancaran Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971.
Revolusi Mental lahir dalam konteks orang Melayu merasa diri mereka
terancam di tanah air mereka sendiri kerana mereka dikatakan tidak
mempunyai keupayaan untuk bersaing dengan orang bukan Melayu dan
bangsa-bangsa lain di dunia. Dengan ini saya dapat membuat satu konklusi
bahawa revolusi adalah perubahan kepada sesuatu atau dalam sesuatu
bidang secara radikal, sebagai contoh, pentadbiran sesebuah Negara atau
tempat, perubahan sosial, tatacara hidup, corak pemerintahan dan juga
politik secara meluas, menyeluruh dalam jangka masa yang pendek.
Teori revolusi Aristotle adalah meluas dalam pelbagai bidang. Menurut
Miriam Budiarjo (1993) teori adalah generalisasi yang abstrak mengenai
beberapa fenomena dalam menyusun generalisasi itu teori selalu
menggunakan konsep-konsep. Konsep-konsep itu lahir dalam fikiran dan
fakta dipakai sebagai batu loncatan. Teori politik adalah perdebatan dan
generalisasi dari fenomena yang bersifat politik. Konsep-konsep yang
dibahas dalam teori politik mencakupi masyarakat, kelas sosial, modenisasi
dan perubahan sosial. Ideologi politik adalah himpunan nilai-nilai, idea,
norma, kepercayaan dan kewajiban, kemerdekaan, Negara, pembangunan,
permodenan dan perubahan. Ideologi politik adalah himpunan nilai-nilai,
idea, norma, kepercayaan, keyakinan, suatu ‘ Welfanscharung’ yang dimiliki
oleh seseorang atau kelompok orang atas dasar mana dia menentukan
sikapnya terhadap kejadian dan masalah politik yang dihadapinya yang
dihadapinya yang menentukan tingkah laku politiknya. Terdapat beberapa
tokoh yang terkenal seperti
Aristotle yang telah
memberikan suatu teori dan
konsep-konsep yang Berjaya
digunakan pada kebanyakkan
Negara.
Aristotle (384-322 S.M) Aristotle menimba ilmu beliau dengan Plato di
Akademi selama 20 tahun. Aristotle juga pernah menjadi guru kepada
Iskandar Zulkarnain. Sumbangan beliau adalah dalam bidang ilmu logik dan
beliau dikenali sebagai "bapa logik". Logik bermaksud berfikir secara teratur,
tepat atau berdasarkan hubungan sebab dan akibat. Aristotle merupakan
orang pertama yang membentangkan cara berfikir yang teratur iaitu dalam
suatu sistem. Beliau juga orang pertama yang memperkenalkan kaedah
saintifik dalam mencari kebenaran. Dalam karya beliau, Politics, Aristotle
menyarankan supaya manusia harus mengamalkan sifat kesederhanaan
dalam kehidupan. Beliau berpendapat bahawa kehidupan yang baik ialah
kehidupan bermasyarakat dan bersikap sederhana. Ini kerana manusia dari
segi lahiriahnya merupakan haiwan bermasyarakat dan tidak suka
melampaui batasan-batasan yang ditetapkan. Bagi Aristotle, kerajaan yang
paling baik ialah "politik", yakni pemerintahan oleh ramai yang meliputi ciri-
ciri terbaik pemerintahan monarki dan oligarki.
Zaman ini bermula dengan kematian Iskandar Zulkarnain dab berakhir
dengan penubuhan kerajaan-kerajaan kecil di seluruh kawasan Yunani dan
Macedonia dan kawasan-kawasan lain di luar Yunani yang muncul selepas
Iskandar meninggal dunia. Pusat politik yang terkenal ialah Alexandria,
Antioch dan Athens. Idea penting falsafah yang lahir pada zaman ini ialah
pemisahan akhlak dan moraliti daripada politik. Falsafah pada masa ini boleh
dibahagikan kepada tiga iaitu: Cynicism, Stoicism dan Epicureanism. Bangsa
Roim banyak bertindak daripada berfikir dalam usaha-usaha untuk
menyusun dan membentuk satu sistem politik, undang-undang dan
ketenteraan bagi membentuk satu sistem politik. Oleh yang demikian, dapat
dikatakan bahawa falsafah politik orang Rom dikukuhkan melalui tindakan
dan amalan. Dasar-dasar hukuman mereka menjadi masyhur dan amat
berpengaruh di seluruh dunia. Politik Aristoteles juga berpendapat bahawa
pemerintah hendaklah memerhati dan mengambil berat keadaan jasmani
setiap kanak-kanak yang dilahirkan. Keluarga bertanggungjawab dalam
memberikan pendidikan kepada anak-anak yang berumur bawah enam
tahun. Selepas itu kerajaan haruslah mengambil alih mendidik kank-kanak
tersebut melaui persekolahan dari umur tujuh tahun sehingga 21 tahun.
Aristoteles adalah murid dari Plato, ia juga berasal dari keluarga tak
terpandang. Aristotle merupakan guru Alexander agung. Penagmatan sdari
Aristotle memberi kita kesempatan untuk berpikir mengenai apa yang
terdapat dalam “persamaan”, ia bependapat bahwa hal ini bisa berarti
bnayak hal. Dia juga menyarankan bahwa persamaan yang paling baik
adalah yang paling baik melayani kehidupan manusia, bilamana persamaan
dimengerti untuk diartikan sebagai pembagian keuntungan. Sehingga
persamaan harus ditingkatkan oleh negara.
Aristotle mengidentifikasi adanya enam bentuk pemerintahan, yang
mana tiap bentuknya bertindak terdiri dari dua unsur: siapa yang berkuasa
dan siapa yang dikuasai. Berikut ini adalah pembagiannya: Monarki :
Pemerintahan oleh satu orang demi tujuan bersama. Yang kedua adalah
Aristokrasi iaitu p emerintahan oleh sedikit orang demi tujuan bersama.
Ketiga, Polity iaitu pemerintahan oleh banyak orang demi tujuan bersama.
Seterusnya, Tirani, pemerintahan oleh satu orang demi tujuan yang
memerintah. Kemudian, oligarki yang berasaskan pemerintahan oleh sedikit
orang demi tujuan yang memerintah. Dan yang terakhir adalah dengan
berpandukan demokrasi. Demokrasi menggunakan cara pemerintahan oleh
banyak orang demi tujuan yang memerintah.
Menurut Aristotle lagi, monarki, aristokrasi, dan polity adalah
pemerintahan yang tepat kerana tiap-tiap bentuknya bertindak demi semua
tujuan sebagai pertimbangan yang berguna. Tidak ada tujuan yang luput
dari pertimbangan. Dalam tiga bentuk pemertintahan ini, tidak peduli berapa
banyak yang dilibatkan dalam proses pemerintahan, sebab semua diatur
oleh negara. Aristotle menganggap Tirani, Olgarki, dan Demokrasi sebagai
bentu pemerintahan yang tidak tepat kerana tujuan-tujuannya tidak
dipertimbangkan dengan persamaan. Aristotle menekankan bahawa kajian
terhadap organisme atau gabungan yang kompleks bagaimana pun harus
bermula dengan mempertimbangkan objek-objek yang ada dalam unsur-
unsur konstitutionnya. Dalam karyanya iaitu dari buku Ethics yang ditulis
sebagai pengantar untuk “politics”, beliau menguji watak dan tujuan
manusia dan menggambarkan bahawa aktiviti yang tepat dari manusia
ditemukan dalam apa yang sesui bentuknya kerana manusia adalah
binatang rasional dengan aktiviti-aktiviti yang selaras dengan akal.
Aristoteles mengkaji bahawa klasikifikasi kewarganegaraan boleh berbeza
mengikut negara yang berlainan. “Warga negara dalam negara yang
demokrasi sering tidak sedemikian dalam negara oligarki. Namun walau apa
prasyarat itu, “ orang yang memiliki kekuatan untuk mengambil bahagian
dalam administrasi deliberatif atau judisial negara apa pun boleh disebut
sebagai warga dari negara tersebut. Aistotle menggambarkan enam bentuk
skema pemerintahan yang cukup ternama iaitu 3 daripadanya ialah bentuk
konstitusi yang benar iaitu monarki, aristokrasi, dan demokrasi moderat dan
tiga yang seterusnya ialah bentuk yang terinduksi iaitu tirani, oligarki, dan
demokrasi eksterim ataupun hukum rimba. Dalam kelompok pertama aturan
ditegakkan untuk kesejahteraan rakyat dan yang terakhir untuk kepentingan
peribadi pemegang kuasa. Aturan hukum merupakan alat untuk menjamin
bahawa tindakan politik berdasarkan atas keinginan yang benar. Manusia
ialah makhluk yang sarat dengan godaan dan nafsu. Aristoteles mencatatkan
bahawa “ Kejahatan watak manusia” tertentu. Kerana kelemahan ini beliau
menilai bahawa memberikan kekuasaan tidak terbalas kepada penguasa
adalah benar-benar sangan berbahaya. Kerana pada manusia nafsu
seringkali mendominasi rasional, maka aturan hukum boleh egois,
menggantikan sikap rasional yang mensejahterakan semua. Aristoteles
memasukkan kedalam hukum bukan hanya terhadap undang-undang badan
legislatif melainkan tiga hukum adat dan hukum alamiah atau alam. Konsep
aturan hukum atau pemerintahan terbatas menjadi salah satu ciri yang
dominan bagi kehidupan politik barat. Diperkuatkan dengan konstitusi
bertulis , undang-undang hak asasi , pertahanan politik moden.
Beralih kepada teori revolusi yang dibawa oleh kepercayaan Confucius.
dilahirkan pada tahun 551 Sebelum Masihi di bandar Qifu di negara Lu
(sekarang Province Shandong, China) dalam sebuah keluarga bangsawan
yang miskin. Beliau merupakan seorang pemikir dan ahli falsafah sosial
China yang terkenal yang ajaran-ajaran dan falsafahnya sangat
mempengaruhi fikiran dan kehidupan bangsa China, Korea, Jepun dan
Vietnam. Beliau memulakan pekerjaannya sebagai seorang guru. Beliau
mengembara dan mengajar murid-murid yang berkumpul berhampirannya.
Kemashyurannya serta sifat-sifat murninya diluas sebar di seluruh negeri Lu.
Selepas beberapa tahun, ajarannya serta teorinya disebarkan secara meluas
ke seluruh China oleh anak muridnya dan kemudiannya ramai orang
memanfaatkannya. Confucius yang berusia 52 tahun, dilantik sebagai
majistret Chungtu dan pada tahun seterusnya, beliau menjadi menteri
jenayah bagi negeri Lu. Dengan pentadbirannya yang baik, beliau berjaya
melaksanakan reformasi baru, keadilan didirikan dan kes-kes jenayah
berkurangan sehingga hampir dihapuskan. Confucius meninggalkan kawasan
pentadbirannya pada tahun 496 S.M. (Sebelum Masihi) untuk mengembara
sambil mengajar di sekitar negara-negara kecil di timur laut dan
pertengahan China dan menjelaskan kepercayaan politiknya dan berharap
untuk memujuk raja-raja negara lain membenarkan beliau melancarkan
reformasi. Pada tahun 484 S.M., tersia-sia mencari pemerintahan yang
unggul, beliau kembali ke Lu. Beliau meninggalkan negerinya dan
mengembara seluruh China selama 13 tahun. Semasa beliau berumur 69
tahun, beliau kembali ke Lu dan meninggal 3 tahun kemudiannya di Lu – 479
S.M. Pada zaman akhiran Dinasti Zhou (Chou) (1027-256 S.M.), kerajaan
menghadapi masalah komplot penggulingan kuasa. Confucius mengkritik
zaman itu merupakan zaman kacau-bilau dan kurang bermoral. Beliau
berpendapat cara penyelesaian masalah itu adalah mendidik supaya orang
ramai mengikut prinsip-prinsip serta ajaran-ajaran pendeta dahulu. Beliau
mengadakan penegasan ajaran-ajaran pendeta dahulu dalam kelasnya.
Adalah dipercayai bahawa beliau telah menyunting kesemua “Five Classics”
seperti “Classic of Rites”, dan menulis “Spring and Autumn Annals. Beliau
meninggal dunia pada umur 83. Selepas
kematiannya, ajaran-ajaran Confucius telah disusun
oleh pengikut-pengikutnya dalam Lunyu
(Inggeris:Analects), di mana ia merupakan kitab
yang paling tepat mengisahkan kehidupan
Confucius serta ajarannya. Falsafah Confucius
menitikberatkan moral peribadi dan pemerintahan,
pembetulan hubungan sosial, keadilan dan
keikhlasan. Nilai-nilai tersebut mendapat sambutan
yang lebih tinggi daripada doktrin-doktrin lain
seperti Legalism atau Taoism dalam Dinasti Han (206 Sebelum Masihi – 220
selepas Masihi). Fikiran-fikiran Confucius telah dikembangkan dalam satu
sistem falsafah yang dikenali Confucianism.
Confucius hidup dalam “Zaman MusimBunga dan Musim Luruh”
(Spring & Autumn Period) di mana negara-negara di China berperang antara
satu sama lain dan menawan sebanyak-banyak tanah yang boleh. Rakyat
hidup dalam keadaan azab-sengsara dan tidak selamat manakala orang-
orang bangsawan dapat menikmati kehidupan yang mewah. Pemerintah-
pemerintah boleh diguling bila-bila masa oleh pemerintah negara-negara lain
atau pembesar-pembesar sendiri. Confucius mengkritik zaman itu
merupakan zaman kacau-bilau dan kurang bermoral. Beliau berpendapat
cara penyelesaian masalah itu adalah mendidik supaya orang ramai
mengikut prinsip-prinsip serta ajaran-ajaran
pendeta dahulu.
Justeru, beliau menegaskan ajaran-ajaran
pendeta dahulu dalam kelasnya. Beliau juga telah
mengemukakan banyak ungkapan bijak dan teori-
teori tentang undang-undang, kehidupan dan
kerajaan. Beliau membantu kerajaan dan
maharaja dengan pengajaran-pengajaran mengenai bagaimana maharaja
patut memerintah negeri dengan jayanya. Falsafah Confucius menekankan
prinsip moral peribadi dan politik, ketepatan hubungan sosial, keadilan dan
keikhlasan. Dalam zaman perpecahan dan peperangan antara negara-
negara feudal yang tidak berhenti-henti, Confucius berikhtiar untuk
mengembalikan Mandat Syurga (Mandate of Heaven) yang dapat
menyatpadukan “dunia” (iaitu China) dan mengurniakan keamanan dan
kemakmuran kepada rakyat. Oleh kerana visi kesempurnaan individu dan
sosial beliau diinterpretasikan sebagai pengembalian masyarakat yang
bertatatertib seperti zaman dahulu, beliau menggunakan institusi-institusi
dan adat lepas untuk menggerakkan agenda politiknya yan baru:
pengembalian sebuah negara yang bersatupadu di mana pemerintah-
pemerintah akan mewarisi kuasa berdasarkan merit moral dan bukan
“parentage”. Pemerintah-pemerintah seperti itu akan menyebarkan
akhlaknya kepada rakyat dan bukan memaksa rakyat mengikut tingkahlaku
yang betul melalui undang-undang dan peraturan-peraturan. Salah satu
ajaran-ajaran Confucius yang berpengaruh ialah keutamaan teladan individu
mengatasi undang-undang tingkahlaku explisit. Disebabkan ajaran-ajaran
moral beliau lebih menekankan pembinaan akhlak kendiri, pelagakan
contoh-contoh moral, dan pencapaian penghakiman mahir daripada
pengetahuan mengenai peraturan-peraturan, (“emphasises self-cultivation,
emulation of moral exemplars, and the attainment of skilled judgment rather
than knowledge of rules”), etika Confucius boleh dikenali sebagai sejenis
etika “virtue” (virtue ethics). Beliau mengutamakan ketaatan kepada
keluarga, pemujaan nenek-moyang, kehormatan kepada orang-orang tua
oleh anak-anak mereka, kehormatan kepada suami oleh isteri-isteri mereka
dan keluarga sebagai asas kepada sebuah kerajaan yang ideal. Confucius
mengemukakan prinsipnya yang terknal seperti “Jangan melakukan kepada
orang lain apa yang kamu tidak ingin dilakukan kepada diri sendiri”
(Peraturan Emas) (Do not do to others what you do not want done to
yourself" Golden Rule). Beliau juga menyeru orang-orang China,
terutamanya yang memiliki kekuasaan politik, mencontohi teladan-teladan
dahulu. Adat / Etika (Li) Teori etika Confucius seperti yang dinyatakan dalalm
buku “Li” berdasarkan atas tiga konsep aspek kehidupan yang penting, iaitu
adat mengenai korban kepada nenek-moyang dan pelbagai dewa-dewi
(deities), institusi-institusi sosial dan politik, dan etika tingkahlaku harian.
Konsep-konsep ini adalah berkaitan dengan melakukan perkara yang
sepatutnya pada masa yang tertentu, dan berhubung dengan kepercayaan
bahawa latihan dalam Li, yang dibentuk oleh pendeta-pendeta lepas
mengajar manusia nilai-nilai akhlak yang merangkumi penilaian etika
mengenai bila Li mesti diikuti dalam konteks-konteks atau keadaaan-
keadaan tertentu. Analect II,3 menyatakan bahawa “dengan membimbing
rakyat dengan perintah pentadbiran (“administrative injunctions”) dan
meletakkan mereka di tempat mereka melalui undang-undang, mereka akan
mengelakkan diri daripada hukuman tetapi tanpa sebarang perasaan malu.
Membimbing mereka dengan “excellence” dan meletakkan mereka di
tempat mereka melalui latihan peranan dan adat istiadat, di samping
membina satu perasaan malu, mereka akan mengawal diri sendiri secara
harmoni”. Ini adalah kerana Confucius berpendapat bahawa di bawah
hukuman undang-undang selepas tindakan-tindakan yang haram, manusia
biasanya akan bertindak mengikut undang-undang tanpa memahami alasan-
alasan mengapa mereka harus bertindak begitu. Sebaliknya, adat (Ritual),
corak tingkahlaku dibentuk secara dalaman dan boleh memberi pengaruh
sebelum sesuatu tindakan diambil. Dengan itu, manusia akan bertindak
betul kerana mereka takut malu. Mengikut Confucius, makna adat (ritual)
merangkumi kesopanan dan kelakuan hingga ke kefahaman kedudukan
seseorang dalam masyarakat. Secara luaran, adat digunakan untuk
membezakan antara manusia; penggunaannya membolehkan manusia
mengetahui siapa yang muda dan siapa yang tua, siapa adalah tetamu dan
siapa adalah tuan rumah dan sebagainya. Secara dalaman, adat
memberikan panduan kepada manusia tentang tanggungjawab mereka
terhadap manusia lain dan apa yang diharap dari mereka. Penjiwaan
(internalization) adalah proses utama dalam adat (ritual). Formaliti
tingkahlaku menjadi terbatin secara progresif, keinginan-keinginan adalah
disalurkan dan pemupukan keperibadian menjadi tanda kebenaran sosial.
Mematuhi adat dengan keikhlasan menjadikan adat satu cara yang paling
berkesan untuk memupuk perangai seseorang. Adat boleh diibaratkan
sebagai satu cara unutk mencari keseimbangan antara sifat-sifat berlawanan
yang mungkin membawa kepada konflik. Ia membahagikan manusia kepada
beberapa kategori, dan membentuk hubungan berhierarki melalui protokol-
protokol dan upacara, memberikan setiap manusia satu tempat dalam
masyarakat dan satu gaya tingkahlaku yang sesuai. Yi (Righteousness) Satu
konsep lagi yang dikemukakan oleh dalam teori pendidikan Confucius ialah
Yi yang bermakna apa yang paling baik dilakukan dalam konteks dari
kacamata etika. Ia adalah bertentangan dengan tindakan yang dilakukan
untuk kepentingan diri sendiri. Sungguhpun tindakan seseorang untuk
kepentingan diri tidak semestinya buruk, dia akan menjadi seorang yang
lebih baik, “righteous” jika kehidupannya mengikuti satu arah yang dibentuk
untuk mencapai “kebaikan yang lebih besar”. Ia bermakna melakukan
sesuatu yang betul untuk alasan yang betul. Ren (Humaneness) Ren
merupakan satu “kebaikan” seseorang memenuhi tanggunjawabnya
terhadap manusia lain, biasanya diterjemahkan sebagai “kemurahan hati”
atau “humaneness” (atau “Goodness”, Arthur Waley). Sistem moral
Confucius berasaskan “empati” (empathy) dan kefahaman atas orang lain.
Dengan memupuk tindakbalas secara spontan seseorang supaya ia dapat
memberi panduan kepada tindakannya secara intuitif (intuitive) adalah lebih
baik daripada hidup mengikut peraturan-peraturan “Yi”. Nilai “Ren” adalah
berkait rapat dengan Golden Rule “one must always treat others just as one
would want others to treat oneself” dan “What you do not wish for yourself,
do not do to others" dan bertujuan untuk memupuk keharmonian antara
manusia dengan mengenalpasti kepentingan diri dan manusia lain. Rén juga
mempunyai satu dimensi politik dan adalah asas bagi teori politik Confucius.
Jika raja itu tidak mempunyai rén, Confucius berpendapat bahawa adalah
susah atau tidak mungkin rakyat baginda bertingkahlaku keperimanusiaan.
Seorang raja autokratik yang tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat
akan kehilangan mandat syurga (Mandate of Heaven) untuk memerintah dan
tidak harus dituruti. Tetapi, rakyat mesti taat kepada seorang raja yang
memerintah secara kemanusiaan dan mengambil tahu kebajikan rakyat.
Meritokrasi (Meritocracy) Mengikut Analeks(XV,39), Confucius mengatakan
bahawa “tidak patut wujud perbezaan kelas dalam pengajaran” (In teaching,
there should be no distinction of classes). Sesiapa pun berhak menerima
pendidikan tanpa mengira latarbelakangnya, samada dia berasal dari kelas
bangsawan atau kelas bawahan. Seseorang dari kelas bawahan juga boleh
menjadi “Junzi” (gentleman) sekiranya dia memiliki sifat-sifat yang mulia
manakala anak raja yang tidak tahu malu hanya seorang “Xiao Ren” (Small
man). Beliau menerima pelajar-pelajar dari pelbagai kelas sosial sebagai
pelajar-pelajar atau pengikut-pengikutnya. Ini merupakan satu demonstrasi
dan bantahan yang jelas terhadap struktur feudal dalam masyarakat China
pada masa itu. Seterusnya, Confucius mengemukakan ide meritokrasi yang
membawa kepada pengenalan sistem peperiksaan diraja di China. Sistem ini
membolehkan siapa-siapa yang lulus dalam peperiksaan menjadi pegawai
kerajaan, iaitu satu kedudukan yang membawa kekayaan dan kehormatan
untuk seluruh keluarga. Calon-calon untuk jawatan awam telah dipanggil
untuk peperiksaan berkenaan dengan keunggulan moral mereka oleh
maharaja. Sesiapa yang ingin menjadi pegawai kerajaan mesti membuktikan
kebolehan dan nilainya melalui peperiksaan bertulis. Satu pencapaian
Confucius lagi ialah penubuhan sekolah yang telah menghasilkan ramai
negarawan yang memiliki perasaan kenegaraan dan tanggungjawab yang
kuat, yang dikenali sebagai “Rujia”. Beliau juga memuji raja-raja yang
menyerahkan pentadbiran negara kepada orang yang paling berkelayakan
berbanding dengan kepada anak-anak sulung baginda. Hubungan
(Relationship) Hubungan adalah satu aspek penting dalam Confucianism.
Tanggungjawab-tanggungjawab tertentu timbul dari suatu keadaan tertentu
berhubung dengan orang lain. Seseorang individu secara spontan
mempunyai beberapa hubungan berbeza dengan orang-orang yang
berlainan. Umpamanya, dia boleh menjadi seorang junior terhadap ibubapa
dan orang-orang tua-tua, dan sebagai “senior” terhadap adik-beradik, pelajar
dan sebagainya. Sementara junior terhutang budi terhadap senior, senior
juga perlu murah hati dan mengambil tahu junior-juior. Keharmoian sosial
merupakan matlamat utama Confusianisme. Ia akan mengakibatkan setiap
indivdu mengetahui status dalam masyarakat dan memainkan peranannya
dengan baik. Ketaatan kepada ibubapa (Filial piety) Ketaatan kepada
ibubapa merupakan antara keahklakan yang paling penting dalam budaya
China dan mesti ditunjukkan terhadap manusia yang hidup dan yang telah
meninggal (termasuk nenek moyang). Ia bercirikan kehormatan seseorang
anak terhadap ibubapanya. Ia telah dikembangkan lagi kepada satu siri lima
hubungan (a series of five relationships), iaitu pemerintah terhadap menteri,
bapa terhadap anak, suami terhadap isteri, abang terhadap adik dan kawan
terhadap kawan. Tugas-tugas tertentu telah ditetapkan untuk setiap individu
dalam set hubungan-hubungan tersebut. Tugas-tugas seumpama adalah
juga dilanjutkan kepada si mayat, di mana yang hidup itu mesti
menghormati si mati dalam keluarga mereka. Ini membawa kepada
penghormatan terhadap nenek moyang. Dalam masa ketaatan kepada ibu
bapa dianggap penting dalam sistem perundangan China, seorang
penjenayah akan dihukum lebih keras jika pesalah telah melakukan jenayah
pada seorang ibubapa, bapa-bapa selalu memiliki kuasa yang besar ke atas
anak mereka. Kesetiaan (Loyalty) Ketaatan bermakna individu-individu yang
diperintah mesti taat setia terhadap pemerintah mereka yang dikatakan
telah menerima “amanah syurga” (Mandate of Heaven) kerana moral dan
kejujuran pemerintahnya. Ia lebih menitikberatkan obligasi yang diperintah
kepada pemerintah tetapi sebaliknya kurang terhadap kewajipan-kewajipan
pemerintah kepada rakyat yang diperintah. Konsep kesetiaan telah
diperluaskan kepada tanggungjawab-tanggungjawab terhadap kawan,
keluarga dan pasangan di mana kesetiaan terhadap keluarga diberi
keutamaan, diikuti oleh kesetiaan terhadap pasangan, pemerintah dan
akhirnya kawan. Kesetiaan merupakan salah keahlakan yang utama dalam
fikiran Confucius khasnya dan kebudayaan China amnya. Bagaimanapun,
Confucius menyedari konflik selalu wujud antara Kesetiaan terhadap negara
atau pemerintah dengan ketaatan terhadap ibubapa atau keluarga dan
banyak peristiwa telah berlaku dalam sejarah China di mana seseorang anak
perlu membuat keputusan yang bijaksana
semasa berhadapan dengan situasi ini. Junzi
(Gentleman) Confucius menyeru semua
manusia berusaha untuk mencapai ideal
menjadi seorang Junzi (Gentleman or Perfect
man). Junzi dianggap sebagai seorang
individu yang memiliki keakhlakan “saint”,
sarjana dan “gentleman”. Junzi juga diharap
menjadi satu panduan atau teladan moral kepada masyarakat. Mereka
mestilah memupuk nilai-nilai moral dalam diri sendiri, menunjukkan ketaatan
kepada ibubapa dan kesetiaan kepada negara atau pemerintah serta
memupuk kemanusiaan atau kemurahan hati.
Bagi pandangan Karl Marx pula, konsep revolusi adalah dari berasakan
dari revolusi ekonomi. Salah satu sumbangan besarnya adalah konsep
perjuangan kelas yang menjadi pemangkin kepada kaum buruh untuk
bangkit mempertahankan hak dan kebebasan mereka dari terus menjadi
‘kuda tunggangan’ kaum kapitalis. Lantaran itu, ajaran Marxisme telah
dijadikan pegangan perjuangan kaum buruh hampir ke seluruh dunia.
Sebagai sebuah ideologi, Marxisme merupakan inspirasi bagi sebahagian
besar gerakan pembebasan sosial dan beransur-ansur menjadi gerakan
politik dan sosial di pelbagai tempat dan
Negara.
Materalism dan Dialectic Materialism
merupakan ideologi utama yang melahirkan
konsep kelas, hubungan antara kelas dan
perjuangan kelas dalam gagasan pemikiran
Marxisme.Marx meneliti sejarah manusia dari
dua aspek iaitu pertama, faktor ekonomi yang
memaparkan rangkaian tahap perkembangan ekonomi manusia meliputi
kaedah-kaedah mengeluarkan produk keperluan hidup dalam menentukan
segala perubahan kehidupan manusia (A. Z. Abidin 1968). Kedua, faktor
sosial kerana Marx menggambarkan sifat semula jadi manusia yang suka
bergaul. Namun faktor sosial tidak lengkap tanpa berhubung terus dengan
faktor ekonomi kerana kehidupan sosial manusia tidak akan bertahan lebih
lama melainkan manusia menghasilkan barangan atau produk untuk
memenuhi keperluan hidup dan masyarakat sekelilingnya (Ozinga 1991).
Marx mengakui bahawa manusia lahir dalam era zaman yang berbeza-beza.
Justeru itu, cara dan hubungan pengeluaran turut melalui tahap
perkembangan kuasa-kuasa produksi material yang berbeza-beza.Setiap
cara pengeluaran digambarkan dengan penguasaan kuasa produktif yang
khusus dan satu bentuk hubungan sosial yang awalnya berfungsi untuk
membangunkan kuasa tersebut. Aspek utama dalam hubungan tersebut
adalah hubungan harta yang akan mewujudkan kelas-kelas sosial. Lantaran
itu, muncul dua kelas utama berasaskan jenis-jenis harta yang
mempengaruhi pengeluaran keperluan hidup. Satu kelas akan menguasai
harta tersebut, manakala kelas lagi satu pula digunakan untuk
menghasilkan kekayaan daripada harta tersebut (McLellan 1971). Marx telah
mengemukakan lima tahap cara pengeluaran yang berbeza-beza di mana
setiap masyarakat perlu merentasinya iaitu tahap Komunis Primitif,
Perhambaan Kuno (Classical Slavery), Feudalisme, Kapitalisme dan
Komunisme (McLellan 1977).
Walau bagaimanapun, pembangunan dan kemajuan terhadap cara dan
hubungan pengeluaran turut menyumbang usaha ke arah memacu daya
inovasi dan kreativiti manusia melalui penemuan baru seperti penggunaan
mesin wap, pembinaan kapal layar dan sebagainya. Cuma bagi Marx,
keadaan tersebut akan menambah tekanan terhadap cara pengeluaran sedia
ada kerana sejarah perubahan yang berlaku akan mewujudkan perjuangan
kelas iaitu penentangan satu kelas ke atas satu kelas yang lain.
Kesannya berlaku revolusi yang akan mewujudkan tahap baru bagi
sejarah. Lantaran itu, kemuculan tahap baru akan melahirkan kelas atasan
baru (new ruling class) yang akan menentang kelas bawahan yang terdiri
dari kelas buruh dan petani. Maka tidak hairanlah jika kita meletakkan cara
pengeluaran sebagai perintis terhadap kewujudan kelas sosial.Hubungan
antara manusia dan alam yang saling bertukar-tukar dan dikendalikan
melalui cara pengeluaran khusus telah menghasilkan cara-cara dan
keperluan-keperluan baru bagi memenuhi kemahuan masyarakat. Hubungan
tersebut diabadikan oleh Marx dalam teori Dialectic Materialism yang
menekankan tiga formula serangkai iaitu Theses, Anti-Thesis dan Syntheses.
Contohnya, gambaran Marx tentang lima tahap cara pengeluaran iaitu tahap
Feudalisme mewakili theses dalam zaman pertengahan. Apabila tahap
Feudalisme dikontradiksi dengan kebangkitan kelas pertengahan iaitu kelas
bourgeois, maka Kapitalisme dianggap sebagai anti-theses dan seterusnya
diganti pula oleh tahap Komusnisme yang dianggap sebagai Syntheses.
Proses ‘dialektik’ tersebut dijadikan senjata moral bagi perjuangan kelas
buruh untuk membebaskan diri dari belenggu penindasan kelas kapitalis
melalui proses revolusi (Lerner 1982). Oleh demikian itu, sikap manusia itu
sendiri dijadikan ‘subjek’ dialektik kepada perubahan sosial. Hasilnya,
lahirlah organisasi buruh sosial dengan keperluan baru dan akhirnya kuasa
produktif mereka mengalami peningkatan secara mendadak. Marx dan
Engels menegaskan bahawa fenomena sosial termasuklah konflik-konflik
yang berlaku dalam kelas sosial tercetus melalui siri-sirikontradiksi yang
diimplementasi dari konsep dialektik tersebut (McLellan 1971: 152-153).
Justeru itu, fahaman Dialectical Materialism dilihat telah berjaya
mengorganisasi masyarakat dalam kelas-kelas sosial ekonomi dengan
menyediakan kuasa-kuasa peralihan ke arah tahap tertinggi dalam
perkembangan sejarah manusia.
Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa sejak manusia memulakan
hidup secara berkumpulan atau bermasyarakat, konsep dan pandangan
manusia mengenai hak asasi dan kewajipan meraka kepada ahli masyarakat
menjadi penting. Sebaik sahaja manusia mempunyai kuasa dan kedudukan
yang agak tinggi, mereka akan mula memikirkan beberapa nilai-nilai
kehidupan yang boleh dijadikan amalan masyarakat terbabit. Oleh itu,
sewajarnyalah nilai dan hak kemanusian berbeza mengikut kehendak
masyarakat dan golongan tertentu. Terdapat beberapa persamaan dan juga
perbezaan antara teori-teori yang telah dikemukan oleh pengagas dan juga
tokoh revolusi masa dahulu.
Percanggahan pendapat dalam ketiga-tiga revolusi adalah pandangan
tentang keagamaan dan juga kepercayaan tentang kehidupan. Karl Marx
merupakan seorang tokoh pemikiran yang sangat Revolusioner pada masa
itu. Ia banyak melakukan kritik-kritik yang tajam berkaitan dengan masalah
ekonomi dan agama. Menurut Marx dalam Materialisme Historis diungkapkan
bahwa manusia hanya dapat dipahami selama ia ditempatkan dalam konteks
sejarah. Manusia pada hakikatnya adalah insan bersejarah. Manusia sebagai
pemangku sejarah tidak lain hanyalah keseluruhan relasi-relasi masyarakat.
Cara produksi kehidupan material mengindikasikan proses kehidupan sosial,
politik, dan spiritual pada umumnya. Bukan kesedaran manusia yang
menentukan keadaan mereka, tetapi sebaliknya keadaan sosial merekalah
yang menentukan kesadaran mereka.
Manakala pada pendapat teori revolusi Confucius pula, seseorang
pemimpin tidak seharusnya tidak mementingkan kebendaan dan juga sikap
materialism dalam kehidupan seharian sebaliknya harus mendapatkan
keharmonian dalam tugas dan hidup mengikut hubungan sesame manusia
iaitu saling hormat-menghormati . Amalan moral dan juga nilai-nilai murni
lebih dititikberatkan dalam semua aspek kehidupan berbanding aspek
materialistik dan duniawi. Confucius lebih mementingkan Kemuliaan insan
iaitu yang menjadi ukuran tingkat peradaban sesebuah masyarakat. Teori
dan pengaruh ini bangkit akibat dari nilai-nilai murni yang kian terhakis dan
nilai indivisualistik serta nilai materialistik berkembang. Ini akibat pengaruh
dari nilai Tamadun Barat yang kurang penekanan dalam kehidupan
bermasyarakat. Confucius menganggap bahawa tamadun atau revolusi barat
adalah suatu ancaman kepada hubungan sesama manusia dalam kehidupan
seharian dan juga tugas-tugas seseorang itu dalam pemerintahan.
Aristotle manakala pula berpendapat bahawa sesebuah Negara tidak
dapat dipisahkan dari watak politik manusia. Negara atau pemerintahan
sesebuah tempat wujud kerana manusia saling memerlukan anatara satu
sama lain. Ini kerana manusia bukanlah mahluk yang dapat hidup tanpa
orang lain. Itu sebabnya kemasyrakatan dan Negara akan menjalinkan
hubungan antara satu sama lain. Apabila rakyat bersifat oragnisasi iaitu
bersatu, dan memelihara tanggungjawab masing-masing, maka keutuhan
dan juga keamanan Negara dapat dicapai dengan mudah. Selain itu, teori
Aristotle juga lebih mementingkan kesihatan jasmani dan juga minda yang
cergas bagi melahirkan pemimpin yang berkaliber.
Antara lain, persamaan antara ketiga-tiga teori revolusi ini adalah
tentang keadilan sosial dalam segi pengangihan kekayaan. Pendapat
revolusi ketiga-tiga tokoh ini berlaku akibat ketidakseimbangan dari segi
pengaghihan kekayaan yang mewujudkan jurang ekonomi. Kuasa-kuasa
besar menindas negara-negara miskin dan eksploitasi kekayaan negara yang
ditindas. Kuasa yang telah diberikan kepada orang-orang atasan telah
disalah gunakan bagi kepentingan sendiri. Selain itu, persamaan juga dapat
dtinjau melalui idea para intelektual dalam pendapat revolusi masing-
masing. Walaupun berbeza tamadun namun menyuaraan pendapat yang
sama dalam beberapa perkara penting seperti soal kerajaan, sistem
pemerintahan, dan juga politik. Falsafah tradisional mereka menekankan
morality dan juga akhlak sebagai asas kerajaan. Peranan dan juga
tanggungjawab kerajaan perlu dijelaskan melalui peranan serta
tanggungjawab pemerintah atau Raja iaitu gelaran tertinggi. Seorang raja
mestilah adil , bijaksana, mempunyai keupayaan intellectual yang tinggi,
pendidikan, pertimbangan yang cerdik serta mempunyai akhlak atau moral
yang baik bagi memakmurakan rakyat dari segi pemerintahan, pendidikan,
ekonomi dan juga kesihatan.
Secara kesimpulanya, Aristotle, karl marx dan Confucius merupakan
ahli-ahli falsafah, pemikir-pemikir dan pendidik-pendidik yang teragung
dalam sejarah manusia. Mereka telah mengemukakan banyak pendapat
yang bernas dan memberi banyak sumbangan kepada pelbagai lapangan
dalam kehidupan manusia. Teori-teori, baik dalam aspek pendidikan atau
aspek politik dan sebagainya, yang dikemukakan oleh mereka telah
mendatangkan pengaruh dan kesan yang besar kepada umat manusia. Tidak
dinafikan bahawa setengah-setengah ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman
mereka masih diterima dan diaplikasikan oleh manusia pada hari ini
meskipun sebahagian daripada mereka terlalu ideal dan tidak sesuai dengan
kehidupan pada zaman moden ini. Nilai-nilai yang diutarakan oleh Confucius,
seperti kesetiaan kepada negara, ketaatan kepada ibubapa, “ren”, “yi” dan
adat masih berakar-umbi dalam kebudayaan bangsa China, Japan, Korea dan
sebagainya. Konsep “kesamaan”, “keadilan” dan “keharmonian” yang
dikemukakan oleh mereka masih menjadi matlamat yang diidam-idamkan
oleh semua manusia pada zaman ini sugguhpun matlamat-matlamat
tersebut merupakan satu sasaran yang memerlukan jangkamasa yang
panjang untuk dicapai. Teori-teori mereka juga telah mempengaruhi
fahaman-fahaman pemikir-pemikir moden, seperti Karl Marx dan
sebagainya.persamaan dan perbezaan memang wujud Lihatlah perbezaan
bukan penghalang untuk hidup dalam aman dan harmoni. Jangan jadikan
perbezaan ini juga alasan untuk hidup terasing dan pentingkan diri sendiri
Jangan perbesarkan perbezaan sebuah tamadun – anggap itu satu
keunikan.Lihat persamaan sebagai peluang untuk jalin hubungan yang baik.
Paling penting amalkan sikap hormat-menghormati.
RUJUKAN
1. Henry J. Schmanat. 1960. Filsafat Politik: Kajian Historis Dari Zaman
Yunanui Kuno Sampai Zaman Moden. Yokyakarta. The Bruce Publishing
Company.
2. Richard Kraut dalam Steven M. Cahn. 2005. Aristotle political
Philosophy. New York. Oxford University Press.
3. Miriam Budiarjo. 1993. Dasar- Dasar Ilmu Politik. Jakarta. PT Gramedia
Pustaka Utama.
4. J.D.G.Evans. 1977. Aristotle’s Concept of Dialectic . University Of
Cambridge.
5. Budiardjo,Miriam.1988.”Dasar-dasar Ilmu Politik”.PT Gramedia:Jakarta
6. Duncan, W. Raymond dkk. 2003. World Politics in The 21st Century.
New York: Longman.
7. Heywood, Andrew. 1997. Politics. London: Macmillan.
8. A. Z. Abidin & Baharuddin Lopa. 1968. Bahaya Komunisme. Jakarta :
Bulan Bintang.
9. Bobbio, N. 1979. Which Socialism? Minneapolis : University of
Minnesota Press.
10. Hart, M. H. 1993. 100 A Ranking of the Most Influential Person in
History. New York : A Citadel Press Book.
11. Hook, S. 1975. Revolution, Reform and Social Justice: Study in
the Theory and Practice of Marxism. New York : New York University
Press.
12. Lerner, W. 1982. A History of Socialism and Communism in
Modern Times: Theorists, Activists and Humanists. London : Prentice-
Hall International Inc.
13. Lichtheim, G. 1961. Marxism: A Historical and Critical Study.
London : Routledge and Kegan Paul.
14. Marx, K. 1972. Karl Marx: The Essential Writing. Edt: Frederic L.
Bender. London : Westview Press
15. Creel, H.G., 1989, Chinese Thought from Confucius to Mao tse-
Tung , Alih bahasa Soejono Soemargono, PT. Tiara Wacana, Yogyakarta
.
16. Fung Yu Lan, 1990, A Short History of Chinese Philosophy , Alih
bahasa Soejono Soemargono, Liberty , Yogyakarta .
17. Lasiyo, 1983, Confucius , Proyek PPPT UGM, Yogyakarta .
18. Misnal Munir, 1997, “Historisitas Dalam Pandangan Filosof Barat
dan Pancasila” dalam Jurnal Filsafat . Edisi Khusus Agustus 1997 hal.
125-148.
19. Sartono Kartodirdjo, 1986, Ungkapan Ungkapan Filsafat Sejarah
Barat dan Timur , Penjelasan Berdasarkan Kesadaran Sejarah ,
Gramedia , Jakarta .