inflasi

8
Karangan: Inflasi Posted on November 20, 2009 | 1 Comment Kenaikan harga petroleum di pasaran antarabangsa mencetuskan pelbagai spekulasi malap dan pesimistik terhadap masa depan ekonomi dunia. Harga petroleum yang melambung tinggi menyebabkan subsidi petrol di Malaysia terpaksa ditarik balik. Bincangkan rasional kerajaan menarik balik subsidi petrol serta cadangkan langkah-langkah menghadapi kesan kenaikan harga petrol yang tinggi. 1. Kenaikan harga petrol dunia yang tinggi memaksa kerajaan menarik balik pemberian subsidi petrol. • Harga minyak meningkat kepada US$ 140 setong berbanding US$50 setong pada tahun 2006. RM1.10 seliter tahun 2006 naik menjadi RM2.70 seliter. • Jadi, jumlah subsidi berlipat ganda mencecah RM65 bilion setahun. • Kerajaan tidak mampu terus memberi subsidi. • Hal ini kerana kerajaan akan bankrup. • ( setakat 2007, untung Petronas RM868 bilion, RM532 bilion bayar sebagai cukai. Thn 2008 untung RM101 bilion. Serah kpd kerajaan RM67.6bilion=50% pendapatan kerajaan ) • Langkah ini tidak bijak kerana orang kaya turut menikmati harga murah petrol. • Ini menggalakkan mereka boros menggunakan kenderaan. • Warga asing seperti rakyat Singapura juga menikmati subsidi. (salah guna subsidi) • Nelayan pula jual petrol kepada rakyat Thailand untuk dapat keuntungan cepat sahaja. (Kita tidak mampu menyesuaikan diri suatu hari nanti, tidak berdaya saing, ekonomi lumpuh) 2. Subsidi yang dijimatkan itu boleh digunakan untuk tujuan yang lebih praktikal. • Jelas kelihatan dan terbukti kini, ramai orang sudah jimat ekoran kenaikan harga petrol. • Kenderaan berkurangan di jalan raya. • Kesesakan lalu lintas diatasi. Pencemaran alam berkurangan. • Ini bererti subsidi petrol sebelum ini mencetuskan pembaziran.

Upload: ennyella

Post on 25-Oct-2015

33 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

no

TRANSCRIPT

Page 1: inflasi

Karangan: InflasiPosted on November 20, 2009 | 1 Comment

Kenaikan harga petroleum di pasaran antarabangsa mencetuskan pelbagai spekulasi

malap dan pesimistik terhadap masa depan ekonomi dunia. Harga petroleum yang

melambung tinggi menyebabkan subsidi petrol di Malaysia terpaksa ditarik balik.

Bincangkan rasional kerajaan menarik balik subsidi petrol serta cadangkan langkah-

langkah menghadapi kesan kenaikan harga petrol yang tinggi.

1. Kenaikan harga petrol dunia yang tinggi memaksa kerajaan menarik balik pemberian

subsidi petrol.

• Harga minyak meningkat kepada US$ 140 setong berbanding US$50 setong pada

tahun 2006. RM1.10 seliter tahun 2006 naik menjadi RM2.70 seliter.

• Jadi, jumlah subsidi berlipat ganda mencecah RM65 bilion setahun.

• Kerajaan tidak mampu terus memberi subsidi.

• Hal ini kerana kerajaan akan bankrup.

• ( setakat 2007, untung Petronas RM868 bilion, RM532 bilion bayar sebagai cukai. Thn

2008 untung RM101 bilion. Serah kpd kerajaan RM67.6bilion=50% pendapatan kerajaan

)

• Langkah ini tidak bijak kerana orang kaya turut menikmati harga murah petrol.

• Ini menggalakkan mereka boros menggunakan kenderaan.

• Warga asing seperti rakyat Singapura juga menikmati subsidi. (salah guna subsidi)

• Nelayan pula jual petrol kepada rakyat Thailand untuk dapat keuntungan cepat

sahaja.

(Kita tidak mampu menyesuaikan diri suatu hari nanti, tidak berdaya saing, ekonomi

lumpuh)

2. Subsidi yang dijimatkan itu boleh digunakan untuk tujuan yang lebih praktikal.

• Jelas kelihatan dan terbukti kini, ramai orang sudah jimat ekoran kenaikan harga

petrol.

• Kenderaan berkurangan di jalan raya.

• Kesesakan lalu lintas diatasi. Pencemaran alam berkurangan.

• Ini bererti subsidi petrol sebelum ini mencetuskan pembaziran.

• Wang RM 13.7 bilion yang dijimat itu lebih baik digunakan untuk menyediakan sistem

pengangkutan awam yang lebih baik.

• Wang itu digunakan untuk pembangunan yang lebih bermakna seperti R&D dalam

Page 2: inflasi

tenaga alternatif.

• Usaha mengatasi masalah kekurangan makanan dapat digiatkan.

3. Untuk membendung kesan inflasi akibat kenaikan harga petrol, bantuan kewangan

diberi kapada golongan miskin.

• Rebat kenderaan seperti motosikal dan kenderaan kecil diberi. RM625 dan RM 150.

Tol lebuh raya dikurangkan

• Golongan bawahan dibantu dengan subsidi yang pelbagai. Nelayan RM200/bulan

• Pengecualian cukai juga boleh dipertimbangkan.

• Majlis Ekonomi Negara memastikan daya beli golongan miskin tidak banyak terjejas.

• Pemantauan harga barang pasaran diketatkan. Kawalan harga barang keperluan.

• Jangan membenarkan peniaga yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga

sewenang-wenangnya.

Untuk mengurangkan beban rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan

sederhana yang paling teruk terjejas dengan kenaikan harga bahan bakar dan

peningkatan harga barang keperluan harian serta perkhidmatan yang menyusul,

kerajaan memperkenalkan pelbagai pakej bantuan di samping memulangkan semula

sebahagian besar daripada penjimatan yang diperoleh daripada kenaikan harga itu

kepada rakyat dalam bentuk subsidi lain, khususnya subsidi makanan.

Inflasi: projek raksasa batal, potong gaji, lesen niaga penjaja kepada golongan miskin.

4. Cara alternatif untuk mengurangkan permintaan petrol perlu dilaksana.

• Selain itu, kerajaan juga melancarkan kempen berjimat cermat dalam sektor awam.

Batal/tangguh projek menteri kurang bercuti di luar negara

• Untuk perjalanan dekat, jalan kaki dapat menyihatkan badan serta tidak membazirkan

petrol.

• Kongsi kereta juga dapat jimatkan petrol. NGV, basikal

• Sistem pengangkutan awam moden seperti LRT/MRT, Bas Rapid di perluaskan.

• Usaha mencari tenaga alternatif seperti biojisim/biodiesel, tenaga nuklear dan

hidroelektik lebih mendesak.

Mengapa harga runcit minyak di Malaysia perlu diselaraskan dengan harga di pasaran

antarabangsa sedangkan negara ini pengeluar minyak?

Page 3: inflasi

Kenapa Malaysia perlu mengeksport minyak yang dikeluarkannya dan pada masa sama

mengimport bahan itu pula dari negara lain? Mengapa tidak minyak keluaran negara ini

ditapis dalam negeri untuk keluaran tempatan dan selebihnya dieksport?

Oleh kerana kenaikan harga minyak mentah dunia juga menguntungkan Petronas, tidak

bolehkah syarikat itu menyumbang lebih kepada kerajaan untuk membolehkannya

terus menanggung subsidi atau Petronas memberikan subsidi secara terus kepada

pengguna?

Sesetengah daripada soalan itu memerlukan huraian panjang lebar dan berbentuk

teknikal. Ia ada hubung kaitnya dengan pengurusan kewangan kerajaan, keperluan

tenaga untuk generasi akan datang, pemeliharaan aset negara untuk menjana

pertumbuhan ekonomi mampan dan sebagainya.

Sebaliknya negara dan rakyat akan menanggung kerugian dalam tempoh jangka

panjang apabila keadaan politik dan sosial menjadi tidak stabil, keyakinan pelabur

terhakis dan ekonomi menjadi kucar kacir.

OIC, OPEC

Petronas :RM 20 bilion bina Putrajaya, RM8.1 bilion bina Petronas Twin Tower.

Cari gali dan pemprosesan di Afrika, Vietnam & Kemboja

Punca: bekalan jatuh, China & India maju, peperangan, spekulasi

Kesan: ekon gawat, sosial unrest, peperangan, bankrup

APA ITU INFLASI?

Page 4: inflasi

Salam semua®…

Inflasi adalah sesuatu keadaan ekonomi di mana berlaku kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang berterusan.

APAKAH PUNCA INFLASI?

1. Inflasi Tarikan Permintaan

Berlaku apabila bekalan barangan dan perkhidmatan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan. lanya berpunca daripada pertambahan permintaan secara tiba-tiba dalam jangkamasa pendek. Pengeluar kesuntukan masa untuk menambah pengeluaran bagi memenuhi permintaan. Peniaga pula mengambil kesempatan untuk memperolehi keuntungan yang lebih.

2. Inflasi Tolakan Kos

Berlaku apabila kos pengeluaran meningkat. Pengeluar akan memindahkan kos yang ditanggungnya kepada pengguna dengan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk mengekalkan keuntungan.

3. Inflasi Bekalan Wang

Berlaku apabila bekalan wang meningkat melebihi bekalan barangan atau perkhidmatan dalam pasaran. Inflasi ini biasanya berlaku bilamana kerajaan sesuatu negara mengeluarkan bekalan wangnya tanpa had dan tanpa pengawasan daripada bank pusatnya. Wang yang banyak dan berlegar di pasaran akhirnya menyebabkan inflasi. Oleh itu adalah penting untuk memastikan peningkatan bekalan wang pada tahap tertentu bersesuaian dengan barangan dan perkhidmatan yang ada di pasaran setiap masa dan dikawal dengan baiknya oleh bank pusat.

4. Inflasi Pentadbiran Harga

Page 5: inflasi

Berlaku apabila hanya terdapat sebuah syarikat (monopoli) atau sebilangan kecil syarikat (oligopoli) yang membekalkan barangan atau perkhidmatan, pengeluar biasanya mempunyai kuasa untuk menentukan harga. Jika pengeluar menggunakan kuasa itu, harga akan meningkat. Pengguna tidak mempunyai pilihan dan terpaksa membeli pada paras harga yang ditentukan oleh pengeluar atau pembekal. Pengeluar atau pembekal berkemungkinan akan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk menikmati keuntungan yang lebih besar sama ada kos meningkat atau tidak. Harga sedemikian dipanggil harga pentadbiran.

5. Inflasi Yang Diimport

Faktor-faktor luar negara juga boleh menyebabkan inflasi. Apabila kos bahan mentah seperti petroleum, barang siap atau perkhidmatan yang diimport dari luar negara meningkat, ia akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran tempatan meningkat tanpa mudah disedari. Kenaikan harga barangan import boleh berlaku secara langsung iaitu inflasi yang berlaku di negara pengeksport atau tidak langsung melalui perubahan kadar pertukaran wang asing yang memihak kepada negara pengeksport. Oleh yang demikian, bagi mengurangkan tekanan inflasi jenis ini adalah lebih baik negara berkenaan menggunakan sumber bahan mentahnya sendiri bagi mengekang inflasi jenis ini.

LANGKAH MEMBENDUNG INFLASI

1. Mengawal Permintaan

Jumlah permintaan melebihi jumlah penawaran di pasaran menyebabkan harga meningkat. Oleh itu adalah perlu untuk mengekalkan jumlah permintaan pada tahap yang munasabah.

2. Mengawal Bekalan

Page 6: inflasi

Dilakukan dengan cara meningkatkan bekalan melalui peningkatan produktiviti, memperbaiki jaringan pengedaran, mengimport bahan mentah yang lebih murah dan mengurangkan pembaziran merupa-kan langkah berkesan untuk mengurangkan tekanan inflasi.

3. Polisi Ekonomi Makro

Tindakan Kerajaan melalui pengurusan cukai, kewangan dan pentadbiran yang cekap untuk menentukan halatuju pembangunan negara.

PERANAN PENGGUNA MENGHADAPI INFLASI

Jangan beli semasa harga tinggi. Beli semasa ditawarkan harga rendah.

Elakkan pembaziran, berjimat dan membeli apabila perlu sahaja dan mengikut rancangan perbelanjaan dan kemampuan anda.

Cari kedai yang menawarkan harga yang berpatutan serta yang meletakkan tanda harga.

Dapatkan harga terbaik juga dengan cara tawar-menawar jika dapat dilakukan.

Pengguna perlu memainkan peranan sebagai pengeluar atau pemberi khidmat untuk meningkatkan produktiviti mereka.

Pengguna/pengeluar hendaklah beretika.

Memperbaiki yang lama lebih baik daripada membeli baru, jika ekonomik.