info jagung
TRANSCRIPT
1. Apa Itu Jagung
Jagung merupakan tanaman makanan penting di dunia. Di Malaysia, jagung masih
merupakan tanaman sampingan sahaja.
Nama saintifik untuk jagung ialah Zea Mays. Seperti padi, jagung termasuk dalam
keluarga rumput. Kegunaan jagung ialah sebagai makanan ternakan, makanan
manusia dan bahan mentah untuk pengeluaran industri seperti gula, kanji dan minyak.
Terbaru, jagung juga menjadi bahan utama dalam pembuatan resin plastik mesra alam
dan bahan bakar mesra alam.
Jagung mempunyai nilai kanji yang tinggi berbanding dengan protin dan gula. Ia
berupa tongkol yang mengandungi bijian yang berbeza dari segi bentuk, saiz, warna
dan jenisnya.
Jenis-jenis jagung antaranya ialah :
Jagung ' DENT '
Mempunyai bijian yang besar dan berwarna putih, kuning dan sedikit kemerahan.
Bijinya lembut di bahagian atas dan kanji keras dibahagian bawah. Bijian ini lekuk
dibahagian tengah. Jenis jagung ini agak besar dan matang dalam masa 125 hari.
Banyak di USA dan Mexico.
Jagung ' FLINT '
Bijiannya kecil, licin, bulat dan keras. Tidak mempunyai lekuk di bahagian atasnya
dan berwarna putih, kuning, merah dan warna campuran. Jagung ini cepat matang dan
Tongkol Jagung
Jagung Dwi Warna
lebih baik pertumbuhannya. Jenis ini terdapat di Malaysia dan sesuai untuk makanan
ternakan.
Jagung MANIS
Jagung ini mempunyai kanji yang manis. Bijiannya mengecut, berkedut dan bersinar
apabila matang. Digunakan untuk makanan segar, ditinkan dan dibuat sayuran dan
kuih-muih. Banyak ditanam di Malaysia. Jagung jenis ini dicadangkan untuk
diusahakan.
Jagung ' POP CORN '
Bijiannya kecil dan mempunyai kanji keras. Digunakan untuk membuat bertih jagung.
Tidak terdapat di Malaysia.
Jagung ' WAXY '
Bijiannya digunakan untuk membuat kanji untuk industri makanan.
Jagung TEPUNG
Bahagian endosperma bijian terdiri dari kanji yang lembut. Digunakan untuk
membuat tepung.
Jagung ' POD '
Mempunya nilai genetik yang tinggi. Digunakan untuk menghasilkan pembi-akan
jagung jenis baru.
2. Bagaimana Pokok Jagung Tumbuh Dan Membesar Mengetahui tahap pertumbuhan jagung adalah penting untuk menentukan masa
pengairan, pembajaan dan kawalan serangga. Berbagai kaedah boleh digunakan untuk
menentukan tahap pertumbuhan. Satu cara yang banyak digunakan ialah kaedah
pengiraan daun jagung. Pengiraan dilakukan bermula dari daun pertama yang
berhujung bulat. Kaedah lain ialah pengiraan daun dari daun berhujung tajam tanpa
mengira daun hujung bulat yang pertama.
Kaedah lain yang digunakan oleh kebanyakan pengusaha ialah pengiraan kesemua
daun samada daun hujung bulat atau daun hujung tajam. Pertumbuhan jagung atau
pokok secara amnya dibahagikan kepada 2 tahap.
1. Tahap Pertumbuhan ( Vegetative Growth Stages )
2. Tahap Pengeluaran ( Reproductive Stages )
Tahap Pertumbuhan ( Vegetative Growth Stages )
Tahap ini dibahagikan pula kepada :
-VE > pertumbuhan ( emergence)
-V1 > daun pertama
-V2 > daun kedua
-V3 > daun ketiga
-Vn > daun ke – n -VT > keluar bunga jantan ( tasseling)
Tahap Pengeluaran ( Reproductive Stages )
Tahap ini dibahagikan pula kepada :
-R1 > keluar bunga betina ( silking)
-R2 > ( blister )
-R3 > ( milk )
-R4 > ( dough )
-R5 > ( dent )
-R6 > ( physiological maturity )Contoh Pengiraan Daun
Tahap Pertumbuhan ( Vegetative Growth Stages )
1.Percambahan Dan Pertumbuhan ( Germination And Emergence ) VE
Benih jagung akan bercambah apabila ia mengandungi kandungan air /
kelembapan 30%. Pertumbuhan
bermula dengan ‘radicle’ (akar),
diikuti ‘coleoptile’ (tunas) dengan
‘enclosed plumule’ (daun pertama)
dan titik tumbuh (growing point).
Pertumbuhan akar radicle membo-
lehkan tunas mengukuhkan
kedudukan di atas tanah seterus-
nya menyedut air dan baja.
Untuk tumbuh, takuk (internode)
pertama pokok jagung (mescotyl)
akan memanjang kearah permu-
kaan tanah dan terus memanjang
hingga ‘ coleoptile ‘ mendapat ca-
haya. Pada tahap VE ini, titik tum-
buh (growing point) akan berada
2.5cm ~ 4cm di bawah tanah. Titik
tumbuh akan berada di bawah
tanah selama 3 ~ 4 minggu untuk
melindungi pokok dari kesan luka
fizikal, serangga atas tanah dan
sebagainya.
2.V1 ~ V2
Satu minggu selepas percambahan
benih, V1 bermula. Disebabkan
sistem akar masih kecil, kadar
pengambilan baja juga
adalah kecil. Taburan baja pada
lingkungan kecil sekeliling akar
untuk mempercepatkan pertumbuhan.
Akar akan terus memanjang
selepas ini.
3.V3 ~ V5
Dua minggu selepas benih bercambah
tahah V3 bermula.
Kerja-kerja selengggara keliling
pokok pada masa ini akan dielakkan
kerana ia boleh mengganggu
akar kekal yang masih
muda. Hujan yang terlalu lebat
juga boleh mengganggu pertumbuhan
daun tetapi tidak mengganggu
pokok itu sendiri. Pertumbuhan
akar cambah juga
akan berhenti dan akar rerambut
akan mula tumbuh. Akar utama
dari akan mula memanjang dan membentuk sistem akar untuk pokok.
Daun dan buah akan mula membentuk dan akan selesai pada tahap V5 ( pada
masa ini bilangan buah yang akan keluar dari pokok boleh dikatakan hampir
diketahui)
Pada V5, bunga jantan telah mula terbentuk pada titik tumbuh(growing point). Pokok
akan mencapai tinggi ~ 20cm apabila bunga jantan terbentuk. Titik tumbuh masih
berada di bawah tanah dan suhu tanah pada masa ini memberi sedikit kesan kepada
pertumbuhan pokok. Suhu tanah yang rendah ( disebabkan hujan dsb ), boleh
menyebabkan :
-menambahkan masa pertumbuhan antara daun.
-menambah bilangan daun yang terbentuk.
-melambatkan pembentukan bunga jantan.
-mengurangankan kandungan baja dalam tanah.
Pada masa ini, rumput juga akan bersaing air, baja dan cahaya dengan pokok jagung.
Penggunaan racun rumput, pembersihan manual dan tanaman pada kepadatan tinggi
dapat mengurangkan persaingan ini.
4. V6 ~ V7
Tiga minggu selepas percambahan benih, V6
bermula. Sistem akar telah terbentuk dengan
baik dan boleh mencapai kedalaman 45cm dan
jejari 60cm. Sistem akar pada takuk tiga akan
mula memanjang. Pengambilan baja oleh
pokok juga akan meningkat. Titik tumbuh
akan berada di atas tanah dan pemanjangan
batang pokok secara drastik akan bermula.
Akar dari batang pokok (tillers/suckers) akan
mula tumbuh. Penambahan baja Nitrogen
disekeliling pokok akan dilakukan hingga V8.
Bunga Jantan Di Lihat
Dengan Mikroskop Pada V7
5. V8 ~ V9
Empat minggu selepas percambahan benih, V8 bermula. Kekurangan makronutrien
( NPK ) dan mikronutrien ( Mg,Ca dsb ) akan mula nampak pada daun. Penggunaan
baja cecair boleh menyelesaikan masalah ini dengan cepat. Kekurangan nutrien akan
melambatkan / memberhentikan pertumbuhan daun seterusnya. Tahap akar takuk ke 4
akan mula memanjang. Beberapa tongkol buah akan mula keluar. Tongkol yang
berpotensi menjadi buah akan mula membentuk di semua pelepah daun kecuali enam
hingga lapan pelepah teratas. Kejadian air bertakung atau banjir boleh membantutkan
pertumbuhan pokok.
6. V10 ~ V11 Lima minggu selepas percambahan benih, V10 bermula. Pertumbuhan pokok akan
menjadi lebih stabil. Pengambilan dan penyimpanan nutrien akan bertambah secara
drastik. Pertambahan daun juga menjadi cepat. Daun baru akan tumbuh setiap 2 ~ 3
hari. Kadar pengambilan baja dan air oleh pokok juga akan menjadi lebih tinggi untuk
memenuhi kadar tumbesaran yang cepat. Kekurang baja dan air pada masa ini
memberi kesan yang besar pada pembentukan buah.
Pembajaan P dan K berhampiran hujung akar akan dilakukan. Kekeringan tanah boleh
menyebabkan baja yang boleh diserap oleh akar berkurangan.
7. V12 ~ V13
Enam minggu selepas percambahan benih, V12
bermula. Kekurangan air dan baja pada masa ini
memberi kesan besar keatas bilangan biji jagung
dan saiz tongkol jagung. Kesan ini berlaku pada
V10 hingga V17. Jangkamasa antara V10 hingga
V17 menentukan saiz buah dan bilangan biji. Semakin
panjang masa ini, bilangan biji akan bertambah
dan buah boleh menjadi lebih besar.
Sistem akar terus berkembang pada takuk ke 5 dan
takuk atas tanah.
8. V14 ~ V15
Tujuh minggu selepas percambahan benih, V14 bermula. Ini
adalah tahap paling kritikal dimana pembentukan bilangan
biji dan bilangan sutera bunga betina akan berlaku.
Bunga jantan terbentuk dengan sempurna dan belum pecah.
Bunga betina mula terbentuk di setiap bahagian atas
tongkol jagung.
9. V16 ~ V17
Lapan minggu selepas percambahan benih, V16 bermula.
Ini hanya akan berlaku pada varieti pokok berumur panjang
untuk berbuah seperti 75 hari atau 90 hari.
Kekurangan air pada tempoh 2 minggu sebelum dan
selepas bunga betina terbentuk boleh mengurangkan
pengeluaran buah jagung dengan banyak. Pengairan pokok
yang mencukupi pada setiap masa memberi kesan yang
besar pada pertumbuhan pokok dan kutipan hasil yang
tinggi.
10. V18 dan seterusnya
Kebanyakan jagung manis akan memberhentikan pertumbuhan
setakat ini.
11. VT (tasseling / bunga jantan )
Tahap VT berlaku 2 ~ 3 hari sebelum bunga betina pecah.
Bila bunga betina muncul semuanya, bunga jantan akan
pecah dan pendebungaan akan bermula. Pendebungaan
akan berlaku pada lewat pagi atau awal petang iaitu waktu
tengahari.
Fakta
1. Dari segi teori / mikroskopik nya, setiap pelepah daun jagung akan
mengeluarkan satu tongkol jagung.
2. Bilangan helaian sutera bunga betina sama dengan bilangan biji
jagung pada tongkol jagung.
3. Pendebungan berlaku dalam masa 48 jam sahaja.
4. Penerangan di atas adalah secara am, ada benih jagung yang lebih cepat tumbuh.
Tahap Pengeluaran Dan Pembinaan Biji Jagung
1.R1 Pembentukan Bunga Betina ( Silking )
Secara amnya, tahap ini ialah
pada hari ke 55 ~ 66 selepas
percambahan. Tahap ini bermula
selepas helaian sutera kelihatan
dan pendebungaan bermula.
Bunga jantan akan jatuh keatas
helaian sutera dan terus ke
ovule dalam masa 24 jam. Helaian
sutera akan memanjang
sebanyak 3 cm sehari.
Pada masa ini, pengambilan K oleh pokok akan berakhir dan pengambilan N dan P
akan bermula dengan drastik. Pembajaan awal dan berterusan adalah amat penting.
2. R2 Blister
12 hari selepas R1, tahap R2
bermula. Biji masih berwarna
putih. Tongkol akan mencapai
saiz penuh. Helaian sutera akan
menjadi gelap dan kering. Gula
akan mula terkumpul pada biji.
3.R3 Milk
20 hari selepas R1, tahap R3
bermula. Biji mula menjadi
warna kuning dan kandungan
cecair susu putih dalam biji bertambah.
4.R4 Dough
26 hari selepas R1, R4 bermula.
Biji mula mencapai tahap matang.
Pengumpulan gula dan kanji masih
terus berlaku. Kekuranga air pada
masa ini masih mempunyai kesan
mengurangkan biji boleh makan
yang terbentuk.
5.R5 Dent
36 hari selepas R1, R5 bermlua.
Biji jagung mula mengering. Sesuai untuk
dituai dlm masa 3 hari.
6.R6 Physiological Maturity
55 hari selepas R1, R6 bermula.
Biji akan mencapai tahap matang
dan mencapai tahap berat kering
maksima. Lapisan hitam akan mula
kelihatan pada biji. Tuaian untuk
makan haiwan atau jagung kering
boleh dimulakan.
3. Serangga Dan Penyakit Pokok Jagung
1.Serangga
A.Pengorek Batang
Serangga pengorek batang dan buah merupakan masalah
utama pada ladang jagung. Ulat ini bertelur di bawah
daun. Larva akan menebuk kedalam pucuk bagi anak
pokok dan menebuk batang bagi pokok membesar. Gam-
bar di bawah menunjukkan ibu dan gambar kanan menunjukkan
larva. Serangga ini datang ke ladang diwaktu sebelum
matahari terbenam. Boleh dikawal dengan semburan
racun permetrhin, carbaryl, dipterex, phenthoate atau
deltamethrin. Kawalan awal (semburan hari ke 14) akan dilakukan
. Contoh jenama MATCH.
B.Pengorek Buah
Ulat ini memakan rerambut tongkol dan biji jagung. Gambar di bawah menunjukkan
ibu dan larva. Boleh dikawal dengan racun phenthoate, deltametrhin dan permethrin
atau bacteria Bacillus. Contoh jenama MATCH dan DIPEL. Kawalan awal adalah
disyorkan.
2. Penyakit
A.Hawar Daun
Tandanya ialah bintik perang
muda pada permukaan
daun. Boleh dikawal dengan
racun chlorothalonil
dan mancozeb.
Contoh jenama VITA Kulat
Tandanya ialah bentuk buah yang tidak normal berwarna ungu keputihan atau masih
berwarna kuning. Musnahkan pokok yang terkena penyakit ini. Kawalan awal ialah
dengan racun kulat.
B.Smut
Banyak lagi jenis serangga dan penyakit yang menyerang pokok jagung. Dengan
pengurusan ladang yang bagus dan mengikut jadual ia boleh dielakkan. Kawalan
pencegahan sebelum terjadi serangan serangga dan penyakit akan di beri perhatian.
4. Sistem Pengairan Dan Kaedah Penanaman
1.Sistem Pengairan
Pokok jagung memerlukan air yang mencukupi untuk mendapatkan hasil tuaian yang
tinggi. Dalam keadaan cuaca panas pokok jagung memerlukan kadar air minima 2 ~ 4
liter sehari. Sistem pengairan yang disyorkan ialah sistem pengairan titis ( drip
irrigation system ). Kebaikan sistem pengairan ini antaranya ialah :
• Dapat membekalkan air terus kepada akar pokok.
• Penggunaan sumber air yang efisien dan jimat .
• Boleh disalur bersama baja cecair atau baja serbuk boleh larut.
• Dapat mengawal pertumbuhan rumput kerana bekalan air akan ada pada kawasan
tertentu sahaja.
• Hanya memerlukan pam air berkuasa kecil. Contoh : kawasan seluas 2.5 ekar ( 1
hektar ), pam air 2 inci dan enjin 5.5 Kuasa Kuda. Menjimatkan kos peralatan dan
bahanapi.
Sistem Pengairan Titis
Sistem Pengairan Titis
Bahagian Akar Sahaja
Yang Mendapat Air
Contoh Ladang Jagung
Dengan Pengairan Titis