inkuiri berstruktur
DESCRIPTION
soalan kimia spmTRANSCRIPT
INKUIRI BERSTRUKTURLAPORAN EKSPERIMEN
Tujuan
:Untuk mengkaji kesan suhu bahan tindakbalas terhadap kadar
tindakbalas
Pernyataan masalah:Bagaimana suhu mempengaruhi kadar tindakbalas Hipotesis:Semakin tinggi suhu bahan tindakbalas, semakin tinggi kadar tindakbalasPembolehubah manipulasi:Suhu larutan Natrium tiosulfat
Pembolehubah bergerakbalas:Kadar tindakbalas
Pembolehubah dimalarkan:Kepekatan dan isipadu larutan natrium tiosulfat,
Prosedur eksperimen:
1. 50 cm3 larutan R1 disukat dengan menggunakan silinder penyukat dan dituangkan ke dalam kelalang kon
2. Suhu larutan R1 disukat dengan menggunakan termometer
3. Kelalang kon diletakkan di atas sekeping kertas bertanda X
4. 5 cm3 larutan R2 disukat menggunakan silinder penyukat dan dituangkan ke dalam kelalang kon yang mengandungi 50 cm3 larutan R1
5. Jam randik dimulakan
6. Campuran di dalam kelalang kon digoncang dan diletakkan di atas kertas bertanda X
7. Tanda X diperhatikan secara tegak daripada atas
8. Masa tindakbalas direkodkan apabila tanda X hilang daripada penglihatan dalam unit saat
9. 50 cm3 larutan R1 disukat menggunakan silinder penyukat dan dituangkan ke dalam kelalang kon10. Kandungan kelalang kon dipanaskan dengan perlahan-lahan sehingga suhu larutan mencapai 35 0C
11. Kelalang kon diletakkan di atas sekeping kertas bertanda X
12. 5 cm3 larutan R2 disukat menggunakan silinder penyukat dan dituangkan ke dalam kelalang kon yang mengandungi 50 cm3 larutan R1. Pada masa yang sama, jam randik dimulakan.
13. Masa tindakbalas direkodkan apabila tandaX hilang daripada penglihatan dalam unit saat.
14. Langkah 9 hingga 14 diulang dengan menggunakan 50 cm3 larutan R1 pada suhu 40 0C, 45 0C dan 50 0C
15. Keputusan eksperimen direkodkan
Penjadualan data:Suhu larutan natrium tiosulfatMasa yang diambil untuk tanda X hilang dari penglihatan (s)1/masa (s-1)
Suhu bilik48.00.021
35 0C39.00.026
40 0C36.00.028
45 0C32.00.031
50 0C29.00.034
Analisis data :1. Daripada data di atas, dapat disimpulkan bahawa semakin tinggi suhu larutan natrium tiosulfat yang digunakan, semakin berkurang masa yang diambil untuk tanda X hilang dari penglihatan
Kesimpulan eksperimen:
Semakin tinggi suhu larutan, semakin tinggi kadar tindakbalas yang berlaku
SOALAN 1 (BAHAGIAN C)
1.Apabila dua jalur pita magnesium dicelup ke dalam dua tabung uji yang mengandungi suhu asid sulfurik, R2 yang berlainan, kedua-duanya menunjukkan kadar tindak balas yang berbeza-
a) Cadangkan pemerhatian yang dijangkakan dalam tindakbalas di atas
Suhu asid sulfuric (0 C)Pemerhatian
Suhu tinggiTerdapat banyak gelembung udara
Suhu rendahHanya sedikit gelembung udara dapat diperhatikan
b) Nyatakan hubungan antara suhu asid sulfurik cair dan kadar tindakbalas
Semakin tinggi suhu asid sulfurik cair, semakin tinggi kadar tindakbalas
c) Apakah cara yang terbaik untuk menghitung kadar tindakbalas bagi tindakbalas di atas
-kumpul/kutip gas hidrogen yang terbebas
Kadar tindakbalas = isipadu gas hidrogen, (cm3)/masa (s)
d) Selain daripada suhu, cadangkan dua kaedah untuk mengubah kadar tindakbalas
1.menggunakan kepekatan asid sulfurik yang lebihtinggi2.menggunakan saiz bahan tindak balas yang lebih kecil.