instructional tech part b

Download Instructional Tech Part b

If you can't read please download the document

Upload: siti-umminor

Post on 06-Nov-2015

26 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

contoh assignment

TRANSCRIPT

B5 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

TUGASAN B : RINGKASAN MENGAJAR MENGIKUT

MODEL REKABENTUK PENGAJARAN GAGNE

Ringkasan mengajar 10 Mac 2015 bagi subjek Prinsip Perakaunan telah dirangka menggunakan Model Rekabentuk Pengajaran Gagne. Menurut Gagne, isi pelajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar perlu melalui aras pemindahan dan penukaran maklumat yang lalu dalam ingatan seseorang individu (pelajar) mengikut turutan tertentu. Sehubungan dengan itu terdapat tiga aspek utama yang ditekankan dalam merekabentuk pengajaran iaitu objektif pengajaran mengikut taksonomi, faktor dalaman dan luaran serta Sembilan peringkat pembelajaran.

Bagi pengajaran ini, guru (saya) menjangkakan bahawa pelajar dapat mengingat kembali ciri dan prosedur belanjawan tunai. Ini merupakan kebolehan Verbal yang merupakan salah satu dari lima kebolehan pelajar yang terdapat dalam taksonomi objektif pembelajaran Gagne. Di samping itu, guru (saya) menjangkakan pengajaran ini dapat meningkatkan kebolehan kognitif pelajar. Kemahiran motor pelajar juga diselitkan dalam aktiviti kali ini. Para pelajar digalakkan menyelesaikan tugasan kumpulan, individu dan pembinaan peta pemikiran i-THINK dengan menggunakan teknik pembelajaran kendiri dan kolaboratif sesama rakan di dalam bilik darjah. Unsur membudayakan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) turut diterapkan dalam pembelajaran kali ini.B6 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

Di dalam aktiviti pengajaran, Gagne menyatakan terdapat beberapa faktor dalaman yang dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran yang meransang pelajar dalam sesuatu proses pengajaran itu iaitu emosi, persekitaran, psikologi, fisiologi dan sosiologi. Bagi pengajaran ini, guru (saya) mendapati pengetahuan pelajar tentang pendapatan dan perbelanjaan boleh diharapkan. Memandangkan pembelajaran berlangsung selepas waktu rehat, amat bersesuaianlah pengajaran Belanjawan Tunai ini diadakan. Di samping itu, pengajaran ini turut diselitkan pengulangan pengetahuan terdahulu (recall) dan pengukuhan (reinforcement) dengan mengunakan kaedah pembelajaran TUTORIAL.

Kaedah pembelajaran tutorial dipilih kerana kaedah ini dapat melibatkan kesemua peringkat pembelajaran yang harus dilalui oleh pelajar seperti yang diubahsuai oleh Gagne1. Oleh demikian, guru (saya) telah merangka rekabentuk pengajaran bertajuk Belanjawan Tunai ini menggunakan Sembilan peringkat yang dicadangkan oleh Gagne itu.

Berikut adalah Sembilan peringkat pembelajaran berdasarkan model Gagne yang direkabentuk oleh guru (saya) bagi tajuk Belanjawan Tunai.

Di peringkat induksi pengajaran, guru telah menarik perhatian (gain attention) 20 orang

pelajar 4 Akaun 1 dengan persembahan video. Video Bahana Boros telah guru dari laman www.youtube.com sebelum pengajaran. Video yang berdurasi 1.34 minit ini

1 Sumber : Ubahsuai dari Instructional design : Principles and applications (h.221-226) oleh R.M. Gagne, W.Wager & A. RojasB7 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

dapat membantu pelajar mendapat pengetahuan tambahan tentang tajuk pengajaran hari ini. Bagi meningkatkan perhatian semua pelajar, guru telah mengemukakan dua soalan umum berkaitan perbelanjaan pelajar dan satu soalan berbentuk Kemahitran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Induksi ini dilihat sebagai aktiviti yang berkesan kerana tajuk Belanjawan Tunai sangat berkait rapat dalam kehidupan para pelajar di samping objektif pengajaran yang mudah diukur dan bertepatan dengan tajuk pengajaran guru (saya) hari ini. Pada peringkat ini, kemahiran verbal pelajar diuji dan diransangkan.

Seterusnya adalah pernyataan objektif pembelajaran dan pengulangan pengetahuan terdahulu. Penyataan objektif penting dalam menyediakan pelajar supaya dapat membuat jangkaan tentang hasil pembelajaran yang bakal mereka perolehi. Peringkat ini penting dalam usaha menggabungjalinkan pengetahuan sedia ada pelajar dengan pembelajaran hari ini. Di peringkat ini, guru menggunakan persembahan slide. Guru (saya) dapat melihat tahap persediaan pelajar di mana aktiviti melibatkan semua pelajar. Ini penting kerana pembelajaran semasa perlu dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan diulang-ulang bagi meningkatkan ingatan pelajar.

Langkah yang seterusnya adalah menyampaikan ransangan (present stimulus). Pada peringkat ini, pelajar dapat mengenalpasti perkaitan maklumat dan memilih salah satu daripadanya mengikut persepsi mereka. Guru (saya) menunjukkan gambar dan simbol menggunakan persembagan slide. Pada peringkat ini, sumbangsaran dan perbincangan umum antara guru dan pelajar dapat membantu pelajar lebih mengingati pembelajaran. Ini adalah bagiB8 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

menggalakkan penglibatan pelajar semasa pembelajaran. Pembelajaran satu hala hanya akan membosankan pelajar kelak.

Seterusnya adalah pembelajaran berpandu. Guru (saya) menyediakan panduan pelajaran. Pelajar diberi bimbingan untuk menyatakan ciri-ciri belanjawan tunai dan membina rangka belanjawan tunai. Pengetahuan dari ransangan yang diberi oleh guru (saya) dengan aktiviti ini akan membantu pelajar berfikir lebih aktif dan membudayakan pembelajaran secara aras tinggi (KBAT). Ini dapat dilihat apabila pelajar bebas mencari maklumat dan pengetahuan menggunakan chromebook dengan capaian internet. Pembelajaran ini lebih bersifat globalisasi. Mereka juga bebas menggabungjalinkan idea-idea dan maklumat yang diperolehi untuk dipersembahkan di dalam peta pemikiran i-THINK. Pada peringkat ini, pelajar akan berkolaborasi bersama rakan-rakan demi mendapatkan pengetahuan yang lebih bermakna. Guru (saya) sentiasa memantau dan berusaha melakukan aktiviti secara berperingkat. Ini penting bagi memastikan pengetahuan sedia ada terjalin dengan pengetahuan baharu dan mewujudkan pengetahuan yang bermakna buat pelajar.

Setelah ransangan dan pembelajaran berjaya dikuasai oleh pelajar, guru (saya) menyambung pembelajaran dengan melakukanBerdasarkan per pengetahuan baharu pelajar ini, pelajar diminta menyiapkan satu belanjawan mengikut prosedur.

Pelajar diberi pengukuhan dari zantasir.tripod.com/Index.htm. Pada peringkat ini, para pelajar akan menunjukkan prestasi menerusi proses pengeluaran semula maklumat dari ingatan. Kemahiran motor pelajar dapat dilihat semasa pelajar berkolaboratif bersama rakan. HasilB9 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

kumpulan hendaklah dihantar melalui FrogAsia VLE. Ini merupakan satu platform guru dan pelajar seluruh negara berkolaborasi dalam sesuatu subjek atau topik.

Peringkat seterusnya adalah pemberian maklum balas (provide feedback). Pada peringkat ini, guru memberi maklum balas untuk mengukuhkan kefahaman dan memperbetulkan kesilapan pelajar jika ada. Guru menggunakan LCD untuk memaparkan jawapan yang dihantar oleh pelajar di FrogVLE mengikut kumpulan. Di akhir peringkat ini, para pelajar akan memperolehi satu pengetahuan yang tepat dan kukuh.

Untuk mengekalkan pengetahuan dan perhatian pelajar, peringkat penilaian prestasi sangat penting. Ini bagi memastikan emosi dan mental pelajar untuk terus meningkatkan pengetahuan tentang tajuk hari ini. Setiap tugasan kumpulan dinilai dan diberikan ganjaran kepada yang mencatatkan prestasi terbaik. Selebihnya diberikan pembetulan bagi membetulkan kesilapan jika ada. Aktiviti 10 minit ini perlulah dilakukan dalam suasana ceria dan bersemangat. Selain itu aktiviti pengayaan dan pemulihan boleh diselitkan juga. Ini bagi meningkatkan minat pelajar untuk terus meningkatkan pencapaian mereka dari semasa ke semasa dalam subjek Prinsip Perakaunan ini.

Sebelum tamat pembelajaran hari ini, pelajar akan diminta membuat hipotesis dan guru memberi pengukuhan tambahan di cgnarzuki.com/?page_id=1970. Ini penting bagiB10 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

mengukuhkan ingatan dan pemindahan maklumat baharu ke situasi yang baharu dipelajari hari ini.

Dengan rancangan pengajaran ini, pelajar akan dapat memainkan peranan aktif dalam menentukan haluan (self directed) dan kemajuan (self pace) pembelajaran masing-masing ke arah menguasai pengetahuan dan kemahiran yang ditetapkan pelajar dalam tajuk Belanjawan Tunai ini. Pentaksiran berasaskan sekolah akan digunakan oleh pelajar untuk membolehkan mereka mengukur tahap penguasaan pengetahuan/kemahiran/sikap mereka berbanding kriteria yang ditetapkan. Pentaksiran berasaskan sekolah dilaksanakan dengan tujuan untuk membolehkan pelajar memperbaiki pencapaian diri.

Pelaksanaan pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran menuntut guru untuk mengubah peranan mereka; daripada "tuan" kepada "pembantu", daripada "pengarah" kepada "penyelia/pengurus" dan daripada "diktator" kepada "fasilitator". Pelajar menentukan dan merancang pembelajaran sementara guru pula akan bertindak memastikan pelajar berjaya melaksanakan rancangan pembelajaran Belanjawan Tunai dan mencapai kriteria yang telah ditetapkan.B11 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

ALAT TEKNOLOGI (TECHNOLOGY TOOLS) YANG DIGUNAPAKAI

Guru telah menggunakan kaedah Pengajaran Berbantukan Komputer (Computer Assisted Instruction, CAI) dalam bilik darjah. Antara aspek-aspek mustahak dalam CAI ialah pembangunan bahan kursus, mengintegrasi bahan CAI dengan aktiviti bilik darjah hari inidan mengedar bahan kursus CAI dan untuk menentukan keberkesanan CAI dalam bilik darjah.

Bagi setiap topik/tajuk dalam CAI telah direka beberapa unit seperti verbal, latih tubi, tutorial, simulasi dan pertanyaan yang bersesuaian dengan tahap pelajar hari ini. Sebagai tenaga pengajar yang akan menggunakan komputer sebagai medium pengajaran dengan berkesan, guru (saya) telah merangka rancangan mengajar mengikut kesesuaian masa yang bakal digunakan oleh pelajar.

Pembelajaran kali ini adalah berbentuk tutorial. Tutorial dipilih sebagai kaedah pembelajaran kerana ianya dapat menunjukkan kesemua peringkat Model Pembelajaran Gagne. Untuk itu, guru (saya) memilih jenis alat teknologi bagi tutorial (pembelajaran) seperti berikut :

Persembahan Video

Persembahan Slide Power Point

iii)Laman Web (web-based tutorial)1 rujukan guru, 1 rujukan pelajariv)Laman Blog3 rujukan pelajar

Permainan Interaktif B12 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

Guru (saya) menggunakan satu video, dua laman web, dua laman blog dan satu persembahan slide Power Point dalam pembelajaran tutorial ini. Laman web yang dipilih adalah www.youtube.com, cgnarzuki.com dan www.cikgusila.com. Bagi pembelajaran kendiri, pelajar bebas mencari maklumat pembelajaran. Walau bagaimana pun, antara blog yang boleh dicapai oleh pelajar adalah seperti https://mhdzalan.files.wordpress.com/2014/10/belanjawan-tunai-bptv- blog.pdf dan zantasir.tripod.com/Index.htm. Permainan interaktif terdapat di dalam web cgnarzuki.com. Para pelajar boleh menjawabnya dan mencetak untuk dihantar kepada guru.

RASIONAL PEMILIHAN ALAT TEKNOLOGI (TECHNOLOGY TOOLS)

Laman Sesawang (website)Rasional / Keterangan Web

Rujukan Guru (saya)

1. cgnarzuki.comGuru (saya) memilih lamansesawangini dapat

merekabentuk pengajaran Belanjawan Tunai pada

kali ini kerana ia merupakan satu laman yang

bermaklumat dan terkini.Pelbagaihalaman

(pages) dilengkapkan di dalam laman ini antaranya

adalah set modul pengajaran, koleksi bahan

pengajaran, motivasi dan kerjaya untuk pelajar,

forum guru dan kongsi bahan. Forum guru dan

kongsi bahan sangat membantu saya sebagai guru

Prinsip Perakaunan kerana semua data guru

Prinsip Perakaunan seluruhMalaysia dipaparkan

B13 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

di laman web ini. Kami semua guru-guru saling berhubung dan bertukar pandangan dalam meningkatkan professionalisme masing-masing.

Laman ini telah memenangi naib johan Pertandingan Educational Blogging Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2011 dan 2012. Sungguh pun demikian, maklumat di dalam laman ini sangat terkini. Ianya sangat membantu guru (saya) merangka pembelajaran dan memberikan maklumat terkini berkaitan pelajar Prinsip Perakaunan seperti Pengumuman Keputusan SPM 2015, Buletin Perakaunan CNO, Koleksi Kuiz, Soalan SPM dan RPT Prinsip Perakaunan 2015.

Rujukan Untuk Pelajar

1. www.cikgusila.comLamansesawang inidapatmembantupelajar

memperolehi maklumat tentang tajuk hari ini.

Penerangannya ringkas dan tepat. Di samping itu,

latar belakang laman yang tenang dan lembut

dapat menarik perhatian pelajar untuk membaca

habis subtajuk ini. Ini dapat membantu pelajar

mencarimaklumatlebihbanyakdanB14 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

mempersembahkannya dalam peta pemikiran yang sesuai (i-THINK).

Selain itu, guru (saya) juga menggunakan e-Book yang dikeluarkan oleh www.cikgusila.com sebagai panduan tambahan merekabentuk pembelajaran Prinsip Perakaunan ini.

BlogRasional / Keterangan Blog

https://mhdzalan.files.wordpress.co Laman sesawang ini dipilih kerana ianya m/2014/10/belanjawan-tunai-bptv- mempunyai latihan kendiri yang berkemahiran

blog.pdfaras tinggi(KBAT). Selain soalanKBATnya,

penulis turut menyediakan panduan membina

belanjawan tunai. Oleh demikian, sangat sesuailah

pemilihan guru (saya) terhadap laman ini untuk

kegunaan para pelajar hari ini.

2. www.youtube.comLaman web ini digunakan olehguru sebagai

induksiBahanaBoro

Namun begitu, laman ini lebih bermakna kepada

pelajar sebagai sumber maklumat pelajar tentang

prosedurmengirabelanjawanmenggunakan

aplikasi Spreadsheet. Ini kerana pelajar hanya

dibekalkanchromebook. DenganmenggunakanB15 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

chromebook, pelajar boleh Spreadsheet di mana alat ini tidak mempunyai Microsoft Excell.

3. zantasir.tripod.com/Index.htmLaman ini dipilih oleh guru (saya) kerana soalan-

soalannya terdiri daripada pelbagai aras. Setiap

kumpulan diberikan satu tugasan dan

menyelesaikannya berdasarkan pengetahuan yang

mereka perolehi dari

Aplikasi - Spreadsheetwww.youtube.comB16 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

RUJUKAN

Gagne R.M. & Briggs L. J. 1979. Principles of instructional design. Holt Rinehart and

Winston.

Gagne, R.1985. The condition of learning and theory of instruction. Ed. ke-4. NewYork:

Holt.B17 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

Rujukan Guru ke-1 cgnarzuki.comB18 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

Rujukan Guru ke-2 e-Book www.cikgusila.com

1. Pembelajaran Kendiri (Rujukan Pelajar) www.cikgusila.comB19 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

Pembelajaran Kendiri (Rujukan Pelajar) https://mhdzalan.files.wordpress.com/2014/10/belanjawan-tunai-bptv-blog.pdf B20 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

3. Latihan Berkumpulan (Rujukan Pelajar) zantasir.tripod.com/Index.htm

4. Permainan Interaktif (Rujukan Pelajar) cgnarzuki.com