isu dan cabaran pendidikan semasa

72
Pendahuluan Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa Pendidikan adalah merupakan kepentingan kepada negara dan mempunyai peranan yang sangat penting untuk memupuk integrasi antara kaum dan dalam usaha pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha untuk membangunkan generasi alaf baru selaras dengan hasrat yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan negara memerlukan pelbagai usaha yang strategik agar boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21. Perubahan-perubahan yang hebat dan pantas dalam aspek ekonomi, budaya dan politik itu sendiri adalah cabaran besar yang akan dihadapai oleh rakyat Malaysia. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa sejak dari dahulu lagi cabaran-cabaran itu sudah wujud dan dibincangkan tetapi perkembangan semasa dijangka lebih hebat dan kritikal dengan sumbangan teknologi yang baru. Masalah yang timbul dari cabaran tersebut adalah seperti melibatkan usaha untuk pembangunan rohani, akhlak, sosial, politik, sains dan teknologi. Sistem pendidikan negara juga tidak terlepas daripada cabaran semasa yang memerlukan tindakan secara holistic agar masyarakat memperoleh mutu pendidikan yang setara dangan masyarakat di negara luar. Para pendidikan perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan yang penuh saingan, pendidikan adalah 1

Upload: khai-nuar

Post on 14-Nov-2015

196 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

cabaran

TRANSCRIPT

Pendahuluan

Isu Dan Cabaran Pendidikan SemasaPendidikan adalah merupakan kepentingan kepada negara dan mempunyai peranan yang sangat penting untuk memupuk integrasi antara kaum dan dalam usaha pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha untuk membangunkan generasi alaf baru selaras dengan hasrat yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan negara memerlukan pelbagai usaha yang strategik agar boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21.Perubahan-perubahan yang hebat dan pantas dalam aspek ekonomi, budaya dan politik itu sendiri adalah cabaran besar yang akan dihadapai oleh rakyat Malaysia. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa sejak dari dahulu lagi cabaran-cabaran itu sudah wujud dan dibincangkan tetapi perkembangan semasa dijangka lebih hebat dan kritikal dengan sumbangan teknologi yang baru. Masalah yang timbul dari cabaran tersebut adalah seperti melibatkan usaha untuk pembangunan rohani, akhlak, sosial, politik, sains dan teknologi. Sistem pendidikan negara juga tidak terlepas daripada cabaran semasa yang memerlukan tindakan secara holistic agar masyarakat memperoleh mutu pendidikan yang setara dangan masyarakat di negara luar. Para pendidikan perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan yang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristic, maka kta hendaklah mampu menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi sebarang kemungkinan supaya berupaya menjadi masyarakat industeri, mampu bersaing dalam system ekonomi yang global, bijak menggunakan kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, boleh menggunakan computer sebagai keperluan urusan harian limpahan maklumat segajat. Kita perlu melahirkan benerasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang global dan teklonogi yang terkini, serta berupaya menangani gelombang perkembangan dan perubahan masa kini.Perkembangan semasa dari aspek globalisasi pendidikan, kepelbagaian budaya masyarakat, gejala sosial yang kian membara dan kemajuan teknologi seharusnya berjaya ditangani dan menjadi indicator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patriotik dan memelihara perpaduan serta integriti dalam rakyat sebagai bangsa Malaysia dan manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, iaitu pada abad ke-21.

1. Integrasi Nasional

1.1 Definisi Apakah maksud integrasi nasional? Menurut Vyas (1993), integrasi nasional bermaksud Satu proses atau pun matlamat di mana semua penduduk dalam sesuatu wilayah tertentu hidup bersama selama-lamanya dan saling menghormati tanpa mengira agama, perbezaan etnik dan bahasa serta sudi berkongsi pengalaman, latar belakang, sejarah dan nilai.

1.2 Isu-Isu Semasa dalam Integrasi Nasional Malaysia terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik termasuk Melayu, Bumiputera, Cina dan India. Komposisi populasi sebegini telah menyumbang kepada perbezaan dari segi bahasa, seni, kebudayaan, dan kepercayaan dan agama yang mana merupakan cabaran yang besar bagi kerajaan untuk menyatupadukan semua kumpulan etnik tersebut. kejadian tragedi 13 May 1969 jelas menunjukkan wujudnya prasangka dan konflik tentang integrasi nasional di negara kita. Perkara tersebut telah menyedarkan kerajaan tentang kepentingan untuk mewujudkan integrasi nasional di negara kita. Demi mengurangkan jurang sosio ekonomi antara kumpulan etnik yang berbeza dan mewujudkan hubungan yang harmoni dan bersatu di kalangan rakyat, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai polisi seperti Polisi Dasar Ekonomi Baru, Polisi Pendidikan Kebangsaan, dan Polisi Kebudayaan Kebangsaan. Pelaksanaan polisi-polisi tersebut dapat meningkatkan kefahaman Rukun Negara iaitu ideologi kebangsaan Malaysia. Rukun Negara tersebut telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara (Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, 2005).

1.3 Cabaran-Cabaran dalam Integrasi Nasional Dalam proses mengintegrasikan kumpulan etnik yang pelbagai di negara kita, kerajaan mengalami berbagai-bagai halangan seperti berikut:

1.3.1 Perbezaan dalam agama dan budaya.Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan. Setiap kaum pula mempunayai adat resam, bahasa kesenian, budaya dan system nilai yang berbeza. Masing-masing kurang mengenali dan memahami serta sering kali menganggap mereka sahaja yang terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangkayang menghalang pergaulan baik antara pelbagai kaum.

1.3.2 Dasar penjajah British.Penjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah yang menjarakkan kumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan keselamatan mereka sendiri. Penjajah sengaja menentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaum yang tertentu. Interaksi antara kaum menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangka negative yang kukuh antara rakyat tempatan yang berlainan etnik.

1.3.3 Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainanLaporan Razak yang diadakan pada tahun 1956 telah menyebut bahawa tidak wujud satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu. Pada masa itu, setiap etnik lebih gemar menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Kurikulum yang digunakan juga tidak sama. Ada pula yang berkiblatkan ke negara nenek moyang mereka, justeru tidak terdapat bahasa penghantar yang sama. Keadaan ini melebarluaskan lagi jurang pergualan, menghasilkan pandangan yang berlainan dan menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesame rakyat di samping mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa memperdulikan pembentukan warganegara yang beridentitikan satu negara. 1.3.4 Amalan ekonomi yang berlainanSetiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berlainan jenis dan rasa serta mengakibatkan perpaduan negara terancam.

1.3.5 Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnikKewujudan persatuan politik, sosial dan ekonomi berdasar bangsa, kaum dan etnik tertentu telah memperkuat identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum juga memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak keistimewaan sehingga memburukkan masalah perpaduan.Melalui pendidikan, pembinaan nagara bangsa bermatlamat untuk melahirkan murid yang memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu. Dalam PIPP, Teras Membina Negara Bangsa memberi fokus ke pada empat perkara utama iaitu: Memperkasa Bahasa Kebangsaan Memantapkan Perpaduan dan Integrasi Nasional Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa. Memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari.

1.4 Cara-Cara Menangani Isu-Isu Integrasi Nasional Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses menyatukan semua kumpulan etnik di negara kita. Pendidikan dapat membentuk modal insan yang berkembang secara holistik dari segi jasmani, emosi, intelek dan rohani yang mana merupakan matlamat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, banyak langkah telah diambil oleh Kementerian Pelajaran untuk melahirkan generasi masa hadapan yang bersemangat patriotik, bertoleransi, progresif dan bersatu untuk menjadikan Malaysia negara yang cemerlang. Langkah-langkah yang dimaksudkan adalah seperti berikut: Pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan kurikulum dan penilaian yang sama di semua sekolah. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan untuk memupuk semangat bersatu dalam kalangan kumpulan etnik yang berbeza. Mengasimilasikan nilai-nilai diri yang positif, nilai-nilai moral dan seni dalam semua mata pelajaran. Memperkenalkan mata pelajaran sivik dan kewarganegraan di sekolah rendah dan sekolah menengah pada tahun 2003. Memperkenalkan konsep Sekolah Wawasan.

1.4.1 Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) Tiga jenis sekolah, iaitu SK/SRK, SRJK(C) dan SRJK(T) yang terlibat dalam rancangan ini. Objektif pelan ini adalah: i. Meningkatkan penyertaan pelajar dan guru dari ketiga-tiga jenis sekolah berkenaan dalam aktiviti-aktiviti khas. ii. Menambahkan interaksi, persefahaman, kerjasama, muhibah dan toleransi pelajar daripada tiga jenis sekolah iii. Penggunaan kemudahan dan peralatan tiga jenis sekolah bersama-sama secara maksimum.

Integrasi nasional boleh dicapai berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti yang disediakan dalam modul yang merangkumi aspek-aspek yang disenaraikan di bawah: Modul Aktiviti untuk kecemerlangan akademik Modul Aktiviti untuk sukan dan permainan Modul Aktiviti untuk ko-kurikulum Modul Aktiviti untuk perkhidmatan sosial Modul Aktiviti untuk meningkatkan semangat patriotik

1.4.2 Konsep 1 Malaysia Konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Najib Tun Razak. Ini adalah salah satu langkah yang paling penting yang diambil oleh Perdana Menteri untuk memupuk perpaduan negara dan untuk membina hubungan yang rapat antara semua kumpulan etnik di Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah. Menurut Laman web peribadi Perdana Menteri, 1 Malaysia adalah formula yang dikonsepsikan sebagai satu pra-syarat bagi memastikan aspirasi negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 tercapai sekiranya konsep 1 Malaysia ini diterapkan dalam minda rakyat dan diamalkan oleh seluruh masyarakat. Jika idea "Bangsa Malaysia" yang ditimbulkan melalui Wawasan 2020 menjadi destinasi akhir, maka 1 Malaysia adalah hala tuju yang membimbing kita ke arah destinasi itu. Terdapat lapan nilai murni yang diketengahkan dalam konsep 1 Malaysia, iaitu budaya cemerlang, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. Nilai penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti adalah faktor yang paling penting dalam pembangunan integrasi nasional. Penerimaan bermakna rakyat negara ini mesti dapat menerima kekuatan kumpulan etnik yang lain dan mampu untuk bersetuju dengan semua perkara untuk kebaikan negara ini. Kesetiaan adalah penting kerana semua rakyat Malaysia perlu taat setia kepada raja dan negara selain daripada membina amanah untuk meningkatkan hubungan antara kumpulan etnik yang berbeza. Meritokrasi merupakan satu elemen penting bagi sebuah negara demokratik di mana semua orang di negara ini layak diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam mana-mana bidang. Pendidikan akan memastikan nilai-nilai murni terpupuk di kalangan generasi masa depan di samping menjadikan mereka modal insan kelas pertama di negara ini. Lapan nilai tersebut berfungsi sebagai tunggak dalam mengintegrasi dan menyatukan semua rakyat Malaysia untuk mencapai wawasan 2020.

1.5 Pendemokrasian Pendidikan Definisi Pendemokrasian pendidikan merujuk kepada kesamarataan peluang untuk semua orang yang mana melibatkan peruntukan kewangan dan bahan-bahan sumber yang besar, melibatkan pembangunan dasar yang direka untuk mengurangkan ketidaksamaan dari segi sosial dan ekonomi, di samping mengurangkan kos persekolahan seperti yuran dan kos bahan, melibatkan pembangunan kurikulum yang berkaitan dan kerja-kerja merangka prosedur pemilihan yang sesuai untuk peluang-peluang pendidikan di peringkat yang lebih tinggi (Kiyau, 1981). Menurut Dewey (1966) pendemokrasian pendidikan bermakna peluang yang disediakan untuk semua orang untuk berjaya dalam pendidikan dan menggunakan pendidikan sebagai alat utama untuk berjaya dalam hidup dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik.

1.5.1 Cabaran-Cabaran dalam Pendemokrasian Pendidikan Pelbagai cabaran telah dihadapi oleh kerajaan dalam melaksanakan pendemokrasian pendidikan. Kerajaan perlu memastikan bahawa pendidikan berkualiti diberikan kepada pelajar-pelajar tanpa mengira latar belakang etnik, status sosio-ekonomi, lokasi dan ekuiti. Pelajar-pelajar dari sekolah luar bandar harus mempunyai hak untuk menggunakan kemudahan dan infrastruktur yang sama seperti di sekolah-sekolah bandar. Pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah luar bandar juga

1.5.2 Isu-Isu Semasa dalam Pendemokrasian Pendidikan Banyak langkah dan dasar telah dibuat oleh Kementerian Pelajaran untuk memastikan bahawa semua orang di negara ini mempunyai peluang pendidikan yang berkualiti secara percuma. Pada masa yang sama, kerajaan juga perlu memastikan bahawa pelajar-pelajar yang kurang upaya juga diajar berdasarkan sistem dan kurikulum yang sama dengan pelajar-pelajar normal. Usaha kerajaan untuk mencapai matlamat pendemokrasian pendidikan yang dinyatakan di dalam dasar pendidikan adalah seperti: pendidikan wajib dan percuma untuk sekolah rendah dan sekolah menengah, pelaksanaan sekolah-sekolah vernakular (SJK Cina dan SJK Tamil), sekolah teknik, sekolah berasrama, sekolah agama dan sekolah pendidikan khas. Sekolah kurang murid (SKM) adalah untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar dari kawasan-kawasan terpencil. Dalam usaha untuk menyediakan peluang kepada orang ramai untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat pengajian tinggi, kerajaan telah mewujudkan pendidikan atas talian, kolej-kolej dan universiti swasta. Selain itu, pelbagai program seperti Skim Bantuan Pendidikan, Skim Pinjaman Buku Teks dan Pelan Makanan Tambahan telah dilaksanakan untuk membantu pelajar daripada golongan berpendapatan rendah supaya mereka terus kekal dalam sistem pendidikan dan sentiasa sihat. perlu diajar oleh guru-guru terlatih dan berkualiti bagi memudahkan mereka untuk mencapai akademik yang cemerlang

1.5.3 Peranan Guru dalam Pendemokrasian Pendidikan Guru memainkan peranan dalam merealisasikan matlamat pendemokrasian pendidikan dengan memastikan peluang yang sama diberikan kepada semua pelajar tanpa mengira etnik, jantina, status sosio-ekonomi, latar belakang budaya, agama, dan kecerdasan supaya mereka dapat memperkembangkan potensi mereka secara maksimum dan mencapai kecemerlangan dalam akademik. Pada masa yang sama, guru-guru perlu adil dan saksama dalam semua aspek apabila berinteraksi dengan pelajar-pelajar daripada pelbagai kumpulan etnik.

1.6 Tonggak Pendidikan UNESCO Pengenalan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) adalah salah satu agensi Bangsa-Bangsa Bersatu yang memainkan peranan untuk membawa keamanan, keselamatan dan keharmonian kepada dunia dengan menggalakkan kerjasama dalam bidang pendidikan, sains dan kebudayaan. Empat tonggak pendidikan seperti yang dinyatakan oleh UNESCO yang perlu dikuasai oleh pelajar-pelajar ialah (1) belajar untuk mengetahui, (2) belajar untuk melakukan, (3) belajar untuk menjadi apa dan (4) belajar untuk hidup bersama. 1.6.1 Belajar Untuk Mengetahui Belajar untuk mengetahui adalah salah satu alat yang penting dalam proses pembelajaran. Ia adalah satu alat kognitif di mana seseorang mesti memperoleh untuk memahami kerumitan persekitaran dan seterusnya memaksimumkan potensi kecemerlangan. Belajar untuk mengetahui juga sebagai keperluan asas yang dapat memudahkan pembelajaran pada masa depan. Seseorang juga mesti mengetahui orang di sekelilingnya melalui komunikasi dan interaksi yang mana akan membantu seseorang itu mencapai kejayaan dalam hidupnya. Belajar untuk mengetahui melibatkan proses pembelajaran untuk memperkembangan daya tumpuan, kemahiran mengingat dan keupayaan untuk berfikir. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu merancang satu proses pembelajaran yang menyeronokkan, memupuk minat dan rasa ingin tahu pelajar untuk mencetuskan keinginan mereka untuk mendapatkan pengetahuan baru yang lebih mendalam. Selain itu, guru juga perlu memperkenalkan kemahiran-kemahiran untuk membantu pelajar memperoleh pengetahuan yang baru.

1.6.2 Belajar Untuk Melakukan Belajar untuk melakukan bermaksud pendidikan mesti dapat melengkapkan seseorang dengan kemahiran yang penting yang mana akan membolehkan seseorang itu terus hidup dan mengambil bahagian dalam dunia global secara berkesan. Potensi seseorang akan digilap dalam proses pembelajaran sehingga seseorang dapat melakukannya perubahan kepada persekitarannya pada masa hadapan. Dalam erti kata lain, seseorang itu mampu untuk mencipta inovasi berdasarkan pengetahuan yang telah diperolehinya. Kompetensi personal dan profesional seperti kemahiran interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan dan kemahiran menyelesaikan masalah adalah faktor-faktor penting dalam menentukan belajar untuk melakukan berhasil. Peranan pendidikan dalam Belajar Untuk Melakukan adalah untuk meningkatkan inisiatif individu dalam penyertaan pembangunan masa depan mereka yang berasaskan pengetahuan teoritikal dan praktikal. Peranan sekolah dan guru-guru adalah untuk memastikan pelajar dapat menguasai dengan baik kompetensi personal dan melakukan yang terbaik.

1.6.3 Belajar Untuk Menjadi Apa Belajar Untuk Menjadi Apa menekankan bahawa pendidikan seharusnya mampu untuk membangunkan seseorang secara holistik dari segi fizikal, intelek, rohani, emosi dan estetik seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan mesti menyediakan peluang untuk seseorang membangunkan potensi sepenuhnya supaya dia boleh berfikir dan menilai secara kritis dan bebas, dapat membuat keputusan yang terbaik, mengambil tindakan yang paling sesuai dalam kehidupan mereka dan seterusnya bertanggungjawab ke atas tindakan yang telah diambil. Tugas penting pendidikan adalah untuk memastikan bahawa semua orang menikmati kebebasan untuk berfikir, membuat pertimbangan yang wajar, kebebasan merasa dan membuat imaginasi untuk membangunkan bakat mereka dan seterusnya menentukan cara hidup mereka. Cabaran yang dihadapi oleh guru adalah untuk memastikan bahawa semua pelajar sentiasa dilengkapi dengan sumber-sumber personal dan alat intelektual yang diperlukan untuk memahami dunia dan bertindak sebagai seorang manusia yang bertanggungjawab dan adil. Keadaan begini boleh ditingkatkan melalui kerja berkumpulan, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran berasaskan projek.

1.6.4 Belajar Untuk Hidup Bersama Belajar untuk hidup bersama adalah satu lagi tonggak penting arena tiada siapa yang boleh hidup bersendirian di dunia ini. Pendidikan perlu menyedarkan individu tentang kepentingan kedamaian di dunia. Individu mesti diberi pendedahan tentang nilai-nilai hak asasi manusia, prinsip-prinsip demokrasi, memahami dan menghormati kepelbagaian sosio budaya, toleransi dan memupuk keamanan dalam masyarakat dan menjalin hubungan sesama manusia tanpa mengira perbezaan latar belakang supaya semua manusia sentiasa hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Sekolah dan guru-guru perlu mengajar dan menggalakkan para pelajar untuk mengelakkan konflik dan menyelesaikan masalah dengan cara yang aman. Dua elemen yang perlu diajar kepada pelajar-pelajar di dalam proses Belajar Untuk Hidup adalah untuk memahami perbezaan individu dan bekerjasama dengan orang lain ke arah matlamat yang sama.

1.6.5 Cabaran kepada guru Dalam proses mencapai matlamat empat tonggak pendidikan seperti mana yang digariskan dalam UNESCO, sekolah dan guru-guru menghadapi cabaran yang besar kerana mereka perlu memastikan bahawa proses pendidikan dapat memberikan peluang kepada individu untuk meneroka, bergaul dan berinteraksi dengan orang-orang dari latar belakang yang berbeza sejak peringkat awal lagi. Individu mesti sedar, memahami dan menghormati perbezaan jantina, etnik, status sosio-ekonomi, intelektual, kepercayaan dan agama.

1.6.6 Cara guru menangani cabaran Guru-guru perlu menekankan kepentingan toleransi dan bekerjasama dengan orang lain demi mencapai keamanan dan keharmonian dalam kehidupan setiap hari. Di samping itu, pendidikan juga harus membangunkan individu secara holistik yang mempunyai kemahiran dan kecekapan yang membolehkan individu terus hidup di dunia global yang penuh dengan cabaran.1.7 Globalisasi dalam Pendidikan Definisi Globalisasi merujuk kepada proses yang membolehkan pasaran kewangan dan pelaburan untuk beroperasi di peringkat antarabangsa, sebahagian besarnya adalah hasil daripada pembatalan kawal selia dan peningkatan komunikasi secara berkesan (Collin kamus, 2013). Menurut Financial Time Lexicon (2013), globalisasi menerangkan proses di mana ekonomi serantau dan negara, masyarakat dan budaya telah menjadi bersepadu melalui rangkaian perdagangan global, komunikasi, imigresen dan pengangkutan. Globalisasi juga menyediakan platform untuk semua orang tanpa mengira bangsa, kaum, warna kulit, status dan latar belakang untukbersaing secara adil dalam mana-mana bidang. Globalisasi telah membawa kedua-dua kesan positif dan negatif dalam banyak aspek kehidupan kita terutamanya pendidikan. Ini kerana pendidikan adalah salah satu bidang yang banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan perlu menyesuaikan diri dengan perubahan pesat di seluruh dunia.

1.7.1 Isu-Isu Semasa dalam Globalisasi Pendidikan Impak globalisasi terhadap sektor pendidikan adalah seperti berikut: Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa. Pendidikan di negara ini terbuka kepada dunia luar di mana universiti-universiti asing dibenarkan untuk menubuhkan cawangan mereka di sini. Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan meningkat apabila banyak kolej swasta dan universiti telah ditubuhkan. Penekanan dalam penilaian dan penggunaan teknologi komunikasi maklumat (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Internet sebagai sumber maklumat dan komunikasi. Peranan guru-guru di dalam kelas lebih kepada pemudah cara. Guru perlu celik ICT dalam menjalankan kerja-kerja pentadbiran. Pelajar-pelajar kita mampu bersaing dalam pasaran buruh global. Persaingan yang adil di kalangan institusi pengajian tinggi. Pembelajaran sepanjang hayat boleh dicapai dengan peluang pembelajaran yang disediakan. Perkongsian pengetahuan terutamanya penemuan baru hasil kajian yang dilakukan di seluruh dunia. Membolehkan pencapaian matlamat pendemokrasian pendidikan apabila setiap orang diberi peluang pendidikan. 1.7.2 Cara-cara Menangani Globalisasi dalam Pendidikan Kesan globalisasi kepada pendidikan telah mencabar proses pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia kerana kita perlu menyesuaikan diri dan mengikuti trend di seluruh dunia supaya dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Cabaran-cabaran yang dihadapi adalah seperti berikut: Keperluan untuk mengamalkan pembelajaran berterusan Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi Pentadbiran pendidikan Pembangunan identiti pelajar Kualiti Guru Keperluan untuk mengubah kurikulum selaras dengan peluang globalisasi Guru-guru tidak bersedia dengan perubahan terutamanya dalam aspek penggunaan ICT dalam proses pengajaran Peningkatan dalam beban kerja Sikap guru dalam pengajaran di zaman global Perubahan yang pesat dalam pendidikan akibat globalisasi Pengaruh negatif kepada identiti pelajar Budaya sekolah tidak menyokong peluang pembelajaran cara global

1.7.3 Cara-Cara Menangani Globalisasi dalam Pendidikan Sekolah dan guru-guru bertanggungjawab dalam menghasilkan pelajar-pelajar yang mampu untuk bersaing dalam era globalisasi ini. Pelajar perlu mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dan pembelajaran yang berterusan bagi membolehkan mereka terus berada dalam perubahan yang pesat ini. Guru-guru perlu melengkapkan pelajar dengan keupayaan untuk berkomunikasi secara lisan dan dalam bentuk bertulis dengan menggunakan bahasa antarabangsa seperti Bahasa Inggeris supaya mereka dapat berinteraksi dan berkomunikasi di peringkat antarabangsa. Untuk melibatkan diri secara global, pelajar perlu menguasai kemahiran TMK kerana TMK adalah satu bidang yang pesat berubah. Sekolah dan guru-guru perlu memastikan bahawa kurikulum masa kini membolehkan pelajar menguasai kemahiran kognitif yang berguna dalam menyelesaikan tugas-tugas yang kompleks dan mencabar, di samping menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baru untuk inovasi. Selain itu, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menekankan aspek etika dan moral serta menyedari kesan negatif penggunakan ICT dalam zaman globalisasi ini.

1.8 Kepelbagaian Budaya Definisi Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, ataupun masyarakat majmuk, yang terdiri daripada bangsa utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Kepelbagaian Budaya pula merujuk kepada kepelbagaian adat dan budaya dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik dan kaum. Stavenhagen (1986) berpendapat kepelbagaian budaya merupakan rangkuman dari pelbagai aspek yang meliputi budaya, etnik, agama, amalan tradisi yang mengarah kepada kecenderungan dan memberi kefahaman di antara sesama kaum. Kepelbagaian Budaya menurut Kymlicka (1999) pula adalah merujuk kepada kepelbagaian yang wujud dalam sesebuah masyarakat yang memberi tumpuan kepada tiga perspektif seperti berikut: (1) Perspektif Universal (memahami fenomena perubahan setiap masyarakat secara universal), (2) Perspektif Etnik (mengkaji permasalahan dan konflik setiap etnik), dan (3) Perspektif Budaya (mengkaji cara bagaimana setiap etnik mengekspresikan budaya mereka).

1.8.1 Isu Pendidikan Semasa Fenomena kepelbagaian budaya dalam situasi di sekolah negara kita telah membawa pelbagai implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, khasnya kepada pelajar. Implikasi Kepelbagaian Budaya Kepada Pelajar : Positif Berpeluang mempelajari kepelbagaian budaya Membentuk interaksi sosial yang baik Memperkembangkan bakat

Negatif Mempunyai masalah dalam kerja kumpulan Masalah komunikasi dan bahasa Sukar mewujudkan persefahaman Wujud perasaan rendah diri dan tidak yakin pada diri sendiri

1.8.2 Cabaran Kepada Guru Dalam hal ini, guru mesti memiliki rasa kesungguhan dan penghayatan yang mendalam ketika melaksanakan upacara/program untuk menangani isu kepelbagaian budaya yang dianjurkan oleh pihak kementerian pelajaran/sekolah sehingga boleh menjadi role model kepada para murid di sekolah. Antara cabaran kepada guru dalam menangani isu kepelbagaian budaya di sekolah ialah meningkatkan kesedaran pelajar. Kesedaran yang hendak diterapkan dalam pemikiran pelajar berbilang kaum di Malaysia ialah bagaimana : i. menerima dan menghargai identiti setiap kaum. ii. menghormati perbezaan budaya yang wujud (nilai, adat resam dancara hidup). iii. menghargai keunikan budaya. iv. mempunyai kemahuan untuk berkongsi persamaan, sedia bekerjasama. v. bersekutu memajukan bangsa. 1.8.3 Cara Menangani Isu Kepelbagaian Budaya Jika membincangkan kepelbagaian budaya adalah sangat penting mengaitkannya dengan Integrasi nasional. Justeru pemahaman integrasi nasional merupakan inti pati kepada keperluan perpaduan negara. Integrasi Nasional dalam merujuk kepada Husein Ahmad (2000) dan Zakaria Abd Wahab (2000) yang merujuk makna integrasi nasional sebagai sesebuah masyarakat yang bersatu padu yang bercirikan persefahaman budaya, interaksi sosial, boleh bertoleransi antara kaum, memahami serta mengiktiraf persamaan dan perbezaan antara kaum. Ciri-ciri ini adalah merupakan satu asas bagi menentukan wujudnya integrasi nasional bagi membentuk identiti bangsa Malaysia.Antara cara-cara yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk mengatasi masalah kepelbagaian budaya adalah seperti berikut : Guru hendaklah mengambil daya usaha untuk menunjukkan kemesraan Guru hendaklah bersedia melayani murid-murid mengikut kebolehan dan sifat mereka yang berlainan. Memberi pendedahan murid-murid terhadap kepelbagaian sosio budaya Mempelbagaikan kaedah pengajaran Menggalakkan aktiviti yang melibatkan penglibatan semua murid Menghormati dan memahami keadaan sosial murid-murid Guru hendaklah mengadakan suasana demokratik dalam kelas

1.9 Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Definisi Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini, khususnya dalam bidang pendidikan. Pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru. Penggunaan teknologi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini.

1.9.1 Isu Pendidikan Semasa Andaian umum yang menyatakan bahawa sekiranya perkakasan dan perisian telah tersedia di sekolah, pengintegrasian teknologi maklumat akan berlaku secara automatik adalah kurang tepat kerana salah satu penentu utama kejayaan atau kegagalan pengintegrasiannya adalah guru. Sejauh manakah guru masa kini dapat menerima cabaran untuk mengaplikasikan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan? Pengaruh TMK melalui internet juga telah memberi pendedahan kepada pelajar tentang pemerolehan sumber maklumat alternatif seperti perpustakaan maya selain buku teks atau mengunjungi perpustakaan. Jika pelajar dididik untuk menggunakan internet secara berkesan, para guru berupaya melahirkan satu genarasi yang dinamik dan progresif kerana dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang terkini.

1.9.2 Cabaran Kepada Guru Cabaran yang dihadapi oleh guru-guru dalam mengintegrasikan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran ini boleh dilihat daripada kesediaan guru yang meliputi tiga aspek iaitu tahap kemahiran, pengetahuan dan sikap.

Kemahiran Teknologi Maklumat Guru Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang berkualiti, guru merupakan agen perubahan yang penting. Oleh itu, penguasaan teknologi maklumat dalam kalangan guru adalah dituntut. Ia penting bukan sahaja untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran malah daripada aspek pentadbiran dan pengurusan sekolah. Oleh itu, langkah-langkah seperti bengkel dan kursus berkaitan teknologi maklumat giat dijalankan untuk memantapkan guru-guru khususnya dalam aspek berkaitan teknologi maklumat. Guru mesti bersedia untuk memikul cabaran ini.

Pengetahuan Teknologi Maklumat Guru Pengetahuan serta sikap terhadap komputer adalah dipengaruhi oleh kekerapan penggunaan komputer. Semakin kerap seseorang individu menggunakan komputer, tahap pengetahuannya juga akan semakin meningkat. Tahap pengetahuan teknologi maklumat guru boleh ditingkatkan melalui kursus-kursus teknologi maklumat. Oleh itu, guru-guru mesti bersedia mengikuti kursus-kursus teknologi maklumat tersebut dan sanggup mengorbankan masa untuk diri dan keluarga.

Sikap Guru Terhadap Teknologi Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Sikap adalah sesuatu gambaran dalaman individu yang merujuk kepada kecenderungan untuk berkelakuan positif atau negatif terhadap benda, situasi, institusi, konsep atau individu lain. Beberapa tinjauan literatur lepas telah menunjukkan bahawa wujudnya perkaitan yang rapat antara sikap dengan penggunaan teknologi maklumat dengan pengajaran dalam bilik darjah (Mohamad Nabzrim & Mohamad Nayan, 1997; Adenan, 1999; Krishnan et al., 2007). Oleh itu, guru-guru khasnya mereka yang telah berada dalam zon selesa perlu mengubah sikap terhadap perkembangan TMK supaya lebih kerap menggunakan TMK dalam bilik darjah.

Perisian Penyampaian Teknologi Maklumat Perisian penyampaian teknologi maklumat adalah dianggap sebagai satu alat yang dapat membantu guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran serta tugas lain. Menurut Chao et al. (2003), seseorang guru yang kompeten sekurang-kurangnya menguasai kemahiran asas menggunakan komputer, berkemahiran menggunakan perisian pemproses kata, perisian pangkalan data, perisian hamparan elektronik, perisian berkaitan statistik, pengurusan sekolah. Oleh itu, langkah-langkah seperti bengkel dan kursus berkaitan teknologi maklumat giat dijalankan untuk memantapkan guru-guru khususnya dalam aspek berkaitan teknologi maklumat. Guru mesti bersedia untuk memikul cabaran ini.

Pengetahuan Teknologi Maklumat Guru Pengetahuan serta sikap terhadap komputer adalah dipengaruhi oleh kekerapan penggunaan komputer. Semakin kerap seseorang individu menggunakan komputer, tahap pengetahuannya juga akan semakin meningkat. Tahap pengetahuan teknologi maklumat guru boleh ditingkatkan melalui kursus-kursus teknologi maklumat. Oleh itu, guru-guru mesti bersedia mengikuti kursus-kursus teknologi maklumat tersebut dan sanggup mengorbankan masa untuk diri dan keluarga.

Sikap Guru Terhadap Teknologi Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sikap adalah sesuatu gambaran dalaman individu yang merujuk kepada kecenderungan untuk berkelakuan positif atau negatif terhadap benda, situasi, institusi, konsep atau individu lain. Beberapa tinjauan literatur lepas telah menunjukkan bahawa wujudnya perkaitan yang rapat antara sikap dengan penggunaan teknologi maklumat dengan pengajaran dalam bilik darjah (Mohamad Nabzrim & Mohamad Nayan, 1997; Adenan, 1999; Krishnan et al., 2007). Oleh itu, guru-guru khasnya mereka yang telah berada dalam zon selesa perlu mengubah sikap terhadap perkembangan TMK supaya lebih kerap menggunakan TMK dalam bilik darjah. Perisian Penyampaian Teknologi Maklumat Perisian penyampaian teknologi maklumat adalah dianggap sebagai satu alat yang dapat membantu guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran serta tugas lain. Menurut Chao et al. (2003), seseorang guru yang kompeten sekurang-kurangnya menguasai kemahiran asas menggunakan komputer, berkemahiran menggunakan perisian pemproses kata, perisian pangkalan data, perisian hamparan elektronik, perisian berkaitan statistik,1.9.3 Cara Menangani Isu Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Usaha Kementerian Pelajaran tidak akan berjaya jika para guru tidak dibudayakan sepenuhnya akan penggunaan komputer dan TMK. Pengalaman di negara maju menunjukkan lima keperluan perlu ada jika Kementerian Pelajaran ingin meningkatkan pendedahan dan penerimaan guru kepada teknologi maklumat dan komunikasi. Keperluan itu ialah:

sikap guru dan pelajar mestilah positif dan bersedia untuk berubah. prasarana komputer dan rangkaian komunikasi mestilah lengkap dan mencukupi. tenaga yang terlibat untuk memperkenal dan memperluaskan teknologi maklumat mestilah mahir. peruntukan wang mestilah mencukupi untuk menggerakkan perkembangan TMK. hubungan interpersonal yang kuat antara guru dan pelajar.

1.10 Gejala Sosial Definisi Gejala sosial merupakan fenomena modenisasi dan kejutan budaya yang melanda golongan remaja dan belia. Pada zaman remaja, seseorang itu berdepan dengan satu siri krisis identiti iaitu pembentukan dan pengembangan identiti diri. Kegagalan untuk mengatasi cabaran itu membuatkan remaja mengalami krisis kekeliruan. Krisis kekeliruan yang menguasai diri remaja jika tidak dibendung dan di atasi boleh menyebabkan gejala sosial. Fenomena ini merupakan salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang boleh merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu, segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan diatasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap pembangunan dan kemajuan negara. Gejala sosial adalah sesuatu yang merangkumi pelbagai tingkah laku negatif di dalam anggota masyarakat yang tidak memberikan faedah kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat, komuniti ataupun negara. Banyak faktor yang mendorong remaja pada masa kini terlibat dalam gejala sosial yang kurang sihat ini. Menurut Abd. Rahim (2006), penglibatan remaja dalam pelbagai gejala sosial berpunca daripada beberapa faktor; antaranya ialah faktor dalaman diri remaja itu sendiri iaitu dari aspek perkembangan personaliti, kegagalan fungsi institusi keluarga dan juga pengaruh rakan sebaya. Zainal dan Sharani (2004) pula menyatakan pengaruh persekitaran di sekolah juga menjadi punca keruntuhan akhlak di kalangan remaja.1.10.1 Isu Pendidikan Semasa Pada masa kini, tingkah laku golongan pelajar dan remaja khususnya semakin mencabar dengan pelbagai masalah. Keruntuhan moral dalam kalangan pelajar sekolah digambarkan menerusi perlakuan seks bebas, kehamilan luar nikah, pembuangan bayi, kesalahan juvana, penagihan dadah, pembakaran sekolah dan sebagainya semakin meningkat. Kadar penglibatan remaja dalam masalah sosial yang semakin serius ini semuanya berpunca dari beberapa faktor dalaman dan luaran, antaranya ialah: Faktor Ekologi Keluarga Faktor Ekologi Sekolah Rakan Sebaya

Media massa/Internet Modenisasi. Gejala sosial bukanlah suatu penyakit yang biasa, tetapi ia sudah menjadi kudis yang semakin bernanah dalam masyarakat. Jika tidak ditangani dengan segera, gejala sosial ini akan menjadi semakin sukar untuk diubati. Semua pihak haruslah bekerjasama untuk mengatasi gejala sosial ini. Guru khusunya memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan masa depan anak-anak muda supaya menjadi remaja dan belia yang menyumbang kepada kemajuan negara.

1.10.2 Cabaran Kepada Guru Sejauh manakah para guru bersedia menghadapi cabaran gejala sosial di kalangan anak murid mereka? Para guru berperanan mengawal pelajar mereka daripada melakukan gejala sosial. Secara dekat para guru perlu mendampingi setiap pelajar dan memahami permasalahan mereka. Para guru harus peka dan bersikap terbuka serta sentiasa memberikan dorongan kepada pelajar mereka dan ini akan membuka ruang bagi para pelajar untuk membincangkan dan berkongsi masalah yang dihadapi oleh mereka. Di samping itu, disiplin sekolah perlu diketatkan. Hubungan erat antara para guru dengan ibu bapa pelajar perlu ditingkatkan. Pihak sekolah juga boleh memberikan kaunseling kepada pelajar yang bermasalah agar pelajar tersebut tidak berasa dirinya dipinggirkan. Semua usaha yang disebutkan di atas bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan tetapi memerlukan kasih sayang dan kesabaran yang amat tinggi daripada insan yang digelar guru.

1.10.3 Cara Menangani Isu Gejala Sosial

Dengan itu, cara-cara untuk menangani gejala sosial dapat dirumuskan seperti berikut:Peranan Ibu Bapa mendidik dan mengasuh anak-anak mereka dengan cara yang betul meluangkan lebih masa bersama anak-anak mereka mengamalkan nilai-nilai agama

Peranan Guru merancang pengajaran dengan mengambil kira perbezaan individu pelajar mempelbagaikan strategi dan aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya menarik minat murid mengaplikasi kemahiran kaunseling dalam proses perbincangan dengan murid yang bermasalah memupuk nilai-nilai murni

Peranan Rakan Sebaya menjadi role model memberi motivasi medengar dan memberi sokongan

Peranan Diri Sendiri mengubah sikap negatif yakin bahawa mereka mampu melakukan perubahan dekatkan diri dengan Tuhan

Peranan Polis penguatkuasaan undang-undang

Sering berasa cemasMudah diserang penyakitKerap sakit perut Sentiasa keletihanTidak hadir tanpa sebabSelalu mengantukPencapaian akademik merosotDuduk dalam keadaan tidak selesaTANDA-TANDA GANGUAN EMOSI MURID

1. Tanda-tanda ganguan emosi muridSebagai seorang guru yang professional, kita harus bijak untuk mengesan gangguan emosi murid melalui tingkah laku mereka dalam aspek yang di atas. Melalui pemerhatian yang teliti, seseorang guru akan dapat melihat ciri-ciri gangguan emosi yang terdapat kepada murid mereka. Seseorang akan disebut mengalami gangguan emosi jika keadaan emosi yang dialami menimbulkan ganggauan pada dirinya. Gangguan Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca daripada banyak faktor. Contohnya gangguan emosi itu mungkin berpunca daripada masalah selalu mengantuk di dalam kelas yang boleh mewujudkan pelajaran yang di ajar tidak boleh difahami kerana mengantuk. Guru yang berhadapan dengan muridnya pada setiap hari seharusnya dapat mengenal pasti tanda-tanda gangguan emosi dalam kalangan murid mereka. Guru memainkan peranan penting dalam mempengaruhi emosi murid supaya emosi setabil. Jelaslah bahawa sangat penting untuk mengawal emosi di bilik darjah agar mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang kondusif. Memang tidak dinafikan bahawa seorang murid memenuhi kebanyakan masa menuntutnya di bangku sekolah. Jadi, suasana bilik memainkan peranan terpenting dalam memupuk dan mengawal emosi murid selain daripada suasana keluarga di rumah.

Sebab dan akibat gangguan emosi muridPergaduhan adik beradikFaktor guru Faktor persekitaran Masalah kewanganPerceraian ibu bapa Faktor sekolahFaktor kekeluargaan Faktor rakan sebaya

2. Akibat gangguan emosi muridPeristiwa dalam kehidupan seperti yang dinyatakan di atas akan memberi kesan ke atas masalah emosi seseorang murid. Yang demikian itu akan menyebabkan emosi murid tertekan dan selalunya mereka akan menunjukkan tindak balas fizikal, emosi dan tingkah laku seseorang. Dari segi emosi, murid akan berasa susah hati, murung sedih marah tidak tentu arah, resah dan gelisah.Pengaruh keluarga juga memberi kesan kepada emosi murid. Keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, bercerai dan sebagainya akan membawa keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil. Bagi murid yang gagal mengawal emosi, boleh menyebabkan demam, selesma, sakit kepala dan sebagainya. Keluarga yang mengambil berat tanggungjawab terhadap kanak-kanak akan dapat memenuhi keperluan mereka dan akan dapat meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut.

Tangani masalahBerbincang dengan ibu bapa penjagaProses tindakan

Memberi perhatian dan penghargaanMerujuk kepada kaunselor sekolahMotivasi untuk meningkatkan keyakinan diriMengenalpasti punca gangguan emosi

3. Proses tindakan untuk menangani masalahGangguan emosi dalam kalangan murid tidak seharusnya dipandang ringan oleh guru dan ibu bapa. Guru yang profesional dan bertanggungjawab seharusnya prihatin dan sensitif dengan perubahan diri murid yang mengalami gangguan emosi. Seterusnya guru perlu mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membantu murid bagi mengatasi gangguan emosi tersebut.Di antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan adalah: Berbincang secara peribadi dengan murid tersebut untuk mengenalpasti punca gangguan emosi Memberi perhatian dan penghargaan yang sesuai kepadanya Memberi motivasi, dorongan dan sokongan yang positif untuk meningkatkan keyakinan diri dan konsep kendiri Merujuk murid tersebut kepada kaunselor sekolah Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga Kepimpinan guru dan pentadbir yang demokratik Strategi dan kaedah pengajaran guru yang pelbagai dapat memenuhi kehendak dan keperluan murid Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif

Mempelbagaikan proses pengajaran & pembelajaran Pdp lebih aktif serta mewujudkan suasana pembejaran yan menyeronokkanPelajar tidak mudah berasa jemu dan bosan Proses pdp dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padatMeningkatkan kecekapan & keberkesanan hasil pembelajaranPdP menjadi lebih menarik dan berkesanPenggunaan teknologi pendidikan sesuai untuk keberkesanan pdp

4. Penggunaan teknologi pendidikan yang sesuai dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat. Pelajar tidak mudah berasa jemu dan bosan. Proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran Mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan terkini dengan lebih cepat serta efisen.

KesimpulanPara pendidikan perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan yang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristic, maka kta hendaklah mampu menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi sebarang kemungkinan supaya berupaya menjadi masyarakat industeri, mampu bersaing dalam system ekonomi yang global, bijak menggunakan kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, boleh menggunakan computer sebagai keperluan urusan harian limpahan maklumat segajat. Kita perlu melahirkan benerasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang global dan teklonogi yang terkini, serta berupaya menangani gelombang perkembangan dan perubahan masa kini.Perkembangan semasa dari aspek globalisasi pendidikan, kepelbagaian budaya masyarakat, gejala sosial yang kian membara dan kemajuan teknologi seharusnya berjaya ditangani dan menjadi indicator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patriotik dan memelihara perpaduan serta integriti dalam rakyat sebagai bangsa Malaysia dan manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, iaitu pada abad ke-21. Selain itu, kegunaan peta ithink untuk mengalakkan murid di dalam kelas juga merupakan penentuan terhadap keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap murid. Kita tidak dapat melarikan diri daripada hakikat bahawa ibu bapa menaruhkan kepercayaan yang tinggi terhadap seseorang guru di sekolah apabila anak mereka hadir ke sekolah maka murid itu akan dapat apa yang memeka pelajari. Jadi, para guru harus memainkan peranan penting bagi memastikan ibu bapa dan masyarakat tidak memandang serong kepada kerjaya guru. Guru perlu sentiasa mengamalkan ciri-ciri profesion keguruan yang baik seperti etika, akauntabiliti, integriti dan sebagainya lagi ketika proses PdP agar guru sentiasa dipandang mulia.Secara dasarnya, kepimpinan merupakan tenaga yang penting disebalik kejayaan sesebuah organisasi dan organisasi tersebut tidak boleh mencapai kejayaan tanpa kepimpinan yang berkesan.RefleksiBersyukur ke hadrat Ilahi, kerana di atas limpah dan kurnia-Nya sebuah kerja kursus berasaskan ilmu Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa (EDU 3093) dapat juga dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah pembimbing dan rakan kuliah yang banyak membantu dan memberi pandangan yang bernas dalam usaha untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini.Dengan terlaksananya tugasan ini, terdapat banyak faedah dan manfaat yang telah saya perolehi. Antaranya ialah, hubungan silaturahim dengan rakan-rakan sekelas menjadi lebih akrab dan rapat selain dapat memberi dan meluahkan pendapat masing-masing. Jika kami tidak tahu atau memahami tentang sesuatu perkara, kami akan bertanya dan berbincang sesama kami. Hal ini kerana, kami semua sentiasa berkongsi maklumat dan sesuatu informasi yang sedia ada atau pun yang baru. Tugasan ini juga banyak membantu saya untuk mengetahui isu-isu dan cabaran pendidikan masa kini. Hal ini kerana, saya cuba memahami cabaran-cabaran yang perlu diketahui oleh seorang pendidik untuk persiapan pembelajaran abad ke-21 yang ingin direalisasikan kepada anak didik kita. Justeru itu tugasan ini memberikan saya idea untuk berkolaborasi dalam usaha mencari isi agar kami dapat menghasilkan yang terbaik untuk tugasan ini.Dalam masa saya ingin menyiapkan tugasan ini banyak masalah-masalah yang dihadapi memandangkan tugasan yang perlu dipikul di Pejabat Pendidikan Daerah tidak boleh diabaikan kerana tugasan pejabat saya perlu menjaga semua sekolah di bawah daerah saya memandangkan persekolahan di awal hingga tengah tahun tugasan yang begitu banyak untuk dijalankan mengikut takwin yang telah dirancang. Selain dari itu tanggungjawab saya sebagai pelajar PPG wajib menyiapakan tugasan yang diberikan untuk dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan. Untuk menempuh permasalahan di semester 8 ini iaitu semester akhir kunci yang perlu dipegang ialah kesungguhan dan kesabaran walaupun tugasan di pejabat begitu padat namun saya perlu menagihkan mengikut kesesuaian masa untuk menyiapkan tugasan ini. Contohnya saya tidak boleh menyiapkan tugasan ini di pejabat kerana ia akan melanggari etika kerja namun apa yang saya lakukan ialah menyiapkan sedikit demi sedikit di waktu malam sebelum tidur dan bangun awal sebelum subuh untuk menyambung tugasan ini walaupun mata sangat mengantuk dan badan yang sangat letih. Sebenarnya itulah kesungguhan dan kesabaran yang perlu saya amalkan untuk menyiapkan tugasan ini termasuk juga menyiapkan tugasan-tugasan yang lain. Sepanjang menyiapkan tugasan ini saya memperoleh banyak pengetahuan tentang cara-cara bagaimana untuk menyelesaikan isu-isu yang dihadapi apabila sesuatu masalah yang berlaku. Contohnya dalam tugasan ini saya perlu menyediakan peta ithink untuk kegunaannya bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau menghuraikan sesuatu fakta. Ini adalah satu ilmu yang baru serta sangat berguna yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap anak didik kita. Ini juga akan menambah ilmu kita sedikit demi sedikit melalui tugasan yang dijalankan. Kefahaman yang mendalam hasil pemerhatian, pengkajian dan pengamalan sesuatu topik itu kita sendiri yang mencari, membaca dan mengolah isi-isi barulah ianya akan lebih berkesan untuk diguna pakai dalam mengharungi pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Untuk mengatasi masalah ini kita sebagi pendidiklah yang boleh merubah dan mencorak anak didik kita pada masa hadapan.Selain itu, saya juga dapat menjadikan tugasan ini sebagai salah satu medium untuk mengutip dan memperoleh banyak pengalaman yang amat berharga dalam hidup saya yang mungkin sukar untuk diperoleh di tempat lain. Saya juga amat berharap agar segala maklumat yang diperolehi dapat menjadi tunjang kepada diri saya dalam menghadapi cabaran dunia pendidikan pada masa kini. Akhir sekali, saya juga berharap agar tugasan yang saya lakukan ini bertepatan dengan kehendak soalan dan yang paling penting sekali, saya dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dan dapat dijadikan sebagai panduan ketika menjalankan tugas sebagai seorang pendidik ataupun pegawai pendidikan.Alhamdulillah akhirnya tugasan ini dapat disiapkan dengan termampu bagi saya yang daif ini. Sekalung terima kasih kepada pensyarah Pn. Zahara yang banyak membimbing di dalam wasap walaupun tidak dapat berjumpa secara hadapan namun sudah cukup untuk saya dapat berkongsi idea untuk menyiapkan tugasan ini. Kesimpulan yang dapat saya katakan di sini ialah semakin mendalam ilmu yang dicari maka semakin banyak ilmu yang kita belum perolehi. Ia banyak mengajar tentang kepentingan ilmu yang sangat dikehendaki oleh setiap insan. Diharap pengalaman ini dapat dijadikan panduan dan terus gigih berusaha. Semoga ianya menjadi titik tolak untuk terus berusaha serta memantapkan ilmu keguruan.

Rujukan 1. Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad subki miskon (2013). Guru dan cabaran semasa. Kampus Ilmu Khas : penerbitan Multimedia sdn. Bhd.

2. Mohd Salleh Lebar (1994) Asas Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur:Publications and Distributors Sdn. Bhd.

3. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, (2013), Kementerian Pendidikan Malaysia.

4. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2000). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah:Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025

5. Haji Zainal Abidin Safarwan (1994). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Borang Rekod Kolaborasi Kerja KursusNama Pelajar: Mohd Hafilzuddin Bin ZainiNo. Matrik: 12773Kumpulan: PPG Ambilan Jun 2011Semester: 8Mata Pelajaran: EDU 3193 Guru Dan Cabaran SemasaPensyarah Pembimbing: Pn. Zahara bt. ZulkiflyTARIKHPERKARA YANG DIBINCANGKANCATATANT/TANGAN

7.2.15Menerima soalan tugasan dan taklimat daripada pensyarah mata pelajaran Pn. Zahara.

Tugasan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 6 Mac 2015.(Pn. Zahara)

7.2.15Memahami kehendak soalan tugasan. Memmikirkan isu budaya yang sesuai dengan tajuk. Membuat jadual kerja...(Ahmad Sabli b. Shaari)..(Padli b. Ismail )

8.2.15Mencari maklumat dari bahan bacaan, internet dan perbincangan.

Nota bahan bacaan. Catatan bibliografi.

..(Ahmad Sabli b. Shaari)...(Mohd Shah b. Mustapha)

27.2.15Menyiapkan peringkat terakhir kerja kursus. Perbincangan dengan rakan kuliah dan Pensyarah melalui wasap..(Ahmad Sabli b. Shaari)(Mohd Maaruf b. Mohd Mindar)

5.3.15Menyiapkan dan mencetak tugasan. Menyemak bahan-bahan tertinggal.

PENGENALAN KEPELBAGAIAN BUDAYA

Budaya dapat dibahagikankepada dua jenisiaitubudaya bersifat kebendaan dan budaya yang bersifat bukan kebendaan .Budaya kebendaan adalah seperti peralatan yang dapatmemberi simbol dan makna kepada orang lain dalam erti kata yang lain bersifat konkrit Manakala budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang(ShamsulAmriBaharuddin,2007:14).

Masyarakatyangyakinkepadabudayanyaakanmenunjukkan rasa hormat dan patuh kepadaamalandanlaranganyang terdapat dalam budaya tersebut. Justeru, amalan positif atau negatif masyarakat tersebut bergantung kepada sejauh mana sistem budaya yang dilaksanakan dan kekuatan unsur-unsur yang terdapat dalam sesebuah budaya.Nak tau lebih lanjut tentang budaya....jgn segan2... mai laklik siniDEFINISI KEPELBAGAIAN BUDAYA

Menurutkamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102,kepelbagaian ialahperihal berbagai-bagaijenis.Kepelbagaianmerangkumibanyakbendasamaadaabstrak atau konkrit yangboleh diperoleh di sesuatu tempat ataukawasan yang sama.Budayapula merupakan cara hidup manusia yang dibentuk supaya dapat berinteraksidanmenyesuaikandiridenganmasyarakatdanalamsekitar.Perkataan budaya berasaldaripadacantumanperkataanSanskritdanMelayu,iaitubudhidandayaPerkataanbudhiyangdipinjamdaripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal.Perkataan daya pula ialah perkataan Melayu Polynesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh(Shamsul Amri baharuddin,2007:13).MengikutKamusDewan(2005)edisikeempat mukasurat212menyatakanbudaya membawa maksud tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi.Budaya merupakan antara faktor yang melahirkan sesuatu masyarakat dan bangsa yang dinilai berdasarkan diatas kejayaan dan kekuatan tamadun yangdibangunkan.Sebagai contoh, kaum Cina di Malaysia merupakan kaum yang paling berpengaruh danmemainkan perananpenting dalam pembangunan ekonomi negara Malaysia. Fakta iniadalahhakikat yangtelahmembawakepadakejayaankaum Cinasejakdari awalpenghijrahan mereka ke Tanah Melayu pada abad ke-19(Sheela Abraham,1986:56).Tidak ketinggalan juga kaum India telah berjaya bersaing dengan kaum Cina dan kaumMelayu sehingga mendapat tempat di dalam ekonomi dan politik negara ini.

MohdTaibOsman(1988)memperkatakan budaya sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling

Budayamerupakankeseluruhankompleksyangmengandungiilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian,moral, undang-undang,adatdansebarangbentukkebiasaan(E.B. Taylor)

L.A.Whitememperlihatkanbahawa budaya merupakansatu organisasi fenomena tindakan (pola tingkahlaku), objek (alat),idea, sentimen (nilai) yang bergantung kepada simbol-simbol.(Syed Ismail Bin SyedMustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon,2010:4-5)pula menyatakanMalaysiamerupakansebuahnegarayangmempunyaipelbagaikaumyang mempunyai budaya, adat resam dan ciri-ciri keistimewaan tersendiri.Kepelbagaian budaya ini telah membentuk satu identiti Malaysia yang harmonis dan bersama-sama berganding bahu untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan dalamaspek politik, ekonomi dan sosial.

CIRI-CIRI BUDAYA

1)Boleh dipelajari 2)Boleh dikongsi 3)Bersifatsejagat 4)Bolehdiwarisi 5)Sentiasaberubah 6)Simbolik 7)Pandangan semesta

Budayaialahpencorakyangmembentukimejluarandandalaman sesuatumasyarakat.Budaya mempunyai duaperanan iaitu yang pertama membinaimejnegara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti dan yang kedua memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental(ShamsulAmri Baharuddin,2007:14).Negara yang mempunyaikepelbagaian budaya seperti Malaysia tidak terlepas daripada perselisihan perkauman yangmencetuskankonflikantarakaumyangmengakibatkanperistiwaberdarahdan pembunuhan orang-orang yang tidak berdosa. Walaubagaimanapun, peristiwa 13 Mei1969 merupakan titik-tolak kepada pembentukan negara Malaysia yang baru. KerajaanMalaysia telahmenggandakan usaha merekabagi menyelesaikan masalah pelbagai kaum dengan harapan peristiwa 13Mei 1969tidak akan berulang. Sekiranya peristiwaberdarah seperti itu berlaku lagi maka, akan lahirlah pelbagai pandangan dan pendapanegatif dari luar yang menggambarkan tiada kesepaduan, toleransi dan keharmoniaan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum.Denganitu,wajarlah budaya Malaysia dikekalkan kerana budaya inimelambangkan identiti danimej negaradi mata dunia.

Masih tak faham....cuba baca lagi katsini

ASPEK PERBEZAAN KEPELBAGAIAN BUDAYA

1) KepercayaanAkuan akan benarnya sesuatu perkara. Seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu perkara itu akan disertai oleh perasaan 'pasti' terhadap pekara berkenaan.Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak (propositional attitude).Dalam konteks agama pula, kepercayaan adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral. Kepercayaan dikenali sebagai akidah ataupun iman.

2) AgamaAgama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut.Agama dan kepercayaan merupakan dua perkara yang sangat berkaitan. Namun begitu agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan adalah mengenai aspek ketuhanan.Agama memiliki suatu prinsip spt 10 Firman dalam agama Kristian, 5 rukun Islam dalam agama Islam & dewa dewi dalam agama Hindu.Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena seperti yang berikut:1. Perlakuan seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara. 2. Sikap seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan anggapan suci dan bersih terhadap agama.3. Pernyataan seperti jampi, mantera dan kalimat suci.4. Benda-benda material yang zahir seperti bangunan. Contohnya masjid, gereja, azimat dan tangkal

3) AnimismeKepercayaan animisme atau kepercayaan kepada makhluk halus dan roh dipercayai merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul dalam kalangan manusia primitif purba kala.Kepercayaan animisme mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini, (seperti kawasan tertentu, gua, pokok atau batu besar), mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat dan roh jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka. Semangat ini juga dikenali dengan pelbagai nama, antaranya jin, mambang, roh, datuk, tuan, dan penunggu.

4) Semangat PadiKepercayaan semangat padi ini merupakan satu kepercayaan kuno yang diwarisi dari zaman animisme, kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai semangat yang mengawalnya.Kepercayaan ini terdapat meluas dalam kalangan kebudayaan yang menanam padi secara turun temurun dan tidak terhad kepada orang-orang Melayu sahaja.Kepercayaan ini kian terhakis akibat daripada pendalaman akidah Islam dan juga perkembangan teknologi. Pada masa kini, kepercayaan terhadap semangat padi semakin pudar dan hanya diamalkan oleh golongan tua sahaja.

5) ManteraMentera diambil daripada perkataan sanskrit "mantra" atau "manir" yang merujuk kata- kata dalam kitab suci penganut Hindu, Veda.Dalam masyarakat Melayu, mentera atau juga dikenali sebagai jampi, serapah, atau seru merupakan sejenis pengucapan yang berentak puisi yang mengandungi unsur sihir dan bertujuan bagi menpengaruhi atau mengawal sesuatu perkara untuk memenuhi kenginan penuturnya.Mentera dianggap mempunyai kuasa ghaib yang luar-biasa yang membolehkan pembacanya mengawal seseorang atau alam semulajadi.

6) BahasaBahasa adalah satu set simbol-simbol dan aturcara-aturcara yang disusun bersama dengan kaedah yang bermakna ditambah dengan sistem komunikasi yang kompleks (Cole 1998).Life is lived as a series of conversations Tannen 1990.Bahasa bersifat dinamik- bersesuaian dengan kelompok masyarakat dan peredaran masa

7) Adat ResamAndersen and Taylor 2004; Norms are the specific cultural expectations for how to behave in a given situation.Marsh and Keating 1996; Norms are the unwritten rules that influence peoples behaviour.Resam membongkokkan badan apabila lalu di hadapan orang tua sebagai tanda hormat.

8) Nilai / KepercayaanNilai dan kepercayaan saling berkaitanKepercayaan memberi hala tuju manusia tentang kehidupan.Nilai merupakan prinsip-prinsip yang menentukan apakah yang sesuai dan bermoral dalam sesebuah masyarakat. (tanggapan) sepertibetul atau salah, cantik atau hodoh, baik atau burukNilai dalam masyarakat boleh mempengaruhi norma masyarakat tersebut.Etnosentrik:menilai budaya masyarakat lain berpandukan nilai, kepercayaan dan norma sendiri.Relativisme:sesuatu budaya tidak boleh dinilai secara arbitrari dengan menggunakan nilai, kepercayaan dan norma sendiri.Xenosentrisme:anggapan bahawa budaya masyarakat lain lebih baik daripada masyarakat sendiri.9) JantinaThe term gender describes masculinity and femininity-the thoughts, feelings, and behavior that identify one as either male or female (Butler & Manning, 1998).Walaupun ada persamaan antara lelaki dan perempuan, terdapat juga perbezaan di mana guru harus mengenal pasti dan merancang pengalaman pembelajaran yang bersesuaian dengan jantina.Guru bertanggungjawab menjelaskan tentang kepercayaan mengenai lelaki dan perempuan yang begitu stereotaip.

ASPEK KEBUDAYAAN DALAM MATA PELAJARAN DI SEKOLAH

Tak berapa nampak i-think ni.....dekat sini ada dijelaskan dlm bentuk jadual...m/s 6 tau.. jom la tengokkat sini...

EMPAT PERANAN GURU YANG UTAMA

PERANAN GURU DALAM KELAS KEPELBAGAIAN BUDAYA

LANGKAH-LANGKAH MENYATUPADUKAN RAKYAT MELALUI MATA PELAJARAN

IMPLIKASI KEPADA KEPELBAGAIAN SOSIAL BUDAYA

Implikasi berlaku dari segi;GuruMuridSekolahKurikulum Tersembunyi

1)Guru

PengajaranPembimbingan murid bermasalahPentadbiran/pengurusanFasilitator PerancanganPengelolaanInavatorPenilaianPembentuk nilaiModelDuta

Implikasinya:

Bangsa - mengajar tidak membezakan bangsa.Kelas sosial - tidak mengajar mengikut kepentingan kelas sosial. Nilai - membantu murid memahami dan mengukuhkan sikap & tingkah laku yang baik.Kepercayaan - tidak menyentuh sensitif agama.Bahasa - jurang bahasa dialek Jantina - layanan berbeza & peka kepada keperluan gender.Ketepatan masa dijadikan amalan yang dicontohi murid.Membantu murid membuat pemilihan kerjaya.Bertindak profesional dalam kerjaya.Sentiasa meningkatkan diri dalam profesion perguruan.Sentiasa menjadi guru terkini/up to date.

2) Murid

Menghormati dan taat pada guru.Kerjasama dengan rakan & kakitangan sekolah.Berdisiplin, bermoral & beragama.Menyokong cita-cita sekolah.Rajin & berusaha dalam kelas.Berpakaian kemas & bersih.Melaporkan kepada ibu bapa perkara mustahak.Perantaraan agen sosial sekolah.Bersedia terlibat dalam semua aktiviti sekolah.

Implikasinya: Bangsa- bersosial dalam kelompok sendiri atau bersama kelompok lainKelas sosial- golongan atasan dan bawahan.Kepercayaaan- sosialisasi mengikut agama.Bahasa- bahasa standard/dialek. Jantina- seksualiti & interaksi antara jantina.Demografi atau lokasi murid (bandar/luar bandar/pedalaman).Sikap/tingkah laku murid.Nilai yang dipegang/diamalkan.Latar belakang keluarga/SES

3)Sekolah

Institusi pendidikan formal yang menjadi tempat membentuk pemikiran, intelektual, tingkah laku & sikap murid bagi melahirkan genarasi seimbang dari segi JERIS.

Budaya Formal SekolahAspek ilmuAspek fizikalAspek sosialAspek pentadbiran

Implikasinya;Bangsa- sekolah Melayu, Cina & India.Kelas sosial- sekolah bandar dan luar bandar.Kepercayaaan- sekolah agama.Bahasa- bahasa rasmi dan bahasa penghantar sekolah.Jantina- sekolah lelaki dan sekolah perempuanSekolah agen perubahan.Sekolah tempat penyuburan budaya.PerpaduanDasar-dasar kerajaan.Jenis Sekolah: harian, berasrama penuh, teknik, model khas & agama.

4) Kurikulum Tersirat

James (1986) apa sahaja pelajaran yang diterima oleh murid di luar kurikulum nyata.Chafel (1997) norma, nilai & kepercayaan yang tidak dinyatakan dalam kurikulum tetapi diajar secara tidak langsung.

Ciri-ciri Kurikulum TersiratMerangkumi pengalaman belajar. Bersifat relatif & sukar diukur.Merangkumi nilai.Kewujudannya berbeza-beza.Tidak tertulis dalam kandungan kurikulum atau penilaian,Jenis dan kategori berbeza mengikut institusi, tahap pembelajaran dan matlamat.

Implikasinya;Bangsa- menerapkan nilai budaya masyarakat.Kelas sosial- pergaulan tidak mengikut jurang sosial.Kepercayaaan- menekankan nilai keagamaan.Bahasa- menghormati bahasa rasmi, ibunda, dialek & bahasa orang lain.

54