isu-isu cabaran semasa tamadun islam
DESCRIPTION
ddadTRANSCRIPT
2.7 Isu-Isu Cabaran Semasa Tamadun Islam
Oleh: Georcey GR.
2.7.1 UMAT ISLAM DI SERATA DUNIA
2.7.2 REALITI SEMASA UMAT ISLAM
2.7.3 KESATUAN POLITIK YANG RAPUH
2.7.4 KEADAAN EKONOMI YA NG LEMAH
2.7.5 PELUANG EKONOMI YANG DISIA-SIAKAN
2.7.6 KURANG PEKA KEPADA KEHENDAK SEMASA
2.7.7 TIADA STRATEGI YANG BERKESAN
2.7.8 AGENDA MUSUH ISLAM
2.7.9 SEJARAH PERTENTANGAN TIMUR-BARAT
2.7.10 KESAN PENJAJAHAN BARAT
2.7 Isu-Isu Cabaran Semasa Tamadun Islam
Populasi Muslim dijangka capai 8.3 bilion menjelang 2030
WASHINGTON: Penduduk Islam dunia akan bertambah dua kali lebih cepat berbanding penduduk bukan Islam dalam tempoh 20 tahun akan datang apabila umat Islam dijangka menjadikan lebih satu
perempat daripada penduduk global.
Dengan menggunakan kadar kesuburan, kematian dan perpindahan, penyelidik Pew Forum Agama dan Kehidupan Awam, meramalkan bahawa kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 1.5 peratus bagi umat Islam seluruh dunia sepanjang dua dekad akan datang, dan hanya 0.7 peratus perkembangan penduduk bukan Islam setiap tahun.
Sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KajianramalumatIslamlebihpantasberkembang/Article
Kajian yang dipanggil, ‘Masa Depan Populasi Islam Global’
meramalkan, pada 2030 penduduk Islam akan meliputi kira-kira 26.4 peratus daripada penduduk dunia, yang dijangka
secara total berjumlah 8.3 bilion.
Ia menandakan kenaikan tiga peratus daripada 23.4 peratus
yang dipegang umat Islam ketika ini. Bilangan mereka di seluruh dunia pada masa ini dianggarkan 6.9 bilion, kata
kajian berkenaan. Sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KajianramalumatIslamlebihpantasberkembang/Article
Perangkaan terkini menunjukkan lebih 8 juta umat Islam di Kanada dan Amerika Syarikat, 3 juta di Amerika Latin dan Amerika Tengah,
10 juta di Eropah Barat (United Kingdom, Perancis dan Jerman), • 6.3 juta di negara-negara Balkan (Bosnia Herzegovina, Kosovo,
Albania dan Republik Macedonia),• 67 juta di Turki
• 284.4 juta di negara liga-liga Arab,• 254 juta di negara-negara sub-Sahara Afrika,
• 67 juta di Iran,• 48.5 juta di Asia Tengah (Azerbaijan, Uzbekistan, Tajikistan,
Kazakhstan, Krygyzstan, dan Turmenistan), • 26 juta di Rusia,
• 28 juta di Afghanistan, • 144 juta di Pakistan,• 129 juta di Bangladesh• 149 juta di India,
• 209 juta di Indonesia• 30 juta di Asia Tenggara (terutama Malaysia & Indonesia)• Terdapat juga sebahagian kecilnya di Jepun, Korea Selatan,
Monggolia dan negara-negara Pasifik Selatan.
2.7.1 Umat Islam Serata Dunia
Penganut Islam hidup di bawah pemerintahan rejim bukan Islam yang anti Islam.Umat Islam berhadapan dengan pelbagai jenis serangan, penindasan dan keganasan, lebih parah dibunuh beramai-ramai hanya kerana agama yang dianuti, Islam.Namun begitu, Islam merupakan agama yang paling pesat pertambahannya berbandinga agama lain yang mencatatkan peningkatan 34% setahun. Peningkatan bagi penganut Kristian pula ialah 25% dan penganut Hindu 13%. Menjelang tahun 2075, dianggarkan penganut Islam mewakili 1/3 daripada penduaduk dunia. Walaupun kebanyakan negara umat Islam bebas daripada belenggu penjajah kuasa-kuasa Barat yang anti Islam, tetapi kebanyakan umat Islam terbelenggu dengan masalah kemiskinan dan kejahilan Ilmu Pengetahuan Keseluruhannya, negara umat Islam adalah lemah dan tidak berupaya menghadapi ancaman kuasa-kuasa Barat
2.7.2 REALITI SEMASA UMAT ISLAM
Pertubuhan serta persatuan dalam kalangan negara Islam terdiri daripada Rabitah al-Alam al-Islamiy, Liga Arab dan Organization of Islamic Cooperation (OIC).
OIC (Pertubuhan Negara-negara Islam) kelihatan kurang bermaya serta tidak mampu menangani masalah dan kemelut semasa yang menimpa ummah secara berkesan.
Sehingga kini, pertubuhan tersebut masih menjadi momokan dan bahan jenaka umum sebagai (Oh, I see!) kerana tidak mampu membuat pendirian tegas, malah bertindak secara ketenteraan untuk menghalang penjajahan Amerika Syarikat ke atas Afghanistan serta Iraq, dan yang terbaru pencerobohan Israel ke atas selatan Lubnan dan pencerobohan yang berulang-ulang ke atas wilayah dan rakyat Palestin.
2.7.3 KESATUAN POLITIK YANG RAPUH
INFO TENTANG OIC
Ditubuhkan di Rabat, Maghribi pada September 1969Kini dianggotai 57 buah negaraAnggotanya : Negara-negara Islam di Asia Barat, utara dan barat Afrika, Asia Tengah, Asia Tenggara dan benua kecil India (Guyana, Albania dan Surinam tidak menyertai)Objektif Penubuhan: i) Untuk merapatkan hubungan persaudaraan dalam kalangan negara ahli seperti bidang ekonomi, sosial, kebudayaan, saintifik, dan bidang-bidang lain; ii) menentang penjajahaniii) hapuskan pemisahan ras & diskriminasi iv) menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk kemerdekaan dan kembali ke tanah air merekav)menyokong perjuangan seluruh umat Islam di serata dunia untuk memelihara maruah, kemerdekaan serta hak-hak mereka
Jawatankuasa Peranan
The Islamic Summit Conference (Jawatankuasa Tertinggi)
Pembuat dasar
The Islamic Conference of Foreign Ministers (Konferensi Menteri-menteri Luar)
Menyemak dan meneliti laporan kemajuan sesuatu program yang dilaksanakan OIC
The Permanent Secretariat (Sekretariat Tetap)
Melaksanakan keputusan-keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa tertinggi dan juga Konferensi Menteri-menteri Luar.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk semua negara OIC secara terkumpul ialah sebanyak RM 5.5 trilion, iaitu hanya sama
dengan 1/3 KDNK negara Jepun.
Hal ini menunjukkan secara keseluruhan negara-negara Islam pada masa ini lemah dari segi
penguasaan ekonomi dunia.
Hanya 5 buah negara Islam di dunia yang menikmati per kapita KDNK melebihi RM 38000,
manakala 30 buah negara Islam yang lain mempunyai per kapita kurang daripada Rm
3800.
Hari ini bank-bank utama dunia mulai menguasai sektor perbankan Islam, walhal, bank-bank yang dilabelkan Islam di negara Islam sendiri tertinggal dalam persaingan untuk memanfaatkan minat baharu terhadap pendekatan perbankan Islam.
Ramai orang-orang Islam tidak berminat pergi ke bank-bank Islam, tetapi cenderung pergi ke cawangan bank-bank komersial, khususnya milik negara asing seperti Citibank.
Contohnya di Bahrain, kumpulan Citibank dan beberapa bank antarabangsa mengatasi bank tempatan (Al-Baraka) dalam sektor perbankan Islam. Ini juga berlaku di negara-negara Islam yang lain, termasuk di Malaysia.
PELUANG EKONOMI
YANGDISIASIAKAN
2.7.5
Bank-bank di negara Islam masih konservatif, berwajah lama dan tidak
agresif. Sebagai akibat, perbankan Islam
diambil alih oleh bank-bank utama yang tidak perlu membawa label Islam, tetapi memberikan perkhidmatan perbankan
Islam yang canggih. Bank-bank utama dunia telah
menyedari kesedaran umat Islam untuk berurus niaga tanpa riba. Potensi itu
bukan sahaja dalam menabung, tapi juga perkhidmatan lain seperti sewa beli, kad
kredit, bon dan sebagainya.
2.7.6 KURANG PEKA KEPADA KEHENDAK SEMASA
Kelalaian umat dan negara Islam menyebabkan ekonomi mereka
terus ketinggalan. Misalnya, hari ini sektor
perkhidmatan dan pembuatan produk halal dimonopoli oleh orang
bukan Islam. Umat Islam sering lambat
bertindak sehingga sebahagian besar peluang yang sepatutnya
dinikmati mereka diraih oleh orang lain.
2.7.6 KURANG PEKA KEPADA KEHENDAK SEMASA
2.7.7 TIADA STRATEGI YANG BERKESAN
Sehingga kini, umat Islam belum ada lagi rangkaian perniagaan yang benar-benar berkesan dan meliputi
semua sektor. Kesannya, potensi besar perniagaan yang melibatkan
umat Islam seperti perbankan, makanan halal, pelancongan, dan lain-lain dinikmati oleh orang lain.Umat Islam terdahulu kuat dan
makmur.Kini, keadaan berbeza (naif dan
lemah dalam serba serbi).
Contohnya...Agen-agen Zionis dan Barat
sedang berusaha menghancur, menindas, dan menghapus atau sekurang-kurangnya menyekat
kebangkitan umat IslamFaktor asasnya ialah mereka
semua anti-Islam! & amat bimbang dengan kebangkitan semula Islam
sebagai kuasa politik dunia.
TIADA STRATEGI YANG BERKESAN
Kuasa-kuasa Barat , terutamanya Amerika Syarikat melihat ideologi Islam sebagai ancaman paling
berbahaya kepada sistem sekular mereka. Justeru, mereka melancarkan perang keganasan terhadap
ideologi Islam dan mereka yang beriman.
Pejuang-pejuang Islam yang berjuang membebaskan tanah air daripada cengkaman rejim Zionisme dan
imperialisme Barat dianggap pengganas, serta didera secara tidak berperikemanusiaan dan kejam.
Inilah yang sedang dilakukan oleh A.S dan sekutu Barat terhadap pejuang-pejuang kemerdekaan di
Iraq dan Afghanistan.
2.7.8 AGENDA MUSUH ISLAM
Perkara yang sama dilakukan oleh Rejim Israel ke atas pejuang Hamas dan Fatah di
bumi Palestine.Umat Islam di Afghanistan, Iraq dan pejuang-pejuang Islam dilabel sebagai
pengganas serta diburu dan ditangkap tanpa perbicaraan , kemudian disumbat ke dalam
penjara-penjara khas dan pusat tahanan mereka di serata dunia.
Nasib dan penderitaan mereka tiada siapa pun yang tahu.
Mereka ditahan tanpa bicara dan pembelaan semata-mata atas dasar
prasangka buruk Barat terhadap umat Islam yang dianggap mengancam hegemoni
mereka.
2.7.8 AGENDA MUSUH ISLAM
Hegemoni ialah satu konsep yang datangnya daripada pemikiran Barat. Konsep itu merujuk kepada penguasaan menyeluruh (domination) ataupun kepimpinan satu Negara ataupun kumpulan dan sebagainya ke atas Negara atau kumpulan yang lain. Apabila kita mengambil kira takrif hegemoni seperti yang difahamkan oleh masyarakat Barat, kita perlu memahami bahawa hegemoni adalah penguasaan sesuatu kumpulan manusia ke atas suatu kumpulan manusia yang lain.
Sumber : http://notarujukanipgm.blogspot.com/2012_01_01_archive.html
oSebenarnya, dunia Islam telah menjadi sasaran kuasa Barat sejak permulaan
abad ke-19 lagi. o Sepanjang tempoh 200 tahun, dunia umat Islam telah diduduki, ditindas dan
dizalimi oleh kuasa-kuasa ini. o Rejim-rejim boneka yang diletakkan
oleh kuasa-kuasa tersebut di dalam dunia Islam seperti di Afghanistan , Iraq
dan banyak lagi negara lain turut menindas umat Islam dan masih
melakukannya sehingga ke hari ini.
2.7.9 SEJARAH PERTENTANGAN TIMUR-BARAT
o Kuasa-kuasa Barat tersebut dan agen-agennya telah mewujudkan beberapa
ideologi baharu yang sangat asing kepada dunia Islam seperti nasionalisme
melampau, fasisme dan komunisme.
o Gunakan anak didik mereka untuk menjadi “musuh dalam selimut”.
o Walaupun negara Islam kini sudah mencapai kemerdekaan, hakikatnya
kuasa-kuasa penjajah Barat merencana & menggariskan sempadan Islam.
SEJARAH PERTENTANGAN TIMUR-BARAT
•Kesan penjajahan Barat oleh British & Perancis telah memecahkan negara Arab kepada 25 buah negara. •Tujuannya supaya mereka tidak boleh menjadi sebuah kesatuan politik yang kuat dan mampu mencabar hegemoni Barat. •Kawasan-kawasan dunia Islam yang kaya raya dengan hasil bumi atau berkedudukan strategik dibentuk semula menjadi negara-negara kecil seperti mana Kuwait dan negara-negara Teluk Parsi (supaya mudah dikuasai)•Kawasan yang kurang berpenghasilan serta mempunyai penduduk yang ramai dan penghuni pelbagai etnik seperti Sudan, Pakistan, Bangladesh dan yang seumpamanya dijadikan pula sebuah negara besar supaya negara tersebut berada dalam keadaan tidak stabil dan tidak aman.
2.7.10 KESAN PENJAJAHAN BARAT
TAMAT