isu gejala dadah dalam pendidikan

23
Isu Gejala Dadah Isu Gejala Dadah Dalam Pendidikan Dalam Pendidikan Sarida Mohamad Hashim Sarida Mohamad Hashim M20082000182 M20082000182 Phun Lee Lee Phun Lee Lee M20082000183 M20082000183 Fatimah Ahmad Fatimah Ahmad M200820000 M200820000

Upload: saridahashim

Post on 06-Oct-2015

245 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

isu gejala dadah dalam pendidikan

TRANSCRIPT

  • Isu Gejala Dadah Dalam Pendidikan

    Sarida Mohamad HashimM20082000182Phun Lee Lee M20082000183Fatimah AhmadM20082000440

  • APA ITU DADAH?

    Kamus Dewan Melayu-Inggeris ~ Drug membawa maksud ubat-ubatan. Bagi penyalahgunaan kepada drug-perkataan lain digunakan bersama dengan perkataan drug.e.g: drug abuse, misuse of drug..

    Dadah- istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental, dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Jika disalah guna akan mengakibatkan ketagihan.

  • PUNCA PENGAMBILAN DADAHProfil penagihan di Malaysia menunjukkan sebahagian besar penagih adalah dalam lingkungan umur 15-25 tahun (sbhgn besar belia yg masih bersekolah dan belajar).Faktor yang mendorong seseorang menyalahgunakan dadah ialah:-* keseronokan*perasaan ingin tahu*pengaruh rakan sebaya*meningkat keseronokan seksual

  • Sambungan..*mencari ketenangan jiwa kerana masalah kehidupan*menghilangkan kesusahan yang dideritai*hilangkan kerunsingan disebabkan desakan ibu bapa*terlibat dgn aktiviti tidak berfaedah pada masa lapang*masalah dan tekanan rumah tangga*ingin hidup mewah dengan cara mengedar dadah*pengaruh persekitaran terutama bagi penagih baru*kurang penghayatan nilai dan amalan agama

  • AKIBAT PENAGIHAN DADAHKesan dadah boleh dilihat daripada 4 sudut:Kesan kepada penagihKesan kepada keluargaKesan kepada masyarakatKesan kepada negara

  • KESAN KEPADA PENAGIHMenjauhkan diri drp masyarakat-bergaul sesama merekaTidak bertanggungjawab terhadap persekolahn dan pekerjaanPerubahan fizikal-kurus, lemah tenaga, khayalSering pitam, berperasaan ganas, rasa ketagihan berlebihanDaya tahan penyakit yang lemah

  • KESAN KEPADA KELUARGAMenjatuhkan maruah keluargaMembebankan keluarga kerana menghabiskan wang, tenaga dan wang yang banyak utk merawatnyaRumah tangga porak perandaBerlaku perceraian dan keganasan rumahtangga

  • KESAN KEPADA MASYARAKATMengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompak dan pembunuhanPerpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah.Persengketaan dan perselisihan masyarakat berlakuTimbul bermacam penyakit sosial seperti pelacuran,lepak, dan perjudian.

  • KESAN KEPADA NEGARANegara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat masalah ini..Kehilangan / kerugian ~ daya pengeluaran ekonomiKos menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadahKos menyelenggara program pencegahanKos kerugian akibat aktiviti jenayah Kos kegiatan penguatkuasaan- menambah bil anggota polis, kakitangan penjara, mahkamah, hospital dsb.Kos kerugian tenaga dan modal insan kerana kebykn penagih adalah golongan belia

  • ISU ANCAMAN DADAH DI SEKOLAH???

    Masalah dadah di Malaysia telah sampai ke tahap yang mana kerajaan menganggapnya sebagai masalah keselamatan. Sebilangan besar muda-mudi terlibat dengan dadah-mengancam keselamatan pelajar-pelajar terdedah serta berada di dalam keadaan risiko tinggi akan terlibat dengan dadah.Dari tahun 1983-1993 jumlah pelajar yang terlibat dengan dadah dan Inhalan ialah seramai 2,370 orang (1,553 orang yang terlibat dengan dadah dan 817 orang terlibat dengan Inhalan).*sumber -PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRUPELAKSANAAN PROGRAM CUMA LIMA MINIT ANTI DADAH - MODUS OPERANDI

  • Mengenali Tanda-Tanda Penagih DadahDARIPADA

    Siuman, rajin bercakap dan suka menyatakan perasaan

    Cergas, sihat dan penuh bertenaga

    Segak, yakin diri dan tabah hati

    Suka menolong, menumpukan perhatian penuh dan boleh diharap

    Penuh kemahuan, cergas dan bersemangat

    Tidak berselindung, baik hati dan percaya mempercayai

    Riang gembira, memandang cerah di masa hadapan/optimistic dan gerak geri menarik

    KEPADA

    Pendiam, fikiran bercelaru dan menjauhkan diri

    Cemas, kaku dan gelisah

    Tertekan, terharu dan berasa bersalah

    Ragu-ragu, kerap lupa, pasif dan tidak bermaya

    Tidak ambil tahu, pasif dan tidak bermaya

    Curiga-mencurigai, mengancam dan terasing

    Menyakiti hati, memandang gelap di masa hadapan/pesimistik dan muram

  • DATA PELAJAR POSITIF DADAH

  • BAGAIMANA DADAH MENJADI ANCAMAN KEPADA PENDIDIKAN BANGSADESIGNER DRUG boleh dibuat di mana-mana.Di dunia hari ini, perniagaan kedua menguntungkan ialah penjualan dadah.Kecanggihan teknologi dan ICT memboleh dadah dikeluarkan dan diniagakan dengan lebih banyak, meluas dan pantas.

  • PERANCANGAN STRATEGIK NEGARA MENANGANI DADAHKELUARGA BEBAS DADAH.SEKOLAH BEBAS DADAH 2012.ORGANISASI KERJA BEBAS DADAH.MASYARAKAT BEBAS DADAH 2025.ASIAN BEBAS DADAH 2015

  • PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAHUntuk mempastikan pelajar tidak akan terlibat dengan dadah dan sekolah merupakan satu tempat yang bebas dari dadah atau Drug Free School atau School Without Drug pendedahan tentang bahaya dadah perlu disampaikan kepada semua pelajar dan guru di peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat sekolah menengah

  • MENGAPA GERAKAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERLU DIMANTAPKAN DI SEKOLAH?Dikesan sudah terdapat di kalangan murid sekolah hidup berjiran dengan penagih dadah tahu cara dan taktik mengambil dadah.Lokasi sekolah berada di dalam kawasan berisiko tinggi dadah.Ramai pelajar tinggal di kalangan ahli keluarga yang menjadi penagih tegar.

  • D. Fenomena hari ini menunjukkan bahawa tidak ada kampung bebas dari dadah.F. Trend pengedar dadah masa kini menggunakan pelajar sekolah sebagai penjual atau pengedar dadah secara kecil-kecilan.G. Kajian menunjukkan ramai murid dan pelajar sekolah merokok dan minum arak.

  • PERANAN MEWUJUDKAN GENERASI TANPA DADAHPeranan IndividuSetiap individu perlu mengetahui maklumat-maklumat mengenai dadah melalui apa jua cara pun agar mereka benar-benar memahami tentang bahaya dadah kepada diri dan juga orang di sekeliling mereka . Peranan Ibu BapaIbu bapa perlu melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang boleh membantu mereka mendidik anak-anak dengan sempurna agar tidak melibatkan diri dengan penyalahgunaan dadah. Peranan GuruSetiap masa , para guru perlu mengingatkan para muridnya agar tidak melibatkan diri dengan dadah .

  • sambungan.Peranan Pemimpin MasyarakatPemimpin masyarakat termasuk tokoh agama perlu sentiasa mencari jalan supaya semua anggota masyarakat berganding bahu , sepakat dan sekata untuk bersama-sama membasmi dadah . Hanya pemimpin yang benar-benar komited dengan masalah ini akan berjaya dalam membentuk generasi tanpa dadah . Peranan MajikanPihak majikan sekurang-kurangnya mengadakan pemeriksaan ujian air kencing sebulan sekali terhadap pekerja-pekerjanya bagi memastikan tempat kerja mereka bebas daripada dadah . Peranan PekerjaPekerja-pekerja memberi kerjasama sepenuhnya kepada majikan mereka sekiranya diminta menjalani ujian air kencing untuk memastikan mereka tidak terlibat dengan dadah .

  • sambungan.Peranan BeliaPara belia perlu menyedari bahawa diri mereka merupakan orang harapan untuk memimpin negara pada masa depan . Oleh itu , mereka perlu membuat persediaan diri untuk memikul tanggungjawab ini . Peranan PelajarPara pelajar menguatkan diri mereka untuk tidak melibatkan diri dengan perkara-perkara yang boleh melibatkan diri mereka dengan penyalahgunaan dadah . Slogan Katakan Tidak Kepada Dadah perlu dijadikan satu pegangan hidup kepada para pelajar .

  • sambungan.Peranan Media MassaPihak media berperanan unmtuk menyebarkan pelbagai maklumat mengenai penyalahgunaan dadah memandangkan media massa merupakan alat sebaran am yang paling utama dan bahan yang muda didapati oleh pelbagai lapisan pembaca . Peranan Pertubuhan SukarelaPertubuhan sukarela yang melibatkan diri dalam membentuk genarasi tanpa dadah perlu menyumbangkan masa , tenaga dankadangkala wang ringgit untuk mencapai misi ini . Mereka perlu bersedia untuk menempuhi segalan apa cabaran memandangkan tugas untuk membasmi dadah adalah sesuatu yang berat untuk dilakukan .

  • KESIMPULANTindakanpencegahandadahyangberkesan memerlukanpenglibatan semua golongan masyarakat. Pada zaman moden ini, golongan muda lebihbebas,terdedahkepada pengaruh asing dan merekalebih mengutamakan pandangan rakan sebaya. Dengan ini, mereka mudah terlibat dengan kegiatan yangtidaksihat. Untukdisanjungolehkawan, mereka menunjukkan keberanian denganmenghisaprokokdandadah. Sekalimerekabermula,makaamatsukarbagimereka memberhentikan amalan buruk ini.Masyarakat harus dididiksejak kecil lagi bahawa dadah itu najis, benda yang kotor dan tidak boleh disentuh.Sekiranya kita berjaya menyemai nilai ini dalamhatisanubarimereka, sebahagian daripada kejayaan pencegahan dadah akan tercapai. Kitaharus sedar bahawa tindakan kita ke arah matlamat mencegah penyalahgunaan dadah ini adalah untuk menyelamatkan bukan sahaja keluarga kita sendiri bahkan generasi muda untukmewujudkansatu bangsa yang bermaruah dan dihormati.