isu-isu etika guru

Upload: siti-aminah-mat-nawi

Post on 07-Mar-2016

250 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

ISU-ISU ETIKA GURU

ISU-ISU ETIKA GURUBERNIAGA DI SEKOLAHGuru sepatutnya melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik dalam bilik darjah dan bukannya menjalankan perniagaan di sekolah.Guru yang berniaga di sekolah melanggar etika perkhidmatan awam dan guru terikat dengan Perintah Am yang bertujuan mengawal tingkah laku dan etika pekerja dalam perkhidmatan awam.Guru yang ghairah berniaga di sekolah sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka perlu diberi teguran oleh pihak pentadbir dan mengambil tindakan sewajarnya agar tidak menjejaskan profesion perguruan.KERJAYA SAMBILANPendidik tergolong sebagai penjawat awam dan tertakluk kepada peraturan Perintah Am Kerajaan.Penjawat awam perlu memohon kebenaran untuk melakukan kerja sambilan bagi menambah pendapatan.Kelulusan hanya diberikan jika kerja sambilan itu tidak bercanggah dengan peraturan yang ditetapkan seperti tidak dilakukan dalam waktu bekerja dan tidak menjejaskan tugas.PENGURUSAN MASAGood (1973), - Perancangan masa yang berkesan sama ada secara harian, mingguan atau jangka masa panjang untuk pelbagai aktiviti seperti kuliah, belajar, riadah, tanggungjawab peribadi dan rehat.Melibatkan 2 dimensi :-Pengurusan masa untuk diri guru sendiri.Menanamkan aspek kepentingan mengurus masa kepada pelajar.PENGURUSAN KEWANGANCara menguruskan kewangan semasa bertugasKutipan wang SUWA (Sumber Wang Awam) seperti yuran pelajar, derma, sumbangan orang ramai, sewa harta sekolah seperti kantin, bas dan pelbagai hasil jualan daripada projek-projek sekolah.Guru perlu mempunyai akauntibiliti terhadap wang yang dikutip.Cara menguruskan kewangan diri sendiri dan keluargaMengamalkan sifat kesederhanaan dan berhematBerwaspada ketika berbelanja, tidak mengamalkan gaya hidup yang boros dan suka bermegah.Harus tahu membezakan antara keperluan dan kemewahan.Berbelanja secara berhemat sesuai dengan kemampuan diri.Perlu menabung untuk masa depan diri dan keluarga.