isu pentaksiran

24
ASSESSMENT IN MATHEMATICS LEARNING (KMP 6043) ISU DALAM PENTAKSIRAN : BIAS DALAM PENILAIAN OLEH : FATIMAH ANITH MUNIRAH BINTI MOHD BADRI (M20142001316)

Upload: fatimah-anith-munirah

Post on 15-Jan-2016

381 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

Isu pentksiran : Bias dalam Penilaian

TRANSCRIPT

Page 1: Isu pentaksiran

ASSESSMENT IN

MATHEMATICS LEARNING

(KMP 6043)

ISU DALAM PENTAKSIRAN :

BIAS DALAM PENILAIAN

OLEH :

FATIMAH ANITH MUNIRAH BINTI MOHD BADRI

(M20142001316)

NAMA PENSYARAH :

PROF. MADYA DR. MOHD UZI BIN DOLLAH

ISI KANDUNGAN

Page 2: Isu pentaksiran

Isu Pentaksiran : Bias Dalam Penilaian

BIL PERKARA MUKA SURAT

1

2

3

4

5

6

7

1.0 Pendahuluan

2.0 Apa itu pentaksiran?

3.0 Tujuan pentaksiran

4.0 Isu dan cabaran guru dalam pentaksiran di Malaysia

4.1 Bias dalam penilaian

4.1.1 Item soalan ujian

4.1.2 Penilaian melalui pemerhatian

4.1.3 Penilaian secara lisan

4.1.4 Penilaian melalui penulisan

4.2 Amalan birokrasi dalam penilaian

5.0 Cadangan penambahbaikan

6.0 Kesimpulan

7.0 Rujukan

3

5

6

7

8

9

10

11

12

14

16

17

2

Page 3: Isu pentaksiran

Isu Pentaksiran : Bias Dalam Penilaian

1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan di Malaysia sentiasa mengalami perubahan seiring dengan arus

kemajuan dalma evolusi pendidikan itu sendiri. Kini, pendidikan di negara kita lebih

menumpukan kepada pembangunan dan pembentukan diri pelajar secara menyeluruh.

Kebelakangan ini pentaksiran dalam bilik darjah sering diberi perhatian. Pentaksiran

dalam bilik darjah merupakan sebahagian daripada aktiviti penting dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Tujuan pentaksiran yang terpenting adalah membantu pelajar menguasai

isi kandungan pelajaran, memperbaiki pembelajaran pelajar dan pemberian gred.

Pentaksiran ini termasuklah pentaksiran bertulis atau pentaksiran secara lisan yang

dijalankan sepanjang pelajaran hinggalah yang dibuat pada akhir tahun.

Pentaksiran yang berkesan dapat membantu guru mengetahui tahap pembelajaran

pelajar dan juga keberkesanan pengajaran guru. Guru merupakan pihak utama yang

bertanggungjawab dalam pentaksiran pengajaran dan pembelajaran pelajar, oleh itu kualiti

pentaksiran bilik darjah yang diamalkan oleh guru amat diberi perhatian. Para guru perlu

mempunyai kemahiran pentaksiran tertentu bagi mengamalkan pentaksiran dengan

berkesan. Guru menggunakan pelbagai teknik pentaksiran, walaupun mereka mungkin tidak

diberi latihan yang bersesuaian dalam aspek pentaksiran dalam bilik darjah. Sehingga kini,

amalan pentaksiran dan kemahiran pentaksiran guru-guru di Malaysia kurang diketahui.

Pentaksiran merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi

pembelajaran seseorang pelajar dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti

pentaksiran dijalankan secara berterusan. Pentaksiran juga boleh digunakan untuk memberi

motivasi kepada murid. Namun, isu pentaksiran dalam pendidikan sering timbul di kalangan

guru-guru. Antaranya ialah :

a) Pentaksiran berasaskan peperiksaan

b) Bias dan amalan birokrasi dalam pentaksiran

c) Beban kerja guru yang semakin bertambah

d) Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Isu yang akan dibincangkan kali ini ialah bias dan amalan birokrasi yang terdapat

dalam pentaksiran di sekolah.

2.0 APA ITU PENTAKSIRAN?

3

Page 4: Isu pentaksiran

Isu Pentaksiran : Bias Dalam Penilaian

Pentaksiran berasal daripada perkataan Latin ‘Assidere’ yang bermaksud ‘duduk

bersama’ dengan pelajar dan mengesahkan respon yang diberi sama dengan apa yang

dimaksudkan.

Kementerian Pendidikan Malaysia mentakrifkan pentaksiran sebagai satu proses

mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat keputusan tentang produk sesuatu

proses pendidikan. Pentaksiran juga dinyatakan sebagai satu sistem operasi untuk

mengesan, membuat perbandingan dan menggerakkan perkembangan serta pencapaian

murid secara menyeluruh dan berterusan ke arah satu standard yang telah ditetapkan.

Menurut Dunn (1991), pentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat oleh

guru tentang pelajarnya dan oleh pelajar sendiri tentang kemajuan mereka.

Pentaksiran perlu dirancang dan dikendalikan oleh guru dan ianya menjadi

sebahagian daripada proses pengajaran yang diharapkan dapat memperbaiki proses

pembelajaran pelajar (Noraini Idris, 2008). Menurutnya lagi, pentaksiran dilaksanakan

secara berterusan yang bersifat formatif melibatkan guru sepenuhnya dan memberi peluang

kepada pelajar untuk menunjukkan penguasaan mereka dalam sesuatu kemahiran yang

dipelajarinya.

Seterusnya, Palomba dan Banta (1999) berpendapat bahawa pentaksiran adalah

proses pengumpulan data, membuat kajian semula dan menggunakan maklumat secara

sistematik dalam program pendidikan yang dijalankan bertujuan untuk meningkatkan

perkembangan dan pembelajaran pelajar.

Pentaksiran adalah proses yang berterusan dengan bertujuan untuk pemahaman

dan meningkatkan pembelajaran pelajar. Ianya melibatkan tanggapan dalaman dan juga

umum, menentukan kriteria dan standard untuk penbelajaran yang berkualiti dan

bersistematik. Penganalisaan data dan menghuraikan evidens juga bertujuan untuk melihat

pencapaian pelajar yang selaras dengan penggunaan kriteria dan standard yang boleh

membantu meningkatkan pencapaian pelajar (Angelo, T., 1995).

3.0 TUJUAN PENTAKSIRAN

4

Page 5: Isu pentaksiran

Isu Pentaksiran : Bias Dalam Penilaian

Pentaksiran sebagai pembelajaran menggalakkan seseorang guru menggunakan

kebijaksanaan untuk menilai kefahaman pelajar dalam proses pembelajaran, dan

seterusnya membuat perancangan untuk memperbaiki pelajar. Tujuan pentaksiran ini

adalah untuk melihat sejauh mana objektif pembelajaran telah tercapai dan sejauh mana

pengetahuan dan kemahiran telah diperoleh oleh pelajar pada akhir sesuatu sesi PdP.

Menurut Salvia dan Yseldyke, 1978 proses pengumpulan data dalam pentaksiran

bertujuan untuk mengenalpasti dan mengesan masalah pelajar untuk membuat keputusan.

Tujuan pentaksiran berdasarkan Klein (2000) pula boleh dibahagikan dalam tiga

kategori iaitu :

i) Pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) yang bertujuan

untuk memodifikasikan dan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.

ii) Pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) yang memberi

fokus kepada murid terhadap peranan mereka sebagai penghubung di antara

pentaksiran dan pembelajaran.

iii) Pentaksiran kepada pembelajaran (assessment for learning) yang berbentuk

sumatif dan digunakan untuk memastikan apa yang diketahui dan apa yang

boleh dilakukan oleh murid.

Manakala berdasarkan pendapat yang dikemukakan oleh Pierangelo, R & Giuliani G

(2006) pula, tujuan pentaksiran adalah sebagai pemeriksaan dan pengenalpastian

(screening and identification). Selain itu, mereka juga menyatakan bahawa tujuan

pentaksiran adalah untuk kelayakan dan diagnosis (eligibility and diagnosis), penempatan

dan perkembangan RPI (IEP Development and placement) serta dalam perancangan

pengajaran (instructional planning) dan juga penilaian (evaluation).

4.0 ISU DAN CABARAN GURU DALAM PENTAKSIRAN DI MALAYSIA

5

Page 6: Isu pentaksiran

Isu Pentaksiran : Bias Dalam Penilaian

4.1 Bias dalam penilaian

a) Definisi bias

Menurut The American Heritage Dictionary, bias adalah kecenderungan yang

menghalang berlakunya penilaian yang adil. Hambleton, Ronalad dan Janne (1995) pula

menyatakan bias adalah kewujudan kriteria-kriteria tertentu dalam memberi kesan berbeza

terhadap pencapaian individu dengan kebolehan yang sama dari kumpulan, etnik, jantina,

budaya dan agama yang berbeza.

Dorans dan Holland (1993) pula menyatakan jika sesuatu item itu berfungsi secara

berbeza kepada sesuatu kumpulan dengan yang lain, ia secara terang-terangan adalah

bias.

Hambleton, Ronald dan Janne (1995) pula menyifatkan bias sebagai kewujudan

kriteria-kriteria tertentu dalam memberi kesan yang berbeza terhadap pencapaian individu

dengan kebolehan yang sama dari kumpulan, etnik, jantina, budaya dan agama yang

berbeza.

Pusat Rujukan Persuratan Melayu pula menghuraikan bias sebagai kualiti

perntaksiran yang tidak adil terhadap sekumpulan pelajar disebabkan perbezaan jantina,

etnik, status sosioekonomi dan agama.

b) Definisi penilaian

Menurut Stufflebeam (1971) pula, penilaian adalah proses mengenalpasti,

memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertmbangkan

pilihan – pilihan yang ada. Penilaian lebih kepada pertimbangan profesional yang

membolehkan seseorang membuat keputusan.

Gay (1985 ) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang sistematik

semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif

yang telah ditetapkan itu tercapai.

Terry D. TenBrink (1974) pula menyatakan bahawa penilaian adalah satu proses

mendapatkan maklumat secara sistematik yang akan digunakan untuk membuat

6

Page 7: Isu pentaksiran

Isu Pentaksiran : Bias Dalam Penilaian

pertimbangan bagi menentukan nilai, kedudukan, ukuran tentang sesuatu berdasarkan

kriteria tertentu yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.

Dari sudut pengajaran dan pembelajaran, penilaian boleh didefinisikan secara

ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran

dan pembelajaran tercapai.

Penilaian bertujuan untuk :

a) Mengumpul maklumat tentang pencapaian murid selepas aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.

b) Menentukan kekuatan dan kelemahan murid bagi merancang aktiviti pengayaan

dan pemulihan.

c) Menentukan keberkesanan pengajaran guru untuk tindakan penambahbaikan.

d) Menilai kebekersanan sesuatu program.

e) Membolehkan guru menilai bahan, teknik, dan kaedah pengajaran mereka

sebagai asas meningkatkan pengajaran mereka.

f) Pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran

atau bidang dan segera pula memperbaikinya.

Kesimpulannya, bias dalam penilaian adalah ketidakadilan yang wujud dalam proses

untuk menentukan pencapaian sesuatu objektif pembelajaran.

Terdapat empat aspek yang boleh menyumbang kepada bias dalam penilaian iaitu :

a) item soalan ujian

b) penilaian melalui pemerhatian

c) penilaian secara lisan

d) penilaian melalui penulisan

4.1.1 Item soalan ujian

7

Page 8: Isu pentaksiran

Isu Pentaksiran : Bias Dalam Penilaian

Bias item soalan ujian boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Dua faktor yang sering

dikaitkan dengan bias dalam item soalan ialah jantina dan lokasi.

(i) Faktor jantina

Pelajar lelaki dan perempuan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing.

Menurut Black (1998), pelajar lelaki lebih cenderung kepada soalan yang berkaitan dengan

permainan mekanikal manakala pelajar perempuan lebih cenderung kepada set yang

menggunakan contoh dan situasi daripada anak patung atau kerja-kerja dapur. Beliau juga

menyatakan pelajar perempuan secara umumnya menunjukkan prestasi yang lebih baik

dalam soalan esei berbanding soalan objektif.

Kajian TIMSS-R (1998) pula menyatakan item yang berbentuk ayat panjang dan

memerlukan kecekapan verbal lebih memihak kepada pelajar perempuan manakala pelajar

lelaki lebih cenderung kepada item-item yang memerlukan keupayaan ‘visualization’.

Dari perspektif psikologi, pelajar lelaki dan perempuan lazimnya berbeza dalam

banyak perkara. Perbezaan ini termasuk sikap, minat, kemahiran dan personaliti. Namun

demikian dalam keadaan tertentu, lelaki dan perempuan tidak banyak perbezaannya

terutamanya dalam pencapaian matematik. Pelajar lelaki menunjukkan  pencapaian yang

tinggi dalam item penaakulan dan geometri berbanding pelajar perempuan. Pelajar

perempuan pula mempunyai kelebihan dalam item algebra aneka pilihan.

Dalam bidang matematik iaitu Nombor dan Bentuk, pelajar lelaki menunjukkan

pencapaian yang tinggi berbanding dengan pelajar perempuan. Bagi bidang perkaitan,

pelajar perempuan menunjukkan pencapaian yang lebih tinggi berbanding lelaki.

Oleh itu, bias akan berlaku jika item-item soalan yang dibina tidak seimbang dari segi

bilangan topik, bentuk soalan atau corak soalan dengan mengambil kira faktor jantina dan

kecenderungan pelajar.

(ii) Faktor lokasi sekolah

8

Page 9: Isu pentaksiran

Isu Pentaksiran : Bias Dalam Penilaian

Bias berlaku apabila satu-satu item soalan lebih cenderung kepada satu lokasi

sekolah sahaja sama ada sekolah bandar, luar bandar mahupun pedalaman. Contohnya,

item-item yang melibatkan topik insurans, pengangkutan dan teknologi adalah bias kepada

pelajar luar bandar dan pedalaman kerana persekitaran hidup mereka yang tidak terdedah

dengan perkara-perkara tersebut. Secara asasnya, item - item tersebut memerlukan

pembacaan yang luas, pengalaman hidup atau memerlukan daya pemikiran yang tinggi.

Berdasarkan pengalaman saya mengajar murid orang asli, jika diberikan beberapa

keping wang kertas dan wang syiling murid – murid menghadapi kesukaran menjawab

soalan melibatkan wang kertas berbanding syiling. Hal ini berlaku disebabkan pengetahuan

sedia ada mereka yang terhad kepada penggunaan wang syiling sahaja disebabkan oleh

taraf kesukaran hidup dan ekonomi keluarga mereka.

Oleh itu, mengenalpasti bias adalah penting untuk mendapatkan maklumat yang

mendalam tentang penguasaan pelajar mengikut bidang kemahiran matematik. Dengan

cara ini, seseorang guru dapat mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran matematik

dengan lebih berkesan. Ujian matematik yang bias memberi peluang kepada pelajar yang

memiliki kelebihan dalam sesuatu proses penilaian manakala memberi kekurangan kepada

pihak yang lain dalam menguasai bidang matematik.

4.1.2 Penilaian melalui pemerhatian

Penilaian melalui pemerhatian dilakukan ke atas hasil kerja, tingkah laku, komunikasi

dan interaksi serta tingkah laku pelajar. Ia merupakan satu alat pentaksiran yang sesuai

untuk mentaksir aspek afektif dan psikomotor pelajar.

9

PERSEKITARAN

PELAJAR PELAJAR

Page 10: Isu pentaksiran

Isu Pentaksiran : Bias Dalam Penilaian

Rajah 1.0 menunjukkan bagaimana cara pemerhatian boleh dijalankan di dalam

proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Pemerhatian guru adalah subjektif dan pemerhatian setiap guru adalah berbeza.

Pemerhatian guru adalah berdasarkan persepsi guru terhadap pelajar melalui apa yang

dilihat pada mata kasar sahaja. Persepsi guru akan mempengaruhi cara penilaian kerana

pandangan mata kasar tidak dapat membuktikan keadaan sebenar pelajar.

Selain itu, pemerhatian yang dilaksanakan mengikut sekuen dalam jangka waktu

yang berbeza juga boleh memberi dapatan yang berbeza tentang perkembangan proses

atau peristiwa, atau pendekatan murid terhadap sesuatu tugasan, masalah atau kesukaran

yang dihadapi.

4.1.3 Penilaian secara lisan

Penilaian ini dilakukan semasa interaksi antara murid dengan guru, murid dengan

rakan sebaya ataupun murid dengan bahan pengajaran. Contoh interaksi secara lisan

adalah soal jawab dan temubual mengenai pengetahuan, kemahiran dan amalan murid.

Penilaian dilakukan terhadap kefahaman konsep, kecekapan mendengar, tahap

pemikiran, pengetahuan fakta, kecekapan mencongak dan penggunaan bahasa.

10

PERSEKITARAN

BAHAN

GURU

Rajah 1.0

Page 11: Isu pentaksiran

Isu Pentaksiran : Bias Dalam Penilaian

Kemahiran lisan mengandungi dua komponen iaitu kemahiran bertutur dan

kemahiran mendengar. Contoh aktiviti yang sering dijalankan di sekolah adalah dalam

menyelesaikan masalah. Salah satu komponen menyelesaikan masalah adalah mereka

cerita berdasarkan ayat matematik yang diberi. Murid akan bercerita mengenai cerita yang

direka di hadapan kelas. Semasa menjalankan aktiviti ini, guru dapat menilai kemahiran

bertutur murid yang menyampaikan cerita manakala kemahiran mendengar pada murid lain.

Bias berlaku apabila seseorang murid kurang atau sukar memberi respon secara

lisan disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya ialah kelemahan berbahasa atau ketakutan

terhadap guru. Keadaan ini menyebabkan penilaian sukar dilakukan oleh guru kerana ia

tidak bermaksud murid tersebut tidak menguasai objektif pembelajaran berkenaan. Selain

itu, soalan yang dijawab secara beramai-ramai menyebabkan guru sukar menentukan

kefahaman individu murid.

4.1.4 Penilaian melalui penulisan

Tugasan bertulis merupakan salah satu tugasan dalam pentaksiran alternatif.

Tugasan ini memberi pelajar peluang untuk menjawab secara bebas dan

mengintepretasikan jawapan mereka dalam bentuk bertulis. Penulisan bertulis melibatkan

proses berfikir secara kreatif dan kritis pelajar di samping mengaplikasi strategi pengajaran

dan pembelajaran di dalam kelas.

Penilaian boleh dilakukan dengan menyemak tugasan yang diberikan kepada murid

dan dianggap sebagai medium yang boleh dipercayai kerana hasilnya boleh dilihat oleh

guru. Pelbagai perkara boleh dinilai seperti pengunaan bahasa, kreativiti, kaedah atau

formula yang digunakan serta kekemasan kerja.

Bias boleh berlaku disebabkan oleh persepsi guru terhadap pelajar yang akan

mempengaruhi cara pemarkahan guru. Pelbagai faktor boleh menyumbang kepada tindakan

bias guru. Antaranya kekerapan pelajar berjumpa dengan guru, kekemasan hasil kerja,

kreativiti murid serta tingkah laku pelajar dalam melaksanakan tugasan.

4.2 Amalan birokrasi dalam penilaian

11

Page 12: Isu pentaksiran

Isu Pentaksiran : Bias Dalam Penilaian

Pada dasarnya, birokrasi berasal daripada perkataan bureau yang merujuk kepada

pejabat atau tempat kerja bagi penjawat awam. Birokrasi merujuk kepada sebuah bentuk

organisasi yang berstruktur, penuh dengan prosedur dan tatacara yang perlu diikuti sebelum

mencapai tujuan atau matlamat yang ditetapkan.

Satu penyelidikan di Universiti Malaya oleh Sufean Hussin menyatakan bahawa

birokrasi adalah satu konsep pentadbiran yang menegaskan pembahagian kerja mengikut

bidang dan taraf serta kedudukan mengikut jawatan dan kuasa seseorang.

Birokrasi dalam Teori Birokrasi Maz Weber menjelaskan pegawai yang telah dilantik

dalam sesebuah organisasi mempunyai tugas atau tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Pegawai ini dibezakan melalui kedudukan perbezaan tugasan yang berlainan mengikut

kriteria tertentu iaitu kuasa. Elemen kuasa ini digunakan secara menyeluruh dalam

memperjelaskan tingkah laku pekerja dalam sistem birokrasi sesebuah organisasi, kerajaan

yang memerintah dan negara amnya.

Tan Ai Mei menyentuh mengenai isu ini dalam buku beliau bertajuk ‘Pentaksiran

Berasaskan Sekolah (PBS) di Malaysia : Kesediaan Guru, Isu dan Panduan Pelaksanaan’

(2010). Beliau menyatakan pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mahupun Pejabat

Pendidikan Daerah (PPD) ada membuat pemantauan mengenai pelaksanaan pentaksiran di

sekolah tetapi hanya secara bertulis iaitu memeriksa laporan-laporan yang telah pun

difailkan.

Beliau juga berpendapat pemantauan secara amali atau semasa proses

pelaksanaan pentaksiran kurang dilakukan di sekolah-sekolah. Pemantauan secara amali ini

penting bagi melihat sendiri pelaksanaan pentaksiran oleh guru-guru dan membuat

penambahbaikan. Ini kerana jadual pemantauan telah pun disediakan di awal tahun lagi

namun pelaksanaannya tidak mengikut seperti mana yang dijadualkan.

Berdasarkan pemerhatian saya, pendapat Tan Ai Mei ini ada juga asasnya. Ini

kerana, pemantau – pemantau yang hadir ke sekolah lazimnya sering menitikberatkan soal

dokumentasi yang dibuat atas setiap aktiviti yang dijalankan. Laporan dokumentasi inilah

yang dicetak dan diperiksa oleh mereka tanpa memeriksa perjalanan program tersebut. Hal

ini mendorong guru – guru lebih memberikan fokus kepada laporan dokumentasi sehingga

mengabaikan tujuan sebenar setiap pentaksiran yang dijalankan dan impaknya terhadap

murid.

12

Page 13: Isu pentaksiran

Isu Pentaksiran : Bias Dalam Penilaian

Hasil temu bual bersama Intan Sofea, salah seorang guru matematik sekolah rendah

di Malaysia mengatakan bahawa guru diminta memberi gred yang baik kepada pelajar

sebagai salah satu keperluan mengisi markah. Perkara ini berlaku bagi mengelakkan

pertikaian dan soal jawab dengan pihak atasan yang datang memantau ke sekolah.

Mohd Norarif, salah seorang guru yang telah berkhidmat selama lebih 15 tahun juga

turut menyuarakan pendapat beliau mengenai pelaksanaan pentaksiran di sekolah beliau.

Menurut beliau, pemantauan pelaksanaan pentaksiran oleh pihak atasan yang lebih

memberi tumpuan terhadap laporan bertulis telah banyak mewujudkan isu mengenai

akauntabiliti penilaian berkenaan. Ini berlaku kerana pemantauan tidak dijalankan pada

tahap amali ataupun proses pentaksiran itu sendiri namun lebih kepada hasil akhir yang

diperoleh.

Amalan birokrasi dalam sistem pendidikan di Malaysia turut menyumbang kepada

ketidaktelusan penilaian yang dijalankan di sekolah. Kurikulum telah dibina oleh pihak

atasan namun pelaksanaannya 100% terletak di tangan guru. Keputusan yang dibuat tanpa

melibatkan para guru turut menyebabkan berlakunya perubahan atas desakan pihak atasan

dan bukannya berdasarkan pencapaian dan kebolehan pelajar itu sendiri.

5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

13

Page 14: Isu pentaksiran

Isu Pentaksiran : Bias Dalam Penilaian

a) Mewujudkan garis panduan yang lengkap

Bagi meningkatkan kualiti penilaian yang dilakukan oleh guru seterusnya

mengurangkan bias dalam penilaian, salah satu cara yag saya rasakan berkesan ialah

dengan mewujudkan satu garis panduan yang lengkap yang mengandungi maklumat

terperinci mengenai pentaksiran. Antara kandungan yang perlu dititikberatkan ialah ciri – ciri

penilaian yang standard, sistem pemarkahan serta aspek – aspek yang perlu dinilai.

Pada pendapat saya, penerangan jelas mengenai pemarkahan juga perlu

dimaklumkan kepada ibu bapa dan pelajar bagi mengelakkan tanggapan sesetengah ibu

bapa mengenai isu bias dalam memberi markah. Penerangan ini termasuklah ciri - ciri

penilaian yang diambil kira dan bagaimana sesuatu penilaian diberi markah.

Bagi mengelakkan bias dalam item soalan ujian, satu buku contoh soalan dan

jawapan perlu diwujudkan sebagai panduan bukan sahaja kepada guru – guru malah boleh

digunakan oleh murid – murid dalam mempersiapkan diri menghadapi ujian yang bakal

diduduki. Buku ini juga sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa memahami dengan lebih

terperinci mengenai bentuk – bentuk soalan yang akan dikeluarkan dalam ujian yang

dijalankan.

b) Cara kerja yang berstrategik dan terancang

Bias terhadap penilaian melalui pemerhatian juga boleh dikurangkan dengan

menggunakan strategi, cara serta kriteria tertentu. Antaranya ialah penilaian seharusnya

dilaksanakan secara berterusan dengan terancang dan sistematik. Selain itu, penggunaan

instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot serta rubrik yang merangkumi aspek

kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran juga boleh digunakan sebagai panduan.

Perancangan untuk membuat sesuatu pemerhatian perlu rapi dan bersistem bagi

mencapai matlamat pemerthatian atau tugasan. Cara merekod juga perlu dinyatakan

dengan jelas bagi menjamin kebekersanan seluruh proses pemerhatian terebut.

c) Tindakan susulan

14

Page 15: Isu pentaksiran

Isu Pentaksiran : Bias Dalam Penilaian

Tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian perlu diambil dengan segera bagi

membentuk aktiviti pengukuhan, pemulihan atau pengayaan. Antara langkah-langkah yang

boleh dilaksanakan ialah mengubahsuai objektif pengajaran dan pembelajaran mengikut

tahap kebolehan pelajar. Untuk memperoleh maklumat tentang pencapaian pelajar, guru-

guru  harus menilai semua peringkat hasil pembelajaran iaitu pengetahuan, kefahaman,

aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

                 Seterusnya, guru-guru boleh mempelbagaikan teknik pengajaran supaya selaras

dengan kebolehan pelajar. Guru-guru juga boleh menggunakan sumber pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai dan menarik serta mengikut  kebolehan dan minat pelajar. Selain

itu, guru perlu memberi bimbingan kepada pelajar secara individu dan kumpulan.  Melalui

analisis prestasi pelajar dan maklum balas kepada pelajar, guru harus mengambil tindakan

yang sesuai untuk menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran seperti yang

ditunjukkan dalam pencapaian hasil pembelajaran.

d) Jangka masa penilaian

Jangka masa dalam menilai murid juga hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan

keperluan murid. Persepsi guru terhadap seseorang murid sering dipengaruhi oleh tahap

kecerdasan murid. Setiap guru perlu sedar bahawa sesetengah murid mengambil masa

yang lebih lama untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran berbanding

rakannya yang lain. Seorang guru perlu bijak memaksimumkan potensi setiap muridnya

dalam membantu mereka mengadaptasi pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dalam

masa yang ditetapkan.

e) Kesediaan dan pengetahuan guru

Seorang guru perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang

tugasnya dan prihatin terhadap persekitarannya. Mereka harus peka terhadap perubahan

yang berkaitan dengan bahan dan pembelajaran. Kriteria – kriteria ini perlu ada dalam diri

setiap guru bagi meningkatkan kualiti seorang guru sebagai pegawai penilai yang baik.

6.0 KESIMPULAN

15

Page 16: Isu pentaksiran

Isu Pentaksiran : Bias Dalam Penilaian

Berdasarkan isu yang telah dibincangkan, pentaksiran sebenarnya merupakan satu

proses yang penting dalam dunia pendidikan kita masa kini. Pihak sekolah dan ibu bapa

khususnya dapat melihat dan menilai kebolehan, kekuatan dan kelemahan murid dengan

adanya pentaksiran. Namun, pentaksiran yang dijalankan haruslah merangkumi pelbagai

aspek dan berbentuk holistik tanpa berlakunya bias.

Langkah-langkah penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru dalam bilik

darjah merupakan dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan.  Jesteru, kecekapan guru dalam membangunkan instrument pengujian dan

penilaian amat penting malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap

kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. 

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran hasil daripada  aktiviti pentaksiran,

pengujian dan penilaian yang baik juga bukan sahaja memberikan satu kejayaan kepada

guru malah  kepada murid-murid yang diajar.  Maka, guru-guru  perlulah mengaplikasikan

atau mempraktikkan konsep-konsep ini dengan sebaiknya.di sekolah.

Oleh itu, guru yang merupakan golongan terpenting dalam mentafsir murid perlu

mempunyai pengetahuan yang cukup dalam bidang pentaksiran dan kandungan subjek

yang diajar. Guru haruslah teliti dalam menjalankan pentaksiran terhadap murid bagi

memastikan tiada murid yang akan tercicir dalam pembelajaran. Pentaksiran yang berkualiti

akan dapat menyumbang kepada pembentukan murid yang berkualiti dan berkemahiran dari

semua aspek serta dapat membantu modal insan yang kreatif dan kritis.

7.0 RUJUKAN

16

Page 17: Isu pentaksiran

Isu Pentaksiran : Bias Dalam Penilaian

Azis Nik Pa & Noraini Idris (2008). Perjuangan memperkasakan pendidikan di Malaysia:

pengalaman 50 tahun merdeka. Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications

Mahmud Taib (1992). Kemajuan Pentadbiran Awam Di Malaysia. Kuala Lumpur : Institut

Tadbiran Awam Negara (INTAN)

Noraini Idris (2005). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur : Penerbit

Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Sanitah Mohd Yusof dan Norsiwati Ibrahim. (2012). Kesediaan Guru Matematik Tahun Satu

Dalam Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Di Daerah Kluang.

Journal of Science and Mathematics Education, 6, 26-38.

Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor : Penerbitan

Multimedia Sdn. Bhd.

Tan Ai Mei (2010). Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Malaysia : Kesediaan Guru,

Isu dan Panduan Pelaksanaan. Kuala Lumpur : Gerakbudaya Enterprise

A Creative Writing Assignment

http://homeschooling.suite101.com/article.cfm/

a_creative_writing_assignment#ixzz0LZSAUOZJ

Buku Panduan Pembinaan Item

http://issuu.com/ciktomawang/docs/pembinaan_item_buku_lengkap

Characteristics of Effective Assessment

http://vels.vcaa.vic.edu.au/support/tla/effective_assess.html

Ujian Lebih Flesibel Sesuai Di Sekolah Rendah

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2010&dt=1011&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm

17