jelaskan peranan ibu bapa dalam membentuk masyarakat penyayang
TRANSCRIPT
Jelaskan peranan ibu bapa dalam membentuk masyarakat penyayang.
Pada alaf baru ini, ibu bapa memberi peranan yang penting kepadamasyarakat dan
negara. Media cetak mahupun media elektronik seringmenyiarkan isu ini. Dalam kalangan
ibu bapa dalam masyarakat ini selaludiberi perhatian oleh orang ramai terutamanya kerajaan.
Menurut PerdanaMenteri Malaysia ke-5 Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad
Batawimemberitahu bahawa membentuk masyarakat penyayang amat pentingsekali.
Oleh itu, terdapat pelbagai langkah-langkah yang boleh diambil untukmembentuk masyarakat
penyayang.
Sehubungan dengan hal itu, ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayangkepada
anak-anak. Namun begitu, terdapat kalangan ibu bapa yangmengabaikan anak-anak mereka.
Hal ini kerana, ibu bapa tersebut lebihmementingkan kemewahan hidaup dan kekayaan. Oleh
itu, ibu bapaseharusnya meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak mereka padaalaf
globalisasi ini. Di sini saya memberi contoh ibu bapa boleh membawaanak-anak mereka
semasa cuti sekolah untuk meneratkan hubungan danmengurangan tekanan anak-anak dalam
aspek pembelajaran serta ibu bapa.Jadi, impian ibu bapa atau negara untuk membentuk
masyarakat penyayangakan tercapai jua.
Sejajar dengan itu, ibu bapa sewajarnya memberi didikan agama kepadaanak-anak
semenjak kecil lagi. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah darirebungnya”. Sebaliknya,
ibu bapa mengagung-agungkan kemodenansehingga mengabaikan anak-anak dalam didikan
agama. Hal ini kerana,mereka beranggapan didikan agama tidak penting dalam arus
kemajuanteknologi satelit masa kini. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya menerapkan
didikanagama kepada anak-anak mereka. Misalnya, menggalakkan anak-anakmengikut kelas
kifayah supaya anak-anak akan menjadi insan yang berakhlak mulaia. Di samping itu, mereka
seharusnya memberikan pengajaran yang baikkepada anak-anak mereka ketika anak-anak itu
masih dalam buaian lagi.Jelaslah, hasrat ibu bapa dalam melahirkan generasi yang berguna
akanmenjadi kenyataan pada suatu hari nanti.
Malahan, ibubapa haruslah menyediakan semua keperluan atau kemudahankepada
anak mereka. Penyediaan tempat belajar yang sesuai amat penting.Begitu juga dengan
hubungan ayah dan ibu yang mesra tanpa sebarangmasalah sudah pasti akan memberi
keselesaan kepada anak untuk menjadimanusia yang penyayang. Ringkasnya, sikap ibubapa
yang sebegini mampumelahirkan satu generasi muda yang penyayang di negara ini.
Seiring dengan itu, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yangbaik
kepada anak-anak. Namun demikian, terdapat kalangan ibu bapa yangberperangai buruk.
Contohnya, menjadi penangih dadah, pencuri, penjengah,perogol dan sebagainya. Hal ini
jelas, mereka akan mengalami kesempatan wang dan tekanan emosi. Bak kata pepatah “
bagai acuan begitulah kuihnya”.Hal ini demikian, ibu bapa perlu menunjukkan sikap yang
baik kepada anak-anak sejak kecil lagi. Umpamanya, mengamalkan tabiat rajin membaca
bukudi hadapan anak-anak. Lama-kelamaan tabiat ini dalam kalangan generasimuda akan
mengikut tabiat yang positif ini. Ringkasnya, peranan ibu bapaamatlah besar dalam
melahirkan masyarakat yang berguna pada alafglobalisasi ini.
Tuntasnya, semua pihak sewajarnya memberikan kerjasama kepada pihakkerajaan
dan pihak swasta. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yangterpenting untuk
memupuk masyarakat penyayng. Justeru, peribahasa “bagaiaur dengan tebing” hendaklah
diamalkan oleh semua warganegara Malaysiaterutamanya generasi muda sejak belakangan
ini
Kepentingan permainan tradisional
Pada era pascamodenisasi ini, rakyat kita telah menikmati pelbagai kemajuan dan pembangunan fizikal
yang pesat. Ironinya pelbagai warisan nenek moyang kita semakin dipinggirkan oleh masyarakat kita,
terutamanya golongan muda. Salah satu khazanah kebudayaan kita yang semakin luntur dalam gaya
hidup yang moden ini ialah permainan tradisional kita yang terdiri daripada congkak, wau, gasing dan
sebagainya. Walhasil, generasi muda tidak pernah disedarkan tentang kepentingan permainan
tradisional kepada bangsa dan Negara.
Salah satu kemaslahatan permainan tradisional ialah permainan ini merupakan kebanggaan aset budaya
bangsa Malaysia. Hal ini demikian kerana permainan tradisional adalah ciptaan nenek moyang kita yang
melambangkan ciri-ciri kebudayaan bangsa kita. Permainan tradisional tidak boleh disamakan dengan
permainan elektronik atau permainan siber. Alat permainan tradisional juga merupakan satu seni budaya
yang amat unik dan terunggul. Sebagai contohnya, wau bulan telah dihias dengan kertas warna-warni
yang dilukis dan digunting dengan cantik nian. Jika permainan tradisional kita telah lenyap di bumi kita,
apakah kebudayaan yang dapat memperlihatkan maruah bangsa kita? Ingatlah peribahasa, “sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”
Tambahan pula, permainan tradisional juga merupakan satu daya tarikan yang signifikan dalam industri
pelancongan. Selain menyaksikan pemandangan alam semula jadi yang indah dan menikmati juadah
yang lazat di negara kita, para pelancong pasti ingin menghayati corak budaya kita yang berwarna-
warni. Lantarannya, permainan tradisional berupaya memukau hati pelancong yang melawat ke
Malaysia. Tak kenal maka tak cinta. Setelah diperkenalkan kepada pelancong, lazimnya mereka akan
berminat dan turut bermain dengan seronoknya terhadap permainan tradisional. Rentetan daripada itu,
hotel- hotel lima bintang dan pusat peranginan yang terkemuka di negara kita patut menyediakan tapak
dan alat permainan tradisional kepada pelancongan asing kita. Hal ini bukan sahaja dapat
memangkinkan industri pelancongan tetapi juga memperkenalkan kebudayaan kepada bangsa lain,
seperti peribahasa, “serampang dua mata.”
Lebih-lebih lagi, permainan tradisional dapat mengukuhkan hubungan masyarakat kita yang berbilang
bangsa dan sentiasa sibuk mengejar kekayaan duniawi. Dengan adanya permainan tradisional itu,
pelbagai kaum dalam masyarakat kita dapat bermain bersama secara beramai-ramai. Tamsilnya,
terdapat kawasan lapang yang sering dibanjiri oleh orang ramai untuk bermain layang-layang. Peminat
itu tidak mengira bangsa dan budaya tetapi bersama-sama memperlihatkan lelayang yang beraneka
corak . Mereka juga berkongsi idea dan pendapat tentang lelayang mereka. Tidak hairanlah akan
tercetusnya suasana yang muhibah harmoni dalam masyarakat. Mereka dapat melegakan tekanan dan
menghabiskan masa bersama dengan keluarga sendiri. Senario ini jauh lebih baik daripada individu
yang asyik bermain permainan komputer di kamar sendiri tanpa berinteraksi dengan orang lain.
Natijahnya, permainan tradisional merupakan khazanah warisan yang tidak ternilai. Oleh itu generasi
mudah bertanggungjawab untuk melestarikan khazanah ini daripada generasi kepada generasi, seperti
peribahasa, “Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.” Walaupun zaman beredar, tetapi segala
warisan yang baik dan sejati perlu diperkukuh supaya bangsa kita tidak digelar sebagai etnik yang tidak
berakar umbi dan sentiasa terhanyut oleh arus globalisasi.
Cara-cara untuk Mengembangkan Permainan Tradisional di Negara Kita
Dasawarsa ini, negara kita sedang menempuh arus globalisasi dan modenisasi sehingga negara kita
mengalami pembangunan yang pesat sekali. Sehubungan dengan itu, permainan tradisional turut
dipandang enteng dan dikesisikan oleh masyarakat kita daripada arus perdana. Hal ini berkait rapat
dengan perkembangan permainan komputer dan permainan siber yang popular dalam kalangan remaja
dan belia kita. Adakah kita sanggup membiarkan khazanah kebudayaan kita ditelan dalam pengedaran
zaman dan lenyap dalam bumi kita? Tepuk dada tanya selera. Sebelum nasi menjadi bubur, kita perlu
mencari pendekatan yang efisien untuk membangkit permainan tradisional di negara kita semula.
Seperti peribahasa, “di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh.”
Sesungguhnya, Kempen Cintai Permainan Tradisional merupakan salah satu alternatif yang ampuh
untuk mengembang permainan ini di negara kita. Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan
dan Kesenian Negara secara besar-besaran dengan kerjasama pihak media massa, terutamanya media
cetak dan media elektronik, iaitu surat khabar dan pihak televisyen. Pihak berkenaan perlu menyiarkan
dokumentari dan rencana untuk memperkenalkan permainan tradisional di negara kita, seperti wau,
gasing, congkak dan lain-lain. Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain, pihak media perlu
menyedarkan orang ramai tentang kepentingan permainan tradisional kepada masyarakat dan negara.
Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan karang-mengarang,
pameran, dan peraduan poster dan sebagainya. Bak kata peribahasa, “ tak kenal maka tak cinta.”
Lantarannya golongan muda pasti terpengaruh dan berminat terhadap permainan tradisional kita.
Selain itu, pihak kerajaan perlu menjadikan permainan tradisional sebagai kegiatan kokurikulum di
sekolah. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah harus digalakkan supaya menubuhkan kelab atau
persatuan permainan tradisional. Berpaksikan kelab permainan tradisional, pelajar boleh diajar tentang
cara membuat alat permainan, cara bermain dan lain-lain lagi. Setelah disuntik ilmu itu, pelajar akan
berminat untuk melibati permainan tradisional tersebut. Generasi muda merupakan tunjang yang bakal
mewarisi pucuk kepimpinan dan mewarnai masyarakat kita kelak. Pelibatan pelajar secara langsung
dalam permainan tradisional pasti dapat memajukan permainan tersebut di tanah air kita daripada
membiarkan seni budaya kita terus lenyap dan pupus begitu sahaja. Bak kata peribahasa, “di mana
ada kemahuan, di situ ada jalan”. Atas komitmen pihak sekolah, putera-puteri yang sedang berjuang
dalam medan ilmu pengetahuan dapat bergiat aktif dalam permainan tradisional untuk melegakan
tekanan sebagai kegiatan riadah.
Sementelahan pula, pertandingan merupakan inisiatif yang dominan untuk membangkit permainan
tradisional dalam masyarakat kita. Hal ini demikian kerana sebagai fitrah, manusia memang suka
bertanding dan berlaga. Lantarannya, pihak Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Negara, Jabatan
Pelancongan Malaysia dan agensi kerajaan boleh bergabung dengan korporat seperti Proton, TM Net dan
Maxis menganjurkan pertandingan permainan tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan
hingga antarabangsa. Salah satu contoh yang terbaik ialah Festival Layang-layang Antarabangsa di
Pasir Gudang , Johor. Pertandingan layang-layang itu berjaya menarik peminat-peminat permainan
tersebut dari seluruh dunia untuk mengambil bahagian. Hal ini berjaya mempromosikan pelancongan
dan permainan tradisional kepada pelancong asing, selaras dengan peribahasa, “menyelam sambil
minum air”.
Secara intihanya, permainan tradisional harus dilestarikan supaya tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang
dek panas. Jika semua pihak bersikap acuh tak acuh dan hanya melepaskan batuk di tangga, khazanah
budaya kita pasti akan lenyap di bumi kita. Ingatlah peribahasa, “Sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna.”
Karangan Ramalam SPM 5 - Industri Desa
Pada alaf baharu ini, sektor perindustrian diberikan tumpuan yang sepenuhmya
untuk menjana ekonomi negara. Namun, kebanyakan pihak tidak sedar bahawa
industri desa yang juga mampu meningkatkan ekonomi negara semakin
dipinggirkan. Sebenarnya, industri ini berpotensi tinggi untuk dimajukan dan
dijangka akan memberi banyak sumbangan dalam ekonomi negara. Industri desa
merupakan wadah bagi menghasilkan kerja tangan yang dibuat oleh penduduk desa
yang masih menggunakan teknik tradisional yang diwarisi sejak zaman nenek
moyang mereka.
Memang tidak dapat disangkal bahawa industri desa merupakan salah satu industri
yang berperanan penting di Malaysia. Kebanyakan penduduk di luar bandar tidak
mempunyai pekerjaan yang tetap dan ada dalam kalangan mereka terpaksa bekerja
dari siang malam semata-mata untuk menyara keluarga mereka. Mereka hidup
dalam keadaan yang serba kekurangan dan ada kalanya mereka hanya mengisi
perut dengan ubi kayu. Kehidupan mereka di kawasan pedalaman diibaratkan kais
pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jika industri desa ini dimajukan,
maka peluang pekerjaan akan bertambah dan seterusnya taraf kehidupan penduduk
desa dapat ditingkatkan kerana di mana ada gula, di situ ada semut. Selain itu,
indusri desa yang kaya dengan budaya Malaysia yang tak lekang dek panas, tak
lapuk dek hujan juga dapat membantu dalam usaha menarik pelancong asing
berkunjung ke negara kita.
Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada
jalannya. Industri desa di negara kita sememangnya dapat dimajukan jika pihak
kerajaan dan pihak yang terlibat mengambil inisiatif untuk mengusahakannya.
Pihak kerajaan harus sentiasa memberi sokongan dan bantuan kewangan bagi
merealisasikan industri desa sebagai penggerak perkembangan dan pertumbuhan
ekonomi yang mantap. Industri ini harus diberikan nafas baharu melalui suntikan
teknologi moden untuk meningkatkan produktiviti supaya industri ini mampu
menembusi pasaran dunia sekali gus meningkatkan pendapatan negara kita.
Masyarakat kita juga harus mengiktiraf industri desa sebagai satu industri yang
mampu memberi sumbangan dalam pembangunan negara. Industri ini dijangka
akan mendatangkan pulangan yang lumayan dalam masa lima tahun jika kerajaan
sanggup peruntukan yang lebih besar kepada industri ini.
Di samping itu, konsep jualan hasil industri desa melalui orang tengah harus
digantikan dengan konsep jualan langsung kerana kebanyakan sikap orang tengah
diibaratkan enau di dalam belukar melapaskan pucuk masing-
masing. Mereka mengaut keuntungan yang banyak dengan menjual hasil industri
desa dengan harga yang tinggi kepada pengusaha-pengusaha di bandar. Oleh itu,
industri desa haruslah bekerjasama dengan badan kerajaan bagai aur dengan
tebing bagi menghidupkan industri desa ini. Sebaik-baiknya, industri ini harus
diuruskan oleh anak-anak kampung yang berpendidikan supaya mereka berpeluang
berbakti kepada tempat kelahiran mereka tanpa perlunya berpindah ke bandar
untuk mencari nafkah hidup. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan berperanan
penting dalam usaha menggalakkan generasi muda masa ini untuk menceburi
industri desa supaya industri ini dapat berkembang ke seluruh pelosok dunia dan
Malaysia mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-
negara lain.
Dalam usaha memajukan industri desa, para pengusaha perlulah menimba ilmu
pengetahuan serta kemahiran dari negara-negara jiran, seperti Indonesia dan
Thailand yang banyak menghasilkan produk tempatan yang berkualiti. Negara kita
haruslah bertukar-tukar pendapat dengan negara yang maju dalam industri desa
dan mendapat khidmat nasihat daripada golongan profesional dalam bidang ini
untuk meningkatkan produktiviti industri luar bandar di negara kita. Selain itu,kita
harus pandai mengambil yang jernih dan buang yang keruh dengan
menjadikan kejayaan negara-negara lain dalam industri desa sebagai rujukan untuk
menjayakan industri ini di negara kita sendiri. Industri desa hendaklah
ditransformasi kepada pelbagai perusahaan daripada berbentuk tradisional kepada
jenis penghasilan produk yang lebih kreatif dan inovatif untuk menarik hati dan
mengagumkan para pembeli. JIka usaha memajukan industri desa dilakukan secara
sistematik mengikuti prosedur-prosedur yang disediakan, maka suatu hari nanti
industri desa akan mendahului segala industri yang bertaraf antarabangsa.
Bukan itu sahaja, pihak kerajaan haruslah bekerjasama dengan sektor swasta untuk
memaksimumkan hasil pengeluaran industri desa. Kita tidak boleh bergantung
sepenuhnya pada pihak kerajaan untuk menghidupkan industri desa
kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Kedua-dua pihak ini
haruslah berganding bahu untuk memperkenalkan produk tradisional secara
komersial kepada dunia luar. Mesin yang lebih canggih harus dibekalkan kepada
pengusaha industri desa supaya produk industri desa seperti kraf tangan yang
dihasilkan lebih berkualiti. Bekalan produk yang bermutu tinggi sememangnya
akan mendapat sambutan yang baik daripada para pembeli di negara kita mahupun
pembeli dari negara asing. Penggunaan mesin juga dapat mempercepat proses
pengeluaran produk dan meningkatkan kuantiti barangan industri desa yang
dihasilkan. Dengan ini, hasil-hasil industri desa dapat dibekalkan kepada pembeli
ataupun para pengusaha secara berterusan.
Konklusinya, industri desa sememangnya dapat memberi nafas baharu kepada
masyarakat luar bandar dan seterusnya meningkatkan pendapatan per kapita
negara. Oleh itu, pihak yang terbabit harus sentiasa memastikan bahawa penduduk
di kawasan luar bandar diberikan bantuan dan kemudahan yang secukupnya untuk
meningkatkan hasil industri desa. Para pengusaha industri ini juga harus
melakukan anjakan paradigma selaras dengan keadaan semasa supaya industri
desa di negara kita dapat dimajukan ke tahap yang maksimum dan mampu
mengharumkan nama Malaysia di arena antarabangsa. Malaysia Boleh!
Sumbangan Wanita Dalam Pembangunan Negara
Masyarakat tidak seharusnya mendiskriminasikan insan bernama wanita atas dasar
kejantinaannya, sebaliknya perlu menghormati hak mereka dengan melindungi dan memberi
pengiktirafan sebagai individu yang mempunyai status sosial, ekonomi dan politik yang
sama. Ini kerana wanita hari ini mempunyai kebolehan untuk memberi sumbangan dalam
pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.
Pada masa dahulu, ramai menganggap wanita mempunyai peranan yang terhad dalam
masyarakat. Golongan ini dikatakan hanya berfungsi sebagai ibu dan isteri dan melibatkan
diri dalam beberapa bidang pekerjaan tertentu seperti guru, kerani, atau jururawat. Ini
disebabkan pada masa tersebut, wanita hanya berpeluang mendapat pendidikan asas tentang
selok-belok urusan rumah tangga seperti memasak dan menjahit di samping mempelajari
kemahiran sokongan seperti mengajar, menaip dan kejururawatan. Pada masa yang sama,
jawatan dalam pekerjaan luar rumah yang melibatkan penggubalan dasar dan membuat
keputusan sama ada dalam sektor awam atau swasta dipegang oleh kaum lelaki. Bermakna,
wanita tidak diberi hak yang sama dengan lelaki dalam pendidikan serta peluang pekerjaan
khususnya memegang jawatan tinggi sama ada dalam sektor awam atau swasta.
Pada masa kini, pandangan terhadap peranan wanita dalam masyarakat telah berubah. Setiap
individu tanpa mengira jantina mempunyai hak yang sama. Dari segi undang-undang, wanita
mendapat peluang dan status yang sama dengan lelaki dalam hal seperti hak pendidikan,
kebajikan serta peluang pekerjaan dalam semua bidang di sektor awam dan swasta, termasuk
politik. Kerajaan telah mengiktiraf hak-hak wanita dengan penggubalan Dasar Wanita Negara
pada tahun 1989.
Masyarakat kita menghormati hak wanita kerana wanita adalah seorang ibu dan isteri dan
merupakan tonggak dalam keluarga yang sejahtera. Mereka bertanggungjawab memelihara
dan mengasuh anak-anak dan menguruskan rumahtangga. Wanita juga banyak
menyumbangkan tenaga memberikan penjagaan kepada warga tua, iaitu ibu bapa atau
saudara mara yang telah uzur. Walaupun sumbangan wanita dalam kekeluargaan ini dianggap
sebagai amalan tradisional dan biasa dalam masyarakat kita, namun pengiktirafan perlu
diberikan kepada mereka.
Selain memikul tanggungjawab kekeluargaan, wanita turut melibatkan diri dalam aktiviti
ekonomi di luar rumah. Ada yang bekerja sepenuh masa dalam pelbagai bidang pekerjaan
seperti pengarah, pengurus syarikat, pegawai pentadbir, operator pengeluaran, peguam, guru,
doktor, jurutera, jurujual atau ahli politik. Tidak ketinggalan juga ada sebahagian daripada
wanita yang sanggup mengambil upah membuat kerja di rumah seperti menjahit atau
membuat kraf tangan atau berniaga secara kecil-kecilan di gerai dan warung-warung demi
untuk melengkapkan dana dan keselesaan hidup berumahtangga.
Sebahagian besar wanita hari ini telah berjaya dalam kerjayanya di luar rumah tanpa
mengorbankan kesejahteraan keluarga. Namun begitu, dalam masyarakat kita , golongan ini
masih menghadapi masalah sosial apabila haknya tidak dihormati oleh lelaki serta
keluarganya sendiri.
WABAK PENYAKIT
Dunia sekarang dilanda dengan pelbagai jenis penyakit berjangkit. Bincangkan cara-cara
untuk menghalangnya daripada terus merebak dalam kalangan masyrakat di negara kita ini.
Baru-baru ini, sarwajagat telah digemparkan dengan krisis penyakit berjangkit yang boleh
membawa maut. Malah, penyakit berjangkit boleh merebak melalui sistem pernafasan seperti
air liur, bersin dan lain-lain.Sebagai contoh, antara penyakit berjangkit yang ditakuti ialah
H1N1, SARS,JE dan sebagainya.Justeru, pelbagai alternatif perlu diambil bagi mencegah
penyakit berjangkit ini daripada terus merebak dalam kalangan rakyat di negara ini.
Antara langkah bagi menangani penyakit berjangkit ini daripada bertambah kronik adalah
dengan memastikan kebersihan diri kita sentiasa terjaga. Hal ini berlaku demikian kerana
sesetengah wabak penyakit dapat berjangkit secara tidak langsung iaitu melalui sentuhan,
memegang atau menggunakan sebarang peralatan yang pernah digunakan oleh individu yang
telah dijangkiti penyakit tersebut. Dengan ini, kita akan terhindar daripada dijangkiti oleh
penyakit berbahaya tersebut.Sebagai contoh, kita perlulah menggunakan sabun semasa
membasuh tangan kita sebelum makan.Oleh yang demikian, langkah ini perlu diamalkan oleh
semua orang bagi menghindari serta melindungi diri mereka daripada dijangkiti sebarang
penyakit berjangkit.
Selain itu, kita juga perlu mengelakkan diri daripada mengunjungi tempat-tempat awam
sekiranya tiada urusan penting. Hal ini berlaku demikian kerana sesetengah penyakit
berjangkit seperti H1N1(Selesema Babi) boleh merebak melalui pernafasan. Sehubungan
dengan itu, risiko untuk seseorang itu dijangkiti wabak berjangkit adalah minimum. Sebagai
contoh, tempat-tempat yang perlu dielakkan ialah pusat membeli belah, taman-taman
permainan dan sebagainya. Justeru, menjauhi tempat-tempat awam merupakan pilihan yang
tepat bagi mengelakkan penyakit berjangkit daripada mengancam nyawa kita.
Seterusnya, kerajaan juga boleh menangani musibah ini dengan menyekat kemasukan para
wisatawan yang disyaki dijangkiti penyakit berjangkit. Hal ini kerana para wisatawan dari
negara luar yang datang ke negara ini boleh menjadi faktor utama yang menyebarkan virus
penyakit berjangkit ini. Justeru, penyebaran penyakit ini akan dapat serba sedikit
dikurangkan. Tamsilnya, pihak berkuasa yang menjaga pintu masuk lapangan terbang kita
hendaklah mengetatkan lagi pemeriksaan kesihatan ke atas para wisatawan ini. Intihanya,
kerjasama daripada mereka dapat membantu mengurangkan penyakit ini daripada terus
menular ke negara kita.
Konklusinya, dapatlah dirumuskan bahawa pelbagai langkah perlu diambil oleh semua
lapisan masyarakat bagi mencegah penularan penyakit berjangkit ini. Selain itu,kita
hendaklah mengamalkan gaya hidup yang sihat. Gaya hidup yang sihat akan melahirkan
tubuh yang sihat yang mampu melawan penyakit berjangkit.Sesungguhnya, mencegah itu
lebih baik daripada merawat dan janganlah kita menyesal apabila kita telah disahkan
menghidapi penyakit berjangkit disebabkan kecuaian kita kerana ‘Sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tiada gunanya’.
Karya sastera mampu mencorakkan minda pembaca.Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut
Karya sastera merujuk hasilpenulisan yang meninggikan budaya sesuatumasyarakatitu.Karya yang berunsur sastera juga dikatakan mempunyai unsurpengajaran positifdan mampu memberi satu kesedaran kepada setiappembacanya. Sajak, novel, pantun, gurindam, cerpen dan seloka antara contohkarya sastera.Sememangnya karya sebegini berupaya untuk mematangkanpemikiran seseorang itu terutama golongan remaja.
Karya sastera sering mengupas kemelutsosialyang sudah berlaku,sedangberlaku,dan mungkin bakal berlaku dalam sesebuah masyarakat.Keadaan inimenyebabkan pembaca mengetahui sesuatu kemelutitu dengan lebih baik danfaham impak yang timbul.Pembaca tidak lagi melihatkemeluthanya daripadasatu
aspek sahaja tetapi memahami dan mengakui pelbagai faktor menjuruskea rah kemeluttersebut. Jelaslah, karya sastera memberi satu informasi yangberguna kepada pembaca dalam melihatkehidupannya.
Lantaran itu,karya sastera mampu memberi kesedaran kepada pembaca.Kesedaran ini timbul setelah membaca karya-karya yang benar-benar mengusikjiwa mereka.NovelBukitKepong mampu menyebabkan pembaca tertanya-tanya sebab mereka tidak menyertai pasukan polis atau pembaca mula melihatanggota polis dengan satu pandangan baru yang positif.Jadi,tanpa karyasastera mungkin masyarakattidak mengalami apa-apa perubahan minda.
Penggunaan bahasa dalam karya sastera memang mengagumkan.Pemilihankatanya begitu indah dan menyentuh naluri kita.Keindahan bahasa itumelambangkan keyakinan masyarakatnya terhadap bahasa sendiri.Kemahiranberbahasa ini sudah pasti memberi impak yang positifkepada pembaca jua.Sesungguhnya,karya sastera menyebabkan pembaca memiliki pengetahuanbahasa yang luas dan berguna dalam kehidupannya serta kerjaya mereka.
Penulis yang menulis karya sastera sering menggunakan pengalamannya sendiri
ketika menghasilkan karya mereka.Pengalaman itu mampu dikongsi bersama oleh pembaca. Pengalaman yang baik, sedih, gembira, dan unik ini seolah-olahberlaku antara penulis dan pembaca.Keadaan ini memberi satu bentukhubungan peribadiantara penulis dan pembaca yang memudahkan sesuatukarya itu difahami oleh pembaca. Situasi ini menghidupakan masyarakat untukmenjadi satu entity yang berperasaan kemanusiaan sejagat.Masyarakatyangtiada pilih kasih dan mementingkan diri.
Namun,tidak dinafikan karya sastera mempunyai kelemahannya.Karya sasterasering dikatakan membosankan,tidak menepati cita rasa remaja,terlalupanjang, sukar difahami, tidak melambangkan realiti kehidupan dan banyak lagialas an yang diberikan.Keadaan inimenyebabkan karya sastera dipinggirkanoleh masyarakatterutama remaja yang lebih suka sesuatu yang pantas danmudah difahami.Hari demi hari jumlah pembaca karya sastera semakinmenghilang.
Kesimpulannya,karya sastera memang penting dalam kehidupan masyarakatmoden.Cuma karya sastera harus berubah paradigma mereka.Karya sasteraharus mencari jalan untuk menembusi minda remaja.Kejayaan karya sasteramemahami keperluan remaja bakal memastikan karya murni ini terus hidupsubur dalam sanubari masyarakat kita. Sanggupkah kita melihat karya sasterahilang dipersada dunia ini?
Huraikan kepentingan memupuk nilai murni ini
Usaha kerajaan untuk menerapkan nilai-nilai murni di dalam hati nuranirakyatnya
telah mula menampakkan hasil. Usaha melalui iklan, kempen, dandasar kerajaan
telah memberi satu nafas baru kepada masyarakat untukmenjadi satu masyarakat
bertamadun yang mampu menjadikan negara kitalebih baik untuk didiami. Jadi,
memang nilai-nilai murni memiliki kepentingandalam pembentukan masyarakat.
Generasi muda yang dipupuk dengan nilai murni mampu mematuhi semuaperaturan
atau norma yang ditetapkan oleh masyarakat. Naluri generasimuda yang suka
memberontak dapat dikawal melalui nilai-nilai murni yangmementingkan disiplin
dalam usaha mematuhi peraturan yang telahditetapkan. Jadi, memang satu perkara
baik kalau nilai murni mampumenjadikan generasi muda sebagai satu golongan
yang mematuhi peraturannegara.
Lantaran sikap generasi muda yang mematuhi peraturan dapat dijelmakanmelalui
sikap mereka yang tidak terbabit dalam sebarang aktiviti berunsurjenayah atau tidak
bermoral. Kita tidak lagi mendengar remaja terbabit dalamperas ugut, terbabit dalam
dadah, atau menjadi mat rempit. Remaja akanmenjadi satu golongan yang dihormati
oleh semua lapisan masyarakat tanpamengira kaum. Bukankah ini satu kejayaan
nilai-nilai murni yang diterapkanoleh kerajaan?
Malah, hubungan antara kaum dapat dieratkan kerana dalam pemupukannilai murni
memang ditekankan perasaan saling hormat antara kaum. Semuakaum akan
menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh kaum lain tanpamenimbulkan
sebarang isu sensitif kepada kaum lain. Keadaan ini menjaminkeadaan negara
dalam suasana yang harmoni dan sesuai untukpertumbuhan ekonomi. Orang
memberi, kita berasa, orang berbudi, kitaberbahasa.
Tambahan pula, imej negara akan terus dijulang oleh masyarakatantarabangsa.
Rakyat negara ini akan dilihat sebagai masyarakat yang unikkerana moden tetapi
mengekalkan budaya yang baik. Masyarakat juga masihmempunyai disiplin dan
berpeibadi mulia. Semua ini akan memberi satutanggapan positif kepada negara
kita. Rakyat kita akan dihormati di mana-mana tempat mereka berada.
Kesimpulannya, usaha menerapkan nilai-nilai murni seperti hormat orang
tua,menjaga kesopanan di khalayak ramai, mengunjungi rumah jiran,
danberinteraksi antara kaum mampu melahirkan satu bangsa Malaysia yangmoden
tetapi penuh budaya tersendiri. Usaha ini harus diteruskan keranagenerasi muda
sering berubah dan keadaan turut berubah tetapi nilai murniakan terus kekal seperti
tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.
Contoh Karangan : Peranan Warga Tua
Di Malaysia, orang tua mempunyai gelaran tertentu seperti warga emas atau golongan
veteran. Takrifan ‘warga emas’ adalah mereka yang berusia 60 tahun ke atas. Pada usia ini,
orang selalu beranggapan bahawa mereka sepatutnya berehat sahaja dan tidak perlu
menyumbang ke arah pembangunan diri dan masyarakat sekeliling. Ini merupakan satu
tanggapan yang salah. Walaupun tua, mereka sepatutnya bergiat aktif dalam pelbagai
aktiviti agar dapat menabur bakti ke arah pembangunan negara dan bangsa.
Pada 6 Oktober setiap tahun, sambutan Hari Warga Tua peringkat kebangsaan
diadakan. Sambutan ini merupakan satu pengiktirafan kepada golongan tersebut agar
mereka tidak lagi dilihat sebagai satu golongan yang membawa beban. Tanggapan sebegini
haruslah dikikis, malahan golongan muda haruslah menghargai jasa mereka selama
ini. Semua agama mewajibkan agar golongan muda menghormati dan menghargai segala
jasa baik golongan tua. Kita perlu sentiasa beringat bahawa kita juga akan menjadi tua dan
pada ketika itu, kita juga mahu agar orang lain menghormati dan menyayangi diri
kita. Apakah sumbangan yang boleh diberikan oleh warga emas ini? Sebenarnya banyak
perkara boleh dilakukan oleh mereka ke arah pembangunan bangsa, agama dan
negara. Golongan ini boleh terus melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan
dengan menyumbang idea yang bernas berdasarkan pengalaman yang telah dilalui. Yang
utama ialah semangat untuk hidup dan memberikan sumbangan yang berguna kepada
manusia di sekeliling kita.
Bagi generasi muda, mereka masih bergantung harap kepada golongan tua dalam
memberikan nasihat dan tunjuk ajar dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh
mencabar ini. Tanpa tunjuk ajar dan nasihat dari mereka, generasi muda akan mudah goyah
dan diperalatkan oleh anasir luar yang mempunyai niat yang jahat. Jika ini berlaku,
keharmonian sebuah negara boleh tergugat. Oleh itu, golongan tua hendaklah terus
membimbing golongan muda berdasarkan pengalaman mereka agar hala tuju hidup
golongan muda ini terjamin dan lebih bermakna.
Di samping itu, warga tua juga sebenarnya boleh menyumbang sedikit tenaga dengan
melakukan kerja-kerja yang bersesuaian dengan kemampuan mereka. Contohnya, seorang
bekas guru boleh mengajar kelas tambahan kepada pelajar-pelajar di kawasan
kejirannannya ataupun seorang profesor boleh menulis artikel-artikel ilmiah yang
bersesuaian dengan bidangnya agar tulisan beliau itu dapat dijadikan bahan rujukan oleh
masyarakat umum. Bukan itu sahaja, bekas-bekas guru agama boleh juga mengajar bacaan
al-Quran kepada anak-anak di sekitar rumahnya. Bagi yang mempunyai kemahiran,
misalnya mahir bertukang, melukis atau menjahit, boleh menggunakan kemahiran itu untuk
mendapatkan sedikit pulangan. Beberapa contoh yang disebutkan di atas hanyalah
beberapa saranan yang boleh dijadikan panduan bagi warga emas untuk terus memberikan
sumbangan kepada negara, bangsa dan agama.
Sesungguhnya, warga tua lebih bijaksana dalam menentukan apa yang ingin mereka
sumbangkan kepada masyarakat sekeliling dalam menelusuri hari tua mereka. Walaupun
sumbangan yang diberikan itu kelihatannya kecil, golongan ini tidak perlulah berasa rendah
diri atau merasakan usahanya sia-sia kerana semua yang besar dan hebat itu bermula dari
yang kecil kerana sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.Hal ini kerana sumbangan yang
diberikan itu akan mempunyai impak yang besar pada kemudian hari. Walaupun begitu,
mungkin ada sesetengah warga tua yang berpendapat bahawa masa tua ini adalah masa
untuk mereka berehat setelah sekian lama bekerja atau membesarkan anak-anak. Namun
begitu pendapat sebegini tidak tepat kerana sikap tersebut akan hanya mensia-siakan
kebolehan dan ilmu yang mereka ada sedangkan ilmu di dada mereka itu amat berguna dan
diperlukan dalam membantu membangunkan negara.
Lagipun, ramai yang berpendapat bahawa jika golongan warga emas ini hanya mahu
berehat, mereka akan lebih mudah ‘sakit’. Untuk menjamin sumbangan yang lebih
berkesan, kesihatan warga tua ini perlulah diberikan perhatian. Di samping itu, penjagaan
makanan dan pengambilan makanan tambahan juga adalah amat digalakkan. Mereka harus
prihatin dengan apa yang dimakan kerana sesuatu yang dimakan itu akan menjadi darah
daging dan seterusnya mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran seseorang. Dalam masa
yang sama, golongan warga emas ini perlulah sentiasa bersikap terbuka, senang didekati
dan bersedia bertukar-tukar idea dengan golongan muda agar percambahan ilmu antara
mereka dan golongan muda dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.
Kesimpulannya, proses penuaan merupakan satu perkara semulajadi. Tidak ada sesiapa pun yang dapat lari daripada proses ini. Walaupun meningkat usia, sebenarnya kita masih mampu memberikan sumbangan-sumbangan yang tertentu kepada bangsa, agama dan negara. Marilah kita bersedia mulai sekarang untuk menghadapi usia emas dengan penuh gemilang.
Jelaskan kesan-kesan baik dan buruk yang timbul daripada kehadiranpendatang asing ini.
Tenaga kerja asing memang telah menjadi satu isu yang hangatdiperkatakan kini. Ada masyarakat yang menganggap pekerja asing inipenting dan ada yang menganggap mereka sebagai pengacau yang harusdibuang jauh. Keadaan ini diburukkan dengan isu ini turut dimainkan olehmedia massa yang memang menagguk di air keruh. Jadi, adakah pekerjaasing hanya membawa kesan buruk atau memang ada hikmah disebalikkehadiran pekerja luar negara ini?
Sememangnya kehadiran pekerja asing ini sama ada sah atau secaraharam mampu memenuhi keperluan sumber tenaga buruh negara yangmemuncak. Dalam proses mencapai sebuah negara maju, Malaysiamengalami perkembangan ekonomi yang tinggi sehingga menyebabkanpasaran buruhnya memerlukan pekerja yang ramai. Dalam masa yang samapenduduk tempatan tidak meminati sektor pekerjaan tertentu yang kritikalseperti perladangan dan pekerja asing datang memenuhinya.
Malah, kehadiran pekerja asing itu turut menjadikan pekerja tempatansatu saingan yang menarik. Persaingan ini menyebabkan pekerja tempatanberasa mereka harus meningkatkan kemampuan diri mereka sebaik mungkinagar tidak diganti oleh pekerja asing ini. Pekerja tempatan akan bekerja lebihbaik, meningkatkan kemahiran mereka, mencari ilmu yang lebih
sesuai dantidak menimbulkan masalah seperti mogok. Keadaan persaingan seperti inimenyebabkan ekonomi negera diminati oleh pelabur asing.
Imej negara turut meningkatkan kerana sudah pasti masyarakatantarabangsa menyedari bahawa kebanjiran pekerja asing ini keranaekonomi negara yang mantap dan berkembang. Negara dilihat sebagaisanggup berkongsi kekayaan dengan negara jirannya. Negara akan dilihatsebagai contoh negara yang maju dalam ekonominya. Negara akan dianggapmempunyai pemimpin dan rakyat yang bersatu dalam mencapai cita-cita
negara. Bukankah ini satu pandangan yang kita harapkan daripada negara
luar?
Cuma, kehadiran pekerja asing terutama secara haram ini telahmenyebabkan kadar jenayah di negara ini semakin meningkat. Ada pekerjaasing yang datang ke sini tidak mempunyai pekerjaan untuk tempoh tertentudan jenayah menjadi tempat untuk mereka memperoleh sedikit wang bagimembiayai kehidupan diri dan keluarga. Jadi, smeakin ramai pekerja asingsemakin tinggilah kebarangkalian untuk meningkatnya jenayah di negara kita.Sudah pasti kejadian jenayah ini akan menyukarkan kehidupan rakyat biasa.
Selain itu, pekerja asing yang bekerja di sini setiap bulan menghantarwang balik ke negara asal mereka. Keadaan ini menyebabkan wang itu tidakdigunakan untuk membangunkan semula ekonomi negara. Sebaliknya, wangnegara digunakan untuk menjana ekonomi negara asal pekerja asing itu.Wang negara digunakan untuk membiayai kehidupan keluarga pekerja asingitu. Keadaan ini tidak sihat terutama untuk jangka masa panjang atau ketikanegara dalam kegawatan ekonomi.
Kesimpulannya, pekerja asing ini boleh memusnahkan danmenyelamatkan negara. Mungkin jawapannya bukan kepada jumlah pekerjaasing tetapi cara mengawal kedatangan mereka, cara menentukan sektorpekerjaan untuk mereka dan mungkin tempoh bekerja untuk mereka dinegara ini. Ringkasnya, masalah ini akan terus menghantui kita buat sekianlama.
KEBAIKAN MEMBACA
Bangsa membaca bangsa berilmu sering menjadi cogan kata sesuatu majlisilmu tetapi rakyat negara ini masih terbelakang dalam aspek pembacaan. Ki t adikatakanhanyamembacasat ubukusahajasetahun.Terangkan langkah-langkah untuk meningkatkan minat membaca dan kesan-kesan positif yang timbul daripada pembacaan ini.
Masyarakatkita memang tidak suka membaca kerana menganggap aktivitiinisebagai membosankan. Kajian menunjukkan bahawa rakyatnegara ini hanyamembaca sebuah buku setahun berbanding negara-negara lain yang bolehmencecah 8 buku setahun.Keadaan ini sudah pasti amatmemalukan kita semuakerana ketika kita mahu dianggap sebuah negara
maju,kadar pembacaan kitaterlalu rendah.Agaknya elok kita menilai keutamaan kita dalam menjalanikehidupan seharian.
Antara langkah yang boleh diambil untuk menangani kemelutini ialah kerajaanmenurunkan harga buku terutama buku ilmiah.Penurunan harga inimembolehkan lebih ramai membeli dan dapatmembaca.Harga buku yangrendah turutmenyebabkan seseorang dapatmembuatrujukan lebih banyakbuku terhadap sesuatu perkara.Ketika ini,harga buku yang terlalu mahalmenyebabkan masyarakatmenganggap membeli buku sebagai satu kerjamembazir dan berbau golongan atasan.
Tambahan itu,kerajaan harus memberikan banyak insentifkepada penerbitatau syarikatbuku untuk menghasilkan lebih banyak buku. Insentifdalambentuk pengecualian cukai,keuntungan dan pemberian permitpenerbitan harusdiberikan tanpa sebarang gangguan birokrasi.Pemberian ini akan menyebabkanlebih banyak penerbitbaru muncul kerana mereka yakin perniagaan merekaakan mengautkeuntungan.
Selain itu,pembukaan lebih banyak pembukaan perpustakaan akan memberigalakan kepada masyarakatuntuk membaca.Kewujudan perpustakaanmenyebabkan seseorang senang untuk mendapatkan ruang untuk membaca.Tiada lagi alasan untuk tidak membaca kerana ketiadaan perpustakaanterutama di kawasan pedalaman.Perpustakaan bergerak juga harus ditambahdengan drastik kerana perpustakaan ini mampu menjalankan peranannyadengan berkesan terutama di kawasan yang padatpenduduk dan terlalu jauh.
Kesan positifyang timbulialah seseorang yang banyak membaca itu akanmengetahui banyak perkara baru.Ilmu yang mereka peroleh dapatdigunakandalam kehidupan seharian mereka.Kemahiran berfikir seseorang turutmeningkatdengan baik.Mereka juga mampu melihatdan membandingkansesuatu perkara itu dengan lebih mendalam dan objektif.Keadaan inimemudahkan mereka untuk membuatkeputusan yang betuldalam tindakanmereka.
Manakala pembacaan untuk pelajar memudahkan mereka untuk menjawab
dengan baik dalam peperiksaan.Pembacaan yang mendalam menyebabkanpelajar itu memahami sesuatu perkara dengan lebih meluas.Idea dankebolehan untuk memahami sesuatu soalan berkaitrapatdengan kadarpembacaan seseorang pelajar tersebut. Kejayaan sudah pasti akan merekaperoleh dalam peperiksaan yang diduduki oleh mereka.
Kesimpulannya,pembacaan seharusnya menjadi sebahagian daripada kehidupankita yang tidak harus dibiarkan begitu sahaja.Membaca juga perlu dijadikanaktiviti sihat bersama-sama keluarga. Ibubapa harus memberi teladan yangjelas dalam aspek ini kerana biasanya anak-anak akan mengikutjejak langkahorang tua mereka.Mungkin selepas inikita semua akan membaca?
Kepentingan Perpaduan
'Bagai aur dengan tebing' merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangat tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara. Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatu padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati ibarat 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'.
Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya, masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit. Sebagai iktibar, masayarakat Malaysia wajar mengekalkan perpaduan demi mengelakkan semangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini.
Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.
Konklusinya, pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau
aktiviti yang dapat memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan. Semoga 52 tahun kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat ini. Laungan 'Malaysia Boleh' perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini digeruni oleh negara luar.