jelaskan teori.docx

17
1. Jelaskan teori-teori kedatangan lslam ke Alam Melayu. Nyatakan TIGA kesan pengaruh Tamadun lslam dalam Tamadun Melayu. Pengaruh kedatangan Islam ke Tanah Melayu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap kebudayaan di Tanah Melayu khususnya Malaysia. Pengaruh ini dapat dilihat dari lima aspek : 1. Pendidikan tidak formal 2. Pendidikan formal 3. Kesenian 4. Gaya hidup 1. PENDIDIKAN TIDAK FORMAL Pendidikan tidak formal terawal adalah melalui asuhan keluarga. Penekanannya ialah nilai moral, pembelajaran melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian. Kanak-kanak mempelajari kemahiran ibu bapa seperti pertanian, perikanan, kraftangan, pertukangan. Ibu bapa turut mengajar hal agama, adat, sopan santun. Nilai murni diterap melalui cerita lisan seperti cerita binatang dan jenaka yang memberi teladan dan pengajaran. Pantang- larang dan adat dipelajari melalui pergaulan sosial seperti tunduk apabila lalu di hadapan orang tua. Pendidikan juga dilakukan melalui pantun, teka teki, peribahasa dan sebagainya. Contoh cerita teladan bagi masyarakat di Malaysia: Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalamhutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolonganapabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila –bila masa saja. Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh keranamakanan di sekitar kawasan

Upload: alice-ling

Post on 26-Sep-2015

2 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

1. Jelaskan teori-teori kedatangan lslam ke Alam Melayu. Nyatakan TIGA kesan pengaruh Tamadun lslam dalam Tamadun Melayu.

Pengaruh kedatangan Islam ke Tanah Melayu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap kebudayaan di Tanah Melayu khususnya Malaysia. Pengaruh ini dapat dilihat dari lima aspek :

1. Pendidikan tidak formal

2. Pendidikan formal

3. Kesenian

4. Gaya hidup

1. PENDIDIKAN TIDAK FORMAL

Pendidikan tidak formal terawal adalah melalui asuhan keluarga. Penekanannya ialah nilai moral, pembelajaran melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian. Kanak-kanak mempelajari kemahiran ibu bapa seperti pertanian, perikanan, kraftangan, pertukangan. Ibu bapa turut mengajar hal agama, adat, sopan santun. Nilai murni diterap melalui cerita lisan seperti cerita binatang danjenaka yang memberi teladan dan pengajaran. Pantang-larang dan adat dipelajari melalui pergaulan sosial seperti tunduk apabila lalu di hadapan orang tua. Pendidikan juga dilakukan melalui pantun, teka teki, peribahasa dan sebagainya. Contoh cerita teladan bagi masyarakat di Malaysia:

Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalamhutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolonganapabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatangdi dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila bila masa saja. Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh keranamakanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencaridi luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan SangKancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yangberdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yangsangat jernih airnya. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya.Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat sebentar dibawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata didalamhatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelahkepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan dedaunkegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, SangKancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberangsungai."Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut" fikir Sang Kancil.Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangatdalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyikberjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemuruntuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buayayang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hariini?" buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapatisang kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi"Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kacil, Sang Buaya tidak sabar lagi inginmendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakahyang engkau hendak sampaikan".Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yangterdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua".Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini."Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawanaku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmatibuah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul ditebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh NabiSaulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiahyang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermuladaripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya segeraberatur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" SangKancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertamadi tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina akuketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai.

Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorakkegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipukamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah ditipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemupada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementaraitu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut danterus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yangsedang masak ranum itu.

2. PENDIDIKAN SECARA FORMAL

Pendidikan formal adalah hal berkaitan keagamaan di rumah, istana, masjid, surau,madrasah dan pondok. Di rumah guru,pendidikan al-Quran diajar melibatkan anak -anak berusia 7 hingga 15 tahun. Manakala di istana,menurut Sejarah Melayu, pusat pengajian agama terdapat di istana Melaka. Sultan Mansur Syah telah menerima pengajaran Islam daripada Maulana Abu Bakar. Ramai ulama menetap di Melaka antaranya orang Arab, Parsi, Gujerat, kerana pengaruh pemerintah Melaka. Kitab al-Dur al Manzum (kitab Tasawuf) merupakan kitab sangat terkenal di istana Melaka hingga ke istana kerajaan Johor. Pengajaran buku hikayat seperti Hikayat AmirHamzah turut disimpan di istana Melaka. Ilmu politik dan pentadbiran negara juga diajar di istana. Manakala di masjid dan surau, kanak-kanak diajar ilmu tajwid, fikahdan bacaan sembahyang, orang dewasa pula belajar ilmu fikah, usuludin, hadis tasawuf pada tahap lebih tinggi. Pengajian pondok pula menyediakan pelajar yang bakal menjadi guru agama dan berkhidmat kepada masyarakat. Pondok terkenal terdapat di Kelantan (Pondok Pulau Condong), Terengganu (Pondok Pulau Manis)dan Kedah (Pondok Titi Gajah). Pelajar akan belajar sehingga 10 tahun sebelum tamat pengajiannya. Wujud juga sistem madrasah yang diperkenalkan oleh Bani Saljuk di Iraq. Sistem ini berdasarkan sukatan pelajaran dan dilaksanakan secara kelas. Pendidikan madrasah ini mengikut tahap iaitu tahap permulaan, pertengahan, pengkhususan. Ia diawasi oleh Mudir (Guru Besar) dan diselia oleh sebuah lembaga.

3. KESENIAN

Seni bermakna suatu yang indah pada penciptanya. Keindahan ini dapat dilihat daripada seni halus, seni rupa, seni tekstil, seni tampak. Pada zaman Islam wujud seni bina seperti seni bina masjid yang terdapat ciri khas seperti mihrab, mimbar, telaga, bumbung, Masjid terkenal contohnya Masjid Kg. Laut Kelantandan Masjid Tengkera Melaka. Manakala istana raja pula dilengkapi dengan balairung, tempat bersemayam, balai istiadat contohnya istana Melaka. Rumah-rumah pula mempunyai seni ukiran tumbuhan, geometri. Seni epigrafi pula adapada batu bersurat dan batu nisan. Seni khat atau kaligrafi juga digunakan sebagai hiasan di Masjid dan madrasah, batu nisan, tembikar atau mata wang. Seni persembahan yang merangkumi tarian, muzik, nyanyian dipersembahkan dalam majlis perkahwinan, berkhatan dan upacara bersifat keagamaan. Selain itu, tarian pengaruh Arab seperti tarian dabus di Perak, tarian inang di istana Melaka serta tarian zapin. Seni muzik yang dapat dilihat pula seperti seni dikirdiiringi rebana dan kompang. Sebagai contoh, tarian zapin yang diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Zapin merupakan tarianMelayu yang berasaskan kesenian ArabParsi yang telah disesuaikan dengan kesenian Melayu. Zapin bermaksud gerak kaki daripada perkataan alZafn. Tarian Zapin bercorak persembahan atau pertunjukkan. Gerak tarinya berasaskan langkah kaki penarinya.

Zapin menumpukan pada langkahan kakidengan posisi kaki selalu tertutup dan tidak merendah. Kebanyakan posisi badanselalu bergerak seperti ombak mengalun. Posisi tangan tidak diperlihatkan secara jelas misalnya motif memetik bunga, tangan kanan mahupun kiri beradadi bawah bahu. Kebiasaannya, senikata yang dinyanyikan dalam lagu untuk tarian ini diselitkan dengan kalimat berunsur keagamaan seperti salam dan assalamualaikum, kata nasihat dan pujian kepada kebesaran agama dan kesempurnaan budi pekerti. Banyak tarian Melayu ciptaan baru mengambil rentak zapin sebagai irama tarian. Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di nusantara iaitu di Semanjung Tanah Melayu, kepulauan Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Zapin telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu. Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin adalah gambus, rebana, gendang, rebab dan marakas. Biola tidak tergolong sebagai sejenis alat muzik tarian Zapin namun terdapat anggapan salah dalam kalangan rakyat. Ini disebabkan muzik yang dihasilkan rebab mempunyai persamaan dengan gesekan biola.

4. GAYA HIDUP

Aspek terakhir yang dapat dilihat adalah dari aspek gaya hidup. Perubahan adatistiadat pemerintah dalam pertabalan raja kandungan bacaan ciri di mansuhkan,bacaan ikrar diteruskan kerana ia menyerupai baiah, perlantikan penggantisultan sebelum istiadat pemakaman ditiru daripada kerajaan Bani Umaiyah.Perubahan akhlak rakyat, contohnya, ibu bapa amat dihormati, jiran dianggap seperti keluarga, panggilan pangkat diberi seperti Pak Long dan Mak Long,apabila orang muda bercakap dengan orang tua suara perlu rendah. Adab berziarah juga terbentuk seperti seseorang perlu memberi salam dan tuan rumah wajib menjawab salam, kemudian bersalaman. Kanak - kanak mencium tangan orang yang lebih tua, tetamu dilayan dan dihormati dengan hidangan makan minum, bacaan bismillah dimulakan untuk menjamu makan minum. Majlis perkahwinan dan berkhatan diadakan mengikut Islam. Majlis seperti ini juga menekankan nilai gotong - royong, bekerjasama dan perpaduan.

2. Senaraikan 10 prinsip lslam Hadhari dalam usaha pelaksananannya untuk kesejahteraan dan pembangunan Modal insan di Malaysia.

1. Keimanan dan ketakwaan kepada llahi

2. Kerajaan Adil dan Beramanah

3. Rakyat Berjiwa Merdeka

4. Penguasaan llmu Pengetahunan

5. Pembangunan Ekonomi yang Komprehensif dan Seimbang

6. Kehidupan Berkualiti

7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita

8. Keutuhan Budaya dan Moral

9. Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar

10. Kekuatan Pertahanan

3. Berdasarkan prinsip ke- 4 penguasaan ilmu pengetahuan, jelaskan dengan contoh, tujuh kepentingan penguasaan ilmu dalam pelbagai masa kini.

Prinsip ke-4 iaitu Penguasaan llmu Pengetahuan, kerajaan sentiasa menganjurkan rakyatnya agar sentiasa menguasai ilmu pengetahuan. Islam mewajibkan umatnya untuk mencari dan menuntut ilmu pengetahuan. Dalam konteks Malaysia, jalinan hubungan etnik akan menjadi lebih padu sekiranya masing-masing melihat signifikan hubungan etnik dalam konteks ilmu dan realiti, bukannya emosi, perasaan dan prasangka.

Dialog tamadun atau dialog antara agama akan berlaku dengan wujudnya interaksi individu. Nabi Muhammad s.a.w banyak menggunakan dialog dan hikmah ketika berhujah dengan orang Musyrikin Mekah. Orang Melayu tidak mempunyai masalah dalam interaksi tamadun. Agama-agama lain seperti Buddha, Hindu dan Kristian dapat berkembang di Kepulauan Melayu kerana pemahaman orang Islam berasaskan ilmu al-Quran yang mementingkan toleransi dan menerima hakikat kepelbagaian agama dan keturunan dan hidup bersama dalam kerukunan, aman dan damai kecuali pada waktu darurat. Orang Melayu juga menerima bahasa kelompok etnik lain walaupun bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu. Pakaian kebangsaan yang berasaskan kemelayuan diterima oleh semua kelompok etnik walaupun setiap kelompok etnik mempunyai pakaian etnik masing-masing. Kerana Islam mengharuskan mengambil makanan yang halallah, orang-orang Melayu boleh menerima makanan orang asing (yang halal) seperti makanan segera Barat (asal daripada Barat), Char Koay Teaw (asal daripada China) dan Tosai (asal daripada India). Semua ini diterima oleh orang lslam berasaskan pemahaman ilmu.

Tamadun India yang masyhur dengan falsafah dan matematik, tamadun China dengan ilmu hisab, perpuluhan dan aritmatik dan tamadun Islam yang menampilkan konsep angka dan meletakkan asas dalam matematik moden dan bidang astronomi cerapan telah bersama-sama menjayakan interaksi tamadun hasil daripada penguasaan ilmu pengetahuan. Maka kelompok etnik Cina, India dan Melayu dan lain-lain sepatutnya tidak mempunyai masalah memperkukuh hubungan etnik di Malaysia hasil daripada interaksi sains dan teknologi dan interaksi budaya tamadun masing-masing terdahulu. Penguasaan ilmu pengetahuan adalah faktor pembentukan dan kesinambungan kejayaan ketiga-tiga tamadun di atas. Ungkapan Arab, Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China membuktikan dua aspek; pertama interaksi dan dialog tamadun, kedua; transmisi ilmu dan pengejaran ilmu pengetahuan.

YAB Perdana Menteri juga telah menawarkan Malaysia sebagai focal point untuk mengadakan usaha-usaha perbincangan terbuka berkaitan Islam. [Ucapan PM, Asia Society of Australia, Sydney, Australia, 8 April 2005] Maksudnya ialah sebagai pusat dialog antara agama ataupun dialog peradaban. Usaha yang lebih perlu dilipatgandakan oleh berbagai pihak bermula daripada masyarakat awam, pemimpin masyarakat, pemimpin tinggi, pertubuhan bukan kerajaan dan institusi pendidikan untuk mengadakan dialog antara Muslim dan bukan Islam. Dialog, perbincangan dan interaksi sebenarnya menambahkan ilmu pengetahuan dan maklumat tentang hakikat kelompok etnik dan agama-agama lain. Ruang-ruang untuk perbincangan mestilah dibuka dan dikendalikan dengan keadaan yang baik dalam suasana dan semangat setia kawan. YAB Perdana Menteri telah melahirkan keYAB Perdana Menteri telah melahirkan keakinannya semangat setiakawan. YAB Perdana Menteri telah melahirkan keyakinannya: lslam sebenar yang toleran, berkebajikan dan yang utama mengajarkan keamanan antarabangsa, keselamatan dan kerjasama akan melonjak. Orang-orang lslam di mana-mana sahaja bukan sahaja mempunyai kewajipan untuk mengembalikan kegemilangan lslam, bahkan menganjurkan rasa saling bersama antara satu sama lain di kalangan agama-agama di dunia.: (Ucapan YAB Perdana Menteri, Asia Society of Australia Sydney, Australia, 8 April 2005). Apa yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri adalah berlandaskan kepada ajaran lslam yang menganjurkan keamanan,kedamaian dan kesejahteraan.

4. Merujuk kepada prinsip ke 5 Pembangunan Ekonomi yang seimbang dan komprehensif, jelaskan dengan contoh, tujuh strategi yang perlu diusaha oleh pihak pemerintah untuk memantapkan keadilan dan kestabilan ekonomi di dalam Negara.

Malaysia adalah sebuah masyarakat berbilang kaum yang sentiasa hidup dalam aman dan harmoni, penuh dengan perasaan saling menghormati dan bertoleransi. YAB Perdana Menteri telah menekankan bahawa perkara ini tercapai bukanlah secara kebetulan tetapi menerusi pengurusan hubungan etnik berlandaskan perkongsian kuasa dalam pembentukan kerajaan dan penumpuan kepada pengurusan ekonomi yang mampan serta pembahagian ekonomi yang seimbang. [Ucapan PM, Asia Society of Australia, Sydney, Australia, 8 April 2005]

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mensasarkan pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat harus dilihat juga signifikannya dari sudut hubungan etnik. Pencapaian DEB yang diharapkan iaitu 30 peratus pemilikan Bumiputera dalam semua bidang dan peringkat ekonomi akan memobilasikan Bumiputera untuk bergerak maju dan berdaya saing seiring dengan bukan Bumiputera. Status social dan pendapatan Bumiputera diharapkan akan setara dengan bukan Bumiputera. Objektif penyusunan semula masyarakat yang menyumbang kepada pengukuhan hubungan etnik akan dapat direalisasikan. Sebab itu, DEB harus dilihat signifikannya daripada sudut hubungan etnik.

Pelan dan strategi pembangunan jangkamasa pendek dan panjang akan memberi impak yang positif kepada keutuhan perpaduan kaum. Antara dasar berkaitan ialah seperti Dasar Pembangunan Nasional (DPN), Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Kependudukan Malaysia Ke Arah 70 Juta Penduduk, Dasar Pertanian Nasional Ketiga (1998-2010), Halacara Baru Dalam Pembangunan Kampung dan Luar Bandar, Dasar Urbanisasi Negara (DUN), Dasar Sains dan Teknologi Negara dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.Pembentukan dan kejayaan integrasi nasional sepatutnya juga dilihat kepada pelaksanaan dan kejayaan Dasar Sosial Negara, Dasar Pembangunan Negara, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Wawasan Negara dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan secara komprehensif di mana setiap komponen masyarakat majmuk dan kerajaan turut sama menyumbang dan berbakti. Semua dasar negara akan tercapai sekiranya orang Islam memahami bahawa asas keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi adalah pemangkin kepada kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

5. Huraikan secara ringkas latar belakang kehidupan, kronologi kejayaan pendidikan dan sumbangan tiga tokoh tamadun IBNU SINA dan KUNG FU TZE. Jelaskan kepentingan hasil dari sumbangan sumbangan tokoh tersebut kepada dunia sejagat dengan contoh.

Konfusianisme diasaskan oleh tokoh Kung Fu Tze yang lebih dikenali seagai konfusius (551 SM-479 SM). Beliau lahir di negeri Lu, di China Timur. Konfusius menyertai kerajaan Lu sejak muda dan menjelang usianya 50 tahun, beliau mencapai status pegawai tinggi. Namun akibat komplot politik, Beliau kemudiannya terpaksa meletakkan jawatan dan berada dalam buangan. Beliau kemudiannya menjelajah dari satu negeri ke satu negeri bagi merealisasikan reformasi politik dan sosialnya, namun tidak berjaya.Akhirnya, beliau kembali ke Lu dan meninggal dunia (Fung Yu-Lan,2006: 43).

Konfusius menganggap pendidikan tanpa penjensian merupakan satu prinsip memecahkan tradisi golongan kaum bangsawan. Fungsi pendidikan dilihat begitu penting sekali bersama dengan politik dan ekonomi. Kondusius menganggap politik, hukuman, akhlak dan tatasusila sebagai alat yang penting untuk mentadbir Negara. Beliau menganjurkan pendidikan akhlak sebagai teras perkembangan manusia. Tujuan pendidikan adalah unutk membentuk cendiakawan dan orang budiman. Peranan orang budiman adalah tiga perkara:

i. Mempelajari ilmu

ii. Memperbaiki diri

iii. Mentadbir manusia

Peranan Shi pula adalah merupakan pembantu kepada orang budiman dan penglibatan dalam pengajaran serta kerja-kerja lain. Di samping itu Shi juga merupakan bakal menjadi Jun Zi. Konfusius membahagi Shi kepada tiga kategori:

i. Orang yang boleh memegang tugas politik dan diplomatik.

ii. Orang yang mempunyai kualiti banyak akhlak Xiao dan Di.

iii. Orang yang mempunyai amanah serta sanggup melaksanakannya.

Isi kandungan dalam pendidikan konfusius menganjurkan Liu Yi sebagai bahan pengajaran iaitu Shi (kitab puisi), Shu (kitab sejarah), Li (kitab muzik), Yi (kitab perubahan) dan Chunqiu (kitab sejarah Chunqiu).

Konfusius menekankan dalam proses pengajaran, prinsip pengajaran dan kaedah pengajaran. Dia menganggap dalam proses pembelajaran ada empat ciri iaitu:- banyak mendengar, banyak melihat, banyak bertanya, banyak mengenali. Konfusius juga menekankan sikap yang sikap yang jujur dalam pembelajaran. Beliau berkata: Tahu katakan tahu, tidak tahu katakana tidak tahu, itu adalah ilmu pengetahuan. Beliau juga berkehendakan pelajarnya jangan melakukan empat jenis kesalahan iaitu jangan suka buruksangka, jangan terlalu pasti, jangan terlalu bertegas dan jangan terlalu keakuan (Lun Yu, Zi Si 9:4)

Di samping itu beliau menegaskan dalam pembelajaran kita hendaklah mengelak daripada sikap yang merasa segan untuk bertanya sesuatu. Dalam bahasa cina perkataan ilmu pengetahuan (Xue Wen) adalah gabungan daripada perkataan belajar (Xue) dan perkataan Tanya (Wen). Konfusius juga menyatakan dalam pembelajaran kita tidak mempunyai guru yang tetap. Oleh sebab itu, beliau berkata: Di antara tiga orang berjalan, pasti diantaranya ada seorang boleh menjadi saya (Lun Yu, Shuer 7: 22).

Tokoh lbnu Sina pengaruhnya sebagai seorang failasuf dan doktor perubatan dalam kebudayaan Eropah adalah luas. Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan.

lBNU SINA yang lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama lengkap Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi Ushaybiah ia lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan. Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah Al-Quran dan sastera yang didapati olehnya secara tidak formal. Ia mula belajar pada usia 5 tahun. Sementara itu sewaktu berumur 10 tahun , beliau telah berjaya menghafal Al-Quran. Pada masa umurnya meningkat 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi Doktor Di Raja. Disamping itu, Ibnu Sina jiga telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada waktu itu. Ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan sebagainya sudah dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun. Pada masa kecilnya, ia dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat karib ayahnya, dan ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi.

lbnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatics psychosomatic medicine. Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidak seimbangan humor yang berkenaan . Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipratikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor tabii dari Amerika (1981) melapurkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi sanggat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai .Ini merangkumi :

a. Kuat atau denyutan yang lemah.

b. Masa antara denyutan.

c. Kandungannya lembap di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-lain lagi.

Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang hakim mungkin mengetahui dengan tepat penyakit yang dihinggapi di dalam tubuh si pesakit.

Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada kekasihnya , beliau boleh mendapati nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara berikut:

Caranya adalah untuk menyebut banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti , seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan , nama jalan , rumah dan keluarga disebutkan. Selepas itu , kata Ibnu Sina Jika anda tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya, menurut peraturan syariah maka buatlah.(Terjemahan). Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh menjangkit (contagious) dan dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang timbul darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.

Beliau telah menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal hingga ke hari ini dan termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang Ilmu Perubatan. Banyak karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan juga beberapa dalam bahasa Parsi. Qanun Fitt Tibb adalah karyanya yang termasyur , paling selalu dicetak di Eropah pada zaman Renaissance. Karya Qanun itu telah mempunyai pengaruh yang asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada zaman Renaissance dan telah menjadi buku rujukan yang utama di universiti-universiti Eropah hingga ke abad 17 M.