jimmy choo.docx

18
1.0 LATAR BELAKANG Profesor Datuk Dr. Jimmy Choo Yeang Keat dilahirkan pada tahun 1961 di Pulau Pinang, berketurunan China Hakka dan dibesarkan di Lebuh Hutton, Georgetown, Pulau Pinang. Beliau berasal dari sebuah keluarga yang kecil dimana ayahnya merupakan seorang pengusaha dalam perniagaan membuat kasut.Beliau mendapat pendedahan awal mengenai teknik pembuatan kasut daripada ayahnya iaitu seorang tukang kasut sepenuh masa. Mula bersekolah di Sekolah Rendah Shih Chung dan telah tamat pembelajaran pada tahun enam. Pada usia seawal 11 tahun, beliau telah berjaya menghasilkan kasut pertama hasil usaha keras sering membantu ayahnya.Setelah menamatkan pembelajaran,beliau telah melanjutkan pengajian dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen Kolej Teknikal Cordwainer (sekarang Kolej Fesyen London) di London. Pada tahun pertama pengajiannya, bapanya menanggung segala

Upload: blackwing94

Post on 02-Oct-2015

195 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

1.0 LATAR BELAKANG

Profesor Datuk Dr. Jimmy Choo Yeang Keat dilahirkan pada tahun 1961 di Pulau Pinang, berketurunan China Hakka dan dibesarkan di Lebuh Hutton, Georgetown, Pulau Pinang. Beliau berasal dari sebuah keluarga yang kecil dimana ayahnya merupakan seorang pengusaha dalam perniagaan membuat kasut.Beliau mendapat pendedahan awal mengenai teknik pembuatan kasut daripada ayahnya iaitu seorang tukang kasut sepenuh masa.

Mula bersekolah di Sekolah Rendah Shih Chung dan telah tamat pembelajaran pada tahun enam. Pada usia seawal 11 tahun, beliau telah berjaya menghasilkan kasut pertama hasil usaha keras sering membantu ayahnya.Setelah menamatkan pembelajaran,beliau telah melanjutkan pengajian dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen Kolej Teknikal Cordwainer(sekarangKolej Fesyen London) di London. Pada tahun pertama pengajiannya, bapanya menanggung segala perbelanjaan sebelum beliau melakukan kerja separuh masa sebagai pencuci di restoran dan juga kilang kasut untuk demi mencari sesuap nasi dan menampung pengajiannya pada 3 tahun seterusnya.Akhirnya beliau berjaya menamatkan pengajiannya pada tahun 1983. Beliau berkahwin dengan Rebecca Choo dan dianugerahi dua cahaya mata iaitu Danny Choo dan Emily Choo.

Menceritakan pengalaman sewaktu di alam pekerjaan , beliau pernah bekerja selama 2 tahun setelah menamatkan pengajian sebegai penolong pereka fesyen di sebuah kilang Hackney, London. Atas berkat kesungguhan dan semangat yang jitu untuk mengubah hidup, beliau mencuba nasib dengan membuka sebuah kedai kasutnya dengan hanya menyewa sebuah bangunan bekas Hospital Metropolitan yang ditinggalkan di sebelah timur London sebagai lokasi untuk menjalankan perniagaan beliau. Setelah empat tahun bertungkus lumus, rekaan beliau mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di United Kingdom. Nama Jimmy Choo mula dikenali. Tetapi beliau masih kecewa kerana walaupun mendapat liputan media jualannya terus merosot.

Namun, segalanya berubah apabila mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan beliau lantas membelinya sekitar tahun 1990. Semenjak daripada hari itu, Princess of Wales tersebut telah jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo dan menyebabkan nama Jimmy Choo terus melonjak di persada antarabangsa. Pada 1989, Choo menyertai Sandra Choi sepupu kepada isterinya. Kemudian, pada tahun 1996 beliau mengasaskan Jimmy Choo Ltd bersama Tamara Mellon, editor British Vogue selain menjadi rakan kongsi disebuah syarikat pengeluaran yang berpusat di Itali[footnoteRef:1]. Pada April 2001, Choo mengumumkan satu perjanjian perkongsian baru dengan Equinox Luxury Holdings Ltd dengan menjual pegangan 50% dalam syarikat dengan harga sebanyak 10 juta untuk menumpukan kerja-kerja yang dilakukan pada Jimmy Choo Couture yang dihasilkan di bawah lesen daripada Jimmy Choo Ltd. Dengan itu, pengerusi dan CEO Equinox, Robert Bensoussanmenjadi CEO syarikat Jimmy Choo. [1: Jimmy Choo bermula dengan sandal murah. (11 Jun 2012). Sinar Harian.]

Kini jenama Jimmy Choo dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan selebriti di serata dunia. Sepasang kasut wanita dijual sehingga mencecah beribu-ribu US dollar. Antara pelanggannya ialah Natalie Imbruglia dan Katie Holmes. Banyak orang terkenal memakai dan menempah kasut beliau. Kasut Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem-filem terkenal seperti The Devils Wear Prada (kasut dipakai oleh Meryl Streep) dan In Her Shoes (kasut digayakan oleh Cameron Diaz). Kasut Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem terkenal Hollywood seperti The Devils Wear Prada (Meryl Streep) dan In Her Shoes (Cameron Diaz). Malah pada saat ini pelbagai aksesori berkualiti turut menggunakan nama Jimmy Choo beg tangan hinggalah ke minyak wangi[footnoteRef:2] . Kini beliau tinggal di London dan menjawat sebagai seorang warganegara UK. [2: Jimmy Choo. Company Profile.Diperoleh pada 20 Mac 2015 daripada http://row.jimmychoo.com/on/demandware.store/Sites-jchrow-Site/en/GeoShow-Content?cid=about-us.]

Figura 1.0 : Beg tangan jenama Jimmy Choo. Figura 1.1 : Minyak wangi Flash Jimmy Choo.

2.0 CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MENGURUS SYARIKAT.Setiap perniagaan yang dimulakan mesti ada cabarannya dan rintangannya sendiri. Begitu juga dengan syarikat Jimmy Choo sendiri. Banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa diharungi oleh Datuk Jimmy sebelum mencipta kejayaan gemilang dalam bidang yang diceburinya.Permulaan kisah beliau bermula apabila Jimmy Choo ingin meneruskan pelajaran di London selama empat tahun. Selepas meyakini ayahnya, iaitu Kee Yin untuk membiayai yuran untuk tahun pertama beliau belajar di London, beliau pun belajar dengan bersungguh-sungguh. Kursus yang beliau ambil adalah selama empat tahun dan beliau perlu bekerja untuk membiayai kehidupan dan yuran selama tiga tahun. Oleh itu, beliau pun bekerja sambilan sebagai pencuci di sebuah restoran dan kilang kasut untuk membiayai kehidupannya di sana.Selepas tamat pengajian di London, Datuk Jimmy mencuba untuk membuka kedai kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan di Malaysia. Beliau mengharungi empat tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat menyedihkan. Namun beliau tidak berputus asa dan terus bertahan. Pada tahun keempat, salah satu rekaan Datuk Jimmy mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo mula dikenali. Tetapi beliau masih kecewa kerana walaupun mendapat liputan media jualannya terus merosot, sehingga pada satu masa dia terpaksa hidup dengan hanya memakan mi segera.Namun, selepas empat tahun berlalu, nasib beliau berubah. Ditakdirkan mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan Jimmy Choo lantas membelinya. Semenjak dari hari itu, Puteri Diana terus jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo. Nama Jimmy Choo terus melonjak dan jualannya menjulang ke langit. Kini Jenama Jimmy Choo dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan selebriti di serata dunia. Figura 2.0 : Jimmy Choo bersama Kim Hyung Joon ketika beliau menjadi VIP majlis Asian Model Awards 2013 di Korea. Figura 2.1 : Kate Middleton dilihat mengikuti jejak langkah mendiang ibu mertuanya apabila turut mengayakan wedge rekaan Jimmy Choo.

Pelbagai cabaran yang dilalui oleh Datuk Jimmy, namun berkat kesungguhan beliau dalam mengharungi pelbagai rintangan dalam mengejar cita-citanya menyebabkan jenama Jimmy Choo terus gah sehingga sekarang. Terlalu banyak cabaran yang dilalui walaupun amat susah, namun Jimmy Choo mempunyai semangat yang sangat kuat untuk mengharunginya. Oleh itu, setiap cabaran merupakan sebuah langkah permulaan kepada kejayaan.Walaupun beliau mengecapi kejayaan dan menikmati hidup yang mewah di London, namun hati beliau tetap di Malaysia. Ini dapat dilihat ketika beliau berucap di majlis-majlis umum di mana beliau sentiasa bercerita tentang Malaysia dengan penuh semangat. Malaysia masih menjadi pilihan utamanya sebagai tempat percutian. Antara sebab-sebab beliau memilih Malaysia adalah kerana keramahan masyarakat Malaysia sendiri dan juga pantai-pantai di Pulau Langkawi yang cantik dan tidak tercemar serta alam sekitarnya yang tenang. Beliau juga pasti tidak melepaskan peluang untuk menikmati juadah tempatan setiap kali beliau pulang ke tempat asalnya di Pulau Pinang. Beliau juga gemar melawat Kuala Lumpur. Pada pandangannya, kota yang sedang membangun dengan pesat ini mempunyai suasana yang penuh bertenaga serta turut menawarkan barangan pada harga yang berpatutan.Beliau boleh dianggap sebagai duta Malaysia atas kejayaannya memperkenalkan nama Malaysia di dunia fesyen serta sentimen patriotik yang sentiasa diluahkan nya ketika berucap tentang negaranya. Secara berjenaka beliau pernah berkata, ingin dikenang sebagai seorang dewa kasut seperti Wah Toi, seorang dewa kasut dalam masyarakat Cina yang dipuja oleh Persatuan Pembuat Kasut Cina[footnoteRef:3] dari bahagian timur dunia. Pada hakikatnya, beliau sudah dianggap sebagai seorang dewa kasut memandangkan kasut rekaannya menjadi kegemaran pencinta-pencinta fesyen dan diiktiraf oleh dunia fesyen sejagat.Dan kini beliau mempunyai 75 butik di seluruh dunia. [3: Jimmy Choo paling berpengaruh di China. (2012 April 20). Harian Metro. Bisnes m/s 03.]

Figura 2.3 : Jimmy Choo di salah sebuah butiknya yang terletak di Perth, Australia.Pelbagai barangan di bawah nama Jimmy Choo. Cermin mata Minyak wangi

Kiri: High heels Kanan : Sneaker Bawah : Aktres Lily Jamespelakon utama Cinderella Disneys movie mengayakan Jimmy Choo Cinderella stiletto[footnoteRef:4]. [4: Cinderella Actress Lily James Steps Out In Jimmy Choo Glass Slippers olehJoan SterndalamStyle Women. Diperoleh pada 20 Mac 2015 daripada http://pursuitist.com/cinderella-actress-lily-james-steps-out-in-jimmy-choo-glass-slippers/]

3.0 MOTIVASI PROFESOR DATUK DR.JIMMY CHOO.Profesor Datuk Dr.Jimmy Choo seorang yang sangat berpegang teguh kepada prinsip hidup. A person should never have to fit a pair of shoes, the shoe should be able to fit the person. - Profesor Datuk Dr.Jimmy Choo-Kata-kata hikmat diatas merupakan salah satu prinsip yang menjadikan beliau sangat berdisiplin dalam mencipta idea baru untuk memberi kepuasan dan keselesaan pelanggan beliau.Malah rasa rendah diri dan hormat terhadap orang lain juga turut tersemat dalam diri beliau apabila dia tidak mudah membangga diri walaupun kasut hasil keringatnya kini mungkin menghiasi kaki begitu ramai kerabat diraja dan selebriti. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila dia menegaskan bahawa menghormati ibu dan guru-guru saya oleh kerana merekalah orang yang meletakkan beliau di tempat sekarang[footnoteRef:5] ketika ditemu ramah oleh salah sebuah akhbar tempatan selepas beliau menjadi antara penerima anugerah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran 'Datuk' sempena ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. [5: Rendah diri, hormat rahsia kejayaan Jimmy Choo.(1 Jun 2013). Sinar Harian.]

Figura 3.0 : Jimmy Choo ketika menerima anugerah 'Datuk' sempena ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.Sebagai pengurus atasan, Profesor Datuk Dr.Jimmy Choo bertanggungjawab dalam membuat keputusan mengenai arah tuju syarikat beliau iaitu Jimmy Choo Ltd. Oleh yang demikian, sebagai pereka kasut, beg tangan, dan pemegang nama minyak wangi, beliau juga perlu bijak memilih saluran komunikasi yang paling berkesan untuk memasarkan rekaan-rekaan terbarunya.

Peranan Jimmy Choo dalam stail pengurusan syarikatnya boleh ditafsirkan mengikut Mintzberg iaitu dibahagikan kepada tiga kategori. Pertama, dalam hubungan interpersonal iaitu sebagai ketua, pemimpin dan orang yang berhubung dengan pihak luar. Sebagai ketua, Datuk Jimmy Choo perlu melaksanakan tugas yang simbolik iaitu tugas-tugas yang bersifat sosial dan melayan pelanggan. Contohnya, Jimmy Choo melayan permintaan Puteri Diana secara peribadi untuk mendapat rekaan kasut yang terbaik mengikut cita rasa Puteri Diana. Oleh itu jugalah Jimmy Choo merupakan pereka kasut yang diminati oleh Puteri Diana semasa hayatnya di atas stail pengurusan Jimmy Choo yang berorientasikan pelanggan.

Disamping itu, keluarga juga sangat penting dalam sesuatu kejayaan. Oleh itu, kesejahteraan keluarga perlu dijaga agar dapat mengecapi kebahagiaan yang direstui. Jika terpaksa memilih antara kerjaya dan keluarga, pantas Profesor Datuk Dr.Jimmy Choo menjawab akan memilih berkongsi kasih sayang bersama keluarga ketika berkongsi rahsia kejayaan pada sebuah akhbar tempatan[footnoteRef:6].Justeru, tidak hairanlah beliau berusaha membahagikan masa sebaik mungkin. [6: Kehebatan Jimmy Choo.( 08 Julai 2012) .Utusan Malaysia. Rencana m/s 13.]

ANUGERAH YANG DITERIMA 2000: Anugerah Negeri yang membawa gelaran Dato oleh Sultan Pahang. 2002: Diberi anugerah OBE(Order of the British Empire) bagi sumbangan beliau kepada industry fesyen dan kasut UK. 2004: Anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri oleh Yang di-Pertua Negeri (Governor) Negeri Pulau Pinang yang membawa Gelaran Dato. 2004 : Menerima Pangkat Doktor Kepujian dalam bidang Seni oleh De Montfort University, Leicester, U.K pada Julai 2004. 2006 : Anugerah Freedom of the City of London pada 14 November di London, England. 2011 : Pemenang The Worlds Outstanding Chinese Designer 2011 2013: Dianugerahi gelaran Datuk oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. 2012: Menerima You Bring Charm to the World Worlds Most Influential Chinese Award

KENAPA SAYA MEMILIH PROFESOR DATUK DR. JIMMY CHOOProfesor Datuk Dr.Jimmy Choo merupakan seorang yang bersifat optimistik iaitu berfikiran ke hadapan dan sentiasa berfikir positif terhadap tindakan yang akan diambil. Walaupun jualan kasutnya amat menyedihkan pada mula dia berniaga, dia masih bertungkus lumus untuk meneruskan berniaganya sehingga berjaya. Selain itu, kejayaannya membuktikan usahawan bukan sahaja dilahir, maka boleh dibina dengan bertungkus lumus. Beliau berpakar dalam bidang pereka kasut. Jika beliau tidak bersungguh-sungguh dan berputus asa dalam proses perkembangan perniagaan, tidak mungkin tidak dapat berjaya dalam perniagaaannya.

Rujukan :1. Fukushima 'cinta' baharu Choo.(20 Mac 2015).Kosmo!. Rencana Utama m/s 01.2. Jimmy Choo semakin gah. (03 Januari 2010). Utusan Malaysia. Feminin m/s 05.3. Jimmy Choo mengembara ke Texas. (18 November 2009). Utusan Malaysia. Feminin m/s 02.4. Jimmy Choo rancang IPO di Bursa London. (18 September 2014) .Berita Harian. 5. Pemilik Jenama Jimmy Choo Lancar Buku "Jimmy Choo XV ". (25 Oktober 2011). M star.6. Jimmy Choo bermula dengan sandal murah. (11 Jun 2012). Sinar Harian.7. Contemporary Fashion, second ed., St. James Press, 2002.8. Jimmy Choo beli jenama kasut mewah?. (31 Mac 2011) . Utusan Malaysia. Ekonomi. m/s 079. Jimmy Choo Hampir Menitis Air Mata Bila PM Beri Sokongan. (22 Mac 2011). M star.10. Jimmy Choo paling berpengaruh di China. (2012 April 20). Harian Metro. Bisnes m/s 03.11. Jimmy Choo. Company Profile.Diperoleh pada 20 Mac 2015 daripada http://row.jimmychoo.com/on/demandware.store/Sites-jchrow Site/en/GeoShow -Content?cid=about-us.12. Kasut koleksi terbaru Jimmy Choo. (30 Mei 2009).Utusan Malaysia. Feminin m/s 01.13. Butik Kasut Jimmy Choo Dibuka Di Malaysia.(10 Mei 2007) Bernama.comMalaysian National News Agency. 17:06 PM.14. Serlah imej sofistikated.(12 April 2014). Harian Metro. Hati.

8