kaedah e–suara dalam peperiksaan murid–murid pendidikan khas ulasan
DESCRIPTION
Kaedah E–suara Dalam Peperiksaan Murid–murid Pendidikan Khas ulasanTRANSCRIPT
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
DASAR DAN PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN KHAS
KBK 3083
ULASAN JURNAL ( TUGASAN INDIVIDU )
NAMA : NUR KAREENA AQILA BINTI MAHDZIR
NO. MATRIK : D20121058364
NAMA PENSYARAH : EN. MOHAMED FAWZI BIN HJ. YUSOF
Jurnal tempatan
Tajuk 1 : Pendidikan Inklusif di Brunei
Ulasan jurnal
Di dalam jurnal ini, penulis menulis hal berkaitan dengan pendidikan inklusif di Brunei. Brunei
adalah merupakan salah satu negara yang mementingkan pendidikan khas disebabkan oleh
terdapatnya segelintir pelajar yang masih tidak dapat mengikuti pelajaran sebagaimana pelajar
biasa dalam arus perdana. Di Brunei, pendidikan mereka mengamalkan sistem paten 7-3-2-2.
Paten tersebut merujuk kepada pendidikan rendah, menengah rendah, menengah atas dan pra-
universiti. Pelajar perlu menduduki empat peperiksaan awam sepanjang persekolahan.
Berdasarkan daripada slogan “ Pendidikan untuk semua ”, kerajaan Brunei tetap
memberikan peluang belajar kepada kanak-kanak bekeperluan untuk belajar sama seperti pelajar-
pelajar lain walaupun terdapat kekurangan pada diri mereka. Segala kebajikan kanak-kanak
bekeperluan khas ini diambil kira. Di dalam jurnal ini penulis membincangkan mengenai arah
alir pendidikan inklusif di Brunei.
Penulis turut membincangkan mengenai polisi, inisiatif guru, serta pelaksanaan model
mengenai pendidikan inklusif. Setiap perkara dibincangkan dengan teliti mengikut
perkembangan dari semasa ke semasa. Menurut Polisi Pendidikan Nasional daripada
Kementerian Pendidikan, 1992 menyatakan bahawa setiap kanak-kanak perlu mendapat
pendidikan di Brunei sekurang-kurangnya pada peringkat menengah atas ataupun pada peringkat
vokasional supaya dapat membangunkan potensi yang dapat memainkan peranan mereka pada
negara pada masa akan datang.
Menurut penulis, Kementerian Pelajaran Brunei telah memperkenalkan pendidikan khas
setelah terdapatnya pelajar yang gagal untuk meneruskan pengajian pada peringkat seterusnya.
Setelah itu Unit Pendidikan Khas ( UPK ) telah menyediakan proposal untuk dibentangkan
kepada Kementerian Pelajaran. Pendidikan khas di negara ini bermula daripada cadangan yang
dikemukakan oleh UPK yang telah mencadangkan supaya unit tersebut ditubuhkan sesegera
mungkin untuk merancang serta melaksanakan pendidikan khas di Brunei. UPK ini telah
merencanakan atau perlu untuk melaksanakan hal-hal seperti mengenalpasti pelajar-pelajar
bekeperluan khas yang memerlukan pendidikan. Hal ini kerana terdapat segelintir pelajar
bekeperluan khas yang tidak dapat mengikuti pelajaran seperti pelajar lain. Mereka juga perlu
untuk mempertingkatkan kesedaran kepada masyarakat luar mengenai kepentingan dan
keperluan pendidikan khas. Berikutnya mereka juga perlu untuk menilai program pendidikan
khas yang dilaksanakan mencapai objektif ataupun tidak disamping perlu untuk meyediakan
garis panduan serta membantu dalam merumuskan keberkesanan pelaksanaan program dan
servis pendidikan khas yang disediakan.
Melalui Deklarasi Hak Orang Kurang Upaya telah menyeru supaya negara-negara yang
terlibat untuk menyokong hak manusia, pendidikan, integrasi, guna tenaga penut (GTP), serta
keadaan ekonomi dan sosial kepada orang kurang upaya. Hal ini yang lebih membangkitkan rasa
untuk mempertingkatkan hak orang kurang upaya di Brunei setelah mereka turut menyertai
deklarasi tersebut. Negara ini turut menyertai beberapa persidangan seperti Persidangan
Kebangsaan UNESCO mengenai Pendidikan Untuk Semua di Thailand pada tahun 1990 dan
Persidangan Dunia mengenai Pendidikan Khas di Salamanca pada tahun 2002. Brunei juga telah
mengadakan dua persidangan mengenai pendidikan khas yang menekankan mengenai
pendidikan untuk semua serta pelaksanaannya di Brunei sendiri.
Melalui persidangan tersebut jugalah Menteri Pendidikan telah memperkenalkan
beberapa kurikulum utama yang menggantikan bidang dasar pendidikan dwibahasa, teknologi
maklumat dan rujukan kurikulum untuk beberapa subjek di sekolah. Bergerak seiring dengan
tujuan ini, perubahan turut berlaku kepada peringkat latihan pendidikan guru. Institut Pendidikan
Sultan Hassanal Bolkiah (IPSHB) telah menggantikan keseluruhan kurikulum yang melibatkan
kurikulum khusus yang mengarah kepada artikulasi, keseimbangan, perpaduan dan pembezaan
terhadap pendidikan. Berkaitan dengan itu, pihak institusi telah melaksanakan beberapa perkara
seperti memperkenalkan kursus teras mengenai pendidikan inklusif yang dikhaskan kepada
program sekolah rendah, kaedah pengajaran kanak-kanak bekeperluan khas di dalam beberapa
kursus kurikulum pendidikan, penukaran kepada penambahbaikan program dalam ijazah sarjana
muda pendidikan peringkat pendidikan rendah yang di spesifikkan kepada beberapa bidang
termasuklah bidang pendidikan khas serta lain-lain lagi. IPSHB ini turut bekerjasama dengan
UPK dalam Kementerian Pendidikan untuk melatih guru-guru pendidikan khas yang dipanggil
sebagai pembantu pendidikan khas.
Menurut penulis, pelaksanaan pendidikan khas di Brunei adalah berdasarkan Model
Pembantu Pelajaran. Satu draf Rancangan Pendidikan Individu (RPI) disediakan oleh pembantu
pendidikan khas yang berdasarkan daripada maklumat ibubapa serta guru kelas. Draf tersebut
kemudiannya di hantar kepada sistem maklumat sekolah. Setelah RPI pelajar tersebut diluluskan
maka pelaksanaan dan pengawasan dari pembantu pendidikan khas yang bergabing dengan guru
kelas biasa. Pelajar tersebut dari semasa ke semasa akan dipantau, dan sekiranya perlu mereka
akan dihantar ke Pusat Bantuan Pelajaran secara individu atu berkumpulan yang diarahkan oleh
pembantu pendidikan khas. Di dalam pusat tersebut pembantu pendidikan khas akan
melaksanakan pelbagai strategi dan juga bahan pengajaran termasuklah arahan lisan dan sistem
token.
Sejak daripada tahun 1994, beberapa perkembangan besar berlaku dalam pendidikan khas
di sekolah. Hal ini demi memastikan hak kanak-kanak bekeperluan khas terjaga. Pekembangan
pendidikan khas di Brunei bermula pada tahun 1994 apabila Universiti Brunei Darussalam telah
bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Brunei. Perkembangan pendidikan khas dinegara
ini berkembang dari tahun ke tahun sehingga kini.
Kesimpulannya, memandangkan pendidikan inklusif ini melibatkan tenaga kerja guru
yang besar maka sebuah kajian yang lebih menyeluruh diperlukan untuk meneruskan
pemantauan dan meningkatkan keupayaan pendidikan inklusif pada masa sekarang. Sebelum ini,
Brunei telah mencapai satu tahap yang menggalakkan dalam memperkenalkan pendidikan
inklusif ini kepada arus perdana. Kajian selanjutnya pasti akan dapat membantu negara ini untuk
terus membangunkan pendidikan inklusif ini.
Tajuk 2 : Kaedah E-suara dalam peperiksaan murid-murid pendidikan
khas
Ulasan jurnal
Di dalam pendidikan khas terdapat pelbagai jenis masalah yang termasuk di dalam golongan ini.
Di antaranya termasuklah masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran dalam singkatan
penerangan boleh dikategorikan sebagai masalah 3M iaitu masalah membaca, mengira, serta
menulis. Kanak-kanak yang menghadapi ini sudah pastinya mempunyai masalah untuk
menjawab soalan peperiksaan. Hal ini menyebabkan keputusan mereka lebih rendah berbanding
pelajar yang normal.
Soalan peperiksaan awam lazimnya disediakan tanpa mengambil kira masalah dan
ketidakupayaan murid-murid yang dikategorikan sebagai pendidikan khas. Oleh itu, mereka
sering mempunyai keputusan yang rendah dalam peperiksaan. Murid-murid bermasalah
pembelajaran juga memerlukan masa yang lebih lama ketika menjawab soalan peperiksaan
objektif dan subjektif. Struktur ayat dan penggunaan bahasa dalam soalan peperiksaan awam
negara adalah sememangnya sesuai untuk pelajar biasa tetapi kurang sesuai bagi pelajar
bermasalah pembelajaran.
Dengan itu, satu kajian telah dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah e-
suara dalam membantu murid-murid pendidikan khas kategori masalah pembelajaran dalam
menjawab soalan peperiksaan tanpa melakukan modifikasi dari segi kandungan atau kualiti
soalan peperiksaan berkenaan.
Di dalam jurnal ini juga penulis menyatakan mengenai tahap kebolehan membaca murid-
murid bermasalah pembelajaran sebelum mengambil peperiksaan PMR, perbezaan di antara
pencapaian peperiksaan kaedah biasa dengan kaedah e-suara dan perbezaan di antara pencapaian
peperiksaan yang menggunakan kaedah biasa bahagian objektif bagi matapelajaran Bahasa
Melayu dengan kaedah e-suara.
Menurut penulis kajian ini adalah untuk memperkenalkan sebuah sistem pentaksiran bagi
murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Kajian ini dilakukan dengan memilih
murid-murid integrasi di sekolah menengah yang pernah mengambil PMR, murid-murid
bermasalah pembelajaran dalam program integrasi yang diminta oleh ibu bapa, murid-murid
bermasalah pembelajaran dari aliran perdana Tingkatan 3 serta murid-murid gagal dalam semua
matapelajaran di peringkat PMR. Mereka yang terpilih ini dibahagikan kepada 3 kumpulan yang
menggunakan tiga kaedah yang berlainan iaitu kaedah biasa, kaedah e-suara I dan kaedah e-suara
II. Kesemua responden adalah seramai 163 orang murid-murid bermasalah pembelajaran
mengikuti kelas aliran perdana secara separa inklusif atau inklusif sepenuhnya.
Kaedah biasa adalah kaedah tradisional atau konvensional berbebtuk penggunaan kertas
dan pensel. Manakala kaedah e-suara I pula memerlukan responden untuk melihat dan
mendengar item soalan melalui komputer tetapi menjawab soalan di dalam kertas OMR atau
kertas saranan jawapan dan kaedah e-suara II pula ialah melalui mendengar item soalan dengan
komputer serta menjawab soalan yang terdapat di dalam komputer tersebut. Terdapat 20 item
yang diuji mengikut Jadual Penentuan Ujian (JPU) mengandungi ketiga-tiga tahap aras tertinggi,
aras sederhana dan aras rendah.
Berdasarkan kajian tersebut menunjukkan bahawa item 13 mencatatkan skor yang paling
tinggi bagi soalan yang dijawab dengan betul iaitu seramai 92 responden. Manakala item 1 pula
mencapai keputusan yang paling rendah berbanding dengan 20 item yang lain. Dalam
peperiksaan Bahasa Melayu menggunakan kaedah e-suara I menunjukkan bahawa item 3 telah
mencapai tahap skor yang paling tinggi manakala item 15 mencapai tahap yang paling rendah.
Berdasarkn dapatan kajian skor pencapaian Bahasa Melayu menggunakan kaedah e-suara
II menunjukkan bahawa item 11 mendapat peratusan menjawab dengan betul paling tinggi dan
peratusan yang terendah adalah item 19.
Terdapat perbezaan yang agak ketara dalam hasil analisis keseluruhan keputusan dimana
kaedah e-suara II telah mendapat peratusan sebanyak 49 peratus berbanding dengan kaeadh biasa
hanya 30 peratusa dan keadah e-suara I mendapat peratus sebanyak 40 peratus sahaja.
Kesimpulannya, kaedah e-suara II boleh digunakan sebagai satu penaksiran baru yang
dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran di Malaysia bagi mengimbangi
pencapaian mereka dengan pencapaian murid-murid tipikal. Keseluruhan data telah
membuktikan bahawa kebanyakkan murid-murid yang menghadapi masalah dalam peperiksaan
disebabkan oleh masalah kesukaran mereka untuk membaca atau menulis. Hal ini harus dititik
beratkan agar tidak ada murid yang ketinggalan dalam pendidikan.
Jurnal antarabangsa
Tajuk 1: Pembangunan pengukuran berasaskan kurikulum
Ulasan jurnal
Pengukuran berasaskan kurikulum (PBK) dibina untuk menguji keberkesanan model intervensi
dalam pendidikan khas. Model tersebut adalah berdasarkan idea di mana guru pendidikan khas
boleh untuk mengulangi data pengukuran menilai formatif pengajaran serta meningkatkan
keberkesanannya. Selain daripada itu, PBK adalah sebagai satu penyelidikan dan pembangunan
yang telah dibuat selama 6 tahun dibiayai oleh Universiti Minnesota, Institut Penyelidikan
Pendidikan Khas. Berdasarkan penyelidikan tersebut satu pemantauan prosedur dalam membaca,
mengeja dan menulis iaitu kemahiran 3M. Di antara prosedur yang termasuk dalam penyelidikan
tersebut adalah peraturan penentuan digunakan untuk meningkatkan program pendidikan serta
hasil utama penyelidikan yang terhasil hendaklah haruslah diukur.
Di antara ciri-ciri PBk adalah melengkapi aspek teknikal. Ini keran PBK diterima pakai
dan disahkan telah dicapai melalui pemerhatian yang telah distandardkan. Seterusnya adalah
standard pengukuran tugasan. Standard pengukuran tugasan ini dikenalpasti digunakan dalam
PBK termasuklah membaca secara lisan daripada teks dan perkataan yang telah dipilih daripada
teks, membaca, menulis perkataan mengikut turutan apabila diberi satu cerita bergambar,
menulis jawapan yang betul atau angka dalam meyelesaikan tugasan matematik. Selain daripada
itu, PBK adalah sebagai satu kemasukan dan pemarkahan. PBK prosedur adalah termasuk
spesifikasi , kemasukan, objektif pelajar dan prosedur pemarkahan yang digabungkan untuk
memastikan kecukupan kesahan dan kemampuan daripada data sebara individu dan berkumpulan
yang diukur melalui perbezaan mengikut masa. Pensampelan prestasi juga merupakan diantara
ciri PBK. Hal ini kerana, prestasi akademik disampelkan melalui prosedur pemerhatian. Dalam
membaca contohnya pelajar diminta untuk membaca teks secara lisan dalam masa 1 minit dan
akan terdapat pemerhati yang akan mengira perkataan yang disebut dengan betul ataupun tidak
betul. Dengan itu, keputusan pelajar dapat diketahui dan guru dapat mengetahui kebolehan dan
tahap pelajar tersebut. Berikutnya adalah kebekesanan masa. PBK adalah dibina untuk
keberkesanan.
Kepelbagaian pensampelan prestasi memerlukan pengukuran dengan tempoh masa yang
singkat. Pensampelan prestasi adalah di antara satu sehingga tiga minit, bergantung kepada
kemahiran yang diukur serta jumlah sampel yang diperlukan utnuk memaksimumkan
kebolehpercayaan. Ciri yang terakhir adalah mudah untuk diajar. PBK yang dibina telah dibuat
utnuk meringankan kerja ahli-ahli profesional, paraprofesional dan ibubapa yang boleh dipelajari
utnuk menggunakan prosedur.
Selain daripada ciri dan latar belakang mengenai PBK ini, penulis turut ada
mengemukakan beberapa kegunaan biasa PBK. Tujuan sebenar kegunaan PBK adalah untuk
membolehkan guru-guru untuk menilai formatif arahan mereka. Di antara kegunaan biasa PBK
adalah untuk meningkatkan program arahan individu, meningkatkan keringanan dalam
komunikasi, meningkatkan rancangan pengajaran guru, meramal prestasi dalam kriteria penting,
membangunkan norma, menyaring untuk mengenalpasti pelajar yang mempunyai risiko dalam
akademik mereka, menilai keberkesanan intervensi di dalam kelas, mengurangkan penindasan
dalam penilaian, menyarankan dan menilai kelas inklusif, memberikan alternatif untuk
mengenalapasti prosedur pendidikan khas, meramalkan prestasi dalam keperluan penilaian,
mengukur perkembangan dalam program sekolah menengah dan berkaitan serta meramalkan
kejayaan dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Berdasarkan dua kajian yang telah dijalankan untuk mengenalpasti faktor yang
dikenalpasti sebagai penghalang untuk melaksanakan PBK, didapati bahawa sehingga 85 peratus
daripada 300 orang guru yang telah diuji mengatakan bahawa mereka sedara akan kekerapan
pengukuran dalam prestasi pelajar di mana hanya setengah prosedur yang digunakan mereka
pernah digunakan. Apa yang menariknya, terdapat hasil kajian menunjukkan bahawa guru yang
menggunakan PBK memerlukan masa yang kurang sebanyak 10 peratus untuk melaksanakan
pengukuran.
Kegunaan PBK sebagai alat untuk mnegukur perkembangan dalam bacaan dugunakan
secara intensif sebagai contoh masa terhad dalam bacaan lisan. Dalam literasi am berkaitan
perkembangan bacaan dimana kelajuan membaca pelajar boleh digunakan untuk menukarkan
teks kepada bahasa pertuturan yang dikatakan satu perkara penting dalam kemahiran membaca.
Walaupun begitu, kelajuan dalam bacaan tidak dapat menentukan ketepatan dalam
mengenalpasti perkataan.
Kegunaan yang paling berkesan dalam PBK ini adalah menilai formatif dalam program
pelajar secara individu yang hampir selalunya berlaku untuk menetapkan dimana seseorang guru
pelajar pendidikan khas untuk membentuk kemahiran dan masa untuk merancang pengajaran
kepada mereka. Guru pendidikan khas mereka model penilaian formatif yang didemonstrasi
secara efektif untuk meningkatkan keberkesanan pelajaran pelajar pendidikan khas. Selalunya,
ini bermaksud bahawa kejayaan guru dalam meningkatkan pencapaian pelajar pendidikan khas
dalam kurikulum aliran arus perdana berjaya.
Kesimpulannya, penggunaan PBK dapat menyokong guru biasa bersedia dengan
peningkatan diversiti dalam kelas termasuklah di dalam kelas inklusif dengan kecacatan. PBK
boleh digunakan untuk membantu guru-guru pendidikan khas dalam merencakan sesebuah
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas sesuai dengan kebolehan dan kemampuan setiap
pelajar tersebut kerana kanak-kanak atau pelajar pendidikan khas yang mempunyai pelbagai
masalah yang kadangkala sukar untuk diatasi.
Tajuk 2 : 10 Tanggapan Negatif Mengenai Pengajaran dan Pembelajaran
yang Mengurangkan Keberkesanan Program Pendidikan Khas.
Ulasan jurnal
Seringkali pendidikan khas dipandang rendah oleh setiap lapisan masyarakat. Hanya segelintir
sahaja yang memberikan tanggapan yang positif terhadap pendidikan khas. Perkara ini yang
menyebabkan pelbagai lontaran pandangan negatif dikeluarkan dan disampaikan dari mulut ke
mulut sehingga boleh menyebabkan tujuan sebenar kewujudan pendidikan khas diabaikan.
Kebiasaannya tanggapan-tanggapan negatif mengenai pengajaran dan pembelajaran (P&P)
mempengaruhi guru-guru mahupun pelajar pendidikan khas itu sendiri. Melalui jurnal ini,
disertakan antara 10 tanggapan negatif yang menghadkan keberkesanan dalam pendidikan khas
akibat yang akan berlaku berdasarkan penyelidikan berdasarkan amalan pengajaran. Setiap
tanggapan tersebut diterangakan secara terperinci dan penulis turut menyertakan beberapa cara
utnuk mengatasi masalah ini.
Sebelum kita pergi kepada masalah utama, penulis ada menyebut mengenai empat
perspektif yang berkaitan dengan masalah ini. Di antaranya adalah pelajar yang mempunyai
kecacatan mempunyai hak untuk mendapatkan dalam pelajaran, pendidikan khas seharusnya
lebih terarah, di spesifikasikan serta intensif, penyelidikan yang terhasil adalah berguna serta
diperolehi daripada sumber yang boleh dipercayai berasakan pengetahuan lingkungan
pendidikan khas dan penyelidikan berasaskan pengajaran adalah berdasarkan pendidikan khas.
Menerusi perspektif yang pertama, guru-guru pendidikan khas mempunyai tanggungjawab untuk
merekacipta satu pelaksana dan menilai pengajaran yang dapat membantu pelajar dengan
masalah kecacatan, diumumkan, dan mengekalkan pengetahuan dan kemahiran untuk
meningkatkan kualiti kehidupan di sekolah, rumah, komuniti dan tempat bekerja.
Seterusnya kita pergi kepada tanggapan negatif yang mempengaruhi P&P pendidikan
khas. Di antaranya adalah kurikulum berstruktur menghalang pembelajaran sebenar. Hal ini lebih
kepada pendidikan yang sudah ditetapkan dalam P&P. Kerajaan telah menetapkan beberapa
perkara atau pelajaran yang perlu diajar oleh guru kepada pelajar pendidikan khas, namun begitu
ada yang bependapat bahawa tidak seharusnya semua perkara harus diajar kepada pelajar
pendidikan khas.
Berikutnya adalah mengajar pendidikan kemahiran yang remeh lalu mengabaikan
keseluruhan kanak-kanak. Pendidikan kemahiran ini lebih merujuk kepada kemahiran yang
diajar mengikut prosedur yang ada menyebabkan pelajar terabai. Hal ini kerana pelajar
pendidikan khas bukan seperti pelajar aliran perdana yang mudah untuk mendapat apa yang telah
dipelajari dengan cepat, mereka terpaksa mengambil masa yang lama untuk mendapat apa yang
dipelajari disebabkan beberapa penghalang atau kekurangan yang menghadkan pembelajaran
mereka secara cepat. Oleh itu, mereka menganggap bahawa kanak-kanak ini akan terabai.
Seterusnya adalah pemahaman latihan dan amalan terhad pelajar dan melemahkan
kreativiti. Guru sekarang mengatakan bahawa latihan dan amalan terhadap kemahiran asas
adalah tidak penting. Disebabkan itu, guru mengajar tetapi tidak mengambil kira tahap kelehahan
sesorang pelajar untuk diajarkan kepada mereka.
Selain daripada itu, guru dikatakan tidak perlu untuk mengukur tahap pencapaian pelajar.
Sesorang pelajar pendidikan khas tidak boleh untuk diukur prestasi pembelajaran mereka kerana
matlamat pengajaran pendidikan khas adalah untuk menyesuaikan diri mereka menghadapi
masayarakat serta mampu untuk menguruskan diri sendiri. Oleh itu, walaupun kanak-kanak ini
diajar beberapa subjek pengajaran tetapi mereka tidak boleh untuk di ukur tahap kejayaan
mereka.
Pelajar hendaklah bersedia dari segi dalaman sepenuhnya, hal ini bermaksud seseorang
pelajar pendidikan khas haruslah mempunyai kesediaan dalaman sepenuhnya untuk belajar.
Namun begitu, tidak semua pelajar pendidikan khas mampu untuk bertindak seperti berkenaan
kerana terdapatnya halangan fizikal mahupun emosi yang menghalang mereka untuk bertindak
seperti pelajar dalam aliran arus perdana.
Kemudiaannya lagi, antara tanggapan negatif yang ada ialah pembinaan self esteem
pelajar pendidikan khas adalah sepenuhnya dibawah taggungjawab guru. Ini merupakan satu
kekangan yang tidak mampu untuk di bendung kerana kebanyakkan minda pelajar yang
mengikuti pendidikan khas mempunyai kelemahan merendah diri yang tinggi. Bukannya mudah
untuk membentuk peribadi seseorang supaya mereka berubah kepada yang lebih baik tambahan
lagi kepada kanak-kanak pendidikan khas yang mempunyai banyak halangan yang merencatkan
sesuatu P&P untuk berlaku secara berkesan.
Pengajaran kepada pelajar pendidikan khas perlu mempunyai tahap kesabaran yang tidak
berbelah bahagi. Ya, memang ada benarnya dalam hal ini, namun begitu setiap insan membuat
kesilapan dalam melaksanakan sesuatu perkara tambahan menghadapi mereka-mereka ini yang
boleh dikategorikan sebagai lambat belajar.
Seterusnya lagi adalah setiap kanak-kanak belajar secara berlainan daripada yang lain.
Memang benar tanggapan tersebut, namun begitu kita tidak boleh untuk hanya menumpukan
kepada satu murid secara berterusan tanpa melihat yang lainnya. Elektisme adalah baik serta
seoarang guru yang baik adalah seorang guru yang kreatif juga merupakan antara tanggapan
yang mempengaruhi P&P pendidikan khas.
Penulis juga ada menyebut mengenai antara amalan yang tidak berjaya di antaranya ialah
membiarkan pelajar untuk belajar sendiri tanpa mengajar atau memberi mereka rujukan.
Manakala di antara cadangan penulis untuk menangani masalah ini adalah melalui
memperkenalkan keistimewaan profesion pendidikan khas, menyelidik data dan menilai
kebolehannya serta fokus kepada kepelbagaian.
Kesimpulannya, sesetengah kanak-kanak mendapat pelbagai kelebihan dalam pendidikan
khas kerana kerajaan sekarang menyediakan pelbagai frasarana yang baru dan terkini kepada
pelajar-pelajar pendidikan khas. Mereka tidak pernah dipinggirkan malah semakin rancak
penyelidikan yang dilakukan untuk menaiktaraf pendidikan khas di setiap negara.
Tajuk 3 : Kesan Kepada Gaya Pergerakan Amerika Afrika dalam
Tindakan dan Tanggapan Guru
Ulasan jurnal
Menurut penulis kajian ini dilakukan untuk mengkaji mengenai tanggapan guru terhadap
tingkahlaku orang Amerika Afrika yang agak ganas dan pencapaian mereka serta keperluan
kepada pendidikan khas berdasarkan pelajar Amerika Afrika kehidupan normal mereka di sana.
Kajian ini dilakukan dengan melibatkan 136 orang guru sekolah menengah dengan
menggunakan pendekatan melalui video serta soal selidik. Pencapaian akademik sekolah orang
Amerika Afrika ini mulai meningkat apabila mereka mengganggap diri mereka sebagai seorang
bukan Amerika Afrika dan juga melibatkan guru yang sentiasa memahami mengenai gaya hidup
atau norma masyarakat di sana. Apabila guru-guru di sana memahami gaya hidup mereka, maka
mudahlah bagi mereka untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan guru.
Guru yang memahami gaya hidup orang Amerika Afrika ini sentiasa mengekalkan tahap
dan tanggapan yang baik kepada pelajar-pelajar disana mengenai sekolah, tingkahlaku dan
persaingan akademik. Mereka juga menyatakan keprihatinan mereka kepada pelajar-pelajar
tersebut dengan menyokong persekitaran pembelajaran yang menunjukkan identiti budaya dan
kejayaan prestasi akademik.
Tanggapan negatif yang dilemparkan oleh guru-guru dari luar terhadap mereka
mendatangkan masalah terhadap proses pembelajaran yang berlaku di sekolah. Seperti mana
yang kita dapat lihat sendiri, apabila seseorang guru membuat satu tanggapan negatif terhadap
seseorang murid disekolah pastinya berita tersebut akan sampai kepada guru-gur lain dan secara
tidak lansung membuatkan pelajar tersebut dipandang serong walaupun pelajar tersebut
mempunyai prestasi akademik yang cemerlang. Apatah lagi kalau kita lihat dengan lebih
mendalam dalam aspek pendidikan khas. Hal ini kerana, pelajar pendidikan khas sudah
semestinya mempunyai kekurangan sama ada dari segi fizikal mahupun intelek mereka, jika
seorang guru turut bertindak untuk membiarkan hal ini terjadi maka tiada kesudahan terhadap hal
pembelajaran mereka. Pelajar pendidikan khas turut mempunyai hak pembelajaran sama seperti
pelajar dalam aliran arus perdana.
Pergerakan tubuh badan atau bahasa tubuh badan pelajar Amerika Afrika ini sangat
berlainan jika mahu dibandingkan tubuh badan pelajar-pelajar di Malaysia yang bertubuh
sederhana dan ketinggian yang hampir sama. Namun begitu, berlainan dengan pelajar Amerika
Afrika, mereka mempunyai susuk badan yang tegap, tinggi dan juga besar. Mereka juga
mempunyai tingkahlaku yang agak kasar dan suara yang besar. Disebabkan oleh fizikal mereka
inilah guru-guru daripada luar sering memberikan tanggapan negatif kerana bimbang akan norma
hidup mereka yang agak kasar teresbut. Salah satu contoh yang diberikan oleh penulis melalui
jurnal ini adalah cara berjalan ‘stroll’ dimana mereka ini tidak mempunyai gaya berjalan yang
standard seperti orang lain yang menggunakan postur sedikit mencanggung dan mengheret kaki
semasa berjalan.
Tanggapan seseorang guru dianggap sebgai satu rujukan yang menafsirkan tingkahlaku
akan datang atau pencapaian mereka pada masa akan datang berdasarkan pemerhatian guru-guru
terhadap seseorang pelajar itu sendiri. Oleh itu, tindakan timbalbalik harus dilakukan oleh guru
iaitu untuk memberikan satu tanggapan negatif kepada pelajar. Bagi kajian ini, seseorang gur
haruslah menerima keadaan sebenar pelajar tersebut walaupun perlakuan mereka itu kadangkala
kurang sesuai yang memungkinkan mereka kurang berjaya di dalam kelas biasa.
Kajian yang dilakukan ini melibatkan seramai 136 guru daripada sekolah menengah, pita
video serta soal selidik. Video yang disediakan oleh pengkaji adalah melibatkan 4 jenis video.
Video-video tersebut dibahagikan kepada dua video yang mempunyai tujuan yang sama atau
perlakuan yang sama tetapi hanya berbeza bahan kajian di dalamnya. Pakaian, berat, tinggi, cara
berjalan dan sifat sumber kajian dipilih secara sama atau lebih kurang supaya tidak berlaku
sebarang kekeliruan. Video yang dimainkan kepada responden sebelum itu telah disahkan oleh 5
pemerhati yang terdiri daripada psikologi pendidikan, konsultan perilaku pelajar, psikologi
bersama berserta dua orang pentadbir pendidikan. Soal selidik pula disediakan berdasarkan
senarai adjektif.
Berdasarkan daripada hasil kajian didapati bahawa pencapaian pelajar Amerika Afrika
adalah lebih baik jika dibandingkan dengan pelajar Eropah Afrika yang turut di gelar sebagai
‘stroll’. Melalui hasil ini, boleh dibuktikan bahawa tanggapan yang baik terhadap mereka
mampu meningkatkan prestasi pelajar Amerika Afrika walaupun mempunyai mempunyai
budaya yang berbeza daripada orang lain.
Kesimpulannya, tanggapan terhadapa budaya hidup sesuatu bangsa adalah tidak
seharusnya melebihi had yang ada. Hal ini kerana mereka hanya mempunyai perbezaan budaya
walaupun agak ketara tetapi mereka tetap mempunyai akademik dan pelajaran yang sama seperti
yang lainnya. Guru seharusnya memandang positif terhadap pelajar-pelajar Amerika Afrika
kerana mereka mempunyai pencapaian akademik yang membanggakan walaupun selalu
dipandang serong oleh pelbagai pihak kerana kewujudan diri serta budaya mereka yang agak
kasar.