kajian kes murid mundur dan lembam
DESCRIPTION
Kajian Kes Praktikum...TRANSCRIPT
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
ABSTRAK
Menurut Syed Abu Bakar (1997), pendidikan pemulihan adalah untuk kanak-kanak yang tidak kelihatan cacat tetapi mengalami kesulitan memperoleh kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Di Malaysia pada tahun 70-an, beberapa kebimbangan telah disuarakan oleh beberapa pihak berkenaan dengan permasalahan yang melibatkan kelemahan dalam menguasai kemahiran 3M ini. Beberapa penyelidikan telah dilakukan sehingga Kementerian Pendidikan menggubal dan menyusun semula kurikulum sekolah. Ini semua bagi tujuan untuk mengatasi permasalahan dalam menguasai kemahiran 3M. Kebanyakan murid yang mengalami masalah ini banyak ketinggalan dari segi akademik disebabkan gagal mengikuti pelajaran yang diajar di dalam kelas arus perdana. Pada kebiasaannya murid-murid pemulihan ini tidak jauh berbeza dengan murid-murid lain. Tetapi bila dari aspek pendidikan seperti pencapaian mereka bila membaca, menulis serta mengira perbezaannya amat ketara sekali. Dan ada beberapa pendapat yang mengatakan murid-murid ini boleh diketegorikan sebagai mundur atau murid lembam. Beberapa faktor boleh dikaitkan terjadi murid-murid lembam ini seperti intelektual, persekitaran serta pun disebabkan beberapa penyakit seperti autisme, disleksia dan sindrom down. Ciri-ciri yang boleh kita lihat dalam diri budak pemulihan atau lembam ialah pada tahap mereka sekarang iaitu pada umur 8 tahun mereka masih gagal dalam menguasai huruf-huruf dan menyebut suku kata. Walhal pada kajian yang pernah dibuat pada usia murid menjangkau 8 tahun, murid sudah boleh membaca ayat-ayat mudah. Penampilan murid-murid pemulihan ini juga boleh dibezakan seperti keadaan baju sekolah yang comot dan tidak kemas. Manakala hasil tulisan murid-murid sukar untuk difahami dan ada juga yang mengalami masalah untuk mengenal huruf seperti huruf “b”, “d”, “p” dan “q”. Murid-murid ini sering terkeliru dalam membezakan huruf-huruf ini. Dari sebutan pula mereka tidak dapat menyebut huruf “r” dengan tepat. Ini dapat di buktikan melalui ujian diagnostik yang dijalankan kepada murid-murid ini. Pelbagai inisiatif yang boleh diambil oleh orang di sekeliling bagi mengatasi serta membantu mereka untuk menguasai kemahiran 3M. Oleh itu masyarakat tidak harus mempertikaikan mereka yang tergolong diantara murid pemulihan atau lembam ini. Kemahiran anak-anak pada kebiasaannya adalah berbeza-beza mengikut kanak-kanak itu sendiri. Jika mereka tidak cenderung dalam bidang pendidikan, mungkin terdapat kemahiran lain yang boleh dicungkil dalam diri murid ini.
MEMPERTINGKATKAN KEMAHIRAN MURID YANG
MUNDUR DAN LEMBAM
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
1.0 PENGENALAN
Masalah
Bagi menjalankan tugas yang diberi saya telah memilih beberapa sampel,
dengan itu saya memilih Mohamad Amirul Bin Azhar sebagai sampel yang akan saya
kupas pada kajian kes kali ini. Saya mengenali murid ini semasa memasuki semasa kali
pertama saya memasuki kelas 3 Bestari. Di mana pada ketika itu saya ditugaskan untuk
mengajar kelas 3 Bestari bagi subjek Bahasa Melayu. Semasa sesi suai kenal diantara
murid dan guru dijalankan murid ini tidak banyak bercakap. Kemudian bila kertas kerja
diberi, murid ini mengalami masalah dalam memahami arahan yang diberi oleh guru.
Selain itu, murid ini juga gagal menulis nama penuhnya dengan betul dan cantik.
Seterusnya, bila dirujuk kepada Pn. Lim Hoi, Guru Pemulihan Sekolah Kebangsaan
Pinji, murid ini merupakan salah seorang daripada murid pemulihan dan murid yang
lemah dari tahun tiga. Apa yang diceritakan oleh Pn Lim Hoi, Murid ini telah dimasukkan
kedalam kelas pemulihan sejak dari tahun dua selepas tidak melepasi Ujian Pelepasan
Kia2M.
Bagi mengetahui kemahiran murid ini, satu ujian telah dijalankan bagi mengenal
pasti masalah yang dihadapi oleh murid ini. Ujian diagnostik yang dijalankan
menunjukkan beberapa kelemahan yang dihadapi oleh murid ini. Di antara kelemahan
yang paling ketara adalah dari segi tulisan. Murid ini menghadapi dalam menulis
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
perkataan-perkataan dan mengambil masa yang lama untuk menulis dan tulisan murid
ini terlalu buruk dan amat tidak berpadanan dengan usia murid ini.
Selain itu, masalah lain yang dihadapi murid ini ialah dari segi mengenali huruf-
huruf. Murid ini mengambil masa yang lama untuk mengenal huruf yang ditunjukkan
oleh guru. Di mana Ujian Diagnostik Lisan telah dijalankan, murid menghadapi masalah
dalam mengenal setiap huruf yang di tunjukkan oleh guru. Terdapat sesetengah huruf
seperti “p”, “q”, “b” dan “d” murid-murid ini menghadapi masalah dalam mengingat
setiap perkataan yang di pamerkan secara rawak. Keyakinan diri murid ini juga agak
rendah. Setiap kali guru memberikan latihan yang melibatkan murid kehadapan, murid
ini selalu akan mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan soalan serta
tidak yakin dengan jawapan yang diberi. Pada pemikiran murid ini, setiap jawapan yang
diberi adalah salah.
Disebabkan murid ini menghadapi masalah dalam mengenal huruf serta dalam
mengeja, murid ini juga banyak menghadapi masalah dalam mengikuti pembelajaran di
dalam kelas lain. Mengikut temubual saya bersama guru mata pelajaran lain, murid ini
menghadapi banyak masalah dan sering tertinggal di dalam pembelajaran. Guru-guru
lain terpaksa memberi perhatian yang lebih kepada murid ini agar tidak ketinggalan di
dalam pembelajaran.
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
2.0 LATAR BELAKANG MURID
Nama : Mohamad Amirul Bin Azhar
Tempat lahir : Ipoh, Perak
Umur : 9 Tahun
Bangsa : Melayu
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
Agama : Islam
Latar belakang murid ini diperolehi melalui temubual bersama murid ini dan juga
temubual bersama Guru Pemulihan Khas, Pn. Lim Hooi. Murid ini perwatakannya
seperti kanak-kanak yang lain tetapi Muhamad Amirul agak aktif di luar kelas dan di
dalam kelas. Di sebabkan saya juga mengajarnya di dalam kelas arus perdana 3
Bestari, murid ini nampak agak berlainan kerana murid ini menjadi pasif bila diajukan
soalan atau berkehendakan murid ini menjawab soalan. Murid ini merendah diri di
sebabkan dia berada di dalam kelas pemulihan. Ini menyebabkan murid ini menjadi
pasif dan kurang aktif dalam kelas.
Melalui temubual yang dibuat, murid ini mempunya 3 orang adik beradik sahaja.
Dia mempunyai kakak yang berada di tingkatan 5 dan juga seorang adik yang masih
tidak bersekolah. Bapanya bekerja sebagai Pembantu am di Majlis Bandaraya Ipoh
manakala ibunya bekerja di kilang.
Murid ini masuk ke kelas pemulihan khas mungkin di sebabkan kurang perhatian
daripada ibu bapa serta keluarganya. Di rumah menurut murid ini, ibu, bapa dan
kakaknya tidak membimbingnya langsung dalam menyiapkan kerja rumah yang diberi.
Ini menyebabkan murid ini menghadapi masalah dalam pembelajaran.
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
3.0 PENYATAAN MASALAH
Menurut teori perkembangan Jean Piaget yang dikeluarkan bahawa
perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepadaempat peringkat iaitu :-
Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun)
Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun)
Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun)
Tahap Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa)
Kajian ini akan lebih menyentuh di dalam tahap operasi konkrit (7 hingga 12
tahun). Pada tahap ini kanak-kanak pada usia ini boleh dilihat dari beberapa sudut iaitu;
Kebolehan mengklasifikasi – Pada tahap ini kanak-kanak sudah boleh
mengkategorikan sesuatu benda.
Pengekalan – Pada tahap ini kanak-kanak sudah boleh melihat kepada
perubahan bentuk ataupun sifat sesuatu benda.
Perkaitan Logik – Kanak-kanak pada tahap ini sudah membuat susunan atau
mencari benda tersembunyi.
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
Tingkah laku Prasosial – Kanak-kanak pada tahap ini sudah mempunyai
perasaan belas kasihan serta mengamalkan sikap perkongsian.
Manakala dalam teori pembelajaran Gange pembelajaran adalah sebagai satu
cara pemerosesan data dan maklumat. Proses pembelajaran bergerak daripada
peringkat yang paling mudah menuju kepada peringkat yang rumit. Pembelajaran pada
aras yang tinggi bergantung kepada pembelajaran pada aras yang rendah. Gagne telah
mengenal pasti lapan jenis pembelajaran iaitu:
I. Pembelajaran isyarat.
II. Pembelajaran rangsangan gerak balas
III. Rangkaian.
IV. Pertalian berbahasa.
V. Pembelajaran diskriminasi.
VI. Pembelajaran konsep
VII. Pembelajaran hokum
VIII. Penyelesaian masalah.
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
Pengajaran dan pembelajaran menggunakan teori konstruktivisme pula ada
mengatakan ianya boleh dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip berikut (Khadijah,
Mahani & Ramlah, 2002).
• Memberi peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan tentang sesuatu
konsep.
• Memberi peluang kepada pelajar berkongsi persepsi antara satu sama lain.
• Menggalakkan pelajar menghormati pandangan alternatif rakan mereka.
• Menghormati semua pandangan pelajar dan tidak memandang rendah terhadap
pandangan mereka.
• Melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar.
• Menyediakan aktiviti-aktiviti berbentuk ”hands on” dan ”minds on”.
• Mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir di kalangan pelajar.
• Menggalakkan pelajar merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya.
• Meminta pelajar menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina.
• Menggalakkan pelajar mengemukakan hipotesis.
• Tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar.
• Memberi peluang pelajar berinteraksi dengan guru dan pelajar-pelajar lain.
• Memberi perhatian kepada keperluan, kebolehan dan minat pelajar.
• Menggalakkan pelajar bekerja dalam kumpulan.
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian masalah murid mundur dan lembamini yang dijalankan adalah berdasarkan
objektif-objektif berikut :
1) Mengenalpasti punca masalah murid tidak dapat membatangkan suku
kata. Punca-punca masalah murid tidak dapat menguasai kemahiran untuk mengenal
huruf, membatangkan suku kata dan membaca dapat dikenalpasti dengan adanya
kajian ini.
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
2) Mengenalpasti masalah-masalah pelajaran yang dihadapi oleh murid yang
mengalami masalah inil. Masalah-masalah yang dikenalpasti dapat membantu murid
dalam meningkatkan keyakinan diri murid ini dalam pelajaran.
3) Mengenalpasti kaedah dan keberkesanannya. Kaedah-kaedah yang
digunakan dalam mengatasi masalah murid yang menghadapi masalah kemunduran
dan lembam.
4) Mengatasi masalah murid yang kurang minat dalam pengajaran dan
pembelajaran yang disampaikan.
5.0 METADOLOGI
Bagi menyelesaikan kajian kes yang dibuatm, beberapa kaedah telah dilakukan
bagi memastikan setiap maklumat yang diperolehi mempunyai kesahihan serta tepat.
Kaedah ini berbentuk kualitatif dan antaranya ialah :-
1. Ujian Diagnostik
Ujian diagnostik telah dijalankan keatas murid pada awal saya mengajar murid
ini. Ujian ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahasa Melayu dan Matematik.
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan
murid. Selain itu, ujian ini juga untuk membina kumpulan dalam pengajaran yang
bakal dijalankan kelak.
2. Pengumpulan maklumat
Pengumpulan maklumat dijalankan dalam mencari maklumat berkaitan teori,
latar belakang murid dan kajian yang lepas. Oleh itu, maklumat yang berkaitan
dengan teori di perolehi melalui bacaan buku-buku, maklumat di internet dan
perkongsian maklumat di antara rakan-rakan. Manakala pengumpulan maklumat
mengenai latar belakang murid dibuat melalui buku rekod pelajar.
3. Pemerhatian
Bagi pemehatian, saya telah melakukan pemerhatian tehadap murid ini sejak
mula saya mengajar murid ini. Di antara pemerhatian yang dijalankan melibatkan
tingakah laku murid ini, cara berkomunikasi dan pergaulannya bersama murid-
murid lain, keperibadiannya dan juga emosinya.
4. Temubual
Beberapa sesi temubual telah saya jalankan. Di antaranya bersama murid ini
sendiri bagi mengetahui masalah sebenar murid ini. Selain itu, saya telah
menemubual Puan Lim Hooi yang mengajar murid ini bagi kelas pemulihan sejak
murid ini di tahun dua ini bagi mengetahui perkembangan murid ini sejak dari
awal di masukkan ke dalam kelas pemulihan, Sesi temubual seterusnya adalah
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
bersama dengan guru kelas murid ini ini bertujuan mengetahui sifat peribadi
murid serta mengetahui latar belakang murid ini. Beberapa sesi temubual
bersama guru-guru matapelajaran lain juga telah dijalankan bagi melihat
bagaimana tingkah laku murid ini sepanjang proses pembelajaran berjalan.
Temubual terakhir adalah bersama ibubapa murid ini. Temubual ini bertujuan
untuk mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh murid ini sama ada
ianya berpunca dari rumah atau pun sekolah.
5.1 Temubual Bersama Mohamad Amirul bin Azhar
Satu temubual bersama murid ini telah dijalankan. Ini bertujuan untuk
mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh murid ini. Sesi temubual ini berjalan
selepas waktu kelas pemulihan. Saya telah menemubual murid ini dan bertanyakan
berkenaan dengan latar belakang murid ini. Menurut murid ini, bapanya bekerja sebagai
pembantu am di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) manakala ibunya bekerja di Kilang.
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
Dia juga mempunyai 3 orang adik beradik. Seorang kakak yang berada di
Tingkatan Lima dan seorang adik yang masih tidak bersekolah. Menurutnya, setiap kali
pulang ke sekolah tiada siapa yang menunjukkan murid ini untuk membuat atau
menyiapkan kerja sekolah. Tiada orang yang membimbingnya semasa menyiapkan
kerja. Jadi murid akan menghabiskan masa di waktu petang dengan bermain sahaja
dan bila di dalam kelas murid ini.
Tiada istilah mengulangkaji di rumah oleh murid ini. Bapa murid ini hanya
menghantar dan mengambil murid ini ke sekolah. Ini amat menyedihkan kerana murid
ini tiada bimbingan semasa di rumah. Hanya menerima sesi pembelajaran di sekolah
tiada di rumah. Ini menyebabkan murid tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi.
5.2 Temubual Bersama Guru Pemulihan Pn Lim Hooi.
Memandangkan murid ini telah berada di dalam kelas pemulihan selama hampir
dua tahun, jadi saya bercadang untuk menemubual Puan Lim Hooi bagi mengetahui
perkembangan murid ini. Menurut Puan Lim Hooi, pada permulaan murid ini memasuki
kelas pemulihan, murid ini tidak mengenal huruf langsung. Ini bermakna Puan Lim Hooi
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
akan mengajar murid ini dari permulaan lagi bagi mengenali huruf-huruf kecil dan huruf
besar.
Menurut Pn Lim juga, murid ini agak lambat dalam menerima pelajaran yang
diajar. Ianya akan mengambil masa yang lama bagi memastikan murid ini dapat
mengikuti isi pelajaran atau sesuatu kemahiran. Tumpuan yang lebih juga sering
diberikan kepada murid ini supaya murid ini mudah faham.
Setakat Puan Lim Hooi mengajar sehingga pertengahan murid ini di Tahun 3,
murid ini hanya boleh menguasai dalam membunyikan suku kata KV dan masih
tergagap-gagap kerana masih tidak boleh memastikan sebahagian huruf.
Satu lagi masalah yang dihadapi oleh Puan Lim ialah kehadiran murid ini
kesekolah. Murid ini sering kali tidak hadir ke sekolah dengan berbagai alasan yang
tidak munasabah. Ini menambahkan kepayahan kepada Pn Lim untuk mengajar murid
ini. Sikap murid ini yang tidak minat dalam pembelajaran juga membuatkan murid ini
semakin jauh ketinggalan.
5.3 Temubual Bersama En Ratno Hadi (Guru Kelas 3 Bestari)
Satu sesi temubual telah dijalankan bersama En Ratno Hadi yang merupakan
guru kelas kepada murid ini iaitu tahun 3 Bestari. Temubual bagi melihat sejauh mana
sifat murid ini di dalam kelas arus perdana biasa, Menurut En Ratno, murid ini sering
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
kali menghadapi masalah dalam menerima isi pelajaran yang diajar. Ini semua
disebabkan kegagalan murid ini untuk membaca. Selain itu, dari markah ujian dan
markah peperiksaan, murid ini sering sahaja tidak lulus.
Selain itu, masalah kehadiran murid ini agak serius kerana murid ini sering
sahaja tidak hadir ke sekolah walaupun telah diberikan amaran berulang kali. Ini juga
merupakan faktor penyumbang kepada ketinggalan murid ini dalam pelajaran. Pihak
sekolah telah berulang kali memberi nasihat kepada murid ini supaya hadir ke sekolah.
Tapi nasihat ini tidak mendatangkan kesan apa-apa. Murid masih kerap tidak hadir ke
sekolah.
5.4 Temubual Bersama En Siva Naidu (Guru Matapelajaran Sains)
En Siva Naidu merupakan guru bagi matapelajaran sains. Ketika saya
menemubual En. Siva banyak komen diberikan mengenai murid ini. Berkanaan dengan
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
tingkah laku murid ini semasa di dalam kelas, murid ini sering menyendiri dan kurang
memberi tumpuan kepada pelajaran yang diajar oleh guru. Apa yang guru boleh
lakukan hanyalah menegur dan memberi tunjuk ajar kepada murid mengenai isi
pelajaran yang diajar pada masa tersebut.
Perhatian yang penuh juga diberikan lebih kepada murid ini bertujuan supaya
murid ini tidak ketinggalan dari aspek pelajaran. Seperti guru lain juga, En. Siva
menyatakan kelemahan murid ini dalam membaca mengakibatkan murid ini sering
ketinggalan di dalam kelas. Memandangkan mata pelajaran sains diajar dalam Bahasa
Inggeris, ini lebih menyulitkan guru untuk mengajar murid ini.
Sebelum ini En Siva sering memberi kerja rumah kepada murid ini tetapi kerja
yang diberi jarang diselesaikan oleh murid ini. Oleh itu, En. Siva jarang memberi kerja
rumah kepada murid ini. Apa yang dilakukan hanya membimbing murid ini sepanjang di
dalam kelas agar murid ini tidak ketinggalan.
5.5 Temubual Bersama Bapa Mohamad Amirul (En.Azhar).
Disebabkan kesibukan ibubapa Mohamad Amirul, saya hanya boleh
menjalankan temubual bersama bapanya melalui talian telefon sahaja. Tetapi banyak
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
yang boleh saya perolehi dari perbualan yang dijalankan. Menurut bapa murid ini,
tingkah laku Mohamad Amirul memang agak aktif kerana dia merupakan satu-satunya
anak lelaki dalam keluarga ini. Menurut bapanya, sebelum ini Mohamad Amirul jarang
menelaah buku dan menunjukkan hasil kerjanya kepada bapanya.
Menurut bapanya, dia sememangnya agak sibuk kerana mencari pendapatan
untuk keluarganya bagi menampung keluarga ini. Ibunya juga bekerja di kilang
berhampiran. Ini menambahkan ibubapa murid ini kurang dapat memberi perhatian
kepada murid ini.
Sebelum ini, kakak Mohamad Amirul yang sekarang berada di tingkatan lima,
pencapaiannya pada tahap yang sederhana. Manakala adik kepada Mohamad Amirul
masih tidak bersekolah.
6.0 ANALISIS MASALAH
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
Mohamad Amirul bin Azhar merupakan murid tahun 3 Bestari. Telah memasuki
kelas pemulihan khas sejak dari tahun 2 lagi. Jika dilihat dari segi fizikal murid ini,
perwatakannya sama sama seperti murid-murid yang lain. Cuma yang membezakannya
adalah dari segi pelajaran dan tingkah lakunya yang agak aktif. Aktif dimaksudkan disini
adalah murid ini sering menganggu murid-murid lain dan tidak melakukan kerja yang
diberi semasa di dalam kelas. Jadi guru-guru yang mengajarnya akan memberi
perhatian kepada murid ini agar murid ini tidak menganggu murid lain sepanjang proses
P&P. Murid ini diketegorikan sebagai murid yang lemah dalam mengenal huruf,
membatang suku kata dan mengeja perkataan atau juga dikenali dengan murid yang
lembam. Ini berdasarkan teori yang dikeluarkan oleh Burt (1950) yang menyifatkan
murid lembam sebagai murid yang pada pertengahan alam persekolahannya tidak
berkebolehan untuk mengikuti pelajaran dalam kelas satu peringkat lebih rendah
daripada kelas yang sesuai dengan umurnya. Mengikut Kirk (1972), kemunduran pada
umumnya merupakan label yang diberikan kepada kes murid yang pencapaian
akademiknya jauh lebih rendah daripada kebolehan semula jadinya. Jelas kita lihat
Muhammad Amirul ketinggalan dari segi akademik berbanding rakan sebayanya yang
lain. Menurut kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Giddard (1890), Newman (1937)
dan Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan
dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya.
Berdasarkan pemerhatian saya, bila murid ini memasuki kelas arus perdana
murid ini menjadi seorang yang pendiam dan kurang berkomunikasi dan mengambil
bahagian di dalam aktiviti yang dijalankan. Murid menjadi pendiam bila diajukan soalan
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
kerana murid tidak mempunyai keyakinan diri untuk menjawab soalan yang diberikan.
Menurut Dr Koh Boh Boon (1980), keyakinan diri yang rendah menyebabkan murid
kurang aktif dan kurang minat untuk menyertai kegiatan pelajaran dalam bilik darjah.
Sebagai guru kelas pemulihan yang mengajar murid ini, saya merasakan murid
ini boleh mengenal huruf dan membaca suku kata serta perkataan jika murid ini
diberikan perhatian yang sepenuhnya dan sesi P&P yang menarik minat pelajar ini. Dari
pemerhatian yang saya lihat bila murid ini di dalam kelas arus perdana murid ini
menjadi pasif dan lebih banyak mendiamkan diri. Ini disebabkan aktiviti P&P yang
dijalankan oleh guru tersebut lebih menumpukan dan khusus kepada murid yang agak
bijak dan boleh memahami dengan cepat isi pelajaran. Selain itu, tiada aktiviti yang
boleh menarik minat murid-murid yang lemah ini untuk belajar sama. Oleh kerana itu,
murid ini ketinggalan dalam pelajaran.
Bila Mohamad Amirul berada di dalam kelas pemulihan, keadaannya amat
berbeza. Murid ini lebih bergerak aktif kerana murid ini boleh menjawab soalan yang
diberi dengan lebih aktif berbanding di dalam kelas arus perdana. Ini kerana aktiviti
pembelajaran di dalam kelas pemulihan amat berbeza berbanding di dalam kelas arus
perdana. Dengan pengajaran secara berkumpulan, setiap pembelajaran di bahagikan
kepada tiga bahagian iaitu pengajaran, permainan dan pengukuhan. Oleh itu, tumpuan
boleh banyak di berikan kepada setiap murid di dalam kelas dan murid tidak malu dan
tidak pasif untuk menjawab soalan yang diberikan oleh guru.
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
Jika dilihat kepada keadaan Mohamad Amirul ini, bimbingan untuk membaca
hanya diberikan semasa berada di sekolah sahaja. Tiada bimbingan diberikan kepada
murid ini semasa di rumah. Kemungkinan kesibukan ibubapa dan tidak mengambil tahu
perihal anak-anak menyebabkan murid ini tidak berminat langsung untuk belajar di
rumah. Guru hanya dapat membimbing murid ini semasa berada di sekolah. Ibubapa
atau keluarga murid ini haruslah memainkan peranan mereka sepanjang berada di
sekolah. Taraf kehidupan keluarga juga memberikan kesan yang mendalam kepada diri
murid ini. Taraf kehidupan biasanya rendah dan tidak terdapat cukup makanan yang
berkhasiat yang tidak bagus untuk perkembangan minda. Rumah yang sesak
mengakibatkan satu lagi kekurangan atau penderitaan yang serius. Terdapat kurangnya
perhubungan antara ibu bapa dan anak-anak yang menyebabkan ibu bapa kurang
memberikan galakan dan rangsangan serta kasih sayang kepada anak-anak mereka.
Keadaan ini juga akan menimbulkan lagi masalah, misalnya masalah gangguan masa
tidur, rehat dan keletihan yang akan memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan
seterusnya pencapaian akademik mereka. Jelas di sini keperluan asas manusia dari
yang rendah sehinggalah keperluan peringkat tertinggi seperti yang terdapat dalam
Keperluan Herarki Maslow akan memberikan kesan terhadap perkembangan individu
jika tidak sempurna atau gagal dipenuhi. Ini juga berlaku keatas Mohamad Amirul di
mana ibu dan bapanya sibuk bekerja bagi meningkatkan taraf hidup mereka. Di sini kita
dapat lihat pekerjaan bapanya sebagai pembantu am di Majlis Bandaraya Ipoh
mengakibatkan ibunya juga terpaksa bekerja bagi menampung perbelanjaan keluarga.
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
Kemunduran umum pada dasarnya adalah akibat kelemahan intelek atau
lembam (otak lembap), walau bagaimanapun ia tidak semestinya benar kerana ramai
juga murid yang mundur tetapi tidak lembam. Kemunduran mereka mungkin bukan
disebabkan kerencatan intelek tatapi keadaan persekitarannya atau faktor-faktor
ekstrinsik seperti kaedah mengajar yang tidak berkesan, sikap mental dan emosi yang
tidak sesuai terhadap guru dan pelajaran, penyakit dan keadaaan fizikal yang lemah.
Walaupun kemunduran pada asasnya menunjukkan satu keadaan intelektual tetapi
pada hakikatnya ia menunjukkan satu ciri atau sifat psikologi yang timbul dari personaliti
hasil gabungan sifat yang diwarisi dan pengaruh persekitaran dalam proses
perkembangan yang akhirnya mempengaruhi personaliti individu. Daripada kes
Mohamad Amirul, faktor persekitarannya mungkin antara penyebab kepada terjadinya
murid ini lambat untuk menerima isi pelajaran yang diajar. Faktor persekitaran seperti
ibu bapa dan kakaknya yang kurang mengambil berat mengenai pelajaran murid ini
menjadikan Mohamad Amirul sering ketinggalan dalam pelajaran.
Seperti yang diberitahu, murid ini masih tidak mengenali sesetengah huruf dan
terpaksa dibantu oleh guru. Oleh itu pelbagai cara boleh digunakan dalam mengajar
supaya mereka tidak perlu untuk memikir kembali huruf-huruf tadi. Teknik seperti kad
imbasan merupakan satu teknik pembelajaran yang bagus. Ini kerana murid mudah
untuk memahami sesuatu perkara. Kad imbasan yang mempunyai gambar adalah satu
perkara yang mudah untuk murid mengingat. Dan teknik ini boleh dipelbagaikan dengan
menjadikan satu permainan yang lebih menarik minat murid.
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
Sebahagian daripada murid-murid yang lembab atau mundur ini, sebahagian
daripada mereka bukan lemah disebabkan oleh fizikal atau mental tetapi disebabkan
kurangnya dalam mengulangkaji pelajaran, tidak memberi tumpuan semasa sesi
pengajaran dan faktor-faktor persekitaran yang lain. Beberapa cara boleh digunakan
oleh guru dalam mengajar dan membantu anak murid yang lemah seperti Mohamad
Amirul dalam mengajarnya membaca dan mengingat huruf atau abjad.
Murid-murid yang mundur biasanya tidak memperolehi perkembangan mental
sebagaimana sepatutnya disebabkan persekitaran yang tidak mengalakkan mereka
melalui proses-proses pekembangan pemikiran. Menurut Piaget perkembangan kognitif
kanak-kanak akan melalui satu siri urutan yang berperingkat-peringkat iaitu peringkat
deria motor (0-2 tahun), peringkat praoperasi (2-7 tahun), peringkat operasi konkrit (7-
11 tahun) dan peringkat operasi formal (11 tahun ke atas). Ibu bapa murid mundur juga
seringkali jarang memberi peluang anak mereka membuat keputusan dan tidak
mendedahkan mereka dengan situasi yang membantu perkembangan pemikiran. Jika
murid-murid ini tidak dapat berfikir dan mentafsir sesuatu mengikut peringkat umur yang
sepatutnya mereka bolehlah dikatakan murid mundur. Schonnel (1949) berpendapat
bahawa 65% hingga 80% murid-murid mundur adalah lembap dan selebihnya
mempunyai kesukaran dalam pelajaran kerana tidak dapat menyesuaikan diri dari segi
sosial dan emosi. Kelembapan ini tentulah menghadkan murid ini memperolehi
kandungan ilmu pengetahuan dan pencapaian dalam pelajaran.
Pelbagai kaedah asas yang boleh perkenalkan kepada murid ialah melalui
kaedah fonik yang memberi fokus kepada cara mempelajari perkataan yang belum
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
dikenali dengan bunyi bahasa. Contohnya seperti huruf ’m’ disebut apabila memakan
sesuatu makanan yang sedap iaitu ’emm’. Apabila murid sudah menguasai kemahiran
mengenal huruf, kemudian guru akan memperkenalkan nama huruf dan bentuk huruf.
Bunyi-bunyi huruf dicantumkan sehingga terbentuknya perkataan yang sempurna.
Kaedah ini telah saya gunakan kepada Mohamad Amirul dan menampakkan
keberkesanannya. Cuma ada beberapa abjad yang murid ini menghadapi masalah
dalam mengingat dan menyebut.
Oleh kerana masalah membaca merupakan sebab utama yang menyebabkan
wujudnya masalah pembelajaran di kalangan murid, ibu bapa perlulah berusaha
menggalakan si anak membaca dari kecil lagi. Kanak-kanak berbeza antara satu sama
lain dari segi kesedaran membaca. Ada yang lambat dan ada yang cepat. Ini ada kaitan
dengan interaksi baka dan pengaruh psikososial seperti galakan yang diterimanya,
peluang-peluang serta sumber-sumber bacaan yang terdapat di rumah serta motivasi si
anak itu sendiri untuk membaca. Minat membaca juga dipengaruhi oleh orang
sekelilingnya.
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
7.0 PENYELESAIAN MASALAH
7.1 Kaedah Mengatasi Kemunduran dan Masalah Lembam
Setelah melihat kes kemunduran pelajar dari perspektif psikologi, termasuk
setiap aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan juga intelektual, sekali lagi
persekitaran murid-murid ini baik di sekolah ataupun di rumah harus diberi perhatian
yang secukupnya kerana terdapat interaksi antara perkembangan dan persekitarannya.
Walau apa jua kaedah yang hendak digunakan adalah untuk membantu murid-murid
ini dengan membuat penyesuaian yang cukup dengan permintaan situasinya, dengan
tidak melupakan batasan yang dikenakan oleh keadaan dan kebolehan semulajadinya.
Kaedah untuk mengatasi masalah kemunduran ini akan dijelaskan.
Beberapa kaedah telah difikirkan untuk membantu murid ini dalam mengatasi
masalah yang dihadapinya. Diantaranya ialah :-
7.1.1 Ujian Diagnostik
Ujian diagnostik dijalankan bagi mengetahui tahap kemahiran murid dalam
matapelajaran bahasa melayu dan juga matematik. Ini kerana tahap kemahiran setiap
murid adalah berbeza-beza. Jadi hasil dari ujian ini akan memudahkan guru untuk
merancang untuk pengajaran yang bersesuaian dengan murid. Ujian ini juga dapat
melihat kemahiran yang diajar adalah berpandukan kepada kelemahan murid tersebut.
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
7.1.2 Kaedah Pengajaran
Pengajaran yang menarik boleh menarik minat murid untuk memberikan
tumpuan serta sepenuh perhatian ketika sesi P&P berjalan. Di dalam kelas saya, saya
mengamalkan tiga cara dalam pengajaran iaitu :-
Kaedah Kumpulan
Kaedah ini bererti murid belajar dan membuat kerja dalam kumpulan.
Kebiasaannya, kumpulan ini diwujudkan berdasarkan kebolehan atau pun
perbezaan minat.
Dalam kelas saya sememangnya mudah mengajar secara kumpulan berbanding
individu kerana murid mempunyai daerah kelemahan yang sama. Oleh yang
demikian, bahan yang hendak dihasilkan juga mudah.
Dengan adanya kaedah ini akan dapat membantu kelancaran komunikasi
sesama murid, saling bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang
diberi dan berkongsi idea.
Kaedah Individu
Kaedah ini menekankan tumpuan guru hanya kepada seorang murid sahaja.
Kebiasaannya, murid dalam kategori ini lebih mudah diurus kerana guru tidak
mengalami gangguan ‘banyak mulut’ daripada murid semasa mengajar.
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
Guru akan lebih mudah fokus kepada objektif pembelajaran murid dan murid
berasakan mendapat lebih perhatian daripada guru.
Kebiasaannya kaedah individu ini dijalankan diluar bilik darjah. Di mana saya
akan mengambil Muhammad Amirul untuk berjumpa saya pada setiap awal pagi
dan sekurang-kurang tempoh masanya ialah 10minit – 15 minit. Murid akan
diberi latihan bagi mengukuhkan ingatan murid ini mengenai pengajaran yang
dijalankan sebelum ini. Cara ini amat berkesan sekali.
Kaedah Rakan Sebaya
Apabila mengajar dalam kelas yang mempunyai tiga kelompok murid pemulihan
dalam kuantiti yang banyak, saya akan menggunakan kaedah ini.
Kebiasannya, murid-murid yang dilihat matang dan lebih cerdik daripada rakan
yang lain akan dibimbing dan dilatih untuk membantu melicinkan pengajaran dan
pembelajaran saya pada hari berkenaan. Cara ini juga memberi keyakinan
kepada diri murid.
7.1.3 Permainan Dalam Pengajaran
Saya akan memasukkan elemen permainan yang memerlukan murid untuk
bergerak bebas. Ini secara tidak langsung akan menimbulkan minat murid untuk lebih
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
memahami apa yang akan diajar. Menurut L. Vygotsky (1976) berpendapat fungsi main
adalah membina semula realiti tanpa pengaruh situasi atau halangan, dan
menggerakkan perkembangan intelek secara tidak langsung. Alan Chamberlain (1986)
juga ada menyatakan “...games can be used at all levels in language syllabus and with
all types of pupils from primary school children to adults...”. ini jelas menunjukkan
permainan dalam pengajaran dapat membantu murid untuk memahami apa yang diajar
oleh guru.
7.1.4 Motivasi, Nasihat dan Kata-kata Pujian
Sebagai seorang guru yang mengajar Mohamad Amirul ini, saya sering akan
memberikan nasihat kepadanya supaya kerap membaca buku dan menyiapkan latihan
atau kerja rumah yang diberikan oleh guru. Selain itu, saya akan memberi motivasi
kepada murid ini agar Muhammad amirul sentiasa menanamkan sifat ingin belajar
dalam dirinya. Cara ini juga berkesan bagi memotivasikan diri murid ini. Seperti yang
diungkapkan oleh Woolfolk (1990), dimana motivasi didefinisikan sebagai satu kuasa
dalaman yang membangkitkan, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku
manusia.
Kata penghargaan dan pujian akan meransang murid untuk melakukan yang
terbaik dalam sesi pengajaran. Kata-kata seperti, “bagus”, “teruskan usaha”, “cuba lagi”,
“baik” dan banyak lagi dapat membangkitkan semangat murid dalam pembelajarannya.
7.1.5 Sistem Token
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
Satu teknik behaviorisme yang biasa digunakan ialah token ekonomi atau
pemberian hadiah.Ini merupakan satu prosedur yang teratur di mana token atau hadiah
diberikan sebagai peneguhan untuk tingkah laku yang bersesuaian. Token ini adalah
dalam bentuk benda seperti duit syiling plastik, markah, atau apa sahaja benda yang
boleh ditunaikan atau ditebus (cashed in) dengan barang-barang bernilai atau
kemudahan-kemudahan tertentu (privileges). Sistem ini dijalankan di dalam kelas
pemulihan bagi tujuan menarik minat pelajar untuk menumpukan perhatian dalam
pelajaran selain untuk mendisiplinkan pelajar.
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
8.0 TINDAKAN SUSULAN
8.1 Pendekatan Teori Pembelajaran Behaviorisme
Beberapa tindakan susulan telah saya pilih dalam menyelesaikan masalah
pembelajaran Mohamad Amirul. Saya akan menggunakan pendekatan dalam Teori
Pembelajaran Behaviorisme. Dalam teori pembelajaran behaviorisme saya akan
mengaitkannya dalam
A) Teori pelaziman Operan Skinner
B) Hukum pembelajaran Thorndike
Guru yang baik untuk murid-murid mundur adalah individu yang praktis,
bukannya hanya mempunyai kecenderungan akademik tetapi mempunyai minat yang
konkrit, dan berbakat dalam kerja manual dan pernyataan artistik dan bukan mereka
yang hanya pandai menyatakan teori dan bercakap sahaja. Dari pendekatan
Behaviorisme murid-murid mundur memerlukan pujian, pertolongan yang tersusun,
pertimbangan yang bersimpati terhadap kesukaran mereka, dan minat yang berkekalan
di pihak guru atau orang yang membimbingnya. Guru tersebut bukan sahaja dapat
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
menerima kekurangan murid tersebut bahkan menyedari murid-murid ini bukanlah tidak
sempurna sehingga tidak ada kebolehan langsung dan tidak ada kualiti yang berguna.
Dia mestilah bersikap berperikemanusiaan dan pada masa yang sama saintifik. Sekali
lagi, guru yang baik untuk murid-murid mundur adalah seorang pemimpin dan
pendiagnosis dan bukannya setakat pengajar, seorang pemerintah atau penguatkuasa
undang-undang dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
Oleh itu dalam teori pembelajaran behaviorisme, ahli-ahli psikologi Behavoris
berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkahlaku.
Perubahan tingkah laku semasa proses pembelajaran adalah kerana wujudnya
perhubungan rangsangan (stimuli) dengan tindak balas(respon) organisma.
Berasaskan perlaziman (conditioning), perkaitan rangsangan dan tindak balas akan
membentuk sesuatu perhubungan baru. Apabila tindak balas terhadap sesuatu
rangsangan wujud maka proses pembelajaran boleh dimulakan. Proses pembelajaran
ini akan diteruskan apabila unsur motivasi diselitkan. Selain itu penekanan terhadap
ganjaran juga dirumuskan di dalam teori behaviorisme ini. Mereka berpendapat bahawa
ganjaran dapat menggalakkan individu manakala denda menghalang individu daripada
melakukannya.
8.2 Teori Pelaziman Operan (B.F. Skinner (1904 - 1990))
B. F. Skinner merupakan antara tokoh behaviorisme yang terkenal. Diantara proses
dalm teori pelaziman Operan ialah :-
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
8.2.1 Pengukuhan Positif
Pengukuhan positif ialah memberikan suatu ganjaran setelah perlakuan itu
ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Sebagai
contoh, Muhammad Amirul membuat latihan atau melakukan aktiviti dan jika murid ini
membuat dengan kesungguhan dan memperoleh jawapan yang betul guru akan
memberi ganjaran dalam bentuk token seperti bintang atau pun yang berbentuk pujian
kepada murid. Dalam jangka masa panjang, ia akab menarik minat pelajar untuk
membuat sesuatu kerja atau aktiviti yang guru beri dengan bersungguh-sungguh.
Secara tidak langsung akan mempertingkatkan kemahirannya dalam pembelajaran.
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
8.2.2 Pengukuhan Negatif
Pengukuhan negatif ialah ransangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan
yang diberikan setelah tingkah laku yang kurang elok ditunjukkan. Seperti contoh, jika
Mohamad Amirul melakukan kesilapan seperti mengganggu rakan-rakan atau membuat
bising di dalam kelas, guru akan menegur secara baik dan melakukan sedikit denda
seperti menolak markahnya dalam sistem token ekonomi atau melakukan kerja rumah
yang lebih berbanding rakan-rakannya yang lain.
Dendaan adalah satu proses atau tatacara melemahkan untuk melemahkan atau
mengurangkan murid dari berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya,
dendaan adalah kesan negatif yang membawa pengurangan dalam kekerapan
berlakunya tingkah laku tersebut. Dendaan ini terbahagi kepada dua iaitu:-
i. Dendaan Persembahan – dendaan persembahan berlaku apabila sesuatu
ransangan menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkah laku diri
pelajar tersebut. Dendaan ini tidak melibatkan fizikal, tetapi dapat
menakutkan pelajar. Jika Murid ini melakukan kesalahan seperti
melakukan bising dan mengganggu proses pembelajaran, guru akan
menegur murid dan jika teguran tidak berjaya, dendaan seperti menghafal
sifir di depan rakan-rakan berulang kali sehingga berjaya kuasai sifir
tersebut. Ini sekurang-kurang menimbulkan keserikan kepada murid dan
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
dalam masa yang sama, murid ini membantu dirinya dan rakannya dalam
pembelajaran menghafal sifir.
ii. Dendaan penyingkiran – dendaan penyingkiran berkaitan dengan
penyingkiran ransangan. Sebagai contoh dendaan dijalankan dengan
tidak membenarkan murid terlibat dengan aktiviti permainan yang
dijalankan. Mohamad Amirul di dalam kelas sememangnya suka untuk
menganggu murid lain. Oleh itu, guru akan menarik sistem tokennya
kembali dan tidak membenarkan murid untuk terlibat dalam aktivit yang di
jalankan. Sebagai gantinya, guru memberi latihan kepada murid. Tindakan
ini sekurang-kurangnya memberi keserikan kepada murid kerana tidak
boleh bermain seperti rakan-rakan lain.
8.3 Teori Perikatan Atau Teori Ransangan dan Gerak Balas (Edward Lee
Thorndike)
Menurut Thorndike manusia belajar menggunakan kaedah cuba dan ralat.
Manakala motivasi, ganjaran dan denda merupakan dua faktor penting dalam
membantu dalam pembelajaran manusia. Selain itu juga, pembelajaran manusia
berlaku mengikut hubungan antara ransangan dan gerak balas. Dalam hukum
pembelajaran Thorndike telah memperkenalkan tiga hukum iaitu:-
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
i. Hukum Kesediaan – di mana pelajar bersedia sebelum belajar. Ini amat
penting sebagai ransangan kepada pelajar untuk menumpukan dalam
pembelajaran yang akan diajar oleh guru. Di dalam kelas pemulihan, set
induksi merupakan satu ransangan kepada pelajar. Jika induksi yang
menarik dan memikat hati murid akan menjadikan sesuatu pembelajaran
lebih menarik. Murid seperti Mohamad Amirul memerlukan ransangan
yang boleh memotivasikan dirinya sebelum belajar.
ii. Hukum Latihan – Pertalian antara ransangan dan gerak balas akan
bertambah kukuh jika latihan, aplikasi serta aktiviti pengukuhan diberikan.
Di dalam pengajaran berkumpulan yang diamalkan semasa kelas
pemulihan salah satu dari aktiviti pengajaran yang diamalkan adalah
melalui pengukuhan. Mohamad Amirul juga seperti murid-murid lain
memerlukan banyak latihan serta pengukuhan bagi memastikan setiap isi
pelajaran yang diajar tidak dilupakan.
iii. Hukum Kesan – Pertalian antara ransangan dan gerak balas akan
bertambah kukuh jika dapat kesan pengalaman yang menyeronokkan dan
gerak balas ini akan diulang. Manakala, jika kesan pengalaman itu
menyakitkan, gerak balas tersebut akan lenyap. Ini adalah melibatkan
ganjaran dan denda. Jika gerak balas yang dilakukan adalah bersifat
kebaikan, guru akan memuji dan memberi ganjaran dalam bentuk token
atau benda. Tetapi jika gerak balas yang diberi adalah sebaliknya denda
akan dikenakan.
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
9.0 KESIMPULAN
Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, murid yang dikaji iaitu Mohamad
Amirul bukan seorang murid yang tidak boleh di bentuk, tetapi murid ini memerlukan
sedikit perhatian untuk dipulihkan. Perhatian dalam konteks ini bukan sahaja di kelas
dan sekolah tetapi juga melibatkan Ibubapa dirumah. Perhatian yang diberikan
sekurang-kurangnya akan membantu murid ini dalam menguasai kemahiran dalam
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
membaca dan tidak lagi ketinggalan di dalam pembelajaran yang dibawa di dalam
kelas. Guru juga tidak seharusnya putus asa dalam membantu pelajar dalam
memperbaiki kelemahan yang terdapat di dalam diri murid ini.
Jika dilihat dari permulaan saya mengenali murid ini, banyak kelemahan yang
dihadapi seperti tidak boleh membatang suku kata serta menghadapi masalah dalam
mengeja perkataan yang diberi oleh guru. Selain itu murid juga kerap kali tidak hadir ke
sekolah. Tetapi setelah beberapa langkah diperkenalkan seperti sistem token ekonomi
di pamerkan, ianya menarik dan merubah sikap pelajar ini yang kerap tidak hadir ke
sekolah. Selain itu, murid ini menunjukkan kesungguhan dalam setiap pembelajaran
yang diberikan oleh guru. Murid juga mula mengenal dan boleh membunyikan suku
kata yang melibatkan terbuka dan tertutup.
Dalam membantu memulihkan murid ini, bukan hanya terletak pada guru
pemulihan sahaja, tetapi ianya harus meliibatkan pelbagai pihak seperti guru-guru lain
serta ahli keluarga murid ini seperti kakak yang membantunya dalam menyiapkan kerja
sekolah yang diberikan oleh guru serta perhatian yang diberikan oleh ibubapa kepada
murid ini. Walaupun Mohamad Amirul tergolong dalam golongan murid yang lemah
dalam pembelajaran, murid ini tidak harus dipinggirkan dan sepatutnya menerima
pelajaran sama seperti murid-murid lain.
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
REFLEKSI
Dalam menyiapkan tugasan ini, saya telah melakukan beberapa kali
perbincangan bersama guru pembimbing, guru kelas, dan pensyarah pembimbing.
Perbincangan ini dijalankan bagi memastikan maklumat yang diperolehi tidak
bercanggah dengan kajian yang saya lakukan.
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
Pada permulaannya, saya telah mengesan sampel kajian saya pada kali ini.
Pada minggu kedua saya telah mengenal pasti murid ini dan mendapatkan sedikit
maklumat mengenai murid ini daripada guru pemulihan, Pn Lim Hooi. Kemudian saya
mengenalpasti kelemahan murid ini daripada hasil ujian diagnistik yang dijalankan
keatas murid ini. Kemudian saya menemuramah murid ini bagi memastikan kesahihan
dalam ujian yang dilakukan. Kemahiran yang gagal dikuasai oleh murid ini akan
direkodkan bagi memudahkan kajian yang bakal dilakukan.
Kemudian, guru menjalankan sesi temubual bersama guru pemulihan, guru
kelas, guru mata pelajaran dan juga bapa kepada Mohamad Amirul. Sesi ini berjalan
dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada pihak yang terlibat. Ini
sekurang-kurangnya dapat melicinkan kerja saya dalam mennyiapkan tugasan ini.
Kesungguhan yang ditunjukkan oleh Mohamad Amirul sepanjang saya
membantunya harus dipuji. Semangatnya yang ingin setanding dengan rakan lain harus
dipuji kerana dia sanggup di denda dan melakukan apa sahaja kerja yang diberikan
oleh guru kepadanya. Perubahan yang positif dalam diri Muhammad Amirul
membuatkan saya terharu dengan kaedah yang saya jalankan keatasnya.
Keinginannya dalam menimba ilmu harus di beri sokongan oleh semua pihak agar
murid ini boleh setanding dengan murid lain.
Dengan keyakinan yang ada pada Mohamad Amirul, saya yakin dia akan beroleh
kejayaan. Saya telah mencuba pelbagai teknik untuk membantu Mohamad Amirul dan
segala teknik yang dijalankan membuahkan hasil yang saya harapkan. Ucapan terima
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada guru pembimbing dan warga sekolah
kerana telah memberikan kerjasama yang baik bagi saya memperoleh maklumat dalam
penghasilan kajian kes ini.
Bibliografi
Shahbuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2003). Psikologi Pendidikan.
Kuala Lumpur; PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.
1
2009 KAJIAN KES (SK PINJI)
Siti Hawa Munji, Ma’aruf Redzuan (1993). Penghantar Psikologi. Kuala Lumpur;
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Suradi Salim (1996), Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur; Utusan Publications &
Distrubutors Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin (1993). Pedagogi 3. Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah.
Petaling Jaya. Longman Malaysia.
Khadijah Rohani, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2005). Psikologi Pendidikan. Kuala
Lumpur; UNITEM Sdn. Bhd.
Azman Bin Kanil. (2000). ”Keberkesanan Kaedah Kuliah dalam Pengajaran dan
Pembelajaran.” Sabah: Jabatan Ilmu Pendidikan, Maktab Perguruan Keningau.
E. Thorndike.Connectionism Atas talian http://tip.psychology.org/thorn.html 1 Ogos 2005.
Edward L. Thorndike (1910), The Contribution Of Psychology To Education, Columbia
University. Atas talian http://psychclassics.yorku.ca/Thorndike/
education.htm 25 Julai 2009.
George Boeree C.The History of Psychology, Pennsylvania; Shippensburg University. Atas
talian http://www.ship.edu/~cgboeree/historyofpsych.html 25 Julai 2009.