kajian-tindakan

19
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN Cik Ng Su Mui SJK (c) Aik Ming, Bt 4, Jalan Bukit Pasir, 84000 Muar, Johor Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menghafal Sifir 9 Di Kalangan Murid-murid Tahun 2 Dengan Teknik 10

Upload: jan-pablo

Post on 11-Dec-2015

213 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kt

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian-Tindakan

LAPORAN

KAJIAN TINDAKAN

Cik Ng Su Mui

SJK (c) Aik Ming, Bt 4, Jalan Bukit Pasir, 84000 Muar, Johor

Oktober 2011

Halaman Kandungan

Isi Kandungan Muka Surat

Meningkatkan Penguasaan Kemahiran

Menghafal Sifir 9 Di Kalangan Murid-murid

Tahun 2 Dengan Teknik Pergerakan Jari

10

Page 2: Kajian-Tindakan

~ Penghargaan 1~ Abstrak 2~ Latar Belakang Kajian 3~ Pernyataan Masalah 3~ Metodologi Kajian 4

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu 52.0 Fokus Kajian 63.0 Objektif Kajian 6

3.1 Objektif Umum3.2 Objektif Khusus

4.0 Kumpulan Sasaran 65.0 Pelaksanaan Kajian 7

5.1 Tinjauan Masalah5.1.1 Pemerhatian5.1.2 Temubual5.1.3 Ujian Pra

5.2 Analisis Tinjauan Masalah5.2.1 Analisis Pemerhatian5.2.2 Analisis Temubual5.2.3 Analisis Ujian Pra

5.3 Tindakan Yang Dijalankan5.3.1 Aktiviti-aktiviti Yang Dijalankan5.3.2 Bahan-bahan Yang Dijalankan5.3.3 Instrumen dan Langkah-langkah Pemerhatian

5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti 15.4.2 Pelaksanaan Aktiviti 25.4.3 Pelaksanaan Aktiviti 3

5.5 Refleksi Kajian5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid (Ujian Pos)5.5.2 Rumusan Pemerhatian Aktiviti-aktiviti Yang Dijalankan5.5.3 Refleksi Tentang Proses Pengajaran dan Pembelajaran

6.0 Cadangan Kajian Seterusnya 10

~ Bibliografi 11

Penghargaan

Page 3: Kajian-Tindakan

Alhamdulillah kesyukuran dipanjatkan ke hadrat kerana dengan limpah dan

kurniaNya dapat saya menyiapkan Laporan Kajian Tindakan ini.

Setinggi penghargaan ditujukan kepada En Tan Wei Yang yang selaku Ketua

Panitia Mata Pelajaran Matematik kerana telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk

ajar serta dapat meluangkan masa untuk berdiskusi di sepanjang penulisan dan

pelaksanaa laporan ini. Penghargaan ini juga ditujukan kepada En Teo Meng Kian

selaku Guru Besar SJK (c) Aik Ming, Bt 4, Jalan Bukit Pasir, 84000 Muar, Johor telah

memberikan sokongan padu dalam melaksanakan kajian ini.

Sekalung budi juga ditujukan kepada rakan-rakan sepejuangan di atas segala

kerjasama yang telah kalian berikan di sepanjang kajian ini. Penghargaan ini juga

ditujukan kepada mana-mana pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak

kerana banyak memberikan kerjasama, buah fikiran dan dorongan dalam kajian ini.

Semoga Allah dapat membalas segala jasa-jasa kalian.

“ Sesungguhnya Allah itu Maha pengasih dan penyayang ”

Abstrak1

Page 4: Kajian-Tindakan

“ Menghafal Sifir 9 ” merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai dalam

tajuk “ Pendaraban Dalam Lingkungan 1 000 ”. namun begitu, dari pemerhatian saya,

murid-murid masih menghadapi masalah untuk mengira soalan-soalan yang

berkaitannya dengan tepat. Respoden saya terdiri daripada 4 orang murid Tahun 2A.

Mereka ini merupakan murid-murid yang telah disaringi dari Program LINUS. Oleh yang

demikian, mereka ini memang kurang mahir membaca, menulis dan mengira. Oleh itu,

mereka sebenarnya menghadapi kesukaran untuk memahami konsep-konsep yang

akan disampaikan dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Jika dibiarkan,

dikhuatiri masalah ini akan terbaa-bawa hingga ke yajuk yang melibatkan nombor-

nombor yang lebih besar.

Dari pemerhatian yang dijalankan melalui sesi temubual antara guru kelas

dengan murid-murid, saya dapati mereka kurang berminat dengan sesi pengajaran dan

pembelajaran yang saya jalankan. Mereka tidak faham dengan cara kiraan yang saya

gunakan iaitu Hafalan Sifir. Faktor ini menyebabkan mereka merasa bosan ketika dalam

kelas. Mereka tidak dapat menjawab latihan yang disediakan dengan tepat.

Berpandukan konsep soalan yang ada dalam Buku Latihan dan Aktiviti yang dibekalkan

oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, saya telah menjalankan Ujian Pra untuk

mengenalpasti sejauh mana kelemahan mereka. Dari Ujian Pra, saya mendapati hanya

25% murid sahaja yang dapat menjawab soalan keseluruhan secara tepat.

Berdasarkan masalah yang telah saya kenalpasti ini, maka saya mengamil

keputusan untuk menggunakan teknik pergerakan jari sebagai pendekatan pengajaran

dan pembelajaran. Ini kerana memang sikap kanak-kanak suka berada dalam suasana

yang riang gembira. Saya telah mngambil inisiatif dengan mencipta sebuah permainan

tanpa alatan (10 jari tangan). Selepas semua aktiviti ini dijalankan, saya minta murid

ulangkan permainan pergerakan jari semula yang telah mereka belajari semasa

menjawab soalan-soalan dalam Ujian Pos. Bagi Ujian Pos, peratus keseluruhan telah

meningkat sebanyak 50% iaitu dari 25% ke 75%. Bagi saya, ianya adalah satu

perubahan yang positif.

Pada dasarnya tajuk ini bukanlah sukar untuk diajar sekiranya kita tahu kaedah

yang boleh membuatkan murid seronok dan gembira ketika belajar. Saya

mencadangkan agar kaedah ini digunakan bagi meningkatkan kemahiran murid untuk 2

Page 5: Kajian-Tindakan

konsep “ Pendaraban Dalam Lingkungan 1 000 ” dengan menggunakan nombor yang

lebih besar.

Latar Belakang Kajian

Laporan Prestasi yang dihasilkan oleh guru mata pelajaran Matematik

merupakan maklum balas pemeriksa kepada kerja-kerja yang ditunjukkkan oleh murid di

atas kertas jawapan murid. Berdasarkan Laporan Prestasi Matematik dalam

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 bagi murid tahun 2A, jelas menunjukkan prestasi

murid dalam sifir adalah rendah dan mengecewakan. Oleh itu, beberapa kajian awal

telah dilakukan bagi menganalisis masalah menghafal sifir 9 yang dihadapi oleh murid

Tahun 2A. Hasil kajian yang telah dijalankan oleh Penolong Ketua Panitia Matematik,

Cik Ng Su Mui ke atas murid tersebut dalam kemahiran menghafal sifir 9 jelas

menunjukkan bahawa murid tersebut masih menghadapi kesukaran dalam menghafal

Sifir 9.

Pernyataan Masalah

Sifir 9 adalah salah satu kemahiran mendarab yang sering digunakan dalam

kehidupan harian murid-murid dalam mengira. Sifir 9 ini membantu murid mengira dan

menyelesaikan masalah Matematik dengan lebih cepat. Tanpa menghafal sifir 9 dengan

baik dan betul, murid-murid tidak dapat menyelesaikan masalah Matematik dengan

cepat dan tepat.

Metodologi Kajian

1. Reka Bentuk Kajian3

Page 6: Kajian-Tindakan

Penyelidikan ini akan menggunakan kaedah Kajian Tindakan dengan

berdasarkan pelan tindakan lima peringkat langkah:

Peringkat Langkah Pertama : Tinjauan isu dan masalah yang dikaji iaitu masalah

penuasaan kemahiran menghafal sifir 9 di

kalangan murid Tahun 2A. Setiap masalah dicatat

dan dikaji bersama di kalangan guru Matematik.

Peringkat Langkah Kedua : Perancangan kajian cara menguasai kemahiran

menghafal Sifir 9 yang berkesan.

Peringkat Langkah Ketiga : Pelaksanaan tindakan.

Peringkat Langkah Keempa t: Pemerhatian.

Peringkat Langkah Kelima : Membuat refleksi atau renungan dan penilaian

kendiri.

2. Sasaran Kajian

Kajian akan dijalankan ke atas murid Tahun 2A yang telah dikenal pasti

menghadapi masalah dalam menghafal sifir 9.

3. Batasan Kajian

Kajian ini memberi tumpuan kepada aspek sifir 9 dalam bentuk konseptual.

4. Alat Instrument Kajian

Bagi mengesan kesukaran murid dalam menghafal sifir 9, instrument berikut

digunakan:

a. Soalan ujian : Untuk menentukan tahap pencapaian dan pengtahuan murid

terhadap Sifir 9.

b. Temubual : Mendapat maklum balas terhadap pengajaran guru dan

kesukaran yang dihadapi oleh murid.

c. Pemerhatian : Untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan

mengenalpasti pembelajaran murid.

5. Teknik Analisis Dapatan Kajian

Hasil kajian soalan kajian akan dianalisis dengan mengira markah pencapaian

murid, temubual akan dianalisis dengan analisis isu dan dilema manakala

pemerhatian akan dianalisis dengan analisis secara perbincangan dan analisis

aspek-aspek yang tidak terduga.

1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu4

Page 7: Kajian-Tindakan

Dalam tajuk “ Pendaraban Dalam Lingkungan 1 000 ”, terdapat satu kemahiran

asas yang mula-mula diperkenalkan iaitu “ Pendaraban Dengan Hafalan Sifir 9 ”.

Bunyinya seperti mudahuntuk diajar tetapi rupa-rupanya ia merupakan satu kemahiran

yang sukar untuk difahami. Murid Tahun 2A tidak dapat memahami konsep ini walaupun

telah diterangkan secara berulang-ulang kali. Kaedah penerangan yang sama setiap kali

sesi pengajaran menyebabkan murid bosan, malas dan mengantuk untuk mendengar

apa yang saya ajar. Apabila mereka berasa bosan, maka mereka tidak akan dapat

memahami konsep yang ingin saya sampaikan.

Tahun 2A merupakan murid-murid yang telah disaring dari Program LINUS.

Mereka terdiri daripada murid-murid yang amat lemah dalam kemahiran membaca,

menulis dan sekaligus lemah dalam pengiraan. Ini menyebabkan murid secara

keseluruhannya tidak faham apa yang dikehendaki semasa menjawab soalan-soalan

untuk kemahiran ini. 70% dari mereka hanya menggarukan kepala apabila diajukan

soalan yang bagi mereka amat sukar untuk diselesaikan.

Kemahiran ini merupakan pengenalan untuk tajuk “ Pendaraban Dalam

Lingkungan 1 000 ”. Sekiranya mereka tidak dapat menguasai kemahiran ini, maka

mereka tidak akan dapat mengaitkannya dengan kemahiran seterusnya. Kemahiran

yang seterusnya ialah membahagi ayat Matematik. Contohnya : 72 ÷ 9 = 8. Sekiranya

konsep “ Pendaraban Dengan Hafalan Sifir 9 ” tidak dikuasai, maka mereka sudah tentu

tidak tahu bahawa apabila melihat perkataan “darab @ kali ” atau simbol “ X ” ianya

membawa maksud “ ulangan ”.

Saya bersama-sama murid-murid Tahun 2A setiap hari. Waktu pengajaran dan

pembelajaran bagi Matematik telah ditetapkan selepas rehat. Sebagaimana yang kita

ketahui, waktu rehat merupakan waktu bermain dan berseronok bagi murid Tahun 2A.

Tanpa disedari, apabila sesi kelas dimulakan selepas rehat, mereka akan mula

menunjukkan tanda-tanda keletihan dan kebosanan.

Justeru itu, saya ingin mengetengahkan idea ini agar proses pengajaran dan

pembelajaran saya lebih menyeronok dan berkesan.

2. Fokus Kajian5

Page 8: Kajian-Tindakan

Kajian saya ini berfokus kepada “ Pendaraban Dalam Lingkungan 1 000 ”. di

dalam tajuk ini, murid saya keliru denga soalan yang dikemukakan sama ada perlu

menambah atau membahagi nombor yang diberikan. Ada juga di kalangan murid yang

menulis jawapan mengikut sesuka hati mereka sahaja.

Sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan, maka kesalahan ini akan

berterusan kepada tajuk yang akan datang terutama apabila ianya melibatkan nombor

yang lebih besar.

3. Objektif Kajian

3.1 Objektif Am:

Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid

bagi kemahiran “ Pendaraban Dengan Hafalan Sifir 9 ”.

3.2 Objektif Khusus :

3.2.1 Menarik minat murid dengan permainan pergerakan jari bagi kemahiran ini.

3.2.2 Memberi peluang murid mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan

di dalam kelas.

3.2.3 Mengaplikasikan permainan semasa menjawab soalan yang telah

disediakan.

3.2.4 Memberikan keyakinan kepada guru untuk menyampaikan konsep

pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

4. Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran saya teediri daripada 4 orang murid Tahun 2A. Mereka

merupakan murid-murid yang telah disaring dalam Program LINUS. Mereka sangat

lemah dalam membaca, menulis dan sekaligus menghadapi juga masalah dalam

pengiraan. Seorang murid kelas ini hasil ujiannya adalah di bawah paras normal. Atas

kekangan dari ibubapa, mereka tidak dihantar ke Sekolah Pendidikan Khas. Oleh itu,

saya juga melibatkan mereka dalam kajian ini.

5. Pelaksanaan Kajian 6

Page 9: Kajian-Tindakan

5.1 Tinjauan Masalah

5.1.1 Pemerhatian

Saya membuat pemerhatian masalah ni berdasarkan latihan yang telah

mereka buat dalam Buku Latihan dan Aktiviti yang telah dibekalkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini kerana latihan-latihan yang

terkandung di dalam buku ini juga adalah menepati konsep yang dikehendaki

oleh Sukatan Pelajaran. Selain dari itu, saya juga membuat pemerhatian

melalui soalan lisan secara terus kepada murid.

5.1.2 Temubual

Saya juga telah meminta jasa baik guru kelas bagi menjalankan tinjauan

secara temubual bersama murid. Saya tidak menjalankan sendiri proses

temubual ini kerana saya bimbang tidak akan mendapat jawapan yang yang

ikhlas dari murid. Ini kerana banyak faktor boleh boleh mempengaruhi

keadaan ini seperti murid malu atau takut kepada saya. Guru kelas ini telah

saya bekalkan dengan soalan pabduan yang akan ditanya kepada murid-

murid ini.

5.1.3 Ujian Pra

Untuk meninjau sejauh mana masalah yang dihadapi oleh mereka untuk

menjawab soalan, saya telah menjalankan Ujian Pra. Dalam ujian ini,

setiap murid dibekalkan dengan lembaran soalan. Setiap murid perlu

menjawab 10 soalan di dalam lembaran ini.

Contoh soalan adalah seperti:

a) 84 x 9 = ____ b) 53 x 9 = ____

84 darab 9 sama dengan……. 53 darab 9 sama dengan………

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

5.2.1 Analisis Pemerhatian

Melalui proses pemerhatian di dalam Buku Latihan dan Aktiviti, 50%

latihan tidak dapat dijawab dengan tepat. Mereka hanya meletakkan

jawapan mengikut gerak hati mereka sendiri. 30% jawapan mereka

adalah hasil tambah manakala 40% lagi merupakan jawapan tekaan

sahaja. Hanya 30% sahaja menjawab soalan dengan tepat.

5.2.2 Analisis Temubual 7

Page 10: Kajian-Tindakan

Dari proses temubual di antara guru kelas dengan murid pula, saya

mendapati mereka tidak faham dengan kaedah penerangan saya yang

hambar. Selain itu, penerangan yang berulang-ulang juga menyebabkan

mereka berasa bosan. 80% dari murid ini telah mengakui keadaan

tersebut. Menurut mereka, saya membebel seorang diri.

5.2.3 Analisis Ujian Pra

Bil Murid Markah

1 Chua 3/10

2 Khoo 5/10

3 Tan 1/10

4 Tung 8/10

5.3 Tindakan Yang Dijalankan

5.3.1 Aktiviti-aktiviti Yang Dijalankan

Sebanyak 3 aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dirancang iaitu:

a. Aktiviti 1 : Memerhati demontrasi permainan pergerakan jari.

b. Aktiviti 2 : Mengikut dan mengingat pergerakan jari yang telah

didemontrasikan dengan sempurna.

c. Aktiviti 3 : Menunjukkan pergerakan jari sambil menghafal Sifir 9.

5.3.2 Bahan-bahan Yang Dijalankan

a. Aktiviti 1 : Jari Tangan guru

b. Aktiviti 2 : Nota catatan

c. Aktiviti 3 : Jari tangan murid-murid

5.3.3 Instrumen dan Langkah-langkah Pemerhatian

a. Kajian saya dijalankan di dalam kelas 2A. kelas ini telah pun dibekalkan

dengan kemudahan pengajaran dan pembelajaran bagi program EteMs

selengkapnya.

b. Kajian ini telah dijalankan pada 14 Oktober. Ianya dijalankan selama 30

minit mengikut jadual waktu pengajaran dan pembelajaran yang telah

ditetapkan oleh pihak sekolah.

c. Aksi-aksi spontan murid di dalam kelas sepanjang kajian dijalankan telah

diambilkan dengan menggunakan kamera digital.

5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian 8

Page 11: Kajian-Tindakan

5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti 1

Memperdengarkan murid-murid dengan hafalan “ Sifir 9 ” sambil

memerhatikan demontrasi. Guru mendemontrasi sambil menggalakan murid

untuk turut menghafalkan sifir tersebut. Hafalan Sifir 9 dan demontrasi ini

diperhatikan sebanyak 3 kali supaya murid dapat menghafal den

mengikutikan dengan tepat.

Apabila demontrasi ditunjukkan bersama hafalan Sifir 9, murid mula

menunjukkan aksi mereka yang tersendiri. Ternyata mereka seronok melihat

demontrasi tersebut bergerak-gerak di hadapan mereka. Apabila mendengar

hafalan Sifir 9, mereka menggoyang-goyangkann jari tangan sambil

menganjuk Sifir 9 itu disebutkan.

5.4.2 Pelaksanaan Aktiviti 2

Guru mendemontrasi teknik-teknik pergerakan jari. Guru menyebut

hafalan Sifir 9 sambil mengerakan jari satu demi satu hingga jat terakhr habis

dengan hafalan Sifir 9.

Kaedah ini diulangi sebanyak 2 kali supaya murid dapat mengenalpasti

bagaimana proses “ pendaraban ” berlaku. Murid diajak menyebut bersama

dengan guru.

Pemerhatian :

Murid mula meminta keizinan untuk mengambil bahagian dalam proses

mengerakan kesepuluhan jari tangan di atas meja tulis mereka masing-

masing satu per satu.

5.4.3 Pelaksanaan Aktiviti 3

Guru memberi penerangan bagaimana mengenalpasti proses

“ pendaraban ” dengan mengingati semula Sifir 9 yang telah diajarkan.

Proses mengingat semula Sifir 9 diaplikasikan semasa menjawab soalan

contoh.

Pemerhatian :

Murid mengajuk semula Sifir 9 secara perlahan semasa proses

menjawab soalan yang telah disediakan.

5.5 Refleksi Kajian9

Page 12: Kajian-Tindakan

5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid (Ujian Pos)

Untuk menilai pencapaian murid, saya telah menjalankan ujian pos. hasil

dari ujian pos adalah seperti berikut:

Bi

l

Murid Markah

1 Chua 9/10

2 Khoo 9/10

3 Tan 2/10

4 Tung 10/10

Berikut adalah jadual perbandingan antara Ujian Pra dan Ujian Pos:

Bi

l

Murid Ujian Pra Ujian Pos

1 Chua 3/10 9/10

2 Khoo 5/10 9/10

3 Tan 1/10 2/10

4 Tung 8/10 10/10

5.5.2 Rumusan Pemerhatian Aktiviti-aktiviti Yang Dijalankan

Secara keseluruhannya aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dapat

mencukupi konsep yang ingin disampaikan. Waktu yang diperuntukkan

bagi satu sesi aktiviti adalah 30 minit dan ini adalah bersesuaian dengan

jumlah waktu mengajar mata pelajaran Matematik setiap hari.

5.5.3 Refleksi Tentang Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Saya merasakan semua aktiviti ini dapat membantu meningkatkan

hafalan Sifir 9 penguasaan konsep yang saya kaji. Murid dapat belajar

dalam suasana ceria dan gembira. Guru juga tidak tertekan untuk

memahamkan murid tentang konsep yang ingin disampaikan.

6. Cadangan Kajian Seterusnya

Pada dasarnya tajuk ini bukanlah sukar untuk diajar sekiranya kita tahu

kaedah yang boleh membuatkan murid seronok dan gembira ketika belajar. Saya

mencadangkan agar kaedah ini akan digunakan bagi kemahiran yang lain

terutamanya kepada jumlah nombor yang lebih besar.

10

Page 13: Kajian-Tindakan

Bibliografi

1. Hj. Zainuddin b. Hj A. Kadir, (2006) Modul Kajian Tindakan, Johor Bahru:

Institut Perguruan Temenggong Ibrahim.

2. Wong Wai Ching, (2006) Penyelidikan Tindakan- Kertas Cadangan, Johor

Bahru : Institut Perguruan Temenggong Ibrahim.

3. Puan Melati binti Mohamad, (Mei 2006) Laporan Kajian Tindakan (Nyanyian:

Meningkatkan Penguasaan Kemahiran “Find One Less Than A Number” Di

Kalangan Murid-murid Tahun 1Bijak) Johor : SK Parit Kadzi, Muar.

4. Leonard M.S. Yong dan Karen L. Biraimal, (1996) Guru Yang Kreatif, Kuala

Lumpur : Arenabuku Sdn. Bhd.

5. CD Permainan Pergerakan Jari Kanak-kanak

11