kajian tindakan

17
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN LALU Semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lalu bagi matapelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan topik pada sesi tersebut adalah berkaitan dengan keselamatan komputer, saya mendapati bahawa objektif pembelajaran tidak tercapai kerana kelemahan saya yang tidak dapat mengawal kelas dengan baik dan gaya pengajaran yang tidak pelbagai. Hal ini telah menyebabkan pelajar saya bosan dan tidak dapat memberikan tumpuan dengan sepenuhnya kepada sesi pengajaran saya serta wujudnya perang mulut antara guru dan pelajar. Semasa sesi pengajaran bermula, saya menggunakan kaedah biasa yang selalu digunakan oleh guru-guru di sekolah iaitu kaedah Direct Teaching dan soal jawab. Kaedah saya lakukan dari awal pengajaran sehingga ke akhir pengajaran serta tanpa unsur-unsur humor di lakukan. Di situ juga, saya telah dapati bahawa kawalan kelas telah mula tidak seimbang dan pelajar mula membuat bising serta wujudnya perang mulut. Kelemahan saya dalam mengawal kelas dan gaya pengajaran yang tidak pelbagai ini telah dikesan oleh pensyarah saya, Encik Mohamad Bin Hassan. Beliau berpendapat bahawa saya kurang mahir dalam pengawalan kelas dan tidak mempelbagaikan gaya pengajaran. Oleh itu, saya memilih fasa ini untuk dibaiki. Untuk itu, saya perlu mencari kaedah alternatif bagi mengatasi masalah yang berlaku semasa sesi pengajaran saya berlaku sekaligus dapat memperbaiki kelemahan saya.

Upload: allen-walker

Post on 28-Dec-2015

74 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kemahiran Mengawal Kelas dan Gaya Pengajaran

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN TINDAKAN

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN LALU

Semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lalu bagi matapelajaran Teknologi

Maklumat dan Komunikasi dan topik pada sesi tersebut adalah berkaitan dengan keselamatan

komputer, saya mendapati bahawa objektif pembelajaran tidak tercapai kerana kelemahan saya

yang tidak dapat mengawal kelas dengan baik dan gaya pengajaran yang tidak pelbagai. Hal ini

telah menyebabkan pelajar saya bosan dan tidak dapat memberikan tumpuan dengan sepenuhnya

kepada sesi pengajaran saya serta wujudnya perang mulut antara guru dan pelajar.

Semasa sesi pengajaran bermula, saya menggunakan kaedah biasa yang selalu digunakan

oleh guru-guru di sekolah iaitu kaedah Direct Teaching dan soal jawab. Kaedah saya lakukan

dari awal pengajaran sehingga ke akhir pengajaran serta tanpa unsur-unsur humor di lakukan. Di

situ juga, saya telah dapati bahawa kawalan kelas telah mula tidak seimbang dan pelajar mula

membuat bising serta wujudnya perang mulut.

Kelemahan saya dalam mengawal kelas dan gaya pengajaran yang tidak pelbagai ini telah

dikesan oleh pensyarah saya, Encik Mohamad Bin Hassan. Beliau berpendapat bahawa saya

kurang mahir dalam pengawalan kelas dan tidak mempelbagaikan gaya pengajaran. Oleh

itu, saya memilih fasa ini untuk dibaiki. Untuk itu, saya perlu mencari kaedah alternatif bagi

mengatasi masalah yang berlaku semasa sesi pengajaran saya berlaku sekaligus dapat

memperbaiki kelemahan saya.

Page 2: KAJIAN TINDAKAN

2.0 ISU KEPRIHATINAN

Setelah saya membuat penilaian, saya mendapati bahawa permasalahan dari keadaan kelas yang

tidak seimbang, wujudnya perang mulut antara guru dan murid dan pelajar hilang tumpuan

adalah disebabkan kelemahan guru yang tidak dapat mengawal kelas dengan baik dan gaya

pengajaran yang sama dari awal pengajaran sehingga ke akhir pengajaran. Jadi untuk

memperbaiki kelemahan guru dalam mengawal kelas dan mempelbagaikan lagi gaya pengajaran

guru, saya telah mecari beberapa maklumat secara terperinci berkaitan dengan kemahiran

mengawal kelas dan mempelbagaikan gaya pengajaran dengan betul.

5.1 Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan bilik darjah merupakan kemahiran yang agak sukar dikuasai walaupun banyak

teori dan teknik yang telah dipelajari oleh guru pelatih di university maupun di institut-

institut perguruan (Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh, 2009). Menurut buku

AeUniversity Chapter 9: Classroom Management di laman web

http://peoplelearn.homestead.com/BEduc/Chapter_9.pdf, pengurusan bilik darjah amat

berkait rapat antara isu-isu motivasi, disiplin dan sikap hormat. Menurut Krause, Bouchner

& Duchesne (2003) di dalam buku AeUniversity Chapter 9: Classroom Management, di

laman web http://peoplelearn.homestead.com/BEduc/Chapter_9.pdf, pengurusan bilik

darjah adalah berkenaan dengan tingkah laku pelajar tetapi boleh juga ditakrifkan sebagai

penglibatan perancangan, organisasi dan kawalan pelajar, proses pembelajaran dan

persekitaran bilik darjah untuk mewujudkan dan mengekalkan satu pengalaman

pembelajaran yang berkesan.

Page 3: KAJIAN TINDAKAN

Menurut Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh (2009), terdapat beberapa asas

penting yang perlu dilakukan untuk menggalakkan pelajar bertingkah laku positif dan

konsisten. Asas-asas pengurusan bilik darjah adalah: (i) Ketegasan. Ketegasan di bilik

darjah bermaksud guru perlu bijak memperjelaskan ekspektasinya kepada pelajar. Hal ini

disebabkan para pelajar sentiasa menilai dan mudah mengesan kelemahan dan keyakinan

guru yang kurang dalam pengajaran di bilik darjah. Oleh itu, guru perlu tegas dalam

memperjelaskan prosedur dan peraturan di bilik darjah supaya para pelajar bertingkah laku

seperti yang dikehendaki dan tidak memberi peluang kepada mereka untuk melanggar

garis panduan yang telah ditetapkan bersama. Sekiranya pelajar menunjukkan tingkah

laku yang negatif, guru perlu mengawal tingkah laku mereka dengan ketegasan,

keadilan dan saksama. (ii) Kepekaan. Guru seharusnya peka dengan apa yang akan

berlaku seterusnya sekiranya masalah tingkah laku wujud dan perlu tahu bagaimana untuk

mengatasi situasi sedemikian. Sekiranya terdapat pelajar yang cuba untuk mencabar atau

mempersoalkan tindakan guru, guru boleh mengambil langkah-langkah seperti : (a)

Tunjukkan ketegasan anda tentang bagaimana anda mahu mereka bertingkah laku di bilih

darjah dan tiada kompromi terhadap perilaku distruptif. (b) Tunjukkan anda sentiasa tenang

dan tegas berprinsip setiap masa. (c) Jangan sesekali menunjukkan emosi kemarahan anda

tetapi berikan arahan dengan tepat dan jelas. (d) Nyatakan ekpektasi anda secara jelas

kepada pelajar. (e) Nyahkan segala kekeliruan yang timbul sekiranya ada. (f) Dendaan yang

diberikan bukan berlandaskan balas dendam, irihati atau serangan peribadi tetapi fokus

kepada tingkah laku mereka yang tidak diingini serta melanggar peraturan yang ditetapkan.

(g) Pilihan terakhir ialah anda perlu berikan dendaan atau hantar terus kepada guru disiplin

untuk menyelesaikan masalah pelajar tersebut. (iii) Tenang dan Konsisten. Guru haruslah

Page 4: KAJIAN TINDAKAN

tenang dan konsisten ketika di dalam situasi seperti ketika mengurus pengajarannya, ketika

berinteraksi dengan pelajarnya dan ketika mendenda pelajar. Hal ini disebabkan oleh tidak

ramai guru yang dapat mengawal ketenangan dan konsisten mereka ketika menghadapi

situasi sebegini. (iv) Arahan yang jelas dan tepat. Sekiranya guru mempunyai corak

pengajaran yang jelas, kejelasan corak pengajaran guru perlu dipraktikkan di bilik darjah.

Oleh itu, guru perlulah menunjukkan teladan serta membimbing mereka bertingkah laku

yang boleh diterima oleh masyarakat. (v) Berfikiran positif. Kerapkali guru-guru memuji

pelajarnya secara berlebihan untuk cuba mengambil hati pelajar supaya mereka menyebelahi

atau meyukai guru tersebut dan hal ini merupaka satu kesilapan besar yang dilakukan oleh

guru-guru. Oleh itu, guru perlu memuji sekiranya perlu dan mampu mempamerkan fikiran

yang positif akan membantu guru untuk mengawal tingkah laku pelajar bahkan dapat

mengurangkan stress guru di bilik darjah.

Menurut Siti Khadijah (2012) di laman web

http://ustazahsitikhadijah.blogspot.com/2012/04/mengawal-dua-kelas-dengan-teknik-

nabi.html, kaedah lain yang boleh digunakan untuk mengawal kelas juga adalah teknik

menunjukkan eskpresi muka yang mana merupakan teknik Nabi Muhammad saw. Teknik

ini digunakan ketika kelas mula hilang pertimbangan atau bising. Guru juga boleh

menggunakan kaedah ini untuk membuat kelas kembali senyap dan semua pelajar mengikut

arahan yang akan diberikan. Guru hanya perlu memandang kea rah pelajar yang membuat

bising tanpa mengeluarkan sepatah pun perkataan. Kaedah yang kedua ialah memuji

pelajar menggunakan teknik Nabi Muhammad saw. Kaedah ini boleh digunakan selepas

atau sebelum tugas atau perkara yang dilakukan oleh pelajar. Pujian perlulah mempunyai

impak yang sesuai agar pujian yang dikeluarkan tidak melebih-lebih. Menurut buku

Page 5: KAJIAN TINDAKAN

AeUniversity Chapter 9: Classroom Management di laman web

http://peoplelearn.homestead.com/BEduc/Chapter_9.pdf, untuk merancang pengurusan bilik

darjah yang berkesan ialah : (i) Menyediakan tahap pembangunan prestasi pelajar.

Dengan menyediakan tahap pembangunan prestasi pelajar ini, guru boleh menilai setiap

pelajar dari masa ke masa dengan efektif dan cepat. (ii) mewujudkan suasana

persekitaran fizikal seperti kedudukan meja pelajar. Menurut N. Bennett & Blundle

(1983) di dalam buku AeUniversity Chapter 9: Classroom Management di laman web

http://peoplelearn.homestead.com/BEduc/Chapter_9.pdf, tingkah laku boleh ditingkatkan

lagi sekiranya pelajar duduk di dalam barisan. (iii) Mewujudkan persekitaran

pembelajaran seperti pembelajaran secara psikomotor ataupun kognitif. Mewujudkan

persekitaran pembelajaran ini dapat menarik minat pelajar untuk memberikan tumpuan

kepada guru kerana guru menggunakan persekitaran yang berbeza seperti pembelajaran

secara psikomotor, kognitif, auditori dan lain-lain. (iv) Menyediakan aktiviti-aktiviti bilik

darjah yang berkesan. Menurut Kounin (1970) dalam buku AeUniversity Chapter 9:

Classroom Management di laman web

http://peoplelearn.homestead.com/BEduc/Chapter_9.pdf, guru-guru yang berkesan berbeza

dengan guru-guru yang tidak berkesan bukan dengan hanya melihat tingkah laku pelajar

sahaja tetapi bagaimana cekapnya mereka mengurus aktiviti berkumpulan. (v) Dapatkan

kerjasama para pelajar sepenuhnya. Untuk mendapatkan kerjasama pelajar, guru

hendaklah membina hubungan yang positif dengan pelajar, memberikan kata pujian atau

hadiah sebagai tanda penghargaan atas tingkah laku yang baik dan mendapatkan pelajar

untuk berkongsi masalah dan memikul tanggungjawab sebagai pelajar.

Page 6: KAJIAN TINDAKAN

5.2 Kaedah Pengajaran

Menurut Dunne, R. & Wragg, T. (1994) dalam laman web http://pedagogi-

pendidikan.blogspot.com/2013/06/definisi-pengajaran-berkesan.html, pengajaran berkesan

bermaksud seorang pengajar atau guru yang harus memiliki pengetahuan yang luas dan

mendalam mengenai sesuatu ilmu pengetahuan serta mempunyai kemahiran atau teknik

professional yang tinggi. Menurut Leblanc (1998) dalam laman web http://pedagogi-

pendidikan.blogspot.com/2013/06/definisi-pengajaran-berkesan.html pula berpendapat

bahawa pengajaran berkesan bermaksud pengajaran oleh guru yang penyayang, mengambil

berat terhadap kebajikan pelajar, memberi sokongan kepada pelajar, dan berpengetahuan

tentang mata pelajaran yang diajar. Manakala menurut Hunter (1995) dalam laman web

http://pedagogi-pendidikan.blogspot.com/2013/06/definisi-pengajaran-berkesan.html,

pengajaran berkesan merupakan pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dalam

diri pelajar. Begitu juga dengan Cruickshank (1995) dalam laman web http://pedagogi-

pendidikan.blogspot.com/2013/06/definisi-pengajaran-berkesan.html menyatakan bahawa

guru berkesan adalah guru yang boleh membantu pelajar. Menurut Shahril (2004) dalam

laman web http://pedagogi-pendidikan.blogspot.com/2013/06/definisi-pengajaran-

berkesan.html, beliau mendefinisikan pengajaran berkesan sebagai kebolehan dan

kemampuan guru untuk menyampaikan maklumat pengajaran dengan baik dan juga

berkesan, di mana secara tidak langsung dapat memotivasikan diri pelajar untuk terus

cemerlang mencapai kejayaan. Begitu juga dengan Malikow, M. (2006) dalam laman web

http://pedagogi-pendidikan.blogspot.com/2013/06/definisi-pengajaran-berkesan.html,

menyatakan bahawa guru berkesan merupakan keupayaan guru dalam menyampaikan

pengajaran yang memberi kesan terhadap beberapa aspek termasuklah dapat memotivasikan

Page 7: KAJIAN TINDAKAN

pelajar. Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada prinsip-prinsip dan kaedah yang

digunakan untuk pengajaran dan lazimnya digunakan mungkin termasuk penyertaan kelas,

demonstrasi, bacaan, hafalan atau gabungan ini tetapi pemilihan kaedah pengajaran atau

kaedah-kaedah yang akan digunakan bergantung kepada maklumat atau kemahiran yang

diajar dan juga boleh dipengaruhi oleh kebolehan dan kesungguhan pelajar.

(http://deriakacamata.blogspot.com/2013/07/kaedah-pengajaran.html).

Menurut Brown, G. & Atkins, M (1988) dalam laman web http://pedagogi-

pendidikan.blogspot.com/2013/06/definisi-pengajaran-berkesan.html, pengajaran berkesan

menuntut kepada tenaga pengajar untuk mengetahu dan mendalami sesuatu mata pelajaran

yang diajar. Antara ciri-ciri guru berkesan adalah guru yang mempunyai kepakaran dan

kecekapan dalam subjek yang diajar, boleh mempelbagaikan kaedah mengajar, boleh

memberi penerangan yang jelas tentang perkara yang hendak disampaikan dan enthusiasm

serta melibatkan interaksi dua atau pelbagai hala dengan pelajar (http://pedagogi-

pendidikan.blogspot.com/2013/06/definisi-pengajaran-berkesan.html). Menurut Salvin

(1984) dalam laman web http://pedagogi-pendidikan.blogspot.com/2013/06/definisi-

pengajaran-berkesan.html, beliau telah memperkenalkan beberapa eleman dalam model

pengajaran berkesan berdasarkan perkara seperti berikut: (i) Kualiti Pengajaran.

Pengajaran yang berkualiti terjadi apabila maklumat yang disampaikan boleh diterima,

menarik minat dan mudah untuk diingati serta dilakukan oleh pelajar. (ii) Tahap

Kesesuaian Pengajaran. Tahap keupayaan pelajar dalam penerimaan pembelajaran perlu

dipertimbangkan dan kebolehan pelajar adalah berbeza-beza dengan mengambil kira latar

belakang pendidikan, tahap kecerdasan dan lain-lain. Jadi, guru harus bijak menggunakan

kaedah dan strategi mengikut tahap penerimaan pelajar itu sendiri. (iii) Insentif. Galakan

Page 8: KAJIAN TINDAKAN

dan insentif daripada guru adalah penting bagi menarik minat serta menggalakkkan pelajar

agar terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara langsung atau tidak langsung

dan dapat meningkatkan motivasi mereka untuk belajar. (iv) Masa. Penggunaan masa yang

betul dapat memastikan sukatan pelajaran dapat dihabiskan dalam tempoh masa yang telah

ditetapkan dan perancangan pengajaran yang bertepatan dengan objektif pengajaran dapat

memastikan hasil yang berkualiti.

Menurut Profesionalisme Guru (2013) di laman web

http://deriakacamata.blogspot.com/2013/07/kaedah-pengajaran.html, terdapat beberapa

strategi pengajaran berkesan yang memenuhi semua gaya pembelajaran dan keperluan

pembangunan murid. Strategi pengajaran berkesan ialah: (i) Perbahasan. Murid akan

dibahagikan kepada dua pihak dimana satu pihak membentangkan hujah-hujah dan satu

pihak lagi menentang hujah terhadap satu topik atau isu. Murid dilatih untuk menghormati

pendapat orang lain, belajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis dan membangunkan

keupayaan untuk berkomunikasi dengan orang lain dengan lebih yakin. (ii) Permainan dan

Simulasi. Simulasi adalah gambaran realiti, model ciri-ciri penting dalam dunia sebenar.

Simulasi dengan ciri-ciri permainan, iaitu melibatkan peserta untuk bersaing atau

bekerjasama mengikut peraturan yang ditetapkan. Kaedah ini boleh digunakan untuk

memberi motivasi kepada murid melalui pembelajaran yang menimbulkan keseronokan.

Kedua-dua simulasi dan permainan memberi peluang kepada murid untuk mengamalkan

kemahiran dan menggunakan prinsip-prinsip yang mereka telah belajar dalam persekitaran

yang bebas daripada risiko. Guru perlu mempunyai kemahiran sebelum membuat keputusan

untuk menggunakan kaedah ini. Perancangan yang teliti diperlukan supaya kaedah ini dapat

memberikan kesan yang baik. (iii) Main Peranan. Dalam kaedah main peranan, murid

Page 9: KAJIAN TINDAKAN

dikehendaki untuk meletakkan diri mereka dalam kedudukan peserta dalam situasi

kehidupan sebenar seperti temu duga kerja, membeli dan menjual barang-barang, mesyuarat

perniagaan, dan lain-lain Mereka perlu bertindak dan bertindak balas secara spontan kerana

mereka berinteraksi dengan peserta lain semasa sesi main-peranan. Melalui bertindak dan

bertindak balas, murid mungkin dapat menggambarkan permasalahan yang dihadapi oleh

peranan mereka sendiri serta orang-orang yang lain. (iv) Projek dan Tinjauan. Prinsip-

prinsip dan konsep yang diajar di dalam kelas sering bermakna sekiranya murid-murid

berpeluang untuk menyiasat penggunaan dalam dunia sebenar. Projek adalah satu aktiviti

pembelajaran yang dirancang yang memerlukan murid-murid pergi ke luar kelas dan

berinteraksi dengan komuniti. Murid-murid boleh bekerja dalam kumpulan atau secara

individu untuk melihat dan mengumpul maklumat, menganalisis dan menilai maklumat

yang diperolehi dan membuat kesimpulan. Satu laporan mengenai apa yang telah didapati

juga perlu dibentangkan. (v) Kerja Lapangan dan Lawatan. Terdapat banyak tempat yang

mungkin memberikan peluang kepada murid-murid untuk melawat sambil belajar seperti

zoo, muzium, galeri dan sebagainya. Lawatan ke institusi pengajian tinggi misalnya dapat

membantu murid memahami dengan lebih lanjut tentang peluang melanjutkan pelajaran.

Lawatan ke zoo membolehkan murid-murid mengetahui dengan lebih jelas banyak perkara

mengenai kehidupan haiwan. (vi) Syarahan (Kuliah). Kuliah melibatkan pendedahan

formal berterusan atau perbincangan mengenai beberapa topik oleh guru. Walaupun ia

dikritik atas gaya autokratik dan bentuk komunikasi sehala, namun kaedah ini biasanya

digunakan. Keberkesanannya banyak bergantung kepada perancangan, penstrukturan,

persembahan gaya guru dan penggunaan alat bantu mengajar. Syarahan sering diiringi oleh

alat bantuan visual untuk membantu murid menggambarkan objek atau masalah. Kuliah

Page 10: KAJIAN TINDAKAN

adalah pembentangan lisan bertujuan untuk menyampaikan maklumat atau mengajar orang

ramai mengenai subjek tertentu, contohnya seorang pensyarah universiti atau kolej. Kuliah

digunakan untuk menyampaikan maklumat kritikal, sejarah, latar belakang dan teori-teori.

Biasanya pensyarah akan berdiri di hadapan bilik dan membaca maklumat yang berkaitan

dengan kandungan ceramah itu. (vii) Perbincangan. Murid-murid dibahagikan kepada

kumpulan untuk membincangkan topik yang diberikan disamping bertukar-tukar

pandangan, membangunkan konsep atau untuk menyelesaikan masalah. Guru

bertanggungjawab untuk membekalkan garis panduan perbincangan, melihat tindak balas di

kalangan murid-murid, merangsang mereka untuk berinteraksi antara satu sama lain dan

menilai prestasi mereka. Setiap kumpulan perlu mengemukakan laporan secara lisan atau

bertulis untuk merumuskan kesimpulan dan hasil perbincangan mereka. Terdapat pelbagai

cara untuk merangsang perbincangan. Sebagai contoh, guru memulakan pengajaran dengan

perbincangan kumpulan secara keseluruhan untuk menyegarkan ingatan murid tentang

bacaan yang diberikan. Strategi ini juga boleh digunakan untuk membantu memberi

tumpuan perbincangan kumpulan yang besar dan kecil. Langkah-langkah pelaksanaannya

ialah: (a) Wujudkan kumpulan. (b) Sediakan tugas. (c) Perbincangan. (d) Pembentangan

dapatan/hasil. (viii) Demonstrasi. Demonstrasi adalah proses pengajaran melalui contoh

atau eksperimen. Sebagai contoh, guru sains boleh mengajar idea dengan melakukan satu

eksperimen untuk murid. Satu demonstrasi boleh digunakan untuk membuktikan fakta

melalui gabungan bukti visual dan pemikiran yang berkaitan. Demonstrasi serupa dengan

cerita bertulis dan contoh-contoh yang membolehkan murid-murid sendiri mengaitkan

maklumat yang dibentangkan. Demonstrasi membantu meningkatkan minat murid dan

mengukuhkan daya ingatan kerana mereka menyediakan sambungan antara fakta dan

Page 11: KAJIAN TINDAKAN

aplikasi dunia sebenar. Kaedah Demonstrasi ini harus melibatkan bahan maujud,

menjelaskan dengan menggunakan contoh atau eksperimen. Dengan kata lain, demonstrasi

bermaksud untuk menunjukkan dengan jelas. Demonstrasi juga membantu murid

menghubungkan teori dengan amalan sebenar. Guru bukan sahaja menunjukkan konsep

pembelajaran tertentu di dalam kelas, mereka juga boleh mengambil bahagian di dalam

kelas demonstrasi untuk membantu meningkatkan strategi pengajaran mereka sendiri.

Demonstrasi mungkin boleh digunakan dalam menggambarkan idea-idea. Murid-murid juga

boleh berkomunikasi dengan nilai-nilai dan idea-idea melalui demonstrasi. Demonstrasi ini

sering dilakukan dalam teater, filem, dan filem. (ix) Pembelajaran dengan Mengajar.

Dalam kaedah pengajaran ini, murid mengambil alih peranan guru dan mengajar rakan-

rakan mereka. Murid yang mengajar boleh dijadikan sebagai satu kumpulan atau sebagai

individu. Mereka perlu mengkaji dan memahami topik dengan cukup baik untuk mengajar

rakan-rakan mereka. Dengan adanya murid mengambil bahagian dalam proses pengajaran,

mereka mendapat keyakinan diri dan mengukuhkan lagi kemahiran berbahasa dan

komunikasi. (x) Latih Tubi. Kaedah ini dapat mengukuhkan lagi tentang kefahaman murid

dalam topik yang diajar. Bukankah seringkali dikatakan bahawa semakin banyak latih tubi

yang dibuat oleh individu atau pelajar, semakin mahir mereka dalam hal atau topik tersebut.

(xi) Pengajaran secara Pemikiran Lateral. Untuk mengajar kreativiti, seseorang itu perlu

mengajar secara kreatif, iaitu banyakkan usaha kreatif untuk mengeluarkan pemikiran yang

paling kreatif dalam kelas anda. Mereka juga perlu tahu bidang masing-masing dan tahu

bagaimana untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai.

Page 12: KAJIAN TINDAKAN

3.0 OBJEKTIF

Objektif utama kajian tindakan ini dilakukan adalah untu memperbaiki kelemahan saya dalam

kemahiran mengawal kelas dan mempelbagaikan gaya pengajaran pada sesi pengajaran yang

akan datang agar pengurusan kelas akan dapat ditangani dengan berkesan dan dapat menjadi

seorang guru yang fleksibel dalam gaya pengajaran agar dapat menarik minat dan tumpuan

pelajar semasa sesi pengajaran dijalankan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada para pelajar kursus

KPD3026 yang bertindak sebagai pelajar tingkatan 4 A. Seramai lima belas orang pelajar yang

terlibat dalam kajian ini.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Gelungan 1

5.1.1 Merancang

Berdasarkan masalah yang berlaku pada sesi pengajaran yang lalu, saya mendapati

punca masalah yang timbul adalah disebabkan faktor guru yang gagal dalam

mengawal kelas dan gaya atau kaedah pengajaran yang sama dan tidak fleksibel. Oleh

itu, perkara yang paling penting dalam menyelesaikan masalah ini adalah mengubah

gaya atau kaedah pengajaran dan menggunakan asas-asas pengurusan di bilik darjah

bagi mengawal tingkah laku pelajar. melalui pembacaan dan analisis yang dibuat juga,

terdapat beberapa langkah dan cara untuk mengawal kelas dan menjadi guru yang

fleksibel dari segi pengajarannya.

Antara aspek yang dirancang:

Page 13: KAJIAN TINDAKAN

I) Masa kajian

Masa kajian atau masa pengajaran ditetapkan agar tidak melebihi masa yang

telah ditetapkan iaitu selama 30 minit. Di samping itu, melakukan

penambahbaikan kepada sesi pengajaran yang lalu iaitu kawalan kelas dan

gaya atau kaedah pengajaran.

II) Murid yang terlibat

Masih dibantu oleh pelajar KPD3026 yang bertindak sebagai pelajar tingkatan

4 A seramai 17 orang pelajar.

III) Asas-asas pengurusan di bilik darjah

Menggunakan asas-asas yang dicadangkan oleh Mohd Hasani Dali &

Mohamad Johdi Salleh (2009) di mana menekankan beberapa asas iaitu

ketegasan, kepekaan, tenang dan konsisten, arahan yang jelas dan tepat

dan berfikiran positif.

IV) Kaedah pengajaran

Menggunakan kaedah-kaedah yang dicadangkan oleh Profesionalisme Guru

(2013) dalam laman web http://deriakacamata.blogspot.com/2013/07/kaedah-

pengajaran.html. Antara kaedah-kaedah yang dicadangkan adalah perbahasan,

permainan dan simulasi, main peranan, projek dan tinjaun, kerja lapangan dan

lawatan, syarahan (kuliah), perbincangan, demonstrasi, pembelajaran dengan

mengajar, latih tubi dan pengajaran secara pemikiran lateral.

Page 14: KAJIAN TINDAKAN

Untuk sesi pengajaran yang akan datang ini, saya merancang untuk

menggunakan kaedah permainan dan simulasi, perbincangan, syarahan

(kuliah), latih tubi dan soal jawab. Permainan dan simulasi akan disediakan

permainan yang dikenali sebagai Crossword. Perbincangan akan berlaku pada

set induksi di mana saya akan mengimbas kembali topik yang lepas dan

membuat perbincangan secara berkumpulan di akhir pengajaran. Syarahan

(kuliah) akan dilakukan ketika memberi penerangan tentang topik atau perkara

yang akan diajar pada hari tersebut. Kaedah soal jawab masih diteruskan pada

setiap topik yang dibincangkan bagi mengukuhkan lagi tahap kefahaman

pelajar.

V) Alat dan bahan bantu mengajar

Saya akan menggunakan komputer, papan layar, penunjuk laser, pen warna-

warni, kertas lukisan, kertas soalan latih tubi, bahan maujud bagi topik yang

diajar seperti cd atau dvd, Pendrive atau Hard Disk.

VI) Alat yang digunakan untuk memungut data

Alat yang digunakan untuk memungut data ialah rakaman video yang telah

dirakam oleh pensyarah saya, Encik Mohamad Bin Hassan.

VII) Perancangan pengajaran

Saya merancang Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang akan digunakan

dalam pengajaran nanti. Model yang dipilih ialah model pembelajaran

koperatif. Saya akan mengajar dalam tempoh masa tiga puluh minit dan

Page 15: KAJIAN TINDAKAN

terdapat lima fasa utama. Lima fasa tersebut ialah fasa set induksi, syarahan

(kuliah), perbincangan, permainan dan latih tubi. Pada setiap fasa-fasa ini, saya

akan menekankan lagi asas-asas pengurusan di bilik darjah dan gaya atau

kaedah pengajaran yang berbeza.

5.1.2 Melaksanakan Pengajaran dan Mencerap

Saya mengajar seperti yang dirancang. Pensyarah saya akan mulakan rakaman video

pengajaran saya dari awal pengajaran sehingga ke akhir pengajaran.

5.1.3 Menganalisis data dan mereflek

Selepas sesi pengajaran, saya mengambil video rakaman yang telah dirakamkan oleh

pensyarah saya semasa sesi pengajaran. Saya melihat semula rakaman video yang

telah dirakamkan untuk menilai perbezaan sesi pengajaran baru dengan yang lepas

sama ada kelemahan pada sesi pengajaran yang lepas dapat diatasi dengan baik

ataupun tidak.

5.1.4 Gelungan 2 dan selanjutnya

Jika terdapat sesi pengajaran yang seterusnya, saya akan memperkukuhkan lagi

kelemahan saya dalam mengawal kelas dan gaya atau kaedah pengajaran supaya lebih

fleksibel dan pelajar berasa seronok untuk menghadiri ke sesi pengajaran saya. Saya

akan mempelbagaikan lagi aktiviti-aktiviti bersama pelajar agar pelajar akan lebih

seronok untuk mempelajari mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

6.0 RUMUSAN

Kajian tindakan yang dilakukan merupakan satu langkah berterusan oleh guru dan pengkaji

untuk menilai dan mengesan keberkesanan amalan pengajaran sendiri. Guru juga perlu

mempunyai kepekaan dan persepsi yang tepat terhadap keperluan pelajar serta bijak

Page 16: KAJIAN TINDAKAN

menggunakan bahan bantu mengajar bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran

berjalan dengan lancar sejajar dengan objektif pengajaran pembelajaran yang ditetapkan. Selain

itu, guru harus melengkapkan diri dengan kemahiran berkomunikasi kerana komunikasi yang

berkesan memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan pembelajaran berpusatkan

pelajar. Keberkesanan pengajaran guru bukan sahaja mampu mendorong pelajar memperoleh

maklumat, malah pelajar mampu memproses maklumat dan mengaplikasikannya sehingga

mendorong pembinaan tingkah laku yang baharu dikalangan pelajar.

7.0 RUJUKAN

AsiaeUniversity (2009). Chapter 9: Classroom Management. Retrieved June 1, 2014, from

http://peoplelearn.homestead.com/BEduc/Chapter_9.pdf

Profesionalisme Guru (2013). Kaedah Pengajaran. Retrieved June 1, 2014, from

http://deriakacamata.blogspot.com/2013/07/kaedah-pengajaran.html

Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh (2009). Pengurusan Bilik Darjah. Kuala Lumpur.

Malaysia.

Pedagogi Dalam Pendidikan (2013). Definisi Pengajaran Berkesan. Retrieved June 1, 2014, from

http://pedagogi-pendidikan.blogspot.com/2013/06/definisi-pengajaran-berkesan.html

Siti Khadijah (2012). Mengawal Dua Kelas Dengan Teknik Nabi Muhammad saw. Retrieved

June 1, 2014, from http://ustazahsitikhadijah.blogspot.com/2012/04/mengawal-dua-kelas-

dengan-teknik-nabi.html

Page 17: KAJIAN TINDAKAN