karangan keperihalan
TRANSCRIPT
KARANGAN TIDAK BERFORMAT – KEPERIHALAN.
1. Karangan jenis ini hampir sama dengan karangan jenis gambaran.
2. Karangan keperihalan memerlukan kemahiran berbahasa.
3. Karangan ini mengkehendaki murid menceritakan pengalaman, tindakan dan perkara-perkara
yang dialami secara terperinci.
4. Contohnya murid diminta menceritakan pengalaman atau perasaan semasa berkunjung ke
Karnival Beli-Belah di Stadium Bukit Jalil. Nytakan perasaan anda sama ada gembira,
seronok, atau gelisah. Selitkan unsur-unsur lucu atau saspens supaya karangan lebih menarik.
5. Murid mesti mempunyai daya imaginasi yang kuat supaya karangan itu menarik perhatian.
ARAHAN : Lengkapkan karangan keperihalan di bawah.
Baru-baru ini sekolah anda telah menganjurkan “Hari Kecemerlangan Pelajar”. Pada hari itu, pihak
sekolah telah mengadakan pameran dan persembahan pentas untuk orang ramai yang hadir.
Gambarkan suasana tersebut.
Pada pagi itu para pelajar berkumpul di tapak perhimpunan untuk mendengar pesanan dan arahan
terakhir daipada pengetua dan guru-guru yang menjadi ketua dalam bahagian-bahagian tertentu seperti
bahagian persembahan, penganugerahan hadiah dan cendera hati, keselamatan, pameran, dan
sebagainya. Sesuatu yang menarik pada hari itu ialah semua guru lelaki memakai baju Melayu yang
lengkap dengan songkok dan sampin termasuk guru-guru bukan Melayu. Sementara itu guru-guru
perempuan kelihatan segak dengan pakaian baju kurung dan ada juga yang berkebaya labuh
Kira-kira pada pukul 8.30 pagi, para tetamu kelihatan mula masuk ke kawasan sekolah dan mereka
disambut dengan mesra oleh barisan pengawas yang sedia menunggu di pintu utama sekolah dan para
pelawat diberikan sebuah buku program untuk acara pada hari itu. Terdapat juga para penyambut tetamu
yang kelihatan mengiringi pelawat sehingga ke pintu masuk dewan tempat majlis gemilang itu diadakan.
Pada tahun ini sambutan daripada ibu bapa sangat menggalakkan sehingga dewan yang seluas empat
ukuran kelas itu kelihatan penuh. Antara tetamu yang diundang pada hari tersebut termasuklah Pengarah
Pendidikan Negeri, Pengarah Pendidikan Daerah, Pengetua-Pengetua, dan beberapa orang wakil PIBG.
Pengetua telah menyampaikan ucapan dan memberikan laporan yang berupa kemajuan akademik dan
kokurikulum di sekolah itu diikuti dengan ucapan daripada wakil PIBG dan akhir sekali ucapan daripada
Pengarah Pendidikan Negeri Kedah. Seterusnya dewan menjadi lebih meriah dengan tepukan yang
diberikan kepada para pelajar yang mendapat anugerah cemerlang pada hari itu. Tepukan yang kuat
diberikan kepada pelajar yang diumumkan sebagai tokoh pelajar pada tahun ini kerana berjaya
memperoleh keputusan akademik yang baik dan aktif pula dalam bidang sukan serta badan beruniform
serta kelab.
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
____________________________________________ Mereka telah mempersembahkan lagu-lagu yang
segar dan telah berjaya menceriakan majlis makan tersebut. Para tetamu juga kelihatan tidak kering gusi
apabila menonton sketsa komedi yang dipersembahkan oleh Pasukan Pengakap Sekolah. Kemuncak
acara persembahan itu ialah nyanyian solo daripada pemenang Juara Bakat Seni Suara SMSM 1999
yang memiliki suara seakan-akan penyanyi terkenal Siti Nurhaliza. _____________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
Para tetamu kelihatan kagum dengan pameran sains yang diadakan pada hari itu. Kebanyakan pelawat
ingin mencuba sendiri beberapa alat dan radas sains yang dipamerkan itu dan hampir semua tetamu
tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan menggunakan kamera yang dibuat sendiri oleh
beberapa orang pelajar daripada Persatuan Sains dan Matematik SMSM.
Apabila semua tetamu pulang, keadaan kembali tenang dan para guru mengadakan sesi bergambar untuk
dimuatkan ke dalam majalah sekolah. Hari Anugerah Kecemerlangan pada tahun ini merupakan hari
yang paling gemilang dalam sejarah SMSM.
Pilihan Jawapan :
Ketibaan Pengarah Pendidikan itu telah disambut oleh pasukan kompang sekolah dan beliau juga
diberikan penghormatan untuk memeriksa barisan hormat oleh pasukan kadet tentera sekolah yang
kelihatan kemas dengan uniform mereka yang serba hijau dan memakai topi hitam berjambul merah.
Upacara itu tamat dengan nyanyian lagu Negaraku dan selepas itu beliau diiringi oleh Pengetua masuk
ke dalam dewan.
30 Julai 1999 merupakan tarikh yang tidak mudah dilupakan oleh semua warga SMSM. Ini kerana pada
hari tersebut telah diadakan Hari Kecemerlangan Pelajar. Hari itu memang dinanti-nantikan oleh semua
pelajar dan ibu bapa terutamanya yang terlibat dengan upacara penerimaan sijil penghargaan. Lagipun,
para guru dan pelajar sudah menghabiskan kira-kira 2 minggu untuk persediaan dan latihan.
Ketika pelawat serta tetamu berpindah ke dewan makan, pelajar-pelajar yang mengambil bahagian
untuk acara persembahan sudahpun bersedia di atas pentas. Para tetamu kelihatan kagum dan terpukau
oleh persembahan lagu-lagu yang disampaikan kumpulan koir sekolah dan diiringi pula dengan
permainan muzik olehanggota-anggota band SMSM yang kelihatan segak bergaya dengan uniform
mereka yang berwarna merah dan putih
Para tetamu kelihatan tidak bergerak daripada tempat duduk masing-masing sehingga acara
persembahan diumumkan tamat dan mereka dijemput untuk pergi ke ruangan pameran yang diadakan
dimakmal sains.