kata hubung
DESCRIPTION
Panduan penggunaan kata hubung pada ayat majmuk.TRANSCRIPT
Kata Hubung
KATA HUBUNG
Bahasa Malaysia Tahun 2
asha_aishah@2015
Kata Hubung
atau
sambil
lalu
kerana
dan
AYAT MAJMUK
Ayah membaca surat khabar sambil menonton televisyen.
Mak Long menjahit baju sambil berbual dengan Lili.
Kakak duduk sambil memeluk kusyen.
Anita melintas jalan sambil memimpin tangan adiknya.
Nani mencuci bekas makanan sambil mendengar radio.
sambil
Contoh ayat majmuk menggunakan kata hubung sambil
AYAT MAJMUK
Air jus enak diminum semasa panas atau sejuk.
Bebola ketam dimasak dengan cara digoreng atau direbus.
Elakkan makan makanan yang terlalu pedas, manis atau masam.
Makanan sejuk beku ada dijual di kedai atau di pasar raya.
Adam terfikir sama ada hendak ke rumah Ali atau ke rumah Razak.
atau
Contoh ayat majmuk menggunakan kata hubung atau
AYAT MAJMUK
Adam dan Imran sedang memberi arnab makan.
Nani mengambil span dan sabun pencuci pinggan.
Mak Long sentiasa memastikan kantin bersih dan kemas.
Lina ke Taman Botani untuk bersenam dan berjoging.
Hubungan Adam dan jirannya sangat baik dan mesra.
dan
Contoh ayat majmuk menggunakan kata hubung dan
AYAT MAJMUK
Imran mengambil bekas minuman lalu menuang air ke dalamnya.
Nani membuka pili air lalu mencuci bekas makanan itu.
Puan Afira membungkus hadiah lalu menghiasnya dengan reben.
Rahimi mengambil ais lalu memasukkan ke dalam tong air.
Hubungan Adam dan jirannya sangat baik dan mesra.
lalu
Contoh ayat majmuk menggunakan kata hubung lalu
AYAT MAJMUK
Adam gembira kerana dapat berbual dengan Mak Usu.
Kakak menjaga adik kerana ibu tidak sihat.
Mak Usu bangun kerana hendak mengambil album gambar.
Makanlah sayur setiap hari kerana sayur mengandungi vitamin.
Hujan tidak berhenti kerana sekarang musim tengkujuh.
kerana
Contoh ayat majmuk menggunakan kata hubung kerana