kata penegas

22
SELAMAT DATANG

Upload: pravinameganathan

Post on 30-Jun-2015

2.431 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kata penegas

SELAMAT DATANG

Page 2: Kata penegas

KATA PENEGAS

Page 3: Kata penegas

Kata penegas ialah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian- bahagian tertentu dalam ayat.

Terdapat dua jenis kata penegas iaitu ;

1. Kata yang menegaskan hanya frasa predikat. Contohnya ; -kah,-tah,dan,-lah.

2. Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat iaitu frasa nama sebagai subjek. Contohnya ; juga,jua,pun,sahaja,lagi dan memang.

Kehadiran –kah,-tah,dan,-lah sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat itu mengalami proses pendepanan.

Page 4: Kata penegas

Jenis Kata Penegas Kata Penegas Contoh Penggunaan

Frasa predikat atau bahagian dalam predikat

-kah, -tah, - lah

Siapakah yang memakai baju merah itu? Yang itulah murid baru sekolah ini.Apatah usaha kita menghidupkan semula pekan teater ini.

Frasa subjek atau frasa predikat

juga, pun, hanya, lagi, memang, sahaja

Pegawai juga mesti hadir (subjek) Pegawai mesti hadir juga (predikat)Adiknya pun jurutera. (subjek)Adiknya jurutera juga (predikat)

Rajah di bawah merumuskan jenis kata penegas dan penggunaannya.

Page 5: Kata penegas

Contoh pengunaan perkataan-perkataan tersebut dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1.Apatah daya orang kurang upaya itu!2.Siapakah juara squash tahun ini?3.Beliaulah yang menjadi harapan keluarga. 4.Walaupun kurang sihat, datang juga pada hari ini. 5.Saya pun pernah dibawahnya bersama. 6.Komputer memang satu keperluan masa ini.

Page 6: Kata penegas

Kata Penegas

Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.

Contoh

-kah -lah -tah jua juga sahaja hanya memang lagi pun

pun

Page 7: Kata penegas
Page 8: Kata penegas

Kata penegas ialah perkataan yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat. Contoh -kah - lah - tah Jua Juga Sahaja Hanya Memang Lagi Pun

CONTOH AYAT:

ITULAH RUMAH SAYA. PERNAHKAH AWAK MAKAN SUP DAGING ARNAB ? APATAH DAYAKU UNTUK MENOLONGNYA. KUCIING ITU DIBAWA JUGA KE RUMAH NENEKNYA. HANYA KAMAL YANG BELUM BAYAR YURAN. DIA SEORANG SAHAJA YANG BERBAJU MELAYU.

Page 9: Kata penegas
Page 10: Kata penegas

Dalam(7),(9) perkataan yang bergabung dengan-kah,tah dan-lah ialah predikat ayat bersusun biasa subjek+predikat seperti yg berikut: 7.(a)Buah langsat ini/manis. (S) (P) 8.(b)Yang bersalah/dia. (S) (P) 9.(c)Dayaku/apa? (S) (P)Sesuatu ayat menjadi tidak gramatis sekiranya partikal-lah,kah,tahdalam bahagian predikat tidak dikedepankan seperti yang berikut: 7.(a)Buah langsatini/manis. (S) (P) 8.(b)Yang bersalah/dia. (S) (P) 9.(c)Dayaku/apa? (s) (P)

Page 11: Kata penegas

Sesuatu ayat menjadi tidak gramatis sekiranya partikal-lah,kah,tahdalam bahagian predikat tidak dikedepankan seperti yang berikut: 7.(a)Buah langsatini/manis. (S) (P) 8.(b)Yang bersalah/dia. (S) (P) 9.(c)Dayaku/apa? (s) (P)

Page 12: Kata penegas

KATA penegas dalam bahasa Melayu disebut juga partikel. Partikel ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Ayat yang mengandungi kata penegas disebut ayat penegas kerana mengandungi sesuatu penegasan tentang sesuatu perkara. Kita mengenal sesuatu ayat penegas itu melalui adanya kata penegas dalam binaan predikat ayat. Dengan adanya kata penegas itu, hal atau perkara yang hendak ditekankan, atau yang hendak diutamakan dapat disampaikan dengan jelas.

Page 13: Kata penegas

Selain partikel -kah, -lah, -tah (penegas frasa predikat, dan bahagian-bahagiannya), juga, jua, pun, sahaja, lagi, dan memang (penegas frasa subjek, dan frasa predikat), kata kerja tak transitif ada juga dapat berfungsi sebagai penegas ayat.

Page 14: Kata penegas

SEBAGAI PENEGAS, ADA MENJADI UNSUR DALAM BINAAN PREDIKAT AYAT. AYAT YANG MENGANDUNGI KATA ADA DINAMAI AYAT PENEGAS. PERHATIKAN PENGGUNAAN KATA PENEGAS ADA DALAM AYAT-AYAT CONTOH YANG BERIKUT:

1. Saya / ada bersamanya ketika itu.

2. Dia / ada mengatakan hal itu kepadanya.

Page 15: Kata penegas

DALAM AYAT (1) DAN (2), KATA PENEGAS ADA, YANG MENJADI UNSUR UTAMA PREDIKAT AYAT DIGUNAKAN UNTUK MENEGASKAN KESUNGGUHAN SESUATU HAL. HAL DEMIKIAN ITU TERKANDUNG DALAM MAKNA FRASA KERJA AYAT (1) DAN (2), IAITU ADA BERSAMANYA, DAN ADA MENGATAKAN. JADI, UNTUK MENEGASKAN FRASA KERJA, MAKA KATA PENEGAS ADA DAPAT DIGUNAKAN.

Page 16: Kata penegas

Bagaimana pula halnya untuk menegaskan frasa nama, frasa adjektif dan frasa sendi nama? Untuk frasa adjektif dan frasa sendi nama, kata penegas ada perlu ditambahkan dengan partikel di belakangnya, lalu membentuk kata adalah.

Harus diingat, dalam golongan kata bahasa Melayu, kata adalah ialah kata pemeri. Fungsi kata pemeri tidak lain daripada berfungsi sebagai unsur yang menjadi pemeri hal selain sebagai perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Dengan kata lain maksud pemerian merupakan suatu penegasan. Hal demikian dapat kita perhatikan dalam ayat-ayat contoh yang berikut:

Page 17: Kata penegas

3. Selendang sutera ini adalah untuk kekasihnya.

(adalah diikuti oleh frasa sendi nama, dan penegas frasa sendi nama)

4. Pendapatnya adalah tepat.

(adalah diikuti oleh frasa adjektif, dan penegas frasa adjektif)

Page 18: Kata penegas

Untuk frasa nama, kata pemeri ialah, bukan adalah digunakan kerana penggunaan ialah menunjukkan pemerihalan secara persamaan, atau ekuatif. Oleh itu, untuk maksud yang demikian itu, ialah hadir di hadapan frasa nama. Contohnya dalam ayat:

5. Wanita itu ialah jurujual.

(ialah diikuti oleh frasa nama, dan penegas frasa nama)

Page 19: Kata penegas

Untuk tujuan pertanyaan pula, partikel -kah digabungkan dengan kata ada, dan ia membentuk kata tanya adakah dan iakah. Partikel -kah pada kata ada, ia bertujuan semata-mata untuk menegaskan hal yang ditanyakan. Lihatlah tanya jawab yang berikut yang menunjukkan cara kata penegas tanya itu digunakan:

6. Adakah Nasir datang ke sini?

Ya, Nasir ada datang ke sini.

7. Adakah berita itu benar?

Ya, berita itu adalah benar.

8. Iakah orang itu guru baru?

Ya, orang itu ialah guru baru.

Page 20: Kata penegas

Harus diingat bahawa kata tanya apakah tidak boleh dijadikan kata penegas tanya seperti adakah atau iakah. Perhatikan betapa janggalnya ayat tanya yang menggunakan kata tanya apakah dalam ayat tanya yang berikut:

9. *Apakah keluarganya menerima pinanganmu?

Seharusnya: Adakah keluarganya menerima pinanganmu?

10. *Apakah orang itu mantan pengetua?

Seharusnya: Iakah orang itu mantan pengetua?

Page 21: Kata penegas

11. *Apakah bandar Melaka ibu negeri Melaka?

Seharusnya: Adakah bandar Melaka ibu negeri Melaka?

Begitulah huraian tentang bentuk kata ada yang berfungsi sebagai kata penegas dalam ayat bahasa Melayu

Page 22: Kata penegas

SEKIAN TERIMA KASIH.

NAMA GURU:

EN:GANESAN

DISEDIAKAN OLEH:

M.PRAVINA 2A. 2012…...