kata tugas 1
DESCRIPTION
Slaid pengajaran dan peneranganTRANSCRIPT
![Page 1: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/1.jpg)
KATA TUGAS
ialah kata atau frasa yang tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sesebaris ayat. Kata atau frasa ini berfungsi untuk mendukung tugas penghubung, penerang, penguat, pembantu atau tugas-tugas lain. Berdasarkan tugas-tugasnya, kata tugas boleh digolongkan pada:
01 KATA SENDI
03 KATA BILANGAN
05 KATA BANTU
07 KATA SERU
09 KATA SERU
02 KATA HUBUNG
04 KATA PEMERI
06 KATA PENGUAT
08 KATA PERINTAH
10 KATA NAFI
11 KATA ARAH 12 KATA PENEGAS
![Page 2: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/2.jpg)
KATA SENDI
ialah kata yang digunakan di hadapan frasa bana dan penggunaannya ditentukan oleh peraturan-peraturan yang khusus. Kata Sendi ini juga disebut Kata Depan kerana kedudukannya sentiasa di hadapan perkataan yang diterangkan olehnya.
01 DI
04 DARIPADA
07 DENGAN
10 UMPAMA
13 AKAN
02 KE
05 KEPADA
08 BAGI
11 SEJAK
14 OLEH
03 DARI
06 PADA
09 TENTANG
12 TERHADAP
15 HINGGA
![Page 3: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/3.jpg)
DI
Digunakan bagi menunjukkan tempat. Ayat-ayat contoh:
1. Dia mendalami pengetahuanagamanya di Madrasah Aljunied.
2. Wanita itu mengerjakan salat di dalamkamarnya.
3. Pelancong India itu menginap di otel Serangoon.
![Page 4: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/4.jpg)
KE
Digunakan bagi menunjukkan tempat atau arah. Ayat-ayat contoh:
4. Trailer itu mengangkut barangan keperlabuhan.
5. Pegawai kastam itu membawa merekake bilik pemeriksaan.
6. Kamil dan keluarganya akan berhijrahke Australia.
![Page 5: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/5.jpg)
DARI
Digunakan bagi menunjukkan tempat, arah dan masa. Ayat-ayat contoh:
7. Kapal pelarian yang berlabuh itu datang dari mana?
8. Zulkarnain menggelecek bola itu keluardari tengah padang.
9. Wanita yang bertopi itu keluar darisebuah hotel.
![Page 6: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/6.jpg)
DARI
Digunakan bagi menunjukkan tempat, arah dan masa. Ayat-ayat contoh:
10. Pemeriksaan kertas itu dimulakan daripukul lapan pagi.
11. Kepercayaan itu wujud dari zamandahulu lagi.
12. Pendaftaran memasuki universitiberlangsung dari hari Isnin lalu.
![Page 7: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/7.jpg)
DARIPADA
Digunakan bagi menunjukkan punca, sumber (asal sesuatu) atau perbandingan. Ayat-ayat contoh:
13. David menerima hantaran boladaripada Ronald.
14. Dia berjaya menarik diri daripadakegiatan sebuah kumpulan samseng.
15. Semua perabot di rumahnya diperbuatdaripada katu jati.
![Page 8: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/8.jpg)
DARIPADA
Digunakan bagi menunjukkan punca, sumber (asal sesuatu) atau perbandingan. Ayat-ayat contoh:
16. Anggota kumpulan itu terdiri daripadapara belia yang aktif.
17. Penyakit itu berpunca daripada sistempemakanan yang tidak betul.
18. Daripada siapakah surat yang dia
terima itu?
![Page 9: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/9.jpg)
DARIPADA
Digunakan bagi menunjukkan punca, sumber (asal sesuatu) atau perbandingan. Ayat-ayat contoh:
19. Kuih-muih itu lebih enak daripadaburger dan donut.
20. Makanan ini lebih berzat daripadamakanan yang kamu kunyah itu.
21. Kelakuan Ahmad berbeza daripadakelakuan adiknya.
![Page 10: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/10.jpg)
KEPADA
Digunakan begi menunjukkan sasaran yang merujuk sesuatu dan pecahan:
22. Makanan yang tersaji di atas mejaterdedah kepada kuman.
23. Kembalikan buku yang kaupinjam itukepada Sujiman.
24. Harta peninggalan orang tuanyadiagih-agihkan kepada orang-orangmiskin.
![Page 11: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/11.jpg)
KEPADA
Digunakan bagi menunjukkan sasaran yang merujuk sesuatu dan pecahan:
25. Peserta perkhemahan itu telahdibagikan kepada lapan kumpulan.
26. Masa persekolahan dibahagikankepada dua semester.
27. Drama Kalam Hamidi itu dibahagikankepada lima babak.
![Page 12: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/12.jpg)
PADA
Digunakan bagi menunjukkan waktu dan yang mendahului perkataan ada.
28. Peperiksaan Semester Kedua akanberlangsung pada bulan Oktober.
29. Ceramah mengenai penyalahgunaandadah itu bermula pada pukul duapetang.
30. Rombongan itu akan berlepas keIndonesia pada minggu hadapan.
![Page 13: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/13.jpg)
PADA
Digunakan bagi menunjukkan waktu dan yang mendahului perkataan ada.
31. Keris Taming Sari ada pada Hang Jebatyang derhaka itu.
32. Buku rampaian kamu itu ada padaCikgu Manaf.
33. Surat wasiat Allahyarham ayahnya adapada peguam itu.
![Page 14: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/14.jpg)
DENGAN
Digunakan bagi menunjukkan bersama-sama (beserta), cara sesautu dilakukan, menggunakan sesuatu sebagai alat atau persamaan.
34. Mereka mendaki Gunung Ledangdengan Encik Imran.
35. Arini dan Doni nernual-bual dengantetamu mereka di kamar bacaan.
36. Para pekerja yang tidak berpuas hatiitu telah berunding dengan pengurussyarikat.
![Page 15: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/15.jpg)
DENGAN
Digunakan bagi menunjukkan bersama-sama (beserta), cara sesautu dilakukan, menggunakan sesuatu sebagai alat atau persamaan.
37. Kami mengalu-alukan kedatangantetamu itu dengan mesra.
38. Derma pemberiannya kami terimadengan besar hati.
39. Beliau memulakan ucapannya denganmembaca doa.
![Page 16: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/16.jpg)
DENGAN
Digunakan bagi menunjukkan bersama-sama (beserta), cara sesautu dilakukan, menggunakan sesuatu sebagai alat atau persamaan.
40. Pak Abu menggembur tanahnyadengan traktor.
41. Dia menurunkan tanda tangannya dengan pen istimewa itu.
42. Aruna menyeberang sungai yang derasairnya itu dengan rakit.
![Page 17: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/17.jpg)
DENGAN
Digunakan bagi menunjukkan bersama-sama (beserta), cara sesautu dilakukan, menggunakan sesuatu sebagai alat atau persamaan.
43. Walaupun kembar, wajahnya tidakseiras dengan abangnya.
44. Kulit cakera padat tiruan samabentuknya dengan cakera padat asli.
45. Pendapatannya tidak setimpal denganusahanya.
![Page 18: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/18.jpg)
BAGI / UNTUK
Digunakan bagi menunjukkan kegunaan untuk sesuatu atau diperuntukkan untuk sesuatu.
46. Sekolah untuk / bagi pelajar-pelajarcacat akan dibina di situ.
47. Rumah untuk / bagi anak-anak yatimitu akan dinaik taraf.
48. Kumpulan puisi itu ditulis untuk / bagikanak-kanak sekolah rendah.
![Page 19: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/19.jpg)
BAGI / UNTUK
Digunakan bagi menunjukkan kegunaan untuk sesuatu atau diperuntukkan untuk sesuatu.
49. Ayah membeli sebentuk cincin berlianuntuk ibu.
50. Untuk siapakah makanan yang lazat
itu disaji?51. Rumah di hujung kampung itu dibeli
oleh bapa untuk orang tuanya.
![Page 20: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/20.jpg)
TENTANG
Digunakan untuk memberi maksud hal yang dimaksudkan atau dikatakan.
52. Mereka bermesyuarat tentangkebersihan sekolah.
53. Kami duduk bercerita tentangkejadian buruk itu.
54. Para pelajar itu sedang berbincangtentang majlis perpisahan untuk gurumereka.
![Page 21: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/21.jpg)
UMPAMA / SEPERTI / BAGAI / LAKSANA
Digunakan untuk memberikan maksud perbandingan atau persamaan.
55. Dia menurutkan hati mudanya yangkeras bagai batu.
56. Pemuda itu lari bagai lipas kudungapabila terpandang pengawal di situ
57. Pelakon wanita itu mahu berlagakbagai seorang yang berpenalaman.
![Page 22: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/22.jpg)
SEJAK
Digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk memberi maksud sebagai penanda waktu.
55. Bohari sentiasa bersedih sejakkematian ayahnya.
56. Sejak hari itu, Ilham tidak menegurNazira lagi.
57. Nelayan tua itu berada di laut sejaksubuh tadi.
![Page 23: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/23.jpg)
AKAN
Digunakan untuk memberi maksud rujukan kepada sesuatu.
61. Pemuda yang baik hati itu amat kasihakan ibu tuanya.
62. Wanita tua itu rindu akan anak yangtelah diculik oleh sekumpulan perompak.
63. Janganlah kamu membenci akanadik-adik kamu itu.
![Page 24: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/24.jpg)
OLEH
Digunakan untuk memberi maksud pembuat
64. Kuih yang lazat itu dimasak oleh ibuuntuk hidangan minum petang.
65. Buku biografi tokoh ternama itu ditulisoleh Kelvin Fischer.
66. Penjahat yang terlibat dalam kesrompakan itu telah diberkas oleh polis.
![Page 25: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/25.jpg)
KATA HUBUNG
Kata Hubung adalah kata yang bertugas untuk menghubungkan dua baris ayat atau lebih hingga membentuk ayat berlapis atau ayat majmuk. Kata Hubung terbahagi pada 2:
KATA HUBUNG GABUNGAN
KATA HUBUNG PANCANGAN
![Page 26: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/26.jpg)
KATA HUBUNG GABUNGAN
dandan
tetapitetapi
atauatau
lalulalu
sambilsambil sertaserta
kecualikecuali
![Page 27: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/27.jpg)
DAN
Digunakan untuk menghubungkan atau menggandingkan satu unsur yang merupakan lanjutan daripada unsur pertama.
01. Saya dan Ahmad akan pergi bermainbola pada petang esok.
02. Fatimah hendak mengemas majalahdan buku di atas meja itu.
03. Hadijah pandai menari dan menyanyisewaktu kecil.
![Page 28: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/28.jpg)
DAN
Digunakan untuk menghubungkan atau menggandingkan satu unsur yang merupakan lanjutan daripada unsur pertama.
04. Budak lelaki dari kelas sebelah itu baikdan bersopan santun.
05. Sekolah akan ditutup tidak lama lagidan bapa merancang membawakami melancong ke Vietnam.
![Page 29: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/29.jpg)
ATAU
Digunakan untuk menyatakan pilihan akan sesuatu.
06. Dia atau saya yang akan membuat
kerja itu?
07. Ibu kamu sedang memasak atau
membasuh pakaian?08. Pemburu itu menembak rusa atau
kijang semalam?
![Page 30: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/30.jpg)
09. Mereka berdua hendak pergi ke
pepustakaan pada hari ini atau esok?
10. Riana menemui Ryan di sekolah atau
di pusat penjaja?
ATAU
Digunakan untuk menyatakan pilihan akan sesuatu.
![Page 31: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/31.jpg)
TETAPI
Digunakan untuk menyatakan maksud pertentangan atau perbezaan dengan unsur pertama.
11. Dia bijak tetapi malas mengulang kajipelajarannya.
12. Dia pandai menyanyi tetapi tidakpandai bermain muzik.
13. Datuk Ali kaya di kampungnya tetapidia kedekut.
![Page 32: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/32.jpg)
14. Dia tahu peraturan itu tetapi tidakmahu mematuhinya.
15. Dia gemar menonton drama pentastetapi tidak gemar menonton dramatelevisyen.
TETAPI
Digunakan untuk menyatakan maksud pertentangan atau perbezaan dengan unsur pertama.
![Page 33: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/33.jpg)
LALU
Digunakan untuk menyatakan kejadian atau perbuatan yang dilakukan selepas unsur pertama.
16. Sulaiman segera bangun dari tempatduduknya lalu berjabat tangandengan Kasim.
17. Menteri itu menuju ke mikrofon lalumenyampaikan ucapannya dalambahasa Inggeris.
18. Kakak masuk ke dalam biliknya lalumenutup pintu dengan kuat.
![Page 34: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/34.jpg)
19. Polis segera menangkap pencuri itu lalumenggari tangannya.
20. Hasyim meletakkan galah itu lalumemungut buah manggis yang gugur.
LALU
Digunakan untuk menyatakan kejadian atau perbuatan yang dilakukan selepas unsur pertama.
![Page 35: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/35.jpg)
SERTA
Digunakan untuk menyatakan maksud penyertaan, persamaan atau lanjutan dengan unsur pertama. Serta juga digunakan untuk menggantikan ‘dan’.
21. Sultan serta para pembesarnya sudahberada di balairong.
22. Pakaian pengemis tua itu compang-camping serta kotor.
23. Tuan rumah menyambut salam kamiserta mempersilakan kami masuk.
![Page 36: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/36.jpg)
24. Pemilik kebun itu memarahi sertamenghina kami.
25. Dia menggosok perutnya denganminyak angin kerana perutnya sakitserta memulas-mulas.
SERTA
Digunakan untuk menyatakan maksud penyertaan, persamaan atau lanjutan dengan unsur pertama. Serta juga digunakan untuk menggantikan ‘dan’.
![Page 37: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/37.jpg)
SAMBIL
Digunakan untuk menyatakan maksud sesuatu perbuatan itu dilakukan serentak dengan unsur pertama.
26. Dia duduk di bawah pokok yangrendang sambil membaca buku.
27. Mereka minum di restoran itu sambilberbual-bual kosong.
28. Murid-murid tadika itu menyanyi sambilmenari di atas pentas.
![Page 38: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/38.jpg)
29. Karmila memujuk-mujuk sambilmengusap rambut adiknya yangsedang menangis itu.
30. Lelaki yang berjambang itu mengugutmangsanya sambil mengacu-acukanpsitolnya.
SAMBIL
Digunakan untuk menyatakan maksud sesuatu perbuatan itu dilakukan serentak dengan unsur pertama.
![Page 39: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/39.jpg)
KECUALI
Digunakan untuk menyatakan maksud kekecualian, kelainan atau menyimpang dengan unsur pertama.
31. Gerai-gerai di situ dibuka pada hariAhad kecuali gerai Pak Salim.
32. Semua pelajar lulus dengan markahcemerlang kecuali Muhaimin.
33. Setiap hari, Encik Manaf berlari-lari anakdi taman itu kecuali hari Jumaat.
![Page 40: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/40.jpg)
34. Wanita tua itu ttidak mahu menemuianak lelakinya itu kecuali anak lelakinyaItu memohon maaf terlebih dahulu.
35. Dia tidak mahu meminta bantuandaripada orang lain kecuali hidupnyabenar-benar susah.
KECUALI
Digunakan untuk menyatakan maksud kekecualian, kelainan atau menyimpang dengan unsur pertama.
![Page 41: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/41.jpg)
KATA HUBUNG PANCANGAN
sebabsebab
supayasupaya
kalaukalau
walaupunwalaupun
semasasemasa setelahsetelah
sebelumsebelum selamaselama
![Page 42: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/42.jpg)
SEBAB / KERANA
Digunakan untuk menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan suatu musabab atau akibat.
36. Tangannya patah sebab jatuh daripokok.
37. Dia memakai kaca mata sebabmatanya rabun.
38. Budak kecil itu menangis sebabduitnya hilang.
![Page 43: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/43.jpg)
39. Bajunya kebasahan sebab dia ditimpahujan.
40. Kampung itu gelap semalam sebabkerosakan eletrik.
SEBAB / KERANA
Digunakan untuk menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan suatu musabab atau akibat.
![Page 44: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/44.jpg)
KALAU / JIKA / JIKALAU
Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan suatu syarat atau pengandaian.
41. Dia menggunakan payung kalau harihujan.
42. Beliau akan ke Makkah kalausimpanannya sudah mencukupi.
43. Shafiq akan menyertai bengkel itukalau permohonannya diterima.
![Page 45: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/45.jpg)
44. Ibunya pasti marah kalau dia gagaldalam ujiannya.
45. Kampung itu selalu mengalami banjirkalau hujan lebat.
KALAU / JIKA / JIKALAU
Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan suatu syarat atau pengandaian.
![Page 46: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/46.jpg)
SUPAYA / AGAR
Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan tujuan yang tertentu
46. Orang tua itu sentiasa berdoa supayahidupnya dan anak-anaknya bahagia.
47. Luqman belajar bersungguh-sungguhsupaya lulus peperiksaan dengancemerlang.
48. Erlina memakai payung di tengah hujansupaya bajunya tidak basah.
![Page 47: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/47.jpg)
49. Rumah batu itu dicat supaya kelihatanbersih.
50. Pesakit jiwa itu dikurung supaya tidakmengganggu ketenteraman orang lain.
SUPAYA / AGAR
Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan tujuan yang tertentu
![Page 48: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/48.jpg)
WALAUPUN / SUNGGUHPUN / MESKIPUN / BIARPUN
Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan tolak ansur.
51. Dia masih nakal walaupun telahdinasihati beberapa kali.
52. Abang Aidil masih tekun menelaahpelajaran sekolahnya walaupun harisudah lewat malam.
53. Perempuan tua itu tetap bekerjawalaupun badannya sudah uzur.
![Page 49: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/49.jpg)
54. Rumah usang itu masih teguh walaupunusianya sudah hampir satu abad.
55. Asnida masih pulang ke kampungwalaupun orang tuanya sudahmeninggal dunia.
WALAUPUN / SUNGGUHPUN / MESKIPUN / BIARPUN
Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan tolak ansur.
![Page 50: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/50.jpg)
SEMASA / SEWAKTU / TATKALA / KETIKA
Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud waktu pekerjaan itu dilakukan serentak.
56. Ayah sudah berada di rumah semasakami tiba.
57. Kata datuknya, beliau dilahirkansemasa peperangan Jepun bermula.
58. Saya dan Suhail berada di situ semasaterjadinya peristiwa itu.
![Page 51: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/51.jpg)
59. Penjahat-penjahat itu telah melarikandiri semasa polis di tempat kejadian.
60. Rakan sedarjah saya itu tersenyumsimpul semasa menerima hadiahdaripada pengetua sekolah.
SEMASA / SEWAKTU / TATKALA / KETIKA
Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud waktu pekerjaan itu dilakukan serentak.
![Page 52: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/52.jpg)
SESUDAH / SETELAH / SELEPAS
Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud waktu pekerjaan itu berurutan.
61. Dia mahu bercakap dengan sayasesudah saya memohon maaf.
62. Pemuda biadap itu berdar dari situsesudah orang kaya itu mengusirnya.
63. Anggota-anggota bomba pula kebalai sesudah berjaya memadamkankebakaran itu.
![Page 53: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/53.jpg)
64. Rustam melaporkan kejadian itukepada polis sesudah diancam penjahatitu beberapa kali.
65. Syahidan akan memohon pekerjaan itusesudah menamatkan pengajiannya.
SESUDAH / SETELAH / SELEPAS
Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud waktu pekerjaan itu berurutan.
![Page 54: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/54.jpg)
SEBELUM
Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud waktu pekerjaan itu bersilih.
66. Nelayan tua itu membaca doa sebelumturun ke laut.
67. Petani-petani itu menggemburkantanah batasnya sebelum menaburbenih sayur.
68. Anak kesayangan Encik Ismail itumenggosok gigi sebelum masuk tidur.
![Page 55: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/55.jpg)
69. Baju-baju itud direndam dengan airsabun sebelum dibasuh ibu dengantangan.
70. Allahyarham sempat menurunkanwasiatnya sebelum menghembuskannafas terakhirnya.
SEBELUM
Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud waktu pekerjaan itu bersilih.
![Page 56: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/56.jpg)
SELAGI / SELAMA
Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan suatu jangka waktu.
71. Dia berhasrat untuk menginap terus dihotel itu selagi dia mempunyai wang.
72. Kehidupannya tidak akan bahagiaselagi dia belum insaf akan kesalahanyang dilakukanya.
73. Wanita itu tidak mahu tidur selagisuaminya belum pulang.
![Page 57: Kata Tugas 1](https://reader038.vdocuments.pub/reader038/viewer/2022102902/5580c90ad8b42a8e558b4d30/html5/thumbnails/57.jpg)
74. Bahasa Melayu tidak akan pupus diSingapura selagi orang Melayumenggunakannya.
75. Encik Dermawan akan terus membantuorang-orang susah di kampungnya ituselagi dia mampu.
SELAGI / SELAMA
Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan suatu jangka waktu.