kelebihan minyak zaitun

13
Nabi s.a.w. telah berpesan agar kita menggunakan zaitun sebagai minyak. Untuk pertama kalinya dalam sejarah, ada enam belas pakar kedoktoran paling tersohor di dunia berkumpul di Roma pada tanggal 21 April 1997 M, untuk menerbitkan beberapa pengarahan dan keputusan bersama tentang tema “Minyak Zaitun dan Nutrisi Laut Putih Tengah”. Dalam pernyataan tersebut, mereka menegaskan bahwa penggunaan minyak zaitun dapat memberikan perlindungan tubuh dari serangan penyakit jantung koroner, kenaikan kolesterol darah, kenaikan tekanan darah, serta sakit diabetes dan obesites, di samping minyak zaitun juga berkhasiat mencegah terjadinya beberapa jenis kanser. Dalam surah al-Nur ayat 35, Allah menyebut tentang buah zaitun, yang mana para ulama memberi pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada tempat dan taburan penanaman buah zaitun. Dalam kitab Sunan al-Tarmizi dan Ibnu Majah, terdapat sebuah hadith daripada Abdullah bin Umar yang menyebut bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Makanlah kamu minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak rambut, kerana minyak zaitun dibuat daripada pohon yang penuh berkat." Begitu juga hadith riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Majah daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah s.a.w bersabda: "Gunakanlah minyak zaitun sebagai lauk sekali gus minyak rambut kerana ia berasal dari pohon yang diberkati."Minyak zaitun bersifat lembap pada peringkat pertama. Justeru, ada yang mengatakan ia bersifat kering adalah tidak benar. Teksturnya bergantung pada kandungan minyaknya. Minyak yang dihasilkan daripada buah zaitun yang sudah masak adalah yang paling elok dan paling stabil. Manakala yang dihasilkan daripada buah yang mentah pula cenderung bersifat sejuk dan kering. Minyak yang dihasilkan daripada buah zaitun merah mempunyai kualiti sederhana. Minyak yang diperbuat daripada buah zaitun yang berwarna hitam mampu memberikan kehangatan sekali gus kelembapan dengan stabil.Antara khasiat minyak zaitun, ia boleh mengatasi racun, melapangkan perut dan mengeluarkan cacing. Minyak zaitun mengandungi vitamin E dan vitamin K yang baik untuk kesihatan kulit terutamanya untuk rawatan kecantikan wanita. Jika diperah dengan campuran air, panasnya berkurang, lebih lembut, dan lebih berkhasiat. Zaitun boleh menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban. Dengan menggunakan minyak zaitun

Upload: mamakerry

Post on 27-Oct-2015

61 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kelebihan Minyak Zaitun

Nabi s.a.w. telah berpesan agar kita menggunakan zaitun sebagai minyak. Untuk pertama

kalinya dalam sejarah, ada enam belas pakar kedoktoran paling tersohor di dunia berkumpul di

Roma pada tanggal 21 April 1997 M, untuk menerbitkan beberapa pengarahan dan keputusan

bersama tentang tema “Minyak Zaitun dan Nutrisi Laut Putih Tengah”.

Dalam pernyataan tersebut, mereka menegaskan bahwa penggunaan minyak zaitun dapat

memberikan perlindungan tubuh dari serangan penyakit jantung koroner, kenaikan kolesterol

darah, kenaikan tekanan darah, serta sakit diabetes dan obesites, di samping minyak zaitun

juga berkhasiat mencegah terjadinya beberapa jenis kanser.

Dalam surah al-Nur ayat 35, Allah menyebut tentang buah zaitun, yang mana para ulama memberi pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada tempat dan taburan penanaman buah zaitun. Dalam kitab Sunan al-Tarmizi dan Ibnu Majah, terdapat sebuah hadith daripada Abdullah binUmar yang menyebut bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Makanlah kamu minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak rambut, kerana minyak zaitun dibuat daripada pohon yang penuh berkat."

Begitu juga hadith riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Majah daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah s.a.w bersabda: "Gunakanlah minyak zaitun sebagai lauk sekali gus minyak rambut kerana ia berasal dari pohon yang diberkati."Minyak zaitun bersifat lembap pada peringkat pertama. Justeru, ada yang mengatakan ia bersifat kering adalah tidak benar. Teksturnya bergantung pada kandungan minyaknya. Minyak yang dihasilkan daripada buah zaitun yang sudah masak adalah yang paling elok dan paling stabil. Manakala yang dihasilkan daripada buah yang mentah pula cenderung bersifat sejuk dankering. Minyak yang dihasilkan daripada buah zaitun merah mempunyai kualiti sederhana. Minyak yang diperbuat daripada buah zaitun yang berwarna hitam mampu memberikan kehangatan sekali gus kelembapan dengan stabil.Antara khasiat minyak zaitun, ia boleh mengatasi racun, melapangkan perut dan mengeluarkan cacing. Minyak zaitun mengandungi vitamin E dan vitamin K yang baik untuk kesihatan kulit terutamanya untuk rawatan kecantikan wanita. Jika diperah dengan campuran air, panasnya berkurang, lebih lembut, dan lebih berkhasiat. Zaitun boleh menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban. Dengan menggunakan minyak zaitun setiap hari, rambut dan kulit bersinar. Kegunaan untuk tubuh adalah lazimnya disapu setiap kali selepas mandi pada permukaan tubuh. Minyak zaitun mudah meresap, sehingga tidak perlu bimbang ia melekit. Jus zaitun yang dicampur garam boleh menguatkan gusi. Daunnya boleh meredakan dan merawat demam, kesemutan, kudis dan mencegah peluh berlebihan.

Page 2: Kelebihan Minyak Zaitun

Apakah yang terkandung didalam minyak zaitun sehingga ianya menjadi bahan kajian serta rujukan  di makmal-makmal perubatan dan merupakan bahan penting dalam industri kosmetik?

Jawapannya ialah kandungan oleic acid yang sangat tinggi sehingga 75%, yang tidak terdapat pada mana-mana minyak lain didunia. Oleic acid merupakan sejenis  antioxidant yang merangsang tahap kesihatan tubuh badan manusia kepada keadaan paling optimum. Menurut kajian perubatan  minyak zaitun mempunyai kadar lemak monounsaturated fat dan polyunsaturated yang tinggi. Seterusnya ia juga mempunyai tidak kurang 24 jenis polyphenols iaitu sejenis antioxidant yang menolong tubuh badan manusia dari serangan “free radical”. Hanya minyak zaitun yang asli sahaja yang mengandungi kadar oleic acid yang tinggi.  

Adakah kualiti minyak zaitun berbeza?

Faktor tanah dan jenis pohon zaitun juga membezakan rasa dan kualiti minyak zaitun. Kajian mendapati hanya pohon zaitun berusia ratusan dan keribuan tahun sahaja yang mempunyai kadar oleic acid sehingga 75%. Lebih tua pohon zaitun itu lebih tinggi khasiatnya. Secara logiknya pohon zaitun yang mencecah ratusan dan ribuan tahun itu tidak menggunakan racun serangga dan ianya adalah pokok organik.Tanah semenanjung sinai  iaitu Palestein dan Lubnan mempunyai ladang pohon zaitun  yang tertua didunia dan mengeluarkan minyak zaitun yang terbaik dan berkualiti tinggi. Akibat peperangan yang berlanjutan pengeluaran minyak zaitun agak terjejas.

Bagaimana minyak zaitun berfungsi dalam tubuh badan manusia?

Sekiranya ada ancaman “free radicals” didalam tubuh badan ,ia akan melawan dengan adanya faktor antioxidant seperti Hydroxytyrosol. Ianya akan meningkatkan system pertahanan tubuh dan memelihara organ dalaman tubuh dengan optimum. Ia juga bersifat anti bacterial, anti fungal dan anti viral kepada jangkitan kuman. Selain itu ia menolong meninggikan paras HDL sejenis kolesterol yang baik, dan diwaktu yang sama merendahkan paras  LDL sejenis kolesterol yang tidak baik, dimana ia membantu penyakit yang berkaitan dengan kolesterol dan kardiovascular. Minyak zaitun yang dihasilkan dari pohon zaitun merupakan produk asli hasiltani di benua Asia Kecil dan taburannya bermula dari Iran, Syria dan palestin sehingga keseluruhan Mediterranean semenjak 6,000 tahun yang lalu.

Pokok zaitun juga ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur ayat ke-35. Semenjak 1,400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad S.A.W. telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda S.A.W. sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut.

Kebanyakan minyak yang dikomersialkan diproses secara menghapus zat pemakanannya.Adalah penting untuk menggunakan minyak zaitun tulen. Minyak

Page 3: Kelebihan Minyak Zaitun

zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai ketahanan dari serangan penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan.

Antara kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmen dan squaelen yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia. Hadis tentang minyak zaitun:

"Makan minyak zaitun dan urutlah dengannya ke seluruh badan, kerana ia adalah dari pohon yang suci." Diriwayatkan oleh Hazrat Sayyed al-Ansari.

"Ada minyak zaitun, maka makanlah. Urut ke seluruh badan kerana ia berkesan untuk penyakit buasir." Diriwayatkan oleh Hazrat al-Qama bin Amir.

TERDAPAT 3 JENIS MINYAK ZAITUN

EXTRA/PURE OLIVE OIL Merupakan minyak zaitun paling murni dengan kadar keasidan 0.5-2 peratus. Warnanya kehijau-hijauan dan sesuai untuk diminum terus dan dijadikan sos salad.

VIRGIN OLIVE OIL Kandungan asidnya sekitar 4 peratus. Ia berwarna hijau kekuningan. Biasa digunakan sebagai campuran masakan atau hidangan tumisan.

OLIVE OIL Minyak zaitun jenis ini mengandungi tahap keasidan melebihi 4 peratus. Berwarna kekuning-kuningan dan biasanya digunakan sebagal pengganti minyak untuk menggoreng dalam masakan Itali.

Vitamin E yang terkandung dalamnya dikatakan dapat meremajakan, menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit.    Pada zaman dahulu Cleopatra, ratu Mesir purba yang jelita itu juga menggunakan minyak zaitun untuk menjaga kecantikannya. Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap.

Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri-cirinya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan

Page 4: Kelebihan Minyak Zaitun

risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku.

Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan. Ia boleh digunakan sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan prosesnya. Ia boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah seksual.

Minyak zaitun berkesan dalam mengatasi kes kebakaran dengan mencampurkannya dengan sedikit garam. Jeruk buah zaitun boleh mengatas masalah sembelit. Pengambilan lemak yang tinggi berserta minyak zaitun dapat mengurangkan risiko sakit jantung.

Menurut Ibnu al-Qayyim, minyak zaitun adalah penyeri wajah. Ia menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal-gatal dan ulser yang kronik. Menyapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada gusi boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.

Menurut statistik, minyak zaitun merupakan ramuan utama makanan penduduk Mediterranean. Sakit jantung adalah akibat kematian yang tinggi di Amerika Syarikat. Kajian terkini ke atas minyak zaitun mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dengan merendahkan kadar kolesterol dalam darah.

Menurut kajian, risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun, penambahan sayuran dan pengurangan makanan tenusu. Kajian lain mendapati minyak zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut. Risiko menghidapi sakit jantung berlaku lebih pada mereka yang mempunyai badan dan perut berbentuk epal.

Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit.

Menurut Tarmizi dan Ibnu Majah, Nabi Muhamad S.A.W. bersabda, ” Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati”.

Oleh itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat. Walaubagaimanapun, semua jenis minyak zaitun akan melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan.

Page 5: Kelebihan Minyak Zaitun

KEISTIMEWAAN MINYAK ZAITUN

1. Membantu memberi kesuburan kulit wajah. 2. Membantu mencegah keracunan. 3. Membantu sistem penghadaman. 4. Membantu menyingkir parasit pada usus. 5. Membantu menyihatkan rambut dan menghilangkan kelemumur. 6. Dengan campuran sedikit garam, boleh menjadi ubat mujarab bagi penyakit gigi dan gusi. 7. Mengandungi bahan anti penuaan. 8. Membantu menguatkan tenaga batin. 9.   Membantu mengatasi kesan melecur dan parut.10. Sebagai bahan urutan yang membantu menguatkan organ, sendi dan otot serta melegakan sakit. 11. Membantu melegakan athritis dan sciatica. 12. Membantu menjauhkan kanser usus dan pelbagai kanser lain. 13. Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian. 14. Membantu menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis(pengerasan saluran arteri). 15. Membantu mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone),melalui penghasilan air hempedu yang   banyak. 16. Membantu sistem penghadaman dan mengurangkan ulser perut. 17. Sebagai Antioksidan dan antikanser semulajadi. 18. Membantu keseimbangan metabolisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak). 19. Membekalkan vitamin E.20. Membantu mengekalkan kecantikan (kulit dan rambut). 21. Membantu menstabilan asid lemak. 22. Membekalkan pelbagai vitamin untuk antipenuaan, tidak kurang daripada 24 jenis                      polyphenols(antioksidan). 23. Sebagai kegunaan masaj terapi.24. Membekalkan omega 3, 6 dan 9 pada tubuh badan. 25. Mengubati  penyakit  resdung. 26. Mampu menghindari risiko kolon kanser,breast kanser..27. Mengurangkan frekuensi  hot flashes bagi wanita  pre menopause28. Bertindak sebagai natural painkiller.29. Sebagai ubat sakit telinga. 30. Mengubati demam panas dengan berkesan tanpa mengambil antibiotik.31. Bertindak sebagai kolagen asli semulajadi yang bersumberkan tumbuh-tumbuhan.32. Membantu memecahkan batu karang.33. Memelihara organ hati dengan dengan baik dari radang dan serangan penyakit hepar.  34. Membantu merawat penyakit eczema, radang kulit (psiorisis).35. Merawat penyakit kencing tak lawas( tak tus).

Page 6: Kelebihan Minyak Zaitun

36. Merawat penyakit gula dalam darah yang tinggi (diabetes).37. Merawat penyakit kolesterol dalam darah seperti darah tinggi dan jantung.38. Sebagai rawatan penyakit ulser dalam mulut.39. Rawatan bagi penyakit sendi dan tulang.40. Rawatan bagi penyakit asthma, bronkiolitis.41. Rawatan bagi penyakit angin ahmar/stroke.42. Rawatan penyakit kusta/sopak.43. Bertindak sebagai anti viral, anti bacterial, anti fungal.44. Bertindak menghasilkan hormon pancreatic diorgan pankreas dengan optimum.45. Sangat baik dari segi kognitif iaitu memberi kekuatan ingatan dan pertuturan yang lancar.46. Mampu memberhentikan pendarahan yang kronik.47. Mampu mengurangkan berat badan dengan mengurangkan nafsu/selera makan.48. Meningkatkan kadar metabolisme ke paras yang optimum bagi membentuk tubuh badan yang sihat.49. Bertindak memperbaharui sel-sel mati.50. Bertindak sebagai penapis ultra violet pada kulit serta melembutkan dan melembapkan kulit dari kekeringan.51. Mampu  mengelakkan penyakit kanser kulit.    52. Membantu meninggikan tahap  sistem immunisasi badan. 53. Mengurangkan rasa kelesuan/keletihan, memberi kekuatan tenaga. 54. Mampu mengurangkan simptom  post menopause.

CARA PENGAMBILAN

1. Mengambil secara berterusan sekurang-kurangnya sesudu tiga kali sehari (pagi, tengahari dan malam).2. Campurkan dua sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan. 3. Untuk menghilangkan parut bekas jerawat di muka, ratakan campuran dua sudu teh minyak zaitun pada muka, biarkan selama dua atau tiga jam dan kemudian barulah dicuci. Elok dilakukan pada waktu malam. 4. Untuk menghilangkan parut pada anggota lain di badan, ratakan campuran tiga sudu teh minyak zaitun pada anggota terlibat, biarkan selama dua jam,kemuadian barulah dicuci. 5. Jika boleh gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit. 6. Tambahkan dua sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi. Kesemua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan.7.  Minyak zaitun hanya boleh dimasak pada suhu rendah dibawah 60 darjah celcius utk mengekalkan zat yang baik.  

 Tips diet seharian yang baik boleh kita amalkan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan yang premium.

Page 7: Kelebihan Minyak Zaitun

           

1. Elakkan pengambilan makanan laut yang bercengkerang seperti ketam , kupang, kerang ,kepah, tiram, lokan,kima,lala, remis( bertindak sebagai filter/ penapis dilaut)

2. Elakkan makanan dari spesis ikan yang tidak bersisik seperti ikan keli, pari, ikan duri, ikan mayong(cat fish-laut).  

3. Elakkan stress. 4. Makanan diatas mempunyai kadar kolesterol dan merkuri yang tinggi ,ia

menyumbang kepada risiko penyakit tinggi kolesterol dan  kerosakkan sel dalam tubuh badan.Merkuri adalah sangat merbahaya dan beracun bagi tubuh badan manusia jika ia diambil pada kadar yang tinggi. Kajian saintifik mendapati kadar merkuri sangat tinggi dalam spesies ikan yang tidak bersisik serta makanan laut yang bercenkerang.

Jadikanlah minyak zaitun sebagai diet amalan atau rutin harian. Hanya minyak zaitun yang mempunyai sekurang-kurangnya 75% oleic acid (tulen/pure) yang boleh memberikan kita tahap kesihatan yang optimum iaitu ia bersifat merawat dan memulihkan

Minyak Zaitun Untuk Turunkan Berat Badan

Minyak zaitun dikenali sebagai sebahagian daripada diet yang sihat. Penyelidikan terbaru di Kolej Beloit di Wisconsin melaporkan bahawa mengambil 1 sudu teh setiap hari mampu menolong mereka yang ingin menurunkan lemak sehingga 1 lbs seminggu. Minyak zaitun berasal dari pokok zaitun (Olea europaena) dan merupakan tanaman Mediterranean tradisional.

Bagaimana Minyak Zaitun Bekerja?

Minyak Zaitun adalah sumber lemak yang baik dan telah terbukti untuk membakar tiga kali lebih cepat daripada lemak tak baik seperti lemak trans yang dijumpai dalam produk-produk komersial makanan. Kandungan asid oleik dalam minyak zaitun merupakan komponen yang dipercayai bermanfaat sebagai penentang lemak. Ia membantu supaya tisu-tisu lemak berhenti mengambil lemak di dalam salur darah. Hal ini juga membantu sel-sel lemak dengan mengeluarkan lemak yang disimpan ke dalam aliran darah sehingga boleh dibakar.

Dalam pencernaan, asid oleik ditukarkan ke OEA, hormon melawan kelaparan. OEA meransang sel-sel saraf dan memberitahu otak anda bahawa anda telah penuh. Menurut kajian, mereka yang mengambil satu sudu teh minyak zaitun ketika sarapan mampu meningkatkan metabolisme badan sehingga 60% berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Minyak zaitu diyakini membakar dengan cepat dan menghasilkan peningkatan metabolisme. Para penyelidik dalam kajian ini mengesyorkan mengambil satu sudu minyak zaitun di waktu pagi dengan perut kosong

Kebaikan Minyak Zaitun

Page 8: Kelebihan Minyak Zaitun

Menurut Klinik Mayo, minyak zaitun adalah pilihan yang sihat dalam lemak. Ia mengandungi lemak tak tepu yang mana dapat menurunkan kadar kolesterol tak baik (LDL) dalam darah. Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) melaporkan bahawa kira-kira 2 sudu minyak zaitun setiap hari (23 gram) dapat mengurangkan risiko penyakit jantung

Apakah Jenis?

Terdapat pelbagai jenis minyak zaitun di pasaran. Carilah yang ada tulis ‘extra virgin’ atau ‘virgin’. Ini adalah yang paling baik untuk kesihatan jantung kerana ia mengandungi tahap polyphenol yang tinggi, satu antioksidan yang kuat untuk kesihatan jantung. Jika sukar nak menelan minyak zaitun, boleh campurkan dalam salad. Selamat mencuba.

CARA PENGAMBILAN:

 1. Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan. 

2. Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam, cuci).

3. Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci).

KHASIAT MINYAK HABBATUS SAUDA

Meningkatkan sistem imuniti (daya tahan badan)

Mengurangkan risiko sakit jantung

Memusnahkan tumor dan mengurangkan risiko pertumbuhan tumor

Mencegah dan merawat kanser payudara

Merawat asma

Meningkatkan pertumbuhan sel darah merah

Merawat kanser pankreas

Anti radang dan rheumatism dan banyak lagi

CARA PENGGUNAAN

Dos yang dicadangkan ialah 2 biji kapsul setiap hari selepas atau sebelum sarapan

TIPS : Pilih jenis minyak zaitun yang tidak mengandung campuran bahan lain. Biasanya di label tertulis organic extra virgin expeller-pressed olive oil.

Page 9: Kelebihan Minyak Zaitun

Minyak zaitun dara boleh didapati dengan mudah disemua hypermarket berhampiran rumah anda.Caranya beli sebotol buka penutupnya dan bacakan ayat lazim seperti fatehah,kursi dan 3qul tiup 10 saat pada minyak tersebut.

-Bagi merawat lelaki pancut awal,lumur dan urut minyak zaitun pada seluruh zakar sejam sebelum bersama,insyaAllah dapat berjimak tahan lama.

-Bagi merawat bayi menangis malam kerana disakat syaitan,sapu sedikit minyak zaitun pada dahi dan 2 cuping telinga bayi tersebut,insyaAllah tidak menangis lagi.

-Bagi merawat gatal-gatal atau sebarang penyakit kulit,sapu pada tempat yang bermasalah 3x sehari insyaAllah sembuh.

-Bagi merawat anggota badan yang sakit akibat gangguan jin,sapu juga 3x sehari pada tempat yang sakit.

-Bagi merawat penyakit yang berkaitan organ dalaman seperti gastrik,masalah hati,penkreas,ginjal mahupun buasir,minum sesudu 2x sehari,insyaAllah sembuh.

Rasulullah SAW pernah bersabda..

"Makan minyak zaitun dan urut dengannya ke seluruh badan kerana ia adalah dari pohon yang suci", diriwayatkan oleh hazrat Sayyed Al-Ansari

”Ada minyak zaitun,makanlan,urut seluruh badan kerana ia berkesan untuk buasir", diriwayatkan oleh hazrat Al-Qama bin Amir