kemiskinan bandar

4
Menurut Satterthwaite dalam Wan Nor Azriyati Wan Abd Aziz, Faizah Ahmad, Noor Rosly Hanif & Wang Hong Kok (2011) menjelaskan bahawa kemiskinan bandar wujud apabila berlakunya lapan perkara berikut iaitu: i. Pendapatan yang tidak mencukupi akan memberi kesan kepada pemakanan yang berkurangan, air yang tidak mencukupi, keselamatan yang terjejas, masalah hutang dan pembayaran hutang. ii. Pemilikan aset yang tidak stabil dan tidak memuaskan, termasuklah aset dari segi pendidikan, rumah dan tempat tinggal untuk individu, keluarga dan komuniti. iii. Tempat tinggal yang tidak mencukupi dan ianya dibina sangat rapat serta daripada bahan yang bermutu rendah malah mempunyai penduduk yang terlalu ramai. iv. Insfrastruktur awam yang tidak mencukupi seperti bekalan air bersih, kumbahan, perparitan, jalan raya, dan yang menambahkan beban kepada masyarakat dan negara. v. Ketiadaan atau kekurangan jaringan keselamatan untuk memastikan keperluan makanan asas boleh diperolehi dan pada masa yang sama ketiadaan peruntukan atau tabungan untuk menikmati akes kemudahan tempat tinggal dan perkhidmatan kesihatan. vi. Kekurangan perlindungan untuk golongan miskin dari segi mendapatkan hak undang-undang termasuklah hak dalam aspek ekonomi, sosial, kesihatan dan juga politik. vii. Kumpulan miskin yang tidak mempunyai kuasa politik dalam sistem politik, dan tidak mempunyai saluran untuk bersuara dalam struktur birokrasi semasa akan memnyebabkan kesukarandalam mendapatkan sebarang bantuan daripada mana-mana pihak.

Upload: shahira-zakaria

Post on 11-Jul-2016

13 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

perubahan sosial

TRANSCRIPT

Menurut Satterthwaite dalam Wan Nor Azriyati Wan Abd Aziz, Faizah Ahmad, Noor Rosly Hanif & Wang Hong Kok (2011) menjelaskan bahawa kemiskinan bandar wujud apabila berlakunya lapan perkara berikut iaitu:

i. Pendapatan yang tidak mencukupi akan memberi kesan kepada pemakanan yang berkurangan, air yang tidak mencukupi, keselamatan yang terjejas, masalah hutang dan pembayaran hutang.

ii. Pemilikan aset yang tidak stabil dan tidak memuaskan, termasuklah aset dari segi pendidikan, rumah dan tempat tinggal untuk individu, keluarga dan komuniti.

iii. Tempat tinggal yang tidak mencukupi dan ianya dibina sangat rapat serta daripada bahan yang bermutu rendah malah mempunyai penduduk yang terlalu ramai.

iv. Insfrastruktur awam yang tidak mencukupi seperti bekalan air bersih, kumbahan, perparitan, jalan raya, dan yang menambahkan beban kepada masyarakat dan negara.

v. Ketiadaan atau kekurangan jaringan keselamatan untuk memastikan keperluan makanan asas boleh diperolehi dan pada masa yang sama ketiadaan peruntukan atau tabungan untuk menikmati akes kemudahan tempat tinggal dan perkhidmatan kesihatan.

vi. Kekurangan perlindungan untuk golongan miskin dari segi mendapatkan hak undang-undang termasuklah hak dalam aspek ekonomi, sosial, kesihatan dan juga politik.

vii. Kumpulan miskin yang tidak mempunyai kuasa politik dalam sistem politik, dan tidak mempunyai saluran untuk bersuara dalam struktur birokrasi semasa akan memnyebabkan kesukarandalam mendapatkan sebarang bantuan daripada mana-mana pihak.

Selain daripada itu juga, World Bank (1988) telah menyifatkan kemiskinan bandar kepada tiga jenis iaitu baru menjadi miskin (the new poor), miskin biasa (borderline poor) dan miskin tegar (chronic poor). Mereka yang baru menjadi miskin kebanyakannya adalah disebabkan oleh pembuangan atau pemberhentian kerja oleh majikan swasta dan juga kerajaan. Malah, kemiskinanan bandar juga apabila diteliti dengan jelas akan memberi impak yang besar kepada generasi muda dan juga kanak-kanak amnya yang sedang mengalami proses perkembangan intelek,

rohani, jasmani, psikomotor dan juga meta kognitif. Hal ini dikatakan demikian kerana, Zakiyah Nordin (2011) membuktikan bahawa anak-anak yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah sering tercicir dalam pelajaran kerana ibu bapa tidak mampu untuk menyekolahkan anak-anak. Bahkan, taraf kelulusan ibu bapa yang rendah turut mempengaruhi kesedaran mereka mengenai kepentingan pendidikan dalam kalangan anak-anak. Berdasarkan Laporan Murad, antara faktor keciciran dalam pendidikan ialah status sosio ekonomi (taraf pekerjaan ibu bapa dan taraf kelulusan ibu bapa), pendidikan dan pekerjaan, sikap guru terhadap pelajar, sikap terhadap subjek sains dan jarak ke sekolah.

Oleh hal yang demikian, berbalik kepada hubungkait antara kemiskinan bandar dengan pencapaian anak sepertimana dalam kajian Zakiyah Jamaluddin (2011) yang melibatkan empat buah keluarga di daerah Kubang Pasu telah membuktikan bahawa tahap pendapatan yang rendah dan kemiskinan yang dialami akan mempengaruhi pencapaian pendidikan anak-anak. Persaingan yang berlaku dalam proses pembangunan kawasan setempat akan turut menggangu punca pendapatan yang sedia ada dan ini akan menyebabkan masyarakat sedia ada terpinggir dalam arus kemodenan dan pembangunan di sesuatu kawasan. Salah satunya, keadaaan kediaman yang sempit, kecil dan ruang yang sangat terbatas akan menganggu tumpuan dan minat anak-anak untuk menelaah pelajaran dan sukar untuk mencapai keselesaan dalam belajar.

Tambahan pula, kemiskinan juga telah menyekat keupayaan anak-anak untuk membeli, menyimpan dan membaca buku dan ini akan menyebabkan keperluan persekolahan anak-anak tidak mampu disediakan dengan sebaik mungkin. Malah, ketiadaan wang yang cukup untuk perbelanjaan persekolahan akan mempengaruhi minat anak-anak untuk meneruskan sesi persekolahan dan sebilangan anak-anak yang berjaya menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi akan memberhentikan pengajian dek kerana ketiadaan sumber kewangan yang kukuh untuk menjalani keidupan seharian di kolej-kolej mahupun universiti.

Lebih- lebih lagi, faktor kemiskinan keluarga ini juga telah menyebabkan perspektif ibu bapa lebih mengutamakan untuk memenuhi keperluan seharian berbanding memfokuskan kepada pendidikan. Ibu bapa lebih menekankan kepada mencari punca pendapatan yang lebih untuk memenuhi keperluan anak-anak dan

sekaligus tidak memfokuskan kepada pendidikan anak-anak sehingga menyebabkan keciciran dalam pelajaran. Keadaan keluarga yang miskin dan daif akan menyebabkan fokus utama adalah dengan melakukan pelbagai kerja bagi mendapatkan wang untuk perbelanjaan seharian dan ditambah pula dengan bilangan anak yang ramai. Maka dengan itu, dalam tempoh jangka masa yang lama, anak-anak yang tidak disediakan dengan pendidikan ketika kecil akan kehilangan potensi dan kredibiliti malah kemampuan untuk bersaing dengan masyarakat luar sekaliggus akan menyebabkan kanak-kanak ini akan ketinggalan dalam banyak aspek terutama pendidikan.

Justeru itu, tidak dapat dinafikan bahawa g menyebabkan keciciran dalam pendidikan. Namun demikian, tidak dinafikan faktor kemiskinan dapat menghalang keinginan dan keupayaan seseorang untuk berjaya dalam pendidikan. Keadaan ini akan diburukkan lagi apabila tiada motivasi daripada pelbagai pihak misalnya ibu bapa, keluarga, sekolah dan rakan sebaya.