kepentingan hubungan etnik yang harmonis
DESCRIPTION
hubungan etnik diMalaysiaTRANSCRIPT
KEPENTINGAN HUBUNGAN ETNIK YANG HARMONIS
Berdasarkan pengalaman 13 mei 1969, ternyata faktor hubungan etnik yang
harmonis menjadi anak kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan
kestabilan politik. Peristiwa tersebut telah mendedehakan kepada kita semua
bahawa survival Malaysia sebagai sebuah negara bangsa dan sistem sosial yang
kukuh, tidak semata-mata terletak pada pertumbuhan ekonomi yang baik dan
kestabilan politik yang mapan. Apa yang lebih pnting dalam konteks Malaysia
sebagai sebuah masyarakat majmuk ialah usaha berterusan untuk memupuk dan
mengekalkan hubungan etnik yang harmonis. Sekiranya tidak dilakukan, dalam
sekelip mata, pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik yang kita nikmati akan
tergugat sekiranya berlaku lagi konflik etnik secara terbuka seperti peristiwa 13 mei
1969.
Pengajaran daripada Peristiwa 13 mei 1969
Peristiwa 13 mei 1969 telah memberi beberapa pengajaran penting kepada ahli-ahli
politik dan setiap rakyat Malaysia, bak kate pepatah "yang baik buat tauladan, yang
buruk dijadikan sempadan." Pertama, rusuhan kaum tidak menguntungkan sesiapa.
Malahan, rusuhan kaum merugikan semua pihak dengan kehilangan nyawa dan
kerosakkan harta benda. Kedua, langkah-langkah konkrit harus diambil untuk
mengeratkan perpaduan nasional dan keharmonian antara kaum. Ketiga, perpaduan
nasional tidak akan dicapai sekiranya terdapat sebilangan besar rakyat yang miskin.
Keempat dan akhir sekali, peristiwa 13 mei telah memberi pengajaran bahawa
setiap rakyat harus menghormati satu sama lain. Kita harus bersikap toleran dan
menghormati adat resam kumpulan-kumpulan etnik lain. (Ranjit Singh Malhi, 2005)
KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK
MASYARAKAT
Kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara
tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota
sesebuah masyarakat. Jaringan erat wujud dalam anggota tersebut, khususnya
melalui hubungan bersemuka.
ETNIK
Sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk
adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti
yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa
memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi antara sesama
manusia. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pakaian,
pandangan kecantikan, kegiatan ekonomi, hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina,
India, Kadazan, Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik.
ETNISITI DAN ETNOSENTRIK
Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Wujud satu
kebudayaan atau sub budaya yang menyatukan anggotanya dengan satu
tingkahlaku yang sama.
ETNOSENTRISME
Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud
dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya mereka adalah
lebih baik daripada kelompok lain.
RAS
Ras dan etnik kerap kali dicampuradukkan sehingga maknanya menjadi lebih kurang
sama.Ras boleh dikatakan sebagai kelompok social yang mempunyai tanda
pengenalan kolektif berasaskan cirri-ciri fizikal biologikalnya nyata seperti warna
kulit, warna mata dan sebagainya.
RASISME
Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negative sesuatu kelompok social atau
para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan ras semata-mata dan
ini ditunjukkan secara terbuka melalui tindakan terbuka. Ia berkait rapat dengan
konsep prejudis dan stereotaip, diskriminasi.
PREJUDIS, STEREOTAIP DAN DISKRIMINASI
Prejudis: Pandangan negative mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang
tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu; prejudis tidak diluahkan
secara terbuka. Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.
Stereotaip: Kenyataan umum yang negative terhadap sesuatu etnik.
Diskriminasi: Pandangan, pemikiran dan kepercayaan negative seseorang atau
kelompok etnik terhadap anggota lain. Ia merupakan perbuatan membanding
bezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan cirri-ciri
etnik semata-mata.
BUDAYA
Cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu meliputi system social, politik,
ekonomi, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.
Ciri budaya: dipelajari, dikongsi, bersifat sejagat, diwarisi, berubah-ubah, mempunyai
unsur simbolik.
PERPADUAN DAN INTEGRASI
Perpaduan: Satu proses menyatupadukan seluruh masyarakat dan Negara supaya
setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu indentiti dan nilai bersama serta
perasaan cinta dan banggakan tanah air.
Integrasi: Satu proses bagi mewujudkan satu identity nasional dalam kalangan
kumpulan terpisah dari segi kebudayaan, social dan lokasi dalam sesebuah unit
politik. Unsur integrasi terdiri daripada wilayah, ekonomi, kebudayaan, social,
pendidikan dan politik.
Segregasi: Pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan
kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah Negara.
Akulturasi: Proses penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya
kepada budaya lain.
Asimiliasi: Proses percantuman dan penyatuan antara golongan etnik yang
berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan
identity yang sama.
Akomodasi: Proses penyesuaian yang merangkumi pelbagai golongan etnik
berlainan budaya yang hidup secara harmonis dan saling menghormati antara satu
sama lain.
Amalgamasi: Proses yang terjadi apabila dua atau lebih budaya bercampur untuk
membentuk satu jenis budaya baharu yang merangkumi elemen budaya-budaya
lama yang bercantum serta elemen baharu.
Aparteid: Dasar segregasi kaum terhadap orang kulit hitam di Afrika Selatan.
KONSEP PERLEMBAGAAN
MAKNA DAN PERANAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan
peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting untuk melicinkan
pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan menentukan
bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat.
Perlembagaan juga mengandungi prinsip yang membentuk institusi-institusi negara
seperti eksekutif, perundangan dan kehakiman dengan menyatakan kuasa dan
peranan setiap institusi tersebut dalam kerangka pemerintahan dan penradbiran
sesebuah negara.Perlembagaan digubal untuk menjadi garis panduan tentang corak
pemerintahan sistem politik dan pentadbiran sesebuah negara, di samping memberi
jaminan perlindungan kepada rakyat. Perlembagaan juga menyatakan
tanggungjawab dan kewajipan setiap warganegara terhadap pemerintah dan
negara.
KONSEP KETINGGIAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi di Malaysia dan menjadi
tunggak semua undang-undang, sama ada yang sedia ada atau yang bakal digubal.
Semua undang-undang yang digubal tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan
Persekutuan. Jika wujud percanggahan, undang-undang berkenaan dianggap
terbatal setakat bahagian yang bercanggah tersebut. Kedudukan Perlembagaan
sebagai undang-undang tertinggi amat penting bagi sesebuah negara yang
mengamalkan Sistem Persekutuan seperti Malaysia. Ini memudahkan Kerajaan
Persekutuan menjalankan kuasa pemerintahan dan pentadbiran dengan licin, tanpa
terpaksa bersaing dengan pihak-pihak lain terutama kerajaan negeri.Seiring dengan
kedudukan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara, parlimen
memperolehi kuasanya daripada perlembagaan. Parlimen mempunyai kuasa yang
terhad dan tidak boleh membuat undang-undang untuk perkara-perkara yang
terletak di luar bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya. Makhamah
mempunyai kuasa untuk membatalkan sesuatu undang-undang yang diluluskan oleh
parlimen jika undang-undang tersebut berada di luar bidang kuasanya dan
bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna makhamah juga
tertakluk kepada kehendak Perlembagaan Persekutuan. Walaupun yang Dipertuan
Agong menjadi Ketua Negara, baginda juga tertakluk kepada Perlembagaan
Persekutuan. Baginda tidak boleh bertindak sesuka hati tetapi perlu menjalankan
tugas mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya dalam Perlembagaan.
Oleh itu, tidak ada institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan
Perlembagaan Persekutuan. Kuasa tertinggi Perlembagaan ini dikenali sebagai
ketinggian perlembagaan
RUGI MELAYU TOLAK PERPADUAN, 1MALAYSIA
oleh Feriz Omar ([email protected])
KETIKA pertama kali Datuk Seri Najib Tun Razak melontarkan idea tentang aspirasi
1Malaysia, pelbagai pihak dilihat cuba memberikan takrifan dan andaian terbaik
mereka mengenai istilah berkenaan.
Bermula dari bual bicara pemimpin negara, ahli politik, ahli akademik dan
professional hinggalah ke cakap-cakap kedai kopi, segenap lapisan masyarakat
bagai tercari-cari apakah intipati sebenarnya di sebalik konsep 1Malaysia.
Dalam begitu banyak teori yang dikemukakan, yang paling menyakitkan hati ialah
andaian tidak bertanggungjawab beberapa pihak tertentu yang cuba menyamakan
konsep 1Malaysia dengan perjuangan 'Malaysian Malaysia' dokongan DAP.
Memang sah ia adalah suatu tuduhan yang berniat jahat bertujuan untuk mencalar
imej kerajaan Barisan Nasional (BN) di kalangan masyarakat Melayu!
Sabtu lepas, setelah pelancaran logo dan lagu 1Malaysia, nampaknya masih ada
sebilangan kecil masyarakat Melayu yang salah faham, ragu-ragu atau kabur
dengan makna kepada saranan perpaduan melalui aspirasi tersebut.
Salah tanggap dan kekaburan sebegini banyak dipengaruhi oleh sikap orang Melayu
sendiri. Antaranya, sikap yang berkecenderungan untuk memperoleh maklumat dari
sumber yang tidak betul seperti laman-laman blog yang dikendali oleh bloggers yang
buta hati dan jiwa yang murni.
Bukankah media-media perdana dan laman-laman web kerajaan sudah pun
memberi informasi tentang hal ini dengan cukup terperinci.
Sudah sampai masanya, masyarakat Melayu merujuk kepada media-media perdana
dan jika perlu, media alternatif yang menganjurkan kupasan pemikiran yang 'bebas',
matang lagi mementingkan keharmonian rakyat dan bukannya melayan hujah-hujah
beremosi.
1Malaysia hanyalah satu 'aspirasi' yang dicetuskan untuk mencari persamaan dan
mengelakkan perbezaan di kalangan rakyat Malaysia. Ia adalah asas pembentukan
senario kehidupan yang harmoni dan memupuk semangat erat seiring dengan
kehendak prinsip Rukun Negara.
Terdapat lapan penerapan nilai murni di bawah 1Malaysia iaitu budaya
kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi,
pendidikan dan integriti.
Sewaktu pertama kali slogan '1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan'
dilaungkan, Perdana Menteri sengaja mahukan seluruh rakyat Malaysia terlibat
sama dalam menterjemahkan aspirasi tersebut.
Kita akui bahawa Wawasan 2020 sudah pun menjadi wawasan jangka masa pendek
kerana ia bakal menemui kita beberapa tahun lagi. Malaysia hari ini perlukan suatu
wawasan, visi dan misi baru yang berterusan. Di atas kesedaran ini juga, rakyat
Malaysia yang berbilang kaum dan agama sepatutnya mula menunjukkan gerakan-
gerakan positif untuk bersatu padu dalam menentukan wawasan visi dan misi
negara yang baru.
Nampaknya bagi bangsa Melayu, keutamaan untuk mewujudkan perpaduan di
kalangan bangsa dan agama sendiri bukan menjadi keutamaan. Sebaliknya, dalam
isu Pas menolak usul perpaduan ummah UMNO-Pas yang kian memuncak, falsafah
politik pula yang didahulukan sehingga meranapkan hak Melayu untuk menentukan
hala tuju negara dalam menetapkan visi dan misi memajukan bangsa dan agama.
Begitu juga mengenai dakwaan yang mengatakan 1Malaysia bakal menindas nasib
orang Melayu dan hak Bumiputera adalah tidak benar sama sekali.
Asas kepada dakwaan ini, konon-kononnya ialah tindakan kerajaan yang
memansuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD)
sedangkan hal yang sebenar ialah fungsi MeCD sudah pun diserap sepenuhnya ke
Jabatan Perdana Menteri bagi tujuan menambah kecekapan dan mengurangkan
kerenah birokrasi.
Dasar afirmatif yang bersifat menolong kaum Bumiputera sebetulnya tidak pun
disentuh, malah bakal dilaksanakan dengan lebih telus.
Konsep 1Malaysia yang 'sebenar' ternyata bertujuan baik demi keharmonian
pelbagai ras dan keturunan di Malaysia. Melalui nilai murni 'Penerimaan',
masyarakat Malaysia dituntut agar menerima perbezaan kaum dan agama.
Dalam hal ini, sudah tiba masanya perspektif perpaduan negara diubah berbanding
sekadar bertoleransi sebelum ini. Sikap sebegini membuat kita maju setapak ke
hadapan kepada rasa hormat dan saling menerima.
Justeru, 1Malaysia sepatutnya menjadi ruang di mana masyarakat Melayu
melupakan agenda politik buat sementara dan berpadu demi menyokong agenda
perpaduan nasional. Ambil iktibar daripada kaum Cina di Malaysia, yang mana
sekalipun wujud beberapa entiti politik yang menjaga kepentingan orang Cina,
badan-badan bukan kerajaan (NGO) seperti Dong Zhong dan Shiu Qiu sentiasa
menjadi tempat kaum Cina menyatakan kesatuan pendapat mereka.
Orang Melayu sajalah yang nampaknya begitu berpecah bagaikan tiada langsung
titik temu hingga kini. Inilah punca kepada komentar Mufti Perak, Tan Sri Harussani
Zakaria, yang begitu kecewa dengan kegagalan perpaduan Melayu Pas dan UMNO
bersatu baru-baru ini.
Saya menyeru seluruh umat Melayu menyokong aspirasi 1Malaysia yang dibawa
oleh Najib dan melupakan perbezaan yang ada buat seketika demi kepentingan
negara. 1Malaysia hakikatnya adalah rangkuman kepada elemen fundamental yang
cukup perlu bagi merealisasikan cita-cita Wawasan 2020.
Seperti golongan Yahudi yang menetapkan cita-cita 100 tahun untuk kembali dan
menguasai Baitulmaqdis, hendaknya orang Islam di Malaysia juga tidak perlu ralat
untuk bersatu hati, mengejar wawasan yang sudah sedia termaktub ini. Ayuh, mari
kita terjemahkan konsep perpaduan 1Malaysia dan tentukan misi dan visi negara.
FERIZ OMAR ialah Presiden Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa
(ProWaris)
ARKIB : 17/03/2009
ISU PPSMI: BAHASA MELAYU TETAP UNGGUL
TUNJUK perasaan jalanan membantah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) minggu lalu telah memaksa saya
menyelami perjuangan mengenai isu ini.
Memang benar, sekalipun Matematik dan Sains adalah dua mata pelajaran sahaja
tetapi kedua-dua mata pelajaran itu adalah asas kepada pelbagai pecahan ijazah
serta sijil profesional seperti kejuruteraan, perubatan, arkitektur dan sebagainya. Apa
yang ditakuti adalah apabila bahasa Melayu tidak lagi menjadi bahasa ilmu
ketamadunan Melayu dunia.
Namun demikian, ramai juga rakyat merasakan niat murni kerajaan dalam PPSMI
patut diteruskan dalam membentuk serta menyiapkan bangsa yang mempunyai
tahap survival tinggi demi memudahkan ia bersaing di pentas dunia.
Bagi saya ini adalah dua cadangan yang perlu dipertimbangkan sebijak mungkin
kerana PPSMI adalah suatu saranan yang bernatijahkan kebaikan namun ditentang
sebilangan rakyat Malaysia.
Jika kita kaji usaha pembangunan e-book digital dunia di peringkat akhir yang
diusahakan syarikat Amazon.Com, kita akan dapati buku berbentuk digital bakal
mengambil alih percetakan buku masa hadapan.
Struktur percetakan buku di peringkat global juga menunjukkan martabat golongan
penterjemah bahasa diangkat menjadi golongan terpenting yang memegang
amanah utama untuk membawa generasi masa hadapan memenuhi ilmu di luar
jangkauan.
Oleh demikian, persoalan mengenai sama ada bahasa Inggeris atau bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu di Malaysia sudah pun terjawab sebenarnya! Kedua-duanya
masih relevan selagi golongan penterjemah bahasa Melayu dan Inggeris terus
wujud, masih belum malas, masih boleh menaip dan masih boleh
dipertanggungjawabkan.
Yang kesalnya, tindakan tunjuk perasaan jalanan dirasakan agak keterlaluan
sedangkan semua tahu bahawa keputusan kajian mengenai isu PPSMI sedang
dirumuskan oleh pihak kerajaan. Untuk menyedapkan hati, biarlah saya yakin ia
didalangi pihak pembangkang.
KRISIS EKONOMI PALING DAHSYAT
SEJAK PERANG DUNIA KEDUA
Pada hari Jumaat lalu, Indeks Komposit Bursa Malaysia (KLCI) terus menjunam di
bawah 850 mata, suatu tahap yang amat rendah sejak tahun 2006. Sekalipun saya
masih tidak setuju dengan kebanyakan rakyat meletakkan KLCI sebagai indeks
kedudukan ekonomi Malaysia, namun indeks ekonomi lain seperti peratus
pertumbuhan ekonomi, KDNK, indeks pengguna dan pelaburan asing langsung
(FDI), juga rata-rata menunjukkan ekonomi Malaysia sudah berada di tahap zon
kritikal.
Ini terbukti setelah Datuk Seri Najib mengisytiharkan Pakej Rangsangan Ekonomi
Kedua Malaysia, disusuli pula dengan tindakan Perdana Menteri Jepun minggu lalu
yang mengeluarkan arahan untuk menyiapkan Pakej Rangsangan Ekonomi Jepun
Ketiga. Senario ekonomi kini diistilahkan Jepun sebagai ‘krisis ekonomi paling
genting selepas Perang Dunia Kedua’.
Kenaikan harga minyak saranan Iran melalui OPEC sememangnya berjaya
membuat rejim Amerika-NATO terkedu terhadap cadangan tindakan untuk
menyerang Iran; negara yang dituduh Bush memiliki senjata pemusnah nuklear.
Sekalipun cadangan Iran itu adalah untuk sementara, namun kesannya berjaya
menghancurkan empayar ekonomi kapitalis anjuran Amerika-Yahudi bukan sahaja di
Amerika tetapi juga menarik jatuh sama blok-blok ekonomi lain. Ini kerana sistem
ekonomi kapitalis termasuk sistem perdagangan bebas WTO/AFTA sudah berakar
umbi di serata dunia.
Ternyata dakwaan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad
terhadap penyangak matawang Soros sekitar 1997-1998 membuatkan saya begitu
yakin bahawa sistem kapitalis akan musnah seperti sistem ekonomi sosialisme dan
komunisme.
Membuat keuntungan daripada sistem tukaran asing melalui ‘spekulasi serta
ramalan’ adalah haram. Konsep sistem kewangan Islam yang bersandarkan aset
secara realitinya adalah hakiki dan kini dibuktikan kebal daripada mana-mana krisis
ekonomi.
Buka-bukalah mata, sekalipun kita berdiri megah sebagai pusat kecemerlangan
sistem kewangan Islam dunia, Malaysia masih lagi belum terlepas daripada krisis
ekonomi kerana kebanyakan sistem ekonomi kita dipengaruhi kuat oleh ‘spekulasi
serta ramalan’ terutamanya dalam jual-beli saham dan komoditi, kadar penetapan
pembiayaan kewangan dan harga bon-bon terbitan, kelulusan pembiayaan
perbankan dan keputusan untuk menentukan harga minyak.
Selagi sistem ekonomi Malaysia tidak bersandarkan pada realiti dan kewujudan
sebenar, selagi itulah kita tidak akan merdeka dan sentiasa terjerumus bersama
setiap kali berlakunya krisis ekonomi dunia.
Secara ringkasnya, banyak lagi perlu kita lakukan untuk menghadapi krisis ekonomi
dunia, tetapi sebaliknya kita masih lagi khayal berseronok melayan kerenah politik
negara. Krisis ekonomi paling dahsyat selepas Perang Dunia Kedua sudah pun tiba
dan tidak lagi dapat kita elakkan bak kata pepatah Melayu, ‘membujur lalu melintang
patah’.
FERIZ OMAR ialah Presiden Pertubuhan
Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris).
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=0317&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm&arc=hive
Wednesday, February 18, 2009
PEMBANGUNAN EKONOMI DAN HUBUNGAN ETNIK DALAM KONTEKS
NEGARA MALAYSIA
Selepas Tragedi 13 Mei 1969, Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan dan ia
menunjangi pembangunan ekonomi Malaysia dan hubungan kaum sehingga 1990.
Selepasnya kerajaan memperkenalkan Rancangan Wawasan.
Perkembangan Ekonomi Malaysia dalam Kerangka Kehadiran Masyarakat Pelbagai
Kaum Sejak Abad Ke-15 Sehingga Merdeka.Pada abad ke-15 dengan kemunculan
Melaka sebagai pusat perdagangan bebas, bahasa Melayu menjadi bahasa lingua
franca dan pedagang-pedagang asing menerima hegemoni perdagangan Melayu.
Sifat berkongsi kekayaan ekonomi Melaka di kalangan semua pedagang yang
mengunjungi Melaka dapat diperhatikan dari sikap Sultan dan pembesar Melayu.
Mereka mengguna dan menggalakkan penyertaan pedagang asing seperti Gujarati,
Chulia dan peminjam wang India (Chettiars).Dasar ini juga mengelakkan kelahiran
Melayu kaya yang bakal menggugat kestabilan pemerintah.Hubungan ekonomi di
Melaka mengikut peraturan ekonomi yang ditetapkan oleh raja-raja Melayu mengikut
Hukum Kanun Melaka.Pedagang asing terpaksa menerima syarat-syarat dalam
hukum ini bila menjalankan perdagangan di Melaka.Portugis yang menguasai
Melaka pada abad ke-16 telah melenyapkan budaya perdagangan bebas untuk
seketika.dasar monopoli dan pelbagai sekatan perdagangan dikenakan. Memaksa
kapal-kapal singgah di Melaka untuk membayar cukai; 10% dikenakan untuk
barangan dari negara China dan 8% untuk barangan dari Teluk Benggal.
Pedagang juga dimestikan mendapatkan surat izin untuk berdagang di Melaka.
Pedagang tidak puas hati dan ramai yang berpindah ke Aceh dan Pedir. Keadaan
bertambah buruk apabila Belanda menguasai Melaka pada 1641. Pelbagai dasar
monopoli diperkenalkan Belanda mengawal barangan utama yang diimport dan
dieksport dari Melaka dengan tujuan untuk menetapkan harga jualan barangan
berkenaan.Belanda menguasai monopoli ke atas barangan seperti lada hitam,
rempah-ratus, kayu cendana, timah dan pelbagai jenis kain.Duti sebanyak 10%
dikenakan ke atas barangan yang diimport dan 5% ke atas barangan eksport.
Semua pedagang dipaksa singgah di Melaka untuk menjalankan urusniaga mereka;
mengikat perjanjian ekslusif dengan pemerintah-pemerintah Melayu di Negeri-negeri
Melayu untuk menjual hasil negeri mereka, khususnya bijih timah kepada Belanda
pada harga yang ditetapkan dan menghadkan urusan perdagangan dengan
pedagang-pedagang India.Senario ekonomi Tanah Melayu berubah dengan
penguasaan Pulau Pinang oleh Francis Light pada 1786, Melaka pada 1795 dan
Singapura pada 1819. Ketiga-tiga pelabuhan ini diisytiharkan sebagai pelabuhan
bebas pada 1826 dan ia menarik pedagang asing, termasuk pedagang Cina dan
India.Ketiga-tiga kelompok pedagang ini tinggal dalam penempatan yang berasingan
dengan kegiatan ekonomi diidentifikasikan dengan kaum. tiada interaksi ekonomi
antara ketiga kaum utama ini (Melayu, Cina dan India). Keadaan ini berubah pada
abad ke-19 apabila lebih ramai buruh asing, khususnya buruh Cina, India dan Jawa
dibawa masuk untuk memajukan sektor perladangan (getah dan kopi) dan
perlombongan.
Pada abad ke-20 pula British mula menyingkirkan penguasaan orang Cina dalam
sektor perlombongan dan bidang komersil lain yang menguntungkan. Buruh India
dan Cina dibawa masuk dalam bilangan yang besar untuk memajukan sektor
perladangan getah dan bijih timah. Ia dengan sengaja membawa kepada ekonomi
duaan iaitu dua keadaan ekonomi yang berjalan serentak dalam satu waktu.
Kawasan pantai barat maju dengan tersedianya pelbagai kemudahan dan pantai
timur pula menumpukan kepada tanaman sara diri. Bentuk ekonomi ini membawa
faedah kepada kebanyakan orang Cina yang menetap di bandar. Orang Melayu
terpinggir di luar bandar dengan kegiatan ekonomi sara diri (tanam padi dan buah-
buahan). Ia disengajakan oleh British dengan harapan orang Melayu akan hasilkan
tanaman untuk keperluan sendiri dan British juga tidak perlu mengimport beras dari
luar.Hubungan Etnik Pada Zaman Melaka sehingga abad ke- 17
Melaka menarik ramai pedagang asing dan ia muncul sebagai pelabuhan
kosmopolitan. Di sini wujud interaksi yang baik antara pedagang Melayu, Cina dan
India. Ini kerana kerajaan Melaka di bawah pemerintah yang bijak menjalankan
dasar pentadbiran yang adil dan ia memberi peluang kepada semua bangsa untuk
menikmati keuntungan perdagangan di Melaka.Kejayaan hidup bersama antara
kesemua kaum ini dapat diperhatikan daripada kewujudan penempatan seperti Bukit
Cina dan perkahwinan orang tempatan dengan pedagang asing yang melahirkan
baba peranakan India dan Cina.
Hubungan ekonomi antara ketiga kaum (Melayu, India dan Cina) terjejas dengan
kehadiran kuasa Portugis dan Belanda yang mula mengawal pelabuhan-pelabuhan
utama Melayu seperti Melaka dan Betawi. Kuasa asing ini juga mengawal
perdagangan antara pulau dan jalan laut utama antara India dan China. Usaha-
usaha diambil untuk memaksa kerajaan-kerajaan Melayu tunduk kepada kuasa baru
ini. Dasar monopoli yang diamalkan oleh kuasa Barat ini memaksa pedagang
tempatan beralih ke pelabuhan-pelabuhan lain yang mengamalkan dasar
perdagangan bebas. Keadaan ini juga memaksa pedagang Melayu berpindah ke
kawasan pedalaman (hinterland) dan mereka terpaksa bekerja mengusahakan
tanah. Keadaan ini membawa kepada kemunculan kelas petani atau komuniti
Melayu luar bandar yang mengusahakan tanah. Kekosongan yang ditinggalkan oleh
orang Melayu di bandar kini diambil alih oleh orang India dan kemudian pada zaman
British oleh orang Cina, Arab dan Eropah.Hubungan Etnik Pada Abad Ke-18Hampir
kesemua kapitan Cina menjalinkan hubungan yang baik dengan British.
Dasar British Ini sebenarnya menjarakkan lagi status ekonomi Cina.
Hubungan Etnik Pada Abad Ke-19Penglibatan orang Cina dalam ekonomi Negeri-
negeri Melayu membawa kepada kerjasama ekonomi antara kaum Melayu dan Cina.
Ini dapat diperhatikan di negeri Selangor, Johor dan Negeri Sembilan.
Kerjasama antara saudagar Cina dan Melayu di Selangor bermula pada tahun 1846
iaitu pada zaman pemerintahan Raja Jumaat (1840-1854). Saudagar Cina Melaka
telah mendahulukan modal untuk memajukan lombong di Lukut. Sebagai balasan
saudagar Cina Melaka mendapat sebahagian keuntungan yang diperolehi oleh
Sultan dari lombong Lukut.Kerjasama Orang China –Melayu Di Johor.Kerjasama ini
bermula apabila Temenggong Johor, Temenggong Ibrahim menggalakkan orang
Cina membuka tanah untuk mengusahakan tanaman lada dan gambir.
Di bawah sistem Kangcu yang diperkenalkan di Johor, seorang ketua Cina yang
dipanggil Kangcu atau raja sungai ditempatkan untuk mengawal setiap batang
sungai di tempat ladang-ladang terbuka. Kangcu akan menerima surat kuasa dari
Temenggong untuk membuka ladang, mengawasi tanaman dan memungut cukai
Kesan Dominasi Langsung Orang Cina Dalam Perlombongan.Selepas pedagang
Cina dibenarkan untuk terlibat secara langsung dalam perkembangan ekonomi
Negeri-negeri Melayu, peranan elit pemerintah Melayu hanya dihadkan kepada
pengutipan cukai eksport dan import dan urusan memperuntukkan konsesi kepada
pelabur.Dengan bermulanya pentadbiran British, peranan ini telah diambil alih oleh
British dan orang Cina kini boleh melangkaui (bypass) pemerintah Melayu untuk
berurusan dengan pentadbir BritishKaum Cina juga bekerja sebagai kontraktor
pembuat jalan, landasan keretapi, sebagai peniaga runcit dan pekedai. Mereka juga
menjadi orang tengah dalam perniagaan. Kaum Cina kekal sebagai komuniti yang
berdikari dan mampu diri. Pada masa itu, rata-rata tidak menganggap Tanah Melayu
sebagai negara mereka Abad ke-18 juga adalah zaman kedatangan buruh India
yang mula menetap di Negeri-negeri Selat. Ada yang datang sebagai pegawai polis,
tentera dan pesalah yang dibawa dari India untuk bekerja sebagai buruh dalam
Jabatan Kerja Raya. Ada juga pedagang India yang terlibat dalam perniagaan di
Negeri-negeri Selat.Selepas pengenalan sistem Residen di Negeri-negeri Melayu
pada 1874, ramai orang India yang direkrut dalam sektor keselamatan Negeri-negeri
Melayu (NNM) seperti Malay States Guides, polis dan juga dalam pembinaan jalan
dan landasan keretapi. Bilangan buruh India ketika ini amat kecil tetapi ia bertambah
pada penghujung abad ke- 19 dengan perkembangan pesat sektor perladangan
getah.Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik Pada Abad Ke-20Abad ke-20
adalah era yang menyaksikan perkembangan pesat ekonomi Tanah Melayu dan
penglibatan bukan Melayu, khususnya kaum Cina dalam ekonomi milik British.
Kaum India pula menyumbangkan tenaga yang besar dalam sektor perladangan dan
sebilangan kecil dalam pentadbiran dan sebagai buruh kasar dalam sektor
perladangan dan perlombongan. Kebanyakan orang Melayu pula adalah di luar
bandar dan mereka yang berpendidikan bekerja makan gaji dalam sektor
pentadbiran kerajaan. Pada awal abad ke-20 kaum Cina menjadi pemilik utama
lombong-lombong utama dan hanya pada 1930-an dengan peningkatan
penggunaan teknologi, bangsa Eropah mula mengambilalih dominasi orang Cina
dalam sektor ini Kedudukan ekonomi Cina telah cuba dipulihkan pada zaman
Darurat (1948-1960) iaitu apabila berlaku ancaman komunis.kerajaan telah
mendirikan kawasan penempatan baru yang dikenali sebagai “kampung-kampung
baru” (New Villages) di bawah rancangan Briggs. Hubungan Orang Melayu dengan
India dari sudut ekonomi agak baik pada awal abad ke-20. Ini adalah berasaskan
hubungan orang Melayu golongan peminjam wang India (Chettiar). Hubungan ini
menjadi renggang pada 1930-an apabila orang India membuat tuntutan politik
supaya mereka diberikan lebih banyak keistimewaan.
Kedudukan ekonomi buruh India amat teruk pada zaman pendudukan Jepun. Ramai
yang telah dibawa ke sempadan negeri Thai untuk membina landasan keretapi
maut. Pada zaman Darurat, 1948-1960, tuntutan pekerja bertambah dan ramai
buruh India telah menyertai kesatuan sekerja anjuran anjuran Parti Komunis India.
Pada Mei 1947, buruh India telah menuntut supaya mereka diberikan upah yang
sama dengan buruh Cina.Tuntutan-tuntutan lain adalah tempat kerja yang selesa,
bekalan kemudahan asas dan perlantikan guru sekolah di estet.Berdasarkan
kemajuan ekonomi yang di alami oleh ketiga-tiga kaum pada abad ke-20, amat jelas
konsentrasi ketiga-tiga kaum ini juga berbeza. Kaum Cina juga mewakili separuh
dari penduduk bandar semua negeri Semenanjung kecuali Kelantan, Trengganu dan
Perlis. Orang Melayu pula tertumpu di kawasan luar bandar yang berkait dengan
pertanian sebagai contoh di kawasan pantai barat. Pada tahun 1947, hanya 14%
orang Melayu menetap di bandar, sedangkan Cina mewakili 54% dan India
39%.Kaum India sebahagian besar tinggal di luar bandar dan mereka yang menetap
di bandar tertumpu di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.
Selepas Merdeka: Latar Belakang Perkembangan Ekonomi Malaysia dalam
Kerangka Perlembagaan Merdeka 1957 dan Senario Selepas
MerdekaPerlembagaan Merdeka menyaksikan dominasi politik Melayu diinstitusikan.
Pada tahun 1955 dan 1956 UMNO, MCA dan MIC telah berkompromi dibawah satu
persetujuan (social contract) yang dikenali sebagai “persetujuan bersejarah” (historic
bargain). Melalui persetujuan ini orang Melayu bersetuju kewarganegaraan akan
diberikan kepada orang bukan Melayu yang berkelayakan dan sebagai balasan
bukan Melayu bersetuju mengakui hak-hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan raja-raja Melayu sebagai raja
berperlembagaan.
Semua kompromi ini kemudiannya dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan
1957.Walaupun semua kehendak dipersetujui sewaktu perlembagaan diterima tetapi
selepasnya ia adalah satu senario yang berbeza. Isu-isu sensitif terus dibangkitkan
oleh parti-parti pembangkang dalam pilihanraya 1963 dan 1969. Pada akhir tahun-
tahun 1960-an, perasaan tidak puas hati dan kemuncaknya ialah Tragedi 13 Mei.Ia
seterusnya membawa kepada pemansuhan Parlimen, penubuhan Majlis Gerakan
Nasional (MAGERAN) dan pengenalan prinsip Rukunegara bagi mengukuhkan
perpaduan negara. Pada awal 1970, Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan
untuk menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira
kaum. Antara 1970-1990, DEB menunjangi pembangunan negara dan ia berusaha
untuk membasmi dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira bangsa dan
agama. Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik Dalam Rancangan Malaya
Pertama (1956-1960) dan Kedua (1961-1965)Rancangan Malaya Pertama bertujuan
untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dengan menumpukan kepada
sektor luar bandar;Mempelbagaikan keluaran pertanian supaya negara tidak hanya
bergantung kepada pengeluaran getah Menambahkan peluang pekerjaan bagi
mengurangkan kadar kemiskinan.Dasar pembangunan kerajaan Perikatan selepas
merdeka adalah untuk membawa kemajuan ekonomi kepada semua rakyat Tanah
Melayu.Pada waktu ini tidak banyak wang yang diperuntukkan untuk perbelanjaan
pembangunan ekonomi. Hampir separuh dari perbelanjaan dihalakan kepada
pertahanan dan keselamatan dalam negeri (bagi membendung ancaman komunis).
Status Ekonomi MelayuUntuk membantu orang Melayu di luar bandar kerajaan telah
menubuhkan pelbagai agensi;
RIDA (Rural Industrial Development Authority) berfungsi untuk memajukan
masyarakat luar bandar melalui pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur.
FELDA (Federal Land Development Authority) pada 1956 untuk membuka dan
memajukan tanah baru secara besar-besaran bagi pertanian dan penempatan
Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada 1959, satu Kementerian
yang secara khusus menjaga hal-ehwal luar bandar ditubuhkan. FAMA (Federal
Agricultural Marketing Authority) pada 1965.1961 Jawatankuasa Pembangunan
Kampung ditubuhkan bagi melibatkan orang Melayu secara langsung dalam proses
perancangan dan pelaksanaan program pembangunan. Bank Bumiputera
ditubuhkan pada 1965 dengan modal sebanyak RM20 juta untuk berperanan
sebagai institusi yang boleh membekalkan kredit serta khidmat nasihat kepada
peniaga bumiputera.Amanah Saham MARA dilancarkan pada 1967 untuk
menggembling tabung simpanan Melayu. Dewan Perniagaan Melayu Bersekutu
ditubuhkan pada 1967 sebagai urursetia bagi golongan kapitalis Melayu.
Status Ekonomi CinaKedudukan ekonomi Cina amat teguh selepas merdeka
disebabkan kemahiran orang Cina berdagang dan juga sumbangan persatuan-
persatuan Cina untuk mengumpul modal.Konsep perniagaan ala kongsi telah
membantu kaum Cina mengumpul modal dan mengukuhkan modal di kalangan
komuniti mereka. Keadaan ini juga dibantu oleh lokasi orang Cina di bandar yang
telah mendedahkan mereka dengan satu sistem pendidikan yang baik.
Status Ekonomi India.Dasar kerajaan yang baru merdeka untuk mengambilalih
ladang-ladang milik pengusaha asing mempunyai kesan yang serius ke atas buruh
eset. Pengusaha Barat mula menjual ladang-ladang mereka dan meninggalkan
negara. MIC telah cuba menyelamatkan nasib buruh-buruh India dengan membeli
ladang-ladang kecil dengan menubuhkan National Land Finance-Co-operative
Society Lmtd (NLFCS) pada 1960. MIC dan NLFCS telah mendesak kerajaan
menggubal undang-undang untuk mengawal penjualan estet yang luasnya melebihi
100 ekar.
Antara 1961-1969, NLFCS telah membeli 18 estet.Pembangunan Ekonomi dan
Hubungan Etnik Sejak Tragedi 13 Mei 1969 Hingga 1990un Razak menyedari bagi
membangunkan ekonomi negara, kerajaan harus mengelakkan perbalahan kaum.
Untuk itu parti Perikatan diperluaskan dan pada 1974 Barisan Nasional (BN)
dibentuk dan ia menyaksikan penyertaan lebih banyak parti politik dan
mengurangkan politiking. Tujuan utama rancangan ini adalah untuk
memperteguhkan sokongan orang Cina. Ia adalah strategi politik yang digelar
sebagai “ethnic corporatism”.Status Ekonomi MelayuPembangunan ekonomi
sebelum Tragedi 13 Mei adalah dibawah Rancangan Malaysia Pertama (RMP)
(1966-1970). Ia ingin wujudkan perpaduan rakyat dan wujudkan integrasi antara
Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Ingin mengurangkan kadar pengangguran,
membangunkan ekonomi luar bandar dan mempelbagaikan ekonomi supaya tidak
bergantung kepada getah dan bijih timah. Tragedi 13 Mei 1969 menyedarkan
kerajaan timbulnya masalah perbalahan kaum adalah disebabkan
ketidakseimbangan dalam pembangunan ekonomi antara kaum Pembahagian buruh
seperti yang disaksikan pada zaman penjajahan berterusan pada tahun-tahun
1960an.
Adalah didapati golongan yang paling menganggur ialah orang Melayu dan ini diikuti
oleh orang India. Dalam sektor pelaburan didapati orang Melayu hanya memiliki 1%
pelaburan dalam perniagaan berdaftar.Oleh itu, satu rancangan ekonomi yang lebih
menyeluruh bagi kesemua kaum mula diperkenalkan dan ia dikenali sebagai Dasar
Ekonomi Baru (DEB). DEB diharapkan dapat menyusun semula masyarakat
Malaysia dengan harapan kegiatan ekonomi tidak lagi diidentifikasikan dengan kaum
seperti yang diperhatikan pada zaman penjajahan.DEB berkembang dibawah
Rancangan Malaysia kedua, 1971-75; Ketiga 1976-1980; Keempat 1981-1985 dan
Kelima, 1986-1990. Matlamat utama DEB dan kesemua Rancangan Malaysia
sehingga 1990 ialah;untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum menerusi
strategi membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dari segi fungsi
ekonomi,memodenkan kehidupan masyarakat luar bandar dan mempertingkatkan
penyertaan kaum bumiputera dalam bidang perusahaan dan perniagaan. Objektif ini
mengalami sedikit perubahan pada tahun-tahun 1980-an apabila dinyatakan satu
lagi objektif adalah untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam
pembangunan negara.Kerajaan memperkenalkan DEB dan ia menyedarkan orang
Cina betapa perlunya bekerjasama dengan orang Melayu untuk mendapat faedah
ekonomi. Kaum Cina mula mengubah strategi perniagaan mereka daripada berniaga
sebagai individu kepada kumpulan. Pada 1989 kerajaan telah menubuhkan Majlis
Perundingan Ekonomi Negara untuk melahirkan rasa kebimbangannya dengan
nasib kaum India yang ketinggalan di bawah DEB dan ingin mengemukakan
cadangan bagi merangkakan dasar ekonomi bagi tempoh 1991-2000. Majlis ini telah
menyeru supaya kerajaan mengambil tindakan untuk memajukan nasib orang India
dibawah Dasar Pembangunan Nasional yang akan menggantikan DEB.
Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik Di bawah Dasar Pembangunan
Nasional (1990-2000) dan Wawasan Negara (2001-2010)DPN digubal berlandaskan
wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.
Wawasan 2020 menekankan 9 cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia
untuk muncul sebagai negara berteknologi tinggi menjelang abad ke-21 .Dasar-
dasar yang menggantikan DEB cuba mewujudkan landasan yang baik bagi
memajukan kesemua kaum di Malaysia. Namun begitu, dari segi perlaksanaan DEB
memang mempunyai kelemahan. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan dan
semua pihak bagi memastikan apa sahaja dasar yang diperkenalkan membawa
faedah kepada semua lapisan masyarakat tanpa meminggirkan mana-mana
komuniti.
Peristiwa 13 Mei 1969
Pengenalan
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan
kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei
sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana
sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-
sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di
Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada
peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat
sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris
contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah
Melayu.
Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negetif
terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya.
Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada
persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan
British.Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan
satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan
hubungan antara kaum di Malaysia.
Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969
1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara
berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh
tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun
yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling
mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat
sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan
Cina.
2. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan
satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum
sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang
Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan
kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset
yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu
tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya
pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.1 Pada hakikatnya
kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri .
Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya
Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum
dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi
mereka tidak seimbang
3. Latar belakang pendidikan yang berbeza
Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang
membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem
pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat
aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat
aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan
kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah
sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing
berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang
mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India .4 Keadaan ini telah
mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah
Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di
bandar-bandar sahaja.
4. Pertelingkahan Parti Politik
Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah
turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan
Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu
tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung
PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang .
Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap
mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal untuk
menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO
dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang
Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut
dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu.
Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam
pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM)
dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM
juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian
Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera
dihapuskan .
5. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu
PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang
disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka
mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih
daripada keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan
Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu sebenar yang
mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak
istimewa orang Melayu.Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang
Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina .
6. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara
Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada
peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah
perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan
jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai
bahasa rasmi negara.10 Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji
semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya
daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf
sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan
telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan
bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan ,
Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan
penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.
Kesimpulan
Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan
kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara
oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan
negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta
betapa pentingnya integrasi nasional. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu
gagal dimenafaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah
negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.
pengajaran hakikat peristiwa 13 mei
Peristiwa 13 Mei 1969
Pengenalan Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak
meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia.
Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba
atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan
kepada sebabsebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya.
Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut
menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah
Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan
diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan
antara kaum di Tanah Melayu. Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak
meninggalkan kesan yang negetif terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan
golongan bumiputera amnya.
Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada
persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan
British.Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan
satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan
hubungan antara kaum di Malaysia.
Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969
1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara
berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh
tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun
yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling
mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat
sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan
Cina.
2. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan
satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum
sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum.
Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan
dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah
sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia.
Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan
kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di
ladang.
Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak
sara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera
khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi
antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan
sosio-ekonomi mereka tidak seimbang.
3. Latar belakang pendidikan yang berbeza
Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang
membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem
pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat
aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat
aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan
kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah
sahaja.
Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri
asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa
dari Negeri China dan India . Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan
keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat
dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.
4. Pertelingkahan Parti Politik
Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah
turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan
Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu
tidak akan menyertai pilihan raya itu. Namun apabila pilihan raya itu berlangsung
PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang.
Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap
mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal untuk
menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO
dan orang-orang Melayu. Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang
Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut
dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu.
Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini.
Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan
Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat
Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata “Malaysia hak orang
Malaysia” (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu
atau bumiputera dihapuskan .
5. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu
PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang
disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka
mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih
daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya “Pembangunan
Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia”, isu sebenar yang
mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak
istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang
Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina .
6. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara Isu bahasa juga tidak kurang
pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei .
Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan
Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang
kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi
negara. 10 Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang
kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status
bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi.
Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai
kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu. Antara kempen
yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan
Bulan Bahasa Kebangsaan. Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah
dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin
Ismail.
Kesimpulan Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah
pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan – sempadan yang harus diteliti
dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia
pembinaan negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan
ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional.
Andai kata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimenafaatkan sudah tentu
cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan
menjadi bayangan sahaja.
Apakah sebab berlakunya peristiwa 13 mei 1969?
Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei Pada zaman pendudukan
Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat
Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding
dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang
dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu
sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai
perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.
Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan
satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum
sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orangorang
Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di
kawasankawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki
aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia.
Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan
kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di
ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah
bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat
bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan.
Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza
telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang . Suasana yang
seperti ini menyebabkan hubungan masyarakat antara kaum di negara ini menjadi
terbatas.
Di sisi penjajah keadaan seumpama ini amat baik baginya untuk mengukuhkan
kedudukannya serta mengekalkan kuasa mereka. Suasana yang tidak seimbang ini
telah berlanjutan sekalipun negara telah mencapai kemerdekaan . Bahkan suasana
sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu semakin melebar akibat daripada penekanan
yang berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tanpa menghiraukan
ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam masyarakat Malaysia.
Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah membawa
kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan yang sedar akan keresahan
dan perasaan tidak puas hati yang berlaku antara kaum tidak seyharusnya dibiarkan.
Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru(DEB) yang dilancarkan pada tahun 1971
sebagai usaha untuk memulihkan keadaan . Latar belakang pendidikan yang berbeza juga
telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei.
Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum
merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina,
India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri.
Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar
keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula
masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-
guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India . Keadaan ini
telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud.
Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang
tinggal di bandar-bandar sahaja.
Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah
turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan
Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu
tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung
PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang . Bagaimanapun setelah Tunku
membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam
perikatan, maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak
kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu .
Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa,
malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa
menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya
telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah
menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti
Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan
cogan kata “Malaysia hak orang Malaysia ” (Malaysian Malaysia) dengan tujuan
supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan .
Perlu ditegaskan di sini bahawa tuntutan KPM itu adalah bercanggah sama sekali
derngan kandungan perlembagaan Malaysia yang memberikan hak istimewa
kepada orang Melayu dan bumiputera lain yang telah dipersetujui oleh PAP sewaktu
menyertai Malaysia pada 16 Sept. 1963. Perikatan sememangnya menerima
persamaan hak tetapi perkara ini perlu di selesai secara berperingkat . Peringkat
awal perlu dilaksanakan langkah-langkah untuk memulihkan kedudukan ekonomi
orang Melayu dan bumiputera lain yang telah jauh tertinggal di belakang .
Ketidakseimbangan juga merupakan suatu jurang yang harus diperbetulkan demi
sebuah keadilan. Bagaimanapun PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak
puas hati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam
perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya
mereka telah tersisih daripada keadilan.
Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya “Pembangunan Ekonomi dan Kelas
Sosial di Semenanjung Malaysia ” , isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei
adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu . Namun
hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah
berbanding dengan kaum Cina . Pendeknya apa yang didakwa oleh orang-orang
Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah
sebagai alat semata-mata umtuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik
perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964.
Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti Cina dari Singapura ini , Tunku telah
mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos
1965 . Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela
nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu. Berikutan itu sebuah parti baru telah
ditubuhkan di Malaysia bagi mengambilalih fungsi PAP sebelum ini.
Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik (DAP). Menjelangnya
pilihanraya 1969 parti DAP dan parti -parti pembangkang lain telah memainkan isu-
isu sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan soal-soal ketidakadilan
menyebabkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di kalangan rakyat menjadi
bertambah . Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan
untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak
mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh membahayakan itu.
Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada
peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah
perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan
jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai
bahasa rasmi negara.
Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan
bahasa Inggeris dengan tujuan untuk menggurkannya daripada status bahasa rasmi
dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk
mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai
kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu. Antara kempen
yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan
Bulan Bahasa Kebangsaan. Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah
dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin
Ismail .
Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan Pelajaran 1957
telah dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu . Ini kerana mereka merasakan
langkah itu terlalu mengutamakan bahasa Melayu, namun Kesatuan Guru-Guru
Melayu Semenanjung (KPGMS) pula tidak berpuas hati dengan perlaksanaannya.
Mereka berasa kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak menubuhkan sekolah
menengah dan universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar pada awal 1958 sebagaimana yang telah dirancangkan.
Bagaimanapun berkat perjuangan beberapa orang tokoh termasuk Tuan Syed Nasir
bin Ismail, sebagai pengerusi dan Dr. Mahathir Mohamad sebagai naib pengerusi,
termasuk juga antaranya dua orang tokoh UMNO ketika itu iaitu Tun Razak bin
Hussain, Dato` Dr.Ismail bin Abdul Rahman, akhirnya gagasan Universiti
Kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah
mendapat sokongan UMNO dan kerajaan perikatan dan ianya berjaya ditubuhkan
pada 18 Mei 1970.
Berikutan penubuhan Universiti Kebangsaan ini telah mendapat reaksi yang kurang
menyenangkan daripada kaum Cina, apabila mereka juga telah mengemukakan
permohonan untuk menubuhkan Universiti Merdeka. Oleh kerana pilihan raya 1969
sudah hampir maka pihak MCA telah mendakwa bahawa sekiranya mereka tidak
menyokong projek Universiti Merdeka maka ramai pengundi keturunan Cina akan
menolak mereka dalam pilihan raya nanti. Untuk itu kerajaan telah menyelesaikan
tuntutan itu secara memberi kebenaran kepada MCA menubuhkan Kolej Tunku
Abdul Rahman (KTAR). Suatu keganjilan di sini apabila kerajaan telah memberi
bantuan kepada sebuah institusi pendidikan yang bercanggah dengan Dasar
Pelajaran Kebangsaan .
KTAR sebenarnya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya .
Namun itulah hakikatnya kerajaan sedapat mungkin cuba bertolak ansur demi
menjaga keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Keputusaan
pilihanraya pada 10 Mei 1969 telah menunjukkkan kemerosotan pengaruh Perikatan
di kalangan rakyat.
Hakikat ini sebenarnya membuktikan apa sahaja kelemahan yang cuba ditonjolkan
oleh parti-parti pembangkang khususnya DAP telah mendapat sambutan dari
kalangan rakyat malah mereka boleh dikatakan berjaya dalam meniupkan sentimen
perkauman antara Melayu dan bukan Melayu. Dalam pilihan raya itu Perikatan telah
terlepas Pulau Pinang ke tangan parti Gerakan , sementara Kelantan pula tetap di
tangan PAS . Bagaimanapun bagi negeri-negeri seperti Selangor dan Perak,
Perikatan hampir-hampir gagal untuk menubuhkan kerajaan kerana kelebihan
majoritinya yang sangat sedikit.
Berikutan sedikit kejayaan di pihak DAP itu telah menggawatkan lagi suasana yang
sedia tegang ketika itu. Orang-orang Cina merasakan yang mereka sudah menang
dan dapat menewaskan orang-orang Melayu lantaran itu mereka berasa sangat
angkuh lalu mengeluarkan kata-kata yang menghina terhadap UMNO dan
orangorang Melayu amnya.Peristiwa ini berlaku sewaktu satu perarakan
kemenangan oleh DAP dan Gerakan . Mereka telah melalui jalan-jalan yang tidak
dibenarkan bahkan melanggar batasan waktu yang telah dibenarkan oleh pihak
polis.
Perarakan ini telah melalui Kampung Bharu iaitu kampung terbesar yang didiami
oleh orang-orang Melayu di Kuala Lumpur di mana terdapat lebih tiga puluh ribu
penduduk Melayu tinggal di situ. Sewaktu melalui kawasan itu mereka yang terdiri
daripada gabungan ahli-ahli DAP dan Gerakan telah menghamburkan kata-kata
kesat seperti “Melayu sudah jatuh”, “Kuala Lumpur sekarang Cina punya,” “Ini negeri
bukan Melayu punya, kita mahu halau semua Melayu”.
Orang-orang Cina juga dikatakan telah mengikat penyapu besar pada lori sebagai
simbol untuk menyapu orang-orang Melayu keluar dari Kuala Lumpur. Berikutan itu
pada petang 13 Mei 1969, UMNO Selangor telah menyeru ahli-ahlinya supaya
datang dan berkumpul di rumah Menteri Besar ketika itu iaitu Dato` Harun Idris untuk
mengadakan perarakan balas di mana mereka sebenar bukannya kalah tetapi
sekadar kurang majoriti sahaja namun masih boleh membentuk kerajaan .
Menurut laporan seorang pegawai polis, pada petang itu sekumpulan orang Melayu
dari Gombak yang lalu mengikut Setapak telah diserang oleh orang Cina. Ada
sebahagian daripada mereka yang terlepas daripada serangan itu telah pergi ke
rumah Menteri Besar dan menyampaikan berita itu lalu dengan segera orang-orang
Melayu yang sedang berkumpul di situ telah mengambil tindakan balas, maka
bermulalah pergaduhan antara kaum yang dikenali sebagai peristiwa 13 Mei 1969.
Dalam pada itu ada juga sumber-sumber sejarah yang mengatakan peristiwa
sebenar berkaitan peristiwa 13 Mei ini telahpun bermula di Pulau Pinang tidak lama
sebelum itu.
Peristiwa ini dikaitkan dengan suatu tindak balas yang berupa simpati golongan
pemudapemuda pelampau Cina terhadap perjuangan komunis. KESAN PERISTIWA
13 MEI DARI SUDUT EKONOMI Ketidakseimbangan ekonomi di kalangan kaum
merupakan suatu faktor yang telah dikenalpasti sebelum ini sebagai salah satu
sebab yang membawa kepada peristiwa 13 Mei. Perasaan kurang senang ekoran
daripada ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum telah menimbulkan
pelbagai tanggapan salah dan perasaan resah serta irihati yang berterusan di
kalangan masyarakat dan inilah keadaan yang sebenar berlaku sebelum peristiwa
13 Mei.
Oleh yang demikian pihak kerajaan tidak teragak-agak lagi untuk merangka suatu
pelan tindakan yang menyeluruh bagi membendung dan mengatasi masalah itu.
Atas alasan itulah pada tahun 1971 kerajaan telah melancar Dasar Ekonomi Baru
(DEB).
DEB telah dilancarkan bersama-sama Rancangan Malaysia Kedua.Terdapat dua
matlamat utama dalam pelancaran DEB, iaitu iaitu pembasmian kemiskinan ‘tanpa
mengira kaum,’ dan kedua penyusunan semula masyarakat Malaysia bertujuan
untuk menghapuskan pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi.
Sementara objektif utama pelancaran Dasar Ekonomi Baru ialah untuk memulihkan
hubungan dan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum. Adalah menjadi
harapan agar melalui langkah ini proses agihan kekayaan dan pendapatan serta
peluang ekonomi yang lebih seimbang dan menyeluruh akan dapat
dilaksanakan .Dengan itu diharapkan perpaduan negara akan lebih terpelihara. DEB
telah dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1971 hingga tahun 1990.
Matlamat yang hendak dicapai dalam tempoh tersebut ialah seperti berikut:
Peratus penanaman modal dalam syarikat Bhd. 1971 1990 Bumiputera 1.5% 30%
Bukan Bumiputera 23.7% 40% Asing 62.1% 30% Membasmi Kemiskinan
Sesungguhnya usaha untuk membasmi kemiskinan bukanlah suatu perkara yang
mudah. Perlaksanaan DEB sendiri agak perlahan. Usaha untuk membasmi
kemiskinan hanya melibatkan tindakan yang tidak mengancam kepentingan
golongan yang berharta. Umpamanya tindakan kerajaan menyediakan kemudahan
pemasaran dan kredit kepada kaum tani tidak menampakkan tamparan terhadap
kepentingan para kapitalis bukan Melayu. Antara langkah kerajaan ialah rancangan
penerokaan tanah bagi mereka yang tidak mempunyai tanah, peluang pekerjaan
bagi penganggur, serta produktiviti dan kenaikan harga barangan bagi petani .
Namun begitu tindakan seumpama ini akan dibatasi oleh keadaan ekonomi.
Contohnya kerajaan mungkin berjaya mengawal harga padi dalam pasaran
tempatan melalui langkah-langkah tertentu yang diambil, sebaliknya kerajaan tidak
terdaya untuk berbuat demikian bagi getah yang dijual di pasaran antarabangsa.
Bagaimanapun langkah kerajaan dalam menangani masalah kemiskinan kaum
bumiputera sedikit sebanyak telah berhasil. Sekitar tahun-tahun 70-an pertumbuhan
ekonomi Malaysia adalah pesat .
Sekalipun barangan ekspot seperti getah didapati sukar bagi kerajaan untuk
mengawal kestabilan harganya kerana dipengaruhi oleh pasang surut pasaran
antarabangsa di mana ia turut mempengaruhi kadar kemiskinan di kalangan pekerja
ladang contohnya naik daripada 40.0 peratus pada tahun 1970 kepada 47.0 peratus
(1975), sebelum jatuh kepada 35.1 peratus (1980), kemudian meningkat semula
kepada 54.6 peratus (1983). Berbalik kepada kadar kemiskinan di kalangan
penanam padi telah turun daripada 88.1 peratus pada tahun 1970 kepada 77.0
peratus (1975), dan turun lagi kepada 52.7 peratus (1980), tetapi ianya meningkat
semula kepada 54.0 peratus (1983). Kadar penurunan yang nyata daripada tahun
1970 adalah kesan daripada subsidi yang dibekalkan oleh kerajaan. Sebaliknya
peningkatan kos pengeluaran termasuk kenaikan harga input-input pertanian seperti
baja dan racun menyebabkan peratusnya meningkat semula.
Strat egi dan Usaha Membasmi Kemiskinan Dalam usaha membasmi kemiskinan
kerajaan telah mengkategorikannya kepada dua bahagian iaitu kemiskinan di bandar
dan kemiskinan luar bandar. Berdasarkan bancian penduduk 1970 terdapar kira-kira
49.3 peratus daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima
pendapatan di bawah paras kemiskinan. 86 peratus daripadanya berada di kawasan
luar bandar dan 14 peratus di kawasan bandar. Bagi kemiskinan luar bandar,
program pembangunan lebih tertumpu kepada penyediaan kemudahan asas dan
pembangunan tanah. Golongan sasarannya ialah petani, pekebun kecil getah dan
kelapa, nelayan, pekerja ladang, penduduk kampung baru dan buruh kasar
pertanian.
Antara langkah yang dijalankan ialah menyedia dan menambah kemudahan asas
seperti bekalan air, elektrik, pengairan, perumahan, kesihatan, pengangkutan,
pelajaran atau latihan, kemudahan kredit serta pemasaran dan subsidi pertanian
seperti benih dan baja.
Kerajaan juga melipatgandakan pembangunan dan pembukaan, penerokaan dan
kemajuan tanah baru. Langkah seterusnya, kerajaan berusaha menyalurkan
teknologi moden di bidang pertanian, perikanan dan penternakan . Selain itu kaedah
penanaman dua kali setahun, tanaman luar musim dan tanaman kontang turut
diperluaskan . Badan-badan berkanun yang bertanggungjawab dalam
melaksanakan rancangan ini seperti FELDA, RISDA, FELCRA, MADA dan KADA.
Kemiskinan di bandar pula biasanya dikaitkan dengan migrasi masyarakat luar
bandar ke bandar. Oleh sebab itu di bandar juga turut memerlukan penyediaan
kemudahan asas seperti pembinaan rumah kos rendah, kemudahan air, elektrik dan
peluang pekerjaan yang lebih banyak. Pendeknya langkah menyediakan
kemudahan asas yang lebih sempurna adalah suatu usaha untuk mengurangkan
kemiskinan di bandar.
Dari segi pencapaian usaha ini, kerajaan didapati berjaya dalam usaha
mengurangkan kemiskinan di negara ini, di mana sebanyak 78100 keluarga miskin
pada 1970 telah berjaya dikurangkan kepada 66100 pada tahun 1980. Ia merupakan
kadar kemiskinan yang jatuh daripada 49.3 peratus kepada 29.2 peratus.
Sementara pendapatan purata RM76 pada tahun 1970 telah bewrtambah menjadi
RM186 pada tahun 1979. Sekalipun ia masih di bawah garis kemiskinan namun ia
telah menampakkan satu peningkatan. Pemerhatian ini dibuat berdasarkan angka
tunjuk antara tahun-tahun 1975 dan 1980.
Pada hakikatnya Kerajaan melalui Rancangan Malaysia kedua cuba menggariskan
beberapa tujuan baru, antaranya berusaha mempelbagaikan ekonomi dan pertanian
untuk mengurangkan pergantungan kepada getah dan bijih timah , kedua ia juga
bertujuan untuk mempergiatkan perusahaan pembuatan dengan tujuan
mempelbagaikan kegiatan ekonomi serta mengurangkan masalah pengangguran di
samping mengubah corak negara ke arah sebuah negara Industri.
Keadaan ini lebih jelas lagi apabila Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Sri Dr.
Mahathir Mohamad. Ketiga ia bertujuan meningkatkan lagi pengeluaran bahan-
bahan makanan terutamanya beras kerana negara ketika itu hanya mampu
mengeluarkan satu pertiga sahaja daripada keperluan kependudukan negara. Bagi
melaksankan segala tujuan dan rancangan ini kerajaan telah memperuntukkan
sebanyak 14 350 juta ringgit melalui Rancangan Malaysia Kedua. Apa yang jelas
pelancaran DEB bersama Rancangan Malaysia Kedua ini ialah kerajaan cuba
memberi penekanan terhadap pembelaan nasib kaum bumiputera khasnya orang-
orang Melayu secara lebih terbuka.
Walaupun kadar kemiskinan negara telah berkurangan namun masalah kemiskinan
masih berterusan terutama di kalangan penduduk luar bandar dan golongan
termiskin . Untuk itu ia telah menjadi teras bagi pencapaian matlamat pengagihan
dalam Dasar Pembanguinan Nasional (DPN) sebagaimana yang terdapat dalam
Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2). Tahun 1990 adalah tahun
berakhirnya tempoh pelaksanaan DEB. Sekalipun DEB tidak menampakkan satu
kejayaan yang menyeluruh namun telah banyak juga kejayaan yang dicapai. Maka
bagi memenuhi segala hasrat yang dirangka dalam DEBlah kerajaan telah
memperkenalkan RRJP2 .
DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B Dato` Sri Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Jun
1991. Antara objektifnya ialah membina dan mengukuhkan perpaduan negara malah
ianya sangat penting bagi mengekalkan kestabilan sosial dan politik serta dapat
mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan . DPN juga merupakan satu
langkah untuk membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara maju. DPN
telah mengambilkira segala kemajuan yang telah dicapai di bawah DEB serta
kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa perlaksanaannnya.Antara dimensi-
dimensi baru yang terdapat dalam DPN ialah seperti berikut:
i) Memberi penekanan yang lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan untuk
tujuan menghapus kemiskinan di kalangan keluarga termiskin hardcore poor di
samping mengurangkan kemiskinan relatif. (Golongan termiskin adalah keluarga
berpendaptan 50% atau kurang kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan.
Bagi tahun 1990, Pendapatan Garis Kemiskinan ialah sebanyak RM370 sebulan
bagi saiz isi rumah 5.1 di Semenanjung Malaysia, RM544 bagi saiz isi rumah 5.4 di
Sabah dan RM452 bagi saiz isi rumah 5.2 di Sarawak. Kira-kira 143,000isi rumah
ataau 4% daripada jumlah isi rumah adalah tergolong sebagai keluarga termiskin;
ii) Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat Perdagangan
dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi penting kearah
meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaqan Bumiputera dalam
kegiatan ekonomi;
iii) Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam
proses penyusunan semula masyarakat; dan
iv) Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem
nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang
saksama.
Strategi Penyusunan Semula Masyarakat Strategi kedua DEB ialah penyusunan
semula masyarakat dengan menekankan penglibatan kaum Melayu atau Bumiputera
dalam kegiatan ekonomi moden dan yang bertapak di bandar . Strategi ini bertujuan
untuk menseimbangkan kedudukan dan penyertaan semua kaum dalam sektor
ekonomi.
Jika diperhatikan taburan penduduk mengikut kaum yang dipengaruhi oleh dasar
penjajah dulu masih lagi berterusan di mana orang-orang Melayu tinggal di
kampung-kampung , kaum India tinggal di kawasan pedalaman sebagai buruh di
estet-estet dan Cina pula di bandarbandar sebagai peniaga. Hakikatnya bukan
sahaja tempat tinggal malah dari segi sosioekonomi dan politik juga turut berbeza.
Keadaan yang sedemikian merupakan penghalang kepada usahausaha untuk
mencapai integrasi nasional. Kesan daripada penjajahan, pemilikan dan
penguasaan modal kebanyakannya adalah dikuasai oleh orang asing.
Kalangan rakyat Malaysia pula pemilikan dan penguasaan kebanyakan modal
berada dalam tangan kaum Cina . Dengan itu strategi penyusunan semula hak milik
dan kekayaan telah disusun supaya pemilikan asing dapat dikurangkan . Begitu juga
dengan penguasaan modal oleh kaum Cina dalam industri dan perniagaan
seharusnya diagih semula bagi menseimbangkan penguasaan modal.
Untuk itu DEB telah menyusun strategi supaya menjelang tahun 1990, kaum
Bumiputera dapat menambah saham syarikat kepada 30% berbanding dengan 40%
bagi warga Malaysia bukan Bumiputera dan 30% bagi pihak asing. 26 Matlamat ini
masih dikekalkan ke dalam Rancangan Malaysia keenam tetapi tiada jangka masa
tertentu ditetapkan untuk pencapaiannya.
Adakah corak yang ditunjukkan itu memungkinkan tercapainya sasaran?
Beberapa ciri berikut boleh diteliti:
i. Dalam tempoh 1971 – 90, peratusan hak milik pendudik Malaysia telah meningkat
daripada 38.3% pada tahun 1971 kepada 57.1% pada tahun 1980 dan 74.9 pada
tahun 1990.
ii. Dalam tempoh yang peratus hak milik Bumiputera perseorangan dan agensi
amanah telah meningkat daripada 4.3% pada tahun 1971 kepada 44.6%pada tahun
1980dan 20.3% pada tahun 1990 .
iii. Dalam tempoh yang sama juga hak milik rakyat Malaysia lain telah meningkat
daripada 34.0%pada tahun 1971 kepada 44.6%pada tahun 1980dan 54.6%pada
tahun 1990.
iv. Dalam tempoh yang sama juga hak milik penduduk asing telah menurundaripada
61.7%pada tahun 1971 kepada 42.9% pada tahun 1980dan 25.1 pada tahun 1990.
v. Membandingkan nisbah 30:40:30 yang ingin dicapai , didapati hanya hak milik
penduduk Malaysia bukan Bumiputera yang perlu diagih semula untuk
meningkatkan peratusan hak milik Bumiputera. Penelitian jadual di atas
menunjukkan pencapaian kepada penyusunan semula hak milik adalah lebih cepat
pada separuh masa pertama dekad 70-an.27 Pertambahan nilai saham kaum
Bumiputera lebih bergantung kepada agensi-agensi sektor awam yang berfungsi
sbagai pemegang amanah bagi pihak kaum Bumiputera .
Oleh sebab itu pemilikan saham individu kaum Bumiputera amat rendah.
Bagaimanapun melalui RML perkembangan sebahagian besar hak milik Bumiputera
datang dari sumbangan syarikat swasta milik Bumiputera di samping Skim Amanah
Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang dilaksanakan
oleh Permodalan nasional Berhad (PNB). Dalam pada itu Skim ASN telah berjaya
memindahkan kekayaan Bumiputera yang disimpan secara amanah oleh kerajaan
menerusi agensi-agensi kepada segolongan besar masyarakat Bumiputera .
Lewat tahun 1985, skim tersebut berjaya menarik ramai pelabur Bumiputera iaitu
kira-kira 43% daripada jumlah yang layak melabur. Dalam pada itu hak milik dan
penyertaan Bumiputera dalam sektor perniagaan dan perkhidmatan kecil
menunjukkan kemajuan yang boleh dibanggakan .
Contohnya dalam sektor perdagangan runcit bilangan pertubuhan milik Bumiputera
telah meningkat dari 13% dalam tahun 1971 kepada 34.2% pada tahun 1981.
Pertambahannya kira-kira sepuluh kali ganda dalam tempoh 1971 – `81.28
Bagaimanapun jumlah pemilikan modal Bumiputera daripada saham-saham tersebut
masih lagi kecil. Daripada jumlah pelabur itu , 85% melabur sebanyak 500 unit atau
kurang. Jadi matlamat DEB masih tidak tercapai dan ia memerlukan masa dan
usaha yang lebih giat ke arah itu.
Dalam usaha mewujudkan sebuah negara industri, penglibatan Bumiputera amatlah
perlu demi mengelakkan wujud ketidakseimbangan. Oleh itu strategi untuk
menggalakkan penyertaan kaum Melayu atau Bumiputera dalam sektor perkilangan
dijangka akan meningkatkan bilangan pemodal Melayu dan seterusnya membantu
mewujudkan kesan lelehan kekayaan yang dihasilkan oleh mereka. Dalam proses ini
dijangka lebih banyak penduduk Melayu akan menikmati menafaat daripda
pertumbuhan berteraskan pengayaan golongan pemodal Melayu atau Bumiputera.
Namun andaian itu sukar untuk direalisasikan.
Ini kerana dalam pasaran bebas terutama dalam kontek masyarakat Melayu
sehingga kini, hanya segelintir sahaja golongan pemodal Melayu yang muncul. Maka
selagi bilangan pemodal tidak bertambah, selagi itulah negara menghadapi masalah
untuk mewujudkan kesan lelehan.
Tambahan pula satu syarat penting ke arah itu, pertumbuhan ekonomi mestilah
tinggi. Dengan demikian masalah agihan pendapatan di kalangan Bumiputera masih
di tahap mendukacitakan. Malah ada pendapat yang mengatakan walaupun faedah
yang dinikmati oleh kaum Melayu atau Bumiputera semenjak pelancaran DEB
meningkat , namun pertambahan ini tidak sama rata kerana ada kumpulan yang
mengecap nikmat lebih daripada yang lain.
Andainya corak ini berterusan, maka jurang perbezaan di kalangan kaum Melayu
akan bertambah . Jadi arus perubahan ini akan meluaskan lagi masalah
ketaksamaan di kalangan kaum Melayu.30 Kesimpulan Peristiwa pahit 13 Mei 1969
bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan
sempadan – sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia
turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yang mencakupi bidang-
bidang politik, sosial dan ekonomi.
Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimenafaatkan sudah tentu
cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan
menjadi bayangan sahaja.
Peristiwa 13 Mei memberikan kesan positif kepada Malaysia yang terdiri dari
pelbagai kaum. Sekarang Malaysia menjadi sebuah negara yang pesat membangun
bersama iklim politik yang sehat. Dalam kelompok ASEAN, Malaysia merupakan
contoh terbaik dari segi pembangunan ekonomi dan kebebasan politik. Tragedi
berdarah 13 Mei mesti menjadi iktibar pada rakyat Malaysia, ianya merupakan
insiden yang melagukan pesan bahawa rasa saling hormat menghormati antara
kaum, merupakan resepi paling penting dalam menjaga keharmonian negara.
Peristiwa 13 Mei 1969 Jadi Pengajaran
Oleh: Roseline Mapong Sabai
Pada tanggal 13.5.1969, telah berlaku tragedi 13 Mei yang merupakan catatan hitam
dalam sejarah negara itu, telah menggugat kemamanan dan kestabilan politik di
negara ini. Kesan dari tragedi itu ramai nyawa yang tak berdosa terkorban telah dan
harta benda juga turut musnah. Bagaimana pun peristiwa hitam tersebut merupakan
satu rahmat yang tersembunyi. Ini kerana ia merupakan titik perubahan corak dan
falsafah sosio-politik dan ekonomi negara, juga telah menyedarkan semua pihak
betapa jurang perbezaan tersebut adalah merupakan masalah asas masyarakat
Malaysia. Untuk menenangkan keadaa tersebut, tindakan segera telah diambil oleh
kerajaan dengan perisytiharan darurat di seluruh negara oleh Seri Paduka Baginda
Yang Di Pertuan Agong. Pada keesokan harinya Majlis Gerakan Negara atau
ringkas ‘MAGERAN’ telah ditubuhkan untuk bertindak sebagai badan pemerintah.
Pada 16 Mei 1969 Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak telah dilantik
sebagai Pengarah MAGERAN. Dengan Pembubaran Parlimen oleh DYMM Yang Di
Pertuan Agong, MAGERAN telah menubuhkan MAJLIS PERUNDINGAN NEGARA
pada bulan Januari 1970 yang mengandungi 66 orang ahli dari semua golongan
masyarakat. Majlis Perundingan Negara itu mengadakan satu dialog di antara
semua wakil golongan masyarakat bagi mencari jalan untuk menguatkan tahap
perpaduan di negara ini. Perbincangan itu juga bagi mendapatkan satu panduan
yang positif dalam usaha-usaha mencapai kerjasama antara kaum dan identiti
masyarakat yang tulen. Hasil dari pertemuan, kesemua wakil dari semua golongan,
maka lahirlah konsep RUKUN NEGARA sebagai menifestasi ideologi kebangsaan.
Sesungguhnya Peristiwa 13 Mei, yang berlaku pada hari ini dalam tahun 1969,
adalah satu pengajaran bagi seluruh rakyat di negara ini supaya saling hormat-
menghormati dan sentiasa bertolak ansur demi menjamin keamanan dan
kesejahteraan.
Intergrasi http://www.jpnin.gov.my/home
Masyarakat Pluralistik Alam Melayu Zaman pluraliti Penjajahan
Perkembangan sejarah Malaysia memperlihatkan proses pembentukan masyarakat
plural yang ada pada hari ini.
Bercirikan pemaksaan dan perbezaan.
Kuasa penjajah telah membawa masuk imigran yang hidup berdampingan tetapi
berasingan.
Kewujudan masalah polarisasi etnik dan kegagalan asimilasi disebabkan oleh politik
kolonial Inggeris yang menjalankan dasar pecah dan perintah.
Setiap etnik dilayan, dibayar dan diberi kemudahan berasingan dan berbeza.
Berlaku segregasi pada Abad ke-19- unit politik Melayu ialah negeri dikuasai oleh
seorang Sultan.Setiap negeri terdiri daripada beberapa buah kampung diketuai
penghulu.Keseluruhan struktur sosial terbahagi kepada kelas pemerintah dan rakyat.
Berdasarkan keturunan dan ditandai dengan adat resam dan kepercayaan.
Setelah kedatangan Inggeris – dilantik seorang Residen di setiap negeri.Sultan tidak
lagi mempunyai kuasa mutlak.Dua bentuk eksploitasi ekonomi utama yang dilakukan
oleh penjajah ialah perlombongan dan perladangan getah.Mewujudkan
pembahagian etnik berdasarkan pembahagian pekerjaan – Melayu dalam sektor
kerajaan dan pertanian, Cina sebagai pelombong dan peniaga, orang India sebagai
pekerja estet dan ladang.Portugis – 1511Belanda kurun ke-17, 1641.Persetiaan
Belanda-Inggeris – 1824, Pulau Pinang, Melaka dan Singapura (Negeri-negeri Selat)
milik Inggeris.Perjanjian Pangkor 1874 – campur tangan Inggeris di Negeri-negeri
Melayu.Perang Perak 1875Perang Negri Sembilan 1875.Pemberontakan Pahang
1891.
KESAN: Inggeris membawa masuk tentera dari India dan Hong Kong.Bermula
dengan suku-suku Melayu, Cina dan India.Proses penghijrahan disebabkan oleh
faktor ekonomi, politik, sosial dan fizikal, kedekatan lokasi, kemiskinan,
pengangguran, peluang perdagangan, penindasan, perbalahan, perselisihan,
perkhidmatan, rekreasi dan migrasi.Tertumpu di lombong bijih timah di Perak, Negeri
Sembilan dan Selangor.Penghijrahan pesat pada 1880-1914, lombong-lombong
milik pengusaha Eropah atau Cina.Faktor-faktor penarik : pembukaan ladang dan
lombong.Faktor-faktor penolak : penderitaan atau kemiskinan, kekacauan
(pemberontakan), bencana alam, kegiatan jenayah.Selain daripada sebagai
pelombong dan petani, penghijrahan orang Cina telah menukar corak pekerjaan asal
mereka dengan menjadi pedagang dan peniaga – kawasan bandar.Para penghijrah
baru dinamakan singkeh (selepas bebas dinamakan laukeh).Orang Cina ditadbir
oleh Kapitan Cina mentadbir hal ehwal ekonomi dan undang-undang di kawasan
lombong-lombong di Kuala Lumpur. Mereka juga menjadi pelindung dan penjamin
keselamatan ahli-ahlinya.1877- British menubuhkan Jabatan Perlindungan Cina di
Singapura bagi mengawal kegiatan orang Cina secara langsung. Pada zaman
penjajahan kedatangan orang India telah berlaku secara perlahan dan
sistematik.Daripada Madras, Utara dan Selatan Arcot, Salem, Coimbatore,
Trichinopoly, Madura, Ramnadpuram, Chinglepet, Tanjore dan Tinnevelly.Bekerja di
ladang-ladang getah, kopi dan tebu Berhijrah melalui buruh kontrak, sistem Kangani
1907, buruh bebas.Tenaga kerja dari India generasi kedua lebih banyak sebagai
kerani, pengetua sekolah dan pentadbiran.Faktor-faktor kedatangan: adat resam
dan kasta, lebihan penduduk, pengangguran dan kemiskinan, cukai tanah tinggi,
kebuluran.Faktor-faktor penarik : perkembangan perusahaan getah, pembinaan
jalan raya dan landasan kereta api.Jepun memberi layanan yang baik pada orang
India kerana perlukan kerjasama mereka untuk melaksanakan dasarnya memerangi
Inggeris di India.Pada awalnya, Jepun mengambil sikap yang keras terhadap orang
Cina sejak Perang Jepun-China 1937. Kemudian menukar sikap kerana perlukan
sokongan ekonomi.Pada tahun 1955, pilihan raya umum pertama diadakan. Tiga
buah parti politik mewakili bangsa Melayu, Cina dan India bersetuju menubuhkan
satu perikatan dan menghadapi pilihan raya .
Kemerdekaan diperolehi pada 1957 dengan mengkaji beberapa perkara seperti isu
status, bahasa, agama dan keistimewaan orang Melayu kedatangan orang Cina ke
Sabah didorong oleh galakan yang diberikan oleh syarikat-syarikat tembakau dan
Kompeni Berpiagam Borneo Utara British.Pada tahun 1880an, ladang tembakau
mula dibuka di Sabah dan hampir kesemua tenaga buruh yang digunakan dibawa
masuk dari negara China. Penglibatan orang India dalam aktiviti ekonomi di Sabah
lebih tertumpu pada beberapa sektor tertentu seperti pentadbiran, sokongan dan
teknikal. Mereka terdiri daripada orang Sikh, Pathan, Telegu dan Tamil yang
ditempatkan di beberapa buah jabatan seperti Jabatan Audit, Jabatan Pelabuhan,
Jabatan Pos dan Telegrafi, Jabatan Keselamatan dan Jabatan Polis dan Penjara.
Penghijrahan orang Cina ke Sarawak semakin meningkat pada akhir abad ke-19
dan awal abad ke-20, terutama semasa pemerintahan Charles Anthony Brooke.
Kumpulan pendatang ini berhijrah ke Sarawak melalui kawasan Sambas-Pontianak
di Kalimantan. Kongsi Cina daripada suku kaum Hakka telah melombong emas di
kawasan tersebut sejak tahun 1760-an. Orang India merupakan kelompok kecil
dalam kalangan masyarakat bukan bumiputera di Sarawak. Mereka terdiri daripada
orang Sikh dan Punjab yang dibawa masuk oleh James Brooke untuk bekerja
sebagai anggota polis.Di samping orang Sikh dan Punjab terdapat sebilangan kecil
orang India berketurunan India-Muslim yang bekerja sebagai peniaga kain dan
pedagang. Pluraliti bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat Malaysia namun
ianya juga bukanlah merupakan sesuatu yang mudah untuk diakhiri terutama sekali
dalam masyarakat pelbagai etnik di Malaysia yang masih kaya dengan adat budaya
kaum masing-masing.
Pemantapan Hubungan Etnik Berteraskan Prinsip Islam Hadhari
14 December 2006
KEPELBAGAIAN kelompok etnik di negara ini diterima oleh semua dan ia
merupakan sumber kekuatan. Dari segi sejarah, kerjasama dan ikatan perpaduan
pelbagai bangsa dan kaum di negara kita bermula dengan apa yang dinamakan
sebagai kontrak sosial antara etnik terbesar di negara ini. Kontrak sosial adalah satu
persetujuan di kalangan masyarakat berbilang kaum melalui proses muafakat dan
musyawarah ke arah peralihan kuasa pemerintahan sendiri daripada pihak Inggeris
dan dimanifestasikan melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955.
Semangat kontrak sosial ini berasaskan semangat kerjasama dan setiakawan serta
perkongsian kuasa yang kemudiannya terjelma dalam perjuangan menuntut
kemerdekaan dan penggubalan Perlembagaan Persekutuan. Pemuafakatan formula
perkongsian kuasa telah dipersetujui oleh semua pihak sejak daripada dulu lagi.
Semangat dan falsafah Islam Hadhari telah terjelma ketika itu lagi dengan adanya
sikap bermuafakat, bermusyuawarah dan keadilan dalam menjalani kehidupan
secara bersama dengan aman, harmoni, saling menghormati dan memahami antara
satu sama lain walaupun berbilang agama, bangsa dan keturunan.
1. Keimanan dan Ketakwaan kepada Ilahi
Hubungan etnik yang utuh lagi jitu akan dapat dibina sekiranya ia dijalin berteraskan
ajaran agama bersekali dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Islam
sebagai Al-Din telah secara holistik mengintegrasikan hubungan kemanusiaan dan
kemasyarakatan (termasuk komuniti dan hubungan etnik) dengan hubungan
manusia-Allah, manusia-makhluk dan hubungan manusia-alam. Justeru, hubungan
kemanusiaan dan sosial sudah terkandung dalam ajaran Islam yang mementingkan
perpaduan, perdamaian, keharmonian dan keamanan tanpa mengira bangsa, ras,
kaum dan etnik. Kesejahteraan hidup hanya akan dapat direalisasikan sekiranya
manusia dan masyarakat berpandukan ajaran Allah s.w.t.
Integrasi iman dan takwa serta amal bukan hanya dijuruskan dalam aspek hubungan
etnik tetapi dilihat secara menyeluruh dalam komponen pembangunan insan,
komuniti dan negara yang akhirnya menganjak paradigma dalam aspek peningkatan
kualiti hidup dan taraf hidup, kehidupan bermasyarakat dan bernegara, kemajuan
dan pembangunan negara (emosi, mental, fizikal dan spiritual masyarakat).
Orang yang kuat iman dan takwanya adalah mereka yang menjalin dan memelihara
hubungan baik dan beradab sesama manusia walaupun dengan bukan Islam kerana
ia adalah ajaran Islam dan suruhan Allah serta Junjungan Besar Rasulullah s.a.w.
Islam mewajibkan penganutnya menjalin hubungan yang baik sama ada sesama
Muslim ataupun dengan bukan Muslim. Islam juga mengajarkan penganutnya agar
menghindarkan diri daripada mewujudkan permusuhuan, perseteruan, perselisihan
faham yang negatif dan fitnah. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Anfal, ayat 25
yang bermaksud:
”Dan jagalah diri kamu daripada berlakunya dosa (yang membawa bala bencana)
yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kaum secara
khusus, (tetapi akan menimpa kaum secara umum).”
Dengan kekuatan imanlah, orang Islam boleh menjalin hubungan dengan orang lain,
bukannya dengan dasar keturunan atau pertalian darah atau kewarganegaraan
semata-mata. Allah s.w.t telah menjelaskan dalam Surah Ali Imran ayat 102 – 103,
bahawa takwa adalah asas perpaduan sesama Muslim dan dalam konteks
bernegara orang Muslim menjadikan takwa sebagai tunggak untuk menjamin
hubungan etnik yang baik dengan kaum agama lain.
Orang-orang Islam juga tidak dapat bertolak ansur untuk menjalin hubungan dan
memperkukuhkannya sesama Muslim. Ia adalah satu kemestian dan kewajipan
sepertimana dalam sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
”Kasih sayang Mukmin itu dengan Mukmin yang lain bagaikan struktur binaan yang
saling mengeratkan.”Dalam sebuah hadis yang lain, baginda menjelaskan, yang
bermaksud:
”Orang Mukmin, dalam soal kasih sayang, cinta dan belas ihsan sesama mereka,
bagaikan badan, jika ada anggota yang sakit, maka seluruh badan itu juga turut
berasa sakit, lalu demam dan tidak dapat tidur.”
2. Kerajaan Adil dan Beramanah
Dasar keadilan dan amanah kerajaan juga telah lama dilaksanakan dalam konteks
memantap dan memperkukuhkan hubungan etnik. Kerajaan Malaysia dalam ruang
yang ada sejak daripada selepas Peristiwa 13 Mei 1969 berusaha membentuk
perpaduan dan keutuhan masyarakat berbilang kaum yang mempunyai identiti
nasional dan tidak menghalang hak-hak bukan Islam dalam menjalani semua aktiviti
kehidupan. Kepelbagaian budaya dan agama diterima sebagai satu entiti kekuatan,
bukannya melemahkan. Kerajaan juga sentiasa berwaspada dan berusaha
mengelakkan ketegangan dan pergaduhan etnik walau apapun puncanya. Respons
kerajaan kepada tuntutan etnik minoriti sentiasa adil dan saksama, maka kerana
itulah ketegangan dan perbalahan antara etnik dapat diatasi dengan bijak dan
saksama.
Etnik majoriti merasa selamat dan etnik minoriti pula turut menikmati keamanan,
pembangunan dan kemajuan negara secara bersama. Ini mengurangkan rasa
tersisih dan kurang selamat di kalangan etnik minoriti. Kita percaya, tidak ada
sebuah negarapun yang mampu melahirkan rasa selamat golongan minoriti kecuali
dalam kes Malaysia. Golongan minoriti kadangkala menikmati lebih kelebihan
(walaupun kebiasaannya sedikit berkurang) dalam sektor pekerjaan, kemajuan
ekonomi dan pembangunan fizikal kerana peluang, dasar dan ruang yang
diwujudkan oleh pihak kerajaan.
Kerajaan juga telah secara perlahan-lahan menghapuskan pengkelasan dan
identifikasi kelompok etnik mengikut jenis pekerjaan ataupun aktiviti ekonomi kesan
daripada strategi penjajahan British ke atas negara kita dahulu.
Kerajaan telah mengatur pelan dan strategi perpaduan melalui beberapa dasar
sedia ada untuk membentuk masyarakat berbilang kaum yang utuh lagi padu. Dasar
Kebudayaan Kebangsaan (DKK) telah digubal sebagai garis panduan dalam
membentuk, mengwujud dan mengekalkan identiti nasional negara dan masyarakat
berbilang kaum yang bersatu padu. Mengakui kerumitan pelaksanaannya, kerajaan
meminta rakyat agar insaf serta faham tentang kepentingan perpaduan antara kaum
dan perlunya dihakis kebudayaan kesukuan yang menidakkan kebudayaan nasional.
Apa yang lebih penting ialah kerajaan ingin melihat masyarakat berbilang kaum
berbudaya keperibadian kebangsaan Malaysia yang lebih ekstensif menjangkau
batasan suku kaum sempit dengan Islam dijadikan sebagai komponen utama
kebudayaan nasional. Betapa pentingnya perpaduan kaum dan semangat muhibah
dipupuk di peringkat awal lagi, kerajaan telah memperkenalkan Rancangan Integrasi
Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) hasil daripada ilham YAB Perdana Menteri, Datuk
Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Polisi ”Bersih, Cekap dan Amanah” pula
menampilkan integriti tinggi yang dikehendaki kerajaan di kalangan kakitangan
awam khususnya.
3. Rakyat Berjiwa Merdeka
Setiap kelompok etnik menyumbang kepada perjuangan menuntut kemerdekaan.
Maka sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah menghayati hakikat perjuangan
tersebut dan sama-sama memastikan kesinambungan kemerdekaan negara
dikecapi oleh generasi masa hadapan.
Hubungan etnik di Malaysia tidak lagi berkisar dalam soal-soal keagamaan
(walaupun agama adalah sandaran) tetapi yang lebih penting ialah keadilan
kerajaan dalam memenuhi kehendak dan keperluan rakyat yang berbilang agama
dan kaum, program-program sosioekonomi untuk meningkatkan status ekonomi
mereka yang memerlukan, pembangunan yang lebih ditumpukan di kawasan luar
bandar dan desa, pembangunan sektor pertanian dan industri asas tani dan
seumpamanya.
Kerajaan sedang berusaha untuk membentuk bangsa Malaysia menerusi berbagai-
bagai usaha termasuklah pengukuhan konsep perpaduan nasional agar terhasil
rakyat Malaysia yang berjiwa merdeka, iaitu yang menyumbang dan berbakti kepada
negara serta menumpahkan ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada
negara di samping bersatu padu, saling menghormati, tolong menolong dan
berkongsi masa depan. Kerajaan juga telah memperkenalkan pendekatan
’Membudayakan Perpaduan, Meraikan Kepelbagaian’ dalam proses pembentukan
bangsa Malaysia yang kuat. Islam mewajibkan manusia Muslim sentiasa tolong
menolong atas dasar kebaikan dan ketaqwaaan dan bukannya atas dasar perlakuan
dosa, pencerobohan atau perseteruan.
Sebagai warganegara Malaysia yang berjiwa merdeka, Rukun Negara merupakan
teras ke arah mengwujudkan bangsa yang berwibawa dan berprinsip. Rakyat
mestilah mendokong kepercayaan kepada Tuhan dan menolak atheisme.
Oleh sebab itu, bukanlah seseorang itu dianggap sebagai warganegara Malaysia
sekiranya ia mengaku tidak beragama atau tidak mempercayai Tuhan. Rakyat juga
sama-sama tanpa mengira bangsa dan agama menumpahkan kesetiaan kepada
Raja dan negara, pemimpin dan pemerintah, menjunjung kedaulatan undang-
undang dan menghayati kesopanan dan kesusilaan dalam masyarakat berbilang
kaum.
Ancaman penjajahan pemikiran, ekonomi, politik dan budaya serta globalisasi
negatif adalah dua musuh yang dihadapi oleh semua kelompok etnik di Malaysia.
Oleh kerana masalah yang ditimbulkan oleh keduanya sama-sama memberikan
kesan buruk kepada setiap kelompok etnik, maka kelompok etnik yang bersatupadu
akan lebih kuat menghadapi musuh-musuh ini. Justeru, Islam sentiasa menyuruh
umatnya untuk berpegang teguh dengan agama Allah dan jangan berpecah belah.
Sepanjang sejarah Islam juga kita akan dapati rekod pemerintahan Islam dan
layanan yang baik untuk kelompok agama lain dan dari sudut hubungan diplomatik
dan antarabangsa. Begitu juga rekod pemerintahan negara kita
4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Kerajaan sentiasa menganjurkan rakyatnya agar sentiasa menguasai ilmu
pengetahuan. Islam mewajibkan umatnya untuk mencari dan menuntut ilmu
pengetahuan. Dalam konteks Malaysia, jalinan hubungan etnik akan menjadi lebih
padu sekiranya masing-masing melihat signifikan hubungan etnik dalam konteks
ilmu dan realiti, bukannya emosi, perasaan dan prasangka.
Dialog tamadun atau dialog antara agama akan berlaku dengan wujudnya interaksi
individu. Nabi Muhammad s.a.w banyak menggunakan dialog dan hikmah ketika
berhujah dengan orang Musyrikin Mekah. Orang Melayu tidak mempunyai masalah
dalam interaksi tamadun. Agama-agama lain seperti Buddha, Hindu dan Kristian
dapat berkembang di Kepulauan Melayu kerana pemahaman orang Islam
berasaskan ilmu al-Quran yang mementingkan toleransi dan menerima hakikat
kepelbagaian agama dan keturunan dan hidup bersama dalam kerukunan, aman
dan damai kecuali pada waktu darurat. Orang Melayu juga menerima bahasa
kelompok etnik lain walaupun bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu. Pakaian
kebangsaan yang berasaskan kemelayuan diterima oleh semua kelompok etnik
walaupun setiap kelompok etnik mempunyai pakaian etnik masing-masing. Kerana
Islam mengharuskan mengambil makanan yang halallah, orang-orang Melayu boleh
menerima makanan orang asing (yang halal) seperti makanan segera Barat (asal
daripada Barat), Char Koay Teaw (asal daripada China) dan Tosai (asal daripada
India). Semua ini diterima oleh orang Islam berasaskan pemahaman ilmu.
Tamadun India yang masyhur dengan falsafah dan matematik, tamadun China
dengan ilmu hisab, perpuluhan dan aritmatik dan tamadun Islam yang menampilkan
konsep angka dan meletakkan asas dalam matematik moden dan bidang astronomi
cerapan telah bersama-sama menjayakan interaksi tamadun hasil daripada
penguasaan ilmu pengetahuan. Maka kelompok etnik Cina, India dan Melayu dan
lain-lain sepatutnya tidak mempunyai masalah memperkukuh hubungan etnik di
Malaysia hasil daripada interaksi sains dan teknologi dan interaksi budaya tamadun
masing-masing terdahulu. Penguasaan ilmu pengetahuan adalah faktor
pembentukan dan kesinambungan kejayaan ketiga-tiga tamadun di atas. Ungkapan
Arab, ”Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China” membuktikan dua aspek;
pertama interaksi dan dialog tamadun, kedua; transmisi ilmu dan pengejaran ilmu
pengetahuan.
YAB Perdana Menteri juga telah menawarkan Malaysia sebagai `focal point` untuk
mengadakan usaha-usaha perbincangan terbuka berkaitan Islam. [Ucapan PM, Asia
Society of Australia, Sydney, Australia, 8 April 2005] Maksudnya ialah sebagai pusat
dialog antara agama ataupun dialog peradaban. Usaha yang lebih perlu
dilipatgandakan oleh berbagai pihak bermula daripada masyarakat awam, pemimpin
masyarakat, pemimpin tinggi, pertubuhan bukan kerajaan dan institusi pendidikan
untuk mengadakan dialog antara Muslim dan bukan Islam. Dialog, perbincangan dan
interaksi sebenarnya menambahkan ilmu pengetahuan dan maklumat tentang
hakikat kelompok etnik dan agama-agama lain. Ruang-ruang untuk perbincangan
mestilah dibuka dan dikendalikan dengan keadaan yang baik dalam suasana dan
semangat setiakawan. YAB Perdana Menteri telah melahirkan keyakinannya,
katanya:
“Islam sebenar yang toleran, berkebajikan dan yang utama mengajarkan keamanan
antarabangsa, keselamatan dan kerjasama akan melonjak. Orang-orang Islam di
mana-mana sahaja bukan sahaja mempunyai kewajipan untuk mengembalikan
kegemilangan Islam, bahkan menganjurkan rasa saling bersama antara satu sama
lain di kalangan agama-agama di dunia.” [Ucapan YAB Perdana Menteri, Asia
Society of Australia, Sydney, Australia, 8 April 2005]
Apa yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri adalah berlandaskan kepada
ajaran Islam yang menganjurkan keamanan, kedamaian dan kesejahteraan.
5. Pembangunan Ekonomi yang Komprehensif dan Seimbang
Malaysia adalah sebuah masyarakat berbilang kaum yang sentiasa hidup dalam
aman dan harmoni, penuh dengan perasaan saling menghormati dan bertoleransi.
YAB Perdana Menteri telah menekankan bahawa perkara ini tercapai bukanlah
secara kebetulan tetapi menerusi pengurusan hubungan etnik berlandaskan
perkongsian kuasa dalam pembentukan kerajaan dan penumpuan kepada
pengurusan ekonomi yang mampan serta pembahagian ekonomi yang seimbang.
[Ucapan PM, Asia Society of Australia, Sydney, Australia, 8 April 2005]
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mensasarkan pembasmian kemiskinan dan
penyusunan semula masyarakat harus dilihat juga signifikannya dari sudut
hubungan etnik. Pencapaian DEB yang diharapkan iaitu 30 peratus pemilikan
Bumiputera dalam semua bidang dan peringkat ekonomi akan memobilasikan
Bumiputera untuk bergerak maju dan berdaya saing seiring dengan bukan
Bumiputera.
Status sosial dan pendapatan Bumiputera diharapkan akan setara dengan bukan
Bumiputera. Objektif penyusunan semula masyarakat yang menyumbang kepada
pengukuhan hubungan etnik akan dapat direalisasikan. Sebab itu, DEB harus dilihat
signifikannya daripada sudut hubungan etnik.
Pelan dan strategi pembangunan jangkamasa pendek dan panjang akan memberi
impak yang positif kepada keutuhan perpaduan kaum. Antara dasar berkaitan ialah
seperti Dasar Pembangunan Nasional (DPN), Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar
Kependudukan Malaysia Ke Arah 70 Juta Penduduk, Dasar Pertanian Nasional
Ketiga (1998-2010), Halacara Baru Dalam Pembangunan Kampung dan Luar
Bandar, Dasar Urbanisasi Negara (DUN), Dasar Sains dan Teknologi Negara dan
Dasar Pendidikan Kebangsaan.Pembentukan dan kejayaan integrasi nasional
sepatutnya juga dilihat kepada pelaksanaan dan kejayaan Dasar Sosial Negara,
Dasar Pembangunan Negara, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Wawasan Negara dan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan secara komprehensif di mana setiap komponen
masyarakat majmuk dan kerajaan turut sama menyumbang dan berbakti. Semua
dasar negara akan tercapai sekiranya orang Islam memahami bahawa asas
keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi adalah pemangkin kepada kehidupan
bermasyarakat dan bernegara.
6. Kehidupan Berkualiti
Hubungan etnik yang baik akan menyumbang kepada kehidupan yang berkualiti.
Berdasarkan kepada Indeks Kualiti Hidup Malaysia, kita dapati hubungan etnik boleh
dikaitkan dengan banyak perkara dalam kehidupan kita. Indeks Kualiti Hidup
Malaysia merangkumi 11 aspek, iaitu:
(i) Dunia pekerjaan – Hubungan etnik boleh dimantapkan dengan menjalin
hubungan yang baik di tempat kerja. Dalam aspek pekerjaan, semua
kaum mendapat peluang yang sama rata untuk memberikan tenaga dan
bakti dalam apa jua profesion.
(ii) Pengangkutan dan komunikasi – Kemalangan jalan raya kadangkala
mengakibatkan perbalahan berasaskan sentimen etnik. Ini perlu
dielakkan, biarlah mahkamah menentukan sesiapa yang bersalah ataupun
tidak. Berbudi bahasa dan bersopan santun di jalanraya dan ketika
menggunakan pengangkutan awam adalah amalan mulia dan amalan
kesedaran sivik yang tinggi. Alat telekomunikasi seperti fax, telegraf, e-
mail dan SMS boleh menyumbang kepada pengukuhan hubungan etnik.
(iii) Kehidupan berkeluarga – Individu yang baik dan beradab akan
melahirkan keluarga yang baik. Keluarga yang baik akan melahirkan
komuniti dan masyarakat yang baik. Masyarakat yang baik adalah
pemangkin kepada kemajuan dan kesejahteraan negara. Di Malaysia,
walaupun keakraban keluarga semakin baik, setiap ahli keluarga perlulah
mempunyai hubungan yang baik dengan ahli keluarga kelompok etnik
yang lain.
(iv) Keselamatan dan ketenteraman awam – Rakyat pelbagai kaum
mestilah sama-sama memastikan keselamatan dan ketenteraman awam
sentiasa terpelihara dan mengelakkan daripada menjadi pencetus kepada
perselisihan faham ataupun konflik etnik, menimbulkan provokasi ataupun
isu-isu sensitif.
(v) Pendapatan dan pengagihannya – Kita mendapat tempat untuk
mencari rezeki hasil daripada kemakmuran dan kesejahteraan negara
yang diusahakan pemerintah dan rakyat dengan izin Allah s.w.t. Tidak lagi
timbul rasa cemburu dan iri hati kerana kita sama-sama menyumbang
kepada kemajuan dan pembangunan negara. Wang pembayar cukai
digunakan untuk membangunkan keluarga, masyarakat dan juga negara.
(vi) Kesihatan – Isu-isu seperti HIV AIDS, dadah, sakit jantung dan kanser
melibatkan semua kaum. Kita mesti bersatu untuk memerangi dan
menanganinya.
(vii) Pendidikan – Bidang pendidikan sendiri sama ada di peringkat
rendah, menengah dan tinggi adalah satu wadah yang boleh digunakan
untuk menyatupadukan kaum. Secara teorinya, semakin tinggi pendidikan
seseorang itu, semakin tinggilah juga kesedaran dan amalan dalam
memperkasa hubungan etnik dan intra etnik.
(viii) Perumahan – Terdapat kecenderungan pembeli rumah membeli
rumah di kawasan kelompok etnik sendiri. Sikap ini perlu dibendung
kerana ia boleh mengwujudkan polarisasi kaum. Banyak kawasan
perumahan yang mempunyai pelbagai kelompok etnik. Maka usaha perlu
dijalankan untuk memperkukuh hubungan etnik di kawasan kediaman
terlebih dahulu.
(ix) Alam sekitar – Isu alam sekitar sebaiknya ditangani secara bersama.
Kempen gotong royong pembersihan taman perumahan yang melibatkan
pelbagai kelompok etnik boleh mengwujudkan semangat dan sikap
kerjasama berkumpulan dan tolong menolong.
(x) Penglibatan sosial – Kerja-kerja sukarela sama ada di peringkat
komuniti dan masyarakat boleh mewujudkan sikap sayang menyayang
dalam konteks hubungan etnik. Begitu juga kerja sosial dan pembangunan
komuniti dan masyarakat.
(xi) Budaya dan hiburan – Program kebudayaan dan hiburan yang
melibatkan penyertaan pelbagai kelompok etnik mestilah sentiasa
digalakkan kerana ia boleh memperkukuhkan hubungan etnik.
Sukan ternyata boleh mewujudkan semangat patriotisme yang tinggi di
kalangan rakyat Malaysia sekali gus mempereratkan hubungan kaum dan
integrasi nasional. Sudah ada langkah-langkah menggunakan sukan
sebagai alat untuk memupuk hubungan kaum yang erat. Orang Cina
sudah ada yang bermain sepak takraw yang sebelum ini didominasi oleh
orang Melayu. Orang Melayu sudah bermain bola keranjang walaupun
sebelum ini sukan ini didominasi oleh orang Cina. Kita perlu sukan yang
boleh menaikkan imej negara di persada antarabangsa. Badminton, hoki,
bola sepak dan squasy adalah di antara sukan yang boleh
membangkitkan perasaan patriotisme rakyat.
Orang boleh menangis kesedihan kalau negara kalah dalam sesuatu jenis
sukan, dan begitu juga orang boleh menangis kegembiraan kalau negara
menang dalam sesuatu jenis sukan.
7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
Islam telah lebih 1400 tahun yang lampau memperjuangkan konsep
hubungan etnik dan hak-hak asasi manusia. Islam menjamin hak-hak
bukan Islam dan warga dunia. Jaminan ini akan memperkukuhkan
hubungan etnik di negara yang diperintah oleh orang Islam.
Pengisytiharan Universal Islam Mengenai Hak-hak Asasi Manusia di Paris
pada September 1981 antara lain mengiktiraf hak-hak manusia untuk
hidup, hak kebebasan manusia, hak persamaan dan larangan diskriminasi
terlarang, hak keadilan, hak perbicaraan yang saksama, hak mendapat
perlindungan daripada penyalahgunaan kuasa, hak perlindungan daripada
penyeksaan, hak perlindungan maruah dan reputasi, hak pelarian, hak-
hak minoriti, hak dan obligasi untuk menyertai pengurusan hal ehwal
awam, hak untuk menganut mana-mana agama dan berucap, hak amalan
keagamaan, hak untuk berkumpul dan menubuhkan persatuan, hak
melakukan aktiviti ekonomi, hak perlindungan harta benda, status dan
maruah pekerja, hak keselamatan sosial, hak berkeluarga dan yang
berkaitan dengannya, hak wanita yang telah berkahwin, hak pendidikan,
hak ‘privacy ‘ dan hak bergerak dan menginap.
Kumpulan minoriti terdiri daripada golongan bukan Islam, anak yatim,
warga emas, kanak-kanak istimewa, orang kurang upaya, fakir miskin dan
ibu tunggal. Prinsip ini menampilkan hak-hak kumpulan minoriti dan wanita
akan dijaga dan dibela serta memastikan mereka berada dalam arus
perdana kemajuan dan pembangunan negara.
8. Keutuhan Budaya dan Moral
Rakyat Malaysia yang berbilang kaum mestilah bersama-sama
memerangi elemen negatif budaya dan pemikiran Barat yang
bertentangan dengan nilai agama dan ketimuran. Budaya dan moral
bangsa Malaysia mestilah dipertahankan demi keutuhan budaya
kebangsaan dan menghalang ia daripada dicemari oleh budaya yang
merosakkan akhlak dan moral serta budi bahasa rakyat Malaysia.
Budaya dan moral yang kuat lagi jitu adalah pemangkin dalam usaha kita
menjadi negara maju dan ke arah pencapaian Wawasan 2020. Nilai-nilai
murni dan budi bahasa rakyat Malaysia adalah di antara identiti rakyat
Malaysia yang mesti dipertahankan walaupun kita sudah moden dan
membangun. Ketua keluarga mestilah memastikan keutuhan budaya dan
moral ahli keluarga masing-masing. Pemimpin masyarakat pula
bertanggungjawab terhadap masyarakat masing-masing. Kerajaan ingin
wujudkan masyarakat yang mempunyai personaliti unggul (towering
personality) agar bangsa Malaysia dapat duduk dan berdiri sama tinggi
dengan bangsa-bangsa lain. Personaliti unggul terletak pada diri dengan
kekuatan hemah yang tinggi, berilmu pengetahuan tinggi, tinggi
pencapaian, ketokohan dan keintelektualan.
Perayaan-perayaan kaum di Malaysia boleh menjadi satu mekanisme
memupuk semangat muhibah di kalangan masyarakat berbilang kaum.
Bagi orang Islam, amalan kunjung mengunjung ke rumah kaum lain ketika
perayaan tertentu bukanlah bermakna merestui sistem kepercayaan
agama lain, tetapi lebih sebagai satu amalan mengeratkan perasaan
saling menghormati, persefahaman dan persahabatan dengan kawan-
kawan lain walaupun yang bukan seagama dengan mereka. Ini patut
dijadikan budaya hidup kita
9. Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Rakyat Malaysia pelbagai kaum mestilah sama-sama memelihara dan
memulihara alam sekitar demi kepentingan bersama dan untuk generasi
akan datang. Alam sekitar dan persekitaran yang kondusif bersekali denan
penjagaan kesihatan yang sempurna akan memastikan masyarakat yang
sihat, kuat dan sejahtera.Rakyat Malaysia mestilah memperjuangkan isu-
isu alam sekitar mengikut saluran yang betul dan peraturan dan benar-
benar ikhlas demi kepentingan negara, bukannya kepentingan peribadi
atau kelompok berkepentingan tersendiri.Kempen gotong royong
kebersihan dan seumpamanya di kawasan penempatan masyarakat
berbilang kaum boleh mempupuk perasaan muhibah, kasih sayang dan
tolong menolong.
10. Kekuatan Pertahanan
Program Latihan Khidmat Masyarakat (PLKN) sudah menunjukkan tanda-
tanda penumpuan dan perkembangan integrasi nasional, perpaduan kaum
dan semangat patriotisme. Generasi muda perlu disedarkan tentang
keperluan mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang
ancaman musuh. Mungkin sudah ada usaha sedemikian di peringkat
pendidikan rendah yang lebih bersifat kekuatan jatidiri.
Penyertaan kelompok etnik bukan Melayu dalam pasukan beruniform
seperti Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia masih
ditahap yang rendah dan perlu dipertingkatkan.Penyertaan berbagai-bagai
kelompok etnik dalam Ikatan Sukarelawan Rakyat (RELA) dan pasukan
Pertahanan Awam boleh dibanggakan. Ini juga boleh memantapkan
perpaduan kaum. ”Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh” adalah pepatah
yang melambangkan perpaduan dan kerjasama. Jika dikaitkan dengan
kekuatan pertahanan, maka asas kepada perfahaman yang utuh ialah
perpaduan yang jitu. Perumpamaan ”bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat” menggambarkan signifikan kerjasama
berkumpulan, bermesyuwarah dan saling memahami serta tolong
menolong. Tanpa muafakat dan terlalu banyak persengketaan akan
menyebabkan negara kita mudah untuk ditewaskan oleh musuh.
”Menang sorak, kampung tergadai” menggambarkan bahawa yang
penting ialah “substance” (isi) bukannya slogan atau cakap-cakap kosong.
Kita perlu mengotakan apa yang telah dijanjikan dan konteks sayangnya
kita kepada negara dan para pemimpin. Rakyat Malaysia berbilang kaum
mestilah menanam dalam diri mereka prinsip ”biar putih mata, jangan
putih tulang” dalam konteks pertahanan negara. Semua bangsa mestilah
menanam dalam diri mereka semangat dan sikap sayangkan negara dan
sanggup mempertahankannya ke titisan darah terakhir dan sentiasa
komited sebagai warganegara yang baik dan berguna. Dalam Islam, orang
yang mempertahankan negara dan mati kerana mempertahankan agama
dan negara diberi penghormatan tinggi oleh Allah.
Iklan TV3 ”Ikan di laut, asam di darat” membuktikan bahawa rakyat
Malaysia yang berbilang kaum boleh menjalin hubungan baik dan bersatu
padu. Media massa adalah mekanisme paling berkesan untuk memupuk
perasaan muhibah dan hubungan etnik yang positif. Sebab itu media
massa perlu memainkan peranan lebih proaktif untuk memupuk integrasi
nasional dan perpaduan kaum bukannya perpecahan dan polarisasi.
Bantuan-bantuan kemanusian (humanitarian) terhadap mangsa
peperangan atau malapetaka alam menonjolkan ciri terbaru hubungan
etnik yang menjangkau batas geografi dan sempadan antarabangsa.
Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum telah sama-sama menyumbang
bagi menolong mangsa gempa bumi di Qum, Iran, mangsa perang
Amerika-Iraq, mangsa gempa bumi di Kashmir dan malapetaka Tsunami.
Kesimpulannya, pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan bertujuan untuk
membawa perubahan kepada mentaliti dan sikap masyarakat serta
peralihan kepada yang lebih baik dalam konteks kemajuan dan
pembangunan negara. Pendekatan ini akan membawa pembaikan dalam
semua aspek kehidupan untuk menuju ke arah sebuah masyarakat dan
negara maju dan mencapai objektif Wawasan 2020. Orang bukan Islam
tidak perlu bimbang terhadap pendekatan ini kerana ia akan membawa
kebaikan kepada semua golongan tanpa mengira perbezaan agama dan
etnik.
Apa matlamat sebenar Gagasan 1Malaysia?
OLEH EN. M.PERIASAMY ( PANEL PEMIKIR JASA)
TERJEMAHAN ARTIKEL SIARAN AKHBAR TAMIL ‘MALAYSIA NANBAN’,
EDISI HARI AHAD PADA 22 OGOS 2010, MUKA SURAT S11
TAJUK ARTIKEL: ‘APAKAH WARNA 1 MALAYSIA?’ bermaksud Apakah Matlamat
Sebenar Gasan 1 Malaysia?
Y.A.Bhg.Tun Dr.Mahathir Mohamad, mantan perdana menteri menzahirkan
pendapat bahawa walaupun sudah lebih daripada 1 tahun Gagasan 1
Malaysia diumumkan, orang ramai masih kurang memahami matlamat
sebenar Gagasan 1 Malaysia.
YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri turut mengakui
kenyataan Dr.Mahathir malah mengesa agensi-agensi kerajaan
meningkatkan kempen penerangan mengenai Gagasan 1 Malaysia.
Sebelum itu, YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Razak juga
pernah menyarankan agensi-agensi media mempertingkatkan penjelasan
mengenai 1 Malaysia.
Hakikat Gagasan 1Malaysia
Gagasan 1 Malaysia menganjurkan nilai-nilai yang mampu membantu
mengukuhkan perpaduan nasional . Nilai-nilai ‘inclusive’ diterapkan dalam
masyarakat Malaysia dalam membina sebuah nation-state atau sebuah
negara Malaysia.
Gagasan 1 Malaysia menganjurkan buday hidup bahawa walaupun agama,
budaya, cara hidup dan keutamaan pelbagai kaum di Malaysia berbeza-beza,
mereka perlu mendekati sesuatu isu daripada perspektif “Malaysian”.
Gagasan 1 Malaysia menekankan pendekatan di mana kerajaan membantu
semua kaum dan golongan yang memerlukan bantuan agar tiada siapapun
merasa bahawa mereka telah dipinggirkan dalam arus perdana
pembangunan Negara.
Adalah menjadi tanggungjawab setiap anggota masyarakat untuk membantu
usaha meningkatkan perpaduan malah menyuburkan cara hidup harmonis
antara kaum. Setiap anggota dalam masyarakat berbilang kaum perlu
menganggap dirinya sebagai seorang ahli dalam satu keluarga besar
‘keluarga Malaysia’.
Persoalan:
Persoalannya, ada yang beranggapan bahawa Gagasan 1 Malaysia member i
hak sama rata kepada rakyat pelbagai kaum dan mendakwa kaum
Melayu,Cina ,India dan kaum lain setaraf dari segi Perlembagaan. Sekiranya
1 Malaysia melaungkan perinsip semua kaum adalah sama rata dan penting
bagi kerajaan , kenapakah dasar kedudukan keistimewaan kaum bumiputra
masih diteruskan? Kenapa kaum bumiputra dibeli kemudahan khas dalam
bidang pendidikan, lesen, perjawatan dalam sektor kerajaan?
Jawapannya:
Gagasan 1 Malaysia adalah bersandarkan kepada Perlembagaan Malaysia.
Perlembagaan Malaysia adalah merupakan undang-undang tertinggi
Malaysia. Perlembagaan Malaysia pula merupakan satu dokumen yang
mengandungi semua perkara-perkara yang telah dipersetujui oleh semua
kaum semasa negara mencapai kemerdekaan (kontrak sosial).
Tidak dapat dinafikan bahawa menurut Perlembagaan Malaysia, semua
orang adalah sama rata di sisi undang-undang (Perkara 8) dan berhak
mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang, kecuali
sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh Perlembagaan Malaysia.
Dalam konteks ini, Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia memberi hak
yang terasas kepada golongan Bumiputra (orang Melayu).
Perkara 153, sambil menjamin kedudukan keistimewaan kepada kaum
bumiputra, ia juga memelihara kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain
mengikut peruntukan ini.Kerajaan tidak menghalang atau sekat kemajuan
mana-mana kumpulan masyarakat atas dasar kaum atau etnik.
Perkara-perkara yang tersebut dalam Perlembagaan Malaysia boleh dipinda
dengan sokongan majoriti 2/3 dalam parlimen.Namun, beberapa Perkara
penting, terutamnya Perkara 153, tidak mudah dipinda kerana ianya perlu
mendapat persetujuan daripada Majlis Raja-Raja.
Definisi Perlembagaan
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada
pembentukan sesebuah kerajaan. Professor A. V. Dicey menyatakan bahawa
perlembagaan menentukan pengagihan kuasa sesebuah negara atau masyarakat
politiknya. Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung
segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk mentadbir
negara. Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara
dan hal ini menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui
peruntukan yang terkandung di dalamnya.
Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 September 1963 mengandungi
183 perkara dan dibahagikan kepada 15 Bahagian. Perlembagaan ini mengandungi
pelbagai peruntukan seperti Senarai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri,
Institusi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman.
Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan, Perlembagaan
Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan
Kerajaan Negeri. Negeri-negeri yang bergabung dalam persekutuan Malaysia
diberikan hak, kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dalam
Perlembagaan Negeri. Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan Senarai
Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
Perlembagaan Malaysia
Malaysia telah mengamalkan sistem pemerintahan bercorak demokrasi selepas
mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sistem ini kemudiannya diperkenalkan
di Sabah dan Sarawak apabila Persekutuan Malaysia dibentuk pada tahun 1963.
Demokrasi berasal daripada istilah Yunani iaitu ‘demos’ dan ‘kratos’. Demos
bermaksud “rakyat” dan kratos bermaksud “kuasa”. Berdasarkan istilah tersebut,
demokrasi dapat didefinisikan sebagai “pemerintahan dari rakyat, untuk rakyat”.
Demokrasi merupakan amalan pemerintahan yang berasaskan suara rakyat, iaitu
rakyat yang menentukan corak pemerintahan melalui pemilihan pemimpin-pemimpin
bagi membentuk sebuah kerajaan. Meskipun demokrasi menetapkan hak bersuara
secara bebas, namun kebebasan secara mutlak sememangnya tidak diamalkan di
Malaysia. Keadaan ini bermakna dalam hal-hal tertentu, kuasa dalam pemerintahan
adalah ditentukan oleh Parlimen.
Di Malaysia, bukan semua urusan negara seperti aspek perundangan ditentukan
oleh rakyat. Di Malaysia, kerajaan dibentuk oleh rakyat melalui pilihanraya yang
dijalankan lima tahun sekali. Pilihan raya pula dilakukan secara bebas oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya iaitu sebuah badan yang dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong (YDPA). Dalam pilihan raya tersebut, rakyat berhak memilih wakil-wakil
mereka dalam Dewan rakyat dan Dewan Undangan Negeri. YDPA bersama-sama
Sultan atau Yang di-Pertua Negeri pula akan melantik ahli-ahli Dewan Negara.
Semua wakil yang telah dipilih akan menduduki Parlimen yang akan menjana corak
pemerintahan negara berasaskan Perlembagaan Persekutuan sebagai sumber
perundangan tertinggal .Dari perspektif sejarah, sistem demokrasi sebenarnya telah
pun diamalkan oleh masyarakat tradisional. Pada awalnya, sistem politik yang
berunsurkan demokrasi telah pun diamalkan oleh masyarakat Minangkabau di
Negeri Sembilan yang berpegang teguh kepada adat perpatih.
Pada zaman penjajahan British, Negeri Sarawak merupakan perintis kepada amalan
demokrasi berparlimen di Malaysia. Ini bermula pada tahun 1868 apabila
terbentuknya Dewan Undangan Negeri semasa pemerintahan Raja Charles Brooke.
Semasa pemerintahan Charles Vyner Brooke pula, Majlis Tertinggi telah dibentuk
dan dianggotai oleh Datuk Patinggi, Datuk Bandar, Datuk Temenggung, dan Datu
Imam bagi membantu pentadbiran raja-raja Brooke.
Di Semenanjung Malaysia pula, negeri pertama yang menubuhkan Dewan
Undangan Negeri ialah Johor. Pada tahun 1873, sebuah badan perundangan telah
ditubuhkan di Johor yang dikenali sebagai Majlis Negeri atau State Council. Lanjutan
daripada itu, sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan telah dimulakan di Johor
pada tahun 1895 di bawah pemerintahan Maharaja Abu Bakar dengan pembentukan
perlembagaan bertulis. Perlembagaan ini berdasarkan perlembagaan di Britain
merupakan perlembagaan pertama di Semananjung Tanah Melayu. Malaysia hari ini
mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen berdasarkan Perjanjian
Persekutuan pada tahun 1957.
Keluhuran perlembagaan
Keluhuran perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara yang ketiga. Keluhuran
perlembagaan bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau
perlembagaan itu sendiri. Keluhuran perlembagaan Malaysia mengatasi Yang di-
Pertuan agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah. Dengan itu, semua jenis
undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah tidak sah.
Selain itu, undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan
Persekutuan. Perkara 75 menyatakan , undang-undang negeri yang bertentangan
dengan perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya.
Perlembagaan persekutuan memperuntukkan kuasa kepada Mahkamah untuk
membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa Parlimen atau bercanggah
dengan Perlembagaan Malaysia. Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan
setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan
Malaysia
Tugasan isl.
Minggu 2 :
Cari maklumat daripada internet dan sumber rujukan tentang Peristiwa 13 Mei 1969.
Minggu 3
Kumpul maklumat berkaitan kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks
hubungan etnik di Malaysia.
Minggu 4
Hasilkan carta garis masa tentang proses pembentukan masyarakat pluralistik di
alam Melayu.
Minggu 5
Cari maklumat daripada internet dan sumber rujukan tentang proses pencapaian
perpaduan di Malaysia sebelum 1970.
Minggu 6
Kumpul bahan-bahan daripada pelbagai sumber tentang perkembangan modenisasi
dan pembangunan ekonomi Malaysia dan luar negara
Minggu 7
Cari dan kumpul maklumat tentang pembangunan ekonomi di Malaysia.
Minggu 8
Hasilkan borang pengurusan grafik tentang pembangunan ekonomi (Rancangan
Lima Tahun)
Minggu 9
Kumpul bahan-bahan tentang Rancangan Lima Tahun bermula pada 1964 hingga
kini dalam konteks hubungan etnik.
Minggu 10
Kenalpasti fasal-fasal dalam perlembagaan berkaitan dengan unsur-unsur tradisi
Minggu 11
Hasilkan peta minda tentang unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan negara 1948
sehingga 1963
Minggu 12
Kumpul dan dapatkan maklumat tentang Islam Hadhari daripada agensi-agensi dan
badan-badan kerajaan yang berkaitan.
Minggu 13
Hasilkan laporan ringkas tentang cabaran globalisasi serta implikasi kepada
hubungan etnik di Malaysia berdasarkan pelbagai sumber rujukan.
Minggu 14
Hasilkan borang pengurusan grafik tentang peranan masyarakat dan kerajaan dalam
konteks hubungan etnik.
Minggu 15
Kumpul dan cari bahan tentang Dasar pendidikan kebangsaan dan PIPP daripada
pelbagai sumber.