kerangka strategik dpf desa negara
TRANSCRIPT
3 KERANGKA STRATEGIK
DPF DESA NEGARA
DPF Desa Negara ini perlu disediakan bagi mengatasi beberapa isu utama di dalam pembangunan
desa di Malaysia iaitu:
3- 01
Pekan Parit, Perak
i. Terdapat pelbagai maklumat, kajian dan
definisi berkaitan desa yang perlu
diselaraskan bagi memudahkan
pemahaman dan perancangan dibuat.
ii. Jurang pembangunan antara bandar dan
desa terutama dari aspek penyediaan
kemudahan awam / infrastruktur / utiliti dan
peluang ekonomi.
iii. Kebanyakan penduduk di kawasan desa
adalah terdiri daripada golongan kanak-
kanak dan warga emas kerana golongan
remaja berhijrah ke bandar untuk
melanjutkan pelajaran dan mendapatkan
peluang pekerjaan yang lebih baik.
iv. Terdapat pelbagai ciri desa dan jenis
kampung yang perlu dirancang dengan
efisien.
v. Desa kini mengalami tekanan
pembangunan dari kawasan bandar
sehingga menjejaskan imej dan karektor
desa.
vi. Aset sumber jaya dan biodiversiti desa
tidak digunakan secara mampan.
vii. Produk warisan desa tidak dipulihara
sebagai tarikan desa.
viii. Kegagalan PPD berfungsi sebagai pusat
perkhidmatan dan pertumbuhan ekonomi
penduduk.
ix. Wujud pertindihan fungsi dan peruntukan
kewangan di pelbagai kementerian dan
agensi yang terlibat dalam menguruskan
pembangunan desa.
Grafikkan mengikut
9 perkara sebelah
Strata
2016 2017 2018 2019 2020
Jumlah
(‘000) Peratus
Jumlah
(‘000) Peratus
Jumlah
(‘000) Peratus
Jumlah
(‘000) Peratus
Jumlah
(‘000) Peratus
Bandar 23,143.0 75.0 23,622.6 75.6 24,100.8 76.1 24,575.6 76.7 25,047.1 77.2
Luar
Bandar 7,732.4 25.0 7,644.7 24.4 7,558.9 23.9 7,475.7 23.3 7,394.1 22.8
Malaysia 30,875.4 100.0 31,267.4 100.0 31,659.7 100.0 31,051.3 100.0 32.441.2 100.0
7.7
juta
7.39
juta
Jumlah Penduduk di Desa
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia,
2015
Tahun 2016 Tahun 2020
Kadar Urbanisasi
75% 80%
Tahun 2020 Tahun 2030
Sumber: RMKe-11
Guna Tanah Tepu Bina,
Pertanian dan Hutan
Tepu
Bina
620,523
hektar
437,092
hektar
6,668,726
hektar 6,073,480
hektar
5,749,564
hektar 5,844,887
hektar
*2001 **2014
Sumber: *Rancangan Fizikal Negara
Pertama
** Sistem Maklumat Gunatanah
Perancangan Bersepadu (I-Plan),
2014
Pencapaian PPD
70%
daripada 618 PPD di
Semenanjung Malaysia
tidak mencapai tahap
pelaksanaan memuaskan
Sumber: DPF Desa Negara, 2016
Pertanian
Hutan
Sebuah petempatan kecil bercirikan bandar yang terletak di desa.
Penduduk tampungan kurang daripada 10,000 orang.
Beberapa deretan bangunan perdagangan dan kedai sesebuah.
Menempatkan pelbagai kemudahan seperti balai polis, masjid,
sekolah, pasar, dewan, padang / kawasan lapang / dataran,
perpustakaan desa dan pusat ICT bagi memenuhi keperluan
penduduk di sekitarnya.
Mempunyai aktiviti mingguan seperti pasar pagi / tani, pasar sehari
atau pasar malam.
Telah lama wujud dan kebiasaannya terletak berhampiran sungai,
jalan raya atau landasan keretapi.
Sebuah petempatan tradisi di kawasan desa.
Mempunyai ciri-ciri tradisional yang tinggi dari segi sosio budaya dan
fizikal.
Terdiri daripada sekumpulan rumah.
Terdapat lapan jenis kampung di Malaysia (muka surat 3-03).
pekan
KAMPUNG
Pekan
Kampung
Beberapa definisi berkaitan desa yang digunakan di dalam DPF Desa Negara adalah berdasarkan
rujukan Jabatan Perangkaan Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa dan analisis DPF
Desa Negara dengan rumusan seperti berikut:
Selain kawasan bandar.
Terdiri daripada petempatan yang meliputi semua jenis petempatan
kampung, pekan dan petempatan kecil lain.
Penduduk kurang daripada 10,000 orang, bercirikan pertanian dan
kaya dengan sumber alam semula jadi.
Kepadatan penduduk yang rendah.
Peratusan penduduk berumur aktif yang rendah.
Asas ekonomi utama penduduk berasaskan pertanian, industri desa
dan sumber asli / produk semula jadi.
Mengekalkan aktiviti sosial budaya desa termasuk organisasi /
jawatankuasa desa, institusi kekeluargaan, aktiviti kemasyarakatan
dan kebudayaan.
Desa
DESA / LUAR BANDAR
Desa
3- 02
Penduduk tampungan kurang daripada 2,500 orang.
Terdiri daripada komponen pembangunan ekonomi, kemudahan
prasarana, pusat perkhidmatan dan pembangunan manusia.
Merupakan pusat perkhidmatan desa yang utama kepada beberapa
buah kampung yang terletak secara berkelompok.
Pusat Pertumbuhan Desa (PPD)
PPD
3- 03
Terdapat lapan jenis kampung di Malaysia yang diklasifikasi berdasarkan komposisi penduduk dan
kumpulan etnik, tahap kepadatan, tahap urbanisasi, tahap kemudahan masyarakat dan kualiti
hidup, asas ekonomi dan jenis pekerjaan utama, corak petempatan, ciri-ciri fizikal dan lokasi serta
fungsi sesebuah kampung dengan perincian seperti berikut:
1. Kampung Tradisional Wujud secara tidak dirancang atau organik.
Kampung tradisional di bandar menampung bilangan
penduduk yang tinggi dan majoriti terlibat dengan
aktiviti perbandaran. Keadaan fizikal kampung kurang
teratur dan sesak.
Kampung tradisional di desa berdensiti rendah.
Taburan petempatan dipengaruhi oleh aktiviti ekonomi
setempat seperti pertanian, perlombongan dan
sebagainya. Corak adalah berjajar atau berkelompok.
Kampung tradisional juga boleh terdapat di pulau-pulau.
Majoriti penduduk adalah kaum Melayu dan Cina.
2. Kampung Nelayan
Petempatan kampung yang terletak di kuala atau
sepanjang sungai, di tepi-tepi pantai dan di pulau-pulau.
Majoriti penduduk adalah kaum Melayu dan Cina.
Pekerjaan adalah menangkap ikan, membuat perahu
dan menjalankan aktiviti berasaskan hasil laut dan
sungai.
Corak fizikal perkampungan nelayan dipengaruhi oleh
faktor semula jadi seperti sungai, muara dan pantai.
Keadaan kampung adalah padat.
3. Kampung Tersusun
Kampung yang dirancang berasaskan beberapa sebab
seperti penempatan semula kampung, pemberian tanah
dan bencana alam.
Susun atur kampung yang tersusun.
Densiti rendah dan sederhana.
Penduduk terlibat dalam pelbagai aktiviti ekonomi.
4. Kampung Atas Air
Terletak di atas air sama ada di sungai, tasik atau laut
dan rumah-rumah dibina secara bertiang di atas air.
Dihubung oleh jeti atau jambatan kayu.
Pelbagai densiti mengikut lokasi.
Majoriti penduduk adalah kaum Melayu dan Cina.
Pekerjaan adalah menangkap ikan, membuat perahu
dan menjalankan aktiviti berasaskan hasil laut dan
sungai.
Kampung Kelanang, Kuala Langat
Kampung Kuala Paka, Dungun
Kampung Tersusun Mawai, Kota Tinggi
Kampung Atas Air Patau-Patau, Labuan
3- 04
5. Kampung Orang Asli
Merupakan petempatan yang wujud secara tidak
terancang dan mempunyai identiti tersendiri.
Kebiasaannya jauh di kawasan pedalaman dan
berdekatan sungai.
Corak petempatan adalah berselerak mengikut suku
kaum.
Aktiviti pekerjaan sara diri seperti pertanian, mencari
hasil hutan, memburu dan menangkap ikan.
6. Petempatan Tanah Rancangan
FELDA / FELCRA / RISDA
Petempatan kampung terancang berikutan dari
pembangunan tanah secara besar-besaran.
Majoriti penduduk adalah kaum Melayu.
Konsep asas adalah untuk mewujudkan suatu
petempatan yang ‘self-contained’ bertujuan membasmi
kemiskinan dan memberi hak milik tanah di kalangan
penduduk di kawasan desa.
Corak petempatan berbentuk berpusat (concentrated)
atau berkelompok.
Kepadatan penduduk sederhana tinggi.
7. Kampung Baru
Merupakan petempatan kampung yang wujud pada
masa darurat (1948-1960) bagi mengatasi masalah
ancaman komunis.
Penduduk kaum Cina.
Terletak di ladang-ladang getah, kawasan
perlombongan bijih timah dan di sekitar bandar-bandar
sedia ada.
Corak petempatan adalah berpusat dan berbentuk `grid
iron’.
8. Petempatan Estet
Rumah pekerja ladang yang disediakan oleh majikan
pengurusan ladang.
Corak petempatan adalah berkelompok.
Majoriti penduduk kaum India.
Aktiviti utama sebagai peladang kelapa sawit dan
getah.
Kampung Orang Asli Semelor, Gerik
FELDA Sening, Kota Tinggi
Kampung Salak, Sepang
Kampung Ranggon, Kemaman
DPF Desa Negara menterjemahkan dasar-dasar pembangunan desa kepada pelan fizikal yang
diintegrasikan dengan Sistem Grid Desa. Sistem ini mempunyai pengkelasan data spatial bagi
tujuan penetapan taburan kampung mengikut ciri-ciri tertentu yang digunakan secara bersepadu
dengan CHARMs. Sistem ini dapat mengenal pasti jurang dan hubungan antara kawasan
perbandaran dan kawasan desa. Terdapat enam tipologi grid (Jadual 3.1) yang dibentuk hasil
daripada maklumat fizikal, demografi dan ekonomi bertujuan menentukan kedudukan fizikal
sesebuah kampung. Sistem ini mampu menyelesaikan masalah sempadan kampung dan membantu
dalam penetapan dasar secara spesifik berdasarkan karektor kampung yang berbeza mengikut
kategori dan keperluan masing-masing. Taburan kampung berdasarkan sistem grid desa adalah
seperti Rajah 3.1.
Tipologi Grid Kriteria
Perbandaran Utama
Major Urban
(U1)
Sebahagian daripada kawasan metropolitan dan kawasan
perbandaran utama.
90 peratus kawasan tepu bina.
Jumlah penduduk melebihi 25,000 orang.
Berada di dalam pusat bandar.
Perbandaran Sekunder
Secondary Urban
(U2)
Sebahagian dari ibu negeri dan daerah serta bandar utama.
70-90 peratus kawasan tepu bina.
Jumlah penduduk 10,000-25,000 orang.
Jarak ke pusat bandar terdekat : 5-10 km.
Bandar Desa
Urban Rural
(UR)
Kawasan bandar (pusat petempatan utama) di luar
konurbasi utama negara – pinggir bandar.
70-90 peratus kawasan tepu bina.
Jumlah penduduk 5,000-10,000 orang.
Jarak ke pusat bandar terdekat : 10-20 km.
Desa Bandar
Rural Urban
(RU)
Bandar / pekan (pusat petempatan kecil).
50 peratus kawasan tepu bina.
Jumlah penduduk kurang 5,000 orang.
Jarak ke pusat bandar terdekat : 20-40 km.
Desa Luar Bandar
Rural
(R5)
Pusat pertumbuhan desa (PPD) dan perkampungan utama.
70 peratus kawasan terdiri daripada hutan dan kawasan
pertanian.
Jumlah penduduk kurang 2,500 orang.
Jarak ke pusat bandar terdekat : 40-50 km.
Desa Pedalaman
Major / Mainly Rural
(R6)
Kawasan pedalaman dengan bilangan kecil perkampungan.
90 peratus adalah kawasan hutan dan pertanian.
Jumlah penduduk kurang 1,000 orang.
Jarak ke pusat bandar terdekat : >50 km.
Jadual 3.1 : Kriteria Tipologi* Bagi Sistem Grid Desa
Sumber : DPF Desa Negara, 2016.
* Nota : Tipologi adalah jenis, klasifikasi / pengkelasan.
3- 05
Rajah 3.1 : Taburan Kampung Mengikut Tipologi Sistem Grid Desa
3- 06
Rajah x.x :
Taburan Kampung Mengikut Tipologi Grid
Sumber : DPF Desa Negara, 2016.
Bilangan Bilangan
Grid Kampung
1. Perbandaran Utama (U1) 167 5278
2. Perbandaran Sekunder (U2) 167 3777
3. Bandar Desa (UR) 209 2716
4. Desa Bandar (RU) 194 1897
5. Desa Luar Bandar (R5) 193 773
6. Desa Pendalaman (R6) 561 650
Jumlah Keseluruhan 1491 15091
Tipologi Grid
Rajah 3.2: Ilustrasi Huraian Enam Tipologi Sistem Grid Desa
Sistem Ciri-Ciri Desa Malaysia atau Characteristics of Rural Malaysia System (CHARMs)
merupakan satu sistem yang dibangunkan khusus untuk DPF Desa Negara bertujuan untuk:
3- 07
Sumber : DPF Desa Negara, 2016.
Menilai tahap kemampanan kampung
• Mengenal pasti kampung-kampung yang telah mencapai tahap pembangunan yang mencukupi
dari aspek kemudahan dan keadaan fizikal.
• Meningkatkan kualiti hidup masyarakat kampung.
Membantu menyokong membuat keputusan agihan peruntukan
• Mengenal pasti kampung-kampung yang memerlukan bantuan penyediaan kemudahan
masyarakat dan kemudahan infrastruktur dan utiliti mengikut keutamaan.
• Memudahkan agensi terlibat untuk menyalurkan bantuan perancangan dan pembangunan desa
kepada kumpulan sasar secara lebih telus dan tepat.
Membantu dalam pemantauan pelaksanaan DPF Desa Negara
• Mengenal pasti tahap pelaksanaan DPF Desa Negara berdasarkan indikator pelaksanaan yang
ditetapkan.
• Membuat penambahbaikan pelaksanaan DPF Desa Negara sekiranya perlu.
ILUSTRASI HURAIAN ENAM TIPOLOGI GRID DESA
PERBANDARAN
UTAMA (U1)
KAWASAN METROPOLITAN & KAWASAN
PERBANDARAN UTAMA
PUSAT EKONOMI UTAMA
PUSAT PENTADBIRAN UTAMA 90% KAWASAN TEPU BINA
BANDAR UTAMA & IBU NEGERI
PUSAT KEJIRANAN
70% - 90% KAWASAN TEPU BINA
BANDAR TERDEKAT: 5-10 KM
PUSAT PETEMPATAN UTAMA
50% - 70% KAWASAN TEPU BINA
BANDAR TERDEKAT: 10-20 KM
BANDAR KECIL / PEKAN KECIL
PUSAT PETEMPATAN KECIL
50% KAWASAN TEPU BINA
AKTIVITI PERDAGANGAN BERSKALA KECIL MEMPUNYAI KEMUDAHAN MASYARAKAT
BANDAR TERDEKAT: 20-40 KM
KAWASAN PEDALAMAN
BILANGAN KECIL
PERKAMPUNGAN
90% ADALAH HUTAN & PERTANIAN
BANDAR TERDEKAT: >50 KM
KAWASAN PPD
PERKAMPUNGAN UTAMA
70% ADALAH KAWASAN HUTAN & PERTANIAN
BANDAR TERDEKAT: 40-50 KM>25,000
10,000 -25,000
5,000-10,000
<5,000
<2,500
<1,000
BANDAR DESA
(Ur)
Desa luar
bandar (r5)
Desa
pedalaman
(r6)
Desa bandar
(ru)
Perbandaran
sekunder (u2)