kerja kursus geo
TRANSCRIPT
THE MALAY COLLEGE
KUALA KANGSAR
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011
Tajuk: Pencemaran Alam Sekitar Di Kuala Terengganu,Terengganu.
Nama: Ahmad Qhaliff Bin Ahmad Zuber
Kelas: 3 Unggul
NO I/C:961109-11-5569
Guru: Puan Nor Syazila binti Abdul Rahman
ISI KANDUNGAN
Penghargaan
Pendahuluan
Objektif kajian
Kawasan kajian
Peta
Kaedah kajian
Dapatan kajian
8.1 Konsep pencemaran alam sekitar
8.2 Jenis pencemaran
8.3 Punca pencemaran
8.4 Kesan pencemaran
8.5 Cadangan mengurangkan kesan pencemaran
Bahan grafik
Rumusan
Lampiran
Rujukan
Penilaian umum
PENGHARGAAN
Pertama sekali,bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya,saya
dapat menyiapkan kerja khusus ini tepat pada masanya dengan baik dan lancarSaya juga
ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Pengetua,Encik Anand Bin
Baharuddin kerana telah menjadi penaung bagi kerja khusus ini dan memberi peluang kepada
saya untuk menjalankan kajian geografi tempatan pada tahun ini.Beliau juga telah banyak
memberi bimbingan dan semangat kepada semua pelajar.
Di samping itu,saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru
geografi kami iaitu puan Nor Syazila kerana telah memberi tunjuk ajar yang mantap bagi
saya menyiapkan kerja khusus ini.Beliau juga telah banyak memberi nasihat dan panduan
agar kami mendapat markah yang tinggi.Jasa beliau akan saya kenang sampai ke akhir hayat.
Tidak ketinggalan juga saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada keluarga
saya khususnya bapa sya,Ahmad Zuber Bin Ismail dan emak saya,Zalehah Binti
Mohammad.Mereka telah banyak berhempas pulas membantu saya dalam menyiapkan
tugasan ini.Mereka telah membantu saya dari banyak aspek terutamanya kewangan.Tanpa
mereka,pasti saya tidak dapat melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya.
Seterusnya,tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang bersama sama
menyiapkan folio ini.Kalian sanggup meluangkan masa bagi berkongsi maklumat dan
memberi idea-idea yang bernas kepada saya.
Akhir sekali,terima kasih juga kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam membantu saya menyiapkan folio ini.
PENDAHULUAN
Saya,Ahmad Qhaliff Bin Ahmad Zuber,pelajar tingkatan Tiga Unggul di Malay
college kuala kangsar telah menjalankan kajian tentang pencemaran alam sekitar di kuala
terengganu,terengganu.Kajian ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk
pensijilan Penilaian Menengah Rendah(PMR).
Saya telah memilih kuala terengganu sebagi kawasan kajian Geografi saya kerana
kawasan ini merupakan tempat tinggal saya sejak saya lahir iaitu 15 tahun yang lalu.Oleh
itu,saya telah mengenali selok-belok kawasan ini dan ini memudahkan saya untuk
mendapatkan maklumat dengan lebih mudah.Lagipun,saya mempunyai ramai kawan yang
tinggal di kuala terengganu yang boleh membantu saya mendapatkan maklumat.Ayah saya
juga mempunyai beberapa kawan yang boleh memberi maklumat yang sahih kepada
saya.Selain itu,saya juga memilih kawasan tempat tinggal saya kerana ingin mengkaji
pencemaran di kawasan ini dan saya ingin membuka mata orang awam.Setelah membuat
kajian ini,saya mendapati semememangnya terdapat pencemaran yang agak
membingbangkan dan boleh memudaratkan jika dibiar begitu sahaja.Dengan ini,saya dapat
lebih mengenali tempat tinggal saya ini dan saya sangat menghargai pihak kementerian
kerana mengamanahkan tugasan ini kepada saya.
Tempoh masa yang telah diberikan kepada saya ialah sekitar enam bulan iaitu
bermula Februari sehingga bulan julai.Bersyukur kepada tuhan kerana saya dapat
menjalankan kajian ini dengan lancar dan senang.Saya tidak mengalami sebarang masalah
atau kesulitan sepanjang kajian dijalankan.Saya telah pergi ke kawasan kajian beberapa kali
untuk mendapatkan maklumat terkini.saya telah menggunakan maklumat-maklumat yang
telah dikumpul melalui pelbagai kaedah kajian untuk menyiapkan folio ini.
Saya berharap agar kajian ini akan memberi faedah kepada saya dan amnya kepada
masyarakat di tempat tinggal saya atau sesiapa sahaja.Harap kajian ini akan menyedarkan
pelbagai pihak.
OBJEKTIF KAJIAN
Berikut merupakan objektif-objektof kajian ini dilakukan:
Mendifinisikan konsep pencemaran alam sekitar degan tepat
Menyatakan jenis-jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian
Mengenali punca pencemaran alam sekitar berlaku
Menghuraikan kesan pencemaran alam sekitar
Mencadangkan beberapa cara untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar.
Saya amat bersyukur kerana dapat melaksanakan tugasan ini dengan sempurnanya dan dapat
mengetahui pelbagai informasi berkenaan kajian saya.
KAWASAN KAJIAN
Saya telah memilih Kuala Terengganu sbagai kawasan kajian saya.Kuala Terengganu
(biasanya diringkaskan kepada KT) ialah ibu negeri dan juga bandar diraja negeri
Terengganu Darul Iman, Malaysia. Ia terletak di bahagian pantai timur negara kita dan
mengadap Laut China Selatan. Kuala Terengganu telah diiktiraf sebagai Bandaraya Warisan
Pesisir Air dan menjadi bandar raya pada 1 Januari 2008. Bandar raya ini mempunyai jumlah
penduduk seramai 357,256 pada tahun 2007. Namanya bererti muara Sungai
Terengganu.Majlis Bandaraya Kuala Terengganu merupakan sebuah pihak berkuasa
tempatan yang bertanggungjawab mentadbir seluruh Kuala Terengganu dan sekitarnya.
Di pesisir Kuala Terengganu, terdapat sederet rumah kedai yang dikenali sebagai
Kampung Cina (China Town) yang telah wujud semenjak sekian lama. Ia merupakan
perkampungan pedagang Cina yang berdagang antara China dan Semenanjung Tanah Melayu
yang bermula semenjak awal abad ke 15.Kewujudan Kampung Cina adalah bukti wujudnya
hubungan perdagangan erat antara kerajaan China dan Kerajaan Terengganu.
Bukti kewujudan sebuah kerajaan purba di Terengganu, ialah seketul batu granit berbentuk
empat segi yang berukir tulisan dengan ukuran 84 cm tinggi, 53 cm lebar bahagian atas dan
27 cm lebar di bahagian bawah dan berat batu tersebut 215 kg yang dikenali sebagai Batu
Bersurat. Batu tersebut bertulisan Jawi dan menggunakan Bahasa Melayu Kuno. Penemuan
itu juga telah menjadi bahan sejarah yang tidak ternilai dan merupakan satu-satunya bukti
yang menunjukkan kemasukan agama Islam ke Tanah Melayu pada abad keempat belas lagi.
Sejarah Terengganu moden bermula apabila Tun Zainal Abidin dari keturunan diRaja Johor
ditabalkan memerintah Terengganu pada 1708. Baginda memakai gelaran Sultan Zainal
Abidin 1.
Rupa buminya secara umumnya tanih pasir yang berputus putus dan tanahnya juga
tidak sesuai untuk pertanian.Kuala terengganu juga sedikit berbukit-bukau dan masih banyak
kawasan huatan yang tidak diterokai.Di sini,hanya tanaman pokok kelapa sahaja yang masih
bertahan kerana keadaan tanihnya.Kuala terengganu juga penting kepada daerah lain kerana
dapat membekalkan elektrik dan air melalui pembinaan Empangan Kenyir beberapa tahun
yang lalu.Kini,KT merupakan pusat pentadbiran bagi negeri terengganu.
Di rumah saya,terdapat beberapa taman perumahan yang bertempat di barat daya
pantai chendering.terdapat beberapa kemudahan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan
kepada penduduk setempata seperti sebuah sekolah,balai polis dan lain-lain lagi. Terdapat
juga huatan huatn belantara yang menjadi tempat perlindungan haiwan dan flora.
PETA DAERAH
Gambar di atas menunjukkan peta daerah kuala terengganu.
KAEDAH KAJIAN
Sebelum memulakan kajian,saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk
mengumpul maklumat sebanyak mungkin bagi menjalankan kajian ini dengan lancar.Antara
kaedah kajian yang telah saya gunakan ialah:
Rujukan
Saya telah merujuk kepada pelbagai bahan bacaan termasuklah menggunakan bahan-bahan
ilmiah yang diperoleh daripada perpustakaan awam dan perpustakaan di malay college kuala
kangsar.Selain itu,saya juga telah merujuk kepada media massa seprti internet yang pada
masa kini sangat berguna kerana dapat memberi maklumat yang benar dan banyak.Maklumat
yang telah saya peroleh akan dicatatkan di dalam folio ini.
Pemerhatian
Saya juga telah melakukan kaedah pemerhatian kerana bagi saya kaedah ini amatlah berguna
dan penting.Pengalam sendiri melihat pencemaran itu adalah lebih baik daripada merujuk
atau menyoal selidim orang lain.Pemerhatian telah saya buat beberapa kali sepanjang kajian
dilakukan.
Temu bual
Saya telah mememu bual beberapa penduduk-penduduk di sekitar bandar kuala terengganu
ini untuk mengetahui pendapat tentang pencemaran alam sekitar di kuala terengganu.Tujuan
saya mengunakan kaedah temu bual kerana ingin tahu apakah pandangan mereka tentang
migrasi,sama ada bagus ataupun tidak.
DAPATAN KAJIAN
1. Konsep Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar,
haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang
memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam
dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan kenggunaan halal alam sekitar.Contonya:
Pencemaran sungai dan longkang yang berpunca daripada pembuangan sisa
toksik
Pencemaran udara oleh kenderaan-kenderaan dan kilang
2. Jenis Pencemaran Alam Sekitar
Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang mengancam bumi kita, antaranya:
Pencemaran udara, iaitu pelepasan bahan kimia berbahaya ke dalam atmosfera.
Contoh-contoh bahan pencemar termasuk karbon monoksida, sulfur dioksida dan
sebagainya.Saya dapat melihat pencemaran inilah yang majoritinya sedang berlaku di
kuala terengganu.Ini adalah kerana Kuala terengganu sebagi ibu negeri terengganu
sudah pastinya mempunyai ramai penduduk dan ini secara tidak langsung akan
menambahkan bilangan kenderaan di jalan raya dan kilang kilang untuk memenuhi
kehendak pengguna.Penambahn ini akan memudaratkan kesihatan kita kerana ia
melepaskan banyak gas gas berbahaya seperti karbon monoksida.
Pencemaran air, Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi
kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila
digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik.
Pencemaran air bukan hannya berlaku di sungai tetapi juga di laut dan ianya boleh
berlaku secara sengaja atau tidak. Di tempat kajian saya,terdapat ramai penduduk yang
tidak bertanggungjawab hanya membuang sampah mereka ke dalam sungai tanpa
memikirkan sebarang kesan atau akibat pada masa hadapan. Sampah sarap ini akan
berlonggok dan seterusnya menjadikan sungai itu cetek dan tercemar.
Pencemaran bunyi, merupakan bunyi hasilan mesin, haiwan atau manusia yang
mengganggu aktiviti atau keseimbangan kehidupan manusia atau haiwan.Sumber
kebanyakan bunyi di luar rumah adalah sistem pengangkutan, termasuk bunyi
kenderaan, bunyi kapal terbang, dan bunyi kereta api. Di kawasan saya,pencemaran
bunyi banyak berlaku. Hal ini demikian kerana,terdapat banyak kenderaan yang
membuat bunyi bising dan juga terdapat orang yang menunggang motosikal atau ‘mat
rempi’yang sering membuat bising berdekatan kawasan kajian saya. Hal ini amat
menyakitkan hati penduduk di situ kerana mereka selalu terdengar bunyi bising
semasa mereka sedang berehat atau tidur.
3. Punca Pencemaran Alam Sekitar Berlaku
Punca pencemaran yang berlaku di kuala terengganu telah dapat saya mengenal pasti .
Antara faktornya ialah:
PERKILANGAN
Pada akhir-akhir ini,Kuala Terengganu sedang bergiat aktif dalam perindustrian.
Pelbagai jenis kilang yang telah didirikan seperti kilang memproses
makanan,kilang kereta,industri elektronik dan sebagainya. Hal ini menyebabkan
sisa-sisa pembuangan atau toksik yang dilepaskan sama ada melalui udara ataupun
air akan mencemarkan alam sekitar
PEMBAKARAN TERBUKA
Pembakaran terbuka sering berlaku di kawasan kajian saya malah sekarang ini
perkara ini sudah berlaku secara berleluasa. Ramai penduduk yang hanya
membakar samaph sarap mereka kerana mereka malas hendak memngumpulnya
dan membuangnya di tempat yang disediakan seperti tong samaph besar yang
telah disediakan oleh kerajaan untuk kemudahan penduduk. Mereka menganggap
pembakaran terbuka sebagai sesuatu benda yang biasa sahaja dan tidak memberi
apa-apa kesan kepada alam sekitar.
SAMPAH SARAP
Akibat daripada pertambahan penduduk di kawasan kajian saya,semakin ramai
yang menjadi sebagai pengguna dan hasil daripada sikap sesetengah orang yang
tidak bertangunggjawab,semakin banyak samaph sarap dapat saya lihat bertaburan
di jalan raya,sekitar bangunan malah terdapat juga di sungai.ini akan
mengakibatkan pencemaran air dan hidupan akuatik akan terancam.
4. Kesan Pencemaran Alam Sekitar
Hujan asid\
Saya mendapati bahawa salah satu kesan pencemaran alam sekitar atau lagi khusus bagi
kesan ini,pencemran udara ialah hujan asid. Kilang-kilang pada hari ini semakin bertambah
bagi membuat barangan dan kemudahan untuk rakyat terutamanya kilang-kilang di kawasan
rumah saya. Kilang-kilang ini bakal mengeluarkan gas gas asid seperti karbon monoksida dan
sulfur dioksida ke udara dan gas-gas ini akan bercampur dengan wap air yang terapung di
udara(awan).apabila hujan diturunkan,inilah yang dipanggil sebgai hujan asid dan ia dapat
mengakibatkan kemusnahan pokok-pokok dan menghakis dinding bangunan.
Jerebu
Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang
kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi
pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali
sebagai asbut. Fenomena ini biasa terjadi di sekitar kawasan rumah saya kerana faktor
asap-asap dari kenderaan dan pembakaran terbuka. Fenomena ini akan mengakibatkan
seseorang itu sesak nafas dan pandangannya terhad.
Air tercemar
Sungai di kampung saya telah bertambah kotor sejak akhir akhir ini kerana sikap
tidak bertangunggjawab orang ramai yang membuang sampah ke dalam sungai
tanpa memikirkan kesannya. Air sungai ini akan tercemar dan akan merisikokan
dan mengancam nyawa ikan ikan yang hidup di dalm sungai itu.habitatnya juga
mungkin dimusnahkan akibat airnya terlalu kotor.
Hidupan akuatik terancam
Tidak mungkin juga air akan menjadi tercemar akibat pencemaran air.ini secara
tidak lagsungnya akan menyebabkan hidupan akuatik akan terancam kerana
suasana air yang kotor dan habitat yang semakin pupus.
Udara tercemar
Udara di kampung juga akan tercemar akibat pelepasan gas gas yang kotor dan
bersifat asid seperti karbon monoksida.
Oleh itu saya sangat berharap agar penduduk tempatan dapat berganding bahu mengelakkan
pencemaran alam sekitar bagi melindungi kepentingan generasi akan datang.
5. Cadangan Untuk Mengatasi Kesan Pencemaran Alam Sekitar
Menghijaukan kawasan
Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan
dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu. Selain itu, kandungan karbon dioksida
dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses
fotosintesisnya.
Meninggikan serombong asap dan memasang alat penapis asap
Pihak berkuasa mesti mewajibkan pihak kilang meninggikan serombong asap 30 meter ke
udara. Disamping itu, serombong asap itu hendaklah dipasang alat penapis asap agar asap
yang dilepaskan adalah asap bersih yang telah dirawat dan tidak mencemarkan udara.
penguatkuasaan undang-undang
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana kilang di
negeri masing-masing. Oleh itu, jika ada kilang yang tidak mematuhi akta kualiti alam
sekitar, penduduk di sekitarnya boleh membuat aduan kepada PBT untuk diambil
tindakan selanjutnya.
INSINERATOR
Saya sangat berharap agar penduduk di kampung saya akan berganding bahu mengurangkan
pencemaran alm sekitar di kampung agar penduduk dapat hidup dengan aman dan sentosa.
Saya juga berharap agar penduduk dapat mengetahui jenis pencemran,punca dan akibatnya
agar mereka tidak melakukan sebarang aktiviti yang menyumbang kepada pencemaran alam
sekitar.
BAHAN GRAFIK
PEMBANGUNAN
50%
40%
10%
Kadar pencemaran alam sekitar di kawasan kajian
pencemaran udarapencemaran airpencamaran bunyi
FAKTOR -FAKTOR PENCEMARAN ALAM SEKITAR
PENEBANGAN KAWASAN HUTAN
PERINDUSTRIANPEMBAKARAN TERBUKA
RUMUSAN
Hasil daripada kajian yang telah saya jalankan,saya telah mendapat mengenalpasti
konsep pencemaran alam sekitar yang terdapat di kawasan kajian saya iaitu kampung rajawali
di chendering.
Selain daripada itu,saya juga dapat mengetahui jenis-jenis pencemran alam sekitar
yang dapat menggugat nyawa manusia. Saya juga telah dapat menyenaraikan punca-punca
yang telah menyumbang kepada faktor berlakunya pencemaran alam sekitar di kawasan
kajian saya. Seterusnya ,saya juga dapat mengenalpasti kesan kesan pencemaran yang akan
berlaku kepada masyarakat jika penduduk di kampung akan terus berlaku tidak
bertanggungjawab.
Saya juga telah mencadangkan beberapa solusi yang mungkin akan berjaya
mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian saya. Saya percaya jika
masyarakat bersungguh-sungguh ingin mengurangkan kesan pencemaran,inisiatif-inisiatif ini
akan berjaya.
Oleh itu,saya amat bersukur kerana telah mendapat ilmu tentang pencemaran alam
sekitar di kawasan kajian saya.
Lampiran
RUJUKAN
INTERNET
http://kelip-kelipkehidupan.blogspot.com/2011/03/langkah-langkah-mengurangkan-kesan.html
http://www.wikipedia.org/
BUKU
BUKU TEKS TINGKATAN 1
BUKU TEKS TINGKATAN 2