kertas kerja puisi patriotik oleh borhan md zain.docx

23
Kertaskerja: Puisi-Puisi Patriotik Dalam Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan. Oleh : BORHAN MD.ZAIN GAPENA. Sejarah Ringkas Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan Gapena telah diberi mandat oleh Jawatankuasa Sambutan Bulan Kemerdekaan mulai 1987 untuk menganjurkan Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan dan Simposium Pelbagai Kaum.Bermula dengan kerjasama Kementerian Penerangan,Kementerian Pelajaran,Kementerian Kebudayan,Kesenian dan Pelancongan,dan agensi kerajaan yang lainnya, program ini nyata telah dapat menanamkan rasa cinta,hormat,semangat patriotik terhadap negara oleh ribuan peserta generasi pelbagai kaum. Malah para peserta dapat mennghafal puisi-puisi kemerdekaan yang panjang dan sebenarnya telah melahirkan satu kelompok anak muda yang cukup kental jiwa patriotiknya.Ini dapat dibuktikan apabila puluhan genarasi muda ini mendesak Gapena menganjurkan

Upload: jujumyzura

Post on 26-Oct-2015

87 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

Page 1: kertas kerja puisi patriotik oleh Borhan Md Zain.docx

Kertaskerja:

Puisi-Puisi Patriotik Dalam Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan.

Oleh : BORHAN MD.ZAINGAPENA.

Sejarah Ringkas Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan

Gapena telah diberi mandat oleh Jawatankuasa Sambutan Bulan Kemerdekaan mulai 1987 untuk menganjurkan Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan dan Simposium Pelbagai Kaum.Bermula dengan kerjasama Kementerian Penerangan,Kementerian Pelajaran,Kementerian Kebudayan,Kesenian dan Pelancongan,dan agensi kerajaan yang lainnya, program ini nyata telah dapat menanamkan rasa cinta,hormat,semangat patriotik terhadap negara oleh ribuan peserta generasi pelbagai kaum.

Malah para peserta dapat mennghafal puisi-puisi kemerdekaan yang panjang dan sebenarnya telah melahirkan satu kelompok anak muda yang cukup kental jiwa patriotiknya.Ini dapat dibuktikan apabila puluhan genarasi muda ini mendesak Gapena menganjurkan sayembara bagi tahun 2010 agar program ini akan kembali segar menyemai benih-benih cinta terhadap negara dan perkasihan antara kaum dapat diperkukuhkan lagi. Kesedaran ini timbul kerana selama ini program sayembara deklamasi puisi bulan kemerdekaan melebar di daerah-daerah , kemudiannya barulah peringkat negeri. Malah diperingkat sekolah,Instiut Pengajian Tinggi Awan dan Swasta , Angkatan Tentera, dan Polis di Raja Malaysia menganjurkan dengan cukup teratur dan terusun.

Dianggarkan setiap tahun puluhan ribu peserta terlibat dalam program ini di kalangan pelbagai kaum.Pernah di adakan dua katogeri iaitu katogeri umum dan

Page 2: kertas kerja puisi patriotik oleh Borhan Md Zain.docx

katogeri pelbagai kaum.Kemudiannya diganti dengan katogeri sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Semua ini dilakukan untuk melibatkan pelbagai kaum dalam seni deklmasi ini.Malangnya mulai tahun 2007 hingga 2009, Jabatan Kebudayaan, di bawah Kementerian Kesenian,Penerangan dan Komunikasi yelah mengambil-alih perana Gapena dalam menganhurkan sayembara ini.Ketika itu. Penhanjur telah menambah satu lagi katogeri iaitu katogeri perlbagai kaum. Mungkin kurang mendapat sambutan atau pun bantahan darupada beberapa pihak, katogeri ini di tukar kepada katogeri Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pun tidak mendapat sambutan kerana penyertaan daripada SJKC tidak mendapat sambutan apatah lagi ada negeri yang hanya mempunyai satu atau dua buah sekolah menengah SJKC sahaja. Saya menganggapnya sebagai satu kegagalan.Ramai pengikut,peminat amat tidak berpuashati dengan usaha Jabatan Kebudayaan ini. Gapena telah menerima ratusan bantahan,sms dan dari face-book. Peminat,pengikut serta deklamator sendiri menggesa agar Gapena segera memulihkan sayembara yang telah bercemar apabila pihak penganjur telah mengubah dari sayembara biasa kepada deklamasi yang ditambahbaik (menurut mereka) dengan memasukkan unsur hip-hop bagi menarik generasi muda. Sepanjang tiga tahun ini Gapena hanya terlibat sebagai jawatankuasa teknikal sahaja.

Menurut Azree Ariffin.com.: ‘Datanglah apa saja halangan dan kekangan.Mesti sayembara ini hampir-hampir sahaja tidak berlansung, semangat dan azam para deklamator dan penulis tanah air dalam memprjuangkan seni untuk kelansungan semangat kemerdekaan di kalangan masyarakat tidak pernah luntur.Nah, inilah buktinya. Meski tidak gah seperti tahuntahun sebelum ini, tetapi tidak mengapa. Yang penting adalah semangat untuk melihat seni deklamsi puisi terus dimartabatkan di atas peta seni dan budaya kebangsaan. ‘

Atas desakan itu, Gapena telah menerima cabaran ini dan telah mengadakan sayembara ini kerana sayembara ini merupakan legasi Gapena dan perlu diteruskan..Saya telah diberi amanah sebagai pengarah sayembara bersama Sdr.Aziz Ali, Mohamad Saleeh Rahamad,Hashim Ismail dan Hamzah Hamdani

Page 3: kertas kerja puisi patriotik oleh Borhan Md Zain.docx

telah merancang meneruskan legasi ini dengan nasihat daripada mantan pengarah sayembara sekian lama iatu Datuk A.Latif Abu Bakar.Sebenarnya usaha ini mendapat bantahan daripada beberapa orang jawatankuasa Gapena kerana ianya melibatkan kewangan yang amat banyak.

Saya meyakinkan J/Kuasa kerja bahawa j/kuasa yang dibentuk ini akan cuba mendapatkan dana dan sokongan daripada pelbagai pihak. Dengan berkat dan usaha dapatlah bantuan kewangan daripada Menteri Kesenian.Penerangan dan Komunikasi. Disebabkan dananya agak kecil maka j/kuasa bercadang untuk membuatnya secara kevilan iaitu terus peringkat saringan , separuh-akhir di Rumah Gapena dan Rumah Pena dalam satu hari sahaja. Peringkat akhirnya dapat kita jalankan di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pada 2010 hanya satu katogeri sahaja diadakan oleh Gapena kerana Gapena merasakan bahawa tidak perlu mengadakan katogeri berlainan kerana kita sudah mencapai 53 tahun merdeka dan sudah pasti tidak ada masalah penggunaan Bahasa danSastera Kebangsaan di kalangan rakyak pelbagai kaum.Ini jelas terbukti bahawa seni deklamsi puisi masih amat teguh diminati di Malaysia dan akan terus subur sebagai wadah mengukuhkan gagasan 1Malaysia serta menabur bevih-benih fatidir,erti kemerdekaab dan bagaimana hendak mengisi kemerdekaan di kalangan generasi hari ini.

Pada tahun 2011 ini, kita telah berjaya mendapat peruntukan yang lebih besar dan telah menjayakan sayembara ini dengan lebih meriah. Sayembara kali ini diadakan saringan mengikut zon dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka.Sayembara ini telah diadakan di Wilayah Timur di DBP Timur ,Kota Bahru,Kelantan; Wilayah Utara di DBP Utara,P.Pinang; Wilayah Selatan DBP Selatan, Johor Bharu, Wilayh Sabah, DBP Sabah;Wilayah Sarawak, DBP Sarawak dan Wilayah Tengah, di Rumah GAPENA. Sambutan lebih meriah dan memikat lebih ramai peserta.

Page 4: kertas kerja puisi patriotik oleh Borhan Md Zain.docx

Gapena dan Legasi Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan.

Gapena dan deklamasi puisi patriotik tidak boleh dipisah. Deklamasi puisi patriotic ala-Gapena telah dibentuk sekian lama.Sejak sayembara ini dimulakan. Pada tahun 1987 hinggalah ke hari ini. Pada mada lampau puisi didendangkan (khusus syaiir) sebelum memulakan peperang untuk membangkit semangat juang dan berani.

Gapena merasakan bahawa melalui deklamasi puisi patriotik ini ianya dapat membentuk jatidiiti, menyemai sikap cintai negara,memelihara kemerdekaan,mengenang tokoh kemerdekaan dengan cepat dan berkesan.Semangat perjuangan bagi membangun dan mempertahankan negara dapat disuntik dalam kalangan rakyat dari peringkat awal lagi dari penghayatan,penghafalan dan pelontaran suara melalaui sayembara ini.

Secara amnya , saya berpendapat Deklamasi Puisi merupakan satu genre seni kesusasteraan yang tersendiri. Ianya perlu dipelajari . Deklamasi puisi adalah pengucapan puisi/persembahan puisi melalui vokal yang disampaikan oleh deklamator/penyair.Selalunya persembahan pengucapan puisi ini,diadakan bagi majlis-majlis tertentu atau kumpulan-kumpulan penyair sama-sama berbincang dan berkumpul sebagai aktiviti kumpulan tersebut.

‘A poetry reading is a performance of poetry,normally given on a small stage in a café or bookstores,although poetry readings given bu notable poets frequently are book at larger venues to accommodate crowds. Unless otherwise indicated in advance, almost involve poets reading their own work or reciting it from memory- the recitation of a work by another poet is normally the act of a well-knpwn poet who chooses to read a few poem by lesser-known poets or old friends that the

Page 5: kertas kerja puisi patriotik oleh Borhan Md Zain.docx

poet feel should be more widely recognized. Poetry reading is often involve several readers(called featured poets) although normally one poet chosen as a headliner.

In United States, a competitive format has become increasingly popular, since its inception in the 1980s.Much,though not all,pf the poetry featured at the slams has adapted to a hip-hop sensibility.’

Di negara kita deklamasi puisi bermula secara giat pada awal tahun 1970an. Ianya mula menarik minat khalayak umum apabila kumpulan kecil penyair Anak Alam wujud di Padang Merbuk,Kuala Lumpur.Kemudiannya deklamasi puisi melebar dan berkembang secara teratur oleh sekumpulan penyair yang di ketuai oleh Atondra. Kumpulan penulis seperti Latif Mohideen,Ghafar Ibrahim.Siti zainun Ismail. Asiah Sarji,Zurinah ,Borhan Md.Zain.Ahmad Razali Yusof, Maaruf Saad,Mana Sikana ,Yassin Salleh dan ramai lagi sering berkumpul di pejabat kebudayaan Jalan Ampang hampir setiap minggu berbincang dan mendeklamasi puisi. Kumpulan ini mula berkembang dan mempunyai ahli yang ramai dan kemudian berpindah ke Sudut Penulis di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Yassin Salleh dengan puisi Ikan-Ikan Di Kaca, masih bermain dikepala saya hingga ke hari ini. Disini kumpulan ini sentiasa menjadi tetamu pegawai DBP yang juga penyair seperti Usman Awang,Awan Il Sarkam, Kemala,Ajikik,Salleh Daud.,Baha Zain, dan ramai lagi.

Selain daripada kumpulan ini, terdapat kumpulan-kumpulan dan individu-individu tertentu mendeklamasi puisi bertujuan untuk menarik perhatian khalayak untuk berniaga. Ini dilakukan oleh penyair Khalid Salleh yang menjual ubat tradisional sambil mendeklamasi puisi di sekitar Kuala Lumpur.Khalid telah dapat menarik minat khalayak ketika itu.Kemudianya ada kumpulan Tiang Lampu atau penyair Jalanan seperti Siso,Usop, Sani Sudin , Zul dan kumpulan Penyair Pasar Seni Kuala Lumpur membuat persembahan merata terutama Pasar Seni. Padang Merbok juga merupakan tempat deklamasi yang popular sebelum Pasar Seni.

Page 6: kertas kerja puisi patriotik oleh Borhan Md Zain.docx

A Ghafar Ibrahim membawa cara tersendiri dengan teknik 3Vnya ( Vokal ,Vowel dan Visual).Sudah tentu AGI cukup popular dengan pun Tan Sri Bulan,Tak Tun, dan Burung Gagaknya mewarnai scenario deklamasi dengan impak yang begitu ketara sekali. AGI bukan sahaja memperkenalkannya dinegara kita malah ianya amat popular di Australia hingga puisi Tak Tun , diterjemahkan ke bahasa Ingeris oleh Harry Aveling.

Pada awal tahun 80an, deklamasi puisi semakin mendapat tempat.Persatuan-Persatuan Penulis,Dewan Bahasa dan Pustaka banyak menganjurkan deklamasi puisi selain daripada acara rasmi yang menyelitkan deklamasi.Deklamasi terus mendapat tempat apabila pada tahun 1987, GAPENA telah diberikan satu cabaran oleh Jawatankuasa Perayaan Bulan Kemerdekaan Negara menganjurkan Sayembara Deklamasi puisi Bulan Kemerdekaan bagi merebut Piala Pusingan Tun Ghafar Baba,Timbalan Perdana Menteri ketika itu.Bermula dari tahun tersebut Gapena telah berkerjasama dengan kementerian Penerangan,Kementerian Pendidkan,Kementerian Kebudayaan,Dewan Bahasa dan Pustaka selama 23 tahun telah menganjurkan sayembara ini khusus untuk puisi patriotik. Sayembara ini mendapat sambutan hangat dari segenap lapisan masyarakat. Dianggarkan sehinggakan kini Gapena telah dapat melibatkan lebihkurang 20 ribu peserta .Ini tidak termasuk kalangan yang terlibat secara pasif.Tapi yang nyatanya Gapena dapat menanamkan semangat patriotik dan rasa cinta terhadap negara dalam diri mereka ini.Malah Gapena juga berjaya menyemai rasa perkasihan antara kaum melalui program ini.

Pada awal dekad 1990an, Rahman Shaari telah membawa satu corak deklamasi puisi iaiitiu peminat deklamasi berpeluang menonton Persembahan Puisi Artistik (PPA) yang diadakan disekitar Kuala Lumpur,Melaka,Seremban dan Ipoh. Persembahan PPA ini pada saya merupakan , satu era baru dalam deklamasi puisi. Rahman Saari menekankan kepada persediaan seorang deklamator sebelum naik ke pentas untuk mendeklamasi puisi. Deklamator ditentukan untuk berlatih beberapa hari untuk mempastikan bahawa deklamasi dapat dilakukan secara profesyenal. Saya sering terlibat dengan program Rahman dan amat berterima kasih kerana sehingga ke hari ini, saya tidak akan berada di pentas mendeklamasi puisi tanpa persediaan.Saya amat bersetuju dengan Rahman

Page 7: kertas kerja puisi patriotik oleh Borhan Md Zain.docx

kerana program ini memerlukan deklamator dibayar honorium. Maka bermulalah era baru dalam bidang deklamasi puisi. Setiap persembahan deklamasi perlu dibayar.Deklamator berhak dibayar kerana deklamasi kini sudah diatur dan dilatih secara sempurna.Bukan lagi era memberi cenderahati berbentuk plak sahaja.Deklamasi merupakan satu genre sastera yang perlu dipelajari melalui latihan yang terancang.Persediaannya memakan waktu dan sudah pasti harus berbelanja besar.Satu peristiwa yang tak dapat saya lupakan apabila seorang penyair /deklamator menghempaskan sebuah plak dipentas salah sebuah universiti setelah diberikan plak itu sebagai cenderahati. Ini menandakan tuan rumah tidak prihatin terhadap perkembangan deklamasi puisi sebagai satu cabang i yang sepatutnya dihargai. Bagi saya, deklamator mesti dibayar seperti kita membayar kepada penggiat seni yang lain.

Perkembangan deklamasi secara tradisi telah dilakukan oleh PENA mulai awal tahun 90an.Kegiatan ini diperkukuhkan lagi apabila Sutung Umar RS(setiausaha pena) dan Borhan Md.Zain (S/Usaha 2) berusaha mengadakan Baca Puisi Pena setiap bulan.Majlis ini berterusan hingga hari ini, diadakan pada Malam Jumaat setiap minggu pertama.Sumbangan Pena ini member i nafas penerusan bacaan /deklamasi puisi.

Di Rumah Pena majlis deklamasi ini acapkali diadakan secara santai dan banyak memberi peluang kepada penyair muda menampilkan bakat disamping berpeluang untuk bergaul dan bertukar pendapat bersama penyair/deklamator yang lebih berpengalaman. Malah PENA membawa deklamasi puisi kelauar dari Kuala Lumpur. Diadakan deklamasi di Alor Setar, Melaka, Kota Kinabalu dan beberapa pusat pengajian tinggi dengan bantuan Dewan Bahasa dan Pustaka. Maka lahirlah penyair seperti Raja Rajeswari Seetha Raman khusus penyair bukan Melayu yang dipupuk bakatnya dalam bidang deklamasi.P

Sudah tentulah penyair/deklamator yang dikagumi dan menjadi ikutan serta berpengaruh dikalangan pelajar berbilang kaum, nama Lim Swee Tin berdiri megah kerana stail deklamasi bersahaja,emosi dan realistic berdasar puisi

Page 8: kertas kerja puisi patriotik oleh Borhan Md Zain.docx

memantapkan makna puisi kepada penonton.Lontaran suaranya juga sering tertinggal dalam ingatan.

Lontaran suara parau,kuat, dan sering meninggikan intonasi (bukan menjerit) seperti Marsli NO, Borhan Md.Zain, Shukri Abdullah, Khalid Salleh, dan sudah tentu penyair Ismaily Bongsu penyair dari Sabah yang amat rebelius penuh dengan emosi dan gerak gaya dan nada yang memukau.Satu-satu penyair yang mendapat didikan WS Rendra ini amat mendekati bidang teater. Barangkali ada persamaan dengan penyair deklamator Marzuki Ali yang juga mendapat didikan yang sama.

A.Samad Said mendeklamasi puisi dengan penuh cermat dan lontaran setiap patah perkataan membawa erti kepada puisi yang dideklamasi. Deklamasi cara ini mampu menarik minat khalayak. Pun begitu Kemala (Ahmad Kamal Abdullah) membawa pengaruh rentak puisi-puisinya Islamik sesuai dengan maksud yang hendak disampaikan oleh puisi beliau.Malah puisi beliau lebih memberi lebih kesan jika dideklamasikan daripada membaca.

Menurut Rahman Saari, seseorang yang berhasrat menjadi deklamator hendaklah bersedia dengan semangat,rasa cinta, kreativiti,kesanggupan dan berbakat.Tanpa kelima-lima perkara diatas, deklamasi hanya akan menjadi ‘pertujukkan murahan’ yang bererti pembaca sajak itu sekadar naik ke pentas menunjukkan dirinya membaca sajak.

Maka, tidak ada lagilah diharapkan kita akan menyaksikan samada penyair tersohor atau yang baru,apabila dipanggil naik ke pentas membawa kertas kemudian menggaru kepala seolah -olah tidak bersedia untuk mendeklamasi. Perkara begini menghilangkan semangat penonton.Penonton mahukan deklamator yang sentiasa bersedia dan terlatih. Bukan naik ke pentas baru nak cari sajak apa yang hendak dibaca. Begitu juga menyatakan kepada khalayak bahawa sajak yang akan dibacakan ini baru saja siap setengah jam yang lalu. Ini juga tidak boleh dilakukan kerana kerja-kerja mencipta sajak yang baik mengambil masa yang lama. Sudah tentu ,memerlukan penelitian semula,proses memeram

Page 9: kertas kerja puisi patriotik oleh Borhan Md Zain.docx

dan akhirnya menjadi buah tangan yang baik. Bukan setengah jam. Khalayak sudah tentu tidak mengharapkan puisi yang pra-masak dan pra-matang. Ini memberi kesan kepada deklamasi secara keseluruhanya.

Pada peringkat awal sayembara ini, iaitu pada tahun 1087,kita menemukan gaya yang stereotaip dan gaya percubaan yang berlebih-leh

bihan dan agak mengada-ngada.Walaubagaimanapun kita berjaya menemukan deklamator yang baik pada masa itu iaitu Puzi Hadi.Sebagai johan pertama, Puzi menjadi model yang cukup popular pada tahun berikutnya.Namun Mohd Fauzy Abu Bakar mempamerkan gaya yang tersendiri dan tidak terikiat dengan daya Puzi Hadi. Ini menandakan bahawa setiap peserta yang ingin menjadi johan mestilah mempunyai gaya yang tersendiri.

Gaya dan kaedah deklamasi Mohd,Fauzy Abu Bakar,Ahmad Noor Sulaiman.Thazali Md.Elah,Juriah Jusuh,Umi Kalthum Baharian,Emylya Othman,Ahmad Asri Khalbi, Rosminah Saad,Ahmad Shukri Abdullah,Maarof Seman,Nordin Ahmad,Milyana Arshad,Termizi Kassim.Zakaria Manan dan beberapa orang lagi juara tidak sama.Perbedaan antara mereka dapat dikesan oleh sesiapa yang menonton sayembara ini.

Puisi-Puisi Sayembara.

Bagi tujuan kegunaan sayembara, Gapena pada awalnya telah memilih sajak-sajak yang terdapat dalam antologi puisi Maruah Merdeka, Di Atas Mimbar Merdeka, Suara Anak Merdeka dan Mutiara Pertiwi. Sajak yang dianggap sesuai untuk maksud sayembara ialah sajak-sajak yang membawa tema semangat patriotic dan deklamatori sifatnya. Dari segi tema, kita temukan sajak-sajak tentang tokoh pejuang dan pengisi kemerdekaan,sajak-sajak yang tebal dengan semangat perjuangan dan lain-lain yang berkaitan.

Kemudiannya Gapena telah menerbit tiga buah antologi puisi yang mengandung sajak-sajak bertemakan seperti di atas.

Page 10: kertas kerja puisi patriotik oleh Borhan Md Zain.docx

Gapena telah menerbit tiga buah antologi nagi tujuan kegunaan sayembara ini.

i. Rumah Merdeka memuatkan 40 buah sajak

ii.Aksara Merdeka memuatkan 34 sajak

iii.Jamung Merdeka memuatkan 34 sajal.

Selama 24 tahun sayembara ini terus menerus berada dipersada, telah mengumpulkan puluhan penyair yang berjiwa patriotik, dan mempunyai semangat juang dan jatidiiri yang kukuh.

Antologi Rumah Merdeka, Aksara Merdeka dan Jamung Merdeka digunapakai dalam Sayembara Deklamasi Bulan Kemerdekaan.Sajak-sajak ini mempunyai beberapa tema yamg membawa kepada semangat patriotisme.

Tema Tokoh Pejuang.

Kita dapat melihat bagaimana penulis menggunakan tokoh zaman silam bagi membangkitkan semangat patriotik.

Menurut Gunawan Mahmood dalam puisinya ,Tun Perak;

Tun Perak lelaki Melayu tokoh terulung di zamannya Dialah pemerintah di bawah junjungan mahkota mulia Bijaksananya memikat ribuan orang datang berdagang Kepandaiannya terbina kota niaga dan pelabuhan Makmurnya tanah ini mengundang kuasa-kuasa barat.

(rangkap 2)

Dan seterusnya terus menangkat Tun Perak sebagai tokoh yang berjasa;

Page 11: kertas kerja puisi patriotik oleh Borhan Md Zain.docx

Tun Perak, walaupun telah ratusan tahun kau pergi Tetapi semangatmu tetap pada dalan nurani kami Jasamu besar membina peribadi jatidiiri Kaulah penyemai benih-benih demokrasi Di tanah bertuah ini. (rangkap akhi r)

Begitu juga dengan Rahimidin Zahari melalui sajaknya Tok Janggut, mengungkap;

Tok Janggut Haji Mat Hassan namaku Tujuh lapis langit terpikul di bahu Tujuh lapis bumi tercengkam di kaki. (rangkap 4)Dan mengakhir puisinya; Aku pulang dengan siap sedia asal mula Sebagai lelaki anak jantan perkasa Aku siap sedia menitiskan darah ke ranting cempaka Ini tanah darahku, tak akan kurela kaukkis habis Kuoleng mangkuk mimpi para tiran Inilah nafasku angin bergugus menyerkan tandus Dan, nah! Darah matahariku akan terpercik ke Tanah Pasir Puteh.

Begitu juga beberapa penyair yang mengangkat tokoh sebagai semangat meneruskan perjuangan dan memprtahankan tanah air.Lim Swee Tin dengan puisinya, Salam Perjuangan Srikandi Bangsa, Ab,Hadi Yusof- Srikandi Merdeka, Shahrulnizam Abdul Talib- Mengenangmu Pejuang.

Nassury Ibrahim mengangkat tokoh pejuang merdeka sebagai ungkapan semangatnya seperti terlihat dalam karya beliau Lelaki Pertama Membuka Sangkar Derita Kita.Nassury mengenang tokoh pejuang kemerdekaa kita dengan

Page 12: kertas kerja puisi patriotik oleh Borhan Md Zain.docx

lelaki pertama membuka sangkar derita kita Bersilat lidah di meja perundingan Bersama Dato’ Razak Hussein,H.S.Lee, Dr.Ismail Ab.Rahman,Datuk Panglima Bukit Gantang, Abdul Aziz Majid,Dato’ Mohd Seth Dan Dato’ Ahmad Kamil Mencabut satu persatu duri masalah Hingga terbentuk Perjanjian Merdeka.

Walaupun Nassury tidak menamakan tokoh tersebut, kita tahu bahawa beliau maksudkan Bapa Kemerdekaan Kita, Tunku Ab.Rahman Putra Al-Haj.

Hashim Yaakub melalui sajaknya Kitalah Tuan telah membangkit semangat rakyat dengan menyatakan;

Ratusan tahun kita ketiadaan wajah, Apakah tanda kehandalan pahlawan Sedang bangsa menjadi suruhan? Ratusan tahun kita kehhilangan rupa, Di tanah sendiri tuannya siapa? (Rangkap 3) Lalu beliau menjelaskan; “Kami sebenarnya tuan, Kamu yang lemah adalah suruhan.”

Sajak ini merupakan salah satu sajak yang popular menjadi pilihan peserta sayembara.

Page 13: kertas kerja puisi patriotik oleh Borhan Md Zain.docx

Tema mengisi harapan kepada generasi muda dan remaja juga dilaungkan.Zurina Hassan menyatakan; Anak-anak merdeka Mari kita kutip makna dari sejarah Keruntuhan akhlak yang membawa pada Kota dan empayar dunia yang telah musnah Dan diteruskan; Anak-anak tercinta Jangan kau sangka era modenisasi,kota siber dan canggih IT Kita tak perlu berbudaya dan berbudi Akhlak mulia adalah warna peribadi Tanpa peribadi kau hanyut tak berpaut.

Begitu dalam Mentera Anak Wawasan karya Borhan md.Zain;

Kita jangan papa jadi perempat Dan peminta di tanah air sendiri Kita jangan leka jadi penyengat Dan petualang jalang mengotor hitam persada suci.

Usah lalai dengan kemerdekaan Jangan leka dengan kebebasan Perjuangan kita baru bermula Esok lusa siapa yang punya.Ini pesan penyair kepada generasi muda supaya terus berusaha mengisi kemerdekaan.

Begitu juga Chu E Liang dengan puisinya salam Tekad Warga Merdeka,Hassan Jaidin –Wasiat Rimba Merdeka , Zaidin Abadi- Suara Anak Merdeka.Semuanya mengingatkan generasi muda sentiasa waspada dan berusaha menjaga kemerdekaan yang ada.

Page 14: kertas kerja puisi patriotik oleh Borhan Md Zain.docx

Tema mengisi kemerdekaan amat banyak. Antaranya, Ayahku , Seorang Penjual Roti karya Zainal Rashid Ahmad.Zainal melukiskan kejayaan seorang penjual roti setelah negara merdeka. Kini kilang rotiku di Petaling Jaya Dan pada anak cucu aku selalu berkata: “Inilah tanah airmu…kamulah penjaganya!” Tiap ucap pasti ditumpahi air mata Lebih basah cucurnya; takala kukenang Kayu kandar ayah dan basikal tuanya.

Razali Yusof melalui karya Jamung Merdeka, menyeru

Mari kita nyalakan lilin dari jamumg puisi Menyemarakkan tembang bahtera merdeka Biar lirik dan irama kita senada Alunkan pada tanah pusaka ini Agar tidak dicemari rengekan biadap hak ketuanan Tidak dibolosi tusukan curang anak dagang.

Zaen Kasturi dengan puisinya Ke Ruang Katarsis,

Mari kita lagukan canggung katarsis Arena kita nanti bukan lagi saujana padang lalang Muzik kita nanti bukan lagi tabuh sayap merpalang.

Ayunkan roh anak ke pintu hakiki Dodoikan nyali anak ke perabung maknawi Temani tidur mereka dengan mimpi

Page 15: kertas kerja puisi patriotik oleh Borhan Md Zain.docx

Dan selimut iman dari tuhan.

Begitu banyak pesanan, lontaran suara perjuangan, laung kemerdekaan,harapan dan amaran telah dicing oleh penyair melaui peserta Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan yang dikelolakan oleh GAPENA selama 24 tahun yang lalu. Sayembara telah menjadi satu legasi yang perlu dipertahankan dan diteruskan bagi memupuk semangat patrioti dan jatidiri bangsa Malaysia seperti yang telah dilaksana.

Penutup.

Saya berharap agar sokongan dan dokongan dari pelbagai pihak mempastikan bahawa penerapan nilai unggul ini dapat diterus melalui gerbang Seni Deklamasi Puisi.

Rujukan;

Borhan Md. Zain -Kertas Kerja -Seni Deklamasi Puisi

Page 16: kertas kerja puisi patriotik oleh Borhan Md Zain.docx

Borhan Md.Zain -Kertaskerja - Seni Deklamasi dan Penyair

Malaysia.

Borhan Md.Zain -Malaysia Poetry –Harmony In Diversity.

Gapena - Rumah Merdeka –antologi

Aksara Merdeka -antologi

Jamung Merdeka – antologi.

Rahman Shaari - Anjung Puisi.

Ralph Fletcher - Poetry Matters.