kesempurnaan solat (wudhu & solat) - dr abdul basit hj abdul rahman

10
Daurah Tahsin Solat Merungkai Kesempurnaan Solat Oleh; Al-Faqir IlalLah www.abuanasmadani.com Bertempat di : UIA Gombak. 10 Muharram 1434H / 24 Nov 2012. Anjuran: K-Fiqh Sdn. Bhd. Disusun Oleh: www.dartaibah.com

Upload: nabilahhassan

Post on 21-Dec-2015

58 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Membincangkan mengenai cara untuk mengejar kesempurnaan wudhu dan solat.

TRANSCRIPT

Page 1: Kesempurnaan Solat (Wudhu & Solat) - Dr Abdul Basit Hj Abdul Rahman

Daurah Tahsin Solat

Merungkai Kesempurnaan

Solat

Oleh; Al-Faqir IlalLah

www.abuanasmadani.com

Bertempat di : UIA Gombak.

10 Muharram 1434H / 24 Nov 2012. Anjuran:

K-Fiqh Sdn. Bhd.

Disusun Oleh:

www.dartaibah.com

Page 2: Kesempurnaan Solat (Wudhu & Solat) - Dr Abdul Basit Hj Abdul Rahman

Daurah Tahsin Solat

1

، الح ر

اام هرب ا حتقريدم حرسلري، اذريجالاصالةطرري قةا

حا سيا ر همق حرةعير ينر وجالفري ا ا وجالفريهم وبحكنممرنأبكم،ر

رلدمح لةر اامجر ب ايجنة حر قري اامشر أسرابر ادمحذنربري، وما ر، وشفريعر يراام ب ا بسولر حمدم علىسيا رنم واسالمح آرهر، واصالةح وعلى

ينر ا ا . أممبا( )وأصحمبرهروعرت رترهراطمهرررين صالةوسالممدائردميرإىلي ومر :تامىلملق [54: العنكبوت ]

1- Muqaddimah.

Solat merupakan perkara utama dalam hidup setiap muslim. Selaras dengan perintah Allah

agar manusia muslim menunaikan solat, Rasulullah telah memberikan penjelasan tentang cara

dan kaedah menunaikan solat bersesuaian dengan sifat Baginda sebagai penghurai dan penjelas

terhadap perintah Allah di dalam Al-Quran.

Maka cara terbaik untuk menunaikan solat adalah dengan mengikuti panduan Rasulullah

dalam mengerjakannya. Zaman-berzaman, para ulama’ hadis telah berusaha mengumpul dan

menyusun hadis-hadis tentang sifat solat, sama ada menerusi penerangan Rasulullah sendiri

ataupun menerusi penerangan para sahabat Baginda. Manakala para ahli fiqh telah berusaha untuk

mengeluarkan pendapat terbaik tentang cara solat berdasarkan hadis-hadis yang telah dikumpulkan

itu. Terdapat pendapat yang sama pada beberapa aspek sifat solat dan terdapat juga beberapa

perbezaan pendapat dalam bahagian tertentu.

Mafhum dakwah kepada solat Rasulullah .

Seruan ini adalah berdasarkan wasiat atau pesanan Rasulullah di dalam sebuah hadis kepada

sekumpulan pemuda yang datang berguru dengan Baginda di Madinah.

Kisah Hadis:

ابخمبي قملممركبعن: نالحويررثر : انبر نم محت قمبربحو،أت ي شببة لة وننح ي عرشررين عرن هح فأقدمنم ا هر بسحولح بفريقموكم،يدمم أهلنم بحر نم اشت هي ق أنم اشت قنمأو ف لدممظن ب ا نم ق ت ركنم عدمن ،فأقيموا فيهم ،ارجعوا إلى أهليكم )):قمل فأخب رنمهح،سأنم

كم فإذا حضرت الصال،وصلوا كما رأي تموني أصلي-أحفظحهمالرأشيمءأحفظحهمأووذك- ومروهم ،وعلموهم لكم أح ذ ة ف لي مكم أكب ركم ((ولي

Maksudnya: Malik bin Al-Huwairith menceritakan: Kami datang bertemu Rasulullah

[pada tahun kedatangan )wufud( tahun 9H], kami golongan pemuda yang hampir sama [umur dan

ilmu]. Kami tinggal bersama Rasulullah selama 20 malam. Rasulullah adalah seorang yang

pengasih dan penuh kasihan belas. Apabila Baginda merasakan kami semua telah merindui keluarga

kami, Baginda pun bertanya tentang mereka yang kami tinggalkan itu, maka kami pun

menceritakannya. Setelah itu Baginda bersabda: “Pulanglah ke pangkuan keluarga kamu, tinggal

bersama mereka, ajar dan suruhlah mereka. [Kata Abu Qilabah (perawi hadis) banyak lagi pesanan

Baginda ada yang aku ingat dan ada yang aku lupa. Di antara pesanan Baginda:] “..Dan bersolatlah

sebagaimana kamu melihat aku solat. Apabila tiba waktu solat, maka salah seorang dari kamu

laungkan azan, dan yang menjadi imam ialah orang yang paling tua dikalangan kamu”. [Hadis

riwayat Al-Bukhari]

(ا كما رأي تموني أصليوصلو ):ق وه

علىاوحجحو :قملاربندقريقااري :ابنحجر قملالمفظ كثررية ع مواضر كثرريمرنافحقهمءفر معهذاارست ل برمفرالرأحصلا" وهحواقول كدممبأي تحدمحونر يمق:قمل."صلوا عنذركرسببهوسر ذمحفردا أحخر إرذا طم رلحوهذا برأنهحخر برأ،يحصلواهأشار مةرستر الكم،يحصلا ف ي قوىاالكدمم كحلفرال ب اصاللبرهرعلى هذاالرةأنهحف الهحفر موق كرن بعطم إر ردممركر نالحويررثر

(1) Muqaddimah Munyatul Musalli.

Page 3: Kesempurnaan Solat (Wudhu & Solat) - Dr Abdul Basit Hj Abdul Rahman

Merungkai Kesempurnaan Solat

2

الحيحش ن اميحصلايهوجهاذريبأوهحةعلىاصحمبهبرأ،يحوقراحوااصالوأ حمبركهحمفر يعا أ،ي ثبحارستردمرابهكممر مةبرشر رحءا ح ست لبرهردائردممعلىفرالذركاش ا ي خحلت بم وب اذذركمقطحوببرمستردمرابرهرعليهرت وأممممل مرويكحو،واجر

ترلكا فتهم فالي حلدريلعلىوحجحودهفر اصالةعلىصر مربرإريقمبر ت القا اصلواتاتر أه .أعلممرهح وا هنكحمبرت نموحلر.افتح

2- Bersuci (At-Toharah) Ta’rif At-Toharah.

Erti bersuci mengikut bahasa ialah: Bersih dan terhindar daripada segala kekotoran sama ada

dalam bentuk hissiyyah iaitu yang boleh dirasa seperti najis atau ma’nawiyyah seperti perkara yang

mengaibkan atau sifat-sifat keji.

Bersuci mengikut istilah Syara’ ialah: Perbuatan yang apabila dilakukan akan mengharuskan

solat didirikan atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan hukum solat, samalah seperti

berwuduk kepada sesiapa yang tidak berada dalam keadaan berwuduk, mandi kepada sesiapa

yang diwajibkan mandi dan menghilangkan najis daripada pakaian, badan dan tempat.

Islam sangat mengambil berat terhadap bersuci dan kebersihan. Ia dapat dilihat di dalam firman

Allah yang memerintahkan berwuduk untuk mendirikan solat, dorongan atau gesaan supaya

mandi di dalam keadaan tertentu.

Kebersihan pula terbahagi kepada dua iaitu batin (ma’nawiyyah) dan zahir (hissiyyah).

1) Ma’nawiyyah ialah suci hati daripada segala syirik, dosa dan maksiat.

2) Hissiyyah ialah suci daripada segala hadas dan najis.

(2)

WUDUK.

Erti wuduk ; dari segi bahasa diambil daripada perkataan لوضاءةا iaitu elok dan berseri.

Dari segi Syara’ ialah; Perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota tertentu beserta

dengan niat. Firman Allah :

[المائدة: ]

Maksudnya: {Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka

basuhlah mukamu dan tanganmu sehingga ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuhlah) kakimu

sehingga kedua buku lali, dan jika kamu berjunub maka mandilah ….} [Al-Ma’idah: 6].

Hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Zaid apabila menyifatkan wuduk Rasulullah :

Maksudnya: (( Dia telah melihat Rasulullah berwuduk, Baginda berkumur dan memasukkan air

ke dalam hidungnya, kemudian membasuh mukanya sebanyak tiga kali, membasuh tangan kanan

(hingga ke siku) sebanyak tiga kali, begitu juga tangan yang satu lagi (kiri). Lalu menyapu

kepalanya bukan dengan air lebihan tangannya tadi (yakni dengan air yang baru), dan akhirnya

membasuh kedua kakinya hingga ke buku lalinya.)) [Muslim No. 235].

Juga hadis Sayyidina Usman : Maksudnya: ((Daripada Humran, bahawa Sayyidina Usman bin

Affan telah meminta air untuk berwuduk. Lalu dia membasuh dua tangannya tiga kali, kemudian

berkumur-kumur, dengan memasukkan air ke hidung dan menghembuskannya kembali. Kemudian

beliau membasuh mukanya tiga kali, membasuh tangan kanannya hingga ke siku tiga kali,

kemudian tangan kirinya seperti itu juga. Kemudian dia menyapu kepalanya, membasuh kaki kanan

hingga ke buku lali tiga kali dan kaki kiri seperti itu juga, kemudian beliau berkata: “Aku telah

melihat Rasulullah berwuduk sepertimana wudukku ini”.)) [HR Bukhari dan Muslim].

Cara-cara berwuduk sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah :

1. Berniat.

2. Membaca bismillah. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Maksudnya:

((Tiada (sempurna) wuduk seseorang yang tidak menyebut nama Allah (pada permulaannya)). [HR

Imam Ahmad].

(2) Lihat: Al-Fiqh Al-Manhaji 1/27.

Page 4: Kesempurnaan Solat (Wudhu & Solat) - Dr Abdul Basit Hj Abdul Rahman

Daurah Tahsin Solat

3

3. Membasuh kedua tangan sebanyak 3 kali.

4. Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung sebanyak 3 kali.

5. Membasuh muka sebanyak 3 kali.

6. Membasuh kedua tangan hingga ke siku sebanyak 3 kali.

7. Menyapu semua kepala bagi lelaki dan bahagian depan kepala bagi wanita bersekali dengan

dua telinga, sekali sahaja. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Zaid :

Maksudnya: ((Sesungguhnya Nabi menyapu kepalanya dengan kedua tangannya, yang dibawa ke

hadapan dan dibalikkan semula ke belakang, iaitu Baginda memulakan sapuan pada kepala pada

bahagian hadapan, kemudian Baginda membawa tangannya ke bahagian belakang kepalanya, dan

sekali lagi dibawa ke bahagian hadapan di mana Baginda memulakan sapuannya..)) [HR Bukhari].

Hadis riwayat Abdullah bin Amru : Maksudnya: ((... Rasulullah menyapu kepalanya

kemudian Baginda memasukkan kedua-dua jari telunjuknya ke dalam kedua-dua telinganya dan

menyapu di luar telinganya dengan dua ibu jarinya.)) [HR Abu Daud].

8. Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali sebanyak 3 kali.

9. Berdoa. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Umar Maksudnya: ((Tidak seorangpun

daripada kamu yang berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya kemudian membaca:

ال إله إال الله أ الل ك له، وأشه وحه ال شري أشه ا عب محم ورووله أ

Melainkan dibukakan kepadanya pintu-pintu syurga yang lapan, lalu dia boleh masuk dari mana-

mana pintu yang dipilihnya.)) [ HR Muslim].

10. Semua ini hendaklah dilakukan secara tertib dan berturutan atau bersambung, tidak terhenti

atau terputus di antara satu perbuatan dengan yang lain.

* Manakala dalil-dalil tentang yang lain telah dijelaskan melalui firman Allah dan hadis

Rasulullah di atas.

Perkara-perkara yang membatalkan wuduk:

1. Keluar sesuatu melalui qubul atau dubur. Firman Allah : Maksudnya: {Atau seseorang dari

kamu datang ke tempat qada’ hajat (dan ia menunaikan hajatnya samada buang air besar atau

kecil)}. [An-Nisa’: 43].

2. Tidur yang tidak tetap papan punggung. Sabda Rasulullah : Maksudnya: ((Sesiapa yang

tidur hendaklah dia berwuduk )). [HR Abu Daud : 203].

3. Hilang akal. (Dengan sebab mabuk, pitam, sakit atau gila). Dihukum batal kerana diqiyaskan

kepada tidur kerana ia lebih kuat maknanya daripada tidur.

4. Menyentuh qubul atau dubur dengan tangan tanpa berlapik. Maksudnya: ((Sesiapa yang

menyentuh kemaluannya hendaklah dia berwuduk )). [HR Abu Daud : 181].

5. Berlaku sentuhan kulit antara lelaki dan wanita bukan mahram. Firman Allah : Maksudnya: ((Atau kamu menyentuh perempuan-perempuan )). [An-Nisa’: 43].

6. Murtad. Wal’iyazubillah.

3- Solat: Solat merupakan ibadat yang sangat besar kedudukan dan paling jelas dalilnya. Islam sangat

mengambil berat tentang solat, ia menjadi penghubung antara seorang hamba dengan Tuhannya.

Dengan menunaikan solat, jelas seorang hamba itu mengikut perintah Tuhannya.

Maksudnya: {Dan dirikanlah solat, dan tunaikanlah zakat}. [Al-Baqarah: 44].

Ta’rif solat: Menurut bahasa Arab, solat ertinya doa, sebagaimana firman Allah :

Maksudnya: {Dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi)

ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.} [At-Taubah: 103].

Menurut istilah pula, solat ialah suatu ibadat yang mengandungi perkataan dan perbuatan

yang tertentu, dimulakan dengan 'takbiratul-ihram’ dan disudahi dengan mengucap salam.

Page 5: Kesempurnaan Solat (Wudhu & Solat) - Dr Abdul Basit Hj Abdul Rahman

Merungkai Kesempurnaan Solat

4

Yang dimaksudkan dengan perkataan; takbir, membaca al-Quran, tasbih, doa dan lainnya.

Yang dimaksudkan dengan perbuatan; berdiri (Qiyam), rukuk, sujud, duduk di antara dua

sujud, duduk tahiyyat dan lainnya.

Dalil tentang wajibnya solat ini terdapat di dalam Al-Quran, Al-Hadis dan Ijma’ ulama’.

Dari Al-Quran terdapat banyak sekali ayat tentangnya. Antaranya firman Allah :

. (87: الحج.)

Maksudnya: {Maka dirikanlah solat, dan tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali

(agama) Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik

Penolong.} [Al-Hajj: 78]. Manakala dari hadis Rasulullah sabdanya:

ال إله إال ؛بني اإلوالم على خمس )) ا روول الل ، الل شهادة أ محم ،والحج ،وإيتاء الزكاة ،وإقام الصالة ،وأ [ابخمبيومسلم] ((وصوم رمضاMaksudnya: “Islam itu dibina di atas lima rukun: Menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang

berhak disembah selain Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji )di Baitullah al-Haram bagi mereka yang mempunyai kemampuan untuk menunaikannya( berpuasa di bulan Ramadhan”. [H.R: Al-Bukhari No. 8 dan Muslim No. 16].

Dari ijma’ ulama’: Telah bersepakat seluruh ulama’ tentang kewajipan solat, bahawa ia adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima; yang mana Islam seorang itu tidak diterima tanpanya.

Syarat-syarat sah solat. [Lihat: Al-Fiqh Al-Manhaji 1/160] 1) Islam.

2) Berakal.

3) Tamyiz: Telah dapat membezakan di antara perkara bersih dan kotor.

4) Mengetahui telah masuk waktu.

5) Menghadap kiblat.

6) Menutup aurat. Aurat lelaki: Dari pusat ke lutut. Aurat perempuan: Seluruh anggota kecuali

muka dan dua tapak tangan.

7) Suci daripada najis dan segala kotoran pada pakaian, tubuh badan dan tempat menunaikan

solat.

8) Suci daripada hadas kecil iaitu dengan berwuduk dan suci daripada hadas besar dengan

mandi junub.

Rukun solat. [Lihat: Al-Fiqh Al-Manhaji 1/170]

1. Niat.

2. Berdiri (bagi yang mampu).

3. Takbiratul ihram.

4. Membaca Al-Fatihah.

5. Rukuk.

6. Bangun daripada rukuk (i’tidal).

7. Sujud dua kali dalam setiap rakaat, di atas tujuh anggota.

8. Duduk antara dua sujud.

9. Duduk bagi tahiyyat (tasyahud) akhir.

10. Membaca tahiyyat (tasyahud) akhir.

11. Membaca selawat ke atas Nabi pada tasyahud akhir.

12. Salam yang pertama.

13. Tertib.

Sifat (Cara-cara) Solat Secara Umum. Setiap muslim wajib mengikuti Rasulullah , termasuk mengikuti sifat solat Rasulullah ,

kerana sabdanya:

.[رواه البخاري](( صلوا كما رأيتموني أصلي))

Maksudnya: “Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat”. [H.R. Al-Bukhari].

Hadis Umum sifat Solat yang menjelaskan perkara yang wajib dilakukan dalam solat, hadis ini

masyhur dengan hadis “al-Musi’ solatahu - هالمسيء صالت ” (Orang yang tidak sempurna solatnya)

iaitu seorang yang bernama Khallad bin Rafi’;

هحري رةعن أبربجحالدخلا ا هر سجر أ، يةروبسحولح نمحر ا هر.فصلىثحجمءفسلمعليهر ادمسجر رجمرسفر ف قملهحبسحولح

Page 6: Kesempurnaan Solat (Wudhu & Solat) - Dr Abdul Basit Hj Abdul Rahman

Daurah Tahsin Solat

5

:((اسال فصلا محوعليك ع تحصلا؛ابجر ل فسلم((فإرنك فصلىثحجمء اسال)):ف قمل ف رجع فصلا محوعليك ع فإرنكل؛فمبجرب ا هم((تحصلا اتر فر أو اثمنريةر غي ره قاواذريب اثكبرمل:ف قملفر نح ف قملف الادمنر حفدممأححسر ا هر بسحول إذا قمت إلى )):يم

لة ،الصالة فأوبغ الوضوء ،فكب ر ،ثم اوت قبل القب ثم ارفع حتى ،ثم اركع حتى تطمئن راكعا ،ثم اق رأ بما ت يسر معك من القرآا ،تستوي قائما حتى تطمئن واج حتى تطمئن ،ثم ارفع حتى تطمئن جالسا ،ثم اوج ا ثم اوج ثم ارفع حتى تطمئن ،واج

[793: مسلم397:ابخمبي]((ثم اف عل ذلك في صالتك كلها ،جالسا

Abu Hurairah menceritakan bahawa seorang lelaki masuk ke dalam masjid, sedang Rasulullah

berada di satu sudut masjid, lelaki tadi menunaikan solat, kemudian datang memberi salam kepada

Rasulullah . Jawab Rasulullah : “Wa’alaikassalam, kembalilah menunaikan solat kerana engkau

belum menyempurnakannya!” Lelaki tadi pergi mengulangi solatnya, kemudian datang memberi salam

kepada Rasulullah. Jawab Rasulullah : “Wa’alaikassalam, kembalilah menunaikan solat kerana

engkau belum menyempurnakannya!” Selepas dua atau tiga kali, lelaki tersebut berkata: Demi Tuhan

yang telah mengutuskan tuan dengan benar, saya tidak pandai lain daripada apa yang telah saya

lakukan, maka ajarkan saya wahai Rasulullah! Maka sabda Rasulullah : “Apabila engkau (hendak)

mendirikan solat maka ambillah wuduk, kemudian menghadap ke arah kiblat, bertakbir, kemudian

bacalah apa yang kamu boleh baca daripada al-Quran. Kemudian rukuklah dengan sempurna, kemudian

bangun berdiri pula dengan sempurna (i’tidal). Kemudian sujudlah dengan sujud yang sempurna dan

bangun duduk dengan sempurna kemudian sujud pula dengan sujud yang sempurna dan bangun duduk

dengan sempurna. Lakukanlah demikian di dalam keseluruhan solat kamu.” [HR Bukhari: 793, Muslim: 397].

Sifat Solat yang diriwayatkan daripada Rasulullah .(3)

Terdapat banyak kitab-kitab hadis yang mengumpulkan riwayat-riwayat dari Rasulullah yang

menceritakan tentang sifat solat Baginda, samada dari segi ‘aqwal dan af’al’. Untuk keterangan

yang lebih jelas kita mesti kembali merujuk kitab-kitab hadis serta syarah-syarahnya yang begitu

banyak dan terperinci.

Di bawah ini kami cuba ringkaskan sebahagian daripada kandungan hadis tersebut dan

menyatukannya secara umum perbuatan, bacaan, rukun dan sunat, untuk menerangkan tentang sifat

solat Baginda .

1) Berwuduk dengan sempurna, sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah di dalam

firman-Nya:

الة فاغسلوا وجوهكم وأيديكم إلى المرافق وامسحوا برءوسكم يا أيها الذين آمنوا إذ ا قمتم إلى الص

[6:امئ ة] وأرجلكم إلى الكعبين وإن كنتم جنبا فاطهرواMaksudnya: {Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka

basuhlah mukamu dan tanganmu sehingga ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuhlah) kakimu

sehingga kedua buku lali….} [Al-Ma’idah: 6]. Sabda Rasulullah :

… ))إذا قمت إلى الصالة فأوبغ الوضوء ((

Maksudnya: “Apabila engkau (hendak) mendirikan solat maka sempurnakanlah wuduk ”. [HR

Bukhari: 793, Muslim: 397].

2) Menghadap Kiblat. Baginda juga berdiri dengan menghadap Ka’bah dengan seluruh

tubuhnya (atau ke arahnya) sebagai kiblat. Tidak kira di mana saja berada kecuali di dalam

beberapa keadaan yang dimaafkan, telah dijelaskan dengan terperinci di dalam kitab-kitab fiqh.

3) Niat: Apabila Nabi berdiri untuk solat menghadap Allah Baginda berniat solat dalam

hatinya, tidak ada riwayat yang menunjukkan Baginda melafazkan niat dengan lidahnya, begitu

juga para sahabat Baginda .

4) Takbiratul-Ihram: Baginda bertakbir seraya mengucapkan “Allahu Akbar”, dengan

mengangkat kedua tangannya hingga menyamai dua bahunya, ada ketika Baginda mengangkat

tangan hingga menyamai cuping telinganya.

5) Tempat letak tangan: Kemudian Baginda meletakkan tangannya di atas dadanya dengan

menjadikan tangan kanan di atas tangan kiri dan memegang pergelangannya.

(3)

Lihat: Imam An-Nawawi, Al-Majmu’, Rukun Islam, Suntingan Abu Anas m/s 46-50.

Page 7: Kesempurnaan Solat (Wudhu & Solat) - Dr Abdul Basit Hj Abdul Rahman

Merungkai Kesempurnaan Solat

6

6) Bacaan ketika Qiyam: Baginda memulakan dengan membaca doa iftitah (pembuka solat):

هت وجهي للذي فطر السماوات واألرض حنيفا وما أنا من المشركين ،وج

.ين المسلم وأنا من ،ال شريك له وبذلك أمرت ،هلل رب العالمين إن صالتي ونسكي ومحياي ومماتيBaginda juga membaca doa ini:

ك، وال إله غيرك .سبحانك اللهم وبحمدك، وتبارك اسمك، وتعالى جدKadang-kadang Baginda menambahnya dengan:

ت ب ين المشر ب يني وب ين خطاياي كما باع ق والمغرب اللهم ن قني من الخطايا كما ي ن قى الث وب األب يض اللهم باعنس البخاري .اللهم اغسل خطاياي بالماء والث لج والب رد ،من ال

Kemudian memohon perlindungan Allah dari syaitan dengan membaca secara perlahan:

(أعوذ باهلل السميع العليم من الشيطان)

Lalu membaca surah al-Fatihah yang menjadi rukun dan wajib dibaca pada setiap rakaat.

Kerana Rasulullah bersabda:

)) كتاب ال بفاتحة ي قرأ لم لمن ة صال ال((Maksudnya: “Tidak sah solat seorang yang tidak membaca al-Fatihah.”

Pada akhirnya hendaklah dikata: “Aaamin”, secara kuat pada solat yang nyaring bacaannya dan

secara perlahan pada solat yang diperlahankan bacaannya.

Kemudian sunat membaca selepasnya apa-apa surah lain yang diingati daripada al-Quran bagi

dua rakaat yang pertama.

Yang afdhalnya: Bacaan yang sederhana panjangnya pada waktu zuhur, asar (asar lebih ringkas

daripada zuhur) dan isya’; panjang pada solat subuh; dan pada solat maghrib bacaan yang pendek

sahaja dan kadang-kadang boleh juga dipanjangkan atau secara sederhana; semua ini telah sabit

sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah .

7) Rukuk: Sesudah itu bertakbir sambil mengangkat kedua belah tangan sehingga ke menyamai

bahu atau cuping telinga (sama seperti Takbiratul-Ihram) lalu rukuk dengan meluruskan belakang

sehinggakan jika diletak bekas air di atasnya tidak akan tumpah. Kepala juga serata dengan

belakang dan jangan didongakkan dan jangan ditundukkan. Kedua tangan hendaklah diletakkan

pada lutut dengan direnggangkan jari jemarinya dan ditekankan. Rukuklah dengan sempurna dan

tenang sehingga ruas tulang belakang mantap ditempatnya, lalu membaca sebanyak 3 kali:

.سبحان ربي العظيم Atau وبحمده سبحان ربي العظيم

Disunatkan juga untuk menambah bacaan:

.اللهم اغفر لي ،سبحانك اللهم وبحمدك

8) I’tidal: Kemudian Baginda mengangkat kepala bangun daripada rukuk sambil membaca:

لمن حمده، ربنا ولك الحمد .سمع للا

Maksudnya: “Allah telah mendengar orang-orang yang memuji-Nya. Wahai Tuhan kami, bagi

Engkau segala pujian”.

Baginda mengangkat kedua-dua belah tangannya menyamai telinga atau bahu sehingga betul-

betul berdiri tegak, hatta setiap ruas tulang belakang kembali ke posisi asalnya. Ketika i’tidal ini

Baginda membaca:

ن هما، وملء ما شئت من شيء ب ع ، ملء السموات واألرض، وملء ما ب ي رب نا ولك الحم

Baginda juga kadang-kadang menambah bacaannya:

، ال وكلنا لك عب ، أحق ما قال العب أهل الث ناء والمج منك الج فع ذا الج .مانع لما أعطيت، وال معطي لما من عت، وال ي ن

9) Sujud: Kemudian bertakbir lalu turun untuk sujud sama ada dengan meletakkan lutut dahulu

ataupun tangannya dahulu, mana-mana yang lebih mudah bagi seseorang itu.

Sewaktu sujud Baginda merenggangkan kedua belah tangannya daripada lambungnya sehingga

nampak putih di bawah ketiaknya dan meletakkannya sejajar dengan kedua daun telinganya.

Baginda menekan tujuh anggotanya di atas lantai tempat sujud, iaitu dahi, hidung, dua tapak

tangan, dua lutut dan hujung anak jari kaki. Kedua jari tangan dan kaki lurus menghadap ke arah

Page 8: Kesempurnaan Solat (Wudhu & Solat) - Dr Abdul Basit Hj Abdul Rahman

Daurah Tahsin Solat

7

kiblat dan jangan sekali-kali merapatkan lengan ke lantai seperti anjing kerana Rasulullah

melarangnya. Kedua telapak kakinya ditegakkan dan jari-jari kaki dilipat dan ditekan agar

menunjuk ke arah kiblat. Wajib sujud dengan penuh tama’ninah dan sempurna, dengan meluruskan

tulang belakang sebagaimana di dalam rukuk tadi juga. Rasulullah mengibaratkan orang yang

tidak rukuk dan sujud dengan sempurna seperti seorang pencuri.

Ketika sujud bacalah 3 kali: سبحان ربي األعلى. Atau وبحمده سبحان ربي األعلى

Disunatkan juga menambah doa ini: اللهم اغفر لي ،سبحانك اللهم ربنا وبحمدك

Serta memperbanyakkan doa-doa lain sebagaimana ajaran Rasulullah kerana ketika sujudlah

seorang hamba itu paling dekat dengan Tuhannya.

10) Duduk antara dua sujud: Kemudian bertakbir dan duduk iftirash iaitu duduk di atas

paha/tapak kaki kiri dan menegakkan kaki kanan serta menghadapakan jari-jari kanan ke arah

kiblat.

Kadang-kadang Rasulullah duduk dengan cara iq’a’ iaitu duduk dengan menegakkan (اإلقعاء)

tapak dan tumit kedua kakinya.

Kedua tangan diletakkan di atas paha atau lutut dengan anak-anak jarinya menunjuk ke arah

kiblat sambil membaca:

.اغفر لي، وارحمني، واجبرني، واهدني، وعافني، وارزقني، وارفعنيرب Duduklah dengan rehat sehingga kembali segala urat dan tulang ke posisi asal sebagaimana di

dalam i’tidal selepas rukuk tadi. Rasulullah mengambil masa agak panjang untuk i’tidal dan

duduk di antara dua sujud ini.

11) Sujud kedua: Kemudian bertakbir dan melakukan sujud kedua, caranya sebagaimana sujud

pertama tadi.

12) Duduk istirehat: Kemudian bertakbir lalu bangkit daripada sujud serta duduk rehat sekejap

secara iftirash sebelum bangun untuk menyempurnakan raka‘at kedua. Duduk ini tidak mempunyai

apa-apa bacaan dan doa, ia dinamakan duduk istirehat dan jika bangun terus juga tidak mengapa,

* Rasulullah melarang membaca ayat-ayat al-Quran di dalam rukuk dan sujud, tetapi

hendaklah memperbanyakkan doa-doa.

Rasulullah melakukan sujud dan rukuk dengan penuh tama’ninah dan sempurna, tempoh

masa keduanya hampir sama lama.

13) Rakaat seterusnya: Cara bangunnya sama ada bertekan kepada dua lutut jika mudah

sedemikian ataupun bertongkat dengan tangan, keduanya harus.

Demikianlah Rasulullah melakukannya pada setiap raka‘at.

14) Tasyahhud awal: Bagi solat yang mempunyai lebih daripada dua rakaat, apabila duduk

untuk tasyahhud awal, adalah dengan cara iftirash seperti duduk antara dua sujud tadi.

Begitu juga cara duduk bagi tasyahhud akhir solat yang hanya mempunyai dua rakaat seperti

subuh, jumaat dan lain-lain solat.

Rasulullah meletakkan tapak tangan kanan di atas paha/lutut kanannya, menggenggan semua

jari kanannya kecuali jari telunjuk yang diisyarat/diarahkan ke arah kiblat dan mengarahkan

pandangan matanya ke telunjuknya itu, manakala tapak tangan kirinya diletak di atas lutut kiri

dengan mengembang kesemua jarinya.

Terdapat dua cara genggaman yang dilakukan oleh Rasulullah , samada meletakkan ibu

jarinya ke atas jari tengahnya (yang dilipatkan) atau meyambung keduanya sehingga menjadi

lingkaran.

Baginda mengajar kepada para sahabatnya beberapa bacaan tasyahhud, antaranya; tasyahhud

Ibnu Mas’ud :

نا وعلى عباد الل ها النبي ورحمة الل ، والصلوات، والطيبات، السالم عليك أي التحيات لل ) وب ركاته، السالم علي . الصالحين محما عب أ ال إله إال الله وأشه أ .(ه ورووله أشه

Ini pula tasyahhud Ibnu Abbas :

نا السال ،السالم عليك أي ها النبي ورحمة الله وب ركاته ،الصلوات الطيبات لله ،التحيات المباركات ) م علي

Page 9: Kesempurnaan Solat (Wudhu & Solat) - Dr Abdul Basit Hj Abdul Rahman

Merungkai Kesempurnaan Solat

8

ال إله إالأشه ،وعلى عباد الله الصالحين ا روول الله أ محم أ .( الله وأشه

Selepas itu bacalah selawat ke atas Baginda : د اللهم صل على محم

13) Kemudian bangun untuk rakaat seterusnya sambil bertakbir serta mengangkat kedua-dua

belah tangannya apabila telah tegak berdiri (inilah tempat keempat Baginda mengangkat

tangannya dalam solat).

14) Tasyahhud akhir: Apabila duduk untuk tasyahhud akhir iaitu raka‘at ketiga solat maghrib,

raka‘at keempat solat Zuhur, Asar dan Isya’, Baginda menyuruh membaca bacaan sama seperti

tasyahhud awal, cuma bezanya Baginda duduk bertawarruk iaitu duduk di atas papan punggung kiri

rapat ke tanah, meletakkan kaki kiri di bawah paha dan betis kaki kanan serta menegakkan kaki

kanan dengan jari-jarinya dilipat menghadap ke arah kiblat. Baginda menggenggam anak-anak

jari tangan kanan kecuali telunjuk untuk mengisyarat (sewaktu mengucap) atau menggerakkannya

dengan menumpukan pandangan mata kepadanya (sama seperti tasyahhud awal tadi).

Setelah selesai membaca tasyahhud, Baginda mengajar agar membaca selawat ini:

( وعلى آل محم ،كما صليت على إب راهيم وعلى آل إب راهيم ،اللهم صل على محم مجي .إنك حمي اللهم بارك على محم ،كما باركت على إب راهيم وعلى آل إب راهيم ،وعلى آل محم مجي ].صحيحابخمبي[إنك حمي

Lalu memohon doa yang ingin dipintanya.

Selawat itu wajib dan membaca berbagai doa sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah adalah

sunat. Rasulullah bersabda:

ا هرهحري رةي قحولحوأب اآلخر ف ليت عوذ بالل إذا ف رغ ((:قملبسحولح كم من التشه ومن عذاب ،من عذاب جهنم : من أربع أحنة ال ،القبر جال ومن شر المس ،محيا والممات ومن فت [مسلم])) يح ال

Kemudian hendaklah dia berdoa untuk dirinya sendiri dengan apa-apa yang nyata (tunjuki

Allah) kepadanya, yang lebih afdhalnya sebagaimana yang telah diajar oleh Rasulullah

berdasarkan sumber-sumber riwayat yang sahih.

15) Memberi salam: Rasulullah memberi salam dan berpaling ke sebelah kanannya hingga

nampak putih pipi kanannya seraya mengucapkan: السالم عليكم ورحمة للا

Lalu Baginda berpaling pula ke kirinya hingga nampak putih pipi kirinya seraya mengucapkan:

.السالم عليكم ورحمة هللا Kadang-kadang Baginda menambah pada bacaan salam yang pertama “wabarakatuh”.

Akhukum, Abu Anas Madani (’Afallahu ’anhu).

Pondok Sungai Durian, 29 Sya’ban 1431- 10 Ogos 2010.

Page 10: Kesempurnaan Solat (Wudhu & Solat) - Dr Abdul Basit Hj Abdul Rahman

Daurah Tahsin Solat

9

Zikir

Selepas Solat

Dari Sunnah Rasulullah

هللا ر ف غ ت أس ،هللا ر ف غ ت أس ، هللا ر ف غ ت أس.

تباركت يا ذا الجالل واإلكرام ،ومنك السالم ،اللهم أنت السالم .

وله الحمد ،له الملك ،ال إله إال هللا وحده ال شريك له،

.وهو على كل شيء قدير

ة إال بالل ال حول ،وال نعبد إال إياه ،ال إله إال هللا ،وال قو

ين ،وله الثناء الحسن ،وله الفضل ،له النعمة ،ال إله إال هللا مخلصين له الد

.ولو كره الكافرون

وال معطي لما منعت ،يت اللهم ال مانع لما أعط،

.وال ينفع ذا الجد منك الجد

اللهم أعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك. Selepas Solat Subuh & Maghrib (Sebelum Mengubah Kedudukan Kaki)

وهو ،يحيي ويميت ،وله الحمد ،له الملك ،له ال شريك ،ال إله إال هللا وحده

(X 10) .على كل شيء قدير Selepas Solat Subuh & Maghrib (Sebelum Bercakap)

(X 07). اللهم أجرني من النار Selepas Solat Subuh

.عا ورزقا طيبا وعمال متقبالاللهم إني أسألك علما ناف

هللا ان ح ب س (33X) ، لل د م الح (33X) ، ر ب أك هللا. (33X)

له الملك وله الحمد وهو على كل شيء ،ال إله إال هللا وحده ال شريك له

(X 01) .قدير Ayat Al-Kursi. (01X)

(01X.)

(Selepas Solat Subuh & Maghrib Dibaca 3X)

Dipetik dari buku: Zikir Waktu Pagi & Petang serta Zikir Selepas Solat.

Oleh: Abu Anas Madani. www.dartaibah.com

Sumbangan derma dialu-alukan untuk pembinaan Asrama Pelajar

Pondok Sungai Durian (09-966 4161) (www.pondoksgdurian.com)

No Akaun BIMB : 03-072-01-011983-9 (Madrasah Muhammadiah)