kesusasteraan melayu spm 2013

Upload: marylyn-anne-atot

Post on 07-Aug-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/21/2019 Kesusasteraan Melayu Spm 2013

    1/14

    KESUSASTERAAN MELAYU SPM 2013

    Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian Satu dan Bahagian Dua.

    Jawab semua soalan Bahagian Satu.

    Jawab tiga soalan Bahagian Dua, iaitu satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, Bahagian B dan

    Bahagian C.

    Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan berasingan. Sekiranya terdapat kertas

    jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan.

    Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

    Bahagian Satu

    [40 markah]

    Jawab semua soalan.

    1. Jual kelapa nak beli ayam,

    Jual ayam nak beli itik,

    Kalau ada emas berkoyan,

    Rupa hodoh pun jadi cantik.

    (Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan]

    Berikan duaunsur gaya bahasa yang terdapat dalam petikan seloka di atas.

    [4 markah]

    2. Maka titah baginda, Wah, anakku mengapatah anakku berkata yang demikian kerana yang salah

    itu ayahanda juga ini melainkan ayahanda minta ampun banyak-banyak kepada anakku kerana aku

    juga yang berbuat aniayakepada anakku dari sebab taksir ayahanda kurang periksa kerana anak

    sendiri pun disangkakan orang lain. (Dipetik daripada Hikayat Indera Nata hal. 38)

    Berikan duapengajaran dalam petikan di atas. [4 markah]

    3. Setelah datang seraya menyembah, Ya tuanku, sekarang ada hamba memegang pencuri waktu

    hamba pergi ke sungai mengambil air akan masak nasi itu. Ketika itulah dia mencuri, patik punya

    juadah dan terlalu banyak dimakannya. Inilah orangnya hamba ikat apa juga perintah tuanku kerana

    itu ia juadah hamba mengambil upahan menjualkan juadah orang di dalam satu rupiah lakunya

    sepuluh sen upahnya.

    (Dipetik daripada Hikayat Cendawan Putih, Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan, hal. 6768)

    (a) Siapakan tuanku dalam petikan? *2 markah+

    (b) Apakah alasan pencuri itu memakan juadah penjual tersebut?

    [2 markah]

    4. Bahasaku,kau ialah pengelana

  • 8/21/2019 Kesusasteraan Melayu Spm 2013

    2/14

    yang menitiskan madu cinta pada tanah yang kontang

    yang menyuburkan rindu pada segara ilmu

    yang mencambah benih kasih pada pohonan kering dan daunan layu

    ( Dipetik daripada sajak Pengelana Waktu, Ruzaini Yahya )

    Nyatakan satu gaya bahasa berserta contoh berdasarkan sajak di atas. [4markah ]

    5. GULAM RUSSEL : Masjid untuk umat Islam semua bangsa dan keturunan dibina di tengah-tengah.

    Khutbahnya bergilir-gilir dalam bahasa Melayu, Inggeris, Urdu, Tamil dan Mandarin.

    TULUS : Bulan Ramadan aka nada bazaar Ramadan dan majlis berbuka puasa yang boleh disertai

    semua kaum. Semua kedai makan kecuali restoran tertutup di hotel dibuka waktu siang. Semua

    bentuk persembahan ditiadakan selama sebulan, kecuali lagu-lagu nasyid dan bacaan al-Quran.

    (Dipetik daripada drama Muzikal Kampung Baru, oleh Hatta Azad Khan)

    hal 209

    Nyatakan empatunsur Islam dalam petikan di atas. [4 Markah]

    6. ZAHID: (Terperanjat) Aik... setahu aku rumah tangga kau tidak ada masalah. Selama ini bukankah

    kau hidup bahagia? Isteri kau Norhayati kan seorang yang baik, penyayang, agak warak, cantik pula.

    Masalah apa pula lagi? (Diam seketika) Beginilah Imran, kita ni bekerja dengan firma swasta, jika ada

    mana-mana bahagian bermasalah, seluruh firma turut terjejas. Apa kata kita bincang sedikit. Engkau

    tu kawan aku, tapi dalam kerja, kawan tu kita kena ketepikan. Aku harap kau faham maksud aku.

    ( Dipetik daripada drama Menggapai Pelangi, oleh Taha Abd Kadir hal. 313)

    Berdasarkan petikan di atas, nyatakan empat perwatakan Norhayati. [4 Markah]

    7. Suara ayah bergema memecah keheningan pagi. Jelas dan nyata kata-kata itu diucapkan

    kepadaku. Aku bergerak malas menuju ke tingkap. Kubuka tingkap yang sekian lama tertutup rapat.

    Terpelohong. Kicauan burung-burung pagi seperti menyampaikan salam kepadaku. Angin pagi

    menerpa masuk bagaikan manusia kebuluran menjamah makanan.

    ( Dipetik daripada cerpen Benar Kata Ayah oleh Ria Asmira, hal. 81)

    Apakah yang dimaksudkan dengan gaya bahasa simile dan beri satu contoh gaya bahasa simile

    dalam petikan di atas. [4 markah]

    8. Petikan tali gambus memukau tanah Malaya. Lenggok lagu-lagu yang menyentuh hati pautan

    terluah jari seni Sarjan Seman. Lelaki itu tidak pernah menunjukkan keresahan sewaktu berjuang

    mempertahankan Negara. Ketika peluru musuh himpang himpit di telinganya, dia terus menentang

    petualang tanpa rimbunan resah di hulu hati.

    Kau pejuang tanah air, Seman.

    Seremaia Vakarusa menyapu peluhnya.

    Pahlawan melayu sebenarnya berani.

    ( Dipetik daripada cerpen Rindu Tanah Malaya karya Hashim Latiff, hal. 132-133)

    Berikan dua nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas beserta contohnya

  • 8/21/2019 Kesusasteraan Melayu Spm 2013

    3/14

    [4 markah]

    9. Semua orang kata Fariz salah! Nenek kata Fariz nakal, kakak cakap Fariz jahat dan polis-polis di

    lokap sana kata Fariz tak guna! Sekarang abang pun nak cakap macam tu? Syed Fariz memandang

    Anuariza. Marah

    (Dipetik daripada novelJeriji Kasih karya Ramlah Abd Wahab)

    Nyatakan duaperwatakan Syed Fariz sebagaimana yang digambarkan dalam petikan di atas. [4

    markah ]

    10. Hari itu Jalil berkonflik besar dengan ibunya. Ibunya berkeras untuk berpindah. Jalil pula berkeras

    tidak mahu berpindah. Konflik dua beranak itu berlarutan. Akhirnya Mak Teh membuat keputusan

    meninggalkan Jalil seorang diri. Harapannya Jalil akan mengalah dan mengikutinya kemudian.

    ( Petikan novel Dari Lembah Ke Puncak, halaman 27/28)

    Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam petikan di atas. [4 markah]

    Bahagian Dua

    [60 markah]

    Bahagian A

    (Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)

    Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2.

    1. Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    Puisi A

    Jual lembu nak beli bahtera,

    Pergi berniaga ke luar negeri,

    Akhirnya Jenin dah kaya-raya,

    Ingin berkahwin dengan puteri.

    Puisi B

    Jatuh ketumbar menimpa dahan,

    Kembang cempaka di tepi halaman,

    Turun ke lembah menanam kandis,

    Cuaca redup singgah di paya,

    Jika sabar menerima dugaan,

    Itulah tanda orang beriman,

    Tidak mudah digoda iblis,

    Akhirnya hidup di puncak jaya.

    (a) Bandingkan bentuk puisi di atas. [8 markah ]

  • 8/21/2019 Kesusasteraan Melayu Spm 2013

    4/14

    (b) Nyatakan duagambaran sifat orang beriman yang terdapat dalam Puisi B [8 markah ]

    (c) Jelaskan duapengajaran yang terdapat dalam Puisi B [4 markah ]

    2. Berdasarkan Hikayat Indera Nata dalam teks Seuntai Kasih Secebis Harapan.

    a) Jelaskan tiga perwatakan Indera Nata. [12 markah ]

    b) Huraikan dua nilai murni dalam hikayat ini. [8 markah ]

    Bahagian B

    (Puisi Moden dan Drama)

    Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4

    3. Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan

    berikutnya.

    DI DADA MEREKA ADA KHALID

    Mereka tak pernah mengimpikan puja sanjung

    dan nama menggunung

    di dada mereka ada khalid

    di tangan mereka pedang keberanian

    di hati mereka berkubu keyakinan

    seorang mati seribu lagi bingkas

    mengipas bara perjuangan

    Perjuangan suci tak pernah tunduk

    pada igau kematian

    mati hanya mampu menumpaskan pengecut

    hidup hanya bererti buat yang berani

    biar seribu tahun

    perjuangan luhur jalannya berlumpur.

    Di dada mereka ada khalid

    singa garang di padang juang

    setiap hari akan mereka nantikan

    musuh pulang mengusung walang

    musuh walang mengusung keranda teman.

    Shahrunizam Abdul Talib

    (Bera, Pahang)

    a. Huraikan tigaciri bentuk sajak di atas. [ 6 markah ]

    b. Semangat patriotik merupakan tema sajak di atas, nyatakan tiga bukti semangat tersebut yang

    digambarkan oleh penyajak. [ 6 markah ]c. Bincangkan empatkeindahan bahasa yang terdapat dalam sajak di atas.[ 8 markah ]

  • 8/21/2019 Kesusasteraan Melayu Spm 2013

    5/14

    4. Berdasarkan drama Dongeng Sang Puteri karya Wan Ahmad Ismail:

    (a) Nyatakan pemikiran drama tersebut. [4 Markah]

    (b) Jelaskan empat perwatakan Puteri Lelewati Ayu [8 Markah]

    (c) Berdasarkan kreativiti anda, ciptakan empat dialog bagi menyambung petikan di bawah. [8

    Markah]

    PUTERA : Saya ingat, itu yang ingin nenek tanyakan, kerana kebanyakan orang singgah ke tempat

    saya sering bertanya perkara itu. Mereka sangkakan saya ini anak bangsawan apabila melihat hasil

    kerja seni saya. Habis apa nek?

    KEBAYAN : Ramai yang lain pun menyangka nenek daripada golongan atasan. Eeemmm, dengar

    cerita, ada seorang lelaki sering berkunjung ke tempat Putera. Siapa dia?

    PUTERA : Lelaki? Berkunjung ke tempat saya? Ramai yang datang. Tiga empat orang setiap hari,membeli barangan seni saya. Yang mana satu? Eeemmm, mungkin yang itu agaknya...

    ( Dipetik daripada drama Dongeng Sang Puteri, oleh Wan Ahmad Ismail

    hal 249 )

    Bahagian C

    (Cerpen dan Novel)

    Jawab sama ada Soalan 5 atau Soalan 6

    5. Berdasarkan cerpen Anak Gembala karya Zahari Affandi :

    a) Bincangkan tema cerpen di atas. [4 markah]

    b) Huraikan dua persoalan dalam cerpen di atas. [8 markah]

    c) Jelaskan empatperwatakan Mat Seman. [8 markah]

    6. Berdasarkan novel Dari Lembah ke Puncak karya Ghazali Lateh,

    Huraikan lima sifat gigih yang ada pada watak utama beserta contoh.

    [20 markah ]

    KERTAS SOALAN TAMAT

  • 8/21/2019 Kesusasteraan Melayu Spm 2013

    6/14

    SKEMA JAWAPAN

    Bahagian Satu

    1. (i) Anafora [2+2 m]

    Contoh: Jual kelapa nak beli ayam,

    Jual ayam nak beli itik,

    (ii) Sinkof [2+2 m]

    Contoh: nak

    (iii) Responsif [2+2 m]

    Contoh: Jual kelapa nak beli ayam

    Jual ayam nak beli itik

    [Maksimum: 4 markah]

    2. Pengajaran :

    i Kita mestilah meminta maaf jika telah melakukan kesalahan. [2m]

    ii Kita janganlah menganiayai orang lain apatah lagi anak atau ahli keluarga kita sendiri. [2m]

    iii Sebelum mengambil sesuatu sesuatu tindakan, kita perlu menyisat terlebih dahulu. [2m]

    [Maksimum: 4 markah ]

    3 (a) Tuanku dalam petikan ialah Raden Kesuma Ningrat [ 2m]

    (b) Alasan pencuri itu memakan juadah penjual kerana lapar akibat tidak

    [Maksimum: 4 markah ]

    4. Gaya bahasa :

    Sinkof ,

    cth: ku, kau [2m]

    Anafora,

    cth : yang menitiskan.

    Yang menyuburkan.

    Yang mencambah. *2m+

    Asonansi

    cth;bahasaku ( vokal a ) [2m]

    Aliterasi

    cth ;yang menitiskan madu cinta pada tanah yang kontang . ( konsonan n ) [ 2m]

    Frasa menarik cth:menyubur rindu/mencambah benih kasih/menitiskan madu cinta. [2m]

    [Maksimum:4 markah]

  • 8/21/2019 Kesusasteraan Melayu Spm 2013

    7/14

    5. Unsur Islam

    i Masjid (1m)

    ii Khutbah (1m)

    iii Bulan Ramadan (1m)

    iv Puasa (1m)

    v Lagu-lagu nasyid (1m)

    vi Al-Quran (1m)

    [Maksimum: 4 markah]

    6 a Perwatakan Hayati

    i seorang yang baik hati [1m]

    ii seorang yang penyayang [1m]

    iii seorang yang warak [1m]

    iv seorang yang cantik [1m]

    [ Maksimum 4 markah]

    7. Gaya bahasa simile ialah gaya bahasa perbandingan yang menggunakan kata banding contohnya

    seperti, bak, bagai, macam dan sebagainya.

    [2m]

    Contoh simile:

    i. Kicauan burung-burung pagi seperti menyamapaikan salam kepadaku.

    [ 2m]

    ii. Angina pagi menerpa masuk bagaikan manusia kebuluran menjamah makanan. [ 2m]

    [ Maksimum 4 markah]

    8. Nilai murni:

    i. Nilai keberanian

    contohnya pahlawan melayu sebenarnya berani.

    [ 2m]

    ii. Nilai keyakinan

    contohnya lelaki itu tidak pernah menunjukkan keresahan

    Sewaktu berjuang mempertahankan negara

    [2m]

    iii. Nilai patriotisme

    contonya kau pejuang tanah air, Seman.

    [ 2m]

    [ Maksimum 4 markah]

    9. Perwatakan Syed Fariz

    i. nakal 2 m

    ii. jahat 2 miii. tidak berguna 2 m

  • 8/21/2019 Kesusasteraan Melayu Spm 2013

    8/14

    [ Maksimum 4 markah]

    10 . i. Konflik dalam keluarga 2 m

    ii. Tegas dalam menyatakan pendirian 2 m

    [Maksimum 4 markah]

    Bahagian Dua

    Jawapan Soalan 1

    Soalan 1 (a) Perbandingan bentuk Puisi A dan Puisi B.

    Puisi A merupakan seloka

    manakala puisi B ialah pantun lapan kerat. [2 m]

    Puisi A terdiri daripada empat baris serangkap

    manakala puisi B terdiri daripada lapan baris serangkap. [2 m]

    Dalam puisi A, semua baris adalah maksud

    tetapi dalam puisi B pula terdiri empat baris pembayang dan empat baris maksud. [2 m]

    Rima akhir dalam puisi A dan puisi B adalah seimbang.

    Rima akhir puisi A ialah abab, manakala rima akhir puisi B ialah aabcaabc.

    [1 + 1 m]

    Jumlah patah perkataan sebaris dalam puisi A dan puisi B adalah seimbang

    iaitu antara empat hingga lima patah perkataan. [1+1 m]

    cth. Ingin berkahwin dengan puteriempat patah perkataan

    cth. Jual lembu nak beli bahteralima patah perkataan

    Jumlah suku kata sebaris dalam puisi A dan puisi B juga seimbang,

    iaitu antara sembilan hingga sebelas suku kata. [1+1 m]

    cth. Cua/ca re/dup sing/gah di/ pa/yasembilan suku kata

    cth. Kem/bang cem/pa/ka di/ te/pi ha/la/mansebelas suku kata

    Kedua-dua puisi berbentuk terikat dengan ciri puisi Melayu lama. [2 m]

    [Maksimum: 8 markah]

    Soalan 1(b) Gambaran sifat orang beriman.

    Seorang yang sabar dalam menerima dugaan/cabaran hidup.

    cth. Jika sabar menerima dugaan . [ 2+2 m ]

    Seorang yang beriman / taat pada agama.

  • 8/21/2019 Kesusasteraan Melayu Spm 2013

    9/14

    cth. Itulah tanda orang beriman [ 2 + 2 m ]

    Tidak mudah digoda syaitan. [ 2 + 2 m ]

    cth. Tidak mudah digoda iblis

    Memperolehi kejayaan dalam hidup.

    cth. Akhir hidup di puncak jaya [ 2 + 2 m ]

    [Maksimum: 8 markah]

    Soalan 1cPengajaran

    (i) Kita hendaklah sabar/tabah dalam menghadapi dugaan hidup. [2 m ]

    (ii) Kita hendaklah patuh/taat pada ajaran agama. [2 m]

    (iii) Kita jangan mudah terpengaruh dengan godaan iblis. [2 m]

    [Maksimum: 4 markah]

    Jawapan Soalan 2

    Soalan 2a Perwatakan indera Nata

    (i) Seorang yang menghormati orang yang lebih tua. [2m]

    Cth: Dia tunduk memberi hormat kepada raja-raja dari tujuh buah negeri yang datang untuk

    mengambil puteri mereka setelah berjaya diselamatkan oleh Indera Nata dan menjamu mereka.

    [2m]

    (ii) Seorang yang pemaaf. [2m]

    Cth: Dia telah meminta isterinya Tuan Puteri Cendera Kesuma menghidupkan semula ayandanya

    Raja Rom yang telah dibakarnya dan sanggup memaafkan kesalahan ayahandanya itu yang

    menyesali perbuatannya selama ini. [2m]

    (iii) Seorang yang berani. [2m]

    Cth: Dia melawan raksasa seorang diri setelah anak-anak raja yang mengiringinya lari bersembunyi

    apabila melihat raksasa yang besar lagi gagah perkasa. [2m]

    (iv) Seorang yang gagah. [2m]

    Cth: Raksasa tidak berjaya membunuh Indera Nata walaupun tubuhnya telah dimamah dan

    dihempas ke batu oleh raksasa. Malahan keluar api menyala-nyala dari tubuh Indera Nata. [2m]

    [Maksimum: 10 markah]

    Soalan 2b Nilai murnii. Nilai keberanian [2m]

  • 8/21/2019 Kesusasteraan Melayu Spm 2013

    10/14

    Cth: Indera Nata berani melawan raksasa yang begitu besardan gagah perkasa seorang diri. [2m]

    ii. Nilai kesetiaan [2m]

    Cth: Tujuh puteri yang diselamatkan oleh Indera Nata tidak mahu pulang ke negara mereka semula

    dan sanggup menghambakan dirinya kepada Indera Nata. [2m]

    iii. Nilai kemaafan [2m]

    Cth: Tuan Puteri Cenderawati sanggup memaafkan kesalahan suaminya Raja Rom kepadanya dahulu

    kerana dia tahu Si Batu Kembar yang telah meracuni fikiran suaminya dan menganggap setiap

    manusia tidak lepas daripada melakukan kesilapan. [2m]

    iv. Nilai kekesalan [2m]

    Cth: Raja Rom amat menyesal dengan perbuatannya selama ini kepada isteri dan anaknya, Indera

    Nata sehingga tidak dapat membezakan antara ahli keluarga sendiri dengan orang lain. [2m]

    [ Maksimum:10 markah]

    Jawapan Soalan 3

    Soalan 3a.

    i. Berjuang secara ikhlas tidak akan cepat mengalah/takut/cepat serah diri [1 m]

    ii. Tidak takut dengan kematian/tidak gentar tentang mati/maut. [1 m]

    iii. Kematian dapat menewaskan/mengalahkan golongan/orang pengecut. [1m]

    iv. Kehidupan/hidup beerti kepada yang berani/orang yang berani. [1 m]

    v. Biar hidup seribu tahun/lama lagi [1 m]

    vi. Mereka akan terus berjuang / meneruskan perjuangan/pertahan Negara.[1 m]

    [ Maksimum : 6 markah]

    Soalan 3b.

    i. Semangat tak pernah luntur/ di tangan mereka pedang keberanian/di hati mereka berkubu

    keyakinan. [ 2 m]

    ii. Seorang mati seribu yang yang bangkit meneruskan perjuangan/ramai pejuang yang menunggu

    untuk berjuang/seorang mati seribu lagi bangkis. [ 2 m]

    iii. Tidak takut pada kematiaan/tak pernah tunduk pada igau kematiaan. [ 2 m]

    iv. Semangat perjuangan tidak pernah luntur/singa garang di padang juang. [2 m]

  • 8/21/2019 Kesusasteraan Melayu Spm 2013

    11/14

    v. Sentiasa bersedia untuk berjuang/setiap hari akan mereka nantikan. [2 m]

    [ Maksimum: 6 markah ]

    Soalan 3c

    i. Asonansi

    pengulangan bunyi vokal a

    baris 1 rangkap 3( di dada mereka ada khalid ) [2 m]

    ii. Aliterasi

    Pengulangan bunyi konsonan

    - baris 1 rangkap 3(di dada mereka ada khlaid ) [2 m]

    iii. sinkofcth; tak [2 m]

    iv. Responsif

    cth; di dada mereka ada khalid

    di tangan mereka pedang keberanian [2 m]

    v. Anafora

    cth; musuh pulang mengusung walang

    musuh walang mengusung keranda teman [ 2 m]

    vi. Metafora

    cth ; pedang keberanian,bara perjuangan [2 m]

    vii. Personifikasi

    cth; mengipas bara perjuangan/ Perjuangan suci tak pernah tunduk [ 2 m]

    [ Maksimum :8 markah]

    Jawapan Soalan 4

    Soalan 4a Pemikiran drama

    i Dram a Dongeng Sang Puteri membawa pemikiran perbezaan darjat antara golongan istana dengan

    rakyat biasa.

    Contohnya, konflik kehidupan berlaku apabilaTengku Mahmud golongan

    istana berkahwin dengan seorang perempuan joget tanpa restu pihak istana.

    [4 m]

    [Maksimum: 4 markah ]

    Soalan 4b Perwatakan Puteri Lelawati Ayui Seorang yang penyayang [1m]

  • 8/21/2019 Kesusasteraan Melayu Spm 2013

    12/14

    Contohnya, dia amat menyayangi Nenek Kebayan. [1m]

    ii Seorang yang suka merendah diri [1m]

    Contohnya, Puteri selalu merendah diri dengan mengatakan dirinya hodoh, walhal dia seorang yang

    cantik. [1m]

    iii Seorang yang setia [1m]

    Contohnya, Puteri tetap setia bersama neneknya untuk tinggal di kawasan setinggan, walaupun ayah

    kandungnya mempelawa untuk tinggal di istana. [1m]

    iv Seorang yang tidak suka meminta-minta [1m]

    Contohnya, Puteri berpendapat orang yang suka meminta-minta merupakan ahli neraka. [1m]

    v Seorang yang tabah [1m]

    Contohnya, Puteri tabah menghadapi kehidupan yang miskin di kawasan setinggan yang busuk dankotor. [1m]

    vi Seorang yang tidak mudah mempercayai orang lain. [1m]

    Contohnya, Puteri tidak cepat mempercayai kata-kataTengku Mahmud bahawa baginda merupakan

    ayahanda Puteri. Puteri menyiasat terlebih dahulu akan kata-kata Tengku Mahmud tersebut. [1m]

    [Maksimum: 8 markah]

    Soalan 4c : Rekacipta (empat) dialog drama

    i Isi [2m]

    ii Teknik [2m]

    iii Bahasa [2m]

    iv Kreativiti [2m]

    [Maksimum : 8 markah]

    Jawapan Soalan 5

    Soalan 5(a)

    Tema cerpen Anak Gembala ialah kegigihan dalam mempertahankan hak dan maruah diri. [2m]

    Contohnya Mat Seman digambarkan gigih mempertahankan haknya untuk memelihara kerbaunya di

    Lembah Bilut walaupun diarah Penghulu Isa supaya berpindah. [2m]

    Mat Seaman berusaha keras untuk mempertahankan haknya sebagai anak watan yang bibesarkan

    dalam keluarga yang pekerjaannya sebagai gembala kerbau daripada ditindas oleh pembangunan

    yang akan dijalankan di Lembah Bilut. [ 2m]

    [Maksimum: 4 markah]

    Soalan 5(b)Persolan yang terdapat dalam cerpen.

  • 8/21/2019 Kesusasteraan Melayu Spm 2013

    13/14

    Persoalan pengorbanan seorang ketua keluarga. [1m]

    Contoh: Mat Seman yang berkaki sebelah sanggup bersusah payah memelihara enam puluh ekor

    kerbau sebagai punca rezeki setelah berhenti menjadi askar. [1m]

    Persoalan generasi muda yang mewarisi kepakaran dalam memelihara kerbau. [1m]

    Contoh: Tidak mudah menyerah kalah walaupun kakinya dipotong. Mat Seman juga berani

    melepaskan kerbau peliharaannya bagi menghalang kerja-kerja pembangunan di Lembah Bilut. [1m]

    Persoalan terhadap kecintaan terhadap ilmu. [1m]

    Contah: Sutinah berhasrat untuk menghantar kesemua anak-anaknya ke universiti. Mat Seman pula

    berpandangan bahawa universiti adalah tempat untuk mendapatkan ilmu. Setelah berilmu mereka

    sendiri akan mewujudkan kerja. [1m]

    Persoalan keberanian seorang lelaki. [1m]Contoh: Mat Seman tidak mudah menyerah kalah walaupun kakinya dipotong dan berani

    melepaskan kerbau peliharaannya bagi menghalang kerja-kerja pembangunan di Lembah Bilut. [1m]

    Persoalan pemodenan dan pembangunan yang mengancam budaya hidup di desa. [ 1m]

    Contoh: Bagi Mat Seman, pembangunan di Lembah Bilut akan mengancam kesucian akhlak muda

    mudi di desa. [1m]

    [Maksimum 8 markah]

    Soalan 5(c)Perwatakan Mat Seman:

    Seorang yang mencintai ilmu. [1m]

    Contoh; Mat Seman bercita-cita supaya supaya semua anaknya belajar hingga ke universiti. [1m]

    Seorang yang berpandangan jauh. [1m]

    Contoh: Bagi Mat Seman pelajar lulusan universiti haruslah menjadi penternak moden seperti

    gembala lembu yang berkelulusan tinggi di Amerika Syarikat dan Australia. [1m]

    Seorang yang tabah. [1m]

    Contoh: Mat Seman seorang yang tabah. Walaupun kakinya putus dan bapanya meninggal dunia,

    Mat Seman tidak pernah mengalirkan air mata. Arwah bapanya dan datuknya telah mengasuh Mat

    Seman menjadi kuat. [1m]

    Seorang yang berani.

    Contoh: Mat Seman berani menentang pemodenan dan pembangunan yang akan mengancam

    budaya hidup di desa walaupun kakinya kudung. [1m]

    Seorang yang pemurah. [1m]

    Contoh: Mat Seman akan memberi baja tahi kerbau kepada orang kampung sebagai baja tanamansayur-sayuran. Dia juga akan menyembelih kerbau setiap tahun pada Hari Raya Haji [1m]

  • 8/21/2019 Kesusasteraan Melayu Spm 2013

    14/14

    [Maksimum 8 markah]

    Jawapan Soalan 6

    Sifat gigih watak utama :

    . i. Gigih bekerja 1m

    -Jalil gigih mengerjakan sawah untuk menyara kehidupannya 1m

    ii. Gigih menuntut ilmu 1m

    -Jalil gigih sehingga berjaya menjadi pelajar terbaik sekolahnya 1m

    iii. Gigih menuntut hak 1m

    -Jalil gigih berjuang untuk menuntut semula tanah arwah Pak Teh 1m

    iv. Gigih menjayakan impian 1m-Jalil gigih merealisasikan Taman Tema Nibung Park 1m

    v. Gigih mencapai cita-cita 1m

    -Jalil gigih berusaha mencapai cita-citanya menjadi usahawan

    berjaya 1m

    vi. Gigih mempertahankan pendiriannya 1m

    -Jalil tetap dengan pendiriannya tidak mahu berpindah dari

    kg Bukit Nibung walau pun terpaksa tinggal di dangau 1m

    vii. Gigih melawan kemiskinan 1m

    -Walaupun miskin Jalil masih berjaya menjadi anak kampung

    berjaya 1m

    viii. Gigih menghadapi orang kampung yang memulaukannya 1m

    -Orang Kampung memulaukan Jalil dan keluarganya

    ix. Gigih menunaikan wasiat arwah ayahnya 1m

    -Jalil gigih mengumpul duit bagi menunaikan wasiat ayahnya

    untuk memastikan tanah tersebut menjadi hak milik keluarganya 1m

    x. Gigih menghadapi fitnah dan tuduhan orang kampung 1m

    -Jalil gigih dan tenang menghadapi fitnah orang kampung yang

    mengatakan abangnya Muhsin yang melarikan Biah 1m

    [Maksimum: 20 markah]