nota kesusasteraan melayu
DESCRIPTION
BMTRANSCRIPT
Falsafah Pendidikan KM• Pendidikan Kesusasteraan Melayu di
Malaysia bertujuan untuk menjana minda dan emosi, mengukuhkan jati diri, menyuburkan budaya bangsa dan memupuk sikap berdaya saing ke arah pembinaan insan bestari.
Matlamat• Melengkapkan murid dengan ilmu sastera
agar dapat menghayati, menghargai, mencintai dan memupuk rasa bangga terhadap bahasa dan sastera Melayu dalam bidang pendidikan dan kerjaya ke arah pemantapan cita rasa sastera di kalangan masyarakat.
Objektif• memahami isi dan menganalisis aspek sastera• mengapresiasi karya sastera melalui aktiviti sastera• menghayati dan menghargai estetik bahasa• menghargai penulis dan karya yang dihasilkannya• memberikan pandangan, menilai karya sastera secara
kritis dan menyuburkan nilai kemanusiaan di samping memupuk semangat cinta akan negara.
• menghasilkan karya sastera yang pelbagai, sesuai dengan kebolehan murid
• memupuk budaya membaca untuk memperkembang dan mengekalkan minat terhadap sastera Melayu.
Kandungan Suk Pelajaran• Kajian teks Prosa dan Puisi
• Prosa Moden - novel, cerpen, drama
• Prosa Tradisional -sastera sejarah, sastera epik, sastera hikayat, sastera rakyat
• Puisi Tradisional - pantun, syair, gurindam dan seloka
• Puisi Moden - sajak
Aspek sastera• Tema dan persoalan, watak dan
perwatakan
• Plot, latar, gaya bahasa, bentuk, nada,
• sudut pandangan, nilai kemanusiaan dan pengajaran
Hasil Pembelajaran• Pengenalan Kesusasteraan Melayu• - definisi, cirri, bentuk, sejarah perkembangan,
peranan kesusasteraan Melayu• Prosa • - definisi, biodata pengarang, aspek sastera,
menghasilkan karya kreatif• Drama• - definisi, biodata, aspek sastera,
menghasilkan skrip drama• Puisi
– definisi, biodata, aspek sastera, menghasilkan dan mempersembahkan puisi
Kemahiran Bernilai Tambah• Kemahiran Berfikir
• Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
• Kemahiran Belajar Cara Belajar
• Kajian Masa Depan
• Kecerdasan Pelbagai
• Pembelajaran Konstruktivisme
• Pembelajaran Konstektual
Sinopsis• Ringkasan cerita
• Gambaran keseluruhan cerita
• Membantu pembaca memahami cerita
• Paku Payung Limau Mandarin
• Pensel Sebatang
Tema• Persoalan pokok atau persoalan utama/
idea dasar, gagasan, fikiran
• Tema hanya satu
• menjadi panduan pengkarya mengumpul, memilih, menyusun bahan
• keadilan, perjuangan, sejarah, kemiskinan, kemanusiaan, kehijauan alam
Persoalan• perkara-perkara kecil dalam karya yg
ada
• hubungan dengan tema
• Persoalan bertujuan mengukuhkan tema
yang diketengahkan
• Dapat dikesan melalui tindakan watak atau
• peristiwa yang berlaku
Watak dan Perwatakan• Sesuatu objek atau pelaku (manusia, haiwan,
tumbuh-tumbuhan) - Watak – Midun, Aku, Ikram,
• mempunyai sifat-sifat tertentu -perangai dan pemikiran
• Perwatakan - Sifat-sifat yg digambarkan pada watak – Lahiriah - bentuk, paras rupa, tingkah laku. Jasmaniah - perasaan, sikap dan pemikiran
• Watak pembantu /watak sampingan - perbezaan dgn watak
• menimbulkan unsur ketegangan/konflik
Watak dan Perwatakan• watak - untuk menyalurkan buah fikiran atau
pandangan hidup penulis• watak digunakan mengembangkan tema /
persoalan/mengubah persekitaran• Watak utama, watak sampingan, antagonis (watak
penyambut - lazimnya nilai negatif), protagonis (watak pemula -biasanya nilai positif), watak hitam, watak putih (baik), watak bulat/bundar - lebih hampir kpd manusia yang ada kelemahan (watak yg dinamis, mengalami perubahan, bersifat kompleks),
• watak pipih (tidak kompleks), tidak berubah) sama dengan watak statik (tidak mengalami perubahan iaitu jahat sejahat-jahatnya),
• watak kodi (nenek kebayan)
Plot– Jalinan peristiwa/ Rentetan peristiwa yg
berasaskan sebab-akibat, – dijalin dgn permulaan, perkembangan,
konflik, puncak dan peleraian– Bukannya jalan cerita
• Jalan cerita -kejadian yang berlaku kerana sebab tertentu, sementara yg menggerakkan kejadian cerita itu adalah plot.
• Teknik plot - Ada imbas muka, imbas kembali, dialog, monolog, monolog dalaman
• Cerpen - hanya ada satu plot• Novel -ada plot utama, plot sampingan
Latar• Keterangan mengenai ruang, Tempat,
suasana terjadi sesuatu peristiwa• Digunakan untuk mengembangkan
watak/perwatakan, tema dan persoalan• Terbahagi tiga• Latar tempat – sek. rendah, hospital, wad
kelas 3• Latar Masa- minggu ke-2 belajar, berlangsung
2 hari• Latar masyarakat – pelbagai bangsa, tak suka
membazir masa
Gaya Bahasa• Cara penggunaan bahasa yang baik,
kreatif untuk menyampaikan tema/ persoalan
• Diksi, bahasa kiasa/perbandingan, pengulangan, lambang
Gaya Bahasa• Diksi - pemilihan kata• Asonansi• Aliterasi• Alusi - tokoh• Simile - gaya bahasa perbandingan jelas• Metafora -bahasa perbandingan atau kiasan,
perahu waktu, laut itulah cermin manusia• Anafora -pengulangan awal baris• Epifora -pengulangan pada akhir baris• Hiperbola/bombastik -berlebih-lebihan• Personafikasi- sifat-sifat manusia
Nilai Kemanusiaan– Amalan atau tingkah laku baik yang ada
pada individu, kumpulan atau masyarakat– Dikemukakan dgn fakta, huraian, contoh– Contohnya - sikap bekerjasama, kasih
sayang, kesabaran, simpati, mengenang jasa
Pengajaran– Nasihat/ bimbingan yg diambil dari karya– Dikesan melalui tindakan watak dan
peristiwa yg terjadi– Dikemukakan dgn fakta, huraian, contoh
Sudut Pandangan• Kedudukan pengarang dalam menyampaikan
cerita• Sudut pandangan orang pertama - pengarang
salah seorang daripada watak - aku, saya• Sudut Pandangan oaring ketiga - berada di luar
cerita, solah-olah serba tahu tentang watak
Bentuk» Susunan unit-unit berirama» Bilangan rangkap» Bilangan baris dalam rangkap» Bilangan suku kata dalam baris» Rima akhir» Rumah baru pak cik saya roboh ke bumi
A. Wahab AliKe Pelabuhan JauhUsia melayarkan kita ke pelabuhan jauhDi atas perahu waktu berlarut peristiwaKita leka dan setahun sekali tersedarBila anak meningkat besar
Menoleh kita ke belakangCantik warna bercorakanApa yang ada tidak disetujuiApa yang enggan dulunya belum tentu
Makin lanjut di laut umurTampak melambai kemesraan zamanUsia masa anak-anak di pelabuhan bertolakBergamitan saying di usia yang bergolak
Besar ertinya waktu dan dayaMenjalani hidupMakin belayar usia ke teluk tempat berlabuhMakin cahaya menghubungi rohMakin belayar usia ke teluk tempat berlabuhTerasa dunia begitu rapuh
Citra Masyarakat
• Masyarakat yg berpegang kuat pd animisme
• Tidak yakin kpd perubatan moden
• Mengamalkan upacara memuja roh
• Mengamalkan pantang larang
• Menghormati tetamu
• Mementingkan tradisi bangsa
DharmawijayaDi Titian KembaraBening pagi yang menitiDi bayang pandangmuMengukir tafsir imbauan waktuKupinta Dada setiamu tetap bersedia Mendepani lembah lurah titian kembaraGementar senja yang tibaDi lelah langkahmuMenduga rasa keringat dukaKupinta Cekal citamu berbulan bintang Membuang bimbang ke hujung kenangSuram malam yang terpendamDi tafakur tidurmuMenanti mentari titipan mayaKupinta Mimpi baktimu tiadakan rela Menatang kehidupan berbunga hampa
PantunBakar gaharu di tengah halaman
Asamkan karat si pisau raut
Kalau berguru salah pedoman
Sesat di darat karam di laut
Hijau rumput di tepian mandi
Kembang berseri bungan senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk
Tikar pucuk tikar mengkuang
Alas nikah raja Melayu
Ikan busuk jangan dibuang
Buat perencah si daun kayu
Titisan darah di Tanah IndahMoyang kami yang papa mesra berbudi bahasaMati terantai kakinya, tercelik hampa matanyaTanah pusakanya indah subur merataUntuk kita warisnya-penyambung cerita .Untaian masa bertunda memucatkan warna mukaUlangan cahaya bahagia menjelma tiada ke guaKami masih berbahasa masih berbudi jugaSedang tangan raksasa mencekik bengis mangsanya.Dalam taman hak kami berkembang puspa yang wangiAneka ragam jenisnya menghiasi persada BundaBiar bersatu segalanya erat berpadu sejiwaBiar semerbak baunya mengharumi seluruh benua!Kami berbudi bahasa penuh ikhlas di dadaTiada rela berjela cerita neraka selaksaKami berbudi bahasa mesra hati asasnyaSiapa sahaja durhaka kami ancam nyawanya!Dalam taman hak kami berkembangan puspa yang wangiSegar sihatlah puspa jernih tenang warnanyaDalam taman hak kami berkembangan puspa yang suciRumput liar bernoda kami ragut akarnyaMoyang kami yang papa mati terantai kakinyaKami titisan darahnya pelebur cengkaman rantainyaMoyang kami yang mesra tercelik hampa matintaKami titisan darahnya pencurah bahagia ke matanya!
“ Aku tak memaksa. Cuma aku akan sedia mendengar. Mungkin bila aku tahu lebih sikit, dapat jugak aku melapik kata dalam tugas Jabatan atau arahan-arahan rasmi aku masa depan. Maklumlah, kau tak punya pilihan lagi kecuali berhadapan dengan dia dalam tugas-tugas seharian, begitu juga aku.” Suara biola yang gemersik tadi perlahan mati lalu diganti dengan nada yang punya authority. Perkataan Jalil benar-benar telah menjerat Ikram. Terkapai-kapai perasaannya disimpai oleh jerat yang begitu mahir dilontar oleh sang pemburu. Jerat menjerut kemas. Ikram berasa dirinya seumpama kerak dan suara biola itu umpama air.
Gaya Bahasa
• Pemilihan kata (Bahasa daerah, bahasa kolokial)
• Penggunaan ayat (Ayat panjang atau ayat pendek)
• Penggunaan puisi atau peribahasa
• Penggunaan dialog
• Penggunaan bahasa Inggeris. Contoh
Gaya Bahasa
• Penggunaan ayat panjang. Contoh terkapai-kapai perasaannya…
• Penggunaan Dialog. Contoh “aku tak memaksa.
• Kata ganda. Contoh, arahan-arahan
• Unsur simile. Contoh,
Gaya Bahasa
• Unsur personafikasi. Contoh, perkataan Jalil benar-benar……
• Unsur sinkof. Contoh, tak
• Anafora
• Kurasa diriku terlalu kecil
• Kurasa ibadatku terlalu nipis
Gaya Bahasa
• Epifora• Tapi bukan mati sebenar mati• Kerana tiada mati sebelum mati• Simplok• Usia yang panjang• Rezeki yang murah• Bahasa kalasik• Pawana
Gaya Bahasa
• Perulangan baris• Bangkitlah bangkit• Inversi• Ayuhai kaum di Malaya negeri• Perlambangan• Buah lebat• Perbandingan terus• Hujan dan panas adalah muzik setia
Gaya Bahasa
• Pengulangan kata• Begini ya begini tragedi di bumi• Bahasa asing• Paradoks• Jiwamu tewas dengan wanita• Unsur prosaik• Kalau tuan kena, apa rasa?• Unsur Alusi• Pendekar dipimpin Maharajalela• Onomatope• Murai berkicau bersayu-sayu
Unsur Bunyi
• Asonansi• Aliterasi• Pengulangan kalimat bunyi• Dagang datang berlagak mahir• Pengulangan imbuhan• Kibarkan panji hunuskan keris• Rima akhir• abab
Teknik Penulisan
• Teknik pemerian
• Teknik dialog
• Teknik monolog
• Teknik imbas kembali
• Teknik imbas muka
• Teknik suspens
Teknik Penulisan
• Teknik pemerian. Contoh, Ikram berasa dirinya seumpama kerak dan suara biola itu umpama air
• Teknik dialog, contoh,….
• Teknik monolog. Contoh, Ikram berasa dirinya…
Pendekatan Menganalisis• Semua bahan Kesusasteraan Melayu
akan dianalisis terlebih dahulu sebelum diberikan kpd pelajar
• Pendekatan hakiki – meninjau karya dari sudut penciptaannya
• Pendekatan pengajaran – mengutamakan cara bagaimana karya sastera disampaikan kpd pelajarnya.
Pendekatan Sejarah• Ia berlandaskan sejarah• Pentingkan periodasi dlm perkembangan
kesusasteraan yg melibatkan ketamadunan• Pada setiap perkembangan, dicari keistimewaan
setiap genre• Ia penting utk menilai karya• Beri peluang kpd pelajar membuat perbandingan
dari segi struktur, masyarakat dan psikologi• Juga memahami nilai-nilai hidup yg diamalkan
setiap generasi• Ia membantu satu pembentukan peribadi yang
sihat dan opti,is dalam kehidupan seseorang itu
Pendekatan Sejarah• Hikayat Seribu Satu Malam
• Sejarah Melayu – Sulalatus Salatin ialah Sastera sejarah –
• Asal-usul raja Melayu
• Pembukaan Singapura dan Melaka
• Penyebaran ugama Islam
• Hang Tuah
Pendekatan Sejarah
Pendekatan Sejarah• Hikayat Raja-Raja Pasai
• Hikayar Misa Melayu
• Hikayat Merong Mahawangsa
• Hikayat Aceh
Pendekatan Sosiologi• Popular di kalangan pengkritik yg melihat
hasil kesusasteraan sebagai refleksi masyarakat
• Hasil kesusasteraan dianggap mempamerkan keadaan sesuatu zaman
• Tiga aspek yg dikaji ialah sosiologi pengarang, masalah sosial, masalah audien
Pendekatan Sosiologi• Sosiologi sosial seperti profesion, ekonomi,
status pengarang dlm masyarakat• Ideologi sosial seperti kegiatannya dalam
pertubuhan• Masalah isu sosial, implikasi dan tujuan sosial
karya itu sendiri• Masalah audien dan pengaruh kesusasteraan
dlm kalangan mskt• Hasil kesusasteraan digunakan utk mengetahui
nilai hisup, sikap dan tingkah laku masyarakat
Pendekatan Sosiologi• Novel Salina – Karya A. Samad Said• Anak Mat Lela Gila- Pak Sako• Shit- Shahnon Ahmad• Panglima Awang – Harun Aminrrashid• Salah Asuhan – Abdul Muis• Siti Nurbaya – Marah Rusli• Atheis – Achdiat K. Miharja• Keluarga Gerilya• Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk• Pak Utih
Pendekatan Antropologi• Menekankan aspek estetika kesusasteraan
secara menyeluruh• Aspek-aspek budaya tertentu yg menonjol perlu
dibincangkan secara khusus• Kesusasteraan dihasilkan oleh individu sebagai
ahli masyarakat. Oleh itu, semua karya terbelenggu dlm rangka budaya masyarakat
• Kesusasteraan dianggap mengandungi berbagai-bagai aspek budaya. Jadi pengarang, mempunyai aspirasi dan visi tersendiri
• Pendekatan ini bersifat interdisiplin namun budaya tetap menjadi kayu pengukur utama
Pendekatan Psikologi• Memusatkan perhatian kpd manusia yang
mencipta• Menggunakan berbagai-bagai teori ilmu jiwa utk
mengkaji tingkah laku manusia melalui konflik watak
• Karya pengarang dibaca utk mengetahui sikap pengarang terhadap sesuatu persoalan, apakah motif yg kerap kali timbul dalam karyanya
• Apakah anasir yg mendorongnya mencipta karya
• Ahli psikolgi spt Sigmund Freud, Adler
Pendekatan Psikologi• Dlm konteks kesusasteraan moden,
manusia digambarkan menghadapi berbagai-bagai masalah hidup yg menekan seluruh jiwanya,
• Timbul konflik nilai
• Karya kesusasteraan dianggap sebagai cetusan hati nurani manusia (pengarang) yg diwarnai elemen abstrak, emosi dan pengalaman diri, keluarga dan masyarakat
Pendekatan Psikologi• Dengan memahami aspek psikologi, para
pelajar akan mudah menghayati karya tersebut dgn lebih mendalam terutama dari aspek penciptaan, watak/perwatakan dan kesannya kpd audien dan sebab-musabab mengapa cerita itu diolah sedemikian rupa.
Pendekatan Biografi• Membicarakan tentang riwayat hidup dan
pengalaman diri sejak dilahirkan hingga meninggal
• Menceritakan peristiwa yg dialami seseorang dan pengalamannya dinukilkan
• Mementingkan fakta yang tepat dan diolah supaya menarik minat pembaca
• Rasa jijik, mual, simpati, benci, syang, seronok• Riwayat hidup seseorang pengarang juga
diambil kira dan pengetahuan terhadap diri pengarang menolong pengkritik membuat tafsiran lebih bermakna
• Memoir Seorang Dekan…
Pendekatan Biografi• Hasil kesusasteraan yang bernilai dan
baik dipancarkan oleh penulis yang riwayat hidupnya juga baik
Pendekatan Deduktif• Melihat sesuatu itu secara menyeluruh
dahulu, kemudian membuat perincian terhadap bahagian-bahagian itu
• Guru-guru membuat generalisasi, menerangkan maksud, memberikan peraturan dan definisi pada awal langkah pengajaran
Pendekatan Induktif• Melihat ciri-ciri sesuatu sebelum membuat satu
generalisasi. Ia menggunakan kaedah pencarian (discovery) iaitu melihat, meneliti, menganalisis sesuatu pada awalnya kemudian membuat kesimpulan
• Guru tidak digalakkan memberi definisi, isi kandungan keseluruhan pelajaran
• Guru boleh mengemukakan soalan-soalan, berbincang, memerhati
• Cari seberapa banyak maklumat tentang watak utama kemudian baharulah dibuat kesimpulan terhadap watak