khsr perkebunan tahun 6 1
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAHKHSR
TAHUN ENAM
Reka Bentuk Dan Teknologi
TANAMAN SAYURANMASA 8 JAM
PERALATAN PERKEBUNAN YANG BIASA DIGUNAKAN
• Cangkul• Pencakar• Sudip tangan• Pencakar tangan• Alat penyiram• Alat penyembur• Kesemua alat ini digunakan untuk
membersih, menggembur tanah, semburan racun, membaja, menyiram dan merumput tanaman di kebun
PEMILIHAN TAPAK• Keadaan tanah yang rata
• Mempunyai sumber air yang mencukupi
• Tidak terlindung dari pancaran cahaya matahari
• Tidak mudah terhakis dan dibanjiri
• Jenis tanah sebaik-baiknya tanah loam yang mengandungi banyak: bahan mineral, bahan organik, air dan udara
MEMBERSIHKAN TAPAK
• Tebas pokok-pokok yang kecil
• Gali dan keluarkan akar pokok yang tertinggal di dalam tanah
• Bakar pokok–pokok kecil dan tunggul kayu yang ditebang
• Potong dan kumpul rumput untuk dijadikan kompos
LANGKAH MEMBINA BATAS• Gemburkan tanah ( Tanah campuran
hendaklah dibubuh setinggi 10 – 15 cm di atas tanah asal sekiranya tanah asal tidak sesuai untuk tanaman sayuran)
• Ketinggian batas: 15cm - 25 cm• Lebar batas: 75cm – 120cm• Panjang batas: bergantung kepada saiz
tapak• Jarak antara batas: 45cm – 60cm• Ratakan permukaan batas dengan pencakar
• Baja asas seperti bahan organik yang cukup reput boleh dibubuh di atas batas bagi menyuburkan tanaman
• Batas hendaklah disungkup dengan menggunakan pelepah kelapa, rumput kering, jerami padi atau penutup plastik hitam bersalut almunium
• Sungkupan bertujuan untuk mengelakkan hakisan dan tanah batas yang telah digembur menjadi padat
• Biarkan selama seminggu supaya baja organik bertindak balas dengan tanah
LANGKAH MENYEMAI BIJI BENIHYANG KASAR DI BATAS
• Buat barisan lurus di permukaan batas dengan jarak 15-20 cm antara satu sama lain
• Buatkan lubang kecil pada barisan yang telah ditandakan
• Masukkan 2 biji benih ke dalam setiap lubang
• Timbun biji benih dengan medium • Siram permukaan batas dan
sungkupkan
CARA MENYEMAI BIJI BENIH HALUS:1. Campurkan biji benih dengan pasir halus dalam nisbah 1:5 2. Taburkan campuran biji benih dan pasir di atas permukaan batas atau bekas3. Taburkan satu lapisan medium yang nipis untuk menutup campuran biji benih4. Siram dan letakkan di tempat teduh5. Biji benih halus biasanya disemai di kotak semaian sebelum dipindahkan ke batas
• Anak benih sayuran boleh dipindahkan dari tapak semaian ke batas setelah ianya mempunyai empat hingga lima helai daun sebenar.
• Anak benih yang akan dipindahkan hendaklah dicungkil berhati-hati dengan menggunakan sudip tangan agar akar dan batangnya tidak rosak
• Pemindahan anak benih hanya sesuai dilakukan pada waktu pagi dan petang sahaja
PEMILIHAN BIJI BENIH
• Mesti benih yang cukup matang/tua
• Benih yang berisi
• Dibeli dari kedai
CONTOH ANAK BENIH YANG SESUAI DIPINDAHKAN KE BATAS ATAU PASU
BELUM SESUAI
DIPINDAHKAN KE
BATAS KERANA
IANYA MUDAH LAYU
Sekiranya anak benih
seumpama ini dipin-
dahkan, banyak
akar yang terputus
Contoh-contoh sayuran yang ditanam di batas
CONTOH SAYUR-SAYURAN YANG BOLEH DITANAM DI BATAS
Bagi sekolah yang tidak mempunyai tanah lapang, kaedah lain yang boleh digunakan ialah;
1. Menanam sayur-sayuran di dalam pasu atau bekas yang sesuai.
2. Kaedah hidroponik
PENANAMAN SAYUR CARA HIDROPONIK
• Sistem yang dipilih ialah Hidroponik Kultur Air ( KAT )
• Medium - span, benang/kapas batu
• Bekas - palung/bekas plastik
• Larutan - baja dan air/nutrien
• Penutup – polistren
PERALATAN YANG DIPERLUKAN UNTUK TANAMAN HIDROPONIK
FORMULA ASAS LARUTAN UNTUK TANAMAN HIDROPONIK
• Kalium sulfat -1¼ sudu teh• Kalium nitrat - 4 sudu teh• Kalsium sulfat -½ sudu teh• Magnesium sulfat - 2½ sudu teh• Tambah dengan lima gelen air• Bahan-bahan di atas boleh dibeli di kedai-
kedai pertanian• Sayur daun seperti bayam, kailan, sawi
dan sebagainya
PERKARA YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN DALAM PENJAGAAN SAYURAN DALAM PASU ATAU BEKAS:
• Ruang – Mencukupi untuk jenis sayur yang ditanam
• Cahaya – Terdedah kepada cahaya untuk proses fotosintisis
• Penyiraman – Perlu dilakukan selalu bagi mengekalkan kelembaban tanah
• pembajaan
CAMPURAN TANAH UNTUK PASU/BEKAS
• Tanah yang mengandungi humus dan nutrien. Contoh: Tanah kebun, tanah hutan dan tanah bekas unggun api atau tanah bakar
• Campuran tanah pasu: 3 bahagian tanah kebun/tanah hutan/tanah bakar, 2 bahagian baja organik/ tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir sungai.
• Alat penyukat: Baldi kecil
CONTOH SAYURAN YANG BOLEH DITANAM DI PASU/BEKAS (CADANGAN)
PENJAGAAN• KERJA-KERJA BERIKUT PERLU
DILAKUKAN SEHINGGA ANAK BENIH SESUAI DITUAI: MEMBERI NAUNGAN, MENYIRAM, MERUMPUT, MELAKUKAN PENJARANGAN, MELAKUKAN PENYULAMAN, MEMBAJA, MEMBERIKAN SOKONGAN DAN MENGAWAL PEROSAK DAN PENYAKIT
Bahan sokongan seperti junjung ( untuk sayur jenis kekacang ), berpara ( sayur jenis
buah ) dan berpagar ( sayur yang mempunyai batang yang lembut }
• Memberi naungan: Melindungi anak benih daripada pancaran matahari terik dan hujan lebat. Diberi pada anak benih yang berumur 3 – 7 hari. Ketinggian naungan 80 -100 cm. Bahan naungan: pelepah kelapa, plastik, jaring, daun lebar dan lalang
• Menyiram: Mengekalkan kelembaban tanah. Dilakukan 2 kali sehari. Air yang disiram mesti mencukupi dan boleh sampai ke zon akar
• Merumput: Proses membuang rumput yang tumbuh di batas tanaman. Mengelakkan persaingan di antara rumput dan sayuran untuk mendapatkan nutrien, cahaya, air dan udara. Perlu di lakukan setiap satu hingga dua minggu.
• Penjarangan: Membuang anak benih yang tumbuh terlalu rapat. Dibuat ketika anak benih mencapai ketinggian 8 – 10 cm. Ini juga akan menggalakkan pertumbuhan sayur-sayuran yang sekata
• Menggembur tanah: Perlu dilakukan ketika tanah di batas menjadi keras dan padat. Ini juga bertujuan untuk mengekalkan sistem pengudaraan tanah.
• Penyulaman: Bertujuan untuk mengganti anak benih yang tidak sihat atau mati
• Memberi sokongan: Perlu dibuat kepada jenis sayur tumbuh memanjat atau mempunyai batang yang lemah. 3 jenis sokongan ialah: Junjung, berpara dan berpagar
• Membaja: Membekalkan nutrien untuk pertumbuhan pokok yang sihat di samping memperbaiki struktur tanah. 2 jenis baja iaitu baja organik dan baja kimia. Sayuran diberi baja berdasarkan kepada jenisnya. Contoh: Sayur-sayuran jenis daun memerlukan lebih banyak Nitrogen manakala sayur jenis buah memerlukan lebih banyak nutrien kalium dan fosfat. Bagi baja kimia, cara mengguna adalah tertakluk kepada kadar yang dicadangkan oleh pengeluar produk.
MENGAWAL PEROSAK DAN PENYAKIT
• Perosak sayur-sayuran biasanya disebabkan oleh serangga seperti ulat beluncas, kutu daun, bari-bari betina, belalang, kumbang dan siput babi
• Penyakit sayur-sayuran pula adalah terdiri dari melecuh anak benih, reput akar, bintik daun, kulapuk, layu bakteria, karat batang/daun dan penyakit virus.
• Membuang dan membakar pokok yang diserang penyakit
• Mengelakkan pokok rosak atau terluka
• Menggunakan racun kimia
• NOTA: Bagi kerja menyembur racun pada tanaman, ( KHSR TAHUN ENAM ) hendaklah dilakukan oleh guru
LANGKAH MENGAWAL
MEMUNGUT HASIL• Hasil sayur-sayuran dipungut dengan cara
memotong, memetik, mencabut dan menggali
• Sayur daun hanya sesuai dipungut pada waktu pagi dan petang sahaja.
• Sayur jenis ubi dan buah boleh dipungut pada bila-bila masa sahaja
• Kerja-kerja menggred, membersih, membungkus/mengikat perlu dilakukan sebaik sahaja sayur-sayuran siap dituai.
Hasil sayur-sayuran hendaklah dipungut
mengikut tempoh matang. Contoh;
• Sayur daun – 4 hingga 5 minggu
• Timun – 4 hingga 6 minggu• Kacang panjang – 6 hingga 8
minggu• Terung – 10 hingga 12 minggu