kkp sejarah

Upload: lie-na-majih

Post on 09-Oct-2015

45 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sjh

TRANSCRIPT

Mata pelajaran Sejarah yang mula diajar diperingkat sekolah rendah pada tahun ini adalah bertujuan untuk mendidik murid untuk memahami latar belakang negara dan sejarahnya dengan melihat perubahan yang berlaku serta kesinambungan yang masih dikekalkan terutamanya dalam kehidupan masyarakat di Malaysia.Sebagai seorang guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah, adalah perlu untuk seseorang guru itu menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam menyediakan Rancangan Pengajaran Harian yang sesuai dan memilih kaedah pengajaran yang berkesan sekaligus dapat merangsang pemikiran murid dan menjadikan pembelajaran Sejarah tersebut sebagai pembelajaran yang bermakna. Hal ini penting kerana fokus utama pengajaran Sejarah adalah untuk menyemai ilmu pengetahuan dan asas Kemahiran Pemikiran Sejarah di samping menerapkan semangat patriotik dikalangan murid. Dengan itu, diharap murid akan berupaya memahami diri mereka secara individu dan sebagai ahli dalam masyarakat serta menanam perasaan cinta akan negara dan bangga menjadi rakyat Malaysia.Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah yang digunakan oleh guru semasa mengajar akan membantu menghidupkan suasana pembelajaran Sejarah, sekaligus boleh meningkatkan minat murid. Ia juga membolehkan murid menjadi lebih kritis, kreatif dan inovatif. Bagi memupuk asas Kemahiran Pemikiran Sejarah dikalangan murid sekolah rendah ini, guru perlulah menggunakan kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai. Keberkesanan dan kejayaan pengajaran dan pembelajaran Sejarah adalah bergantung kepada kreativiti guru merancang, mengolah dan melaksanakan pendekatan, kaedah, teknik secara bersepadu dan sistematik. Guru hendaklah merancang pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid bagi menggalakkan penglibatan yang aktif agar dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik. Terdapat beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Namun, kita fokuskan kepada kaedah Kajian Masa Depan dan kaedah Simulasi.Pembelajaran Sejarah Berasaskan Kajian Masa Depan Pembelajaran Sejarah berasaskan Kajian Masa Depan (KMD) adalah suatu strategi pengajaran secara saintifik untuk memikirkan tentang masa depan secara berkaedah dan bermakna. Dalam mengkaji masa depan, murid perlu tahu perkara yang telah berlaku (sejarah) dan perkara yang sedang berlaku (trend dan perubahan terkini). Maklumat-maklumat ini perlu bagi membantu murid membuat pertimbangan terhadap kemungkinan yang akan berlaku pada masa depan sebelum mereka membuat keputusan, selain menambah keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup. Kaedah Kajian Masa Depan bertujuan untuk mendidik murid supaya bersedia menghadapi cabaran dan perubahan, di samping menyedari bahawa masa depan akan pasti berubah. Melalui pengajaran Sejarah menggunakan kaedah Kajian Masa Depan juga, akan menghasilkan tenaga manusia yang berfikir, menjangka masalah dan membuat pilihan atau alternative yang tepat dan membawa anjakan paradigma terhadap budaya belajar yang berasaskan pengetahuan dan ingatan semata-mata kepada budaya berfikir.