kod etika dan akauntabiliti keguruan isl

Upload: mata-kaca

Post on 10-Oct-2015

82 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

er

TRANSCRIPT

KOD ETIKA DAN AKAUNTABILITI KEGURUANAkauntabiliti merujuk kepada tanggungjawab seseorang terhadap sesuatu.

Etika pula berasal daripada perkataan "ETHOS", Yunani iaitu norma - norma, nilai - nilai kaedah dan ukuran bagi tingkah laku manusia yang baik.

KOD ETIKA PROFESION-peraturan untuk membantu guru yang profesional mematuhi prinsip - prinsip yang termaktub demi menjaga imej profession.

3 aspek Fungsi Kod Etika Profesion:1. Pedoman bagi setiap ahli2. Kawalan sosial untuk masyarakat atas profesion berkaitan3. Mencegah campur tangan pihak luar organisasi profesion

KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA

a. Tanggungjawab Terhadap Pelajar-mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal - hal lain, adil.

b. Tanggungjawab terhadap Ibu bapa-guru perlu merahsiakan maklumat rumahtangga atau anak yang diamanahkan oleh ibu bapa

c. Tanggugjawab terhadap masyarakat dan negara-guru sentiasa memenuhi tanggungjawab sebagai warganegara selain membimbing dan memupuk pelajar untuk menjadi warganegara yang disanjung tinggid. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion-guru harus menjadi ahli persatuan guru seperti KPPK/NUTP

KONSEP AKAUNTABILIT KEGURUAN

-Akauntabilitii merujuk kepada sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan serta bersedia memberikan penjelasan dan justifikasi yang diperlukan-akauntabiliti keguruan bermaksud tanggungjawab guru terhadap profesion keguruannya

a. Akauntabiliti terhadap pelajar-mendidik ke tahap cemerlangb. Akauntabiliti terhadap diri sendiri-guru harus berpengetahuan luas dan kompeten dalam bidang mata pelajaran yang diajar jika guru bertanggungjawab terhadap diri sendiri

c. Akauntabiliti terhadap ibu bapa-melaksanakan tugas mendidik dan membentuk modal insan yang berguna kepada masyarakat

d. Akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara-mendukung prinsip Rukun negara serta mencapai aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan

e. Akauntabiliti terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan-hubungan baik dengan rakan sejawat agar imej profesion terpelihara

INTEGRITI GURU

-integriti merujuk kepada kesempurnaan atau keikhlasan dan kejujuran,-kualiti unggul

- integriti guru merujuk kepada guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum.

-guru harus mengamalkan kod etika profesion dan Piagam Pelanggan demi mewujudkan budaya kerja organisasi yang bersistem.

PERINGKAT - PERINGKAT PERKEMBANGAN GURUMenjadi seorang guru yang berjaya mengambil masa, perlu mengamalkan sikap ingin belajar untuk mengajar sebagai proses Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Seni pengajaran boleh dipelajari dan merupakan gabungan pengetahuan, pengalaman praktikal serta ketelitian dan refleksi terhadap amalan diri.

TEORI PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU

Teori Keprihatinan (Fuller,1969)

Teori keprihatinan mengkonsepkan perkembangan guru sebagai proses yang dilalui oleh guru dari peringkat keprihatinan terhadapdiri (guru)kepadatugas (pengajaran)dan seterusnyaimpak (pelajar).

a. Peringkat Kemandirian Diri- Guru berasa bimbang tentang kemampuan diri untuk mengawal kemampuan diri untuk mengawal kelas dan apa jua yang akan diperkatakan oleh ibu bapa serta guru - guru lain.

b. Peringkat Tugas-Peringkat perkembangan kedua, iaitu keprihatinan guru adalah terhadap memperbaiki pengajarannya serta menguasai isi kandungan mata pelajaran.

c.Peringkat Impak-Peringkat Ketiga dalam perkembangan guru, iaitu guru mulai melihat pelajarnya sebagai individu yang mempunyai pelbagai keperluan.

Rumusan; Perkembangan guru sebagai proses semula jadi.-perubahan kepada persekitaran pembelajaran seperti perubahan kurikulum, perubahan tahap kelas yang diajar dan perubahan tempat bertugas boleh menyebabkan peringkat perkembangan guru berbalik ke peringkat yang lebih rendah.

Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter,1986)

a. Peringkat Novis (sekitar 1 tahun berkhidmat)-mula mempelajari cara mengajar-mempelajari fakta, konsep dan peraturan asas pengajaran-masih belum dapat menangani tugas - tugas harian seorang guru-dapat membuat satu peta kognitif tentang tugas - tugas am seorang guru profesional melalui kursus yang ditawarkan dalam program Ijazah Perguruan

b. Peringkat Novis Lanjutan (sekitar 3 tahun berkhidmat)-menambah dan memantapkan kefahaman fakta, konsep, prinsip berkaitan P&P.-pengalaman awal kepada amalan bilik darjah membantu membina keyakinan diri-bimbingan guru mentor amat penting dalam mengekalkan minat dan motivasi guru novis lanjutanc. Peringkat Cekap (sekitar 5 tahun berkhidmat)- memiliki kelayakan ikhtisas-lebih memberikan fokus kepada pembelajaran murid-memahami prinsip dan konsep pembelajaran dalam pelbagai situasi dan juga situasi yang khusus-memiliki pelbagai strategi pengajaran dan mampu menyesuaikannya mengikut keperluan pelajar yang berbeza

d. Peringkat Mahir (Sekitar 10 Tahun)-Mahir dalam bidangnya-Golongan yang diingati dan disanjungi oleh bekas pelajar-gaya lancar dan spontan yang membolehkannya membuat keputusan berdasarkan intuisi-kaya dengan pengalaman dan dapat menganalisis serta menyusun maklumat yang kompleks berkaitan sesuatu situasi pembelajaran secara kreatif dan unik.

e.Peringkat Pakar (Sekitar 15 tahun)-guru yang gemilang dan terbilang-dapat memahami dan menangani maklumat yang banyak dan pelbagai dan masih mempunyai gaya pengajaran yang lancar.-orang yang berautoriti dalam profesionnya-idea dan kemahiran boleh mempengaruhi polisi - polisi berkaitan pengendalian di bilik darjah.IMPLIKASI KEPADA GURU: PERJALANAN DARI NOVIS KE PAKAR

-kecekapan seseorang guru harus mengambil kira tujuh teras pengetahuan:1. isi kandungan2. pedagogi am3.kurikulum4.kandungan pedagogi5.tentang pelajar dan ciri - ciri pelajar6.tentang konteks pendidikan7.tentang falsafah, matlamat dan nilai pendidikan

Pengetahuan kandungan pedagogi merupakan kebolehan seseorang guru untuk menyampaikan kefahaman isi kandungannya melalui pelbagai strategi dan kaedah pengajaran agar pelajar dapat mencapai kefahaman dan menunjukkan pencapaian dalam pembelajaran tersebut.

Perbandingan kandungan pengetahuan pedagogi guru novis dan guru pakar:

Guru Novis

-pengetahuan isi kandungan adalah terhad secara diskret/berasingan-tindakan pedagogi adalah terhad, menjurus kepada kaedah penyampaian pengetahuan dan prestasi pengajaranGuru Pakar

-pengetahuan isi kandungan yang mendalam dan dapat mengaitkan dengan konteks yang berbeza secara bersepadu-tindakan pedagogi adalah lebih luas, interaktif dan pelbagai-mengajar dengan mengambil kira cara pelajar belajar, cara pelajar membina konsep dalam perwakilan struktur kognitifnya-memberikan fokus kepada pengetahuan sedia ada, pemikiran pelajar dan boleh mengubahsuai perancangan kurikulumnya secara mental agar bersesuaian dengan keperluan konteks.

Perkara yang Perlu Diberi Penekanan:

-sokongan dan bimbingan semasa program keguruan-latihan atau aktiviti menjurus perkembangan domain pengetahuan spesifik-kursus - kursus ditawarkan dalam program latihan keguruan menyeimbangkan teori dan amali-penghayatan pengurusan bilik darjah

KONSEP MENGAJAR SEBAGAI SATU PROFESIONKONSEP PROFESION DAN PROFESIONALISME

Profesion merujuk kepada pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting. Profesional ialah ciri - ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam profesion. Seorang profesional harus berpengetahuan dan perlu melalui pendidikan formal ke tahap yang tinggi dan dikawal oleh satu kod etika.

Ciri - ciri Seorang Profesional:

1. asas pengetahuan mendalam2. komitmen untuk memenuhi keperluan klien3. identiti kuat secara kolektif (komitmen profesional)4. Autonomi profesional (Talbert & Mc Laughlin, 1994)

Guru yang profesional mesti mempunyai pengetahuan dari segi kandungan, pengetahuan kandungan pedagogi dan pedagogi asas.

CIRI - CIRI GURU PROFESIONAL

Guru berwibawa (Model Guru Profesional, Mohamad Sani 1998)

Sahsiah:-bertaqwa-berakhlak-berperibadi mulia-mempunyai komitmen-bersopan santun-bersikap positif-berkebolehan memimpin-mengamalkan budaya ilmu

Ilmu-isi kandungan mata pelajaran-pengetahuan kandungan pedagogi-bahan- kaedah-teknolgi

Ketrampilan-merancang, mengurus dan memilih strategi P&P-merangsang P&P-kemahiran teknolgi-kemahiran generik-kemahiran kaunseling-menilai P&P

CIRI - CIRI GURU BERKESAN (Abdul Shukor Abdullah, 1998)

1. bersikap profesional2. mempamerkan ciri - ciri kekuatan teori3. kaya dengan ilmu4. bertindak atas landasan etika dan tatasusila kerja5. bermoral teguh6. sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran7. prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa8. berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid9. melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa10. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa11. memastikan situasi guru mengajar murid belajar di dalam kelas12. berupaya melahirkan persekolahan berwatak13. berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik14. berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri15. taat dan setia terhadap perkhidmatannya serta mempertahankan martabat profesionnya16. menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian dan tidak berbelah bahagi17. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P sekolah

McEwan (2002): 10 Tret Guru yang amat berkesan

1. Dorongan oleh Misi dan Passionate2. Positif dan Benar3. Guru sebagai pemimpin4. With - it - ness5. Gaya6. Kepakaran dalam Motivasi7. Keberkesanan Pengajaran (Instructional Effectiveness)8. Budaya Membaca/Pembelajaran Kandungan (Book Learning)9. Street Smarts (Pintar)10. Kehidupan Mental/celik minda (Mental life).PERANAN GURU SEKOLAH RENDAHGuru mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap perkembangan kognitif dan psikososial kanak - kanak.

a. Guru Sebagai Pengamal Ilmu dan Kemahiran

- Pengamal Ilmu tidak kedekut dengan ilmunya. Ilmu yang dapat dikongsikan akan berlipat ganda manfaatnya dan bukan usaha yang sia - sia.

b. Pembimbing

-Ilmu pengetahuan, pengurusan diri dan masa, membina hubungan yang positif, penyesuaian diri kepada perubahan rutin hidup, menyemai minat dan sahsiah yang sihat.

- berperanan sebagai mentor.

- Guru menjalankan bimbingan dengan kepercayaan bahawa setiap pelajar berupaya berkembang dan kembali ke arah yang lebih positif.

c. Pengamal Reflektif

Bertanyakan beberapa soalan seperti berikut:

i. Apakah yang saya buat?ii. Apakah hasilnya?iii. Mengapakah menjadi demikian?iv. Apakah perasaan saya?v. Apakah yang saya belajar?vi. Apakah tindakan saya selepas ini?

d. Penyelidik

-mengkaji secara sistematik isu amalan bilik darjah, membuat inkuiri untuk menghasilkan teori dan kefahaman baharu berkaitan permasalahan yang dihadapi.

e. Agen Sosialisasi

-Penyumbang ilmu dan kemahiran-pembentuk sahsiah sosial yang positif-pembentuk budaya penyayang-teladan sosial-penghubung antara institusi sekolah dengan masyarakat am

f. Agen Perubahan

Fullen (1993), empat bidang utama bagi membina keupayaan moral untuk menghadapi perubahan.i. Membina Visi peribadiii.Inkuiriiii. Masteriiv. Kolaborasi

g. Pengganti Ibu bapa

-memahami kanak - kanak dari segi pelbagai aspek.-keprihatinan dan kepekaan guru-penyayang dan mesra: Sediakan pengalaman bermakna

h. Pembentuk Tingkah Laku

- menggunakan pendekatan behavioris: pemerhatian, didengar, diukur-penenguhan semula jadi-fokus perasaan, pemikiran, keperluan psikologikal dan emosi individu

i. Pengurus Pembelajaran

-merancang, mengelola, mengarah aktiviti P&P-mengurus bilik darjah- mengurus persekitaran fizikal-mengurus persekitaran psikososial-mengurus proses pentaksiran

Peranan guru jana transformasi pendidikanOleh MOHD. FADZLY MOHD. [email protected] guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.Fungsi dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan.Oleh yang demikian, pemilihan tema hari guru pada tahun ini iaitu "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" adalah amat bertepatan sekali.Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga guru atas jasa bakti tidak kenal erti jemu dalam usaha mendidik anak-anak bangsa yang amat memerlukan ilmu bagi memajukan diri, agama, bangsa dan negara."Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat," katanya ketika ditemuiUtusan Malaysia,baru-baru ini.Menurut beliau, Kementerian Pelajaran telah merencanakan pelbagai dasar, polisi dan pembaharuan pendidikan bagi memantapkan proses dan pengendalian pembelajaran dan pengajaran (P&P) di sekolah."Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang selepas ini akan diikuti pula oleh Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) juga tidak akan berjaya tanpa komitmen dan sokongan jitu para guru."Peranan guru juga besar dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan Satu Murid Satu Sukan (1M1S)."Semua dasar dan pembaharuan pendidikan ini tidak akan memberi makna tanpa warga pendidik sebagai golongan yang berada di barisan hadapan dalam memacu arus pendidikan agar sentiasa dinamik dan progresif," jelas beliau.Terang beliau lagi, Program Transformasi Kerajaan yang merangkumi pelan hala tuju Malaysia menjelang 2020 yang dilancarkan pada awal tahun lalu menggariskan beberapa pelan tindakan berkaitan sistem pendidikan negara."Sasaran utama adalah untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar dan bidang yang menjadi tumpuan adalah prasekolah, kemahiran asas literasi dan numerasi, Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan peningkatan prestasi Pengetua dan Guru Besar."Namun demikian, tanpa komitmen dan usaha gigih para guru, semua pelan yang direncanakan pasti sukar untuk dijayakan dan ia jelas menunjukkan betapa besar peranan para guru yang berupaya mencorak dan membentuk generasi masa muka," tambahnya.Abd. Ghafar berkata, transformasi dalam pendidikan akan terus berlaku kerana ia selaras dengan aspirasi negara untuk menjadi negara maju dengan acuan tersendiri yang mengambil kira kepercayaan, budaya dan nilai setempat yang terpelihara sekian lama."Masyarakat meletakkan harapan tinggi kepada guru dan tumpuan sepenuhnya perlu diberikan terhadap tanggungjawab yang perlu digalas dalam bidang kurikulum, kokurikulum juga pembinaan sahsiah anak didik."Justeru, saya menyeru agar warga pendidik sentiasa bersedia untuk menyambut sebarang perubahan pendidikan bagi diterjemahkan semasa proses P&P dalam bilik darjah," ujarnya.Beliau menambah, kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif dan inisiatif bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan guru terjamin."Keprihatinan ini disalurkan menerusi pelbagai usaha seperti menubuhkan jawatankuasa mengkaji beban tugas guru, cadangan wujudkan jawatan pembantu guru, menambah baik infrastruktur sekolah, menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dan menambah kuota pengetua serta guru cemerlang sehingga peringkat JUSA C," terang beliau.Abd. Ghafar berkata, cadangan penstrukturan semula pemberian Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan bagi guru-guru di Sabah dan Sarawak membuktikan bahawa bidang pendidikan, guru-guru dan murid-murid walau di mana sahaja berada menjadi keutamaan dalam agenda semasa kerajaan."Konsep pendemokrasian pendidikan sentiasa dipraktiskan oleh pihak kementerian bagi memastikan peluang mengikuti pendidikan berkualiti dapat dikecapi secara sama rata di seluruh negara tanpa mengira batas geografi, gender, tahap sosio ekonomi, bangsa dan fahaman politik," jelasnya.Katanya lagi, pelbagai inisiatif diambil bagi memastikan tiada golongan yang terpinggir seperti penyediaan Sekolah pendidikan khas dan kelas integrasi pendidikan khas bagi kanak-kanak kelainan upaya"Kementerian Pelajaran juga telah mengambil langkah memperkemas dan menambah baik syarat dan kriteria pengambilan guru pelatih bagi kursus pra perkhidmatan."Langkah untuk meningkatkan profesionalisme guru akan meningkatkan martabat keguruan untuk terus dihormati, disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat," terangnya.Menurut Abd. Ghafar, usaha memartabatkan profesion keguruan tidak akan mencapai sasaran jika dirancang dan dilaksanakan pada peringkat kerajaan atau kementerian sahaja.Katanya, warga pendidik sendiri selaku agen perubahan perlu memainkan peranan berkesan dengan cara sentiasa meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing."Guru janganlah jemu berusaha untuk menambah baik amalan pengajaran semasa dan sentiasa berfikiran proaktif, kreatif serta inovatif."Guru-guru juga disarankan supaya mengaplikasi dan mengamalkan kaedah P&P terkini seiring dengan proses globalisasi agar kekal relevan dan mampu menarik minat murid-murid untuk menimba ilmu," jelasnya.

Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0514&sec=Rencana&pg=re_03.htm#ixzz3C5lteWNF Utusan Melayu (M) Bhd