kod etika kaunseling sekolah

6
KOD ETIKA KAUNSELING SEKOLAH 1. Kod Etika ini bertujuan untuk menyediakan satu garis panduan bagi kaunselor dan juga menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng daripada piawaian perlakuan kaunselor. Kod Etika ini menggariskan piawaian perlakuan dalam menjalin perhubungan professional dengan klien, rakan- rakan kaunselor, majikan, individu dan profesion lain serta masyarakat keseluruhannya. Ia juga merangkumi etika perlakuan yang piawai mengenai tatalaku yang sesuai dengan kedudukan dan identiti sebagai seorang kaunselor. 2. Kod Etika berasaskan kepada nilai- nilai utama perkhidmatan kaunseling dan memberi penekanan terhadap penghargaaan kendiri, dignity dan keunikan individu termasuk hak- hak dan peluang- peluang mereka. Ia juga berasaskan kepada profesion kaunseling itu sendiri yang mengutamakan nilai- nilai murni. 3. Apabila menghadapi situasi yang memerlukan intervensi, kaunselor hendaklah menunaikan tanggungjawab etika dengan memberi pertimbangan berasaskan kepada kesemua prinsip yang terkandung dalam Kod Etika. 4. Kod Etika ini tidak menggariskan semua peraturan kaunselor dalam menghadapi keadaan yang begitu kompleks dalam melaksanakan tanggungjawabnya. 5. Kod Etika iini tidak seharusnya digunakan sebagai instrument untuk menyekat peluang dan kebebasan kaunselor dalam mengamalkan khidmat kaunseling. Ia juga tidak harus digunakan untuk mengenakan tindakan disiplin kepada kaunselor tanpa diberi hak perlindungan dan keadilan yang maksima. SKOP KAUNSELING 1. Pekhidmatan kaunseling ialah perkhidmatan yang memberi peluang kepada klien untuk berkembang ke aragh kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna. Ia merangkumi usaha kerja dengan individu atau kumpulan. Objektif perhubungan kaunseling berbeza mengikut klien. 2. Skop perkhidmatan kaunseling meliputi isu-isu perkembangan analisis dan penyelesaian masalah, membuat keputusan, menangani krisis, mengembangkan persefahaman kendiri, meningkatkan ketahanan emosi semasa menghadapi konflik dalaman atau memperbaikki dan mempertingkatkan hubungan dan interaksi dengan individu lain. 3. Kaunselor berperanan sebagai fasilitator kepada klien dalam menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan menghormati mertabat diri, nilai dan keupayaannya. KOD TATA LAKU 1. Kaunselor hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang kaunselor dan intergriti profesion kaunseling. 2. Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya. 3. Kaunselor hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan profesion kaunseling. 4. Kaunselor mestilah diawasi serta dinilai tugas kaunselingnya oleh penyelia profesion melalui penyeliaan lazim (regular supervisor) dan sokongan perundingan (consultative support).

Upload: purenst

Post on 02-Feb-2016

82 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

GBKSM

TRANSCRIPT

Page 1: Kod Etika Kaunseling Sekolah

KOD ETIKA KAUNSELING SEKOLAH

1. Kod Etika ini bertujuan untuk menyediakan satu garis panduan bagi kaunselor dan juga menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng daripada piawaian perlakuan kaunselor. Kod Etika ini menggariskan piawaian perlakuan dalam menjalin perhubungan professional dengan klien, rakan-rakan kaunselor, majikan, individu dan profesion lain serta masyarakat keseluruhannya. Ia juga merangkumi etika perlakuan yang piawai mengenai tatalaku yang sesuai dengan kedudukan dan identiti sebagai seorang kaunselor.

2. Kod Etika berasaskan kepada nilai- nilai utama perkhidmatan kaunseling dan memberi penekanan terhadap penghargaaan kendiri, dignity dan keunikan individu termasuk hak- hak dan peluang- peluang mereka. Ia juga berasaskan kepada profesion kaunseling itu sendiri yang mengutamakan nilai- nilai murni.

3. Apabila menghadapi situasi yang memerlukan intervensi, kaunselor hendaklah menunaikan tanggungjawab etika dengan memberi pertimbangan berasaskan kepada kesemua prinsip yang terkandung dalam Kod Etika.

4. Kod Etika ini tidak menggariskan semua peraturan kaunselor dalam menghadapi keadaan yang begitu kompleks dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

5. Kod Etika iini tidak seharusnya digunakan sebagai instrument untuk menyekat peluang dan kebebasan kaunselor dalam mengamalkan khidmat kaunseling. Ia juga tidak harus digunakan untuk mengenakan tindakan disiplin kepada kaunselor tanpa diberi hak perlindungan dan keadilan yang maksima.

SKOP KAUNSELING1. Pekhidmatan kaunseling ialah perkhidmatan yang memberi peluang kepada klien untuk

berkembang ke aragh kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna. Ia merangkumi usaha kerja dengan individu atau kumpulan. Objektif perhubungan kaunseling berbeza mengikut klien.

2. Skop perkhidmatan kaunseling meliputi isu-isu perkembangan analisis dan penyelesaian masalah, membuat keputusan, menangani krisis, mengembangkan persefahaman kendiri, meningkatkan ketahanan emosi semasa menghadapi konflik dalaman atau memperbaikki dan mempertingkatkan hubungan dan interaksi dengan individu lain.

3. Kaunselor berperanan sebagai fasilitator kepada klien dalam menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan menghormati mertabat diri, nilai dan keupayaannya.

KOD TATA LAKU 1. Kaunselor hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara piawaian dan identiti sebagai

seorang kaunselor dan intergriti profesion kaunseling.2. Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan

dan kemahiran dalam bidang profesionnya.3. Kaunselor hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur

selaras dengan profesion kaunseling.4. Kaunselor mestilah diawasi serta dinilai tugas kaunselingnya oleh penyelia profesion melalui

penyeliaan lazim (regular supervisor) dan sokongan perundingan (consultative support).

Page 2: Kod Etika Kaunseling Sekolah

A. TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR TERHADAP KLIEN1. Kaunselor bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien sama ada klien individu

atau klien kelompok.2. Kaunselor hendaklah menghormati privisi klien dan merahsiakan segala maklumat yang

diperolehi semasa kaunseling melainkan maklumat yang akan menyebabkan klien atau orang-orang di persekitarannya.

3. Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosio-budaya klien.4. Semasa menjalankan sesi kaunseling, kaunselor hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal

dan psikologi klien dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada dari aspek kewangan, seksual, emosi dan sebagainya.

5. Kaunselor hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkahlakunya. Kaunselor juga perlu menghormati keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.

6. Kaunselor hendaklah berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan kemahiran serta kecekapan profesionalismenya.

7. Kaunselor tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status ideologi, kecacatan fizikal & mental atau dikriminasi dalam bentuk apa sekali pun.

8. Kaunselor hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling.

9. Kaunselor hendaklah mencapai persetujuan dengan kliennya di peringkat awal sesi kaunseling mengenai batasan unsur kerahsiaan.

10. Persetujuan antara kaunselor dan klien mengenai kerahsiaan boleh disemak semula dan diubah dengan persetujuan bersama.

11. Dalam kes yang jelas terbukti bahawa klien atau orang lain berada dalam bahaya, kaunselor hendaklah menggunakan budi bicaranya untuk menjaga kepentingan klien dan orang lain yang terlibat.

12. Kaunselor tidak digalakkan memberi perkhidmatan kaunseling kepada saudara mara, kawan karib, atau sesiapa yang mempunyai hubungan intim dengannya atau mempunyai hubungan dengan pihak pentadbiran yang membuat penilaian.

13. Kaunselor tidak boleh menghalang klien yang hendak menamatkan sesi kaunseling atau ingin bertukar kepada kaunselor yang lain.

14. Kaunselor hendaklah memastikan bahawa kliennya tidak menjalani kaunseling dengan kaunselor yang lain pada masa yang sama.

15. Sekiranya mengikut pertimbangan kaunselor, klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya kaunselor hendaklah merujuk klien tersebut kepada pihak yang berkenaan.

16. Kaunselor hendaklah menyediakan tempat yang selesa dan private untuk sesi kaunseling. Klien tidak seharusnya diperhatikan oleh orang luar melainkan dengan kebenarannya, termasuk juga sesi kaunseling yang dirakam atau dipita videokan.

B. TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR TERHADAP RAKAN PROFESIONAL1. Kaunselor hendaklah saling berusaha meningkatkan tahap kecekapan profesionalismenya.2. Kaunselor hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka terhadap rakan

profesionalnya.3. Kaunselor bertanggungjawab untuk mencegah, mendedahkan serta memperbetulkan

perlakuan rakan kaunselor yang tidak beretika.4. Kaunselor hendaklah bersedia untuk mempertahankan, membantu serta membela rakan

kaunselor yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak beretika.

Page 3: Kod Etika Kaunseling Sekolah

C. TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR TERHADAP MASYARAKAT1. Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati unsur sosio-budaya masyarakat di mana

dia berkhidmat.2. Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasannya

berlandaskan undang-undang tersebut.

D. TANGGUNGJAWAB TERHADAP ORGANISASI DAN MAJIKAN1. Kaunselor hendaklah mematuhi persetujuan komitmen yang ditandatangani dengan organisasi

tempat dia berkhidmat.2. Kaunselor hendaklah berusaha untuk mengikuti polisi dan prosedur serta meningkatkan

kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan organisasinya.3. Kaunselor hendaklah bertindak untuk mencegah berlakunya diskriminasi dalam organisasi dan

dalam perlaksanaan polisi pekerjaan.4. Kaunselor tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya.5. Kaunselor hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalnya.6. Kaunselor hendaklah mewujudkan hubungan interpersonal dan persetujuan kerja dangan

penyelia dan stafnya mengenai khidmat kaunseling khususnya mengenai unsur kerahsiaan, perbezaaan antara fakta umum atau peribadi, beban kerja dan akauntibiliti.

7. Kaunselor hendaklah memberi tahu kepada pihak mejikan tentang keadaan yang boleh menyebabkan konflik yang merosakkan atau menyekat keberkesanan perkhidmtannya.

8. Kaunselor hendaklah membenarkan dirinya dinilai secara professional dari masa ke masa.9. Kaunselor hendaklah bersama-sama bertanggung jawab ke atas peningkatan kerjaya untuk

diri dan stafnya.

PENGUKURAN DAN PENILAIAN   1. Kaunselor hendaklah menerangkan dengan khusus matlamat tentang ujian itu supaya

keputusan ujian dapat diterima oleh klien dalam prespektif yang betul. 2. Kaunselor hendaklah berhati-hati dari segi penggunaan ujian. Ujian yang digunakan hendaklah

berdasarkan kepada kelayakan dan kemahirannya dari segi pentadbiran dan iterpretasi keputusan ujian dan tujuan. Kegunaan keputusan ujian hendaklah diberitahu kepada klien sebelum ujian diberi melainkan dalam kes di mana pengecualian hak yang eksplisit telah dipersetujui terlebih dahulu.

3. Kaunselor hendaklah memberi penerangan yang tepat apabila memberi taklimat tentang ujian dan pengukuran kepada orang awam.

4. Kaunselor hendaklah mengawasi supaya keputusan ujian tidak disalahfaham atau disalahgunakan.

Page 4: Kod Etika Kaunseling Sekolah

TATASUSILA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab untuk membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya, kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar kami dari hal-hal lain. 2. Bersikap adil kepada pelajar-pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik,

ekonomi, keturunan atau agama. 3. Merahsiakan ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak

mengetahuinya. 4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjahnya sendiri atau dalam

matapelajaran-matapelajaran yang diajar dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran. 5. Menunjukkan suatu cara berpakaian, tutur kata dan tingkah laku yang dapat memberikan

contoh yang baik kepada para pelajar. 6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan

dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. 2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan

dengan rumah tangga. 3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga

atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan maklumat daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.

6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa mereka.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA1. Mengelakkan diri dari menyebarkan suatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar,

masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan prinsip Rukun Negara. 2. Memupuk dalam diri setiap pelajar dengan sikap dan nilai yang boleh membantu dan

membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan budaya, keturunan dan agama.

Page 5: Kod Etika Kaunseling Sekolah

3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.

5. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat.

6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjadi kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan

nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.

2. Tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.

3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharu dalam profesion perguruan.

5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. 6. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.

Catatan :Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan.