konsep pemakanan dan kesihatan
DESCRIPTION
kajian sosialTRANSCRIPT
1.0 KONSEP PEMAKANAN DAN KESIHATAN
2.1 PEMAKANAN
Makanan merupakan suatu bahan yang berbentuk pepejal dan cair dan
yang boleh dimakan. Makanan juga ialah bahan yang menarik rasanya dan
pada masa yang sama boleh menghilangkan rasa kelaparan. Makanan
mempunyai pelbagai bentuk, tekstur, rasa, warna, rupa dan bau yang
berbeza. Makanan juga merupakan gabungan pelbagai rasa seperti pahit,
manis, masin, masam dan pedas. Makanan adalah keperluan asa atau
primer setiap manusia. Untuk memenuhi keperluan fizikal, fisiologi, psikologi
dan sosial, makanan amat diperlukan. Makanan boleh membantu
pertumbuhan badan,membekalkan tenaga dan mengawal proses perjalanan
badan. Dengan perkataan lain, makanan mengawal kehidupan .
Makanan dan pemakanan merupakan dua perkara yang saling berkait
dan tidak dapat dipisahkan. Menurut buku Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan(Wee Eng Hoe,2002), pemakanan ialah suatu proses
membekal dan menerima makanan yang diperlukan untuk kesihatan dan
pertumbuhan. Pemakanan merupakan makanan yang dimakan dan
bagaimana tubuh badan menggunakannya. Pendek kata,pemakanan ialah
apa yang dimakan dan diminum oleh seseorang. Pemakanan juga
bermaksud mempelajari tentang makanan tentang jenis makanan,
kandungan dan peranan atau fungsi makanan terhadap tubuh manusia.
Pemakanan adalah kajian yang berkaitan dengan pengambilan makanan
untuk proses pertumbuhan,pemulihan dan pengawalan kesihatan.
Pemakanan juga boleh didefinisikan senagai sains nilai makan termasuk
pelbagai kumpulan, makanan berzat dan perseimbangan makanan. Pilihan
makanan yang betul dan sesuai akan membantu menjamin kesihatan badan
kita.
Pemakanan melibatkan enam jenis nutrient seperti karbohidrat,
protein, lemak, garam, vitamin dan air. Nutrien-nutrien ini memainkan
peranan utama iaitu membekal tenaga, mengawal proses tubuh badan dan
membaiki,membina pertumbuhan tisu-tisu tubuh badan.
2.2 KESIHATAN
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO), perkataan sihat boleh
ditakrifkan sebagai keadaan sempurna fizikal,mental, sosial dan tidak hanya
ketika ketiadaan sakit. Pada asalnya, ”kesihatan” bermaksud dalam
keadaan sihat dan selamat, bebas daripada kecederaan, kecacatan dan
pnyakit. Namun, pada tahun 1948, dalam Persidangan Kesihatan sedunia
kali pertama yang dianjurkan oleh WHO, 54 wakil negara sebulat suara
menerima usul bahawa “kesihatan” ber,aksud sihat daripada aspek fizikal,
mental dan sosial, dan bukan sekadar terbebas daripada
penyakit,kecacatan dan kecederaan sahaja.
Mengikut definisi kesihatan yang dibuat oleh WHO, ketiga-tiga
komponen mental, fizikal dan sosial adalah bersepadu dan saling bertindak
sesama lain. Sebarang perubahan yang berlaku pada salah satu komponen
itu tentu akan mengganggu komponen lain. Kini,dua lagi komponen yang
penting dalam kesihatan ialah komponen emosi dan rohani.
Menurut Hoyman(1962), kesihatan boleh ditakrifkan sebagai keadaan
sihat yang optimum bagi kehidupan yang sempurna, produktif dan kreatif.
Hal ini ditunjukkan dalam satu hierarki yang bermula dengan kesihatan
optimum dan berakhir dengan kematian. (kesihatan sifar)
Kesihatan fizikal membawa maksud segala fungsi fisiologi dan
anatomi badan berfungsi dengan baik dan badan tidak mudah diserang
penyakit. Dengan memeriksakan suhu bada, tekanan darah, denyutan
jantung dan kandungan air kencing, tahap kesihatan fizikal dapat diukur.
Kesihatan fizikal dapat dicapai dengan mengambil makanan yang seimbang
dan berkhasiat supaya badan memperoleh tenaga yang mencukupi untuk
menjalankan pelbagai aktiviti mental, fizikal, sosial dan fisiologi.