konsep p.profesional

2

Click here to load reader

Upload: johnson-ea

Post on 22-Jun-2015

6 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Konsep P.profesional

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep P.profesional

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KAMPUS PERLIS

PANDUAN MENULIS PENYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK TUGASAN

1. Pendahuluan / pengenalan.

Penyataan profesional / kontrak tugasan merujuk kepada harapan / tugasan yang ditetapkan sendiri oleh pelajar untuk dilaksanakan dalam tempoh PRAKTIKUM. Fokus tertentu perlu ditetapkan oleh pelajar dalam melaksanakan tugasan tersebut bagi mencapai objektif yang diharapkan. Setiap fokus tugasan hendaklah dapat diukur dan dinilai sendiri oleh pelajar di akhir tempuh praktikum.

2. Tujuan penyataan profesional

2.1 Menentukan halatuju dan fokus tugasan yang hendak dilaksanakan oleh setiap pelajar dengan jelas sebelum menjalani praktikum.

2.2 Membantu pelajar merancang dan melaksanakan strategi secara sistematik bagi mencapai objektif yang diharapkan berdasarkan fokus yang ditetap.

2.3 Membolehkan pelajar mengukur dan menilai keberkesanan terhadap pelaksanaan strategi/aktiviti yang telah digariskan.

2.4 Menjadi asas dan panduan kepada pelajar untuk membuat penambahbaikan/tindakan susulan di masa hadapan.

3. Bagaimana menulis penyataan profesional

3.1 Sebelum PRAKTIKUM

Kenal pasti fokus utama tugasan yang akan dijalankan. Tujuan tugasan Merancang strategi pelaksanaan Menyediakan instrumen penilaian

3.2 Semasa PRAKTIKUM

Melaksanakan strategi/aktiviti seperti yang telah dirancang. Merekod pelaksanaan setiap strategi/aktiviti yang difokus. Mengumpul data.

3.3 Selepas PRAKTIKUM (refleksi)

Menganalisis data-data yang dikumpul. Menyediakan laporan/rumusan.

4. Penilaian penyataan profesional (pencapaian objektif fokus tugasan)

Pencapaian objektif – adakah objektif yang ditetapkan dicapai? Cadangan, tindakan susulan/penambahbaikan.