label pameran

Upload: shu85

Post on 04-Mar-2016

241 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

h

TRANSCRIPT

ELEKTROMAGNET

Elektromagnet adalah magnet yang terhasil apabila satu teras besi lembut dililitkan dengan gegelung dawai bertebat dan arus mengalir melalui gegelung dawai bertebat tersebut.

Elektromagnet merupakan magnet sementara.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kekuatan medan magnet bagi suatu elektromagnet :

Bilangan lilitan solenoid Semakin bertambah bilangan lilitan solenoid, semakin bertambah kekuatan medan magnet yang dihasilkan.

Magnitud arus yang mengalir Semakin bertambah magnitud arus yang mengalir, semakin bertambah kekuatan medan magnet yang dihasilkan.

Ketebalan dawai Semakin bertambah ketebalan dawai solenoid, semakin bertambah kekuatan medan magnet yang dihasilkan.

Bentuk teras besi Menggunakan teras besi lembut berbentuk U.

Menggunakan teras besi lembut Kekuatan medan magnet yang dihasilkan akan bertambah apabila solenoid dililitkan pada suatu teras besi lembut.

CANDLE SWING

Lilin dinyalakan serentak. Apabila titisan lilin jatuh pada salah satu bahagian lilin, lilin akan hilang keseimbangan dan condong ke arah satu lagi bahagian. Perkara ini berterusan hingga lilin menjadi pendek.

BANDUL BARTON

Resonans bermaksud suatu sistem yang bergetar dengan amplitud maksimum.

Resonans berlaku apabila suatu sistem bergetar dengan frekuensi yang sama dengan frekuensi aslinya.

Frekuensi asli ialah frekuensi satu sistem yang bergetar tanpa sebarang daya luar bertindak ke atasnya.

SPINNING EGGS

Pusingkan telur mentah dan telur rebus. Anda akan mendapati telur mentah akan berhenti berputar terlebih dahulu. Mengapakah situasi ini berlaku?Ini kerana telur mentah mempunyai geseran cecair dalam telur. Maka telur mentah tidak dapat berputar lama berbanding telur rebus.

MAKING MUSIC WITH WATER

Ketuk gelas yang diisi dengan paras air yang berbeza. Gelas yang mempunyai paras air yang tinggi mempunyai nada yang rendah manakala gelas yang mempunyai paras air yang rendah mempunyai nada yang nyaring. Getaran terhasil apabila gelas diketuk dan menyebabkan bunyi merambat melalui air. Getaran perlahan apabila air banyak dan menghasilkan bunyi yang bernada rendah.

PEMBIASAN KANTA