seminar dan pameran
DESCRIPTION
seminar dan pameranTRANSCRIPT
LITERASI BAHASASeminar dan
pameran
Disediakan oleh:Gvithamalar a/p subramaniam
Parvathy a/p Pismp ambilan an 2013 sem 2
SEMINAR
DEFINISI SEMINAR Seminar boleh didefinisikan sebagai perjumpaan untuk
menyelidiki dan membahaskan sesuatu masalah di
bawah pimpinan orang – orang yang mahir dan pakar
dalam hal berkenaan.
Manakala pada peringkat sekolah dan institusi
pengajian tinggi, seminar bermaksud perjumpaan
pelajar untuk berbincang atau bertukar – tukar pendapat
tentang sesuatu topik kerja berkelompok.
Seminar ialah majlis pertemuan untuk bertukar – tukar
pendapat, pandangan dan pengalaman antara pihak
tertentu dengan khalayak yang memerlukannya.
Seminar dijalankan secara teratur dan bersistematik
berdasarkan tajuk kertas kerja yang dibentangkan
sebelum membuat rumusan untuk dilaksanakan bagi
tujuan penambahbaikan organisasi terlibat.
TUJUAN SEMINAR
Mendapatkan pandangan pakar
Seminar merupakan pertemuan mereka dan mahir dalam
bidang tertentu tentang sesuatu perkara atau permasalahan.
Peserta seminar berpeluang mendapatkan pandangan yang
pakar berautoriti dalam bidang masing – masing sebelum satu
ketetapan dibuat. Jawantankuasa kerja yang telah diberi
tanggungjawab untuk memikir siapakah pembentang kertas
kerja yang hendak dijemput, perlu mengambil kira kepakaran
dan kelulusan seseorang sebelum surat jemputan dikeluarkan.
Mencapai penyatuan fikiran dan kefahaman
Pandangan yang berbeza dalam kalangan perlaksana
dengan pihak pengurusan organisasi wujud di mana –
mana sahaja termasuk tempat kerja. Hal ini terjadi apabila
sebelah pihak melihat sesuatu masalah yang wujud
berdasarkan pengalaman hidup, manakala satu pihak lagi
melihat berpandukan penyelidikan dan fakta yang
dijalankan. Penganjuran seminar merupakan langkah yang
terbaik untuk menyatukan fikiran antara peserta dan
pembentang kertas kerja supaya diselaraskan menerusi
penyatuan fikiran.
Mencapai garis tindakan yang dipersetujui ramai
Tujuan penganjuran seminar adalah untuk mencari kata
sepakat yang dipersetujui ramai bagi mengatasi masalah
yang berkaitan. Penglibatan peserta dengan pelbagai
pengalaman dan diperkukuhkan lagi dengan dapatan
kajian oleh pakar yang dijemput khas akan melahirkan
satu garis tindakan yang mantap.
Menentukan peranan pihak tertentu
Hasil perbincangan berbentuk pandangan, cadangan dan
rumusan akan memudahkan pihak penganjur seminar
untuk menentukan peranan pihak tertentu yang harus
mengambil tindakan, seterusnya melaksanakan tindakan
seperti yang telah dipersetujui melalui seminar dengan
kadar segera. Kesannya proses penambahbaikan akan
berlaku secara sistematik dan teratur.
JENIS – JENIS SEMINARTerdapat tiga jenis seminar yang popular iaitu penganjuran Seminar
Antarabangs, Seminar Kebangsaan dan Seminar Organisasi.
Seminar Antarabangsa
Seminar antarabangsa merupakan majlis pertemuan peringkat
antarabangsa dan para perwakilannya datang dari dalam dan luar
negeri. Penganjuran seminar jenis ini mendapat kerjasama erat
daripada beberapa pertubuhan dan agensi kerajaan. Tempoh
penganjuran antara dua hingga tiga hari bergantung kepada
bilanagan pembentangan kertas kerja. Tajuk atau tema seminar
jenis ini akan menjurus kepada global antara negara seperti
bidangpendidikan, ekonomi dan sebagainya.
Seminar Kebangsaan
Seminar jenis ini merupakan pertemuan untuk
membincangkan sesuatu perkara atau masalah dalam
negara. Para peserta seminar terdiri daripada pegawai –
pegawai kerajaan atau swasta. Tempoh seminar
bergantung kepada keperluan dan jumlah kertas kerja
yang dibentangkan.
Seminar Organisasi
Seminar organisasi ialah majlis pertemuan yang diadakan
pada peringkat organisasi yang wakil – wakilnya terdiri
daripada pegawai – pegawai organisasi tertentu sahaja.
Seminar jenis ini tidak membuka penyertaan dari agensi
lain. Seminar seperti ini membincangkan bagaimana
hendak menambah mutu produk dan perkhidmatan bagi
organisasinya yang menganjurnya. Tempoh seminar jenis
ini tidak lama antara satu atau dua hari sahaja. Contoh
seminar organisasi ialah ‘Seminar Sehari tulisan’ dan
‘Persidangan Tulisan Jawi’.
BENTUK SEMINAR Syarahan oleh beberapa orang penceramah
Jadual terperinci bagi setiap penceramah oleh penganjur.
Seminar jenis ini dirancang bagi membolehkan peserta
mengikuti beberapa siri ceramah oleh beberapa orang
penceramah tertentu. Masa rehat khusus disediakan untuk
membezakan jarak persembahan antara seorang
penceramah dengan penceramah lain. Tempoh
penganjuran berlangsung antara dua hingga tiga hari.
Syarahan oleh seorang penceramah
Penceramah biasa mahir dalam beberapa pecahan topik
yang ada hubung kait antara satu sama lain. Penceramah
yang dijemput merupakan penceramah yang pakar dalam
bidang tertentu. Penceramah jenis ini mewakili syarikat
perunding tertentu yang menerima bayaran sagu hati
sebagai penceramah terus daripada syarikat berkenaan.
PENGURUSAN SEMINARPanduan Mengadakan Seminar
Bentuk Jawatankuasa Pelajar
Bermesyuarat dengan Penyelaras
Bermesyuarat sesama Jawatankuasa Pelajar
Pembahagian tugas
Pengumpulan bahan
Kolaboratif sesama pensyarah dan pelajar
Menempah dewan Menyediakan kertas kerja
Menyediakan kertas kerja untuk mendapatkan pembiayaan
kewangan
Mengedarkan kad jemputan kepada pihak yang berkaitan.
KERTAS KERJA SEMINAR
Kertas kerja, kertas cadangan dan kertas konsep antara
nama – nama yang sinonim dengan penganjuran seminar.
Menulis kertas kerja untuk tujuan penganjuran seminar
memerlukan penelitian yang lebih. Biasanya satu garis
panduan menulis kertas cadangan mengadakan seminar
disediakan oleh organisasi tertentu supaya seragam dan
jelas.
Format kertas kerja perlu mengandungi maklumat
berikut:
1. Tajuk Seminar contohnya ‘ Seminar Literasi Bahasa’.
2. Butiran penganjuran sepertitarikh, masa dan tempat cadangan.
3. Tujuan kertas ini disediakan, iaitu memohon pertimbangan dan
persetujuan pengawai atasan.
4. Objektif seminar
5. Latar belakang seminar, iaitu dengan menyatakan jumlah kekerapan
penganjurannya serta senarai nama jawatankuasa penganjur.
6. Tujuan seminar dengan menyatakan objektif yang ingin dicapai
daripada seminar berkenaan.
7. Asas pertimbangan mengapa seminar perlu diadakan.
8. Butir – butir seminar lain, iaitu dengan menyatakan maklumat
peserta, bilangan peserta lain dan dari negara mana, latar belakang
peserta.
9. Pembentangan kertas kerjadengan menyatakan tajuk kertas kerja
nama pembentang serta latar belakangnya,
10. Jadual program, iaitu dengan menyertakan susun atur acara atau
tentetif program yang dicadangkan.
11. Implikasi kewangan, iaitu menyatakan sumber kewangan seperi
yuran keahlian, derma daripada syarikat swasta dan anggaran
perbelanjaran mengurus keseluruhannya.
PENGURUSA
N PAMERAN
DEFINISI PAMERAN
Tempat mempamerkan barangan atau
perkhidmatan baharu untuk tontonan
khalayak ramai bertujuan mempengaruhi
atau menyebarkan maklumat terbaru.
TUJUAN PAMERAN
Memperkenalkan barngan dan perkhidmatan.
Menyampaikan hasil penemuan baharu menerusi R&D.
Menggalakan percambahan idea dan saling bertukar –
tukar fikiran untuk penambahbaikan.
Membolehkan institusi melihat secara dekat cita rasa,
kehendak dan trend pengguna.
JENIS – JENIS PAMERAN
Pameran tetap
Pameran bermusim
Pameran bergerak
Pameran Tetap
Mempamerkan karya koleksi secara tetap oleh beberapa orang individu dan organisasi ternama
ruang – luas
dibina secara tetap dalam bagunan yang khusu
penganjur menetapkan tema
jangka masa panjang
bahan pameran – tidak mudah rosak
contoh : lukisan syed Ahmad jamal di balai seni lukis negara
Pameran bermusim
bersifat sementara
diadakan berdasarkan peristiwa tertentu
Tidak mempunyai tempat yang khusus
jangka masa – objektif & matlamat
tujuan - tuntutan sesuatu kursus atau objektif
contoh : pameran sejarah SEA Games
sempena mesyuarat ketua – ketua negara
Asean kali ke -11
Pameran
bergerak
bersifat sementara & diadakan sewaktu peristiwa
Tidak mempunyai tempat yang khusus & jangka masa yang tertentu
Dikendalikan oleh unit khas
Dilengkapi dengan kenderaan dan peralatan sokongan.
Contoh : pameran kemalangan jalan raya – Jab. Pengangkutan Jalan Raya
Proses Mengendalikan Pameran
1) Persediaan pameran
Perbincangan, penubuhan jawatankuasa pengola
& mesyuarat penyelarasan
Penubuhan jawatankuasa – mendapat kebenaran
dari pihak atasan
setiausaha yang membuat perbincangan
Penasihat program dilantik – pihak atasan
2. Penubuhan jawatankuasa
Bergantung kepada keperluan (10 – 15)
Setiap jawatankuasa – melantik ketua
ketua jawatankuasa perlu mengdakan
mesyuarat penyelerasan
3. Tanggungjawab setiausaha
menyiapkan kertas kerja
kertas , mesti mengandungi butiran penting tentang
program tersebut. ( rasional, objektif, matlamat…..)
kertas yang lengkap akan dihantar kepada pihak
atasan untuk mendapat kebenaran .
4. Mesyuarat penyelarasan
perlu diadakan secara berkala – kala
merupakan satu medan pertemuan jawatankuasa
untuk bertukar – tukar fikiran.
5. Tindakan susulan
Proses follow up/ tindakan susulan kepada beberapa
pihak tertentu. (jemputan khas, media dan syarikat
penjana).
tindakan yang sama. (bakal peserta dan para
jemputan)
6. Penajaan
mencari seberapa penjana atau sponser (tunai,
perkhidmatan & barangan)
sebagai balasn – mencatatkan iklan penaja utama
dalam buku cenderamata .
7. Pelan tindakan alternatif
jawatankuasa perlu bergerak awal
persiapan awal membantu jawatankuasa untuk
mengambil tindakan pilihan jika berlaku masalah.
PROMOSI 1. Definisi : memberitahu/menghebahkan kepada orang
ramai mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan.
2. tujuan : menarik minat orang ramai. kenal pasti
golongan sasaran.
Aktiviti promosi1) Penggunaan maskot, logo dan slogan
Memberi imej yang positif kepada penganjur
kerana setiap
kali terpandang.
Contoh : semut – sifat kerajinan
2) Brosur dan risalah
Mudah disediakan.
maklumat ditulis secara ringkas
3. Kain banting
Mudah disediakan
Penggunaan kata yang ringkas
Warna yang terang
penggunaan foto atau animasi yang sesuai
4. Kad undangan
Kaedah tertua dan berkesan untuk tujuan promosi
Menjimatkan kos
Menggunakan khidmat SMS, E-mail
Mempunayi format sendiri
6. Media elektronik
Televisyen & radio media yang paling berkesan
bayaran bergantung kepada status. (kerajaan –
percuma)
7. Media cetak
Akhbar & majalah
Akhbar menjadi pilihan utama – murah
penggunaan gambar modal menarik perharhatian
pembaca
kelemahan – penggunaan kata terhad
Tema & Slogan Pameran Tema : idea/persoalan yang menjadi gagasan pemikiran
yang dasar untuk menganjur acara/majlis
Tujuan : panduan & rujukan kepada penganjur semasa
merancang sesuatu acara
Mencipta : gabungan kata mestilah pendek, ringkas &
jelas
Digunakan : ucapan rasmian, cenderamata, buku
program, konsep
Jangka masa & perancang masa
Tempoh jangka masa bergantung kepada tujuan & objektif
pameran.
1. Jangka masa & perancangan
Penganjur perlu memilih aktiviti yang bersesuaian dengan
pameran tersebut.
2. Jangka masa & sasaran khalayak
Penganjur terpaksa melanjutkan tempoh penganjuran kerana
tidak
mencapai matlamat & sasaran khalayak.
Pemilihan tempat pameran
Saiz tempat pameran yang minimum &
mematuhi
keperluan (8 – 10 kaki)
Menampung keperluan asas
1. kondusif
Hiasan yang tidak keterlaluan
2. Mesra pengguna
Pemilihan dewan. (dewan tertutup/dewan terbuka)
Suasana pameraan yang cerah & luas
3. Aspek pencahayaan
Audio visual, mudah udara beredar atau peralatan
tambahan
4. Strategi
Tempat tumpuan ( kantin, kedai koperasi, asrama)
5. Kapasiti bahan pameran
Kemampuan menetapkan bahan pameran
6. Peruntukan kewangan
Menyediakan Bajet
7. Susunan bahan
terdapat 4 susunan
8. Pengkhususan
Sistem kiosik. Sama ada gerai yang tetap/
bergerak boleh dibina
Kriteria pemilihan bahan pameran
A. Bahan BaharuPilih bahan yang baharu & terkini.
B. TerbaikBahan/produk yang terbak dalam pasaran
C. Bermutu Orang ramai mendapat manfaat melalui pameran tersebut
D. Menepati temaSentiasa menepati tema.
Keselamatan
Bahan pameran prlu dijaga agar ditahan lama
Kecurian
Khidmat pengawal terlatih dan CCTV perlu disediakan
Kebakaran
sambungan punca elektrik yang terlalu banyak & tida
sistematik boleh menyebabakan kebakaran
Persekitaran
Cahaya dan peredaran udara yang secukup
Serangga perosak
Penganjur pameran perlu membersihkan kawasan pameran
Perasmian
I. Protokol perasmian
Protokol perasmian sangat penting
II. Jenis – jenis perasmian
terdapat dua jenis perasmian. Iaitu perasmian pembukkan &
penutupan majlis
III. Walk in lunch
Kaedah yang baharu di Malaysia. Hanya VVIP yang berucao dan
Melakukan gimik perasmian seperti pemotongan reben dan
Pembukaan tirai
IV. Gimik perasmian
Dilakukan oleh VVIP dengan menarik tirai, potong reben &
sebagainya.
Penerangan Pameran
Terbahagi kepada 3 cara:
V. Maklumat bertulis
Penerangan pameran berbentuk cetakan
II. Peranan pegawai pameran
Memberi maklumat secara lisan tentang pameran tersebut.
III. Tayangan Filem pendek
Sesuai untuk pameran untuk jangka masa yang panjang. Sesuai
Untuk pengujung yang ramai.
Aktiviti sokongan
Demonstrasi
Uji pandu
Edaran risalah & brosur
Tayangan Video
Hiasan gerai pameran
Menarik perhatian khalayak ramai
penguhujung dapat melihat, menyentuh, mndengar dan
melihat bahan yang digunakan.
Daya Tarikan
Cabutan bertuah
Penghujung yang bertuah
Pemberian cenderamata
penganjuran kuiz
Peraduan
Aktiviti kanak - kanak
SEKIAN TERIMA KASIH