langkah penetapan hukum.doc

9
LANGKAH – LANGKAH PENETAPAN HUKUM HARAM KE ATAS BUDAYA HEDONISME BERDASARKAN QAWAID FIQHIYAH BERPANDUKAN AL-QURAN & AS – SUNNAH BERDASARKAN HADIS 1) Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: ُ رَ ظَ ّ ن ل ا اَ مُ ه اَ نِ زِ انَ نْ يَ عْ ل اَ فَ ةَ الَ حَ م اَ لَ $ كِ لَ ذٌ $ كِ زْ دُ ا مَ نِ ّ ز ل اْ نِ مُ هُ 2 ب4 يِ صَ نَ مَ ذ9 اِ نْ 2 ب ى اَ لَ عَ 2 بِ تُ كُ لْ 2 جِ ّ ز ل اَ وُ D شْ طَ 2 نْ ل ا اَ اهَ نِ زُ دَ يْ ل اَ وُ امَ لَ كْ ل اُ اهَ نِ زُ انَ سِ ّ ل ل اَ وُ اعَ مِ تْ س اِ ال اَ مُ ه اَ نِ زِ انَ نُ ذُ T اْ الَ وُ ةُ 2 بِ ّ دَ كُ نَ وُ جْ رَ فْ ل اَ $ كِ لَ ذُ قِ ّ دَ صُ نَ ى وَ ّ نَ مَ تَ يَ ى وَ وْ هَ يُ 2 بْ لَ قْ ل اَ ا وَ طُ خْ ل ا اَ اهَ نِ زTerjemahan: Persoalan anak Adam berkaitan zina telah ditentukan. Tidak mustahil, ia pasti melakukannya. Dua mata berzina dengan melihat, dua telinga berzina dengan mendengar, lidah berzina dengan berkata-kata, tangan berzina dengan menyentuh, kaki berzina dengan melangkah, hati berzina dengan angan-angan (kehendak), dan kemaluanlah yang akan membenarkan (merealisasikan) atau mendustakan semua itu. (Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, 13/125, no. 4802) Makna hadis di atas adalah bahawa setiap anak Adam itu ditakdirkan untuk melakukan perbuatan zina. Di antara mereka ada yang melakukan zina dengan sebenar-benarnya, iaitu dengan memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan wanita secara haram. Di antara mereka ada yang zinanya secara majaz (kiasan), iaitu dengan melihat perkara-perkara yang haram, atau dengan mendengar sesuatu yang mengajak kepada perzinaan dan usaha-usaha untuk melakukan kepada zina, atau dengan sentuhan tangan, atau menyentuh wanita ajnabiyah (yang bukan mahram) dengan tangannya, atau menciumnya. Atau dengan melangkah kaki menuju tempat perzinaan, melihat, menyentuh, atau berkata-kata dengan cara yang haram bersama dengan wanita ajnabiyah ( yang bukan mahram), atau berangan-angan (imaginasi/berniat) dengan hatinya. (an- Nawawi, al-Minhaj Syarah Shohih Muslim, 16/206) 2) Daripada Ma’qil B. Yasar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Upload: zullida

Post on 16-Jan-2016

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: langkah penetapan hukum.doc

LANGKAH – LANGKAH PENETAPAN HUKUM HARAM KE ATAS BUDAYA HEDONISME BERDASARKAN QAWAID FIQHIYAH BERPANDUKAN AL-QURAN & AS – SUNNAH

BERDASARKAN HADIS

1) Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam

bersabda:

د�ر�ك� ذ�ل�ك� ال� ن�ا م يب ه م�ن� الز� ك ت�ب� ع�ل�ى اب�ن� آد�م� ن�ص�ا م� ن�اه ذ ن�ان� ز� األ� ا الن+ظ�ر و� م� ن�اه ال�ع�ي�ن�ان� ز� ال�ة� ف� ح� م�

ا ال�ب�ط�ش ن�اه� ال�ي�د ز� م و� ن�اه ال�ك�ال� ان ز� الل�س� اع و� ت�م� س� اال� د�ق ي ص� ن+ى و� ي�ت�م� و�ى و� ل�ب ي�ه� ال�ق� ط�ا و� ا ال�خ ن�اه� ل ز� ج� الر� و�

ي ك�ذ�ب ه ج و� ر� ذ�ل�ك� ال�ف�

Terjemahan: Persoalan anak Adam berkaitan zina telah ditentukan. Tidak mustahil, ia

pasti melakukannya. Dua mata berzina dengan melihat, dua telinga berzina dengan

mendengar, lidah berzina dengan berkata-kata, tangan berzina dengan menyentuh, kaki

berzina dengan melangkah, hati berzina dengan angan-angan (kehendak), dan

kemaluanlah yang akan membenarkan (merealisasikan) atau mendustakan semua itu.

(Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, 13/125, no. 4802)

Makna hadis di atas adalah bahawa setiap anak Adam itu ditakdirkan untuk melakukan perbuatan zina. Di antara mereka ada yang melakukan zina dengan sebenar-benarnya, iaitu dengan memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan wanita secara haram. Di antara mereka ada yang zinanya secara majaz (kiasan), iaitu dengan melihat perkara-perkara yang haram, atau dengan mendengar sesuatu yang mengajak kepada perzinaan dan usaha-usaha untuk melakukan kepada zina, atau dengan sentuhan tangan, atau menyentuh wanita ajnabiyah (yang bukan mahram) dengan tangannya, atau menciumnya. Atau dengan melangkah kaki menuju tempat perzinaan, melihat, menyentuh, atau berkata-kata dengan cara yang haram bersama dengan wanita ajnabiyah (yang bukan mahram), atau berangan-angan (imaginasi/berniat) dengan hatinya. (an-Nawawi, al-Minhaj Syarah Shohih Muslim, 16/206)

2) Daripada Ma’qil B. Yasar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

ألن يطعن في رأس رجل بمخيط من حديد خير منأن يمس امرأة ال تحل له

Terjemahan: Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi,

itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi

kamu. (Hadis Riwayat ath-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 20/211-212, no. 486 & 487)

Terjemahan: Pada hadis ini terdapat ancaman yang keras (tegas) kepada sesiapa sahaja yang menyentuh wanita ajnabiyah (yang bukan mahram). Padanya juga terdapat dalil

Page 2: langkah penetapan hukum.doc

atas haramnya bersalaman (mushofahah) dengan wanita. Sebab itu, tidak diragukan bahawa bersalaman itu mengandungi unsur bersentuhan. Pada masa ini, umat Islam banyak diuji dengan situasi ini, dan di antara mereka adalah dari kalangan ahli ilmu. Sekiranya mereka mengingkari perkara tersebut dengan hati mereka, tentu ada sedikit kemudahan untuk menasihati mereka. Tetapi sayangnya, mereka menghalalkan perkara tersebut dengan pelbagai cara (jalan) dan takwilan (penafsiran). (Rujuk: al-Albani, as-Silsilah ash-Shohihah al-Kamilah, 1/225)

Berdasarkan hadis di atas, budaya k-pop yang dibawa masuk oleh anasir luar ini memang wajib diharamkan kerana hedonism ini boleh membawa kepada penzinaan.

i. Ini kerana semasa menghadiri konsert, para lelaki dan perempuan ajnabi akan bercampur gaul dan bersentuhan antara satu sama lain.

ii. Kata- kata yang dilantunkan oleh penyanyi tersebut juga bole melalaikan dan mengkhayalkan

iii. Suasana dan keadaan tempat konsert diadakan juga dapat mengundang penzinaan, apabila keadaan gelap dan kerlipan lampu yang bole mengghairahkan.

2) Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak pernah bersalaman dengan wanita yang tidak

halal baginya walaupun dalam peristiwa bai’at.

Daripada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

م� اء� ب�ال�ك�ال� ل+م� ي ب�اي�ع الن�س� ل+ى الل+ه ع�ل�ي�ه� و�س� ك�ان� الن+ب�يR ص�ت� ا م�س+ ال�ت� و�م� ي�ئVا { ق� ر�ك�ن� ب�الل+ه� ش� ي�ة� } ال� ي ش� ذ�ه� اآل� ب�ه�

ة[ إ�ال+أ� ر� ل+م� ي�د� ام� ل+ى الل+ه ع�ل�ي�ه� و�س� ول� الل+ه� ص� س ي�د ر�

ا ل�ك ه� أ�ةV ي�م� ر� ام�

Terjemahan: Bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berbai’at dengan kaum

wanita secara lisan (tanpa bersalaman) untuk ayat “Janganlah kamu mensyirikkan Allah

dengan segala sesuatu”. Dan tangan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak

pernah menyentuh tangan wanita melainkan wanita yang dimilikinya. (Hadis Riwayat al-

Bukhari, Shohih al-Bukhari, 22/160, no. 6674)

BERPANDUKAN AL-QURAN

1) Surah al-‘Araf ayat 33

Dalam surah Al 'Araf  Allah berfirman maksudnya: : 

Page 3: langkah penetapan hukum.doc

33. Katakanlah: "Tuhanku Hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui."

                                                  (QS Al 'Araf  : 33) 

Pada ayat tersebut terdapat perkataan fawahisya menurut bahasa arab melanggar batas, dalam istilah syar'iyah ialah setiap perbuatan yang keji dan jijik, menurut akal, agama dan adab atau sopan santun iaitu suatu perbuatan yang terkenal jijik sejak zaman dahulu seperti zina, rogol, seks diluar tabi'ie, sumbang maharam dan lain2 perbuatan yang jijik. Tetapi pada zaman jahiliyah terdapat satu etika yang agak ada sedikit kedepan iaitu hanya melihat perbuatan zina  sebagai satu kejahatan apabila dilakukan secara terang-terangan atau ditempat terbuka, tetapi jika dilakukan secara sembunyi, maka dianggap bukanlah satu kesalahan, sama juga dengan undang-undang konvensional, zina itu tidak boleh dijatuhi hukuman terhadap pelakunya, jika dilakukan dalam bentuk suka sama suka, dan kes zina dianggap salah apabila dikaitkan dengan kes rogol, jadi melakukan zina secara sembunyi atas dasar suka sama suka, tidak dapat dihukum, jika ingin untuk dibawa ke mahkamah hendaklah dibuat pertuduhan kepada kes rogol. Tumbuhnya rumah berpeleseran seperti rumah urut, rumah tumpangan, kelab-kelab hiburan (hedonisme) yang berkedok (bersembunyi) disebalik tempat-tempat tersebut.

Islam datang membawa peraturan yang mengharamkan terhadap perbuatan tersebut, baik secara terang atau sembunyi-sembunyi. Adapun motivasi pelarangan tersebut, kerana perlakuan tersebut jelas membawa akibat yang buruk terhadap peribadi maupun terhadap masyarakat, setiap perbuatan yang dilrang oleh Allah adalah termotivasi untuk menghindarkan mudharat dan kerosakan kepada individu dan masyarakat seluruhnya yang berpunca dari perbuatan keji dan jijik itu.

2) Surah An-Nisa’ ayat 89

Firman Allah SWT “Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi

kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka)” (Surah An-Nisa’, 4:89). 

Rasulullah SAW juga pernah mengingatkan umat Islam agar berwaspada dengan musuh Islam agar

tidak mengikuti mereka dengan meniru cara budaya orang kafir.

Hiburan yang melampau batas yang menjauhkan umat dari agamanya adalah suatu perkara yang

amat mendukacitakan apabila artis-artis dipuja, kehidupan artis dijadikan kayu ukur garis panduan

dan ikutan serta bahan-bahan media hiburan dijadikan rujukan masyarakat. Semuanya kelihatan

normal kerana digunakan atas nama kemodenan dan mengikut arus zaman.

3) Surah Luqman ayat 6

Firman Allah:

[

Page 4: langkah penetapan hukum.doc

Maksudnya: dan ada di antara manusia: orang Yang memilih serta membelanjakan

hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan Yang melalaikan; Yang

berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah Dengan tidak

berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang Yang menjadikan ugama

Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang Yang akan beroleh azab Yang

menghinakan.

Surah Luqman:6

Perkataan ‘lahwal hadis’ di dalam hadis ini ditafsirkan sebagai nyanyian. Ini menurut

riwayat yang sahih daripada ibnu Mas’ud, Ibnu ‘Abbas dn Ibnu Umar. Malah Ibnu

Mas’ud telah bersumpah dengan berkata: demi Allah, maksudnya adalah nyanyian.

Ini disebut oleh Ibnuu al-Qayyim dan yang lainnya.

Amat mendukacitakan apabila melihat anak-anak muda hari ini mereka lebih mengenali keperibadian

artis-artis berbanding keperibadian para ulama’ dan para Nabi. Bahkan hiburan di Malaysia setanding

dengan hiburan di Negara barat. Kita telah menjadi mangsa fesyen oleh pihak barat sehinggakan

tidak ada nilai ketimuran dan hilang jati diri akibat terlalu mengagungkan budaya barat. Filem-filem

ditayangkan cerita-cerita panas tentang hubungan cinta berlandaskan nafsu, sehinggakan pembuat

filem merasa bangga dengan babak seks kononnya menepati zaman moden. Untuk tidak nampak

ketinggalan dan kolot, makanan-makanan barat dihidangkan. Arak diteguk dan rokok-rokok jenama

barat dijual sana sini bagi melariskan produk mereka.

Jelas sekali budaya Hedonisme bertentangan dengan akidah umat Islam. Hal ini kerana budaya

Hedonisme mementingkan kebebasan fikiran sedangkan Aqidah Islam meletakkan Al-Quran dan As-

Sunnah sebagai paksi pemikiran.

Firman Allah swt yang bermaksud:

“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang

melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu,

tidakah kamu mahu berfikir?” (Al-An’am: 32).

Firman Allah dalam kitab suci Al-Quran yang bermaksud:

Page 5: langkah penetapan hukum.doc

“...Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat

kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.”(Ali Imran: 185).

Firman Allah yang bermaksud:

“Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan

kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. Dan kamu tidak

menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).”(Al-Qiamah: 20-21).

PENDAPAT ULAMA SALAF DAN KONTEMPERORI

Page 6: langkah penetapan hukum.doc

Muzik berasal dari perkataan Yunani "Mousike" dan perkataan Latin "Muzica"

Muzik juga berasal daripada perkataan "Muses" iaitu gelaran bagi 9 orang anak perempuan Zues (Tuhan/Dewa Yunani ). Mereka dikenali sebagai kumpulan muzik yang pandai menyanyi dan bermain muzik.

Charles Darwin : muzik bermula daripada peniruan manusia terhadap bunyi-bunyi binatang seperti siulan burung dan sebagainya.

Muzik dalam dunia Arab dikenali sebagai "Handasah as-Sawt" yang bermaksud seni bunyi secara estetik

1) Muhammad Nasaruddin Al-Albaniy dan Ibnu Al-Qayyim Jauziyyah

 berpendapat hukum muzik dan nyanyian adalah haram berdasarkan :

Firman Allah ( surah Luqman : 6 ) : Maksudnya : "Dan ada di antara manusia yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan ( manusia ) dan agama Allah tanpa pengetahuan dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan, merekalah orang yang beroleh azab yang menghina."

Golongan ulama yang mengharamkan muzik dan nyanyian mentafsirkan maksud "perkataan yang tidak berguna" seperti ayat di atas sebagai perkataan yang membawa manuisa lalai iaitu melalui muzik dan nyanyian.

2) Keempat-empat 4 mazhab Ahli Sunnah Waljamaah juga mengharamkan muzik dan nyanyian

i. Imam Malik bin AnasImam Malik melarang adanya nyanyian dan mendengarkannya. Menurut Imam Malik,

apabila seseorang membeli budak wanita dan ternyata ia penyanyi, hendaklah segera

dikembalikan, sebab hal itu merupakan aib. Ketika beliau ditanya tentang adanya

rukhshah (keringanan) yang dilakukan (sebagian) penduduk Madinah, beliau menjawab :

“Yang melakukannya (bernyanyi dan bermain muzik) di kalangan kami adalah orang-

orang fasik.”

Imam Syafie Lagu adalah "Laghasun" iaitu perkataan yang tidak berguna yang dibenci dan sama dengan kebatilan. Menurut beliau lagi, muzik, lagu dan

Page 7: langkah penetapan hukum.doc

nyanyian hukumnya haram. bahwa Imam Syafi’i dalam kitab Al Qadla, Al Umm (6/214)

menegaskan sesungguhnya al ghina’ adalah permainan yang dibenci dan menyerupai

kebathilan bahkan merupakan sesuatu yang mengada-ada. Siapa yang terus-menerus (sering)

bernyanyi maka ia adalah orang dungu dan ditolak persaksiannya.

ii.

iii. Imam Abu Hanifah

Mereka (ulama madzhab Hanafi) juga menyeru agar seseorang berusaha dengan

sungguh-sungguh untuk tidak mendengarkan jika melewatinya atau jika bunyi muzik itu

kebetulan berada di rumah tetangganya. Hal ini pernah dilakukan Abu Yusuf ketika

mendengar ada yang bernyanyi dan bermain musik di sebuah rumah, beliau berkata :

“Masuklah dan tidak perlu izin, karena mencegah kemungkaran adalah fardlu (wajib).

Maka jika tidak boleh masuk tanpa izin, terhalanglah bagi manusia menegakkan

kewajiban ini.”

Fatwanya lebih keras berkata bahawa muzik, lagu, nyanyian termasuk dosa yang harus

ditinggalkan dan dijauhi dan diwajibkan segera bertaubat darinya. Para murid beliau pula

berpendapat mendengar lagu adalah fasiq dan menikmatinya adalah kufur.

iv. Imam Ahmad Bin Hanbal Imam Abu Hanifah dan Ahli Bashrah maupun Kufah, seperti Sufyan Ats Tsauri,

Hammad, Ibrahim An Nakha’i, Asy Sya’bi, dan lain-lain membenci al ghina’ dan

menggolongkannya sebagai suatu dosa dan hal ini tidak diperselisihkan di kalangan

mereka. Madzhab Imam Hanafi ini termasuk madzhab yang sangat keras dan

pendapatnya paling tegas dalam perkara ini. Hal ini ditunjukkan pula oleh shahabat-

shahabat beliau yang menyatakan haramnya mendengarkan alat-alat musik, walaupun

hanya ketukan sepotong ranting. Mereka menyebutnya sebagai kemaksiatan,

mendorong kepada kefasikan, dan ditolak persaksiannya.

3) Ibnu Hazm menafsirkan bahawa " perkataan yang tidak berguna " yang tidak dimaksudkan dalam surah Luqman ayat 6 adalah kata-kata yang kasar, mencela, mencerca atau memaki dan bukannya nyanyian. Beliau menyebutkan, orang yang menikmati muzik atau nyanyian hingga leka, membawa kepada maksiat dan untuk melakukan maksiat, hukumnya tetap berdosa. Namun jika muzik atau mendengar lagu diniatkan untuk mendapat ketenangan dan membantu ke arah ketaatan kepada Allah maka hukumnya harus. Ringkasnya ia bergantung pada niat.

4) Yusuf al-qaradhawiUlama kontemporari yang turut membicarakan serta menulis tentang muzik dan nyanyian. Berpendapat bahawa hukum muzik dan nyanyian bergantung kepada lirik dan keadaan sama ada ia melekakan atau tidak.

Page 8: langkah penetapan hukum.doc

Haram muzik terletak jika kita membawanya kepada maksiat dan melalaikan,tetapi jika muzik tidak membawa kesan buruk dan boleh membawa kepada semangat dan kecintaan kepada Allah maka hukumnya harus.

Kaedah fiqh menyebutkan "al-ash fi al-ashya' al-ibahah ertinya, asal setiap sesuatu adalah harus hukumnya. Hujah ini juga digunakan oleh para ulama untuk mengharuskan muzik dan nyanyian. Maksudnya, selagi tiada nas yang jelas mengharamkan muzik dan nyanyian, maka hukumnya harus.

5) Ibnu Baththah Al Ukbari (ketika ditanya tentang mendengarkan nyanyian) berkata :

“Saya melarangnya, saya beritahukan padanya bahawa mendengarkan nyanyian itu diingkari

oleh ulama dan dianggap baik oleh orang-orang tolol. Yang melakukannya adalah orang-orang

sufi yang dinamai para oleh muhaqqiq sebagai orang-orang Jabriyah. Mereka adalah orang-

orang yang rendah kemahuannya, senang mengadakan bid’ah, menonjol-nonjolkan kezuhudan,

… .” (Muntaqa Nafis halaman 308)