laporan 1

8
b) Hebarium Hebarium boleh didefinisikan sebagai sebagai suatu spesimen dari bahan tumbuhan yang telah dimatikan dan diawetkan melalui cara - cara tertentu. Herbarium juga boleh diertikan sebagai bahan tumbuhan yang telah melalui proses pengeringan dan dilekatkan pada kertas tebal lengkap dengan labelnya. Dalam proses menyediakan herbarium pemilihan tumbuhan adalah sangat penting. Apabila mencari tumbuhan untuk membuat herbarium, saya mendapati tumbuhan yang dikenali sebagai Bunga Tahi Ayam kuning (nama tempatan ). Di hadapan rumah saya, terdapat sebuah taman bunga yang kecil yang dijaga oleh bapa saya. Di situ, saya berjumpa pelbagai jenis tumbuhan dengan ciri - ciri yang berlainan. Saya berbincang dengan bapa saya untuk mendapat maklumat tentang ciri- ciri tumbuhan tersebut. Saya telah mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi di mana saya bertukar pendapat dan idea yang digabungkan dengan proses pemerhatian. Saya berkomunikasi dengan bapa saya tentang warna tumbuhan dan ciri - ciri tumbuhan. Di situasi ini juga saya mengaplikasikan kemahiran memerhati dan mengambil keputusan untuk mengambil Bunga Tahi Ayam kuning yang dikenali sebagai Marigold Yellow. Sebagai langkah keselamatan, saya telah memakai sarung tangan dan kasut bertutup supaya tidak terkena pasir. Saya juga memakai pakaian yang sesuai sebelum mencabut tanaman. Saya menggunakan penggorek untuk mengeluarkan akar tumbuhan kerana tanahnya keras. Saya mengaplikasikan kemahiran manipulatif semasa menngunakan penggorek iaitu saya mengendalikan penggorek dengan betul. Saya mengeluarkannya dengan berhati - hati kerana takut akar tumbuhannya akan terputus. Di sini juga saya telah mengaplikasikan kemahiran manipulatif di mana saya telah mengendalikan spesimen dengan cermat dan berhati - hati semasa mencabut.

Upload: angelina-tamil

Post on 13-Dec-2015

239 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Laporan aktiviti sains

TRANSCRIPT

Page 1: laporan 1

b) Hebarium

Hebarium boleh didefinisikan sebagai sebagai suatu spesimen dari bahan tumbuhan

yang telah dimatikan dan diawetkan melalui cara - cara tertentu. Herbarium juga boleh

diertikan sebagai bahan tumbuhan yang telah melalui proses pengeringan dan dilekatkan

pada kertas tebal lengkap dengan labelnya.

Dalam proses menyediakan herbarium pemilihan tumbuhan adalah sangat penting.

Apabila mencari tumbuhan untuk membuat herbarium, saya mendapati tumbuhan yang

dikenali sebagai Bunga Tahi Ayam kuning (nama tempatan ). Di hadapan rumah saya,

terdapat sebuah taman bunga yang kecil yang dijaga oleh bapa saya. Di situ, saya berjumpa

pelbagai jenis tumbuhan dengan ciri - ciri yang berlainan. Saya berbincang dengan bapa

saya untuk mendapat maklumat tentang ciri-ciri tumbuhan tersebut. Saya telah

mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi di mana saya bertukar pendapat dan idea yang

digabungkan dengan proses pemerhatian. Saya berkomunikasi dengan bapa saya tentang

warna tumbuhan dan ciri - ciri tumbuhan. Di situasi ini juga saya mengaplikasikan kemahiran

memerhati dan mengambil keputusan untuk mengambil Bunga Tahi Ayam kuning yang

dikenali sebagai Marigold Yellow.

Sebagai langkah keselamatan, saya telah memakai sarung tangan dan kasut

bertutup supaya tidak terkena pasir. Saya juga memakai pakaian yang sesuai sebelum

mencabut tanaman. Saya menggunakan penggorek untuk mengeluarkan akar tumbuhan

kerana tanahnya keras. Saya mengaplikasikan kemahiran manipulatif semasa

menngunakan penggorek iaitu saya mengendalikan penggorek dengan betul. Saya

mengeluarkannya dengan berhati - hati kerana takut akar tumbuhannya akan terputus. Di

sini juga saya telah mengaplikasikan kemahiran manipulatif di mana saya telah

mengendalikan spesimen dengan cermat dan berhati - hati semasa mencabut.

Seterusnya, membersihkan akar tumbuhan dengan mencucinya dengan

menggunakan air. Di sini, saya mengaplikasikan kemahiran manipulatif semasa membasuh

dan membersihkan tanah yang ada pada tumbuhan. Semasa membersihkan tumbuhan

saya memegangnya dengan berhati - hati kerana takut akarnya terputus. Setelah tumbuhan

tersebut siap dibersihkan, saya teruskan dengan proses himpitan. Saya menyusun dalam

lipatan akhbar lama dan seterusnya meletakkan meja sebagai pemberat di atasnya. Di sini

saya mengaplikasikan kemahiran meramal di mana saya membuat jangkaan berdasarkan

pengalaman saya. Saya meramal bahawa penggunaan meja sebagai pemberat dalam

proses himpitan dapat meratakan tumbuhan dengan lebih baik. Selepas proses himpitan,

saya telah mengeringkan tumbuhan di bawah pendedahan cahaya matahari selama dua

minggu. Di sini saya telah mengaplikasikan kemahiran manipulatif di mana saya telah

Page 2: laporan 1

mengendalikan spesimen dengan cermat dan berhati - hati semasa membuka dan menutup

balik spesimen supaya tumbuhan tidak putus atau rosak.

Selepas proses pengeringan, selama beberapa hari saya menyusun spesimen di

atas kertas tebal secara rapi. Saya juga melekat spesimen dengan menggunakan pelekat

(selopen –tape). Di sini saya telah mengaplikasikan kemahiran manipulatif di mana saya

telah mengendalikan spesimen dengan cermat dan berhati - hati semasa menjahit supaya

tumbuhan tidak putus ataupun rosak.

Selepas melekat spesimen, saya mengenalpasti ciri - ciri tumbuhan dan membuat

pengcaman mengikut pengkelasan. Saya merujuk beberapa buku dan melayari internet

untuk mendapatkan ciri - ciri tumbuhan tersebut. Di sini saya mengaplikasikan kemahiran

mengelaskan di mana saya menggunakan pemerhatian untuk mengumpulkan maklumat

tentang tumbuhan tersebut. Melalui pemerhatian saya di sini saya mendapat maklumat -

maklumat seperti famili tanaman, nama saintifik tanaman, ciri - ciri tanaman dan sebagainya.

Saya melabelkan spesimen dan seterusnya membalut dengan menggunakan pembalut.

Saya juga menyimpan hebarium di tempat yang gelap dan sejuk supaya tidak mudah rosak.

Dalam proses membuat hebarium, saya juga mengaplikasikan kemahiran

menggunakan perhubungan ruang dan masa. Proses pengeringan spesimen mengambil

masa yang lama iaitu selama 10 hari. Tambahan pula, berdasarkan pemerhatian saya

mendapati bahawa bentuk dan saiz tumbuhan juga berubah selepas 7 hari.

Page 3: laporan 1

Gambar 1 : Bunga Tahi Ayam ( kuning)

Gambar 2 : Tempat Spesimen ditemui

Page 4: laporan 1

Gambar 3 : Mencabut tumbuhan

Gambar 4 : Spesimen selepas dicabut

Page 5: laporan 1

Gambar 5 : Membersihkan Akar specimen

Gambar 6 : Meletakan meja sebagai pemberat

Page 6: laporan 1

Gambar 7 : Spesimen semasa proses pengeringan

Gambar 8 : Melekatkan Spesimen di atas mounting board

Page 7: laporan 1

Gambar 9 : Herbarium yang telah disiap