laporan iftar

24
LAPORAN BERGAMBAR NORHAZWANI HUSNA AHMAD ZURAIDI PISMP T4MT2 1

Upload: hazwani-husna

Post on 24-Dec-2015

69 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

iftar, laporan, internship

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Iftar

LAPORAN BERGAMBAR

NORHAZWANI HUSNA AHMAD ZURAIDIPISMP T4MT2 1

Page 2: Laporan Iftar

LAPORAN BERGAMBAR

SENARAI KANDUNGAN

Bahagian / Perkara Muka surat

1.0 OBJEKTIF 3

2.0 STRATEGI PELAKSANAAN 3

3.0 REFLEKSI 8

a) Kekuatan Projek

b) Kelemahan Projek

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 10

5.0 KESIMPULAN 11

6.0 LAMPIRAN (LAPORAN BERGAMBAR) 12

NORHAZWANI HUSNA AHMAD ZURAIDIPISMP T4MT2 2

Page 3: Laporan Iftar

LAPORAN BERGAMBAR

LAPORAN PELAKSANAAN

PROGRAM INTERNSHIP

NAMA : NORHAZWANI HUSNA AHMAD ZURAIDI

NO.K/PENGENALAN : 911221-11-5344

NAMA SEKOLAH : SK BANDAR BARU PERDA

NAMA PROJEK : PROGRAM PENINGKATAN SAHSIAH

MURID DI BAWAH TRANSFORMASI

DAERAH DAN IFTAR RAMADHAN

PERINGKAT SEKOLAH 2014

TARIKH PELAKSANAAN : 18 JULAI 2014

MASA PELAKSANAAN : 6.00 PETANG – 10.30 MALAM

NORHAZWANI HUSNA AHMAD ZURAIDIPISMP T4MT2 3

Page 4: Laporan Iftar

LAPORAN BERGAMBAR

1. OBJEKTIF PROJEK :

Objektif program Peningkatan Sahsiah Murid di Bawah Transformasi Daerah dan

Iftar Ramadhan Peringkat Sekolah 2014ini adalah untuk :

1.1 Memberi pendedahan tentang peningkatan sahsiah murid tahun 5 dan

tahun 6.

1.2 Memberikan kesedaran kepada golongan ibu bapa dan komuniti ke arah

memacu kegemilangan sahsiah dalam kalangan anak-anak mereka dan

anggota masyarakat.

1.3 Dapat mentranformasikan sahsiah sekali gus menjana kecemerlangan

buat sekolah.

1.4 Mengeratkan perhubungan persaudaraan antara pihak sekolah dengan

komuniti sekitar.

2. STRATEGI PELAKSANAAN

Dalam melaksanakan projek yang dirancang ini, pelbagai strategi telah dilalui

dalam usaha untuk menjayakan projek ini. Berikut merupakan urutan

pelaksanaan program ini yang merangkumi maklumat yang berkaitan dengan

projek yang telah dilaksanakan ini.

2.1 Penyediaan Kertas Kerja

Sebelum pelaksanaan projek, kertas kerja telah disediakan supaya

program yang akan dilaksanakan dapat dijalankan dengan sempurna dan

berjaya. Dalam perancangan yang dibuat, kumpulan sasaran merupakan

daripada kalangan murid tahun 6 SK Bandar Baru Perda iaitu seramai lebih

NORHAZWANI HUSNA AHMAD ZURAIDIPISMP T4MT2 4

Page 5: Laporan Iftar

LAPORAN BERGAMBAR

kurang 200 orang bersama waris mereka. Guru-guru SK Bandar Baru Perda juga

akan terlibat secara langsung.

2.2 Mesyuarat Jawatankuasa Kecil

Setelah kertas kerja disiapkan, satu mesyuarat Jawatankuasa Kercil

telah dijalankan untuk pembahagian tugas dan taklimat perjalanan program yang

telah dirancang. Mesyuarat ini juga bertujuan untuk memberikan penerangan

ringkas berkenaan tujuan pelaksanaan program dan memastikan segala

persiapan dapat dijalankan sebelum bermulanya program ini. Hal ini bagi

menjamin kelancaran program dan mengelakkan kesulitan sewaktu

berlangsungnya program ini. Mesyuarat yang dibuat juga dihadiri oleh ketua bagi

setiap jawatankuasa yang dibentuk.

Berikut merupakan barisan jawatankuasa kecil yang terlibat dalam pelaksanaan

program ini :

JAWATANKUASA KECIL

MAJLIS BERBUKA PUASA PERINGKAT SEKOLAH

PENGACARA MAJLISEn. Zool Azhar Bin Abdul Kader

Pn. Zawiyah Binti SaadPn. Yuzaimin Binti Yahaya (K)

Pn. Azrina Binti DahlanPn. Hasnah Binti Othman

Pn. Rosyidah Binti A. DulkarnaiPn. Sarina Binti Sahari

Pn. Siti Zaleha BInti Yusof

JK SAMBUTANPn. Noorsiah Binti Ahmad (GB)

En. Ramzairi Bin Ramli (YDP PIBG)Pn. Azizah Bt. Abd. Aziz (PK1)

En. Nasruddin Bin Abd Rashid (PK HEM)En. Nakeli Bin Harun (PK KOKU)

JK PENDAFTARANPn. Shanty Suzana Binti Harun (K)

Cik Hanaterah Binti HusinPn. Nurfarhana Binti Md Ramli

Pn. Nurul Shaniza Binti KhairudinPn. Siti Maizon Binti Abdullah

Cik Yoshla Ann A/P SanthanadassPn. Kamaleswary A/P Yathavan

Pn. Ng Wei LengPn. Parimala Devi A/P Govindasamy

Pn. Zaiton Binti Awang KechikEn. S. Kharunagaran A/L Subramaniam

Pn. Uvaneswaree A/P Palaniandy

NORHAZWANI HUSNA AHMAD ZURAIDIPISMP T4MT2 5

Page 6: Laporan Iftar

LAPORAN BERGAMBAR

JK JAMUANPn. Faizah Binti Abd Rahim (K)

Pn. Azrina Binti ZawawiPn. Na’imah Binti Jamaludin

Pn. Rosiah Binti IsmailPn. Norazizah Binti Mohd Yusof

Pn. Che Su Binti OthmanPn. Shahrina Binti Abdul Rani

Pn. Siti Hajar Binti HassanPn. Nazirah Binti Yahaya

Pn. Roshidah Binti Hj. Sa’adPn. Ruhana Binti Said

Pn. Sakinah Binti AhmadPn. Yusrizawati Binti Mohd Yusof

Pn. Bayyinah Khanoon Binti Nizam Khan

JK DOKUMENTASI /BROSURCik Farah Farhana Binti Abu Seman (K)

Cik Norhazwani Husna Binti Ahmad ZuraidiPn. Ummi Hani Binti Md Shafee

En. Mohamad Luqman Bin JailaniEn. Thaneswaran A/L Alagesu

JK PERSIAPAN TEMPATEn. Mohd Ashrof Bin Yahaya (K)

En. Mohd Ridzuan Bin KamarudinEn. Noorazani Bin Abdullah

En. Shafarim Bin ShafiiEn. Muhammad Syawal Bin Ismail

Pn. Sharifah Binti Wan NikPn. Shazana Binti Shaari

Pn. Nishalee A/P Monohern

JK PERALATAN /SIARAYAEn. Hassan Bin Othman (K)

En. Mohd Helmi Bin KamarudinEn. Nor Aznizan Bin Che Ya

En. Mahmud Naim Bin Mat ZainEn. Md Ramli Bin Abdul Ghani

En. Noor Anwar Hadi Bin Noor AzmanEn. Zahari Bin Saad

JK KAWALAN MURIDEn. Azhan Bin Hamid (K)

En. Mohammad Akhir Bin OdinPn. Faridah Bt Hamid

Pn. Ainun Aziah Binti Md SaadPn. Haznita Binti Husin

Pn. Roshita Binti HashimPn. Rozlina Binti Ismail

Pn. Ruby Wahida Binti Abdul RazakPn. Suzana Binti Redzuan

Memandangkan mesyuarat ini hanya dihadiri oleh ketua bagi setiap

jawatankuasa, saya tidak menghadiri mesyuarat tersebut sebaliknya bersedia

dengan tugasan yang perlu dilaksanakan sebagai Jawatankuasa Dokumentasi.

Hasil perbincangan bersama, saya dan rakan yang lain dalam AJK yang terlibat

perlu menyediakan kad tentatif dan brosur program untuk diedarkan kepada waris

dan jemputan yang hadir.

NORHAZWANI HUSNA AHMAD ZURAIDIPISMP T4MT2 6

Page 7: Laporan Iftar

LAPORAN BERGAMBAR

2.3 Pelaksanaan Program

Setelah melakukan pelbagai persiapan untuk melaksnakan program Iftar

Ramadhan ini, program yang dirancang telah berjalan dengan lancar dan

mengikut perancangan yang dibuat. Jadual di bawah menunjukkan perjalanan

program yang berlangsung pada hari tersebut.

MASA AKTIVITI

6.00 petang

Sesi pendaftaran pelajar dan waris yang hadir

- Bermula pada jam 6.00 petang, kaunter pendaftaran

telah dibuka untuk memberi peluang jemputan yang

hadir mengisi boring pendaftaran.

- Setiap ahli jawatankuasa yang terlibat telah mula

memainkan peranan untuk memastikan kelancaran

program yang dirancang.

- Saya dan seorang lagi rakan guru pelatih telah

ditugaskan untuk mengedarkan brosur dan kad

tentative program kepada semua jemputan untuk

dijadikan rujukan tentang perjalanan program iftar ini.

6.30 petang Taklimat program

- Setelah semua jemputan mengambil tempat, guru

besar telah memberikan sedikit taklimat mengenai

perjalanan program kepada ibu bapa yang hadir serta

jemputan daripada kalangan ahli PIBG.

- Manakala, bagi murid-murid yang terlibat, guru

penolong kanan hal ehwa murid telah mengambil alih

tugas untuk memberikan taklimat ringkas berhubung

perjalanan program yang berlangsung pada hari

tersebut.

- Selesai sesi taklimat, setiap individu diminta

mengambil tempat untuk bersedia bagi majlis berbuka

NORHAZWANI HUSNA AHMAD ZURAIDIPISMP T4MT2 7

Page 8: Laporan Iftar

LAPORAN BERGAMBAR

puasa.

7.15 petangMajlis Berbuka Puasa

Jamuan Makan

8.10 malam

Solat Maghrib

- Selesai jamuan makan, semua hadirin telah dijemput

untuk solat maghrib secara berjemaah di dewan

tertutup sekolah.

Tazkirah Ilmu

- Tazkiran Ilmu juga turut diadakan sebagai pengisian

sempena bulan Ramadhan dan persediaan murid

Tahun 6 menghadapi peperiksaan UPSR.

Solat Isyak/Tarawikh

10.30 malam

Majlis Bersurai

- Majlis mula bersurai setelah segala perancangan yang

dibuat telah tiba ke kemuncaknya. Pelajar dan waris

yang hadiir mula meninggalkan sekolah selepas

selesai solat tarawikh.

Secara dasarnya, program yang berlangsung telah berjaya diadakan mengikut

perancangan yang dibuat. Hal ini sekaligus menunjukkan selesainya program ini.

3. REFLEKSI

NORHAZWANI HUSNA AHMAD ZURAIDIPISMP T4MT2 8

Page 9: Laporan Iftar

LAPORAN BERGAMBAR

a) Kekuatan Projek

Projek yang dilaksanakan ini mengandungi beberapa kekuatan yang

menjadikannya satu program yang bermanfaat. Salah satu kekuatan yang dapat

dilihat daripada pelaksanaan program ini ialah program ini telah menjadi medium

untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak sekolah dan waris

pelajar. Hal ini jelas dapat dilihat apabila guru-guru dan ibu bapa murid duduk

semeja untuk sama-sama berbuka puasa di kantin sekolah. Interaksi yang wujud

bagi kedua-dua belah pihak sedikit sebanyak mewujudkan satu budaya yang

mesra dan wajar diteruskan. Dalam dunia pendidikan, ibu bapa dan guru-guru

seharusnya saling bekerjasama untuk memastikan anak-anak sentiasa berada

dalam pemantauan dan penjagaan yang baik. Dengan wujudnya perhubungan

yang erat antara guru dan ibu bapa murid, kepercayaan yang lebih tinggi juga

akan muncul sekaligus akan memberikan impak yang positif kepada

persembahan murid di sekolah.

Melalui pelaksanaan program solat hajat bagi murid Tahun 6 pula, ini

dapat menyatukan semua harapan dan impian setiap orang untuk sama-sama

meminta pertolongan daripada Allah demi sebuah kejayaan. Melalui penyatuan

impian ini, setiap individu pasti akan meletakkan satu matlamat yang satu iaitu

mencapai kejayaan cemerlang dalam UPSR sama ada bagi pihak pelajar sendiri

mahupun ibu bapa. Justeru, setiap semangat perpaduan akan terwujud dalam

kalangan hadirin yang hadir untuk sama-sama meningkatkan prestasi dan

pencapaian diri mereka.

Selain itu, saya juga dapat melihat sokongan yang diberikan oleh ibu

bapa yang hadir dalam menjayakan program Iftar Perdana yang telah dirancang

ini. Sekiranya semua ibu bapa memberikan kerjasama yang erat dalam

pelaksanaan program yang dianjurkan pihak sekolah, sudah pasti kemeriahan

dan kasih sayang akan dapat diwujudkan. Dalam program iftar ini, dapat dilihat

NORHAZWANI HUSNA AHMAD ZURAIDIPISMP T4MT2 9

Page 10: Laporan Iftar

LAPORAN BERGAMBAR

bahawa ibu bapa sanggup menunggu sehingga tamatnya program sepertimana

yang telah direncanakan dalam tentatif program. Sokongan yang diberikan

sangat membanggakan dan seharusnya diberi pujian.

Melalui slot pengisian ilmu selepas solat Maghrib, pengisian yang diberi

akan dapat memberi peringatan awal kepada warga sekolah terutamanya murid

berkaitan dengan kelebihan bulan Ramadhan. Program yang diadakan

sememangnya bertujuan untuk mengingatkan kembali perkara-perkara yang

berkaitan dengan kelebihan, batal, makruh serta kebesaran dan keberkatan yang

terdapat di dalam bulan ini. Melaluinya, diharapkan semua pihak dapat

memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang terdapat dalam bulan Ramadhan

yang akan disambut tidak lama lagi.

Kekuatan yang lain ialah melahirkan murid yang mempunyai sahsiah diri

yang tinggi dan terpuji. Pertamanya, melalui pendedahan tentang kelebihan dan

manfaat yang akan diperoleh pada bulan Ramadhan, ia akan memberi

kesedaran dan mendorong murid untuk melakukan kebaikan secara berterusan

dan meninggalkan perkara kejahatan.

Di samping itu, projek yang dijalankan ini juga banyak membantu saya dan

rakan-rakan untuk mengenali selok-belok dalam menguruskan sesuatu majlis.

Apa yang lebih membantu saya ialah program yang dijalankan ini amat

membantu saya memahami setiap inci cara pengurusan sesuatu majlis.

b) Kelemahan projek

NORHAZWANI HUSNA AHMAD ZURAIDIPISMP T4MT2 10

Page 11: Laporan Iftar

LAPORAN BERGAMBAR

Dalam pelaksanaan program iftar ini, terdapat beberapa kelemahan

yang dapat dilihat melalui pemerhatian yang dibuat sepanjang program

bermula daripada tempoh persediaan. Sebagai ahli jawatankuasa

dokumentasi dan brosur, saya dan ahli yang lain mengalami sedikit kesulitan

dalam menyediakan kad tentatif program untuk diedarkan kepada tetamu

yang hadir. Sewaktu penyediaan kad tersebut, kami telah menghadapi

masalah dalam menentukan bentuk kad yang hendak dibuat. Nasihat dan

pendapat daripada pihak guru telah diminta untuk memastikan kad yang

dibuat memenuhi kehendak guru besar. Pada awalnya, terdapat juga

beberapa kesulitan seperti bilangan kertas kad yang tidak mencukupi dan

kekangan waktu untuk menyediakannya.

Selain itu, kekurangan yang dapat dikesan ketika pelaksanaan program

ialah dalam aspek penglibatan atau kehadiran ibu bapa ke program iftar ini.

Boleh dikatakan hanya 30 peratus daripada jumlah waris murid yang terlibat

hadir dalam program yang dilaksanakan ini. Keadaan ini menunjukkan

kurangnya kesepaduan dan kerjasama oleh pihak waris dan sekolah dalam

menjayakan sesuatu program di sekolah.

Penyediaan tempat makan yang tidak mencukupi juga sedikit sebanyak

menganggu kelancaran program ketika sesi jamuan makan. Ada sesetengah

guru tidak dapat duduk di tempat yang disediakan kerana kurangnya ruang

yang disediakan. Namun begitu, setelah dibuat sedikit pindaan masalah

tersebut dapat diatasi sebaiknya.

Secara peribadi, saya merasakan pemilihan tarikh atau masa yang

dirancang adalah agak tidak sistematik kerana kebanyakan murid akan mula

pulang ke kampong pada hujung minggu bermula petang jumaat. Hal ini

mengakibatkan bilangan hadirin yang hadir kian sedikit dan hanya

menyebabkan pembaziran makanan yang telah disediakan.

NORHAZWANI HUSNA AHMAD ZURAIDIPISMP T4MT2 11

Page 12: Laporan Iftar

LAPORAN BERGAMBAR

4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Bagi memantapkan lagi pelaksanaan program sebegini pada masa akan datang,

beberapa cadangan penambahbaikan telah digariskan seperti di bawah :

4.1 Program seperti ini perlu diteruskan bagi mengeratkan lagi hubungan antara

guru dah ibubapa murid di sekolah. Melalui perhubungan yang baik antara

kedua-dua belah pihak, semangat kerjasama akan mudah dipupuk dan

dibentuk dalam meningkatkan pencapaian anak-anak di sekolah.

4.2 Dalam melakukan apa jua bentuk persiapan program, perancangan yang

rapi sangat diperlukan agar tidak wujud perkara yang tidak diingini apabila

tiba hari kejadian. Dengan kerjasama dan rasa tanggungjawab sesama ahli

akan menjadikan kerja yang dilaksanakan menjadi lebih mudah dan cepat

diselesaikan.

4.3 Bagi penambahbaikan program iftar yang akan datang, pihak sekolah

seharusnya meneliti tempat yang lebih sesuai untuk jamuan berbuka

kerana kantin sekolah dirasakan agak kecil untuk menampung jumlah

jemputan.

4.4 Untuk menarik minat ibu bapa bagi turut serta dalam program yang

dianjurkan di sekolah, pihak sekolah perlu memberikan info dan maklumat

program lebih awal agar pihak waris dapat merancang program yang boleh

disertai.

5. KESIMPULAN

NORHAZWANI HUSNA AHMAD ZURAIDIPISMP T4MT2 12

Page 13: Laporan Iftar

LAPORAN BERGAMBAR

Kesimpulannya, program ini banyak memberi faedah dan manfaat

samada secara tersurat ataupun tersirat. Kesungguhan dan komitmen secara

kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan program ini

amatlah membanggakan.

Secara keseluruhannya, saya juga berpuas hati kerana berjaya

melaksanakan program mengikut perancangan yang dibuat. Melalui program

ini, diharapkan semua warga sekolah termasuk guru dan murid akan dapat

menghayati dan tidak melepaskan peluang untuk sentiasa mengikuti program

yang dianjurkan oleh pihak sekolah demi kebaikan semua pihak.

Akhir kata, terima kasih yang tidak terhingga diucapkan buat rakan

intership atas segala pertolongan dan sumbangan yang diberikan sepanjang

menjayakan majlis ini. Semoga program yang kita jalankan ini menjadi

landasan pembelajaran yang berguna buat kita dalam mencapai kejayaan dan

kecemerlangan dalam bidang pendidikan.

NORHAZWANI HUSNA AHMAD ZURAIDIPISMP T4MT2 13

Page 14: Laporan Iftar

LAPORAN BERGAMBAR

AKTIVITI : PROGRAM PENINGKATAN SAHSIAH MURID DI

BAWAH TRANSFORMASI DAERAH DAN IFTAR RAMADHAN

SEBELUM PELAKSANAAN PROJEK

Proses menyediakan kad tentatif Majls

Iftar Perdana

Proses menggunting dah memotong kad

yang telah dicetak

Semua ahli jawatankuasa dokumentasi

terlibat menyiapkan kad

Contoh kad jemputan yang siap

disediakan

NORHAZWANI HUSNA AHMAD ZURAIDIPISMP T4MT2 14

Page 15: Laporan Iftar

LAPORAN BERGAMBAR

SEMASA PELAKSANAAN PROJEK

Ruangan pendaftaran waris Murid-murid yang hadir berkumpul untuk

mendengar penerangan ringkas daripada

guru

Antara murid lelaki yang hadir ke Majlis

Iftar

Antara murid perempuan yang hadir ke

Majlis Iftar

NORHAZWANI HUSNA AHMAD ZURAIDIPISMP T4MT2 15

Page 16: Laporan Iftar

LAPORAN BERGAMBAR

Barisan waris yang telah sama-sama

menjayakan program Iftar Perdana.

Guru Besar memberikan ucapan dan

penerangan ringkas tentang perjalanan

program.

Murid-murid mula bersedia untuk berbuka

puasa

Tetamu dan murid beratur untuk

mendapatkan juadah berbuka puasa

NORHAZWANI HUSNA AHMAD ZURAIDIPISMP T4MT2 16

Page 17: Laporan Iftar

LAPORAN BERGAMBAR

SELEPAS PELAKSANAAN PROJEK

Barisan guru pelatih yang terlibat dalam menjayakan program Iftar Perdana

bersama pihak pentadbiran sekolah

.

NORHAZWANI HUSNA AHMAD ZURAIDIPISMP T4MT2 17