laporan kajian tindakan

Upload: ummi-kalthom-abdullah

Post on 13-Oct-2015

147 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

VVVVVV

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUAN 1.1 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran LaluSejak saya mula mengajar di sekolah ini iaitu pada minggu kedua praktikum fasa tiga, saya sering berhadapan dengan masalah di mana murid-murid sering mengandu tidak pandai untuk menyiapkan kerja semasa slot kreativiti dan estetika.Apabila saya baru sahaja mengagihkan gambar lukisan untuk mewarna terus ada beberapa murid-murid akan mengadu tidak pandai mewarna, tidak tahu mewarna, malas untuk mewarna. Ayat klise yang sentiasa diulang oleh murid-murid adalah Cikgu, kite dok reti warna. Jika seorang murid mengadu, beberapa orang murid akan turut mengandu perkara yang sama. Hal ini menyebabkan keadaan kelas bising dan suasana agak tidak terkawal. Sedikit sebanyak emosi saya terus diganggu apabila mengajar mewarna semasa slot kreativiti dan estetika. Mengapa masalah ini berlaku? Adakan saya telah gagal untuk mewujudkan kesediaan murid-murid semasa set induksi? Saya berasa sedikit geram dan kecewa kerana sikap murid-murid yang suka mengadu dan berfikiran negative ketika sesi pengajaran dan pembelajaran baru bermula.Semasa menyiapkan aktiviti mewarna gambar lukisan yang diberi, saya dapati murid-murid telah mewarna keluar dari garisan lukisan dan menyebabkan hasil lukisan tersebut kurang memuaskan. Selain itu, saya juga menyedari bahawa di peringkat awal ini, saya sepatutnya menjadi pembimbing yang baik dan bukannya terus memarahi murid-murid setiap kali mereka melakukan kesalahan.Menurut Abdullah Hassan & Ainon Mohd (2005), setiap kanak-kanak memiliki kemampuan kreativiti. Beliau menyarankan agar guru memerhatikan bagaimana murid-murid bermain sama ada sendiri ataupun dalam kumpulan dan guru akan dapat menyaksikan sendiri daya kreativiti semula jadi kanak-kanak. Dengan itu, saya telah memikirkan satu kaedah yang sesuai untuk dilaksanakan ke atas murid-murid prasekolah ini agar mereka dapat mengatasi masalah mewarna keluar garisan lukisan.

2.0 FOKUS KAJIANDalam kajian ini, saya memfokuskan kepada masalah mewarna keluar dari garisan dalam aktiviti mewarna. Didapati dengan adanya Frame Art Mini telah mampu meningkatkan minat dan mengatasi masalah mewarna keluar dari garisan lukisan.

2.1 Tinjauan MasalahMenurut Sternberg (2004), minda manusia mempunyai tiga potensi utama iaitu kepintaran, kreativiti dan kebijaksanaan. Ketiga-tiga ini mesti dipupuk dan dirangsang agar manusia dapat menggunakan mindanya secara optimum. Sekiranya perkara ini belarutan, tentulah matlamat untuk melahirkan modal insan yang inovatif dan seimbang sukar untuk dicapai.Bagi saya, sekiranya sesuatu slot pengajaran tersebut tidak penting dan dianggap remeh jika dibandingkan dengan slot lain, slot kreativiti dan estetika tidak akan dimasukkan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Menurut Halliza Hamzah (2008), pada peringkat awal murid-murid, otot-otot kasar sudah berkembang tetapi otot-otot halus belum berkembang dengan sempurna. Jadi, dengan merangka aktiviti yang melibatkan motor halus seperti mewarna, diharapkan perkembangan fizikal murid-murid akan berkembang secara optimum. Oleh itu, sebagai seorang guru prasekolah, adalah menjadi tanggungjawab saya dalam membimbing murid-murid dan memperkembangkan kebolehan murid-murid seawal umur lima dan enam tahun agar dapat membantu mereka di prasekolah sebagai persediaan ke sekolah rendah, sekolah menengah serta peringkat yang seterusnya. Melalui aktiviti mewarna ini, banyak impak positif yang akan dikuasai oleh murid-murid prasekolah seperti menambah penguasaan dari segi kemahiran motor halus iaitu cara memegang pensel warna dengan cara yang betul. Dari segi kognitif pula, murid-murid juga dapat meningkatkan pemahaman mereka dalam membanding atau membezakan hasil kerja yang bermutu, cantik dan kemas.Semasa aktiviti mewarna, saya hanya memberi arahan yang ringkas dan tidak menunjukkan cara yang tepat untuk mewarna lukisan. Impaknya, saya telah berhadapan dengan sikap negatif dan sikap suka mengadu bahawa mereka tidak pandai atau malas untuk menyiapkannya. Menurut Sharifah Alawiyah Alsagoff (1986) yang telah mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaram ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Dengan itu, saya berpendapat bahawa menggunakan Frame Art Mini dengan kaedah demonstrasi untuk mengatasi masalah aktiviti mewarna keluar garisan lukisan serta meningkatkan minat murid-murid kepada aktiviti mewarna.

2.2 Analisis Tinjauan MasalahKefahaman tentang sesuatu konsep dan minat adalah penting dalam sesuatu pembelajaran. Menurut Howard Gardner (1983), ketidakserasian antara kaedah mengajar mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang murid itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran. Pada pendapat saya, kaedah dan bahan bantu mengajar yang sesuai boleh diaplikasikan untuk menarik minat murid-murid semasa aktiviti mewarna dalam slot kreativiti dan estetika. Kaedah yang ingin digunakan oleh saya ialah demonstrasi. Kaedah demonstrasi ini akan membolehkan saya melihat kepada keupayaan murid-murid untuk mengingat adalah lebih baik jika mereka membuat sesuatu sendiri berbanding dengan apa yang mereka lihat. Hal ini disebabkan menurut Hasan Langgulung (1981), mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa-apa sahaja cara yang dilakukan oleh guru adalah untuk memberi kefahaman kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Saya berharap dengan kaedah ini, murid-murid akan berminat untuk mewarna, meningkatkan prestasi mereka serta tahap kreativiti mereka juga akan bertambah. Melalui pemerhatian saya semasa menjalankan praktikum di sekolah, saya mendapati bahawa kaedah demonstrasi adalah kaedah yang paling digemari oleh guru bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.Bahan bantu mengajar yang ingin digunakan untuk mengatasi masalah mewarna keluar dari garisan lukisan ialah bingkai. Bingkai ini telah dinamakan dengan Frame Art Mini. Frame Art Mini ini adalah digunakan sebagai satu alat untuk membantu murid-murid dalam aktivti mewarna supaya mereka tidak mewarna keluar dari garisan lukisan. Di sini, saya juga berharap Frame Art Mini ini akan dapat membantu murid-murid meningkatkan minat, pemahaman dan penguasaan murid terhadap slot kreativiti dan estetika khususnya semasa aktiviti mewarna.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN3.1 Objektif UmumKajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan Frame Art Mini dengan kaedah demonstrasi akan dapat mengatasi masalah mewarna keluar dari garisan lukisan dalam aktivti mewarna.3.2 Objektif Khususi. Mengenalpasti minat murid dalam aktiviti mewarna kesan daripada penggunaan Frame Art Mini.ii. Mengenalpasti tahap penguasaan motor halus murid dalam aktiviti mewarna dengan penggunaan Frame Art Mini.iii. Mengenalpasti tahap pemahaman murid tentang tidak keluar dari garisan dalam aktivti mewarna dengan penggunaan Frame Art Mini3.3 Soalan Kajiani. Bagaimana penggunaan Frame Art Mini dapat menarik minat murid dalam aktiviti mewarna?ii. Sejauh manakah penggunaan Frame Art Mini dapat meningkatkan tahap penguasaan murid dalam aktiviti mewarna?iii. Sejauh manakah penggunaan Frame Art Mini dapat meningkatkan tahap pemahaman murid dalam aktiviti mewarna?

4.0 KUMPULAN SASARANKumpulan sasaran untuk kajian berkaitan menyelesaikan masalah mewarna keluar dari garisan lukisan dengan menggunakan Frame Art Mini bagi murid-murid Prasekolah Bestari SK Tembila ini adalah seramai 2 orang. Pemilihan hasil kerja dijalankan secara bertujuan. Hasil kerja yang dipilih adalah dari kalangan yang bermasalah dari segi minat, pemahaman dan penguasaan dalam aktiviti mewarna. Murid-murid yang dipilih telah menunjukkan ciri-ciri mereka bosan untuk terlibat aktif dalam aktiviti mewarna. Hasil kerja yang dipilih adalah menghadapi masalah dalam aktiviti mewarna kerana kurang berminat dan kurang tumpuan.

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN5.1 Perancangan Tindakan5.1.1 Reka Bentuk

Rajah 1: Model Kemmis & Mc Taggart

5.1.2 Perancangan Langkah-Langkah Tindakan Langkah 1: MereflekSaya akan membuat refleksi dengan mengimbas kembali sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilangsung. Saya akan melihat pada kelemahan dan kekuatan yang terdapat pada setiap sesi. Antara isu yang diperhatikan oleh saya adalah sama ada murid tidak faham atau tidak tahu tentang apa yang ingin diterangkan oleh saya. Dari refleksi yang dilakukan, saya telah berhadapan dengan masalah murid yang kurang berminat, kurang pemahaman dan kurang penguasaan dalam bidang menggambar aktiviti mewarna semasa Slot Kreativiti dan Estetika.

Langkah 2: MerancangSaya akan merancang satu keadah tindakan yang paling sesuai untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Tindakan ini difikirkan paling sesuai dan berkesan untuk menyelesaikan masalah dari segi minat, pemahaman dan penguasaan yang dikenalpasti oleh murid-murid. Saya menggunakan kaedah demonstrasi dan satu bahan bantu mengajar Frame Art Mini untuk menyelesaikan masalah ini.

Langkah 3: BertindakSaya akan menggunakan Frame Art Mini dengan kaedah demonstrasi untuk mengatasi masalah ini. Sebelum menggunakan Frame Art Mini, saya akan memberitahu kepada murid-murid tentang konsep tidak keluar dari garisan lukisan dalam aktiviti mewarna supaya mereka dapat meningkatkan tahap pemahaman mereka terhadap aktiviti mewarna melalui software komputer.Saya akan menggunakan Frame Art Mini ini untuk membuat demonstrasi supaya murid-murid dapat tahu cara untuk menggunakan frame tersebut. Saya juga akan menerangkan bahawa untuk menghasilkan satu lukisan melalui aktiviti mewarna perlu mewarna dengan kemas dan tidak boleh ada ruang putih dan lukisan tersebut.Untuk memudahkan pemahaman dan ingatan murid, saya akan menunjukkan dua hasil kerja yang berbeza di mana hasil kerja pertama diwarna dengan kemas dan tidak keluar dari garisan lukisan dan hasil kerja kedua diwarna dengan comot dan tidak cantik.Selain itu, saya juga akan menggunakan 3 jenis saiz dan 4 jenis bentuk bingkai untuk mengatasi masalah ini. Hal ini disebabkan lukisan tidak mempunyai saiz dan bentuk yang sama. Oleh itu, saya perlu menyediakan bingkai dalam pelbagai bentuk dan saiz. Langkah 4: MemerhatiSaya akan mengumpul dan menganalisis data bagi menilai keberkesanan tindakan. Saya memilih untuk menjalankan pemerhatian terhadap tiga objektif utama kajian iaitu berkaitan dengan minat, penguasaan dan pemahaman murid-murid. Pemerhatian yang dijalankan telah direkodkan untuk dianalisis bagi mendapatkan kesimpulan.

5.2 Perancangan Cara Mengumpulkan DataSaya menggunakan empat instrument dalam kajian ini iaitu pemerhatian, soal selidik dan analisis dokumen.5.2.1 Soal SelidikBorang soal selidik yang digunakan untuk mengukur minat, pemahaman dan penguasaan setiap murid. Sebelum soal selidik diedarkan, setiap murid diberikan penerangan ringkas.

5.2.2 PemerhatianSaya menggunakan rakaman video, gambar dan borang pemerhatian yang telah disediakan lebih awal. Pemerhatian dijalankan pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran, semasa aktiviti yang dijalankan dan selepas aktiviti dijalankan. Semasa peringkat awal pengajaran dan pembelajaran, saya akan melihat bagaimana demonstrasi dan Frame Art Mini meningkatkan minat murid-murid. Semasa pengajaran dan pembelajaran, pemahaman murid-murid dicatatkan dalam borang pemerhatian dan seterusnya saya akan memerhatikan penguasaan murid-murid dalam penghasilan karya.

5.2.3 Analisis DokumenAnalisis dokumen ini dijalankan terhadap hasil kerja murid-murid sebelum menggunakan Frame Art Mini dan selepas penggunaan Frame Art Mini semasa aktiviti mewarna.

5.3 Perancangan Cara Menganalisis DataMelalui perancangan mengumpul data yang telah dicadangkan, saya menggunakan kaedah kualitatif untuk menilai data-data yang diperolehi daripada pemerhatian, soal selidik dan analisis dokumen.5.3.1 Analisis Data Soal SelidikAnalisis soal selidik dilakukan melalui jawapan yang dipilih oleh murid dalam borang soal selidik.

5.3.2 Analisis Data PemerhatianData pemerhatian akan direkod pada peringkat awal, semasa dan selepas aktiviti dijalankan dengan menggunakan gambar, rakaman video dan borang pemerhatian.

5.3.3 Analisis DokumenHasil kerja dalam dokumen akan dianalisis mengikut aspek dari segi kekemasan lukisan yang dihasilkan oleh murid-murid selepas aktiviti mewarna.

5.4 Perancangan Pelaksanaan TindakanBILAKTIVITIMINGGU / BULAN

JANFEB

M1M2M3M4M1M2M3M4

1Pengenalan kepada Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan

a. Mempelajari tentang prosedur penyelidikan

b. Mengenal pasti isu keperihatian dan fokus kajian (tajuk)

2Praktikum (murid-murid mewarna semasa Slot kreativiti dan Estetika)

3Penyataan Masalah

4MenulisProposal

a. Refleksi P&P yang lalu

b. Fokus Kajian

c. Objektif dan Persoalan kajian

d. Kumpulan Sasaran

e. Tinjauan Literatur

f. Perancangan

g. Jadual Pelaksanaan

h. Kos Kajian

i. Rujukan

5.4.1 Jadual Pelaksanaan M= Minggu

5.4.2 Kos KajianBahanKualitiKos

Mounting Board4 KepingRM 12.00

Kertas Putih1 RimRM 10.00

Pisau1 BatangRM 3.50

Ink Hitam1 BotolRM 15.00

JumlahRM 21.00

6.0 TINJAUAN LITERATURAktiviti mewarna bagi slot Kreativiti dan Estetika mungkin nampak remeh, namun guru masih perlu memastikan kaedah dan bahan bantu mengajar yang dipilih adalah berkesan dan bermanfaat bagi murid-murid mereka. Menurut Sternberg (2004), minda manusia mempunyai tiga potensi utama iaitu kepintaran, kreativiti dan kebijaksanaan. Ketiga-tiga ini mesti dipupuk dan dirangsang agar manusia dapat menggunakan mindanya secara optimum. Sekiranya perkara ini belarutan, tentulah matlamat untuk melahirkan modal insan yang inovatif dan seimbang sukar untuk dicapai.Menurut Sharifah Alawiyah Alsagoff (1986) telah mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaram ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa-apa sahaja cara yang dilakukan oleh guru adalah untuk memberi kefahaman kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Menurut Howard Gardner (1983) pula, ketidakserasian antara kaedah mengajar mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang murid itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran.Menurut Wan Nooraini Binti Wan Muhammad (2009), antara ciri penting dalam kaedah demontrasi adalah ia memberi peluang kepada murid untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajari setelah melalui prosedur yang ditunjukkan. Ia juga akan membuat murid-murid menguasai konsep dan prinsip dengan mudah serta meningkatkan ingatan murid-murid terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu aktiviti. Guru yang menunjukkan demonstrasi juga akan meningkatkan keyakinan murid-murid untuk menjalankan sesuatu aktiviti. Seterusnya, melalui kaedah demonstrasi, murid-murid akan dapat mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah. Antara kelebihan demonstrasi ini ialah memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada murid-murid melalui penglihatan dan pendengaran.Menurut Abdullah Hassan & Ainon Mohd (2005), setiap kanak-kanak memiliki kemampuan kreativiti. Beliau menyarankan agar guru memerhatikan bagaimana murid-murid bermain sama ada sendiri ataupun dalam kumpulan dan guru akan dapat menyaksikan sendiri daya kreativiti semula jadi kanak-kanak. Sayangnya adalah semasa murid-murid membesar, kreativiti mereka telah ditekan melalui asakan dan latihan atas nama mengembangkan keupayaan lain.Terdapat beberapa kepentingan dari aktiviti mewarna yang dapat dikenalpasti adalah memantapkan kemahiran motor halus murid-murid. Menurut Dokumen Standard Prasekolah yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, beberapa kemahiran motor halus yang perlu dikuasai oleh murid-murid prasekolah adalah mengoyak bebas, menggunakan tangan untuk merenyuk serta menggunting menghasilkan satu bentuk. Menurut Foster & Heasley (1966), guru boleh membantu murid-murid mencapai kesejahteraan fizikal dengan membantu mereka membina kawalan motor halus dan motor kasar.Menurut Halliza Hamzah (2008), pada peringkat awal murid-murid, otot-otot kasar sudah berkembang tetapi otot-otot halus belum berkembang dengan sempurna. Jadi, dengan merangka aktiviti yang melibatkan motor halus seperti mewarna, diharapkan perkembangan fizikal murid-murid akan berkembang secara optimum. Selain itu, terdapat beberapa kajian yang telah menunjukkan keberkesanan teknik demonstrasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah kajian oleh Azizi (2007) yang menyatakan keputusan dari hail kajiannya mendapati bahawa murid-murid di tiga buah sekolah menengah teknik di Negeri Sembilan lebih cenderung untuk mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam melalui kaedah pengajaran demonstrasi. Juteru itu, Azizi (2007) turut menyarankan agar guru harus memperbanyakkan lagi menggunakan kaedah ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana didapati murid lebih berminat belajar melalui kaedah ini. Peralatan dan kelengkapan untuk menjalankan kaedah ini haruslah mencukupi bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.Seterusnya, Jennifer (2005) juga menyatakan bahawa demontrasi ini akan meningkatkan minat dan pemahaman dalam perkembangan kanak-kanak. Menurutnya, minat murid-murid akan diraih dari pemerhatian terhadap tingkah laku guru di dalam kelas semasa mengajar. Penilaian terhadap demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru akan membantu dalam pemerolehan dalam aspek kognitif murid-murid.Penggunaan demonstrasi dalam pengajaran dan pembelajaran berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran. Daripada dapatan Rief (1993), seorang psikologi kognitif telah menyatakan bahawa seseorang murid akan ingat 10% daripada apa yang dibaca, 20% daripada apa yang didengar, 30% daripada apa yang dilihat, 50% daripada apa yang didengar dan dilihat, 70% daripada apa yang disuarakan sendiri dan 90% daripada apa yang dilakukan sendiri. Dapatan tersebut juga memberi implikasi bahawa pembelajaran yang berkesan boleh tercapai sekiranya murid terlibat aktif dalam pembelajaran. Murid perlu melihat, mendengar dan melakukan sesuatu aktiviti.Menurut Amir Hasan (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyai psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu pengajaran yang dirancang perlu sesuai, disusun, mengikut tahap pelajar dan disokong dengan kaedah pengajaran bagi merangsang perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum. Menurutnya lagi, para guru haruslah bijak dan kreatif dalam pengajarannya dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam pengajaran mereka. Kaedah pengajaran adalah penting dalam pengajaran dan pendidikan kerana ianya dapat merangsang minat yang tinggi kepada murid untuk belajar.Selain daripada itu, menurut Shahabuddin dan Rohizani (2003), apabila seseorang pelajar sudah mempunyai minat, ia akan mendorong pelajar tersebut untuk berusaha sehinggan Berjaya. Faktor minat ini menjadi pendorong utama pelajar melakukan sesuatu. Apabila guru berjaya merangsang minat pelajar terhadap pelajarannya dengan sendirinya, pelajar akan bermotivasi dan boleh belajar tanpa dipaksa.Menurut T. Sarina (2006) pula, kaedah tunjuk cara atau demonstrasi adalah satu kaedah yang paling sesuai untuk membawa pelajar kepada hidup berealiti. Menurutnya lagi, kaedah demonstrasi akan membolehkan pengkaji melihat kepada keupayaan murid-murid untuk mengingat adalah lebih baik jika mereka membuat sesuatu sendiri. Di samping itu, menurut (Abd. Ghafar 2003) dalam (Mohd 2010), semasa demonstrasi dijalankan, guru memperlihatkan kemahirannya kepada pelajar. Ini bermakna guru akan memberi penerangan atau penjelasan semasa aktiviti ditunjukkan. Dengan cara ini, pelajar akan mudah memahami apa yang dijelaskan oleh guru.Menurut Ng Ying Shya (2004) yang menyatakan, pencaindera penglihatan berupaya memproses 4300000 maklumat manakala pancaindera pendengaran berupaya menerima 50000 maklumat. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa kaedah demonstrasi adalah sangat penting kerana murid dapat belajar menerusi pengalaman dan boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Dengan itu, guru hendaklah sentiasa peka terhadap perkembangan semasa kaedah mengajar dan kesannya ke atas proses pembelajaran murid. Guru juga perlu sentiasa berusaha ke arah pengajaran yang dapat memberikan kesan positif kepada murid. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah, malahan dapat melahirkan murid yang dapat menyumbang tenaga kepada pembangunan negara.

7.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATAKajian saya ini adalah tentang menyelesaikan masalah mewarna keluar dari garisan lukisan dengan menggunakan Frame Art Mini. Setiap dapatan kajian akan dilihat dan dianalisis untuk mendapatkan hasil bagi setiap dapatan. Analisis ini dibahagikan kepada analisis jadual pemerhatian, soal selidik dan analisis dokumen.7.1 PemerhatianInstrumen pemerhatian dibuat oleh saya adalah bagi melihat aspek penting yang dikaji dalam kajian tindakan ini. Minat kedua-dua murid diperhatikan pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran. Aspek pemahaman dilihat semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung iaitu semasa aktiviti mewarna dilakukan. Aspek penguasaan murid dalam aktiviti mewarna ini juga diperhatikan selepas murid menyiapkan aktiviti mewarna. Semua item yang diperhatikan ditandakan dalam borang pemerhatian yang dibuat dalam bentuk soalan. Jadual pemerhatian ini membandingkan antara pemerhatian aktiviti mewarna tanpa menggunaka Frame Art Mini serta pemerhatian aktiviti mewarna yang menggunakan Frame Art Mini.Pemerhatian pertama menunjukkan perbandingan pemerhatian minat antara dua murid iaitu Murid A dan Murid B sebelum menggunakan Frame Art Mini dan selepas menggunakan Frame Art Mini pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian ini akan menunjukkan bahawa pengguanaan Frame Art Mini benar-benar membantu meningkatkan minat murid kerana mereka telah tahu cara-cara untuk mewarna bagi tidak keluar dari garisan dan menghasilkan lukisan yang cantik serta berminat untuk mewarna.

Pemerhatian kepada Murid A:MURID A: farisSoalanYaTidak

1Adakah murid menunjukkan kesungguhan dalam aktiviti mewarna?/

2Adakah murid bermain sesama sendiri semasa guru memperkenalkan gambar lukisan?/

3Adakah murid memberi respon pada guru ketika demonstrasi dilakukan dengan penggunaan Frame Art Mini?/

Jadual 7.1.1: Pemerhatian terhadap minat pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran sebelum menggunakan Frame Art Mini

SoalanYaTidak

1Adakah murid menunjukkan kesungguhan dalam aktiviti mewarna?/

2Adakah murid bermain sesama sendiri semasa guru memperkenalkan gambar lukisan?/

3Adakah murid memberi respon pada guru ketika demonstrasi dilakukan dengan penggunaan Frame Art Mini?/

Jadual 7.1.2: Pemerhatian terhadap minat pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran selepas menggunakan Frame Art MiniAnalisis pemerhatian peringkat awal pengajaran dan pembelajaranSoalan 1: Adakah murid menunjukkan kesungguhan dalam aktiviti mewarna?Sebelum menggunakan Frame Art Mini, murid ini tidak menyiapkan lukisan walaupun masa yang ada untuk melakukan aktiviti mewarna masih banyak. Tetapi, setelah penggunaan Frame Art Mini ditunjukkan, murid ini telah bersungguh-sungguh untuk menyiapkan aktiviti mewarna untuk menghasilkan lukisan yang cantik. Soalan 2: Adakah murid bermain sesama sendiri semasa guru memperkenalkan gambar lukisan?Murid ini tidak memberi perhatian kepada guru semasa memperkenalkan gambar lukisan sebelum dan selepas menggunakan Frame Art Mini. Hal ini disebabkan dia tidak suka mendengar penjelasan yang diberikan oleh guru. Murid ini asyik-asyik harap boleh cepat dapat gambar lukisan tanpa penjelasan guru kerana dia ingin mewarna. Hal ini disebabkan dia berminat dalam aktiviti mewarna.Soalan 3: Adakah murid memberi respon pada guru ketika demonstrasi dilakukan dengan penggunaan Frame Art Mini?Soalan ini diperhatikan selepas penggunaan Frame Art Mini. Setelah pemerhatian dibuat, murid ini dapat memberi respon pada guru. Respon seperti menganggukkan kepala dilihat sebagai murid ini memahami dan berminat pada sesi aktiviti mewarna dengan pengguanaan Frame Art Mini jika dibandingkan dengan murid yang tidak memberikan sebarang respon kepada guru.

Pemerhatian kepada Murid BMURID B: fitriSoalanYaTidak

1Adakah murid menunjukkan kesungguhan dalam aktiviti mewarna?/

2Adakah murid bermain sesama sendiri semasa guru memperkenalkan gambar lukisan?/

3Adakah murid memberi respon pada guru ketika demonstrasi dilakukan dengan penggunaan Frame Art Mini?/

Jadual 7.1.3: Pemerhatian terhadap minat pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran sebelum menggunakan Frame Art Mini

SoalanYaTidak

1Adakah murid menunjukkan kesungguhan dalam aktiviti mewarna?/

2Adakah murid bermain sesama sendiri semasa guru memperkenalkan gambar lukisan?/

3Adakah murid memberi respon pada guru ketika demonstrasi dilakukan dengan penggunaan Frame Art Mini?/

Jadual 7.1.4: Pemerhatian terhadap minat pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran selepas menggunakan Frame Art MiniAnalisis pemerhatian peringkat awal pengajaran dan pembelajaranSoalan 1: Adakah murid menunjukkan kesungguhan dalam aktiviti mewarna?Sebelum menggunakan Frame Art Mini murid ini menyiapkan lukisan dengan bersungguh-sungguh walau tidak kemas dan apabila nampak kawannya sudah siap mewarna, dia pun mula mewarna lukisan dengan bersiar-siar walaupun masa untuk aktiviti mewarna masih banyak. Tetapi, setelah penggunaan Frame Art Mini ditunjukkan, murid ini bersungguh-sungguh untuk menyiapkan aktiviti mewarna untuk menghasilkan lukisan yang kemas walaupun kawan lain sudah siap mewarna. Soalan 2: Adakah murid bermain sesama sendiri semasa guru memperkenalkan gambar lukisan?Murid ini memberi perhatian kepada guru semasa memperkenalkan gambar lukisan tanpa menggunakan Frame Art Mini. Selepas penggunaan Frame Art Mini, murid ini lagi memberi tumpuan kepada guru semasa memperkenalkan gambar lukisan semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.Soalan 3: Adakah murid memberi respon pada guru ketika demonstrasi dilakukan dengan penggunaan Frame Art Mini?Soalan ini diperhatikan selepas penggunaan Frame Art Mini. Setelah pemerhatian dibuat, murid dapat memberi respon pada guru. Respon melalui percakapan seperti Cikgu, saya faham dilihat sebagai murid ini memahami dan berminat pada sesi aktiviti mewarna dengan pengguanaan Frame Art Mini jika dibandingkan dengan murid yang tidak memberikan sebarang respon kepada guru.

Pemerhatian kedua menunjukkan perbandingan pemerhatian pemahaman antara dua murid iaitu Murid A dan Murid B sebelum menggunakan Frame Art Mini dan selepas menggunakan Frame Art Mini pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian kepada Murid A:MURID A: farisSoalanYaTidak

1Adakah murid dapat membezakan lukisan yang cantik atau tidak cantik?/

2Adakah murid faham bahawa maksud mewarna tidak keluar dari garisan dalam aktiviti mewarna?/

3Adakah murid boleh menyatakan kesan jika mewarna keluar dari garisan lukisan boleh menjejaskan kekemasan hasilan lukisan?/

Jadual 7.1.5: Pemerhatian terhadap pemahaman pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran sebelum menggunakan Frame Art Mini

SoalanYaTidak

1Adakah murid dapat membezakan lukisan yang cantik atau tidak cantik?/

2Adakah murid faham bahawa maksud mewarna tidak keluar dari garisan dalam aktiviti mewarna?/

3Adakah murid boleh menyatakan kesan jika mewarna keluar dari garisan lukisan boleh menjejaskan kekemasan hasilan lukisan?/

Jadual 7.1.6: Pemerhatian terhadap pemahaman pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran selepas menggunakan Frame Art Mini

Analisis pemerhatian peringkat awal pengajaran dan pembelajaranSoalan 1: Adakah murid dapat membezakan lukisan yang cantik atau tidak cantik?Sebelum dan selepas penggunaan Frame Art Mini, murid A sudah dapat membezakan lukisan yang cantik dan tidak cantik. Tetapi murid A ini orang yang malas dan suka membuat kerja siar-siar serta menyebabkan hasil lukisan dia menjadi tidak cantik dan kemas.Soalan 2: Adakah murid faham bahawa maksud mewarna tidak keluar dari garisan dalam aktiviti mewarna?Murid A memahami maksud mewarna tidak keluar dari garisan lukisan tetapi dia malas mewarna dan selalu mewarna keluar dari garisan. Selepas penggunaan Frame Art Mini, murid A ini dapat mewarna mengikut tepi garisan dan tidak keluar dari garisan. Hal ini disebabkan Frame Art Mini ini telah berkesan kepada dia.Soalan 3: Adakah murid boleh menyatakan kesan jika mewarna keluar dari garisan lukisan boleh menjejaskan kekemasan hasilan lukisan?Murid A tidak boleh jawap soalan ini kerana dia mementingkan hasilan lukisan. Maksud lukisan tersebut cantik atau tidak cantik dia tidak peduli sebab dia ingin nak main dengan kawan dan malas untuk mewarna. Tetapi selepas penggunaan Frame Art Mini, murid A ini telah berubah dan boleh menjawab soalan ini. Hal ini disebabkan dia tahu cara untuk mewarna supaya lukisan tersebut nampak kemas dan cantik serta dapat pujian daripada guru.

Pemerhatian kepada Murid B:MURID B: fitriSoalanYaTidak

1Adakah murid dapat membezakan lukisan yang cantik atau tidak cantik?/

2Adakah murid faham bahawa maksud mewarna tidak keluar dari garisan dalam aktiviti mewarna?/

3Adakah murid boleh menyatakan kesan jika mewarna keluar dari garisan lukisan boleh menjejaskan kekemasan hasilan lukisan?/

Jadual 7.1.7: Pemerhatian terhadap pemahaman pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran sebelum menggunakan Frame Art Mini

SoalanYaTidak

1Adakah murid dapat membezakan lukisan yang cantik atau tidak cantik?/

2Adakah murid faham bahawa maksud mewarna tidak keluar dari garisan dalam aktiviti mewarna?/

3Adakah murid boleh menyatakan kesan jika mewarna keluar dari garisan lukisan boleh menjejaskan kekemasan hasilan lukisan?/

Jadual 7.1.8: Pemerhatian terhadap pemahaman pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran selepas menggunakan Frame Art MiniAnalisis pemerhatian peringkat awal pengajaran dan pembelajaranSoalan 1: Adakah murid dapat membezakan lukisan yang cantik atau tidak cantik?Walaupun sebelum penggunaan Frame Art Mini, murid B sudah tahu membezakan hasilan lukisan yang cantik atau tidak cantik. Ini bermaksud walaupun dia belum menguasai cara yang betul untuk menghasilkan lukisan yang cantik tetapi dia boleh membezakan kecantikkan sesuatu lukisan. Selepas penggunaan Frame Art Mini, murid B ini telah boleh membeza dan menghasilkan lukisan yang cantik dan kemas seperti apa yang dia ingin.Soalan 2: Adakah murid faham bahawa maksud mewarna tidak keluar dari garisan dalam aktiviti mewarna?Murid B memahami maksud mewarna tidak keluar dari garisan lukisan tetapi dia tidak dapat mengawal sendiri semasa mewarna. Masalah murid B ini telah diatasi dengan penggunaan Frame Art Mini. Hal ini disebabkan Frame Art Mini ini dapat membantu murid B memahami cara mewarna dalam satu ruang supaya tidak keluar dari garisan ruang tersebut.Soalan 3: Adakah murid boleh menyatakan kesan jika mewarna keluar dari garisan lukisan boleh menjejaskan kekemasan hasilan lukisan?Murid B boleh menjawab soalan ini tetapi jawapannya berbeza dengan sebelum dan selepas penggunaaan Frame Art Mini. Sebelum penggunaan Frame Art Mini, jawapan murid B adalah lukisan tidak cantik dan comot serta keluar dari garisan lukisan. Manakala selepas penggunaan Frame Art Mini, murid B boleh memberi jawapan yang tepat iaitu jika mewarna keluar dari garisan lukisan, lukisan tersebut akan menjadi tidak kemas kerana bukan mewarna satu arah selain tidak cantik.

Pemerhatian ketiga menunjukkan perbandingan pemerhatian penguasaan antara dua murid iaitu Murid A dan Murid B sebelum menggunakan Frame Art Mini dan selepas menggunakan Frame Art Mini pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian kepada Murid A:MURID A: farisSoalanYaTidak

1Adakah murid dapat menghasilkan lukisan yang kemas dengan penggunaan Frame Art Mini?/

2Adakah murid dapat mewarna mengikut tepi garisan semasa aktiviti mewarna?/

3Adakah murid dapat mewarna lukisan dengan baik dan cantik iaitu warna tidak keluar dari garisan lukisan?/

Jadual 7.1.9: Pemerhatian terhadap penguasaan pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran sebelum menggunakan Frame Art Mini

SoalanYaTidak

1Adakah murid dapat menghasilkan lukisan yang kemas dengan penggunaan Frame Art Mini?/

2Adakah murid dapat mewarna mengikut tepi garisan semasa aktiviti mewarna?/

3Adakah murid dapat mewarna lukisan dengan baik dan cantik iaitu warna tidak keluar dari garisan lukisan?/

Jadual 7.1.10: Pemerhatian terhadap penguasaan pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran selepas menggunakan Frame Art Mini

Analisis pemerhatian peringkat awal pengajaran dan pembelajaranSoalan 1: Adakah murid dapat menghasilkan lukisan yang kemas dengan penggunaan Frame Art Mini?Murid A tidak dapat menghasilkan lukisan yang kemas sebelum penggunaan Frame Art Mini Hal ini disebabkan dia mewarna ke pelbagai arah dan menyebabkan lukisan itu Nampak comot dan tidak kemas. Tetapi masalah ini telah diatasi dengan penggunaan Frame Art Mini kerana dia sudah tahu cara mewarna yang betul.Soalan 2: Adakah murid dapat mewarna mengikut tepi garisan semasa aktiviti mewarna?Tidak. Ini disebabkan dia tidak biasa mewarna mengikut tepi garisan lukisan. Selepas penggunaan Frame Art Mini murid A telah belajar melukis garisan mengikut garisan lukisan sebelum mewarna. Ini disebabkan untuk mengingat dia sendiri supaya tidak mewarna keluar dari garisan lukisan.Soalan 3: Adakah murid dapat mewarna lukisan dengan baik dan cantik iaitu warna tidak keluar dari garisan lukisan?Melalui pemerhatian saya, murid A tidak dapat mewarna lukisan dengan baik dan cantik sebelum penggunaan Frame Art Mini. Masalah ini telah diatasi selepas penggunaan Frame Art Mini. Hal ini disebabkan murid A telah banyak kali melakukan latih tubi dengan menggunakan Frame Art Mini semasa aktiviti mewarna.

Pemerhatian kepada Murid B:MURID B: fitriSoalanYaTidak

1Adakah murid dapat menghasilkan lukisan yang kemas dengan penggunaan Frame Art Mini?/

2Adakah murid dapat mewarna mengikut tepi garisan semasa aktiviti mewarna?/

3Adakah murid dapat mewarna lukisan dengan baik dan cantik iaitu warna tidak keluar dari garisan lukisan?/

Jadual 7.1.11: Pemerhatian terhadap penguasaan pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran sebelum menggunakan Frame Art Mini

SoalanYaTidak

1Adakah murid dapat menghasilkan lukisan yang kemas dengan penggunaan Frame Art Mini?/

2Adakah murid dapat mewarna mengikut tepi garisan semasa aktiviti mewarna?/

3Adakah murid dapat mewarna lukisan dengan baik dan cantik iaitu warna tidak keluar dari garisan lukisan?/

Jadual 7.1.12: Pemerhatian terhadap penguasaan pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran selepas menggunakan Frame Art MiniAnalisis pemerhatian peringkat awal pengajaran dan pembelajaranSoalan 1: Adakah murid dapat menghasilkan lukisan yang kemas dengan penggunaan Frame Art Mini?Sebelum penggunaan Frame Art Mini, murid B tidak dapat menghasilkan lukisan yang kemas. Hal ini disebabkan dia ssuka mewarna tidak ikut satu arah dan tidak penuhkan ruang lukisan. Tetapi selepas pengunaan Frame Art Mini, murid B telah menunjukkan peningkatan dari segi mewarna lukisan dengan kemas dan penuh.

Soalan 2: Adakah murid dapat mewarna mengikut tepi garisan semasa aktiviti mewarna?Murid B kadang-kadang mewarna mengikut tepi garian semasa mewarna walaupun dia masih mewarna keluar dari garisan lukisan melalui pemerhatian saya. Tetapi selepas penggunaan Frame Art Mini, Murid B telah mengubah amalan dia semasa mewarna iaitu mewarna mengikut tepi garisan untuk mengelakkan mewarna kelaur dari garisan lukisan.Soalan 3: Adakah murid dapat mewarna lukisan dengan baik dan cantik iaitu warna tidak keluar dari garisan lukisan?Dengan memerhatikan hasil lukisan yang dihasilkan oleh murid B, didapati sebelum penggunaan Frame Art Mini, dia tidak dapat mewarna lukisan dengan baik dan cantik serta tidak kemas. Selepas penggunaan Frame Art Mini hasil lukisan murid B telah memuaskan hati saya. Hal ini disebabkan murid B sudah dapat menghasilkan lukisan yang baik, cantik serta kemas berbanding dengan sebelum ini.

7.2 Soal SelidikDalam kajian ini, instrument soal selidik digunakan. Instrumen ini digunakan untuk membuktikan bahawa penggunaan Frame Art Mini yang dibuat oleh saya benar-benar dapat meningkatkan tiga aspek yang dikaji iaitu dari segi aspek minat, pemahaman dan penguasaan kedua-dua murid. Soalan kaji selidik ini diedarkan selepas penggunaan Frame Art Mini.Analisis Soal Selidik Minat Murid A:SoalanYaTidak

1Adakah anda berminat untuk melakukan aktiviti semasa Slot Kreativiti dan Estetika?/

2Adakah belajar Slot Kreativiti dan Estetika menyeronokkan?/

3Adakah anda ingin melakukan aktiviti mewarna pada masa depan?/

Jadual 7.2.1: Analisis minat murid AAnalisis Soal Selidik Minat Murid B:SoalanYaTidak

1Adakah anda berminat untuk melakukan aktiviti semasa Slot Kreativiti dan Estetika?/

2Adakah belajar Slot Kreativiti dan Estetika menyeronokkan?/

3Adakah anda ingin melakukan aktiviti mewarna pada masa depan?/

Jadual 7.2.2: Analisis minat murid BDari jadual analisis minat murid di atas, didapati kedua-dua murid menjawab ya bagi semua soalan soal selidik dari segi aspek minat. Dari soalan pertama iaitu adakah mereka berminat untuk melakukan aktiviti semasa Slot Kreativiti dan Estetika, mereka menjawab ya. Ini membuktikan masalah murid yang tidak berminat untuk melakukan aktiviti dapat diatasi.Soalan kedua soal selidik turut mendapati bahawa kedua-dua murid bersetuju bahawa belajar semasa Slot Kreativiti dan Estetika adalah menyeronokkan. Ini adalah perkembangan yang baik kerana meransang kedua-dua murid yang dulunya pasif menjadi lebih bersemangat untuk belajar kerana mereka seronok tanpa melakukan aktiviti mewarna dengan paksaan dan perasaan tidak rela.Soalan ketiga di dalam borang soal selidik ialah adakah mereka ingin melakukan aktiviti mewarna pada masa depan. Kedua-dua murid menjawab ya. Hal ini menunjukkan murid A dan murid B telah berminat dalam bidang seni dan suka melakukan aktiviti mewarna.Kesimpulannya, dari jadual di atas yang telah menguji minat murid mendapati penggunaan Frame Art Mini dapat membantu meningkatkan minat kedua-dua murid dalam bidang seni. Masalah murid yang tidak berminat pada aktiviti mewarna semasa Slot kreativiti Estetika sebelum ini dapat diatasi.

Analisis Soal Selidik Pemahaman Murid A:SoalanYaTidak

1Adakah anda tahu membezakan hasil lukisan yang cantik dan tidak cantik?/

2Adakah anda tahu membezakan hasil lukisan yang kemas dan tidak kemas?/

3Adakah anda dapat menjawab soalan yang ditanya oleh guru?/

Jadual 7.2.3: Analisis pemahaman murid AAnalisis Soal Selidik Pemahaman Murid B:SoalanYaTidak

1Adakah anda tahu membezakan hasil lukisan yang cantik dan tidak cantik?/

2Adakah anda tahu membezakan hasil lukisan yang kemas dan tidak kemas?/

3Adakah anda dapat menjawab soalan yang ditanya oleh guru?/

Jadual 7.2.4: Analisis pemahaman murid BBagi soalan pertama, kedua-dua murid menunjukkan peningkatan dalam aspek pemahaman. Mereka telah dapat membezakan lukisan yang baik dan tidak baik. Ini menunjukkan murid telah faham kriteria mewarna satu lukisan yang baik dan cantik.Bagi soalan kedua pula, kedua-dua murid juga boleh membezakan hasil lukisan yang kemas dan tidak kemas. Hal ini menunjukkan peningkatan pemahaman kedua-dua murid semasa melakukan aktiviti mewarna. Hal ini juga disebabkan kedua-kedua murid tersebut telah tahu cara mewarna dengan kemas tanpa keluar dari garisan lukisan.Seterusnya, soalan soal selidik yang ketiga dalam aspek pemahaman iaitu murid dapat menjawab soalan yang ditanya oleh guru. Kedua-dua murid dapat menjawab soalan guru dengan baik dan yakin sebab mereka sudah memahami.Kesimpulannya, dari jadual analisis pemahaman kedua-dua murid, didapati bahawa pemahaman murid A dan murid B telah meningkat dan ini membuktikan penggunaan Frame Art Mini yang dibuat oleh saya dapat membantu membantu kedua-dua murid dalam memahami isi pelajaran dalam Slot Kreativiti dan Estetika ini.

Analisis Soal Selidik Penguasaan Murid A:SoalanYaTidak

1Adakah anda dapat mewarna tanpa mengguna Frame Art Mini?/

2Adakah anda dapat mewarna mengikut tepi garisan lukisan tanpa keluar dari garisan?/

Jadual 7.2.3: Analisis penguasaan murid AAnalisis Soal Selidik Penguasaan Murid B:SoalanYaTidak

1Adakah anda dapat mewarna tanpa mengguna Frame Art Mini?/

2Adakah anda dapat mewarna mengikut tepi garisan lukisan tanpa keluar dari garisan?/

Jadual 7.2.4: Analisis penguasaan murid BJadual di atas menunjukkan bukti penguasaan murid A dan murid B. Penguasaan kedua-dua murid dalam aspek ini akan dapat menunjukkan bahawa penggunaan Frame Art Mini yang dibuat oleh saya benar-benar dapat membantu meningkatkan penguasaan murid-murid dalam melakukan aktiviti mewarna.Soalan pertama dalam soal selidik aspek penguasaan adalah sama ada murid dapat mewarna tanpa mengguna Frame Art Mini. Sebelum ini, murid boleh mewarna tetapi selalu mewarna keluar dari garisan lukisan. Tetapi, setelah penggunaan Frame Art Mini, murid mampu mewarna dengan baik dan cantik tanpa menggunakan Frame Art Mini.Bagi soalan kedua pula, saya mahu memastikan sama ada kedua-dua murid dapat mewarna mengikut tepi garisan lukisan tanpa keluar dari garisan ataupun tidak. Aspek penguasaan ini amat penting kerana ia menjejaskan kekemasan hasil akhir lukissan. kedua-dua murid dapat menguasai cara mewarna dengan baik dan juga menghasilkan lukisan dengan kemas tanpa menggunakan Frame Art Mini.Kesimpulannya, setelah saya menunjukkan cara penggunaan Frame Art Mini sebelum murid melakukan aktiviti mewarna masing-masing, dibuktikan bahawa tahap penguasaan kedua-dua murid dapat ditingkatkan. Hal ini disebabkan mereka telah banyak kali buat latihan mewarna dengan penggunaan Frame Art Mini. Aktiviti mewarna yang dilakukan dijalankan dengan baik, cantik dan kemas. Menurut Rief (1993), seseorang

7.3 Analisis DokumenHasil kerja kedua-dua murid dianalisis dan diberikan penilaian. Pemarkahan yang diberikan adalah berpandukan rubrik pemarkahan kerja kursus Pendidikan Seni Visual. Walaubagaimanapun, saya telah mengubahsuai rubrik ini mengikut pertimbangan yang wajar atas sebab rubrik ini perlu dipermudahkan kerana murid-murid dalam kajian tindakan ini adalah dalam kalangan murid-murid prasekolah. Analisis dokumen ini hanya memfokuskan pada penguasaan murid kerana analisis dokumen dijalankan terhadap hasil kerja akhir lukisan murid. Hasil kerja murid-murid akan dinilai semasa dan selepas pengunaan Frame Art Mini.Aspek yang diperhatikan terhadap hasil kerja murid-murid adalah dari segi kekemasan. Aspek ini adalah amat penting dalam satu lukisan. Aspek kekemasan ini ditentukan dengan cara mewarna iaitu mewarna tidak keluar dari garisan lukisan dan mewarna kepada satu arah sahaja supaya lukisan nampak kemas dan cantik. Hal ini disebabkan jika murid tidak dapat menguasai cara mewarna, hasil lukisan tersebut akan menjadi comot, tidak cantik dan kemas. Selepas cara penggunaan Frame Art Mini ditunjukkan, perbezaan hasil kerja murid A dan murid B dapat dikesan dengan lebih jelas berbanding dengan sebelum penggunaan Frame Art Mini.Kesimpulannya, tahap penguasaan kedua-dua murid dapat ditingkatkan dengan adanya penggunaan Frame Art Mini. Kedua-dua murid ini telah menunjukkan peningkatan tahap penguasaan dari D (kurang mencapai tahap) kepada B (baik) dan kadang-kadang (sangat baik). Dengan ini, jelaslah penggunaan Frame Art Mini ini akan dapat membantu guru memudahkan proses penguasaan murid-murid terutama dalam bidang mewarna seperti kajian ini.

8.0 DAPATAN8.1 PendahuluanDakam bab ini, saya akan membincangkan hasil dapatan yang diperolehi dari bab sebelumnya. Perbincangan ini adalah tentang hasil dapatan kajian yang berkaitan dengan menyelesaikan masalah mewarna keluar dari garisan dengan penggunaan Frame Art Mini bagi murid Prasekolah Bestari, SK Tembila.

8.2 Ringkasan KajianMurid yang dipilih oleh saya adalah terdiri daripada murid-murid Prasekolah Bestari, SK Tembila, Kuala Terengganu. Kedua-dua murid ini terdiri daripada murid yang bermasalah mewarna keluar dari garisan dalam aspek minat, pemahaman dan penguasaan bagi Slot Kreativiti dan Estetika. Kedua-dua murid ini adalah budak lelaki dan berbangsa Melayu. Untuk mendapatkan hasil dapatan yang sahih, saya telah menggunakan tiga instrument. Instrument tersebut adalah borang pemerhatian dan soal selidik digunakan untuk menentukan peningkatan dari segi minat, pemahaman dan penguasaan kedua-dua murid. Satu lagi instrument adalah analisis dokumen. Analisis dokumen ini menumpukan pada aspek penguasaan kedua-dua murid dalam penghasilan lukisan.

8.3 Minat MuridSaya memilih untuk melihat aspek minat dalam kajian ini adalah disebabkan tanpa minat, apapun aktiviti yang dirancang oleh saya tidak akan dapat sambutan sebagaimana yang diharapkan. Menurut Amir Hasan (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyai psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu pengajaran yang dirancang perlu sesuai, disusun, mengikut tahap pelajar dan disokong dengan kaedah pengajaran bagi merangsang perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum. Menurutnya lagi, para guru haruslah bijak dan kreatif dalam pengajarannya dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam pengajaran mereka. Kaedah pengajaran adalah penting dalam pengajaran dan pendidikan kerana ianya dapat merangsang minat yang tinggi kepada murid untuk belajar.Perbincangan mengenai minat murid akan dihuraikan dari borang pemerhatian dan borang soal selidik yang telah digunakan terhadap kedua-dua murid. Dalam pemerhatian saya, setelah saya menunjukkan cara penggunaan Frame Art Mini, minat murid bertambah iaitu murid menunjukkan kesungguhan untuk menyiapkan aktiviti mewarna. Kemudian, saya juga dapat perhatikan bahawa murid tidak bermain sesame sendiri semasa guru memperkenalkan lukisan sebelum mewarna. Akhir sekali, saya juga mendapati bahawa murid dapat memerhatikan cara-cara untuk mewarna dan berhati-hati semasa mewarna supaya tidak mewarna keluar dari garisan lukisan. Hal ini adalah selari dengan pendapat Jennifer (2005) yang menyatakan demonstrasi akan meningkatkan minat dan pemahaman dalam perkembangan kanak-kanak. Menurutnya, minat kanak-kanak akan diraih dari pemerhatian terhadap tingkahlaku guru di dalam kelas semasa mengajar. Penilaian terhadap demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru akan membantu dalam pemerolehan dalam aspek kognitif kanak-kanak.Bagi instrument kedua pula, saya memilih menggunakan borang soal selidik untuk mengenalpasti peningkatan minat murid. Dapatan dari soal selidik menunjukkan bahawa minat murid telah bertambah. Didapati bahawa murid berminat untuk melakukan aktiviti mewarna semasa Slot Kreativiti dan Estetika. Murid juga bersetuju bahawa belajar Slot Kreativiti dan Estetika adalah menyeronokkan dan murid juga ingin melakukan aktiviti mewarna lagi di masa depan. Menurut Shahabuddin dan Rohizani (2003), apabila seseorang pelajar sudah mempunyai minat, ia akan mendorong pelajar tersebut untuk berusaha sehinggan Berjaya. Faktor minat ini menjadi pendorong utama pelajar melakukan sesuatu. Apabila guru berjaya merangsang minat pelajar terhadap pelajarannya dengan sendirinya, pelajar akan bermotivasi dan boleh belajar tanpa dipaksa.Kesimpulannya, saya berpendapat penggunaan Frame Art Mini telah dapat meningkatkan minat kedua-dua murid yang dikaji. Seperti yang telah diketahui, minat adalah aspek penting yang harus dimiliki oleh murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Ng Ying Shya (2004), kaedah demonstrasi adalah sangat penting kerana pelajar dapat belajar menerusi pengalaman dan boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Dengan itu, para guru hendaklah sentiasa peka terhadap perkembangan semasa tentang kaedah mengajar dan kesannya ke atas proses pembelajaran pelajar. Guru juga perlu sentiasa berusaha ke arah pengajaran yang dapat memberikan kesan positif kepada pelajarannya. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah, malahan dapat melahirkan pelajar yang dapat menyumbang tenaga kepada pembangunan negara. 8.4 Pemahaman MuridDari segi pemahaman murid, saya menggunakan instrument borang pemerhatian dan soal selidik. Dari item pemerhatian yang dibina, saya ingin membuktikan bahawa dengan adanya penggunaan Frame Art Mini, pemahaman murid akan meningkat. Ia adalah kerana murid dapat belajar cara untuk mewarna supaya menghasilkan lukisan yang cantik dan kemas. Selain itu, murid juga boleh menerangkan kesan mewarna keluar dari garisan boleh menjejaskan kekemasan hasilan lukisan. Menurut (Abd. Ghafar 2003) dalam (Mohd 2010), semasa demonstrasi dijalankan, guru memperlihatkan kemahirannya kepada pelajar. Ini bermakna guru akan memberi penerangan atau penjelasan semasa aktiviti ditunjukkan. Dengan cara ini, pelajar akan mudah memahami apa yang dijelaskan oleh guru.Instrumen kedua untuk membuktikan peningkatan tahap pemahaman murid adalah soal selidik. Keputusan dari soal selidik yang diberikan kepada murid menunjukkan pemahaman kedua-dua murid telah meningkat dan ini membuktikan kaedah demonstrasi penggunaan Frame Art Mini oleh saya dapat membantu murid dalam memahami isi pelajaran dalam Slot Kreativiti dan Estetika. Menurut T. Sarina (2006), kaedah tunjuk cara atau demonstrasi adalah satu kaedah yang paling sesuai untuk membawa pelajar kepada hidup berealiti. Menurutnya lagi, kaedah demonstrasi akan membolehkan pengkaji melihat kepada keupayaan murid-murid untuk mengingat adalah lebih baik jika mereka membuat sesuatu sendiri.Murid telah dapat membezakan lukisan yang kemas dan tidak kemas, cantik dan tidak cantik serta dapat menjawab soalan yang ditanya oleh guru. Hal ini adalah selari dengan kajian oleh Azizi (2007) yang menyatakan keputusan dari hasil kajiannya mendapati bahawa pelajar-pelajar di tiga buah sekolah menengah teknik di Negeri Sembilan lebih cenderung untuk belajar melalui kaedah pengajaran demonstrasi. Justeru itu, Azizi (2007) juga turut menyarankan agar guru harus perbanyakkan lagi menggunakan kaedah ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana didapati pelajar lebih berminat belajar melalui kaedah ini. Peralatan dan kelengkapan untuk menjalankan kaedah ini haruslah mencukupi bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.Selain itu, W. Nooraini (2009) menyatakan bahawa dengan adanya demonstrasi, guru akan memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajari setelah melalui prosedur yang ditunjukkan dan membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah. Di samping itu, demonstari juga akan meningkatkan ingatan murid terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu eksperimen, meningkatkan keyakinan murid untuk menjalankan sesuatu aktiviti seterusnya membolehkan murid mencontohi sesuati perlakuan dengan lebih mudah.

8.5 Penguasaan MuridSeterusnya, perbincangan adalah menjurus kepada penguasaan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran selepas demontrasi penggunaan Frame Art Mini yang ditunjukkan kepada murid. Untuk menentukan peningkatan dalam aspek ini, saya menggunakan instrument borang pemerhatian, soal selidik dan analisis dokumen.Bagi instrument pemerhatian terhadap penguasaan, terdapat peningkatan yang jelas antara hasil kerja sebelum demonstrasi penggunaan Frame Art Mini dan hasil kerja selepas penggunaan Frame Art Mini. Sebelum demonstrasi penggunaan Frame Art Mini, murid tidak dapat menghasilkan lukisan yang cantik dan kemas. Hal ini disebabkan mereka masih tidak tahu cara mewarna yang betul dan selalu mewarna keluar dari garisan lukisan. Tetapi, selepas penggunaan Frame Art Mini murid telah dapat menghasilkan lukisan yang kemas dan cantik tanpa penggunaan Frame Art Mini. Mereka telah dapat mewarna mengikut tepi garisan lukisan dan mewarna satu arah supaya menghasilkan lukisan yang kemas dan cantik. Hal ini disebabkan menurut Foster & Heasley (1966), guru boleh membantu murid-murid mencapai kesejahteraan fizikal dengan membantu mereka membina kawalan motor halus dan motor kasar.Instrumen kedua untuk menentukan penguasaan murid adalah dapatan dari soal selidik. Penguasaan kedua-dua murid dalam aspek ini menunjukkan bahawa demonstrasi penggunaan Frame Art Mini yang digunakan oleh saya benar-benar dapat membantu meningkatkan penguasaan murid-murid dalam melakukan aktiviti mewarna.Soalan pertama soal selidik aspek penguasaan adalah sama ada murid dapat mewarna tanpa menggunakan Frame Art Mini. Sebelum ini, murid tidak dapat mewarna dengan baik dan selalu mewarna keluar dari garisan lukisan. Tetapi, setelah penggunaan Frame Art Mini, murid mampu mewarna dengan kemas dan cantik walaupun tanpa penggunaan Frame Art Mini. Bagi soalan kedua soal selidik, saya mahu memastikan sama ada murid dapat mewarna mengikut tepi garisan lukisan tanpa keluar dari garisan ataupun tidak. Aspek penguasaan ini amat penting kerana kalau mewarna keluar dari garisan lukisan akan menjejaskan kekemasan dan kecantikkan satu hasil lukisan. Kedua-dua murid dapat menguasai cara mewarna yang betul selepas penggunaan Frame Art Mini. Peningkatan dari aspek penguasaan ini adalah kesan dari penggunaan Frame Art Mini yang dilakukan oleh murid pada setiap hari. Penguasaan yang meningkat dari pemerhatian terhadap proses penggunaan Frame Art Mini dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh ahli-ahli psikologi seperti Ng Ying Shya (2004) yang menyatakan, pencaindera penglihatan berupaya memproses 4300000 maklumat manakala pancaindera pendengaran berupaya menerima 50000 maklumat.Instrumen terakhir yang mengukur penguasaan murid adalah analisis dokumen terhadap hasil kerja murid. Aspek yang diperhatikan adalah dari segi aspek kekemasan yang ditentukan dengan cara mewarna iaitu mewarna ke satu arah yang sama dan tidak mewarna keluar dari garisan. Murid telah sedar bahawa jika mewarna keluar dari garisan lukisan dan tidak mewarna ke satu arah yang sama, hasil lukisan tersebut akan menjadi comot dan tidak kemas. Selepas penggunaan Frame Art Mini, perbezaan hasil kerja murid dapat dikesan dengan lebih jelas berbanding ketika tidak menggunakan Frame Art Mini. Menurut Rief (2003), seorang psikologi kognitif telah menyatakan bahawa seseorang murid akan ingat 10% daripada apa yang dibaca, 20% daripada apa yang didengar, 30% daripada apa yang dilihat, 50% daripada apa yang didengar dan dilihat, 70% daripada apa yang disuarakan sendiri dan 90% daripada apa yang dilakukan sendiri. Dapatan tersebut juga memberi implikasi bahawa pembelajaran yang berkesan boleh tercapai sekiranya murid terlibat aktif dalam pembelajaran. Murid perlu melihat, mendengar dan melakukan sesuatu aktiviti. Selain daripada itu, murid juga perlu berkomunikasi dengan guru serta berkomunikasi di antara satu sama lain. Dalam bab prosedur kajian, saya juga sentiasa memberi penerangan dan berkomunikasi dengan murid-murid semasa mereka penggunaan Frame Art Mini dalam aktiviti mewarna.

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA