laporan lawatan kembara ilmu 3 ke jogjakarta
TRANSCRIPT
1
Laporan Lawatan Kembara Ilmu 3 ke Jogjakarta , Indonesia
Lawatan Kembara Ilmu 3, Pra Universiti, SMK Kota Samarahan telah dijalankan pada 16
September 2015 hingga 21 September 2015. Lawatan sambil belajar Kembara Ilmu
merupakan lawatan kali ketiga Pelajar Pra Universiti dan destinasi pilihan pada tahun ini
adalah Jogjakarta, kota yang terkenal sebagai kota budaya, kota pendidikan dan Kota
Warisan.
16 September 2015 (Rabu)
Rombongan bertolak pada 16 September 2015 melalui Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuching. Pengetua SMK Kota Samarahan, Pn.Catherine Ritikos@Fiziah Abdullah dan
Penolong Kanan Pentadbiran Pn.Hjh.Aiwaan Bi Alii berkesempatan meluangkan masa sewal
jam 8.00 pagi untuk mengucapkan selamat jalan kepada rombongan kami yang akan berlepas
ke Lapangan Terbang Johor Bahru sebelum terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa
Adisutjipto, Jogjakarta. Kami tiba di Jogjakarta pada jam 3.00 petang waktu Indonesia. Kami
seterusnya menaiki bas dan sampai ke Hotel de Laxston untuk pendaftaran masuk. Kami
seterusnya diberi taklimat lawatan oleh Dr.Fartan pegawai yang bertanggungjawab
menguruskan kami disana sebelum beredar masuk ke bilik masing-masing. Acara malam
tersebut adalah santai bagi kami kerana kami dibenarkan keluar ke pasar Malioboro secara
berkumpulan.
Pn.Catherine Ritikos@Fiziah Abdullah,
Pengetua SMK dan Hj.Aiwan PK.Pentadbiran Mengucapkan selamat jalan kepada peserta lawatan di LTAB Kuching
Peserta rombongan tiba di Adisutjipto Airport jam 2.30 petang.
2
17 September 2015 (Khamis)
Sewal jam 8.00 pagi, rombongan kami menaiki bas untuk ke destinasi lawatan pertama iaitu
Institut Seni Indonesia (ISI). ISI merupakan sebuah institusi seni yang terkenal kerana disini
merupakan institusi kesenian yang menghimpunkan pelbagai ilmu kesenian dari seni
tradisonal kepada seni moden. Rombongan kami sempat menyaksikan latihan tarian sebelum
acara rasmi bermula. Pada jam sekitar 9.30 pagi, Majlis bermula dengan ucapan oleh pihak
ISI iaitu Pembantu Dekan 2 Fakultas Seni Pertunjukan Dra. Tri Susilowati. Kami
diterangkan mengenai program-program yang ditawarkan sebelum ucapan oleh Penolong
Kanan Ting. Enam En.Yatiman Bin Karsodikromo. Pada majlis ini acara pertukaran budaya
dijalankan dengan pihak ISI mempersembahkan Tarian Etnik Jawa dan dibalas dengan
Persembahan Tarian Etnik Sarawak oleh Pelajar SMK Kota Samarahan. Kemuncak acara
adalah pertukaran cenderamata antara pihak ISI dan SMK Kota Samarahan. Kami sempat
bergambar beramai-ramai sebelum melwat fakulti-fakulti seni seperti Fakulti Seni Muzik dan
Seni Teater.
Para peserta mendengar taklimat dari agen pelancongan.
Sebahagian peserta menikmati suasana malam di pasar Malioboro
Para peserta merakamkan gambar kenangan di hadapan pintu masuk Institut Pendidikan Seni Indonesia, Yogjakarta
3
Kenangan bersama kumpulan kebudayaan Institut Seni Indonesia
Menyaksikan latihan seni tari pelajar-pelajar ISI
Persembahan yang menghiburkan dari pelajar-pelajar ISI. Bukan sekadar persembahan malah mempunyai cerita disebaliknya
Pelajar SMK Kota Samarahan mempersembahkan tarian etnik Sarawak sebagai sajian di ISI.
Hjh.Nurmawati dan peserta kebudayaan merakamkan kenangan
4
Setelah makan tengah hari dan solat Zohor, kami dibawa pula ke pusat Kraftangan Manding
iaitu pusat pembuatan Industri Kulit (Leather Industri). Kami berpeluang membeli barangan
kulit hasil kreativiti penduduk tempatan. Kami seterusnya dibawa ke Pantai Parangtritis pada
jam 4.30 petang. Kami seronok kerana berpeluang bersiar-siar dipantai, menaiki kuda dan
motorbike walaupun dengan dikenakan sedikit bayaran. Kami kemudian balik ke hotel
penginapan kami pada jam 7.00 malam.
En.Yatiman Bin Karsodikromo, Penolong Kanan Ting.Enam SMK Kota Samarahan selaku ketua rombongan menyampaikan cenderamata kepada dr.Tro Susilowati, Pembantu Dekan Dua Fakuti Seni ISI
Para peserta bersantai di Pantai Parangtritis
5
18 September 2015 (Jumaat)
Lokasi kami pada hari ini ialah Gunung Kidul. Disini kami mengikuti aktiviti air di Gua
Pindul. Gua Pindol yang terletak di Gunung Kidul merupakan tapak bersejarah yang diwarnai
cerita legenda. Asalnya adalah legenda Joko Singlulung yang mencari ayahnya sehingga
terhantuk kepala pada gua hingga meyebabkan “Pipi Kebendul” dalam bahasa Jawa yang
bermaksud bengkak membonjol lalu di sebut Gua Pindul. Kami berkesempatan menulusuri
gua (cave tubing) sepanjang 350 meter dan seterusnya menelusuri Sungai Oyo. Aktiviti sukan
air ini bukan sahaja mencabar malah kami disajikan dengan cerita-cerita yang terdapat di
dalam gua tersebut. Kami seterusnya ke Pantai Baron sebelum ke Pantai Indrayanti.
Aktiviti sukan air di Goa Pindul menyeronokkan para peserta lawatan. Menulusri Gua Pindul denga n
dilatari cerita-cerita lagenda.
Sebahagian peserta mengambil peluang menaiki kuda dan Motorbike dibibir pantai Lautan Hindi
6
19 September 2015 ( Sabtu)
Hari ini merupakan distinasi yang kami tunggu-tunggu…Candi Borobudur dan Prambanan.
Selama ini kami hanya mempelajari di buku-buku Sejarah, seumpama dalam mimpi akhirnya
kaki kami menjejak destinasi bersejarah ini. Kami teruja sebaik melihat kegagahan binaan
konkrit Borobudur yang dibina sekitar abad ke-12 hingga abad ke-14 ini. Ditemani Pn.
Aisyah sebagai pemandu pelancong, kami dibawa melawat dan diterangkan satu persatu
mengenai candi Borobudur yang mengungkapkan teori Buddha. Pembelajaran kami
mengenai candi Borobudur bertambah lengkap selepas menjejakkan kaki disini. Banyak
perkara yang tidak jelas didalam kelas telah kami perolehi secara nyata. Lawatan ini benar-
benar memberi gambaran tepat.
Candi Borobudur mengujakan para peserta. Selain binaan yang mengkagumkan kami juga mendapat maklumat yang lebih mendalam mengenai Sejarah Borobudur
Satu lagi aktiviti sukan air yang kami jalankan di Sungai Oyo
7
Pada jam 12.35 petang, kami bertolak ke Kaliurang. Kami menaiki Jeep untuk Volcano Tour
dan dibawa ke perkampungan yang musnah disebabkan letusan Gunung Merapi. Kami dapat
merasai kesan letupan yang dasyat melalui kesan-kesan peninggalan yang ada. Kami juga
berkesempatan bergambar pada batu yang menyerupai bentuk muka mausia dan bergambar
berlatarbelakangkan gunug Merapi tempat Bah Merijan penjaga gunug yang terkorban
itu.Aktiviti seterusnya adalah melawat Candi Prampanan pada jam 3 petang , satu lagi mercu
tanda tinggalan Sejarah. Pada sebelah malam kami dikumpulkan di Hotel untuk acara
penyerahan cenderamata pihak agansi pelacungan yang menguruskan kami.
Para peserta merakamkan kenag-kenangan di hadapan Candi Borobudur
Aktiviti menaiki “Jeep” untuk ke Gunung Merapi juga memberi cabaran kepada peserta lawatan.
8
Se…ma…ngat…..para peserta dengan slogan siap sedia berkonvoi ke lokasi Gunung Merapi
Batu menyerupai wajah manusia, kesan tinggalan akibat letupan gunung berapi memusnahkan sebuah perkampungan berdekatan.
9
Para peserta merakamkan kenangan berlatar belakangkan gunung Merapi
10
20 September 2015 (Ahad)
Hari ini rombongan kami di bawa ke Kota Gede (Silver Industry), Kedai Bakpia dan
seterusnya ke Kraton istana Raja-Raja Jawa. Disini kami dibawa oleh pemandu pelacong
yang menceritakan pakaian-pakaian tradisi raja-raja Jawa. Kami juga dibawa melawat istana,
diterangkan tentang keturunan Raja-Raja Jawa, Istana Taman Sari.
Melawat Kota Gede Silver Industri, hasil kraftangan yang halus dan bermutu tinggi
Sebahagian peserta merakamkan kenangan di hadapan istana Kraton Jogjakarta
11
Setelah selesai, kami bertolak ke Benteng Vanderburg untuk melihat Sejarah perjuangan
Indonesia mencapai kemerdekaan. Benteng Vanderburg merupakan muzium yang
mempaparkan sejarah perjuangan rakyat Indonesia menentang penjajahan Belanda. Kami
seterusnya dibawa ke Pasar Beriung Harjo untuk membeli belah. Pada sebelah malam kami
berkumpul di Alun-Alun Kidul berhadapan istana Kraton. Melalui ditengah-tengah dua
pohon beringin sambil ditutup mata merupakan acara yang sukar dijelaskan keajaibanya
kerana walaupun jarak antara dua beringin jauh tetapi ramai yang gagal melepasinya. Ia
menjadi tanda tanya dalam kalangan kami kenapa gagal melalui pohon tersebut. Hanya
beberapa peserta berjaya melepasinya. Kami juga menyaksikan kreativiti masyarakat Jogja
menghiasai kereta beca berhias mewarnai malam-malam di Alun-Alun Kidul.
Lawatan di sekitar Kraton tempat Raja-Raja Jawa bersemayam
12
21 september 2015 (Isnin)
Selama 5 hari di Jogjakarta amat tidak terasa masa berlalu. Kami mula check out dari Hotel
untuk ke Lapangan terbang Adisujipto pada jam 10.00 pagi. Penerbangan kami ke Senai,
Johor Bahru dan berlepas ke Kuching pada jam 8.00 malam dan tiba pada jam 9.30 malam.
Kembara Ilmu 3 telah berjaya memberi kami pengalaman baru dalam kehidupan malah
membolehkan kami lebih memahami sejarah yang kami pelajar. Kami mengucapkan terima
kasih kepada pemandu pelancong kami di Jogjakarta.
Suasana malam di Alun-Alun Kidul hadapan Kraton. Peserta mencuba nasib melepasi dua pohon beringin
Pak Andre…..Siti Aisyah…. Antara pemandu pelancong kami. Layanan yang hebat dari mereka. Terimakasih .
13
14
Diakhirnya kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para penderma budiman
iaitu Yb.Dato Haji Len Latif Salleh, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, YB Dato Sri
Haji Mohammad Ali Bin Mahmud, Adun N13 Muara Tuang, Pengurus Sumbangan Aneka,
En.Azahari Bin Aliman Sarawak Energy Berhad, Persatuan Ibubapa dan Guru SMK Kota
Samarahan, STU Bahagian Samarahan dan lain-lain yang menyumbang dalam menjayakan
lawatan ini.
Disediakan oleh Yatiman Bin Karsodikromo
Penolong Kanan Tingkatan Enam SMK Kota Samarahan