laporan program sambutan hari malaysia
DESCRIPTION
program sambutan hari malaysia 2014TRANSCRIPT
LAPORAN PROGRAM SAMBUTAN HARI MALAYSIA
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN LEPONG BALLEH
2014
Aktiviti Ko-Kurikulum merupakan salah satu elemen penting dalam
melengkapkan lagi kecemerlangan menyeluruh bagi setiap murid. Bagi
memenuhi keperluan ini, maka Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan
kerjasama Panitia Sejarah dan pihak pengurusan sekolah akan melaksanakan
Program Sambutan Hari Malaysia 2014.
Program ini bertujuan untuk memupuk semangat cintakan tanah air,
mengasah dan menonjolkan bakat dan juga diharap dapat mengeratkan
silaturahim dalam kalangan murid dan juga guru-guru. Objektif program ini
diadakan adalah untuk menyemai semangat patriotisme dan semangat cintakan
negara serta menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan berdisiplin.
Selain itu, dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti ini dapat menggalakkan
perlaksanaan aktiviti berkelompok dan sekali gus dapat melahirkan murid yang
kreatif dan inovatif.
Program ini telah berlangsung bermula dari 22 September 2014 dan berakhir
pada 3 Oktober 2014. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program
tersebut diadakan yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Lepong Balleh.
Program ini telah disertai oleh seluruh warga Sekolah Kebangsaan Lepong
Balleh bermula dari pelajar Pra Sekolah, pelajar tahap 1 dan 2, guru-guru serta
kakitangan staf sokongan. Penglibatan seluruh warga SK Lepong Balleh ini
secara tidak langsung dapat memupuk semnagat kerjasama dan bekerja dalam
satu pasukan untuk menjayakan sesebuah program sekali gus dapat mencapai
matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.
Program yang dijadualkan berlangsung bermula dari 22 September 2014
sehingga 03 Oktober 2014 yang akan memuatkan aktiviti-aktiviti yang berbentuk
kenegaraan yang bersesuaian dengan objektif aktiviti ini. Antara aktiviti-aktiviti
yang akan dilaksanakan ialah :
i. Pertandingan Sudut Kenegaraan dan Keceriaan Kelas Sempena Bulan
Kemerdekaan.
ii. Pertandingan Melukis dan Mewarna Sempena Bulan Kemerdekaan Pra
Sekolah , Tahap 1, Tahap 2, Komuniti Rumah Panjang.
iii. Pertandingan Deklamasi Sajak / Puisi Kemerdekaan.
iv. Perlawanan Bola Sepak / Bola Jaring Piala Merdeka.
v. Pertandingan Menyanyikan Lagu Patriotik
vi. Pertandingan Menghasilkan Bendera Antara Kelas (Tahap 2 )
Berikut disertakan lampiran yang menunjukkan anggaran perbelanjaan
sepanjang program ini berlangsung yang telah menggunakan peruntukan Unit
Bimbingan dan Kaunseling.
BIL PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT
(RM)
KOS(RM)
1. Pertandingan Mewarna
Hadiah 1Hadiah 2Hadiah 3Sijil Penyertaan
4 unit4 unit4 unit2 rim
6.006.006.0050.00
24.00 24.00 24.00100.00
2. Pertandingan Sudut Kenegaraan dan Keceriaan Kelas Hamper 1Hamper 2Hamper 3
2 unit2 unit2 unit
15.0015.0015.00
30.00 30.00 30.00
3. Pertandingan Menghasilkan Bendera
KainCat Air “Masking Tape”Hamper 1Hamper 2 Hamper 3
9 m 6 set 6 set2 Unit 2 Unit 2 Unit
4.0025.00 2.5015.0015.0015.00
36.00150.00 15.00 30.00 30.00 30.00
4. Perlawanan Bola Sepak / Bola Jaring Piala Merdeka
Tali Rafia Hamper 1Hamper 2Hamper 3
2 Unit2 unit2 unit2 unit
15.0015.0015.0015.00
30.00 30.00 30.00 30.00
5. Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik Hamper 1Hamper 2Hamper 3
1 Unit 1 Unit 1 Unit
15.0015.0015.00
15.00 15.00 15.00
6. Pertandingan Sajak / Puisi Kemerdekaan Hadiah 1Hadiah 2Hadiah 3
2 unit2 unit2 unit
6.006.006.00
12.00 12.00 12.00
JUMLAH RM892.00
Pertandingan-pertandingan yang telah dijalankan telah mempunyai
pemenang yang telah dinilai oleh pengadil yang berpengalaman. Antara senarai
nama pemenang yang telah memenangi pertandingan yang diadakan adalah
seperti yang berikut :
KEPUTUSAN PERTANDINGAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA
BIL PERTANDINGAN
1. PERTANDINGAN MEWARNA
PRA SEKOLAH (BIRU) 1. Missma ak Ngumbang 2. Annylyn Noami Ak Anthony 3. Michellina Demit Ak Sentau
PRA SEKOLAH MERAH 1. Aulia Sonia 2. Valentino Maleng 3. Siam Ak Gun
TAHUN 1 1. Henry (1H) 2. Velenesia (1H) 3. Elisha Nganyun (1B)
TAHUN 2 1. Gracia (2H) 2. Tracy Sindun (2H) 3. Gevena (2H)
TAHUN 3 1. Agnes Ludut (3H) 2. Rasya Aleeya Jelo (3H) 3. Misha Yanti (3B)
TAHUN 4 1. Christiano Ayom (4H) 2. Elisa A. (4H) 3. Patricia Singgar (4H)
TAHUN 51. Christina Dilam (5H)2. Ruth Hanna (5H)3. Patrichia Ellyana (5H)
Ibu Bapa 1.Dorathy ( Indai Christy) 2. Indai Angkoh 3. Jenny ( Indai Sheryl)
Pada hari penutupan Sambutan Hari Malaysia, Tuan Guru Besar, En Malang
Biat telah melahirkan rasa kesyukuran kerana program yang telah dirancang
setelah sekian lama telah berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang
walaupun masa yang telah diperuntukkan adalah amat terhad.
Tambahan pula, cuaca yang tidak menentu telah memberi sedikit sebanyak
kekangan kepada pihak sekolah untuk menjalankan aktiviti terutamanya aktiviti
luar bilik darjah. Kerjasama yang diberikan oleh pihak guru, kakitangan dan
komuniti Rumah Panjang edison Bugap telah membantu melancarkan perjalanan
program.
Diharapkan program seumpama ini akan dapat dijalankan di lain waktu serta
dapat membuka minda peserta-peserta yang mengikutinya serta memberikan
banyak manfaat kepada mereka.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
........................................... ...................................
(CIK AZRIZAMANI BT HJ AHMAD) (EN. BUNTOI MUNAN)
Penyelaras, GPK Kokurikulum,
Program Sambutan Hari Malaysia, SK Lepong Balleh.
SK Lepong Balleh.